CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: de_ikea

[EDISI PERCINTAAN ANAK RIBENA] Emma Maembong & Zizan Razak Bertaut Kembali

[Copy link]
Post time 8-1-2015 09:05 AM | Show all posts
Si amran pn siap bt post dlm fb..heheehe
Lawak tul aku baca..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-1-2015 09:09 AM From the mobile phone | Show all posts
wanta replied at 8-1-2015 09:05 AM
Si amran pn siap bt post dlm fb..heheehe
Lawak tul aku baca..

Keknis dah taken. Si amran ada pluang dgn emma ya?
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2015 09:13 AM | Show all posts
Beri saya ruang sekejap - Zizan Razak
KUALA LUMPUR: Usaha mendapatkan reaksi Zizan Razak mengenai perpisahannya dengan Emma Maembong berjaya diperoleh malam tadi.
Beliau hadir menonton pementasan malam akhir Sirah Rasulullah Tahajjud Cinta di Istana Budaya.
Sebelum itu usaha mendapatkan kenyataannya menerusi telefon tidak berjawab. Ruang pertemuan empat mata di Istana Budaya dimanfaatkan sebaik mungkin.
"Saya tak nak komen apa-apa. Saya tak selesa lagi memberi kenyataan. Beri saya ruang sekejap.
"Apa-apa saya akan beritahu kemudian. Cuma buat masa sekarang saya tak merancang untuk memberi apa-apa komen.
"Saya tahu awak buat kerja (merujuk kepada wartawan). Setakat ini memang saya tak boleh jawab apa-apa. Saya ok," katanya yang ternyata mahu mengelak memberikan reaksi perpisahan yang diumumkan Emma Maembong.
Di saat kisah peribadinya menjadi perhatian pada awal tahun baharu 2015, kesnya dengan bekas syarikat turut berjalan saat ini di mahkamah.
Ibarat jatuh ditimpa tangga, Zizan diuji dengan dugaan demi dugaan. Akuinya beliau percaya semua ini aturan daripada Yang Maha Esa.
"Saya percaya semua ini terjadi ada hikmah tertentu. Apa yang baik atau sebaliknya semua kehendak-Nya.
"Yang buruk itu datangnya daripada saya dan baik itu daripada-Nya. Kita manusia harus kuat melaluinya," katanya.
Mengenai kes mahkamahnya dengan bekas syarikat pengurusan, beliau memberitahu mahu cari jalan penyelesaian terbaik.
"Kalau boleh saya tak nak panjangkan cerita. Kita nak selesai cari baik tapi pihaknya (bekas pengurusan) masih nak bawa hal ini ke mahkamah.
"Ada perkara sulit dan peribadi yang tak boleh saya cerita. Dulu masa buka syarikat bersama sama tak heboh pun jadi kenapa timbul hal begini perlu dikecohkan.
"Saya tak berhak cakap lebih. Ikut saja cakap yang lebih arif iaitu pihak peguam," katanya.


Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2015 09:32 AM | Show all posts
lol
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2015 09:35 AM | Show all posts
Buat lg style mcm adik2....kan dh kena drop
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2015 09:41 AM | Show all posts
lama jgk rupanya diorg bercinta
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-1-2015 09:56 AM | Show all posts
better ke dua-dua nya diam .

zizan skang dah no komen , tu bagus utk side dia . tapi emma ckp gini gitu nmpak la cm nk ckp si zizan tu buat dia merana gitu .

kalau dah tau merana dr awal putus jek la . aiyo .

tak sokong dua2 tp menyampah tahan gaban ngn statement emma . huh .
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2015 09:56 AM | Show all posts
Zizan Dan Emma Masih Keluar Berdua?

KUALA LUMPUR 8 JAN 2015: Gamat dan kecoh dibuatnya apabila pasangan ideal ini iaitu Emma Maembong dan Zizan Razak dikatakan sudah putus kasih, sayang dan cinta.
Manakan tidak, sebelum ini hubungan mereka umpama air dengan tebing yang amat akrab sekali dan sering menjadi bahan usikan oleh rakan-rakan artis yang lain.
Murai Batu pun tak pasti apa puncanya perpisahan mereka ini, tetapi ada ‘informer’ Murai Batu telah memberi maklumat yang agak sahih.

Sebelum kenyataan akhbar yang dibuat oleh Emma mengatakan hubungan mereka telah tamat…  ‘informer’ Murai Batu nampak mereka berdua masih keluar bersama di suatu tempat di Bangsar.
Ketika kejadian adalah lepas Maghrib dan kemungkinan Emma dan Zizan ingin keluar makan malam atau lain-lain urusan…  Murai Batu tak pastilah…
Cuma ialah peminat ramai yang musykil termasuk Murai Batu sendiri apa yang berlaku sebenarnya antara Zizan dan Emma.

Sehingga sekarang teman-teman media Murai Batu belum dapat apa-apa lagi komen daripada Zizan.
Apa- apa pun tidak mengapalah bagilah ruang kepada Zizan untuk dalam proses bertenang dan muhasabah diri.
Walaupun sibuk dengan pelbagai urusan kariernya, masalah-masalah yang menimpa dirinya ini terutama  kes mahkamah yang masih dalam proses perbicaraan sebenarnya boleh mengganggu konsentrasi Zizan.
Murai Batu harap Zizan tabah menghadapi segala cabaran dan dugaan kerana dunia seni ini penuh onak dan duri yang perlu ditempuhi.

MURAI BATU: Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin, Orang Dah Tak Nak Kami Pun Tak Ingin  

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2015 10:29 AM | Show all posts
aku rasa zizan ni pushy lah, suka paksa2 orang. from gaya and lawak dia pun suka paksa2..

aku mmg tak berkenan sikit hal2 peribadi cintan cintun zizan semenjak dia dump leez dengan alasan mak dia tak suka perempuan tak bertudung...

tapi peliknya lepas tu kejar si jue evans pulak, siap menangis2 kat airport...

dengan emma ni pun, dia yang suruh emma ni bertudung..
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2015 11:12 AM | Show all posts
cer la contohi artis yg tak kecoh2/menunjuk2 bercouple...sampai masa kawin je
takde la pening kene jawab soklan yg sama utk wartawan hiburan yg dahagakn gosip...
harap2 lepas ni kurang2 kn la gedik2 ber we-fi & upload gambo bersama couple dlm insta...

Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2015 11:48 AM | Show all posts
de_ikea replied at 8-1-2015 06:02 AM
Tu cover line je chuols.

Emma no 71 tauu. Dahlah sorg mesia je dlm list. Mana tak bimbo  

hahahaaha... patutlaaa..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-1-2015 12:38 PM From the mobile phone | Show all posts
nekjah replied at 8-1-2015 11:12 AM
cer la contohi artis yg tak kecoh2/menunjuk2 bercouple...sampai masa kawin je
takde la pening kene ...

Nekjah.

Ada ke artis sama artis bercouple yang tak kecoh? Kkdg diorg tak mau kecoh, reporter pulak tolong kecoh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-1-2015 12:39 PM From the mobile phone | Show all posts
foxy_kaypo replied at 8-1-2015 10:29 AM
aku rasa zizan ni pushy lah, suka paksa2 orang. from gaya and lawak dia pun suka paksa2..

aku mmg ...

Iols baru tahu itukah alasan dia dump leez???
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2015 12:47 PM | Show all posts
Salju di danau rindu jelah zizang...

Tak pernah ku kesal
Memilih dirimu..
Biarpun pudar kelam masa silam...

Dah move on, aku suka org yg kunci mulut x burukkan sesiapa
Ikut style erra ke intan ke..
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2015 02:25 PM | Show all posts
tegas2 pn nape ms emma xpkai tudung blh biar ank pkai seksi??klu btl2 tgs msti ank2 tkut nk pkai seksi..gmbr peluk dpn blkg ngan pakwe

Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2015 02:35 PM | Show all posts
boleh x iolls nk speku sebenar nye ni sume trick nak kasi vote virus dlm MLM naik.. so org kesian dkt zizan..harap xde la drama ke 2 mcm hanez suraya lagi lepas ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2015 02:38 PM | Show all posts
Husna replied at 8-1-2015 02:35 PM
boleh x iolls nk speku sebenar nye ni sume trick nak kasi vote virus dlm MLM naik.. so org kesian dk ...

bad trick.

trick apa kalau menjatuhkan zizan sndiri . kenyataan emma tu sndiri dah buat org pk zizan yg bukan2 hahahaha

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-1-2015 02:53 PM From the mobile phone | Show all posts
kelip2_07 replied at 8-1-2015 02:25 PM
tegas2 pn nape ms emma xpkai tudung blh biar ank pkai seksi??klu btl2 tgs msti ank2 tkut nk pkai sek ...

Iols rasa baru sekarang nak tegas. Ataupon, tak tegas lngsung. Tp pacik ni kelaru dan celaru sajek
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-1-2015 02:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by de_ikea at 8-1-2015 02:57 PM
Husna replied at 8-1-2015 02:35 PM
boleh x iolls nk speku sebenar nye ni sume trick nak kasi vote virus dlm MLM naik.. so org kesian dk ...


Trick?

Ibarat dah jatuh atas tahi ayam, pastu kena timpa tangga pula, pastu kena tahi burung pulak dari tangga tu.

Very bad trick. It wont work.
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2015 02:56 PM | Show all posts
Hasrat Zizan beli kereta mewah punca Emma minta putus


KUALA LUMPUR 8 Jan. - Hajat pelawak, Zizan Razak untuk membeli sebuah kereta mewah berkuasa tinggi dikatakan menjadi punca percintaannya dengan pelakon, Emma Maembong putus.

Perkara itu diakui oleh Zizan sendiri yang menyatakan tercetus pergaduhan antara mereka kerana Emma tidak bersetuju dengan apa yang dihajatinya itu.

“Sebenarnya, tiada perselisihan serius antara kami. Emma marahkan saya kerana hendak membeli sebuah kereta mewah berkuasa tinggi kerana dia tidak suka lelaki yang membazir.

“Malah, hajat saya juga ditentang oleh ibu saya sendiri. Itu yang menjadi punca perpisahan kami,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Baru-baru ini, Emma mengesahkan kepada salah sebuah akhbar, bahawa dia sudah tidak mempunyai sebarang hubungan dengan Zizan.

Perpisahan mereka mengejutkan banyak pihak apatah lagi pasangan ini dilihat sangat serasi dan ramai yang menjangkakan mereka akan berkahwin.

Dalam pada itu, Zizan menyangkal dakwaan yang mengatakan Emma mahu mengikis hartanya.

“Tentang tohmahan yang kata Emma nak kikis duit saya itu memang saya nafikan. Ia sesuatu yang tidak betul sama sekali,” jelasnya.

Ditanya perasaannya terhadap Emma, jelasnya, dia masih mencintai wanita tersebut dan berharap hubungan mereka akan kembali mesra seperti dahulu. - UTUSAN ONLINE.
- See more at: http://www.utusan.com.my/hiburan ... thash.Qcy1xfKw.dpuf
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-1-2025 10:23 PM GMT+8 , Processed in 0.088100 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list