CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: opahcikcur

ISTANA GAFIM XXI - VIDEO CLIP 'INILAH CINTA' MELETUP!!!

 Close [Copy link]
Post time 6-7-2010 11:00 AM | Show all posts
xsaba rase nye nak tgk saham neraka..
aritu miss tgk jgn lupe lirik..adek2 ku sume ckp best n kelakar..
agk2 ade sesape record x?hehehehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2010 02:04 PM | Show all posts
gambar untuk artikel ... saham neraka



misz uols
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2010 02:30 PM | Show all posts
suker sangat ...

Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2010 03:10 PM | Show all posts
a'kum ...

ader sesaper yg upload jangan lupa lirik ... tempeklah kat istana nie ...

luv uols
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2010 03:54 PM | Show all posts
iwanis pon miss gk eh..huhu
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2010 04:00 PM | Show all posts
sesaper yang nak tengok consert cornetto .. pergilah kat FB Mengumpul Peminat Ak3m

best giler

n_n
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-7-2010 11:34 AM | Show all posts
a'kum sumer


lalu jer ... tak der orang kat istanew


rindu kat akim


tak sabar nak tunggu 10/7/2010 ... saham neraka ... weeeho

luv uols
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2010 02:04 PM | Show all posts
hi ... sedeynyer masih tak der orang ..

untuk sumer  ... dari gua.com.my



Berlakon di bawah arahan pengarah hebat pastinya memberikan tekanan kepada seseorang pelakon. Apatah lagi jika pelakon tersebut masih mentah dalam dunia lakonan.

Namun tidak buat penyanyi serta pelakon remaja yang semakin meningkat popular, Akim apabila berpeluang berlakon di bawah bimbingan pengarah berkaliber Erma Fatima di dalam telemovie 'Saham Neraka' yang bakal ditayang di TV3 melalui slot Cerekarama tidak lama lagi.

Menurut Akim, Erma yang sebelum ini pernah mengarahkan filem 'Embun' dan 'Jimi Asmara', disifatkannya sebagai seorang pengarah yang kreatif dan dalam masa yang sama cukup teliti dengan kerja-kerja pengarahan yang dilakukannya.

"Pada saya Kak Erma bukanlah seorang pengarah yang garang tidak bertempat. Sebaliknya dia seorang yang tegas dan dalam masa yang sama sangat berfikiran terbuka.

"Sebagai seorang pelakon baru dan masih mentah dalam bidang ini, saya mendapat banyak tunjuk ajar daripadanya. Apa yang penting adalah disiplin dan sikap ingin belajar ketika berada di lokasi.

"Saya akui masa hari-hari pertama di lokasi, saya memang rasa gementar. Tetapi apabila sudah bekerjasama dengannya, saya rasa gembira kerana dia langsung tidak memberikan tekanan kepada saya atau para pelakon lain," jelas Akim yang sebelum ini cukup sinonim melalui drama bersiri 'Kau Dan Aku'.

Penyanyi yang popular dengan lagu "Inikah Cinta" dan "Bengang" itu juga bersyukur kerana berpeluang bergandingan dengan pelakon hebat seperti Datuk Jalaluddin Hassan, Hamidah Wahab dan Jue Aziz melalui drama tersebut. Katanya dia berpeluang menimba banyak ilmu lakonan daripada pelakon senior yang tidak pernah lokek memberikan tunjuk ajar.

"Dalam drama ini saya bertindak sebagai pelakon utama iaitu Rozmi yang sangat taksub dengan permainan saham. Oleh kerana sudah terlalu taksub, dia akhirnya menerima padah akibat sikapnya sendiri yang kurang berhati-hati.

"Lebih memburukkan keadaan dia turut melibatkan ahli keluarganya di dalam masalah yang dihadapi. Itulah sebabnya judul drama ini 'Saham Neraka' kerana ia memberikan kesan tidak baik kepada Rozmi," ujarnya.

Serius mahu bergelar komposer
Bercerita mengenai perkembangan terkini kerjaya seninya, dia memberitahu bakal tampil dengan single terbaru, "Janji". Lagu dan liriknya ditulis sendiri oleh Akim yang bercita-cita untuk menjadi komposer hebat pada masa yang akan datang.

"Saya sebenarnya sangat serius dengan bidang seni. Itulah sebabnya saya memberanikan diri untuk menghasilkan lagu-lagu sendiri. Selepas lagu "Inikah cinta" yang mendapat banyak respon positif daripada pendengar, saya cuba ketengahkan pula "Janji" yang berkonsepkan pop tapi menerapkan elemen rock di dalam susunan muziknya.

"Saya menyedari saya mempunyai bakat menulis lagu ketika berada di dalam AF dan daripada situ saya terus kembangkan minat yang saya ada. Buat masa ini saya hanya hasilkan lagu-lagu untuk diri saya sendiri, tetapi pada masa hadapan jika ada permintaan, saya juga mahu hasilkan lagu-lagu untuk penyanyi lain," katanya.

Ditanya mengenai album sulungnya yang sudah sekian lama dicanang bakal dihasilkan tidak lama lagi, Akim tidak berani memberikan jawapan pasti. Katanya walaupun sudah mempunyai tiga buah 'single' sebelum ini, namun itu bukanlah tiket untuknya muncul dengan album solo peribadi.

"Semua penyanyi memang mahu menghasilkan album. Cuma buat masa ini saya perlu bersabar kerana keadaan pasaran muzik kurang memberangsangkan. Sekurang-kurangnya dengan 'single' yang dihasilkan, membuatkan para peminat terus mengingati saya," katanya yang masih bernaung di bawah label, Astro Entertainment Sdn. Bhd. (AESB).


semakin matang nampaknyer soltan tersayang nie menjawap soalan2 ..

hu hu hu
n_n
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-7-2010 02:57 PM | Show all posts
Mila Rasa Kecewa Tak Dapat Bersama KDA2

KUALA LUMPUR, 7 JULAI 2010: Penggambaran drama bersiri muzikal remaja Kau Dan Aku (KDA) bagi musim yang kedua sedang dilakukan. Namun, Mila khabarnya tidak lagi akan menjayakan musim kedua KDA ini bersama dengan Akim dan Aril.

Hal ini telah dimaklumkan oleh Akim yang nyata kelihatan begitu sedih apabila terpaksa menyanyikan lagu Kau Dan Aku untuk terakhir kali bersama Mila sewaktu menjayakan konsert Cornetto's Take a Chance, Show your Love yang berlangsung di Roof Top, Bukit Bintang Plaza, baru-baru ini.

Jelas Akim, drama bersiri muzikal itu akan bersambung tanpa kehadiran Mila sebagai pelakon utama.

Terkejut dengan kenyataan Akim itu,murai.com.my terus mendapatkan Mila untuk mendapatkan pengesahan yang lebih lanjut.


Kata Mila, dia jugatertanya-tanya kenapa dirinya tidak lagi dipanggil untuk menyertai KDA bagi musim kedua.

"Mila memang dah habis kontrak dengan Kau Dan Aku, begitu juga dengan pelakon-pelakon lain. Tapi tak tahu kenapa Mila sahaja tidak dipanggil mereka untuk bersama mereka drama Kau Dan Aku musim kedua ini.

"Tup-tup je Mila tau mereka dah mulakan pengambaran, sedangkan Mila tidak tahu apa-apa pun. Malah Mila pun tidak dipanggil untuk pengambaran drama itu lagi", katanya.

Mila yang menolak kemungkinan dirinya disingkirkan oleh mereka disebabkan lakonannya yang tidak memuaskan itu ternyata kecewa apabila tidak dapat bersama KDA untuk musim kedua.

"Mila tak rasa itu sebabnya, mungkin bukan rezeki Mila lagi untuk bersama drama itu. Walaubgaimanpun Mila memang sedih dan kecewa juga kerana tidak dapat bersama Kau Dan Aku lagi.", jawabnya.

Dalam pada itu, penyanyi kecil molek ini dalam proses merangka album keduanya yang juga terbitan syarikatnya sendiri iaitu Lovemila Corporation.

"Mila sedang kumpulkan material untuk album kedua Mila ini yang akan memuatkan 5 lagu kesemuanya. Setakat ini 2 lagu sudah pun dirakamkan dan dalam proses juga menghasilkan video klipnya", katanya.

Mila yang pertama kali bekerjasama dengan Aidit Alfian untuk album kedua ini masih mengekalkan genre pop untuk lagu-lagunya.

" Memang dah lama Mila nak bekerjasama dengan Aidit dan Alhamdulilah termakbul juga kali ini. Mila akan tonjolkan lagu-lagu yang lebih matang dari segi vokal dan muziknya, namun masih mengekalkan pop balada dalam album Mila kali ini", katanya yang belum bersedia untuk menulis lagunya sendiri dalam albumnya.

Dalam pada itu, Mila juga sedang sibuk dengan beberapa pengambaran drama dan telemovie Hari Raya untuk RTM dan MediaCorp, Singapura.

dari murai.com.my
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2010 10:08 PM | Show all posts
Post Last Edit by sally_8176 at 7-7-2010 22:38


Akim akan beraksi di dalam Konsert Kemuncak Suria 2010 yg akan berlangsung :-


**** Tarikh  :  24 Julai 2010 ****
**** Tempat:  Dataran Putrajaya, Precint 3, Putrajaya ****
**** Masa    :  Bermula jam 12.30 tgh hari ****


Jom ramai2 kita ke Putrajaya....

  
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2010 10:14 PM | Show all posts
Post Last Edit by sally_8176 at 7-7-2010 22:25


Jgn lupa saksikan Konsert Gemilang Akim (Showcase Akim) pada 16 Julai 2010, jam 7.30 malam di Astro RIA..


Kepada semua peminat2 yg tak berpeluang menonton rakaman hr tu, so inilah masanya..Tonton jgn x tonton..


Ingat yew...pada 16 Julai 2010, jam 7.30 malam, di ASTRO RIA..
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2010 09:41 AM | Show all posts
iwanis..tq sbb tepek artikel psl soltan
sally..tq for the info..mesti tgk...!!!
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2010 11:05 AM | Show all posts
Konsert merai cinta
Oleh NORLIZA MOHAMAD ZAKARIA
[email protected]
Gambar JEFFRI IRAN   
credit :utusan



UNTUK ke sekian kalinya, Konsert Wall's Cornetto diadakan untuk kali kedua selepas kali pertama menemui peminat setahun lalu di Padang Merbok, Kuala Lumpur.
Konsert yang berlangsung di Rooftop, Bukit Bintang Plaza, Kuala Lumpur baru-baru ini, seramai hampir 500 peminat hadir memeriahkan konsert yang dijayakan oleh Dafi, Aizat, Shila OIAM, Mila, Akim san Bunkface itu.
Seawal pukul 7 malam lagi ratusan peminat sudah mula membanjiri perkarangan tingkat atas Bukit Bintang Plaza semata-mata tidak mahu ketinggalan menyaksikan artis-artis kesayangan mereka beraksi, menyanyi sambil menari secara dekat.
Konsert yang pada awalnya dijadualkan berlangsung pada 19 Jun lalu ditunda ke tarikh yang lebih sesuai iaitu pada 3 Julai lalu berikutan sambutan yang menggalakkan daripada peminat.

Tirai konsert dibuka kira-kira pukul 8 malam oleh duta Wall's Cornetto iaitu Akim menerusi lagu hitsnya, Inilah Cinta.

Mendapat tepukan gemuruh daripada penonton, persembahan yang diberikan oleh Akim pada malam tersebut ternyata berjaya menyuntik rasa di kalangan peminat apabila dia menyampaikan sebuah lagi lagu berhantunya, Bengang dan sebuah lagu Inggeris, Billy Jean.


Konsert yang hanya terbuka kepada pemegang pas percuma Wall's Cornetto itu rata-rata menggamit peminat remaja dalam konsert yang mengangkat tema cinta dan persahabatan itu.
Sekali lagi, Mila dibawa oleh pihak penganjur untuk sama-sama memeriahkan konsert tersebut.
Tampil dengan imej comel dan berambut panjang, penyanyi genik itu muncul menyanyikan lagu Aku Lebih Tahu dan Jika kau Ubah Fikiran.
Berbanding tahun lalu, Mila kali ini dilihat lebih bersedia menghiburkan peminat dengan persembahan vokal dan tarian yang lebih mantap.
Pada konsert itu juga, Akim dan Mila berduet menyampaikan lagu popular daripada rantaian popular Astro, Kau dan Aku iaitu Kau dan Aku.
Konsert yang hanya terbuka kepada pemegang pas percuma Wall's Cornetto itu rata-rata menggamit peminat remaja dalam konsert yang mengangkat tema cinta dan persahabatan itu
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2010 11:13 AM | Show all posts
Salam sumer...Iwanis, Ilanda, Zuranura, Sally, adik2 yg dah masuk kolej n otai2 yg SR...moga ceria slalu....

Hmm...kat FB katanya slot cerekarama bukan Saham Neraka...waduhhh...beriya2 menunggu...nak kena tunggu lama lgi la nampaknya...
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2010 11:13 AM | Show all posts
Post Last Edit by Warda at 8-7-2010 11:14

Salam sumer...Iwanis, Ilanda, Zuranura, Sally, adik2 yg dah masuk kolej n otai2 yg SR...moga ceria slalu....

Hmm...kat FB katanya slot cerekarama mlm minggu ni bukan Saham Neraka...waduhhh...beriya2 menunggu...nak kena tunggu lama lgi la nampaknya...
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2010 11:33 AM | Show all posts
Jgn lupa saksikan Konsert Gemilang Akim (Showcase Akim) pada 16 Julai 2010, jam 7.30 malam di Astr ...
sally_8176 Post at 7-7-2010 22:14


Sally...rasanya bole tak request kat astro tukar waktu siaran...awat la 7.30pm...tak seswaiii betul la...
hope ade yg uplod kat utube...kandew nak gak belajar camne nak record fom tv n uplod ke u tube...mesti kena pasang gadjet tertentu kan...




Even tak berkenan ngan mila n akim jd couple dlm kda1 dulu tp rasa sedih juga mila digugurkan terus dr kda2. In the first place both should never never being paired...akim tak jadi hero pun takpe as long sumer dpt chance berlakon...

N tak jamin lg heroin baru serasi ngan Akim or Akim yg tak serasi ngan dia....hmmm...:re:{:1_125:}



b4 tu....teruskan undian kengkwan yer...era TV mlm ni...lom terlambat nak upkan IC....n goes the same to muzik2 n carta hotfm...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-7-2010 11:50 AM | Show all posts
hi sumer ... missz uols

warda ... camner nak undi kat carta era tv ... tak taulah

carta yang lain tu ... hari2 pulun undi ... untuk soltan tersayang sakit jari tekan mouse pun takper ... hu hu hu
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2010 11:52 AM | Show all posts
kak warda..maknenye sabtu neh xde larh erk saham neraka??
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2010 12:27 PM | Show all posts
hi sumer ... missz uols

warda ... camner nak undi kat carta era tv ... tak taulah

carta yang  ...
iwanis7 Post at 8-7-2010 11:50



  
ha ah ek...yo yo on je promo org soh undi kat carta era tp sendiri baru perasan....me myself still tertanya2 camne nak undi for that chart    

Ada terbaca kat mana ek....carta era ni rasanya berdasarkan permintaan lagu tersebut utk diputarkan di radio sepanjang minggu...ntahler....kena tanya directly kat dj2 era ni...tanyakan ley iwanis...;)
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2010 12:32 PM | Show all posts
kak warda..maknenye sabtu neh xde larh erk saham neraka??
zuranura Post at 8-7-2010 11:52



nak comfirm ke idak...terpaksa la terpacak jugak dpn tv time slot cerekarama tu...takley caya sgt berita yg tersebar di internet ni kalau termiss bagai kempunan telur ikan bakul nanti....tak rela ai naik tangga batu caves tuh nak cari gua...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 10:17 PM GMT+8 , Processed in 0.066610 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list