|
Aku suka suki RI ngan TZ..tp aku suke lgi RI ngan MK...hihikk..jgn mare mare mare.......
Maya dan Remy… Senyum ada makna
ADA banyak cara orang mengelak untuk menjawab soalan. Terutama soalan berbau cepu mas. Ada orang balikkan soalan yang sama kepada si penanya, tapi yang paling biasa adalah hanya dengan ketawa dan ketawa.
Itulah yang dilakukan oleh dua orang pelakon ini ketika saya bertanyakan soalan itu kepada mereka secara ‘point blank’. Mereka yang ketika itu duduk berdepan dengan saya hanya menjawab dengan tawa, sambil memandang satu sama lain. Langsung tidak mengiyakan, mahukan menafikan.
Tapi, mungkin itu tandanya, iya mereka bercinta. Atau mungkin juga tidak sampai hati nak memarahi saya mengulangi soalan yang sama yang barangkali sudah puluhan kali ditanya kepada mereka. Lalu hanya memadai dengan ketawa.
Begitulah reaksi Maya Karin dan Remy Ishak ketika ditemui serentak di pejabat pengurusan mereka, Satu Entertainmant Sdn Bhd yang terletak di Petaling Jaya, Selangor.
Tapi, alahai, sekilas ikan di air, sudah ku tahu jantan betinanya. Sekalipun tiada pengakuan terang-terangan dari mereka, namun, ada keserasian di antara mereka. Ada semacam ‘bonding’ yang serasi, sekalipun tidak menonjol kerana mereka berdua bagaikan saling hormat menghormati, tidak gedik seperti sesetengah pasangan artis yang mabuk api asmara yang kita tahu.
Kalau adapun cinta yang sedang berputik di hati mereka pun, apa salahnya. Dua-dua bujang trang tang tang. Bukan isteri orang, bukan suami orang. Maya sudah solo dan Remy juga belum lagi berpunya. Jadi, iya, apa salahnya jika mereka sedang bercinta.
Namun, pada sesi temubual berasingan, secara hati ke hati, Remy akhirnya menyatakan bahawa beliau kini selesa.
“Ini kita cakap soal jodoh. Soal jodoh tidak boleh dirungkai. Mungkin boleh jadi, saya tidak boleh rancang. Ada orang kata nak kawin artis, tapi kemudiannya hanya kawin orang biasa. Mungkin juga kami bermula sebagai kawan, saya tidak tahu. Tapi apa yang pasti, saya selesa.
“Saya tidak nafikan ramai orang suka, tapi macam yang saya cakaplah, saya serah pada jodoh. Saya tidak tahu nak cakap apa, biar jodoh saja yang tentukan,” kata Mohammad Zalimei Ishak yang asal dari Air Limau, Masjid Tanah, Melaka.
Lalu, apa pula kata Maya Karin?
Juga dalam sesi yang berasingan, Maya memberitahu, sebagai artis yang agak lama dalam industri ini, beliau sudah masak dengan gossip. Ketika ditanya apakah beliau marah atau bosan dengan gossip, Maya dengan tenang menjawab tidak.
“Saya rasa dalam industri hiburan, kita tidak boleh marah. Dulu, pun saya jadi bahan gossip yang lebih buruk lagi. Saya dituduh dengan suami orang kke London dan sebagainya. Jadi, gossip kali ini tidaklah seberapa, berbanding dengan yang dulu.
Dan, seperti Remy, Maya juga menyerahkan soal masa depan pada takdir. Katanya, “ Kita tidak boleh pasti apa yang akan berlaku tentang masa depan. Kita sendiri tidak tahyu.Contohnya dulu, saya kata saya mesti buat bungee jumping, tapi sekarang, saya rasa saya tak akan lakukan. Sebab itu saya tidak boleh cakap panjang lebar, kalau ada, adalah, kalau tidak, tak adalah.”
Lalu saya katakana padanya, gossip mengenai beliau dan Remy tidak semestinya negative memandangkan mereka berdua adalah pelakon yang punya ramai peminat dan tentunya ramai yang mahu melihat mereka benar-benar menjadi pasangan kekasih. Sama cantik, sama padan, sama punyai bakat besar dalam dunia lakonan.
Tentang komen itu, Maya menguntum senyum sambil berkata, “Saya berterima kasih kepada semua yang fikir positif dan baik hati.’
Mengakui belaiu sebagai seorang yang cukup menjaga privacy. “I am a very private person.”
“Saya tidak selesa bercerita atau luahkan hal-hal peribadi pada orang, kalau ada masalah pun, kerana ia tidak akan membantu, bahkan akan beri tekanan pada diri saya. Saya hanya berkongsi hal-hal tertentu dengan keluarga dan dua tiga orang rakan karib yang sudah saya anggap seperti adik beradik.
“Sebagai orang seni, saya seimbangkan. Ada benda yang boleh kongsi, ada benda yang saya simpan sendiri. Ada orang boleh cerita semua. Apa yang dah be rlaku dalam hidup saya sebelum ini, biarlah ia berlalu, sekarang adalah tahun baru.”
Bagaimanapun Maya mengakui beliau adalah seorang yang komited dalam soal hati.
“Saya suka relationship. Saya jenis yang sangat komited. Saya sukakan cinta dan saya akan berikan cinta yang bukan sedikit.”
Maya yang bakal bercuti dua minggu untuk ke Vietnam menemui ayahnya dan kemudian ke China bertemu adiknya bakal berganding dengan Remy sekali lagi dalam teater Natrah. Tentang filem, beliau seperti biasa, beliau tidak mahu cakap lebih kerana benda belum jadi.
Begitulah Maya, wanita Scorpio yang pandai simpan rahsia peribadi yang agak ‘superstitious” pada benda-benda yang belum pasti. Misalnya, tentang tawaran berlakon, selagi tidak mula shooting, selagi itulah beliau tak mahu cerita..
Dan, begitulah juga agaknya tentang kisah cintanya yang jadi tanda tanya itu… |
|