CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: estrella

ANEKA BBQ & MAKANAN SAMPINGAN

[Copy link]
Post time 29-10-2010 09:35 PM | Show all posts
wah..wah..wah..knor dah start menghangatkan forum ni dgn gambar2 yg menggugat iman..
zaiima Post at 28-10-2010 20:52



     zaiima...saja lepas gian...tengok benang BBQ teringat gambar masa buat BBQ baru2 nih...black pepper lamb & sweet n spicy chicken wing...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2010 07:57 PM | Show all posts
zaiima...saja lepas gian...tengok benang BBQ teringat gambar masa buat BBQ baru2 nih...bl ...
NoorMasri. Post at 29-10-2010 21:35

Welcome Home Kak Noor! Lepas ni hangatkan balik bod kita yea..
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2010 11:16 PM | Show all posts
zaiima...saja lepas gian...tengok benang BBQ teringat gambar masa buat BBQ baru2 nih...bl ...
NoorMasri. Post at 29-10-2010 21:35



Kak Noor,

wah.. suka gambar2 akak... rindu dgn koleksi masakan n gambar2 akak dulu... glad to have u back here kak noor... walau saya tak delah aktif dkt sini dah.. tapi setiap kali nak cari resepi baru.. mesti masuk sini..
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2010 11:55 PM | Show all posts
Ayam & Sosej...



Jagung madu...

Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2010 01:35 PM | Show all posts
nak join tepek pic gak..
kambing

ayam

ikan


dan potato salad..
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2010 01:36 PM | Show all posts
aneka sos..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-1-2011 11:23 PM | Show all posts
sedapyerrr..
cam na nk buat potato saald tue?
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2011 11:34 AM | Show all posts
cmne na buat BBQ sos eik??? kan selalu org buat sos black pepper...ni yg BBQ sos tu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-2-2011 11:25 PM | Show all posts
aneka sos..
CheeTot Post at 23-12-2010 13:36



    mak aihhh marvelous sos bbq mu mek
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2011 08:44 AM | Show all posts

Aneka Resepi pelbagai masakan BBQ santai

Post Last Edit by MakYung at 12-10-2011 08:47



Aktiviti BBQ Istimewa  



Sudah lama niat aku hendak post tentang aktiviti istimewa .

Apa yang istimewanya akan dedahkan Resepi BBQ Special ciptaan bersama?


resepinya:

  • Tiga ekor
    ayam disembelih mengikut Syarak. Daging ayam yang halal itu dicincang 16 bahagian setiap satu. Kemudian bersihkan daging ayam tersebut degan air mutlak dan buang segala organ-organ yang tidak boleh dimakan. Hiris satu persatu bahagian daging ayam yang dicincang itu untuk memudahkan penyerapan dan masakan.
  • Serbuk kunyit yang terlah dibuka bungkusannya.
  • 4 batang serai yang segar dari ladang kemudian buang bahagian yang tidak diperlukan. Kemudian tumbuk dengan batu lesung.
  • 2 sudu ketumbar dan tumbuk sehingga hancur.
  • 2 sudu gintan putih dan tumbuk sehingga hancur.
  • 4 bawang putih dan tumbuk sehingga hancur.
  • 2 sudu garam secukup rasa.
  • Potong separuh gula Melaka dan kemudian tumbuk.
  • 1 botol sos tiram.
  • Segenggam lada kering yang dipotong, kemudian direndam di dalam air panas sehingga lada kering kembang. Lepas itu, ditoskan dan diblend sehingga hancur
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2011 08:55 AM | Show all posts




BBQ Party | Barbeque Party dan Menu Yang Sesuai

Party bbq biasanya diadakan diwaktu petang ataupun malam untuk majlis-majlis ringkas dan tidak rasmi. Antaranya sambutan hari raya, majlis hari lahir, majlis perjumpaan keluarga atau parti bersama rakan-rakan sekerja
Menu untuk parti bbq biasanya 'light' dan 'finger food' style. Antara menu yang sesuai untuk majlis parti bbq seperti
Nasi Goreng Cina
Mee Siam
Mee Goreng Mamak
Spaghetti Bolognese
Roti Jala
Mini Pizza  
MushroomSoup + Garlic Bread
Kambing Panggang Seekor - di panggang di tempat jamuan
Lamb Chop + Sauce
Kepak Ayam Panggang
Ikan , Udang dan Sotong Bakar
kentang Bakar
Aneka Kuih-muih dan Cake
Buah-buahan
Minuman Panas serta Sejuk  
Sebahagian besar makanan akan dimasak atau dipanggang dan terus dihidang panas-panas kepada para tetamu. Mee Goreng Mamak akan digoreng ditempat majlis. Mini Pizza akan di bakar dan dihidang panas.
Aktiviti memanggang dan bakar akan disertai oleh para tetamu dan dibantu oleh caterer. Ini akan mengeratkan lagi hubungan antara para tetamu.
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2011 09:16 AM | Show all posts


1 EKOR AYAM POTONG 12 (IKUT SUKA)

BAHAN MERINATE:
10 ULAS BAWANG MERAH
5 BTG SERAI
1 INCI HALIA
1 INCI KUNYIT
1 SUDU TEH JINTAN MANIS
1 SUDU MKN GARAM
7/8 SUDU MKN GULA
SERBUK PERASA (IKUT SUKA)

CARA:
BERSIHKAN AYAM DAN TOS
TIP: GAUL AYAM DGN SEDIKIT TEPUNG GANDUM DAN CUCI SEKALI LG UTK HILANGKAN BAU AYAM.
BLENDER SEMUA BAHAN MERINATE DGN SEDIKIT AIR. GAUL DGN AYAM DAN PERAP SEMALAMAN ATAU PALING CEPAT 4 JAM.
TIP: MASUKKAN AYAM YG DIPERAP DLM BEG PLASTIK DAN SIMPAN DLM PETI SEJUK.
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2011 09:17 AM | Show all posts
Resepi 500 cucuk sate aku guna bahan-bahan (Juga kredit pada nenek Fatimah atas resepi)

Blend
-serai (20 batang)
-bawang putih (20 labu)
-bawang merah (2-4 labu)
-halia (saiz 2 ibu jari kaki)

rempah kasar (jgn diblend)
-ketumbar
-jintan manis
-jintan putih
-kulit kayu manis

Masukkan gula sangat banyak. Bila buat kali pertama sate ni, aku regret tak letak gula (kami hanya letak 300g je gula) banyak sebab tak rasa manis sangat. Tapi nasib baik kuah kacang sangat sedapppppp
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2011 09:20 AM | Show all posts


Sotong Bakar Berempah

Resepi dinner yang simple, cepat dan berkhasiat...waalllaaahhh...makan x ingat apa dah...


Bahan:-
250 gm sotong - bersihkan dan kerat 1 in tebal
2 sudu besar cili kering kisar
1 sudu besar udang kering - tumbuk
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar air limau nipis
2 ulas bawang putih - ketuk
1 sudu kecil rempah kari daging
sedikit gula
garam
alluminium foil


Cara Memasak:-
Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih, serbuk rempah dan cili kisar sehingga naik bau. Masukkan udang kering, sos tiram, garam dan gula dan kacau rata. Masukkan jus limau, sesuaikan rasa dan masak hingga agak pekat. Sediakan alluminium foil, masukkan sotong yang telah digaul dengan bahan rempah tadi. Lipat dan tutup alluminium foil, panggang selama lebih kurang 15 minit dengan api perlahan.
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2011 09:22 AM | Show all posts

Aku lapik kertas foil,pastu letak daun pisang kat atas lak,tuh la daun pisang jadi ireng jer,ayam xireng dahla yer,tpi sedap sgt ok,lagi pong wangi semerbak jer bau dia..

Siakap Bakar Berempah Harum
Sumber Resepi:-Kak Dayang
bahan-bahan :

* 1 ekor ikan siakap (dibersihkan)*Aku tukar kpada ayam
* 1 helai daun kunyit (diracik/dihiris halus)
* 2 helai daun limau purut (diracik halus)

bahan-bahan dikisar bersama :

* 3 biji bawang merah
* 2 ulas bawang putih
* 1 batang serai
* 1 helai daun limau purut
* 3 kelopak bunga kantan (dihiris terlebih dahulu)
* 1 sudu makan cili giling (boleh ganti dengan cili api jika suka)
* 1 sudu besar rempah kari ikan
* 3 sudu makan air asam jawa
* 1 sudu besar kicap pekat
* sedikit belacan bakar
* 1 inci halia
* 1/2 inci lengkuas
* gula dan garam secukupnya
* sedikit air
Cara-cara :

1. Panaskan minyak secukupnya di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar hingga terbit bau. Tutupkan api.
2. Sementara itu, sediakan kertas foil dan dulang pembakar. Letakkan ikan di tengah-tengah kertas foil. Tuangkan kesemua perencah tadi di atasnya. Taburkan hirisan daun limau purut dan daun kunyit dan balut dengan kemas. Perapkan sebentar lebih kurang 15 minit.
3. Kemudian bakar ikan sehingga masak.
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2011 09:29 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2011 01:02 PM | Show all posts


AYAM SOS BBQ PEDAS


1 ekor ayam
2 s/b madu
1 SB air limau kasturi
1bawang besar
2SB sos BBQ
1SB Sos Tiram
sedikit serbuk cili
serai

CARA:

Ayam tadi dipotong dan dibersihkan kemudian ketepikan.
Kisar semua bahan sehingga sedang hancur
gaulkan bahan tadi ke dalam bekas ayam tadi
perap 2-3 jam
last sekali, bakar ayam ini dalam oven selama 1 jam
can jua jadi BBQ
yum2

DONE ^___^
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2011 01:03 PM | Show all posts


Resepi bbq dr http://jthorge.blogspot.com lagik...

7 chicken wings
1 sudu teh minyak bijan
2 sudu besar kicap cair
2 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar madu
1 sudu teh pepper

gaul wings ngan sume bahan n perap selama sekurang2nya 2 jam. kalu nak sedap lagi, bira semalaman. pastu bakar hingga masak.
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2011 01:05 PM | Show all posts
Resipi ini selalu saya buat utk jamu kwn2 @ masa buat bbq.
Versi saya sendiri.

Bahan-bahan ( sekeluarga )
12 ketul kepak/peha ayam
4 sudu makan madu
1 sudu makan ketumbar
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
2 inci halia
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
3 sudu makan sos cili
3 sudu makan kicap pekat
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan cili boh (klu nk pedas blh tmbh lg)
Garam secukup rasa
Cara-cara 1.Kisar kering ketumbar, jintan manis & putih. 2.Kisar/tumbuk halia, bwg merah & putih. 3.Gaul semua bahan2 tadi ke dalam ayam. Sesuaikan rasa manis & masinnya. 4.Perap semalaman @ sekurang2nya 2 jam supaya semua bahan2 td meresap masuk ke dalam isi ayam. 5.Panggang/bakar seperti biasa. 6.Sedap makan begitu saja @ dengan nasi minyak, nasi putih dsbnya.
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2011 01:06 PM | Show all posts


SATE UBI KENTANG & UDANG BBQ ::


Bahan-bahan:
4 biji ubi kentang muda | dipotong dadu
5 ekor udang sederhana | dibuang kulit dan direbus sudu makan sos BBQ
3 sudu makan air
1 sudu teh lada sulah
Garam dan gula secukup rasa

Cara memasak:
1. Gaulkan ubi kentang dan udang dengan sedikit garam dan lada sulah.
2. Kemudian cucukkan ke dalam lidi sate secara berselang seli.
3. Setelah itu barulah dipanggang di dalam ketuhar hingga masak.
4. Untuk membuat sos BBQ, campurkan sos BBQ bersama air, lada sulah, garam dan gula di dalam periuk dan didihkan hingga  pekat.
5. Sesuaikan rasanya dan tuangkan ke atas sate tadi.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 12:56 AM GMT+8 , Processed in 0.137297 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list