CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: crossfire

[Tempatan] Kena Lagi Lagi: EXCO Selangor PAS dikurangkan- Page 8

[Copy link]
 Author| Post time 26-9-2014 03:14 PM | Show all posts
Kata Prof Agus.. Dua hari berturut-turut PAS terima berita malang kerana anak muda ..

PAS menerima nasib malang dua hari berturut-turut; semalam di negeri terkuatnya Kelantan, apabila kalah di Pengkalan Kubor, hari ini di Selangor apabila kuota ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negerinya (exco) kurang dari empat kepada tiga.

Kedua-duanya disifatkan berpunca daripada anak muda.

Bagi penganalisis politik Dr Mohammad Agus Yusoff dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), kekalahan PAS di Pengkalan Kubor adalah kerana anak muda yang sudah muak dengan politik PAS dan Pakatan Rakyat (PR).

Kehilangan satu kerusi exco di Selangor juga diletakkan atas kesilapan anak muda, iaitu Pemuda PAS.

Tengahari semalam Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali mengumumkan kuota exco Selangor akan kekal empat untuk PAS. Namun pada lewat petang, Azmin sekali lagi mengumumkan 'laporan tidak tepat kerana proses rundingan masih berjalan.'

Dalam satu temubual dengan Sinar Harian Online semalam, Naib Ketua Pemuda PAS Khairil Nizam Khirudin mengatakan tidak mustahil PAS meninggalkan PR, kerana sudah lama bersabar dengan kedegilan PKR dan DAP, tetapi bukan dalam masa terdekat.

Ekoran kenyataan itu, Pengarah Komunikasi PKR yang juga Naib Ketua Pemudanya Fahmi Fadzil membuat kenyataan balas menyesali kenyataan Khairil.

Kenyataan Fahmi dibuat selepas Ketua Wanita PKR Zuraida Kamarudin menuntut PAS diberikan dua kerusi exco sahaja.

Hari ini hanya tiga exco PAS Selangor mengangkat sumpah jawatan di hadapan Sultan – Iskandar Samad, Dr Ahmad Yunus Hairi dan Zaidy Talib – berbanding empat sebelum ini.

Menurut Agus yang menulis di dalam laman media sosial Facebook, BN dalam laluan untuk menang di Pengkalan Kubor kerana anak muda sudah muak dengan cara PAS dan PR berpolitik.

"Ini bukannya kerana BN hebat, jentera BN kuat, wang BN banyak, calon BN baik atau media BN kawal, tetapi kerana anak muda sudah bosan dengan politik PAS dan PR.

"Maka, ramai anak muda yang tidak akan balik mengundi, dan mereka juga tidak kisah dengan hasil pilihan raya kecil ini," katanya.

"Mengapa anak muda bosan? Jawapan mudahnya kerana krisis Erdogan vs ulama dalam PAS dan juga kerana kerjasama dalam PR yang kacau. Maka, harapan mereka melihat PR membawa wajah politik baru negara hancur," tambahnya lapor The Malaysian Insider
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-9-2014 03:20 PM | Show all posts
Semangat setiakawan tiada bila exco PAS dikurangkan Oleh: NORHAYATI UMOR


KLANG, 26 SEPT: Pembahagian bilangan Exco Selangor yang mengurangkan jawatan PAS tidak melambangkan semangat setia kawan pakatan rakyat, kata Bekas Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali.

“Semangat setiakawan tiada di situ,” katanya ringkas ketika ditanya mengenai pengurangan komposisi jawatan Exco di negeri itu.





Halimah yang ditemui bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung perkara terbabit.
Menteri Besar yang baru, Mohammad Azmin Ali mengumumkan pagi tadi menyaksikan PAS kehilangan satu jawatan exco.


Jumlah ahli exco PAS dikurangkan daripada empat sebelum ini kepada tiga orang.


Manakala jumlah Exco dari PKR bertambah daripada tiga kepada empat orang.


Komposisi baru barisan Exco PKR-DAP-PAS itu, telah diperkenankan oleh DYMM Sultan Selangor semalam.
Mengulas beliau tidak dikekalkan sebagai Exco negeri, Halimah hanya mengucapkan exco baru dilantik semoga berjaya dan lakukan tugas dengan baik.


Halimah sebelum ini memegang portfolio terbabit sejak 2008.
Tiga ADUN yang digugurkan dari barisan Exco itu ialah Sallehen Mukhyi (PAS), Halimah Ali (PAS) dan Rodziah Ismail (PKR).
Upacara mengangkat sumpah jawatan akan diadakan di Istana Alam Shah di Klang pada jam 3 petang, hari ini.


Azmin berkata keputusan itu dipersetujui bersama permuafakatan Pakatan Rakyat, semalam.
EZY






Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2014 03:26 PM | Show all posts
umngok vs pas....aku akan pangkoh pah la boh....nohorom sgt nak pangkah umngok dekat pahang ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-9-2014 03:29 PM | Show all posts
kucingTomey posted on 26-9-2014 03:26 PM
umngok vs pas....aku akan pangkoh pah la boh....nohorom sgt nak pangkah umngok dekat pahang ni

tiada paksaan nak pangkoh sapa....
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2014 03:30 PM | Show all posts
kucingTomey posted on 26-9-2014 03:26 PM
umngok vs pas....aku akan pangkoh pah la boh....nohorom sgt nak pangkah umngok dekat pahang ni

kwsn kau bukan munirah PKR tu ker?

*RALAT: murnie hidayah
Last edited by dauswq on 26-9-2014 03:33 PM

Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2014 03:34 PM | Show all posts
aku pon idak la terbuka hati nak pangkah umno lahanat tu setakat ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-9-2014 03:42 PM | Show all posts
aku nak cadang 2 perkara pada pemimpin2 PAS yg memporak perandakan pakatan rakyat:

1. Letak jawatan dlm parti dan
2. pergi berjihad ke mana2 negara Islam yg ditindas, bwk sekali lobai2 yg berdegar-degar berckp dlm masjid cerita bab jihad...ini pemimpin2nya berjihad ke hulu berjihad ke hilir, tapi sunnah Rasulullah SAW berperang ni mereka tak nak ikut....anak buah nereka ust Lotfi dgn 4 org pemuda lain je yg pergi berperang kat syria..Ust ni je yg betul2 ikut perjuangan nabi, lain ckp aje lebeyyyyyy...ke dah selesa dapat naik keta besau sbb lepas dpt saham, projek itu dan ini?
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2014 03:43 PM | Show all posts
maksud wa camni..lepas ni kalau2 ade pilihanraya le...tapi TAPI kalau murnie lawan lobai sarban di kawasan saya....ehmm....tu kena pilih murnie le....biasa la jantan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-9-2014 03:46 PM | Show all posts
d'zeck posted on 26-9-2014 12:01 PM
ketum, PAS dan rakyat Selangor
yang innocence jugak yang kenaaa

ye ke rakyat selangor yg kena?

tak rasa pon..hahaha

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-9-2014 03:52 PM | Show all posts
macam biasa UmnGok melopong..... heran slow betul geng2 pakatan sari dua nie
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-9-2014 03:52 PM | Show all posts
macam biasa UmnGok melopong..... heran slow betul geng2 pakatan sari dua nie
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2014 03:59 PM | Show all posts
5997 posted on 26-9-2014 03:42 PM
aku nak cadang 2 perkara pada pemimpin2 PAS yg memporak perandakan pakatan rakyat:

1. Letak jawat ...

Jihad bukan setakat gi berperang je beb.

Berjihad melawan NAFSU tu dah lulus belom?

hihihi

Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2014 04:10 PM | Show all posts
kopi pes

Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2014 04:12 PM | Show all posts
Nasib baik aku tak jadi Azmin. Kalau tak aku bagi PAS 2 kerusi aje kat Saari dan Hasnul.

Yg lain boleh pi mintak jawatan kat Din Ayam dah suka sangat jilat dia kan...


Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2014 04:13 PM | Show all posts
muka keruh sebusuk hatinya juga.....
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2014 04:19 PM | Show all posts
scarflicious posted on 26-9-2014 03:46 PM
ye ke rakyat selangor yg kena?

tak rasa pon..hahaha

rakyat ni ada macam2 jenis

ada jenis yang waras,
ada yang tak

ada jenis yang kritikal,
ada yang buat donno

ada jenis mengambil berat,
ada yang sikap 'pegi mampus la..'

anda tentukan masuk yang mana

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-9-2014 04:22 PM | Show all posts
scarflicious posted on 26-9-2014 03:59 PM
Jihad bukan setakat gi berperang je beb.

Berjihad melawan NAFSU tu dah lulus belom?


ya betul jihad bkn berperang sahaja,
tp ia adalah jihad akbar - mempertahankan saudara seummat yg ditindas dan dibunuh..
faktor geografi bkn alasannya utk mengelak drpd berjuang...Saidina Umar al-Khattab (madinah) pergi ke palestin
utk mempertahankan maruah seorang wanita yg dihina naik kuda sahaja...

ummat Islam itu bersaudara, sakit peha kiri, peha kanan sama sakitnya..kalau nak tunggu jihad melawan nafsu sahaja, alamat tiadalah tertubuhnya khilafah Islam spt di constantinople, baghdad afrika sepanyol dll
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2014 04:25 PM | Show all posts
a_gen2 posted on 26-9-2014 04:12 PM
Nasib baik aku tak jadi Azmin. Kalau tak aku bagi PAS 2 kerusi aje kat Saari dan Hasnul.

Yg lain  ...





~edited~


camne boleh lekat nama din 'ayam' tu?

detail skit, dah lama aku nak tau
Last edited by kerikangkung on 26-9-2014 04:33 PM

Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2014 04:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Keybordwarrior
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2014 04:43 PM | Show all posts
crossfire posted on 26-9-2014 03:11 PM
MEMANG SAH MB BARU NI MABUK KETUM!!!

hahahahaha
pas yg berkurang kusi exco
blogger umngok pulak yg meroyan
dah salin kulit jadi pejuang pas




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-1-2025 10:10 PM GMT+8 , Processed in 0.911545 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list