malam td masa lps bg kucing2 ku mkn, tetiba nampak depa semua berkerumun kat rimbun pokok bunga tepi pagar..
cuak punya psl, aku suluh dgn lampu. nampak ular sawa.. sebesar dahan pokok mangga...
mula2 ingat ular tedung jd tak berani nak baling dgn batu.. nanti dia terkejut, kepala dia tegak, abis la kucing2 ku disemburnya..
jadiknya aku suluh betul2, baru laa nampak corak batik bergulung2 melekat kat pagar..
aku pun capai kayu panjang tp ada sabit plak kat hujungnya, takut terkena kat kucing2 pulak.. jadik, aku pun main baling selipar. baling kat kucing2 aku supaya tak dtg dekat dgn ualr sawa tu..
takutnya.. dah la berdua aje dgn mak.. mata mak plak tak berapa terang.. asyik tak nampak ular tu kat mana.. tak kan aku nak tunjuk dekat2 .. mesti lah takut.. dan bahaya
sedihnya.. di masa2 mcm ni lah aku terasa. susahnya kalau takde org lelaki dalam rumah. jiran2 pun takde.. mmg seminggu dua ni aku dah teringat, lama tak tabur belerang kat sekeliling rumah.. tak sangka sempena tahun ular ni, ada plak yg dtg nak beraya kat rumah aku.. padanlah dah 5 ekor kucing hilang..
mlm ni aku berdoa semoga ular tu tak dtg lagi.. td pun sempat sembur minyak hitam lama kat kwsn pagar yg bersempadan dgn kebun sawit sebelah.. mungkin ular tu dah lapar. takde apa nak makan kat kebun tu, dia dah berani masuk laman rumah kami..
malam ni, aku pasrah aje pd ketentuan Ilahi.. moga kucing2 ku semua nya selamat.
esok pagi baru nak upah org cari ular tu kat kebun sebelah.. mesti dia ada sembunyi kat situ..
zehra2 posted on 22-2-2013 12:30 AM
TOLONGGG kekawan..
tolong doakan semuanya selamat.. moga Allah lindungi kucing2 ku..
haiyooo takutnye zehra... kena report tu kat bomba ke... pertahanan awam ke...
bukan takat bahaya kat kucing2 kita... kat zehra & mak pun... kalau dah nak masuk kaw rumah, maknanya dia dah tak de makanan ka tu nak makan... terus dtg nak beraya kong c.. kong c di umah zehra...mentang2 la thn ni thn dia... itu tunjuk berani tu... huhuhuhu... jaga diri yang... bahaya..bahayaa....
leotazz818 posted on 22-2-2013 12:32 PM
haiyooo takutnye zehra... kena report tu kat bomba ke... pertahanan awam ke...
bukan takat bahay ...
curfew laa.. apa lagi.. skrg ni, lps maghrib jek mkn mlm, yg ada tuan nya tu, selalu tumpang mln kat sini,kita halau balik sampai kat dpn rumah tuan dia.. kita dah bg tau org2 yg dkt2.. ada ular sawa besor kat area ni.
kucing residen, semua masuk cage yg boleh lipat2 tu.. dah ada 4 cage besar. park kat dpn pintu. psg lampu. siang baru lepaskan.
sbb nya encik batik tu tak dpt ditangkap lagi.. mungkin jugek tgh hibernate, tunggu dia lapar semula baru dia dtg lagi.
susah hati dibuatnya...
tak sangka rumah ni boleh ganti zoo.. dulu ada sekor musang pulut dok tinggal dlm siling rumah agaknya..
tau2 dah terjatuh dari siling. mati. plak tu.
skrg ni ada encik batik plak.. masalahnya jgn lah mkn kucing kita... kita vaksin RM65, makanan pun import tau..
mlm tu, kita tgk sendiri, encik batik tu cuma relax jek melingkar bwh pokok mangga.. kucing2 kita yg gatal2 pi dkt2.. cium sana sini.. mmg mintak di ngapp lah.. nasib baik cpt baling dgn kasut.
Yang ni pulak kes berlaku kat Taman kitorang hujung tahun 2012
KUCHING: Seekor buaya yang dipercayai membaham lima ekor kucing berjaya melepas-kan diri daripada kepungan penduduk selepas terperang-kap selama empat jam di dalam sebuah parit sebuah taman perumahan di sini, malam kelmarin.
Insiden berlaku di Samariang Aman, Bandar Baru Samariang selepas buaya sepanjang tujuh kaki itu dilihat membaham se-ekor kucing di belakang sebuah rumah sekitar jam 9 malam.
Penduduk yang dimaklumkan mengenai insiden itu bergegas ke lokasi kejadian, menyebabkan buaya itu memasuki sebuah parit untuk menyelamatkan diri.
“Kami terkejut selepas dimaklumkan mengenai buaya itu. Kami segera ke tempat kejadian untuk cuba menangkapnya, namun ia berjaya melarikan diri dengan memasuki parit berdekatan.
“Melihat keadaan itu, kami segera meletakkan pagar di hujung parit tersebut untuk menghalang buaya itu daripada terlepas ke sungai,” kata seorang penduduk.
Kawasan perumahan Sama-riang Aman terletak di tebing Sungai Beradek, salah satu cabang Batang Salak.
Tambahnya lagi, keadaan bertambah sukar berikutan air pasang dan mereka terpaksa meminta bantuan daripada Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).
Bagaimanapun, katanya, selepas menunggu air surut selama kira-kira empat jam, beberapa anggota JPAM dengan bantuan penduduk cuba menjejaki buaya tersebut namun tidak berjaya dan percaya ia telah terlepas ber- ikutan terdapat kesan bengkok pada pagar yang diletakkan di hujung parit itu.
“Usaha menangkap buaya tersebut terjejas selepas air mula pasang. Parit kemudiannya di-penuhi air dan menyukarkan kami menangkapnya menyebabkan kami mendapatkan bantuan JPAM.
“Selepas beberapa jam menunggu air surut, beberapa anggota JPAM meninjau keadaan di dalam parit tersebut, namun buaya itu tidak lagi kelihatan dipercayai berjaya melepaskan diri dengan merempuh pagar yang diletakkan di hujung parit ber-kenaan,” katanya lagi.
Sementara itu, pemilik kelima-lima kucing tersebut, Dayang Latifah berkata, insiden itu merupakan kali pertama berlaku dan dia percaya kehilangan ku-cing-kucingnya sejak beberapa bulan lepas ada kaitan dengan buaya terbabit.
“Kami ada sembilan ekor ku-cing dan sejak beberapa bulan le-pas, empat daripada kucing kami telah hilang dan malam ini (kelmarin) seekor lagi kucing kami ditemui mati selepas dibaham buaya.
“Kami percaya kesemua ku-cing kami yang hilang sebelum ini adalah angkara reptilia ter-sebut,” katanya.
YoonArang posted on 26-2-2013 10:31 AM
Uishh.. Bhya gak tu.. Da jmpe lom buayanye..
Ishh.. Sian meowww..
kat area kitorang, walaupun kawasan perumahan, memang kawasan berpaya...memang habitat asal buaya pun...yang rumah berdekatan sungai tu memang selalu nampak buaya...masuk dalam parit tepi2 rumah pun ada...
leotazz818 posted on 26-2-2013 02:00 PM
uikkss.. ini lg ganazzz.. buaya tuhhh..
yub...tambah2 lagi kalau musim hujan...ada sekali tu dengar cerita dari jiran2, bila air sungai naik, pernah jumpa buaya kat jalan depan rumah...hihihi...