CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: tiewa

LESTARY : DIANDRA - AIMAN HAKIM RIDZA, NUR FATHIA

[Copy link]
Post time 26-5-2013 01:03 PM | Show all posts
tiewa posted on 26-5-2013 10:17 AM
rasanya dah abis.. tp tak tau lagik bila nak tayangnya..
bertabahlah kita menunggu..

klau lestary..so lpas kisah cinta la tayang kan..ke ada lgi drama yg tgah queue
fathia ni mmg ada suka sikit dlu dgn dia.. so no hal actually klau dia b'gandingan ngn aiman
kan skrg ada gossip dorg b'dua klau tayang nanti mesti byk yg curious nak tgok chemistry dorg berdua
agaknya mmg berjanggut kot tggu aiman & zara jdi hero heroin blik pengarah ni x reti guna pluang org yg tgah hot

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-5-2013 10:39 PM | Show all posts
zucheezy posted on 26-5-2013 01:03 PM
klau lestary..so lpas kisah cinta la tayang kan..ke ada lgi drama yg tgah queue
fathia ni mmg ada ...

ntah la uols.. tak dpt dipastikan lagik bila.. ada yg kata hjg taun ni tp tak tau lah betul ke idok sbb berderet lagik drama baru tunggu turn nk ditayang..
kita tunggu n lihat je laa yea..

hehehe.. fathia pom apa kurangnye khenn..single pom single..elok bebenor lettew..

yg psl betuah bedua tuh, tak tau nk ckp ada dah.. mungkin blm berjodoh utk bergandingan lagik agaknya..
apapun, doa2kanlah dan sabarlah menanti.. sabar itu ajaib katanya...  




Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2013 10:56 PM | Show all posts
hai eman! buah hati sihat? (tetiba)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-5-2013 07:47 AM | Show all posts
Romantis di Paris
Oleh Roslen Fadzil

Kalau  ditanya,   mereka seakan-akan berat untuk melafazkan kata-kata cinta namun perlakuan atau bahasa tubuh seolah-olah menggambarkan mereka seperti  pasangan kekasih.

Nur Fathia Abdul Latiff, 25, dan Aiman Hakim Ridza, 24, dalam diam-diam rupanya sudah rapat sejak lebih setahun lalu apabila mereka sama-sama berlakon dalam drama bersiri Mahabbah arahan Jamal Khan bagi slot Samarinda di TV3.

Semenjak itu, mereka saling berhubungan dan mula mengenali hati budi masing-masing. Andai mereka ada masa yakni tidak terbabit dengan lakonan atau agenda seni, mereka akan keluar makan bersama dan berkongsi pelbagai cerita.

Seterusnya  mereka bertemu pula dalam set penggambaran yang lain apabila berlakon drama bersiri Diandra, baru-baru ini.

Keserasian mereka nyata semakin menyerlah lagi hingga sama-sama menyertai program percutian anjuran butik barang kemas Rafflesia The Pearl Centre serta syarikat penerbangan antarbangsa AirFrance di Paris, baru-baru ini. Turut serta dalam rombo ngan itu, pelakon Fizo Omar dan Tasha Shilla. Persahabatan Fathia dan Tasha juga sangat rapat dan mereka berdua menjadi rakan sebilik di sana.

Kali ini penulis memaparkan lagi foto aksi mesra Fathia dan Aiman ketika mereka bersantai di Chateau de Versailles serta beberapa lokasi menarik di kota ‘romantika d’amour’ itu. Mereka jelas tiada masalah untuk bergambar atau beraksi kerana masing-masing bersikap profesional dan cukup mesra kamera.

Rasanya tiada masalah untuk Fathia dan Aiman kalau mahu menjadi pasa ngan kekasih kerana kedua-duanya sama padan serta belum berpunya. Dengan erti kata lain, tiada hati yang akan terguris.

Namun satu ketika gara-gara pasangan merpati ini terlalu asyik bersembang dan bersiar-siar di pekarangan Menara Eiffel, jaket kulit Fathia akhirnya dicilok pencuri yang sememangnya beroperasi licik di setiap lokasi tumpuan pelancong.

Sementara itu, belum habis ‘jet lag’ yang dialami Fathia, agenda antarabangsa Fathia bersambung lagi. Selepas empat hari pulang ke Malaysia pada 30 April lalu, Fathia diterbangkan pula oleh Rafflesia ke Uzbekistan bagi menyaksikan pesta kebudayaan Asrlar Sadosi 2013 Tashkent.

Bertuah sungguh Fathia kerana peluang sebegitu jarang diperoleh artis lain yang sedang mencipta nama dalam persada seni.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/08
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2013 07:51 AM | Show all posts
tiewa posted on 28-5-2013 07:47 AM
Romantis di Paris
Oleh Roslen Fadzil

gambo mana gambo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-5-2013 07:52 AM | Show all posts
'Dulu saya tomboi'

WALAUPUN tawaran berlakon tidak pernah putus, pelajar tahun akhir jurusan undang-undang di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam ini meletakkan pelajaran sebagai keutamaan dan hanya berlakon pada Jumaat, Sabtu dan Ahad atau cuti semester.

Malah, sebelum menerima sesuatu tawaran, Fathia akan meneliti skrip dan jadual penggambaran demi mengelakkan fokusnya terhadap kuliah terganggu. Katanya, dalam keadaan sekarang dia kena memilih.

“Kalau ikutkan, saya tak boleh berlakon kerana ini tahun akhir kuliah, tetapi disebabkan watak ditawarkan dalam drama Diandra memenuhi apa yang saya cari selama ini dan TV3 sanggup ikut jadual saya, maka saya buat.

“Diandra akan jadi drama saya untuk semester ini dan  Insya-Allah cuti semester pada Ogos nanti, saya boleh berlakon dengan senang hati,” katanya yang akan mengikuti latihan dalam kamar mahkamah selepas tamat ijazah.

Akui Fathia, ketika  berada di kampus, dia pelajar biasa dan tidak sekali-kali potretkan diri sebagai artis. Tiada layanan istimewa, malah dia melalui kehidupan normal seperti pelajar lain.

“Kalau ke kelas, saya selesa berbaju kurung, tidak bersolek dan pakai cermin mata. Tiada lagi imej glamor kerana saya pelajar dan bukan pelakon. Lagipun pelakon itu hanya kerjaya dan saya kena tahu letak limitasi.

“Kalau nak tahu, saya takut dengan pensyarah. Jadi, saya akan pastikan sentiasa menepati masa. Terus-terang, saya malu bila ada pelajar mahu ambil gambar atau melihat saya sebagai artis.

“Biasanya situasi itu berlaku jika saya berselisih dengan pelajar baru. Pelajar lama atau teman sefakulti sudah biasa, mereka tak hairan,” katanya.

Meletak harapan tinggi terhadap drama Diandra yang bakal menghiasi slot Lestary di TV3, Fathia mengakui itulah drama yang paling dinantinya.

Ini kerana impian melakonkan watak tomboi dapat direalisasikan, malah buat kali pertama, dia berganding dengan Aiman Hakim Ridza.

“Watak kali ini jauh berbeza di mana saya tampil sebagai tomboi yang kasar dan gila-gila. Dah namanya tomboi, kenalah bergaya ala lelaki.

“Malah, saya kena belajar tomoi selama tiga hari. Watak ini senang dijiwai kerana di bangku sekolah dulu saya macam tomboi.

“Saya yakin ramai akan jatuh cinta dengan drama ini kerana jalan ceritanya comel ala drama Korea. Selain drama ini, saya akan muncul dengan telefilem Terukir Di Bintang untuk TV9.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 28-5-2013 07:57 AM | Show all posts
suffiya.aziera posted on 28-5-2013 07:51 AM
gambo mana gambo

nak gambo, sila gi carik akhbar harian metro keluaran 8 Mei 2013 yea.. harap maklum..
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2013 08:35 AM | Show all posts
tiewa posted on 28-5-2013 07:57 AM
nak gambo, sila gi carik akhbar harian metro keluaran 8 Mei 2013 yea.. harap maklum..

gambo ngan eman ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-5-2013 09:29 AM | Show all posts
suffiya.aziera posted on 28-5-2013 08:35 AM
gambo ngan eman ke?

dah tu ngn sampe lagik?
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2013 10:10 AM | Show all posts
tiewa posted on 28-5-2013 09:29 AM
dah tu ngn sampe lagik?

yg uols nanges knpa? tak suka ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-5-2013 11:18 AM | Show all posts
suffiya.aziera posted on 28-5-2013 10:10 AM
yg uols nanges knpa? tak suka ke?

taklah bkn sbb tuuu.. iols nangesss sbb uols buat2 tanya.. motip sgt berkura2 dlm perahu tauuuu... tikamssss..
terpaksa la iols explain dlm kesedihan...
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2013 11:24 AM | Show all posts
tiewa posted on 28-5-2013 11:18 AM
taklah bkn sbb tuuu.. iols nangesss sbb uols buat2 tanya..  motip sgt berkura2 dlm perahu tauuu ...

saje nk meriangkan suasana bak kata minik amir serap (jeling2 pathia)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-5-2013 11:49 AM | Show all posts
suffiya.aziera posted on 28-5-2013 11:24 AM
saje nk meriangkan suasana bak kata minik amir serap (jeling2 pathia)

minik amir serap who??
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2013 12:38 PM | Show all posts
tiewa posted on 28-5-2013 11:49 AM
minik amir serap who??

hanya amir serap yg kenal
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-5-2013 12:51 PM | Show all posts
suffiya.aziera posted on 28-5-2013 12:38 PM
hanya amir serap yg kenal

amir serap plk who?
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2013 01:34 PM | Show all posts
tiewa posted on 28-5-2013 12:51 PM
amir serap plk who?

hanya minik amir serap yg kenal amir serap
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-5-2013 01:52 PM | Show all posts
suffiya.aziera posted on 28-5-2013 01:34 PM
hanya minik amir serap yg kenal amir serap

tikams nak??
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2013 01:54 PM | Show all posts
tiewa posted on 28-5-2013 01:52 PM
tikams nak??

marah i lagik
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-5-2013 02:00 PM | Show all posts
suffiya.aziera posted on 28-5-2013 01:54 PM
marah i lagik

tak pyh nk sentap sgtlah!




Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2013 02:13 PM | Show all posts
tiewa posted on 28-5-2013 02:00 PM
tak pyh nk sentap sgtlah!

ok bai!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 10:42 AM GMT+8 , Processed in 0.074084 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list