CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: hijau88

NUR KASIH[PART VIII][FILM IN PROGRESS]

   Close [Copy link]
 Author| Post time 13-10-2010 11:52 PM | Show all posts
Post Last Edit by hijau88 at 14-10-2010 13:28

wah... berita gembira ni... aku rsa la...
SHOUT! AWARDS 2010




                    18 oktober - 11 november -> sms
                              18 OCTOBER 2010 -> ONLINE



RAJIN2 KAN LA JARI JEMARI ANDA UTK MENGUNDI K. TQ.

                                         



Voting ends on the 20th of November. The Shout! Awards will be held on the 20th of Nov at Putra Stadium in Bukit Jalil at 8:30 pm




SILA LA KE WEBSITE NI K UTK MAKLUMAT LANJUT;
http://www.shoutawards.com.my/


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-10-2010 11:53 PM | Show all posts
Reply 2421# adifrs

uhuhu... aku delete... then... aku post... pantas plak ko reply.
uhuhu.
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2010 12:16 AM | Show all posts
Reply 2422# hijau88

woh! best best! 2 kategori ada chance boleh menang

hijau.. post la psl ni kat forum TZ
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2010 12:33 AM | Show all posts
mari mengundi adam n nur!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-10-2010 12:41 AM | Show all posts
mariiiiii... aku dah post kat sana. ada psaingan hebat la... upin ipin ngan LS ngan FK.
mmm.
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2010 01:07 AM | Show all posts
harap RI & TZ menang
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-10-2010 08:17 AM | Show all posts
Post Last Edit by hazlyn at 14-10-2010 08:25

let's vote vote vote!

18 oktober - 11 november -> sms
18 NOVEMBER -> ONLINE
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2010 09:44 AM | Show all posts
i nak post article pasal remy...tapii..this one cam ader kurang masin skiittt on the first part of the article...yg lain tuh best gakk.....uolss nak bacer kerrr....i'm afraid ader yg frust...jiwa kacau segala....huhu:re:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-10-2010 10:11 AM | Show all posts
artikel mende lak ni? suspen jek
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2010 10:15 AM | Show all posts
Reply 2413# hazlyn


haah..Beto ader dlm NKTM...tgk pics dia jd lbh kurang mcm ustaz dlm nktm..sama2 ngan adam n nur bimbing budak2 bermasalah...
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2010 10:38 AM | Show all posts
WOW......gerenti mng ler adik nur n abg adam kiter ni.....
aura derang masih kuat ni....aura NK masih bersinar.....
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2010 11:45 AM | Show all posts
Post Last Edit by supbunjut at 14-10-2010 11:48


MAKIN MESRA? Remy bersama Maya Karin yang digembar-gemburkan sebagai mempunyai hubungan istimewa. - Foto SAODAH ISMAIL
  
Mudah cetak
E-mel

10 Okt 2010

EKSTRA!

SEMUANYA SOAL JODOH

Remy Ishak anggap gosip hubungannya dengan Maya Karin adalah harga yang perlu dibayar sebagai orang seni


ADA beberapa sebab saya mencari Remy Ishak, sejak menyaksikan lakonan hebatnya dalam drama Nur Kasih. Bukan saja kerana lakonannya yang saya anggap cukup baik sebagai orang baru, bahkan juga kerana bermacam-macam cerita panas yang membabitkan beliau.

Antaranya ialah gosip hubungan beliau dengan pelakon/pengacara jelita yang baru kembali single, Maya Karin.

Betul ke gosip itu?

'Tentang saya dan Maya, apa yang saya boleh katakan, saya selesalah. Tapi ini soal jodoh, tak ada siapa yang boleh rungkaikan,' katanya, selamba.

Mengenai gosip itu, tambah Remy, ia adalah sesuatu yang tidak boleh dielakkan, apatah lagi beliau dan Maya bernaung di bawah syarikat pengurusan yang sama, iaitu Satu Entertainment Sdn Bhd.

'Bagi saya, gosip terpaksa dibayar bila kita dikenali, terutama dalam bidang ini. Saya sedar, bila dalam bidang ini, macammacam akan dicabuli,' katanya.

Menurut Remy lagi, beliau mencuba nasib dalam dunia lakonan pada 2004 apabila pengarah Osman Ali mengadakan uji bakat untuk membuat filem berjudul Akuarium Cinta.

Hanya 30 peratus filem itu dapat disiapkan, tetapi ia kemudiannya tidak dapat diteruskan.

Namun, setahun kemudian, apabila Osman membuat filem Anak Halal untuk tayangan unggul, Remy telah dipelawa memegang watak kecil. Filem itu dibintangi oleh Maya Karin sebagai pelakon utama.

'Masa itu, Maya tidak nampak saya pun,' katanya berjenaka.

Maya juga bakal digandingkan dengannya sekali lagi bulan depan untuk Natrah arahan Erma Fatima dan kemudiannya mereka dipertemukan kembali dalam filem Akuarium Cinta versi baru dari Osman Ali.

Dalam Akuarium Cinta, Remy akan menyesuaikan diri sebagai remaja kerana filem itu adalah tentang cinta remaja.

Pastinya, kemunculan Remy dan Maya dalam filem ini akan menambahkan lagi kehangatan gosip tentang cinta mereka berdua.

Remy tenang dan tidak gelabah berdepan dengan pelbagai gosip. Beliau juga mahu memberikan tumpuan penuh pada kerjaya lakonan.

Untuk pengetahuan anda, saat ini Remy adalah pelakon yang sedang meningkat dan cukup laris permintaan untuk mengambilnya berlakon, iaitu sejak kemunculan mantapnya dalam drama bersiri Nur Kasih.

Beliau juga diberi gelaran, 'Hero Malaya', bukan saja kerana kehebatannya berlakon bahkan kerana ciri-ciri fizikal beliau yang segak dan sasa sebagai seorang lelaki Melayu.

Satu hal yang amat saya senangi ialah beliau tidak meninggi diri dan tidak sombong seperti yang pernah dilaporkan.

Sebaliknya, Remy seorang yang suka berterus terang, sopan dan lembut dalam tutur katanya.

Ini sama sekali tidak menepati anggapan saya tentang beliau. Saya menjangkakan beliau tentu seorang lelaki macho yang agresif, kasar dan sombong.

'Mungkin kerana pengalaman saya selama ini. Saya bermula dari bawah. Sebelum berlakon, banyak kerja yang saya sudah buat kerana saya ini sejak usia 17 tahun sudah bekerja.

'Pelbagai kerja sudah saya buat... kerja buruh, jadi kelindan lori dan kerja-kerja housekeeping di hotel. Saya tidak pernah memilih kerja kerana saya tahu, saya bukan orang senang dan saya tidak ada sijil tinggi, jadi, saya tidak boleh memilih pekerjaan.

'Kerana saya bukan orang senanglah maka saya boleh meletakkan diri saya di mana-mana,' cerita Remy, yang mula hidup di Kuala Lumpur pada zaman gawat 1998 di mana beliau berjaya mendapatkan pekerjaan di sebuah hotel.

'Oleh kerana waktu itu zaman syarikat buang pekerja, jadi saya buat apa saja kerja. Dalam hotel, hanya memasak saja saya tidak pernah cuba, tapi selainnya, dari mengemas (housekeeping), jadi pelayan dan room service hingga ke butler, semuanya saya pernah kerja,' katanya.

'Saya tidak malu, kerana saya tahu, saya mesti berusaha dan saya percaya kita boleh ubah nasib kita jika kita punya keinginan dan niat yang betul.

'Walaupun saya tidak ada sijil akademik, tidak bermakna saya gagal,' tambahnya yang mengakui bahawa penglibatannya dalam bidang perhotelan selama lima tahun itu mengajarnya berkomunikasi dengan orang ramai.

Ketika pertemuan ini diadakan Isnin lalu, Remy sedang dalam proses mengecilkan badan untuk disesuaikan dengan watak yang akan dibawanya dalam cerita Natrah. Beliau memegang peranan sebagai Mansor Adabi.

'Kalau boleh saya tidak mahu bawa watak yang sama berulang-ulang. Sebab itu kadangkala saya nampak besar, ada kalanya nampak berumur. Baru-baru ini, saya bawa watak Mat Bangla,' katanya.

'Saya kena lakukan perubahan, kalau tidak setiap watak saya nampak sama, sedangkan saya mahu kelihatan berbeza untuk setiap lakonan.

'Saya kaji watak-watak dalam filem asing, saya suka buat perbandingan dengan filem Eropah, Perancis bahkan filem Timur Tengah, yang bajetnya tidak besar tapi ada cerita,' ujar pelakon yang minatnya termasuk juga melukis, fotografi, menyanyi dan muzik.

Selain soal gosip dan lakonan, ada satu lagi perkara yang menyebabkan saya tertarik untuk bertemu ramah dengan Remy.

Saya ingin memastikan benarkah beliau orang kampung saya, iaitu Masjid Tanah, Melaka.

'Ibu bapa saya asal Masjid Tanah. Ibu orang Air Limau dan ayah orang Paya Rumput.

'Hari Raya baru-baru ini, saya beraya di Kampung Air Limau, Masjid Tanah, malahan bila ada kelapangan, bermakna tidak ada shooting, saya cuba pulang ke kampung,' cerita Remy, atau nama sebenarnya, Mohammad Zalimei Ishak.

Meskipun kehadirannya boleh dianggap baru, Remy sudah mula merasai kehidupan sebagai seorang artis.

Raya lalu, beliau sudah tidak lagi dapat keluar bebas di pekan Masjid Tanah yang tidaklah sebesar mana. Jika selalu, untuk membeli ais saja beliau boleh menaiki motosikal, tetapi nampaknya semua itu tidak dapat dilakukan lagi.

'Kalau saya keluar beli ais, sudah tentu saya pulang dengan membawa ais yang sudah menjadi air,' cerita pelakon berusia 28 tahun ini, yang lahir di Negeri Sembilan dan membesar di Sungai Petani, Kedah.

'Ayah saya anggota tentera ketika itu, jadi keluarga kami sentiasa berpindah dari satu tempat ke satu tempat lain. Saya bersekolah dan membesar di Sungai Petani, iaitu di Sekolah Kebangsaan Kem Lapangan Terbang dan kemudiannya di Sekolah Menengah Khir Johari,' ceritanya.

Apabila ayahnya berpindah ke Melaka, beliau bersekolah pula di Sekolah Menengah Ghafar Baba hingga ke tingkatan lima.


huhu..tepek jerlahhh...sharing is caring....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-10-2010 12:52 PM | Show all posts
harap RI & TZ menang
eddlisa_uyuk Post at 14-10-2010 01:07


InsyaAllah.... mmg mengharapkn geng NK menang...
mmm.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-10-2010 12:53 PM | Show all posts
Post Last Edit by hijau88 at 14-10-2010 13:20
let's vote vote vote!

18 oktober - 11 november -> sms
18 NOVEMBER -> ONLINE
hazlyn Post at 14-10-2010 08:17


wokeyh... ingtkn online je yg ada. tq.

18 OCTOBER 2010 - UNDI SECARA ONLINE... kat web tu aku rasa dorg bru edit la.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-10-2010 12:58 PM | Show all posts
Reply 2433# supbunjut


mmm... pihak media lebih suka menggosipkan RI ngan MK kan.
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2010 02:43 PM | Show all posts
bese ar tu....nak naikkan rating jualan....harus carik biter panas.....:@
tapi ntah pa per lah.........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-10-2010 02:44 PM | Show all posts
undi.....undi....jgn x undi.....
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2010 07:42 PM | Show all posts
111111? alaaa..trikh2 cntik ni mak seriauu laaah!
irsuzie Post at 12-10-2010 11:46 PM


mmg seriau & sadis dgn kemalangan 101010...
tp kite doa yg baik2 k...
utk retiz...
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2010 09:59 PM | Show all posts
Reply 2436# hijau88

kan?
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2010 10:25 PM | Show all posts
undi.....undi....jgn x undi.....
adifrs Post at 14-10-2010 14:44



    Jom undi......undi lagi kannn...syok  mengundi nie...huhu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 12:49 AM GMT+8 , Processed in 0.058693 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list