|
Originally posted by fairy_fairy at 16-4-2008 11:21 PM
dah baca banyak2 infos kat sini bertambah menyampah
la fairy ngan sorang PT yang everytime nampak fairy
kat gym mesti menyinggah suruh take him as my
trainer...but sehari train sampai 3 clien ...
gym mane tu..gym kat CF pon same jer trainer die!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #234 nighunter71's post
nighunter...
biasanya bila kita pergi gym atau buat sebarang senaman berat badan kita samada bertambah atau kekal maintain ( jika anda kekalkan cara permakanan seharian seperti biasa ) badan yang menjadi 'kejap' tu kerana otot otot yang telah di beri senaman. Berat otot juga boleh bertambah bila kita berterusan melakukan aktiviti senaman. Kalau perempuan........ kita tidak lah akan jadi seperti Mr Universe. Cuma otot di lengan dan tempat tempat yg dikerjakan akan menjadi tone. Eg... cuba lihat tangan Madonna.... Tangan seperti itu tak boleh dapat kalau sebulan kalau gi gym....Senaman akan membakar lemak. Walaubagaimana pun jika mau turunkan berat badan ... ini cerita lain dan peranan pengambilan makanan seharian terpaksa diambil kira. Jika masih muda low cab diet boleh membantu.
Jika ingin mendapat bentuk badan menawan .... teruskan latihan rutin senaman dan 'JAGA' makan. Kerana kalau bersenam bagi nak 'rak' tapi makan tak berjaga maka susah lah sikit. Ini pendapat saya yang tidak begitu arif tetapi sudah lebih 10 tahun tidak lupa untuk bersenam samada di gym ataupun di rumah ....supaya dihari tua mudah untuk melakukan amal ibadat insyallah. Tidak ada jalan pintas untuk menjadi kurus. Pergi lah mana mana slimming center ... namun slimming center pun akan menasihatkan atau membekalkan dengan pola permakanan yang tertentu.
[ Last edited by bayangan_rindu at 17-4-2008 09:53 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #242 bayangan_rindu's post
maaf... bukan tangan madonna tapi lengan dia... |
|
|
|
|
|
|
|
Just want to shere some info here.... Harap tips ni dapat lah tolong tuan tanah...
Paling penting sebelum kita membuat program untuk menurunkan berat badan, kita kenal dengan lebih mendalam fisiologi tubuh kita.
First... dapatkan kadar BMI (Body mass Index) go to this site http://www.moh.gov.my/MohPortal/bmi.jsp
Sekiranya berat badan anda pada kadar normal. proses untuk menurunkan berat badan agak sukar untuk dilakukan dan mengambil masa yang lebih lama.
Kedua.... dapatkan kadar nadi maksimum atau Heart Rate max (HRmax) caranya untuk orang biasa 220-umur. contoh saya berumur 25 tahun maka MaxHR saya adalah 220-25 = 195 bite/min.
Dari pada formula diatas.. Rangka program latihan dapat dilakukan dengan lebih baik dan berkesan.
Terdapat banyak jenis latihan, seperti latihan aerobik, latihan anaerobik, latihan bebanan, latihan rintangan, latihan pliometrik, latihan litar dan pelbagai lagi........ kalau surf kat internet boleh jumpa macam2.
Dari pengalaman saya, Untuk menurunkan kadar berat badan dengan optimum dan berkesan, Latihan aerobik adalah yang paling berkesan selain dapat meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan dan mengurangkan masalah pembesaran otot yang menyebabkan anda kelihatan seperti ahli bina badan.
Dalam merangkan program latihan aerobik formula HRmax diatas hendaklah di gunakan. Ini kerana kebanyakan kita tersalah anggap ketika melakukan senaman, Kita selalu belari sekuat hati dan selama yang boleh dengan harapan berat badan kita akan menurun. Tapi malangnya apa yang kita dapat adalah otot yang sakit2 dan berat badan lagi bertambah..
Untuk program yang berkesan. intensiti larian atau berbasikal sewaktu melakukan senaman aerobik adalah pada kadar 60% HRmax dan senaman hendaklah dilakukan lebih daripada 20minit.
Kenapa?
Ini adalah kerana sistem penggunaan tenaga dalam badan kita boleh dibahagikan kepada 3 komponen utama yang besar iaitu karbohidrat, lemak dan protein. (yang lain tak paya terang la nanti tambah binggung)
Badan kita akan menggunakan tenaga tersebut sewaktu latihan berdasarkan kepada tahap intensiti latihan. Sekiranya kita melakukan intensiti latihan pada kadar yang tinggi 85% dan keatas pada tempoh yang singkat, sistem tenaga yang kita gunakan adalah ATP-pc, ATP dan glokus (senang cerita karbohidrat) maka anda akan mudah penat dan mudah lapar. So habis training makan lebih banyak dari biasa dan berat badan pun lagi bertambah. Ha ha ha.
Untuk membolehkan tubuh kita menggunakan simpanan lemak sebagai sumber tenaga, maka kadar latihan perlu dilakukan pada intensiti yang rendah (~65% HRmax) dalam tempoh melebihi 20 minit.
bersambung..... ada orang nak dapatkan kunsultasi.........(kat sini saya kena bayar more RM1xx untuk 1 jam)... tapi untuk warga cari saya bagi free la apa yang saya tahu.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #244 anak_sabah's post
Info yang sungguh jelas dari seorang yang memang arif. Akak rasa cuba anak_sabah mengulas pulak tentang pengunaan ubat ubatan untuk menjadikan badan kurus.
Sebenarnya untuk mengurangkan berat badan tidak perlu mengeluarkan duit yang beribu ribu. tanpa pergi ke gym pun boleh juga menjadi kurus. yang penting berdisiplin dalam pengambilan makanan. Berjogging di mana mana adalah percuma. Aktiviti brisk walking juga adalah percuma. tetapi kena lah berterusan. Hasilnya bukan saja badan akan menjadi lebih sihat dan agak berbentuk malah kulit juga akan menjadi cantik. |
|
|
|
|
|
|
|
I'm enjoying this thread! Please keep it going. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #241 peachlily^'s post
betul tu peachlily.... macam i permepuan muda tak rase sangat coz dorang sebok menggatal... tapi pity the makcik-makcik n lelaki yang amik ngn PT lelaki.. they hardly layan~ bayar habis duit tapi PT buat bodoh je... |
|
|
|
|
|
|
|
One of the PTs at Celeb Fitness BSV showed me her schedule..she had 10 appointments back to back! I keep telling her weekdays i work out at 1U but she never remembers. And she keeps asking me to come for a session during office hours. |
|
|
|
|
|
|
|
Part 2:
bagi yang ingin memfokos kepada membuang lemak pada bahagian2 badan tertentu melalui latihan bebanan (yang angkat2 pemberat) apa yang boleh anda lakukan adalah dengan mengira tahap kekuatan sebenar anda untuk satu2 disiplin latihan yang kita panggil sebagai 1RM max ( atau satu repitsati maksima a.k.a beban yang boleh kita angkat dalam satu kekuatan)
bagai mana ini boleh kita lakukan. Contohnya latihan dum ball.. otot yang disasarkan adalah bisep dan quadrisep. Cuba warm up terlebih dahulu secukupnya. kemudian cuba angkat bebanan dari yang paling ringan kepada yang paling berat sebanyak sekali angkatan sahaja. sehingga anda sampai kepada berat bebanan yang anda tidak mampu angkat.
Contohnya saya hanya mampu mengangkat dumball seberat 50KG untuk sekali angkatan sahaja. dan sekiranya bebanan ditambah kepada 51kg maka saya tidak mampu mengangkatnya so 1RM saya adalah 50KG untuk disiplin berkenaan.
Daripada 1RM itu tadi maka anda boleh mula merangka program yang sesuai dengan anda berdasarkan matlamat yang anda inginkan.
Sekiranya objektif anda adalah untuk;
1. mengfirmkan bahagian berkenaan dengan menghilangkan lemak. maka % bebanan dari 1RMmax hendaklan pada kadar diantara 25%-35% sahaja. dengan ulangan tinggi diantara 12-16 dan set yang banyak antara 6-8 set dan selang rehat sebanyak 2-3 minit.
2. Untuk membina otot. bebanan yang anda perlu angkat adalah pada kadar 90% keatas daripada 1RM max dengan ulangan yang sedkit (4-6) dan set yang sederhana antara 4-6 set. dan di selangi rehat antara 5 minit. (sekiranya otot anda sakit selepas latiha itu di kenali sebagai DOMS(google la apa kebenda 2).
3. untuk membina kuasa atau power, agak sukar di terangkan kerana ia melibatkan kaedah dan cara kita mengangkat bebanan.
Selamat mencuba.
on respon penggunaan ubat. ada ubat yang baik dan ada pula yang membahayakan kesihatan. terutamanya kerosakkan buah pinggang. Ini terjadi kerana kebanyakan ubat akan menyebabkan kita membuang air dengan kerap menyebabkan organ buah pinggang terpaksa berkerja dengan lebih. Ubat2 ini sebenarnya bukan ubat menguruskan badan tapi makjun yang dipakej semula. ini kerana kebanyakan syarikant2 yang tidak bertanggungjawab tahu bahawa sebahagian besar berat badan kita disumbangkan oleh darah yang terbina dari plasma yang mangandungi air. so apa lagi diorang pun buat la ubat untuk buat air ni supaya kita lebih ringgan kononnya.
Tips mudah untuk kuruskan badan........ |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #237 MamaIlya's post
dh x dak bleeding dah..may be..otot perut i tperanjat kot..may be tlebih sit up ke apa ke..actually i p gym bukan nk kurus tp nak tone my body n nk naik berat ckit.. i ni x cukup berat..tp bile jumpe thread ni seronok lak baca.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by business143 at 18-4-2008 05:55 AM
betul tu peachlily.... macam i permepuan muda tak rase sangat coz dorang sebok menggatal... tapi pity the makcik-makcik n lelaki yang amik ngn PT lelaki.. they hardly layan~ bayar habis duit tapi ...
yup yg nak menggatal tu kadang2 ok dtg bagi tunjuk ajar di samping mengayat..pastu persuade amik PT tu tak tahann |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #250 momimasrie's post
momi,
bleeding?
u buat weight training yer?
erm better gi check dulu yer tgk if anythg..
hows the celeb fit? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #252 chemist_UTM's post
yup i wat weight training..cf ok..tp i malu2 kucing coz x dak kawan..kalau bteman tu seronok n bsemangat la |
|
|
|
|
|
|
|
Hi ank _sabah..
U ni mmg pro lah.. u belajar sains sukan kan?
U ni PT jugak ke ? |
|
|
|
|
|
|
|
anak_sabah...thanks for the great info...teruskan !!!:flower: |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #255 nighunter71's post
ATP dah jadi ATM....... . Betul kata u tu. |
|
|
|
|
|
|
|
ada sesapa pernah guna mesin ni? aku nak belikan untuk somebody.. aku ada try naik, dia gegarkan badan gitu2 je lah.. tapi lepas tu badan aku gatal2..efek apa ntah.. aku taklah interested sangat, tapi untuk orang lain, so aku terpaksa gak tanya sesiapa yg pernah guna?
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|