SELAMAT MEMPERINGATI PERISTIWA AGUNG ISRAK & MIKRAJ 1439H ISRAK DAN MIKRAJ Peristiwa Israk dan Mikraj ke atas Nabi Muhammad SAW. adalah peristiwa besar yang berlaku dalam bulan ini. Baginda telah di‘Israk’kan (dibawa berjalan) dengan menggunakan `Buraq’, dari Masjidil Haram di Kota Mekah ke Masjidil Aqsa di Baitulmuqaddis, Palestin serta di‘Mikraj’kan (dibawa naik ke atas) ke Sidratul Muntaha untuk mengadap Allah SWT. Di mana dengan izin-Nya, Solat 5 waktu telah difardhukan ke atas umat Islam melalui Rasulullah SAW. Semuanya berlaku dalam satu malam sahaja.
Perjalanan ini disebutkan Allah di dalam Al-Quran menerusi firman-Nya yang bermaksud : " Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesunguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” - (Surah Al Israa’: 1)
|