|
ISTANA GAFIM XXI - VIDEO CLIP 'INILAH CINTA' MELETUP!!!
[Copy link]
|
|
Reply 2481# Warda
warda misz u ... sesangat
tengah on9 yek ... iwanis biaselah ... sambil buat keja ... melayan kerinduan terhadap soltan ... hu hu hu
jom kiter undi banyak2 ... hampalah muzik2 jatuh sikit ... tak per minggu ni undi jangan tak undi
dari album KDA
shooooping sakan
http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs060.snc4/35348_111321445583058_100295646685638_77578_890014_n.jpg
imam muda paling handsome tengah bacer doa makan
http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs080.snc4/35348_111321448916391_100295646685638_77579_772590_n.jpg
hu hu hu |
|
|
|
|
|
|
|
cantik sekak soltan ... hu hu hu
pesen terbaru (ambik dari blok akem)
handsome soltan kiter ni kan .. |
|
|
|
|
|
|
|
Utusan Malaysia – Malam Puisi Utusan kembali
Akim, Berita, Utusan Malaysia | Sunday 11 July 2010 1 Comment »
Share
Digg Digg
Oleh SYED MUSSADDAD MAHDI
[email protected]
MALAM Puisi Utusan kembali lagi. Sudah merentas masa lebih satu dekad, ia bakal dianjurkan kembali buat kali ke-13 pada 17 Julai ini bertempat di Laman Santai, Istana Budaya, Kuala Lumpur. Ia terbuka secara percuma kepada orangramai.
Seperti tahun-tahun yang sebelumnya, sambutan yang diterima cukup menggalakkan. Bukan sahaja daripada golongan penggiat sastera dan budaya tetapi juga daripada artis yang tak mahu ketinggalan menyertai acara yang cukup eksklusif ini.
Walaupun ia cukup tinggi nilai seni dan unik, Malam Puisi Utusan juga sebenarnya menjadi penghubung antara sesiapa sahaja yang mahu menikmati puisi yang kata-kata yang disusun sehingga menjadi karya yang begitu besar makna dan pengaruhnya.
Malam Puisi Utusan adalah salah satu daripada acara Minggu Sastera Utusan. Acara lain turut dimuatkan termasuklah malam penyampaian Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) pada pada 9 Julai yang lalu.
Selain acara tersebut, turut diadakan Wacana Sastera di beberapa sekolah di Negeri Sembilan dan Seminar Pemikiran Pak Sako yang dihadiri ramai penggiat sastera dari seluruh negara.
Penganjuran Malam Puisi adalah bagi meneruskan kegemilangan Kumpulan Utusan dalam usaha mengangkat karya kesusasteraan, kesenian dan kebudayaan.
Malam Puisi Utusan juga akan menyaksikan kebolehan di kalangan tokoh dan personaliti daripada pelbagai bidang mendeklamasikan puisi dan menyanyikan lagu puisi.
Ini merupakan kali ke 13 Malam Puisi Utusan dan kali ini mendapat kerjasama dari tiga organisasi terkemuka iaitu Astro sebagai penyiar rasmi, Istana Budaya sebagai penaja lokasi dan juga ExxonMobil sebagai penaja utama.
Antara artis-artis yang akan membuat persembahan ialah kumpulan Akim AF7, Marsha dan Suhaimi Mior Hassan.
Selain daripada golongan artis, Sasterawan Negera Datuk A. Samad Said juga akan mendeklamasikan puisi selain penyair Marsli N.O, Shukri Abdullah, Rajeswari Seetha Raman, Harlem Yeo, penyanyi lagu puisi Roslan Madun dan Kumpulan Gemersik Persebudaya dari SMK Kati Kuala Kangsar.
Malah dijangkakan masih ramai lagi yang mahu menyertai Malam Puisi Utusan bagi sama-sama menyemarakkan puisi ke peringkat yang lebih tinggi.
Biarpun arus kemodenan hari ini sedikit sebanyak memberikan impak kepada dunia sastera secara keseluruhannya, tetapi ia tidak menjejaskan minat orang ramai terhadap bidang yang melahirkan nama-nama besar tanah air.
Penglibatan golongan muda hari ini mungkin sudah tidak sebanyak dulu, tapi ia sebenarnya tidak mematahkan semangat golongan ini untuk terus menyemarakkan sastera dan budaya.
Bagi penyanyi kelahiran rancangan realiti Akademi Fantasia, Akim, walaupun sibuk dengan undangan persembahan pentas dia tidak pernah meminggirkan bidang sastera yang cukup dikaguminya itu.
Akim yang baru sahaja pertama kali terlibat dengan acara sebegini ternyata cukup teruja dengan peluang yang diberikan kepadanya.
Kata anak kelahiran negeri Johor ini lagi walaupun dia masih tidak pengalaman, dia sudah membuat persediaan untuk terus menunaikan tanggungjawab yang diberikan.
“Mula-mula Akim sendiri rasa takut, tapi apabila melihatkan ramai golongan artis yang sebelum ini sudah terlibat dalam acara puisi ini, perasaan takut itu mula hilang dan timbul rasa teruja.
“Akim seboleh-bolehnya mahu menjadi sebahagian daripada mereka yang pernah menjayakan malam puisi yang turut dihadiri oleh mereka yang bergiat aktif dalam bidang sastera.
“Paling membanggakan apabila Akim bakal berkongsi pentas dengan Sasterawan Negara, A. Samad Said dan pastinya pengalaman ini tak akan dapat dilupakan sampai bila-bila,” jelasnya lagi.
Kredit: Utusan Malaysia Online |
|
|
|
|
|
|
|
Warga istane tersayang ...
kalau ada yang pergi malam puisi tu ... ambiklah gambar or vc ... sharing is caring ... hu hu hu
iwanis nie dah berkeluarga so susah nak dapat pelepasan dari BIG BOSS ... hi hi hi
boleh sokong AKIM dari belakang ajer ...
|
|
|
|
|
|
|
|
picture for artikel diatas
lambat sikit hu hu hu ... ambik dari GAFIM |
|
|
|
|
|
|
|
a'kum sumer
jom runtuhkan istanew ...
rindu kat akim
luv uols |
|
|
|
|
|
|
|
a'kum sumer
jom runtuhkan istanew ...
rindu kat akim
luv uols
iwanis7 Post at 13-7-2010 10:28
wsalam iwanis...tak bz keje ari ni???
Akim ni tinggi orgnya so kalau pakai suit tuh memang smart la... |
|
|
|
|
|
|
|
gathering gafim di zoo
suker gambar nie ... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Warda at 13-7-2010 11:06
MALAM PUISI UTUSAN
Tarikh : 17 Julai 2010 Masa : 8.30 malam
Tempat : Laman Beringin, Istana Budaya
Anjuran : Istana Budaya |
|
|
|
|
|
|
|
promosi raya ...
tahun nie tema baby blue ... suker sangat
hi warda ...
hari nie .. kurang sikit bz ... biasalah dkat tengah bulan ... keja tak banyak .. so skodeng kat istanew
|
|
|
|
|
|
|
| |
|