CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: schha

Exclusive! Based on true events

[Copy link]
 Author| Post time 13-1-2016 05:30 PM From the mobile phone | Show all posts
-electrifying- replied at 13-1-2016 09:25 AM
hahahaha lgu maher zain tu kelakar.... masa mula me baca2 dh terus ternyanyi lgu tu, rupa2nya betul  ...

Hahahahahahahahahaha tula kan..boleh pulak dia pasang lagu maher zain. Masa dia cerita dgn saya tu,muka dia selamba je. Tak bersalah langsung..hahahahahhahahaha..memang epik la cerita tu sampai sekarang..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2016 10:41 PM From the mobile phone | Show all posts
bestnya cerita schha. terbaiklahhhh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2016 04:11 AM From the mobile phone | Show all posts
berry_licious replied at 13-1-2016 02:41 PM
bestnya cerita schha. terbaiklahhhh

Tq so much dear sudi singgah thread yg tak seberapa ni..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2016 04:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Sorry ye..lately TT bz sikit,tak sempat nak update story2 yg ada dlm list ni..basically ada 2 lg short story yg saya boleh share sebelum pergi kepada story psl office sy..tapi saya nak inform awal2 yang saya tak akan update story tersebut ketika di office ye memandangkan masih lagi ada kejadian2 angker yang berlaku..so saya akan story bila saya free dan ada dirumah sahaja..harap semua bole saba ye
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2016 04:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by schha at 16-1-2016 03:42 AM

6. Short Story: MISTERI SEBUAH HOTEL

Ingat lagi kisah hotel yang aku share masa kat bali tu??haaa ni ada lagi 1 kejadian yang aku sendiri alami di hotel, dalam Malaysia, di Utara tanahair. Dan utk pengetahuan korang, hotel ni TAK ADA pun dalam senarai hotel-hotel angker di Malaysia yang ada dlm thread seorang forumer 1 ketika dulu (bole refer previous post, ada link yang telah di attached). Kiranya im the only yang 'bertuah' la kot.

Ok, sebelum tu aku akan ceritakan serba sedikit macam mana aku boleh 'terjebak' ke hotel tu. Untuk pengetahuan, masa aku mula-mula kawen dengan husband, kami ni mengamalkan 'long distance relationship' memandangkan suami aku ni govt servant di Bandar A (boleh refer story-story pasal highway, ada mention bandar A). Korang faham-faham la, kalau nak minta transfer sikit punya susahkan walhal suami aku dah apply before kawen lagi. Dia pulak kerja tak tentu masa, and plus kami ada kedai juga kat sana. Memandangkan aku ni pekerja swasta dan hanya bekerja weekdays, makanya aku dengan rela hati shoot pergi jumpa husband sambil-sambil pantau kedai setiap hujung minggu. Boleh dikatakan, setiap jumaat malam, aku terus shoot ke sana. Mostly every week macam tu unless husband apply cuti, barulah aku boleh menikmati cuti aku di rumah. Kadang-kadang aku ke Bandar A naik bas, tapi kalau mood tak ok atau aku penat, husband akan book flight tiket untuk aku. Husband pulak kat sana, menyewa rumah bujang dengan kawan-kawan 1 tempat kerja dia. So tak manis la kan kalau aku ni ke rumah bujang. Jadi husband akan arrange untuk kami stay di hotel. Lebih privacy orang kata, ahaks..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2016 05:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by schha at 15-1-2016 09:34 PM

Makanya, segala urusan book hotel diuruskan sendiri oleh suami. Aku cuma datang dan terus beristirehat je kat hotel tu. Selalunya kalau naik bas malam, subuh esoknya baru sampai. So kena pulak tunggu pukul 12 tengahari baru boleh check-in. Ada pulak certain-certain hotel pukul 2 petang baru boleh check-in. Sementara tunggu dapat check-in, merayau-rayau la kami pagi-pagi buta tu laki bini. Nak pergi mana pun tak tahu, yela mana ada mall bukak pagi-pagi. Sudahnya kami melepak dekat coffee house sambil layan internet. Wifi laju kan,hahahahaha..

Dipendekkan cerita,setelah riki-riki, suami dapat tahu ada 1 hotel ni boleh check-in awal around 7am, tapi ada extra charges la, dalam rm20 camtu. Alaaa kira ok la tu kan.  Daripada nak hadap masa terbuang berjam-jam, baik leburkan saja rm20 tu. Hahahahhahahaha. Oh sebelum tu, kalau siapa-siapa dapat teka Bandar A ni dimana, landmark hotel ni betul-betul sebelah sungai besar. So minggu tu excited la aku nak balik sebab tak perlu dah berpenat-penat. Sampai je Bandar A, pergi breakfast dan boleh terus check-in.

Di awal-awal penempatan aku di hotel tu, aku dapat bilik berdekatan je dengan reception. Semua ok je waktu tu, tak ada apa yang pelik pun. Sehingga la ada 1 hari ni, kebetulan waktu tu cuti sekolah, bertembung pulak dengan cuti umum. Makanya, kebanyakan hotel memang full, menurut kata husband. Tapi nasib baik husband dah kenal dengan pekerja hotel tu. Mana taknya, dah tiap-tiap minggu ke situ, kenal lah dia dengan kami. Staff tu dah siap-siap reserved 1 bilik untuk kami. Tapi kali ni, kami dapat bilik paling hujung, tingkat 1 dan jauh dari reception. Mungkin bilik lain dah penuh orang booked kot, aku bersangka baik. Memang aku tak pernah dapat bilik tu pun seingat aku.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 16-1-2016 05:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by schha at 16-1-2016 03:46 AM

Haritu, lepas settled check-in, suami aku kena kerja pulak, dia bagitahu around 10am dia akan balik ke hotel. Yela takut nanti dia balik aku tak sedar pulak kan. So after husband g kerja, aku mandi dan layan tv sementara nak tunggu husband balik. Tah bila aku terlelap pun aku tak sedar. Waktu terlelap tu,posisi tidur aku mengadap dinding, membelakangkan pintu masuk. Tv masih terpasang. Alih-alih dalam keadaan sedar/tak, aku dengar ada orang masuk bilik. Aku syak, husband dah habis kerja da kot. Dapat masuk bilik pun, mungkin minta kunci extra dekat receptionist, aku bermonolog sendiri. Aku waktu tu memang tak larat untuk bukak mata, penat sangat.

Bersambung..
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2016 06:48 AM | Show all posts
Dulu study dekat utara juga. Rasa macam tau je tempat2 yg disebutkan tu
Utara best, makanan murah, tempat aman, siam pon dekat

Kalau dekat bandar A sebelah sungai, rasa mcm area mall jual gadget tu, situ ada hotel 3 4 biji
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-1-2016 11:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by schha at 16-1-2016 03:51 AM
karot replied at 15-1-2016 10:48 PM
Dulu study dekat utara juga. Rasa macam tau je tempat2 yg disebutkan tu
Utara best, makanan m ...


Hihihihi..MACAM betol jeeeeeee..hahahahhaha!! Tapi x ley mention direct la..memang kat situ ada 3 4 biji hotel,tapi hotel yang betol2 sebelah sungai..yang lain tu jauh sikit
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2016 12:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by schha at 16-1-2016 04:37 AM

...Sambungan MISTERI SEBUAH HOTEL...

Then aku dengar, lepas masuk bilik, 'husband' terus masuk ke toilet. Aku dengar bunyi paip air di pulas, bunyi air yang dicurah, haaaa camtu la seingat aku. Husband aku memang pagi-pagi selalu ke toilet. Lagi-lagi lepas breakfast. 'Melabur' gamaknya. Tak lama 'dia' melabur tu, aku dengar pintu toilet di buka. Then aku dapat rasa 'dia' berdiri depan pintu toilet, even tak menoleh, tapi aku dapat rasa. 6th sense mungkin. Selalunya husband kalau balik dari kerja, dia memang akan masuk toilet, dan akan baring di sebelah aku sambil memeluk aku dari belakang kalau posisi tido aku mengadap dinding. Aku pun menunggu la bilanya dia nak baring sebelah aku. Agak lama juga aku tunggu. Sampai aku nak masuk mimpi balik la gamaknya. Mungkin 'husband' tengok hp kot sambil charge (kebetulan plug memang sebelah tv), aku berprasangka. Aku menoleh untuk pastikan. Takde sape dalam bilik, kecuali aku dan bunyi tv. Ahhh shit! Sumpah aku memang dengar ada 'orang' dalam bilik aku! Aku yang tadinya tengah mamai, terus terduduk memikirkan mana 'husband' aku yang balik tadi. Aku pergi jengah ke toilet utk pastikan. Lantai kering. Aku pergi ke pintu utama, tengok kasut suami. Memang tak ada. And yang paling worst, baru aku teringat pintu tu aku selak dari dalam. Mana mungkin suami dapat masuk even pakai kunci spare pun. Mesti kena kejut aku jugak untuk bukak. Tak semena-mena aku meremang. Aiii siang-siang 'dia' dah bergurau kasar nampak. Aku pun terus tak jadi nak tidur. Tunggu husband sampai dia balik. Nak keluar ke lobi,aku tak larat. So aku stay je dalam bilik tu dalam keadaan ketakutan. Tapi takpe la. Kalau 'jadi apa-apa' pun waktu siang, aku jerit je. Housekeeping pun ada sekeliling bilik, aku sedap kan hati sendiri. Tak lama tu husband pun balik. Alhamdulillah, perasaan lega yang teramat sangat. Husband pun pelik kenapa aku tak tidur sebab selalunya kalau dia balik, aku dah berdengkur dengan riangnya. Tapi kali ni tak. Tapi husband tak tanya, mungkin dia fikir aku dah puas tidur kot dalam bas, cuma dia tak tanya direct kat aku.

Selalunya kalau husband balik sekejap, tu waktu rehat dia je. Kang pukul 2pm kena masuk kerja balik sampai pukul 4.30pm camtu baru boleh balik terus. Tapi aritu husband kena pulak standby 24 jam. Kira husband kena kerja macam biasa waktu siang ikot office hour, tapi kalau orang pejabat call waktu malam, kena lapor diri untuk bertugas. Ahhh aku tak kira. Satg ni husband masuk kerja balik kul 2pm, aku nak ikot keluar sama. Waktu husband bersiap, aku pun bersiap. Bila dia tanya, aku jawab la aku nak merayau ke mall sementara tunggu dia habis kerja. Waktu tu baru husband rasa pelik. Sebab selalunya, aku nak melepak je dalam bilik hotel kalau husband kena kerja. Tapi tak untuk haritu. Dalam kereta waktu husband nak hantar aku ke mall, baru dia tanya. Ada yang tak kena ke. Aku pun cerita apa yang jadi. Husband cuba untuk bersangka baik. Katanya,mungkin aku dengar paip air dari bilik sebelah. Sebab memang kalau keadaan sunyi, aku pun selalu juga dengar orang sebelah bukak paip air. Tapi aku yakinkan husband, bunyi-bunyi tu memang dalam bilik, dan aku pasti memang ada 'orang' dalam bilik. Tapi husband tau aku takkan cakap merepek, nak-nak pulak sampai terpaksa susahkan diri merayau-rayau di mall sementara tunggu dia habis kerja. Maknanya husband tau aku memang takut sangat dengan kejadian pagi tadi tu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2016 01:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by schha at 16-1-2016 05:44 AM

Aku ada juga bercadang-cadang nak minta tukar bilik, tanya receptionist, memang bilik lain semua full. Nak pindah hotel lain pulak, tak confirm boleh dapat bilik atau tak. Susah nak dapat bilik kosong. Celah mana lagi nak tidur. Nak taknak, aku kena redha.

Dipendekkan cerita lagi, aktiviti sebelah malam, kami akan melepak di kedai, sambil pantau staff buat kerja. Macam tu la setiap malam kalau aku balik ke sana. Mungkin nasib tak baik malam tu. Orang pejabat call suami. Nak taknak suami pun kena lapor diri. Tapi sebelum tu suami tanya aku, nak stay kat kedai ke atau nak balik hotel. Alamak!  Memang tak la aku nak balik ke hotel sorang-sorang,tengah malam lak tu. MEMANG TAK. Nak stay kat kedai lak, ramai budak-budak laki melepak. Kawan-kawan husband pun ada juga. So aku jadi segan. Kalau husband ada, aku ok je. Jadinya, aku tolak mentah-mentah cadangan husband untuk aku stay di kedai. Aku request husband untuk hantar aku balik ke hotel. Dalam kereta, aku duk pikir camne nak buat ni. Nak masuk bilik, memang aku takde kekuatan. Takpe la. Sudahnya, aku duduk melangut je dekat lobi hotel. Staff situ pun pelik sebab jarang orang melepak kat lobi tu tengah-tengah malam. Dah la, staff tak dibenarkan bukak aircond lak kat kawasan lobi. Atas arahan bos, untuk jimat mungkin. Nyamuk pun gembira, berkenduri aku malam tu. Ahhh takpe la, aku lagi rela hadap situation tu dari duduk dalam bilik.

Dalam pukul 5am camtu, husband pun habis kerja. Barulah kami sama-sama masuk ke bilik hotel. Disebabkan tadi masa kat lobi aku dah pulun main hp sampai battery habis, so sampai bilik aku terus charge hp. Waktu ni, powerbank belum famous ye. Memang charge hp guna plug je. Macam aku gambarkan tadi, plug cuma ada sebelah tv je. Tv jauh sikit dari katil. Pagi tu aku terjaga dalam pukul 9am. Suami pun turut sama terjaga bilamana aku turun dari katil nak amik hp yang aku tengah charge td. Aikkkk. Hp takde. Mana pergi pulak! Husband pun aku tengok dok tercari-cari bawah bantal, bawah blanket segala bagai. Mungkin assume aku tak jadi charge hp sebelum tido tadi. Tapi aku cakap tak. Aku yakin aku charge hp. Husband pun duk try missed call. Dengar sayup-sayup je bawah katil. Bila tolak katil untuk amik hp, elok terlangkup je hp aku tu. Aku dengan suami kepelikan macam mana hp yang tadi aku charge, boleh ada bawah katil pulak. Masa ni aku dah nampak ke-cuak-an muka husband. Haaa baru dia tau camne takutnya aku kena kacau siang semalam. Main alih-alih barang pulak dah haaa 'benda' ni. Bangun-bangun terus mandi, siap-siap dan terus check-out. Tak sanggup dah nak stay lama-lama kat bilik tu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2016 01:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by schha at 16-1-2016 05:49 AM

Next weeknya aku datang, husband dah tak book dah hotel tu. Dia try cari hotel lain yang boleh adjust masuk pukul 7am jugak. Nasib baik ada 1 hotel tu boleh check-in juga pukul 7am. Tapi jauh sikit lah dari kedai dan tempat kerja suami. Alaaa takpe la janji selamat. Alhamdulillah, kat hotel baru tu 'bersih'. Takde pulak kejadian-kejadian angker yang aku alami sepanjang aku stay hotel tu. Kebetulan, hotel baru yang kami duduk ni, dekat dengan 1 salon ni. Jadinya, aritu aku nak cuci rambut. Sambil-sambil cuci tu, sembang-sembang dengan owner. Dia berbangsa cina. Anak jati situ jugak. Petah berbahasa melayu, tapi loghat utara la. Aku pun cerita la background aku dengan husband yang long distance r/ship ni. Datang ke situ setiap hujung minggu je. Sebelum ni stay hotel ××××××. Then dia terus cakap, 'ayooo..u okay ka stay sana?kami tak berani woo bagi saudara-mara tidoq sana kalau depa mai sini. Orang-orang luaq yang taktau ja yang selalu check-in situ. Depa habaq, kat sungai tu selalu orang buang hantu! Guest selalu kena kacau bila depa tidoq hotel tu..' Choiiiiii! Hai la mulut pokcik cina ni, direct terus. Takde nak cover-cover!

Tapi bila pikir-pikir balik, patut pun bila aku check-in bukan peak day, selalu dapat bilik dekat-dekat je dengan reception. Memang tak pernah dapat bilik jauh-jauh. Mungkin sebab public holiday dan bilik full, so terpaksa la management penuhkan semua bilik yang ada, mestilah depa taknak rugi kan. Mungkin juga bilik aku dapat malam tu, jarang berpenghuni. Sebab tu 'diganggu' kot. Wallahualam.


TAMAT.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2016 04:49 PM | Show all posts
schha replied at 16-1-2016 11:39 AM
Hihihihi..MACAM betol jeeeeeee..hahahahhaha!! Tapi x ley mention direct la..memang kat situ ada  ...

Okay dh tau dh yang mana 1. Tak sangka pula banyak cerita mistik dekat utara.
Memang betul pon, sana pukul 10 tu dh sunyi sepi. Rindu seafood hai tien
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2016 05:06 PM From the mobile phone | Show all posts
karot replied at 16-1-2016 08:49 AM
Okay dh tau dh yang mana 1. Tak sangka pula banyak cerita mistik dekat utara.
Memang betul pon,  ...

Ala semua tempat mana-mana pun ada..kebetulan je turn sy yg kena..heehehhehe dah tahu diam-diam ye..taknak ada spekulasi negatif tempat kejadian..kesian dekat owner hotel takut nnt bisnes tak jalan pulak..kalau dekat U pulak,kesian kat adik2 junior yg nak belajar..kang terganggu pulak dgn cerita2 mistik ni..ada sebab kenapa saya tak cakap direct berkenaan tempat kejadian.
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2016 04:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Semput2 aku baca story ko ni, tt..sambei baca sambei berimajinasi.. best2...
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2016 12:35 PM | Show all posts
Ada kemungkinan tak tu imaginasi sahaja?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-1-2016 12:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Intanmahsuri replied at 18-1-2016 04:35 AM
Ada kemungkinan tak tu imaginasi sahaja?

Boleh bg soalan dengan jelas tak?part mana yg imaginasi ye?
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2016 12:54 PM | Show all posts
schha replied at 18-1-2016 12:49 PM
Boleh bg soalan dengan jelas tak?part mana yg imaginasi ye?

Part yang rasa ada org dalam bilik. Since u pun mamai masa tu. Could be just imagination?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2016 01:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by schha at 18-1-2016 05:19 AM
Intanmahsuri replied at 18-1-2016 04:54 AM
Part yang rasa ada org dalam bilik. Since u pun mamai masa tu. Could be just imagination?


Ouhh kalau part tu, kemungkinan iya dan kemungkinan juga tidak..tapi waktu kejadian, saya pasti saya memang dengar ada seseorang masuk bilik..bunyi paip air, bunyi air dicurah,bunyi tapak kaki memang jelas bunyi tu datang dari dalam bilik saya..sebab tu saya yakin 'suami' balik ke bilik hotel..sebab saya cepat sensitif dengan bunyi kalau saya tidur. Even kalau tengah tidur saya dengar bunyi air menitik di sinki dapur, saya boleh bangun dan tutup ketat2 paip air. Saya bukan orang jenis 'tidur mati'. Cuma waktu tu saya tak celik mata dan menoleh,tapi dengar dengan jelas bunyi2 tersebut. Memang susah nak cakap imaginasi atau pun tidak. Tapi 80% saya memang dengar bunyi tu dtg dr dalam bilik. Terpulang kepada pembaca untuk interprete mcm mana..

Dan lagi, saya ada 1 keistimewaan yang saya boleh rasa 'kehadiran' tu. Kadang-kadang kalau terjadinya kejadian mamai dan seumpamanya, saya akan assume saya memang mamai dan perasaan tu, kosong. No feelings at all. Tapi apa yang terjadi waktu dihotel tu, saya rasa berat/tak sedap secara tiba2..even waktu siang. So memang obvious datang 1 perasaan takut sampai saya tak boleh stay dalam bilik tu. Husband pun nampak ketakutan tu dekat saya. Sampai lah terjadinya kes terjumpa hp di bawah katil dpn mata dia, tu yg husband lagi percaya memang 'sesuatu' sgt bilik tu..
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2016 02:05 PM | Show all posts
Ok, well noted. I never experienced all these except when I was 5 or 6 years old. Tu yang I cakap could be imagination. If its true, then its true.

Please continue.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 02:00 PM GMT+8 , Processed in 1.111712 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list