CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: honam

PROPERTIES AREA BANGI&KAJANG v2

  [Copy link]
Post time 24-8-2010 09:29 AM | Show all posts
Reply 240# kairizal


1. ada stesen ERL
2. dekat dgn pintu highway PLUS, MEX, ELITE
3. kurang 20 mins ke KLIA / Putrajaya / Cyberjaya
4. komuniti muslim dia best, kariah masjid yg bagus

saya  kerja dgn developer KW dulu masa taun 2007.... skrg udah idok keje sana lg. staff pon xde diskaun woo, cuma ade kelebihan dapat material finishing yg kita boleh sesuaikan dgn kehendak jer..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-8-2010 10:05 AM | Show all posts
Hr tuh aku tanya ajen superlink @ kota warisan, mak oii regenya dh 450k.. so aper yg spesel sgt kota ...
kairizal Post at 23-8-2010 22:58



    sebab saiz je besar... nak tunggu komersial area kawasan tu membangun tak tahu la sampai bila
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2010 10:44 AM | Show all posts
mak bf me baru je book saujana palma residence kat kajang ni

march 2012 baru siap.3 storey semi-d.gated n guarded.ade sape2 beli sini?
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2010 04:50 PM | Show all posts
Reply 243# damiqula


    my ofismate ada beli..dia antara yg terawal kalau x silap
    cantik gile kn design umah ni
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2010 04:57 PM | Show all posts
Reply  damiqula


    my ofismate ada beli..dia antara yg terawal kalau x silap
    cantik gile ...
mommymeowy Post at 24-8-2010 16:50


aah cantik,design ala2 moden gitu.tapi price tak hengat jugak

tak silap ade 74 units je.die pegi minggu lepas pun ade few units je yang tinggal
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2010 05:02 PM | Show all posts
Reply 245# damiqula


    rsnye my ofismate yg beli tu die 1st buyer ke antara 3 yg terawal
    hehe..die forumer kt cari ni gak
    rege mmg x hengat dunia..ms akak tu beli pun dah 600k jgk kalau x silap
    skrg sure naik gile2 punye kan
    design die sgt2la mommy suke tp mmg sgt2la mommy x mampu..hehee
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-8-2010 08:33 AM | Show all posts
Sekarang ni nak beli rumah..harga memang mahal melampau...mana nak mampu kalau gaji RM2000 sebulan..rata rata harga RM200k. Nak duk apartmen.....Harga ok tapi maintenance lak tinggi..pikir pikir dah setaraf harga rumah teres.....x lama lagi ramai orang orang kita duk rumah kotak je la...........orang kaya semakin kaya orang miskin terus miskin....tanda dunia sudah hampir dengan kiamat........syabas negara ku makmur..........
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2010 08:55 AM | Show all posts
Sekarang ni nak beli rumah..harga memang mahal melampau...mana nak mampu kalau gaji RM2000 sebulan.. ...
tempur Post at 25-8-2010 08:33



    standard la.. harga hartanah... banyak faktor yang menyebabkan harga hartanah ni meningkat saban tahun mcm permintaan yang tinggi, kawasan strategik, kemudahan pengangkutan awam, kenaikan bahan mentah seperti cement dan besi. Bukan nya dekat Malaysia je harga hartanah meningkat, bleh dikatakan semua negara cam tu.

itu la kenyataan dan cabaran utk mengharungi kehidupan di bandar bandar besar di Malaysia ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-8-2010 11:37 AM | Show all posts
Sekarang ni nak beli rumah..harga memang mahal melampau...mana nak mampu kalau gaji RM2000 sebulan.. ...
tempur Post at 25-8-2010 08:33



bunyi nyer mcm marah, tp itulah realiti keidupan .. yang kita leh buat usaha gigih tanda kejayaan huk huk huk
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2010 02:03 PM | Show all posts
ade ke lagi rumah teres 1 tingkat di KOta Warisan
bape harga?

regards
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2010 05:37 PM | Show all posts
Kekang kenaikan harga rumah

Oleh Rohami Shafie

Rumah adalah satu keperluan untuk sesiapa sahaja. Rumah juga merupakan satu pelaburan yang amat menarik. Disebabkan ciri-ciri ini, permintaan terhadap rumah sentiasa tinggi. Tidak kira mana-mana negara di dunia, peningkatan permintaan ke atas rumah seiring dengan peningkatan populasi penduduk dunia. Lebih ramai penduduk dunia, maka lebih banyaklah permintaan ke atas rumah.

Faktor inilah yang mendorong harga rumah sentiasa meningkat saban tahun. Lebih-lebih lagi, untuk membina rumah, ia memerlukan tanah, sedangkan tanah di muka bumi ini terhad sifatnya. Tidak kira rumah pangsa atau rumah teres kos rendah mahupun rumah mewah seperti banglo dan kondominium, tanah tetap diperlukan. Saban hari, tanah semakin berkurangan. Bukan sahaja projek perumahan, tetapi juga tanah diperlukan untuk membina pusat membeli-belah, yang mana bukan setakat kaki persegi tetapi berhektar-hektar tanah digunakan.

Malahan, membina bangunan pencakar langit juga memerlukan tanah. Atas ciri inilah, mahu tidak mahu, kita tidak boleh mengelak berhadapan dengan kenaikan harga rumah. Selain itu, rumah juga memainkan peranan penting dalam memajukan sesebuah negara. Lebih banyak rumah didirikan dan mempunyai permintaan yang tinggi, lebih banyak barangan keperluan akan dibeli oleh pembeli rumah. Di dapur, di ruang tamu, di bilik tidur, hatta di bilik air sekalipun, pembeli rumah membelanjakan wang ringgit yang banyak untuk menyiapkan segala kelengkapan.

Tidakkah ini akan menggalakkan perbelanjaan pengguna? Kesan baiknya, pertumbuhan ekonomi akan lebih meningkat dan peluang pekerjaan yang lebih banyak dapat disediakan.

Ini kisah kebaikan rumah. Bagaimana pula kisah buruknya? Kalau dikaji secara mendalam, kebanyakan krisis ekonomi berpunca daripada krisis hartanah. Antaranya, krisis ekonomi di Jepun pada 1992, Sweden pada 1991 dan terbaru krisis kewangan yang dikenali sebagai subprima di Amerika Syarikat sehingga tercatat sebagai krisis ekonomi terburuk di dunia sejak 'Kemelesetan Terbesar' yang berlaku pada hujung tahun 1920-an.

Tidak terkecuali negara China yang dikhuatiri akan berlakunya krisis kewangan yang berpunca daripada hartanah. Apabila berlakunya gelembung aset, yang sengsara bukan sahaja pembeli rumah tetapi juga institusi kewangan yang memberi pinjaman kepada pembeli rumah. Pinjaman yang diberi kepada pembeli rumah tidak dapat dikutip, maka akan meningkatlah kadar pinjaman tidak berbayar (NPL).

Keadaan akan lebih teruk lagi, jika harga rumah amat tinggi dan didorong oleh faktor spekulasi semata-mata. Apabila NPL meningkat begitu tinggi, ekonomi sesebuah negara akan teruk terjejas. Urus niaga dan transaksi biasa akan berkurangan, pengguna akan kurang berbelanja dan akhirnya sistem ekonomi negara tersebut mungkin boleh lumpuh sepenuhnya. Inilah penangan gelembung aset atau hartanah!

Lantaran itu, satu keputusan yang tepat jika Bank Negara Malaysia melaksanakan cadangan untuk menurunkan pembiayaan rumah kedua kepada 80 peratus berbanding 90 peratus pada masa kini. Meskipun risiko untuk berlakunya gelembung hartanah di Malaysia amat rendah, namun cadangan ini baik untuk mengekang atau mencegah kenaikan harga rumah yang didorong oleh faktor spekulasi semata-mata. Bayangkan di negeri seperti Kedah sekalipun, harga bagi sebuah banglo sudah meningkat ke paras RM400,000 sebuah berbanding enam tahun lalu, pembeli masih boleh memiliki banglo berharga RM200,000 sahaja.

Itu di Kedah, bagaimana pula di ibu kota, Kuala Lumpur? Janganlah bermimpi ingin memiliki banglo berharga sebegitu. Harganya kini berjuta-juta ringgit. Harga rumah teres juga lebih kurang sama dengan harga banglo di Kedah. Inilah senario yang berlaku. Kadangkala ramai tertanya-tanya adakah harga rumah ini naik mendadak disebabkan oleh faktor permintaan dan pasaran atau lebih pada faktor spekulasi semata-mata?

Sehingga, ramai yang sanggup mengambil risiko melabur dalam hartanah dan menjual semula kepada pembeli dengan harga begitu tinggi. Dengan cara ini, lahirlah ramai jutawan-jutawan segera hartanah. Salah satu faktornya, betapa mudahnya mendapat pembiayaan daripada institusi kewangan sehingga kadar pinjaman 90 peratus daripada harga rumah dapat dinikmati.

Pelaburan sebegini sudah menjadi satu trend bagi pembeli rumah kedua dan seterusnya. Apabila harga rumah meningkat, harga barangan yang lain turut dipengaruhi olehnya. Perkara ini akan sentiasa berterusan sehingga menjejaskan kuasa beli rakyat. Trend ini boleh dilihat dengan jelas sekali di Kuala Lumpur. Peningkatan harga barangan seiring dengan peningkatan harga rumah. Jika ia berterusan tanpa ditangani dengan baik, mana mungkin penduduk majoriti Kuala Lumpur dapat meneruskan kehidupan mereka dengan lebih selesa. Keadaan mungkin akan lebih parah lagi apabila diramalkan harga rumah berada pada tahap tertinggi dalam tempoh dua hingga tiga tahun akan datang.

Justeru itu, dengan melaksanakan cadangan penurunan pembiayaan untuk rumah kedua, ia serba sedikit dapat mengurangkan trend peningkatan harga rumah yang keterlaluan.

Penulis ialah Pensyarah Kanan Perakaunan dan Kewangan Kolej Perniagaan (COB) Universiti Utara Malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2010 10:01 AM | Show all posts
dekat sebelah restoran village view/hentian reko ada projek rumah baru.. tepi jalan.. nampak strategik... tapi ta pasti leasehold atau free hold
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2010 05:24 PM | Show all posts
dekat sebelah restoran village view/hentian reko ada projek rumah baru.. tepi jalan.. nampak strateg ...
actza Post at 7-9-2010 10:01



    leasehold tu
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2010 05:58 PM | Show all posts
salam warga bangi&kajang, takde sape yg buat open house ke?
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2010 08:21 AM | Show all posts
leasehold tu
evolutionary Post at 7-9-2010 17:24


saalm..ada no. phone pemaju tak?...nama apa projek tu?...tgh survey2 rumah ni...tq..
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2010 10:05 PM | Show all posts
Siapa yg ada beli rumah Casa Mekar 3, pls take note pemaju Bulatan Mekar buat hal lagi..sepatutnya rumah siap awal bulan September 2010 dan tertangguh ke hujung tahun ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2010 02:11 PM | Show all posts
Siapa yg ada beli rumah Casa Mekar 3, pls take note pemaju Bulatan Mekar buat hal lagi..sepatutnya r ...
areguard Post at 16-9-2010 22:05



    seperti yang dijangkakan...
pastikan pada siapa yang dah lebih 24 bulan dari tarikh snpnya.. claim pada pemaju 10% a year dari rege umah bayaran lewat siap.. Ada kes sebelum nie yang pemaju tak bayar.. so preparelah awal2 dokumen yang perlu
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2010 03:29 PM | Show all posts
seperti yang dijangkakan...
pastikan pada siapa yang dah lebih 24 bulan dari tarikh snpny ...
actza Post at 20-9-2010 14:11



    yang projek bulatan mekar ni, dah byk mana progress dia?
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2010 08:00 PM | Show all posts
yang projek bulatan mekar ni, dah byk mana progress dia?
aazlina78 Post at 20-9-2010 03:29 PM


casa 3 ni progress dia dlm 25% jer....kemudian mcm stop...
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2010 12:21 AM | Show all posts
Rumah teman dah hampir 90% siap, tinggal interior fittings, tanam rumput etc..tapi mcm yg kawan mentioned tadi, dah stop pembinaan..bila tanya pemaju janji akan cuba siapkan by year end..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 02:12 AM GMT+8 , Processed in 0.048553 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list