Sama2 sis. It's a good start sis nanti2 oklah mula2 mmg ketarrrrr satu badannnn, lebih kan protein n veges. Buat salad buah sbg snack, beli buah campo2 potong2 amalkan makan. Makanan lain manis2 mcm kuih2 melayu semua tu klu teringin sgttt seminggu sekali jah dibenarkan tu pun dlm kuantiti yg berpatutan. Jgn lupa buat excersice naik tangga yg beryyyy d berkesann sgt, masa pun tak byk guna satu seisi dlm 10 ke 15 min pun dah cukup, excercise ni cepattttt bakarrr kaloriiiii berdegopppp2 jantonggg. Klu blh buat sehari dua kali pagi n ptg/mlm.
Aku tak boleh tengok budak yang survive tu terjelepuk tepi mayat rakan2 yang dah meninggal.... why takde sorang pun by standers yang at least offer some comforting word ka, semua takut ka apa....
Aku harap ada lah wartawan pi ketuk pintu jamban pengetua dan pengurusan tahfiz ni biar dia nak berak pun tak senang....
suka suki mak bapak je pi bunuh anak orang. Kasi driver budak takde lesen bawak van. Jangan kata ko tak tau lah....
Post time 4-6-2017 04:20 AMFrom the mobile phone|Show all posts
kwnapa tahfiz dan rumah anak yatim ni tak organise ye, dari pembinaan sekolah mereka sampaila kes van mcm ni, selalu sangat dengar kes rumah anak yatim dan tahfiz terbakar...
Post time 4-6-2017 05:52 AMFrom the mobile phone|Show all posts
...dah sampai ke tahap takde lesen dah, and yet belum ada lobai2 kopam yg hencap dreba van laknat nih.... beza jauh dengan Amoi Almera terlanggar Mat Lajak kat JB tu kan ... ... sebab dia mulayu sunni suci muruni kah?
Post time 4-6-2017 05:59 AMFrom the mobile phone|Show all posts
sekngucing replied at 4-6-2017 04:20 AM
kwnapa tahfiz dan rumah anak yatim ni tak organise ye, dari pembinaan sekolah mereka sampaila kes v ...
Sebab tahfiz run by lobai2 tongong lulusan univ Arob.... nak ceredik kenalah ambik grads univ. Taiwan ka, univ. Singaporn ka... dan lagi satu all malay business, maka lingkop lah ....
KUALA KRAI: Dua pelajar Maahad Tahfiz Al-Hashimi Kampung Tualang yang terbabit dalam nahas di Kilometer 55 Jalan Kuala Krai-Kota Bharu dekat Kampung Telekong semalam masih dalam keadaan kritikal.
***moga cepat la sembuh .. dan yang lain nya harap d beri kaunseling .. takut nanti trauma teruk
Pengarah Hospital Kuala Krai Dr Mohd Salleh Mat Jusoh berkata selain itu seorang lagi cedera parah, dua cedera ringan manakala dua yang lain telah dibenarkan pulang selepas menerima rawatan.
Beliau berkata seorang yang kritikal itu dikenali sebagai Muhammad Faiz Hafizuddin Mohamad Izahir, 17, dari Taman Sri Sentosa, Bukit Bidang, Pasir Puteh yang mengalami pendarahan di kepala dan kini ditempatkan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian selepas mendapat rawatan di Hospital Kuala Krai semalam.
Manakala seorang lagi Ahmad Syakir Azfar Abd Rahim, 16, yang tinggal di kuarters Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Kuala Krai. Remaja itu cedera di abdomen dan kini mendapat rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Krai.
Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, Dr Mohd Salleh berkata seorang lagi pelajar Muhammad Aiman Haikal Mohd Nasir, 17, dari Kampung Lepan Jaya, Gua Musang kini ditempatkan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) Kota Bharu kerana cedera parah akibat patah tangan kiri dan kaki kanan.
Beliau sebelum itu mengiringi Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed menziarah serta menyerahkan sumbangan kepada dua pelajar Ahmad Syakir Azfar dan Muhammad Syuwari Mana Sikana, 14, di Hospital Kuala Krai.
Muhammad Syuwari, dari Kampung Slow Temiang, mengalami cedera ringan dan ditempatkan di wad biasa.
Menurut Dr Mohd Salleh, pemandu van yang juga guru pengiring kepada kumpulan pelajar tersebut Muhammad Hamzi Mohammad Husham, 24, yang berasal dari Labok, Machang masih menerima rawatan di Hospital Machang kerana cedera ringan di muka dan bengkak di mata kiri.
Yang dibenarkan pulang ialah Mohamad Aidil Ismail, 14, dari Kampung Pasir Tumboh, Gua Musang serta penumpang hadapan van yang juga guru pengiring Muhamad Izat Muhammad Nor, 24, dari Kampung Baka, Machang.
Hadir sama dalam lawatan itu Ketua UMNO Bahagian Kuala Krai Datuk Ramzi Ab Rahman dan Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Datuk Ahmad Razin Ahmad Mahir.
Nahas yang mengorbankan tujuh pelajar maahad itu berlaku ketika sekumpulan 12 pelajar dan dua guru pengiring dalam perjalanan ke Kota Bharu untuk menghadiri program di Madinah Ramadan dekat Stadium Sultan Muhammad IV.
Dalam kemalangan kira-kira 9.40 pagi itu, van yang mereka naiki dikatakan terbabas dan terjunam ke dalam tebing sebelum merempuh rumah penduduk.