naik kan umah.. hehehe ramai plak sekarang guna perkataan FRENZ instead of FRIENDS dan FAN kan? hehehe Stacy Angie Frenz pencetus segalanya.. hehehe
virgonz Post at 6-11-2009 11:22
NAIZLE atau nama sebenarnya Aliff Naizal Azizul pernah digosipkan bersama bintang rancangan realiti Stacy.
Bagaimanapun, jejaka yang sekarang ini sibuk dengan single terbarunya menafikan beliau ada sebarang perhubungan percintaan dengan Stacy.
“Gosip itu menular apabila peminat-peminat saya dan para peminat Stacy berlawan dalam satu perlawanan futsal,” jelas penyanyi itu sambil ketawa dalam satu temu bual bersamanya di Menara Star pada hari Rabu lepas.
Naizle menambah yang dia tidak bersua dengan Stacy lebih daripada satu setengah bulan dan menggambarkan peserta program realiti itu sebagai gadis yang lincah dan periang.