|
Shahir masuk semula AF8
KUALA LUMPUR 9 Mei - Seperti yang telah dijangka, rancangan realiti popular Malaysia, Akademi Fantasia 8 (AF8) sekali lagi hadir dengan 'kejutannya' iaitu mengadakan undian masuk pada hari ini.
Peserta yang tersingkir pada minggu ketujuh, Ahmad Shahir Zawawi (Shahir) (gambar),22, diberi peluang kedua oleh rakyat Malaysia yang mengundinya sehinggamendapat 68.6 peratus bagi melayakkan dia kembali di dalam AF8.
Undian masuk ini diumumkan oleh pengacara Sarimah Ibrahim menerusimalam debaran AF yang disiarkan secara langsung dari Dewan Sri Putra,Bukit Jalil di sini malam ini.
Ujar Shahir, dia amat bersyukur diberi peluang kedua dan berjanjiakan sedaya upaya memberikan yang terbaik, khas buat mereka yangmengundinya.
''Secara jujurnya, saya tidak yakin untuk diserap semula kerana masing-masing ada kekuatan tersendiri.
''Namun berdasarkan undian besar daripada penonton saya akan cubamemberikan yang terbaik untuk tidak menghampakan harapan mereka,"katanya.
Undian masuk dibuka mulai pukul 11 malam selepas konsert semalam dan ditutup pada 9.20 malam tadi.
Pada Konsert AF yang disiarkan secara langsung di Dewan Sri Putra,Bukit Jalil di sini semalam, peserta bernama Farina atau namasebenarnya Zafarina Jamhari, 28, terpaksa akur dengan keputusan undianSMS yang meletakkannya sebagai peserta tercorot.
Kemudian, undian masuk diumumkan dengan peserta yang tersingkir dariminggu pertama sehingga semalam diberi peluang kedua untuk terusbersaing iaitu Muhammed Shahril Mohd. Saleh Hussein (Shah), 26, ErmaSuhaimi (Ema), 21, Alif Muhammad Alif Kadim (Alif), 19; Dayang Nur AnumArjuna Aharun (Anum), 19, Nadia Emilia Roselan (Nad), 22, selain Shahirdan Farina.
Perjuangan pelajar AF8 kini diteruskan enam pelajar lain iaitu Muhd.Shahril Firdaus Eli (Daus), 22; Emirza Azwan Zulazrin Chew (Iwan), 20;Nadiawaty Ainul Basir (Ain), 24; Muhd. Firdaus Maulana Mohamed(Maulana), 22; Siti Adira Suhaimi (Adira), 19 dan Shahir.
AF8 yang dihoskan oleh Sarimah Ibrahim dan Jimmy Shanley menampilkandua pengkritik tetap iaitu Aznil Nawawi dan Adlin Aman Ramlie denganpengkritik undangan minggu ini, Erra Fazira.
byknya beza % undi shahir..Kate kat @15 shahir kddkn num.3 petang smlm..cepat nau fans shahir kejar smpai debaran yek ape2pon leh la start balik tgk diari mlm neh...yuhuuuu!!! |
|