|
Tiz Zaqyah Fan Club. (utk member: sila dftr di website rasmi k)
[Copy link]
|
|
Selebriti rai rakan@bhOleh Zaidi Mohamad
[email protected]
![](http://www.bharian.com.my/Monday/Hip/20090907054516/mainpix)
SEBAHAGIAN selebriti, ahli rakan@bh serta kakitangan pengurusan Berita Harian dan Hotel Crowne Plaza Mutiara bergambar kenangan sebelum majlis bersurai.
| Kerjasama bersama Hotel Crowne Plaza Mutiara dan pereka popular, Michael Shu berlangsung dalam suasana santai
SEDERHANA, santai dan tidak keterlaluan, majlis berbuka puasa membabitkan selebriti popular tanah air dan tujuh pembaca setia akhbar Berita Harian yang juga rakan@bh minggu lalu di Hotel Crowne Plaza Mutiara, Kuala Lumpur, berlangsung dengan jayanya.
Disifatkan sangat intim kerana rata-ratanya rakan@bh yang hadir bersama pasangan masing-masing tidak perlu berebut-rebut untuk bertemu artis kegemaran. Pendek kata, berlaga bahu pun silap-silap boleh bertembung dengan artis.
Bukan senang sebenarnya menikmati peluang sebegini kerana tujuh yang terpilih ini disaring daripada 27,000 ahli rakan@bh yang menyertai peraduan SMS secara online (www.bharian.com.my). Dengan hanya melengkapkan slogan ringkas, “Saya ingin berbuka puasa bersama selebriti kerana...”, peluang acap kali ini pastinya dikenang selalu.
Dihoskan Richie Rachman, majlis ini menyaksikan pertembungan dua generasi artis lama dan baru. Anita Sarawak dan Chef Wan mewakili artis yang lebih dulu makan garam. Manakala Scha Alyahya, Irma Hasmie, Nabil Raja Lawak, Fizz Fairuz, Diana Danielle dan Ainul Aishah antara bakat baru yang terus tegar berjuang.
Tidak ketinggalan ucapan terima kasih Hip rakamkan juga kepada Sherry Ibrahim, Iqram Dinzly, Fouziah Gous, Tiz Zaqyah, Dafi, Almy Nadia, Fazli Zainal dan Serina Redzuawan. Kepada Fitri dari kumpulan nasyid UNIC, biarpun permintaan pada saat akhir untuk melaungkan azan Maghrib dan membacakan doa sebelum waktu berbuka, ia tetap dipenuhi dengan tangan terbuka.
![](http://www.bharian.com.my/Monday/Hip/20090907054516/mainpix2) | MICHAEL SHU (kanan) bergambar kenangan dengan Zuraidah, Mior, Anita dan Mahathir.
| Ada di antara artis yang hadir sebenarnya terpaksa berkejar-kejar dari set penggambaran drama untuk sampai ke lokasi majlis ini. Antaranya seperti Scha yang sedang sibuk melunaskan penggambaran blok pertama drama Awan Dania. Begitu juga dengan Nabil dan Fizz yang berlakon drama Sonata Labu Labi.
Apa juga alasan atau kemungkinan seperti tersekat di tengah kota dek kesesakan lalu lintas, kehadiran mereka semua menceriakan majlis ini sudah mampu membuatkan Berita Harian dan Hotel Crowne Plaza Mutiara senyum sampai ke telinga.
Kata Scha, dia akan cuba sedaya mungkin untuk memenuhi undangan majlis berbuka puasa. Hampir tidak dapat datang, akhirnya diberi pelepasan daripada pihak produksi Awan Dania.
“Terima kasih kepada Berita Harian kerana sudi mengundang saya dan teman artis yang lain ke majlis ini. Apa yang dilakukan ini pun hanya sekecil kerjasama yang termampu dilakukan. Ia juga sebagai tanda sokongan saya kepada pihak Berita Harian yang terus menyokong pacuan kerjaya.
![](http://www.bharian.com.my/Monday/Hip/20090907054516/mainpix3) | GELAGAT Fouziah, Scha, Sherry Ibrahim dan Diana Danielle melayan pembaca setia Berita Harian. | “Ukhuwah sesama kita pun dapat terus bersemi kerana bukan selalu kita dapat berkumpul bersama pembaca dan peminat. Dapat pula bersama rakan artis yang sekepala seperti Irma Hasmie dan Iqram Dinzly, sesekali majlis sebegini memberi ruang untuk kami melepaskan tekanan selepas sibuk berlakon,” katanya yang hanya akan beraya di Kuala Lumpur pada tahun ini.
Serentak dengan majlis itu juga, pereka fesyen meningkat naik, Michael Shu turut melancarkan koleksi kasut terbarunya dipanggil The Black Collection. Malahan, menambah kemuncak kepada pelancaran itu ialah peragaan kasut yang digayakan Scha, Irma, Fouziah dan Serina.
Paling penting, lelaki Cina kelahiran Pahang itu turut menyerlahkan sisi murninya dengan mengumumkan sebahagian hasil jualan kasut yang dijual bermula RM200 akan disalurkan ke Badan Kebajikan dan Tabung Berita Harian.
“Berita Harian juga antara yang selalu mempromosikan diri saya dalam melebarkan nama ke peringkat yang lebih tinggi, lalu apa yang saya lakukan ini tidak lebih sebagai menghargai ‘kawan’ (Berita Harian). Koleksi kasut ini dibuat secara eksklusif dan terhad.
“Warna hitam juga dianggap misteri, menawan dan seksi serta boleh digayakan pada pagi raya kelak. Taburan perincian batu kristal menambah elemen mewah. Harapnya pelancaran kasut ini sebagai permulaan yang bagus untuk saya terus menghasilkan yang terbaik pada masa mendatang.
“Ketika ini, saya turut merancang untuk mengeluarkan pakaian ‘ready to wear’ dan juga koleksi pakaian untuk golongan lelaki. Setiap kejayaan tidak akan datang tanpa usaha yang jitu. Dengan sokongan yang terima sekarang, ia terus menjadi pembakar semangat,” kata Michael Shu.
Pada majlis ini juga, Fitri yang hadir hanya ditemani kawannya turut mendendangkan lagu daripada album solonya. Diana Danielle dan Dafi turut mengimbas nostalgia lama yang pernah dicetuskan mereka satu ketika dulu dengan menyanyikan lagu My Heart.
Ainul Aishah juga tidak menghampakan permintaan Hip pada saat akhir mendendangkan lagu Take A Bow nyanyian asal Rihanna. Selain berlakon, penyanyi berkulit hitam manis ini juga sedang berusaha untuk bergelar penyanyi pula. Turut sama membuat persembahan ialah Fazli Zainal yang suaranya memukau hadirin.
Acara cabutan bertuah juga diadakan dan antara ganjaran hadiah yang diberi ialah baucar berbuka puasa sumbangan Hotel Crowne Plaza Mutiara. Hadir sama pada malam itu ialah Pengarang Kumpulan Berita Harian Sdn Bhd, Mior Kamarul Shahid, Timbalannya, Mahfar Ali, Pengarang Eksekutif Rencana, Norhayati Said dan Pengarang Hiburan, Hanizam Abdullah.
kredit to: bharian online. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
http://i954.photobucket.com/albums/ae25/hijau88/Grab_image_5.jpg
hijau88 Post at 7-9-2009 12:29 ![](http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif)
facial expression nur masa gembira |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by nurash_here at 8-9-2009 13:13
BERITA HARIAN SINGAPURA 7 september 2009
EKSTRA!
DARI SEBERANG
Cahaya rezeki Tizz pada 'Nur Kasih'
SIAPA tidak mahu berlakon di bawah arahan pengarah dengan sentuhan emas, Kabir Bhatia?
Tanyalah Tizz Zaqyah atau nama sebenarnya, Siti Zaqyah Abdul Razak. Sebelum 'meletupnya' drama Nur Kasih, namanya tidak begitu diingati dan wajahnya tidak dikenali ramai.
Bagaimanapun, peluang yang diberi Kabir untuknya membawa watak utama sebagai Nur Amina dalam drama sosial bertemakan keagamaan itu ibarat pintu yang terbuka luas untuk Tizz Zaqyah memahat nama dalam industri lakonan.
Menerusi Nur Kasih, anak muda berusia 21 tahun itu lebih dikenali dan mula mendapat perhatian penggiat filem dan drama meskipun dia bukan muka baru dan pernah membintangi drama Gol &Gincu, Impian Ilyana dan telefilem Bernafas Dalam Lumpur serta Puaka Topeng Putih.
'Alhamdulillah selepas muncul dalam NurKasih, rezeki saya semakin murah. Kalau dulu saya perlu menghadiri ujibakat, tetapi kini beberapa pengarah bertanya sama ada saya berminat berlakon di bawah arahan mereka.
Sebagai pendatang baru, tentu saya gembira dengan perkembangan ini. Setakat ini saya menerima beberapa tawaran,tetapi saya mahu fokus dulu perhatian kepada pembikinan Nur Kasih yang berakhir minggu ini dan selepas ini baru boleh saya pertimbangkan tawaran itu,' katanya sopan kepada akhbar Berita Harian Malaysia.
Menurutnya, beliau senang bekerja dengan Kabir dan pengarah asal Singapura, Faizal Ishak, yang banyak membantu menghidupkan watak Nur Amina.
Ketenangan dan sikap terbuka Kabir membuatkannya lebih bersemangat, biar pun watak yang dibawa berat untuk dihayati.
'Saya menerima panggilan supaya menghadiri ujibakat drama ini ketika masih di lokasi penggambaran Impian Ilyana.Ketika itu saya sangat gembira, maklumlah siapa tidak mahu berlakon dibawah arahan Kabir.
'Pertama kali bertemu Kabir, saya berdebar-debar.Macam tak percaya pula bila beliau memaklumkan saya layak memegang watak Nur Amina. Ini kerana saya masih baru dalam industri dan diberi kepercayaan menggalas watak utama.
'Kabir baik orangnya. Di lokasi, beliau bukan saja pengarah, tetapi boleh jadi kawan dan ayah. Kerjanya sangat teliti dan rakamannya pun cantik. Beliau tahu rakaman apa yang dimahukan dan ia memudahkan pelakon memahaminya,' katanya yang mahu lari daripada imej bertudung dan berharap diberi peluang melakonkan watak seram atau gila.
Kali pertama membaca skrip Nur Kasih, Tizz dapat merasakan ia karya bagus dan mampu menarik perhatian ramai kerana sarat dengan suntikan kasih sayang yang digambarkan menerusi hubungan ibu bapa dan anak, suami dan isteri dan adik beradik.
'Nur Kasih bukan drama cinta semata-mata, tetapi diperindahkan dengan penerapan nilai Islam yang boleh dijadikan panduan ramai.
'Penceritaannya mampu buat penonton sama-sama tersenyum, ketawa dan menangis,' katanya.
Nota: Nur Kasih disiarkan di saluran Sensasi setiap Jumaat, 10.30 malam.
![](static/image/smiley/grapeman/12.gif)
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
241# hijau88
takde po gambo tiz ![](static/image/smiley/default/sad.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
245# britney_sapiah
ada la... yg gmbr 1st, bj warna biru, yg dkt prpn bertudung tu... nmpk tak?
huhu. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by nurash_here at 8-9-2009 13:13
BERITA HARIAN SINGAPURA 7 september 2009
EKSTRA!
DARI SEBERANG
Cahaya rezeki Tizz pada 'Nur Kasih'
SIAPA tidak mahu berlakon di bawah ara ...
nurash_here Post at 8-9-2009 12:54 ![](http://mforum6.cari.com.my/images/common/back.gif)
wah...makin famous tiz kat singapore.
sure lps channel suria (one of mediacorp tv) beli NK dari tv3..
bagus la nnt NK dah abis kt Tb3, still boleh tgok NK kt channel suria,....
tu la untung nye dok JB:pompom: |
|
|
|
|
|
|
|
246# hijau88
kecik sangat...berpinanrmata tilik cari muka tiz ![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
wah...makin famous tiz kat singapore.
sure lps channel suria (one of mediacorp tv) beli NK dari tv3..
bagus la nnt NK dah abis kt Tb3, still boleh tgok NK kt channel suria,....
tu la untung nye ...
sakura2503 Post at 8-9-2009 21:53 ![](http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif)
jeles tul...nasib baik aku donlod setiap episod ![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Salam semua....xsangka ade kelab fanz Tiz..hanee nk join boleh??camner nk daftar ekk?suker tgk lakonan tiz dlm Nur Kasih![](static/image/smiley/default/loveliness.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
wah...makin famous tiz kat singapore.
sakura2503 Post at 8-9-2009 21:53 ![](http://www.malay.cari.com.my/images/common/back.gif)
yes. :pompom: |
|
|
|
|
|
|
|
hijau...aku dh register kt portal rasmi tu. dh selongkar semua...aktif ko bukak thread eh...giler kose![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
jeles tul...nasib baik aku donlod setiap episod ![](static/image/smiley/default/titter.gif)
britney_sapiah Post at 8-9-2009 22:46 ![](http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif)
k brit,
jangan la jeles...mmg pun dh donload tapi x puas la tgok kt pc (kecik sgt)...
kalau kt tb, pueh hati tgok....
mmg pun channel suria bnyak gak beli cite m'sia
skang ni tgh tyg manjalara, before ade impin illyana... |
|
|
|
|
|
|
|
251# hijau88 tq hijau...dh reg kat sana...nnt free hanee masuk sana k....![](static/image/smiley/default/loveliness.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
wah kak brit, manada gile kose la... ... rajin je.
huhu. |
|
|
|
|
|
|
|
hanee, bagus2... ha'ah... nanti free masuk sana k. ![](static/image/smiley/default/loveliness.gif) |
|
|
|
|
|
|
| |
|