|
Novel : Kisah kau dan aku - ended on 20102015- already there
[Copy link]
|
|
Edited by elia201 at 1-1-2015 11:52 PM
"Zafrey!"
Terdengar satu suara memanggil lantas dia menoleh. Kelihatan Aida tergopoh gopoh datang ke arahnya. Di tangan wanita itu ada fail berwarna hitam.
" Kenapa kak?" Zafrey pelik dengan tingkahlaku Aida. Tak pernah wanita itu kelam kabut seperti hari ini.
"Akak lupa nak bagitau kau semalam. Pukul 12 nanti kau kena ganti Paul pergi ke Isa Corporation Berhad pasal software yang mereka nak kita design tu. Semua details ada dalam fail ni." Satu fail diserahkan kepada Zafrey.
"Paul pergi mana kak?" Mana saya reti nak present , kan selama ni Paul yang handle." Seboleh mungkin dia cuba menolak.
" Paul EL." Usai menjawab, Aida terus meninggalkan Zafrey termangu seorang diri.
Zafrey membelek jam. Tepat jam 9.30 pagi. Bermakna dia ada lebih kurang 2 jam untuk meneliti semua dokumen. Habislah dia kali ini ! Suka atau tidak dia terpaksa menggantikan Paul.
Hati merungut memaki hamun Paul. Disebabkan Paul dia terpaksa melakukan sesuatu yang paling benci dilakukannya. Jumpa client dan membuat pembentangan. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku pening dah ni. Sapa watak baru ni? |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by elia201 at 2-1-2015 10:27 PM
Zafrey sudah terlambat untuk sampai ke Isa Corporation Berhad. Temu janji mereka sepatutnya berlangsung pada 12 tengah hari tetapi sekarang sudah 12.15 tengah hari. Matilah dia nak menjawab dengan client mereka nanti. Kelam kabut dia berlari masuk ke dalam bangunan dan menuju ke lif. Butang lif ditekan. Hati berdebar debar memikirkan alasan untuk kelewatannya.
Penyambut tetamu yang cantik menyambut mesra kedatangan Zafrey. Zafrey terus memberitahu maksud kedatangannya. Dia diminta tunggu sebentar sebelum penyambut tetamu itu bercakap dengan seseorang melalui interkom.
"Encik Zafrey silakan masuk ." Penyambut tetamu mempersilakan Zafrey masuk ke dalam sebuah bilik. Zafrey hanya akur. Hiasan dalaman dalam bilik itu membuat dia kagum. Nice !
Seorang lelaki muda segak memakai kot hitam masuk dan duduk bertentangan dengan Zafrey.
Sebaik saja terpandang wajah lelaki itu Zafrey mula tak tentu arah. Dia tidak menduga mereka akan bertemu dalam suasana begini.
"You??" Rayyan juga tak sangka mereka akan bertemu lagi.
"Yeah, we meet again !" By the way, I am Zafrey, Software Engineer from IT Services. You may call me Zack! " Zafrey AKA Zack senyum sambil memandang ke arah Rayyan. "Our Software Architect yang biasa liase dengan company you tu ada hal sikit today so I terpaksa ganti dia. Sorry sebab lewat Encik Rayyan Hardy ." Tanpa perlu lelaki itu memperkenalkan nama, Zack masih hafal nama itu.Rayyan Hardy ! Bakal suami Najiha. Terasa jurang diantara mereka sangat besar. Serentak itu, rasa rendah diri mula wujud dalam hati.
'Just call me Rayyan." Rayyan lebih suka perbualan yang santai.
"I just nak tahu progress project management software tu, I mean all the features and benefit. Apa kata sambil makan tengah hari kita discuss pasal hal ini?" Rayyan berharap Zack menerima pelawaannya. Ada hal lain yang bukan berkaitan kerja ingin ditanyakan pada lelaki itu.
Zack cuma bersetuju. Pucuk dicita ulam mendatang ! Perutnya memang lapar. Tiada satu makanan pun sempat dijamah sejak pagi tadi.
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 2-1-2015 05:10 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Bab 22
Edited by elia201 at 5-1-2015 10:35 PM
Hujan lebat tidak menghalang Jie dari meneruskan hajat untuk window shopping. Hampir sejam dia berjalan meronda ronda KLCC seorang diri. Memang dia gemar bersendirian. Kalau dulu Sheera ada untuk menemani, tapi kini setelah mendengar cerita dari Khalid hati mula terasa tawar dengan persahabatan mereka. Segala panggilan dan SMS dari Sheera dibiar sepi. Cuma mereka masih lagi friend di facebook. Andai kata dia rindukan Sheera, dia akan 'stalk' FB Sheera untuk tahu perkembangan gadis itu.
Sesampainya di depan Chili's, mata menangkap kelibat yang dikenali. Zeeta dan Tengku Safiah ! Bukan Zeeta dekat US ke? Satu soalan muncul dihati.
Mujur Jie membawa kaca mata hitam lalu dipakai. Sekadar nak mengelak dari dicam. Rasa kedua duanya tidak sedar kehadiran Jie. Dia duduk tidak jauh dari kedua mereka. Cuba memasang telinga perbualan Tengku Safiah dan Zeeta. Hati bagai digamit untuk ambil tahu. |
|
|
|
|
|
|
|
Tt tak reply pon komen titew.hmm |
|
|
|
|
|
|
|
nak baca lagi... plssss!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 2-1-2015 06:06 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Esmiria replied at 2-1-2015 05:36 PM
Tt tak reply pon komen titew.hmm
Komen yg mane ek? Sorry la kadang syok menaip x prasan |
|
|
|
|
|
|
|
terasa taw..waaaaaaaaa..kat page 9 n 10 pc edition. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 2-1-2015 06:16 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by elia201 at 9-5-2015 11:29 AM
Continue.
Gelak tawa mengiringi perbualan Tengku Safiah dan Zeeta. Kemesraan mereka seperti ibu dan anak. Jie mula rasa cemburu. Tengku Safiah tidak pernah melayannya semesra itu. Segera perasaan negatif diusir. Jie fokus untuk mendengar perbualan mereka.
"Aunty taklah bodoh nak bezakan gambar edit ke tidak,Zeeta. Auntie tahu gambar itu edit. Well Auntie rasa why not take advantage from this situation? Dari awal Auntie nak Zeeta yang kahwin dengan Ray, sepatutnya perempuan tu kahwin dengan Karl. Ingat senang ke nak Auntie approve dia jadi isteri Ray? Tak semudah itu! Dia belum kenal siapa Aunty." Tengku Safiah yakin rancangannya bakal berjaya.
"By the way, macam mana Hanim tu boleh muncul Aunty?" Zeeta masih lagi kurang faham. Berbelit otak dirasakan untuk memahami cerita Tengku Safiah. Sebiji macam drama swasta.
Tengku Safiah menggeleng. "Entah ! Aunty pun tak tahu. Katanya dia kenal Jie masa study dekat Ohio. Tak penting lagi pun ! Cuma cerita Hanim tu trigger Aunty untuk gunakan semua itu sebagai point nak convince Ray lupakan perempuan tu. So, Aunty pun pura pura percaya. Ray akan fikir Aunty termakan hasutan Hanim sebab tu Aunty benci Jie. Ray akan rasa serba salah dan akhirnya tak ada pilihan lain tinggalkan perempuan tu." Itulah rancangan yang tersemat dimindanya sejak dari hari pertama menemui Hanim.
"Aunty memang 'brilliant'. Sayang Aunty !" Zeeta senyum gembira. Hasrat hati untuk mendapatkan Rayyan semula semakin cerah.
Jie pula kaku, tidak mampu berfikir. Tak pernah terjangkau dek fikirannya Tengku Safiah sanggup melakukan semua itu hanya untuk memisahkan dia dari Rayyan.
|
|
|
|
|
|
|
|
lupakanlah!
*merajuk
Updatelah sekali post tu, 6 scene. baru puas nafsu aku. Satu lagi Tajuk ni umum and ada org dah guna. Why not guna tajuk cam
Jie Bukan Perempuan Murahan. Hah, kan catchy gituuuu
Ni, balik2 cinta,cinta,cinta masukkan dlm tajuk. Just ckp jeeeeee.....
Takmo amik pun dakpe..
I bet shera. Hanim kambing hitam. |
|
|
|
|
|
|
|
ada orang da gune tajuk ni ek?
tak pasan la..
nak update panjang tp kekadang ada aral melintang tu yang kadang update ciput
|
|
|
|
|
|
|
|
yup. yup. yup.yup.yup.yup.yup. Okay got it..ngeee |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by elia201 at 9-5-2015 11:16 AM
Malang sungguh nasib kau Jie ! Macam mana bakal mak mertua nak sayang kau, dulu pun Mommy kau sendiri tak berapa nak sayang kau. Apalah diharap kasihnya orang yang memang tak sudi.. Jie 'merapu' seorang diri sambil mata merenung air pancut dihadapan. Melihat pergerakan pancutan air membuat hati mula rasa tenang. Perbualan Tengku Safiah dan Zeeta cuba dilupakan.
"Najiha !" Zack tahu dia tak salah orang.Dari jauh dia asyik memerhatikan gadis itu cuma Jie yang tidak menyedari kehadirannya. Berkhayal mungkin ! Pantas Jie dihampiri.
Jie yang sememangnya tiada 'mood' ketika ini mula rasa terganggu dengan kehadiran Zack. "Kenapa you boleh ada dekat sini?" Agak kasar soalan itu diutarakan. Menyampah menatap wajah Zack yang dulu pernah dicintai sepenuh hati. "Banyak lagi tempat lain kot !."
Namun, Zack tak ambil hati. Tanpa dipelawa dia mengambil tempat sebelah Jie. "I saja jalan jalan sini lepas balik kerja. Nampak you tengah duduk so I tegurlah." Walau tahu Jie sudah bertunang namun Zack tidak dapat menolak kenyataan hatinya berbunga dapat bersua muka dengan gadis itu. "By the way, I ada discussion dengan tunang you tadi. We had our lunch together." Zack bercerita tanpa ditanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by elia201 at 3-1-2015 02:18 AM
Cont..
Melihatkan tiada balasan dari Jie, Zack terus menyambung. "Well, tengok you tadi I teringat masa kita dekat Richland Country. You khusyuk gila tengok Fleming Falls sampai tak peduli I dekat sebelah." Sekadar mengimbau kenangan sewaktu mereka bersama dulu. Zack tahu Jie memang sukakan waterfall dan keindahan alam semulajadi.
Jie teringat sesuatu apabila Zack menyebut Richland Country.Kata kata Tengku Safiah bermain semula di minda. Katanya dia kenal Jie masa study dekat Ohio..Mungkin Hanim adalah salah seorang student OSU ! Seseorang yang Zack dan dia kenal zaman belajar dulu.
"You... Jie terus berpaling menghadap Zack. Teman I minum kejap ." Ada sesuatu yang ingin ditanyakan kepada lelaki itu. Langkah diatur menuju ke Starbuck.
Walaupun pelik dengan perubahan Jie yang tiba tiba namun Zack hanya menurut. Mungkin lepas ini dia tidak akan berpeluang bertemu gadis itu lagi. Peluang seperti ini tidak akan dilepaskan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by elia201 at 2-1-2015 10:26 PM
Tak boleh diharap ! Rayyan bengang. Penyiasat upahan yang dibayar untuk menjejaki siapa Hanim juga gagal melaksanakan tugas dengan sempurna. Takkanlah seorang gadis boleh hilang macam itu saja tanpa sebarang kesan. Pelik ! Yang pasti Hanim bukan staff Kencana Murni seperti yang dikhabarkan. Kalau Hanim itu tak wujud siapa gadis yang menemui Mama dan memunculkan diri depannya ? Makin sakit kepala.
Sudahlah tadi dia baru mendapat tahu dari Site Engineer yang bertugas di tapak pembinaan di Johor Bahru bahawa terdapat masalah pendawaian dan teknikal disitu. Kesemua General Manager, Project Coordinator dan Project Manager telah dikerahkan Rayyan untuk 'turun padang' bagi memastikan semua kerja berjalan lancar dan siap mengikut dateline yang telah ditetapkan. Dia tidak mahu ada sebarang kesilapan yang akan merugikan syarikat.
Deringan telefon bimbit kedengaran. Rayyan rasa terganggu. Fokusnya meneliti laporan hilang. Panggilan dijawab.
Suara Taufik kedengaran dihujung talian. Seperti biasa Taufik membuat laporan pemantauannya kepada Rayyan. Rayyan hanya mendengar namun dia mula rasa tak sedap hati.
"Perhatikan mereka dan ambil gambar kalau boleh. I nak you jumpa I malam ni." Selesai memberi arahan telefon dihempas. Mood untuk meneliti laporan hilang.
|
|
|
|
|
|
|
|
Bab 23
Edited by elia201 at 9-5-2015 11:17 AM
Maznah tersenyum merenung anak gadisnya yang sibuk memilih baju untuk dipakai.Persis dirinya waktu muda dulu. Asal nak 'dating' saja mulalah sibuk cari baju, nak mekaplah. Semua serba tak kena. Kelakar juga bila diingat semula.
"Jie, Rayyan dah tunggu lama tu. Takkan tak siap lagi?" Maznah bersuara dari luar bilik apabila dilihatnya Jie masih lagi tidak tahu membuat pilihan baju.
Jie kelam kabut mengambil baju lantas disarung ke tubuh. Sempat lagi melihat cermin membetulkan rambut. Solekannya diperhati. Perfect ! Beg tangan di atas katil dicapai.
"Jie pergi dulu Mommy !" Jie keluar sambil menutup pintu bilik.
Usai bersalam dan mencium pipi Maznah, Jie terus berlari menuruni tangga untuk mendapatkan Rayyan yang sedang menanti diruang tamu.
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|