Kerajaan Ukraine patut kena marah dlm hal ni
----------------------------------------------------
Mayat diletakkan atas lori sampah
DEMOTIX
BEBERAPA anggota penyelamat berdiri di depan lori sampah yang digunakan untuk membawa mayat-mayat penumpang sebuah pesawat Penerbangan Malaysia yang terhempas di kawasan nahas dekat Grabovo, timur Ukraine kelmarin.
GRABOVO - Pasukan kecemasan Ukraine dikecam selepas beberapa gambar memaparkan mayat-mayat mangsa sebuah pesawat Penerbangan Malaysia MH17 diletakkan di tepi jalan sebelum diletakkan ke dalam beberapa buah lori sampah, lapor akhbar MailOnline semalam.
Hampir 200 mayat mangsa dibiarkan terdedah di tapak nahas selama tiga hari sebelum dipindahkan ke dalam gerabak yang lengkap dengan peti sejuk.
Pesawat MH17 tersebut terhempas dekat Grabovo selepas dipercayai ditembak dengan peluru berpandu pada Khamis lalu. Selepas beberapa hari dibiarkan mereput, kerja-kerja mencari mayat bermula.
Keratan laporan MailOnline semalam menunjukkan mayat-mayat di dalam beg plastik hitam menunggu giliran untuk diangkut dengan lori sampah ke dalam gerabak kereta api di lokasi nahas pesawat Penerbangan Malaysia dekat Grabovo, Ukraine.
Mayat-mayat mangsa kemudiannya diletakkan berbaris di atas jalan raya sebelum diletakkan ke dalam beberapa buah lori yang kotor. Mayat itu dibawa ke sebuah stesen kereta api kira-kira 15 kilometer dari tapak nahas sebelum disimpan di dalam beberapa buah gerabak.
Banyak pihak melahirkan kemarahan berhubung layanan terhadap mayat-mayat penumpang dan kru MH17. Beberapa ahli keluarga mangsa menganggap tindakan tersebut sebagai menghina serta tidak berperi kemanusiaan. - Agensi
Post time 22-7-2014 09:12 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Kalau betul pro russia tu yg tembak..tentu dia tak bg kotak hitam tu...adakah mmg ukraine punya kerja..atau sumer ni lakonan memasing utk melepaskan diri...konfius..
atau..adakah dorang berani bg kotak hitam tu sbb tahu yg data dlm tu bukannye bukti pun bahawa dorang yg tembak...
Post time 22-7-2014 09:13 AMFrom the mobile phone|Show all posts
batusembilan posted on 22-7-2014 09:02 AM
kita x berada di tmpt diorg, boleh la kita ckp mcm tu........tipikal la budaya la.....singh penang ...
ala aku x nak sebenarnta sebut apa tuntutan agama kita dlm menguruskan mayat. nnt kata aku ustazah. yg singh tu sah2 kut dkm agama dia x de hal2 berkaitan menyegerakan pengkebumian. kalau dah ustaz sendiri pun ckp adalah lbh baik ditanam kat sana, haruslah bersebab kan. mmg betul pe ... org kita still x bokeh accept tu. mmg la aku x mengalaminya ... cuma kita bg pendapat ikut hukum. dan aku pun pnh pesan kat family aku .. andai ditakdirkan aku mati dkt overseas ... kuburkan aku di situ je. x pyh susah2 dan menyeksa mayat aku tuk bawak balik. yg penting urusan pengkebumian aku dijlnkan dgn baik.
Post time 22-7-2014 09:18 AMFrom the mobile phone|Show all posts
my doa pagi ni ... semoga urusan bawak balik black boxes selamat. dan semoga semua mangsa dpt diuruskan dgn baik, setiap mayat dpt dicam ... dan dikuburkan dgn sempurna. amin
Wakil mlsia dah dapat 2 blackbox mh17 dr pihak pemisah.
Russia cabar us tunjuk bukti imej missilewatsoever
Russia ada bukti imej ukraine fighter jet
Obomba rayu rasputin
China gesa ukraine
Sesiapa boleh tak tolong I tempek this video... kalau BUK yg dikata ditembak oleh pemisah tu, ianya pasti dlm bentuk dlm youtube ni.... tp sampai skrg tak ada sesiapa yg boleh buktikan ditembak oleh BUK rebel
ohsemmm posted on 22-7-2014 09:22 AM
alhamdulillah.....moga urusan seterusnya di permudahkan
good job pada semua....
Foto Foto Penumpang & Siapakah Mereka
Kuala Lumpur: Seramai 298 penumpang dan anak kapal terkorban dalam nahas pesawat Malaysia Airlines MH17 yang dipercayai ditembak jatuh oleh anggota puak pemisah Rusia.
298. Ini bukan sekadar angka tetapi ini adalah jumlah nyawa yang terkorban dalam nahas malang yang menimpa dunia ini.
Nyawa-nyawa ini terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat termasuk ahli akademik, pelakon teater, aktivis AIDS, pelajar perubatan, penuntut Doktor Falsafah dan sebagainya. Ada yang membuat perjalanan bersendirian, bersama pasangan masing-masing atau dengan seluruh keluarga.
Ada yang tidak sabar untuk bertemu semula bersama ahli keluarga untuk Hari Raya, dan ada juga menggunakan Kuala Lumpur sebagai destinasi transit sebelum menyambung perjalanan ke negara masing-masing.
Siapa mereka? Apa kisah mereka?
Md Ali Md Salim
Md Ali Md Salim, 30, merupakan penuntut Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Development Neuropsychopathology di Erasmus University Rotterdam di Belanda.
Menerusi akaun Instagram beliau (@masa1777), gambar terakhirnya mempunyai mesej: “Bismillah…#hatiadasikitgentar”.
Ng Shi Ing
Ng Shi Ing, 33, merupakanPensyarah Fakulti Psikologi Dan Pendidikan Dalam Jurusan Teaching English As A Second Language (TESL), UMS.
Beliau menghadiri persidangan di University of Antwerp, Belgium sebagai pembentang kertas kerja.
Pensyarah tersebut yang sepatutnya dijadual kembali bertugas pada Isnin depan turut ditemani anaknya yang berusia satu tahun serta adik perempuannya yang dipercayai sama-sama berada dalam pesawat itu.
Shuba Jay
Shuba Jay merupakan bekas peserta program realiti Mari Menari. Beliau yang juga aktif sebagai pelakon teater dan drama televisyen dalam perlajalan ke Kuala Lumpur bersama suaminya Paul Goes, seorang warganegara Belanda dan juga anak mereka berusia 21 bulan.
Tambie Jiee dan keluarga
Tambi Jiee, 49, isterinya Ariza Ghazalee, 46, bersama anak-anak mereka Muhammad Afif, 19, Muhammad Afzal, 19, Marsha Azmeena, 15 dan Muhammad Afruz, 13 sedang dalam perjalanan pulang ke tanah air selepas lebih tiga tahun berada di luar negara.
Tambi Jiee bertugas dengan sebuah syarikat milik Shell di Kazakhstan dan baru mendapat kebenaran untuk berpindah tempat kerja dari Kazakhstan ke Kuala Lumpur.
Ahmad Hakimi Hanapi
Ahmad Hakimi Hanapi, 29, disifatkan sebagai payung emas kepada keluarga. Hakimi ada menghubungi datuknya Daud Kadir tiga hari lalu untuk memaklumkan bahawa beliau akan pulang untuk menyambut Aidilfitri bersama keluarga pada 25 Julai ini
Ahmad Hakimi meninggalkan seorang isteri yang dikenali sebagai Hasmat dan seorang anak lelaki berusia setahun lebih.
Beliau menyertai MAS lebih empat tahun lalu sebagai pembantu juruterbang.
Sanjid Singh Sandhu
Sanjid Singh, 41, tidak sepatutnya bertugas dalam pesawat MH17 tetapi bertukar syif dengan rakan setugasnya.
Sebelum ini, isterinya yang merupakan seorang pramugari bertukar syif dengan rakan setugas dan terselamat daripada insiden MH370.
Yuli Hastini dan keluarga
Yuli Hastini dari Indonesia sepatutnya pulang ke negara asalnya bersama suami John Paulisen dan anak-anaknya iaitu Arjuna Martin Paulisen, 5, & Sri Paulisen, 3.
Menurut seorang ahli keluarga, Yuli sudah enam tahun tinggal di Belanda dan bekerja di farmasi yang berbeza dari suaminya.
Elaine Teoh dan Emiel Mahler
Elaine Teoh, 27, berasal dari Pulau Pianang dan merupakan bekas pelajar Universiti Melbourne, Australia.
Beliau dan teman lelakinya Emiel Mahler dalam perjalanan ke Kuala Lumpur untuk menghadiri satu majlis perkahwinan. Kedua-duanya menetap di Melbourne.
Nick Norris
Nick Norris, 68, merupakan seorang pelayar terkenal Australia dan pengarah urusan di sebuah syarikat perunding di Perth.
Norris ditemani cucu-cucu beliau iaitu Mo Maslin (12), Otis Maslin (8) dan Evie Maslin (10)
Robert Ayley
Satu-satunya warga New Zealand di dalam MH17, Rob Ayley, 29, berada di Eropah selama sebulan untuk melihat penternak anjing Rottweiler. Ayley meninggalkan seorang isteri Sharlene dan dua anak iaitu Seth, 4, dan Taylor, 2.
Dalam emel terakhir beliau kepada ahli kelaurganya dia tulis “Saya tidak sabar untuk bertemu anak-anak dan juga Sharlene. Saya harap semua okay, kalau kita tidak dapat berhubung lagi, saya akan jumpa anda pada hari Sabtu.
Andrei Anghe dan Olga Ioppa
Andrei Anghel, 24, merupakan seorang pelajar perubatan yang mempunyai cita-cita tinggi tentang penyelidikan penawar kanser.
Beliau ditemani teman wanitanya iaitu Olga Ioppa, seorang warganegara Jerman, dan dalam perjalanan untuk bercuti ke Bali, Indonesia. Ahli keluarga memberitahu bahawa Andrei menyukai aktiviti luar dan juga pantai.
Dr. Joep Lange
Dr. Joep Lange, 59, dari Belanda merupakan penyelidik veteran HIV/AIDS yang dalam perjalanan ke Persidangan AIDS Antarabangsa di Melbourne, Australia.
Beliau ditemani 5 delegasi yang lain dalam pesawat MH17.
Harap yg boleh berbahasa Rusia dapat menonton video ni dan beri maklumat... ini adalah video menteri pertahanan Rusia pasal apa yg berlaku pada MH17... siap dgn bukti dr pihak Rusia
bab kebumi di overseas ni dari segi hukum agama memang jelas. uruskan cepat dan bermakna tanam dimana2 yg dekat dengan tempat kematian. dalam kes ni aku rasa (rasa je) kos mungkin tak jadi masalah. tapi kalau kes2 lain biasanya waris terpaksa tengok kos tanam di luar negara atau bawak balik jenazah. setengah2 negara kos tanam ditempat mereka sangat mahal dan dalam masa yg sama kos bawak balik pulang pun sama mahal (cuma yg ni kadang2 kerajaan mungkin boleh bantu). banyak kes kalau di UK tak silap lebih murah bawak balik. tu sebab ramai yg bawak balik jenazah. tu sebab sebaik2 nya dapat kan travel insurance/takaful bila ke luar negara (Sepatutnya syarikat2 yg anta staff ke luar negara pun patut bayar insurance)
batusembilan posted on 22-7-2014 09:25 AM
tuntutan agama pun bukannya melarang mutlak menangguhkan pengkebumian
bukan semata2 penangguhan la. proses nak bawak mayat tu sendiri macam menyeksa mayat tau. ko tau tak acaner mayat dibuat kalau nak bawak balik naik katebang? dan mayat2 mangsa ni dah sah2 dah terdampar beberapa hari kan. dan tak de ya tuntutan penangguhan pengkebumian tu sbb nak bagi sedara mara tengok jenazah buat kali terakhir. tak de .