Post Last Edit by dauswq at 9-7-2010 07:25
BAB 10: Realiti Dua Beradik
Aliah menebarkan langsir untuk membenarkan cahaya mentari pagi menyinari kamar yang diselubungi gelap gelita. Pancaran matahari menyebabkan Sarah terjaga dari tidurnya. Dia bangkit dan duduk di atas kekuda katil sambil menarik selimut sehingga ke paras dada.
“Sudah bangun? ,” tanya Aliah yang sedang membancuhkan kopi.
“Hmmm...Kimi mana? ,” soal Sarah pula.
“Semalam dia dukung kau sampai ke bilik. Aku terkejut tengok korang tiba-tiba mesra. Ada sesuatukah yang berlaku kat parti Gilbert tu? ,” tanya Aliah sambil menghirup air kopi. Dia menghulurkan secawan kopi kepada Sarah. Sarah segera meneguk air kopi itu tanpa menjawab soalan Aliah.
“Aku bukan apa. Cuma nanti apa orang kata pulak. Kau dah kahwin. Jadi orang akan pandang kau curang...Tapi disebabkan kita saje kat sini, aku keep secret , “ kata Aliah sambil mengeyitkan matanya.
“Aliah,” kata Sarah dengan ringkas.
“Apa salahnya aku mencintai orang yang bukan suamiku?,” tanya Sarah.
Cawankopi yang dipegang Aliah jatuh dan pecah berderai. Nampaknya dia agak terkejut dengan pengakuan Sarah. Aliah memandang Sarah dengan sedikit sinis.
“Kenapa begitu cepat kau jatuh hati? Bukan kau baru jumpa dia semalam? ,” kata Aliah dengan nada yang agak marah.
“Aku tak tau...Kali pertama aku jumpanya. Hatiku bagaikan terpaut. Jantungku berdebar kencang. Luka di hati beransur-ansur pulih pabila aku melihat wajahnya berulang kali. Bagaikan terubat...Aku jadi tenang. Tidak seperti diriku sewaktu bersama abang Azmin ,” kata Sarah meluahkan perasaannya kepada Aliah.
“Tapi kau sudah kahwin, Sarah. Kau harus ingat semua tu...bagaimana kesan hubungan korang nanti pada Dr. Azmin, itulah menjadi persoalan rumit,” kata Aliah.
“Aku tahu semua itu....Tapi, realitinya selama lima tahun kami bersama, tidak pernah terlintas dalam hatiku untuk mencintai abang Azmin...abang Azmin ku bayangkan sebagai abang, tidak lebih dari itu..walaupun hakikatnya ku sudah mengikat tali perkahwinan dengannya ”.
“ Aku telah usaha, usaha dengan pelbagai cara untuk mengikat percintaan kami..tapi ku tak terdaya menahan rentak hatiku...jiwaku masih di takup lama...tak terpalit simpulan kasih antara kami sepanjang kami bersama,” kata Sarah lagi.
“Tapi, kehadiran Hakimi menoktahkan derita di hatiku selama ini...Aku sedar aku hanya boleh mencintai Kimi, dan bukan sebagai teman hidup .” Sarah berhenti sekejap.
“Abang Azmin pula..aku tau dia banyak berjasa padaku..Dialah yang memberikan cahaya baru kepadaku setelah kudratku lemah menanggung seksa, memberi hidup baruku di sini..dan tidak sesekali ku sanggup melukai hatinya “.
“Biarlah ku pendam saje kenangan kami bersama...Aku akan cuba jauhi diriku dari Kimi...Semakin ku dekat, semakin kuat hatiku membingkis,” kata Sarah sambil menitiskan matanya. Luahan Sarah membuatkan Aliah terkedu.
“Liah faham Sarah erti cinta itu...Liah tahu... ,” tambah Aliah pula. Aliah meletakkan Sarah di bahunya dan cuba menenangkan Sarah.
Mereka tersentak tatkala pintu bilik diketuk. Aliah merapatkan mata kanannya pada mata helang pintu itu. Kelihatan seorang perempuan berpakaian apron dan tangannya menggenggam troli di luar bilik. Aliah membuka pintu.
“Hello,I have something to give you ,” kata pekerja hotel itu.
“Okay,what is it? ,” tanya Aliah.
“Here....a good-looking man ask me to deliver this message to a girl named Sarah...I guess the girl was you, aren’t it? .”
“He said to let only Sarah read the message alone ,” tambah pekerja hotel lagi.
“ Okay, I shall pass the paper to Sarah. Thank you ,” kata Aliah sambil mengukir senyuman.
Aliah menutup pintu dengan perlahan-lahan setelah pekerja hotel meninggalkan tempat itu. Aliah menyerahkan kertas yang mengandungi mesej itu kepada Sarah.
Sarah membaca mesej itu tanpa banyak bicara. Wajahnya kembali ceria. Tinta kertas tersebut kelihatan kabur tetapi mesej tampak jelas ditulis oleh lelaki yang berjaya mencuri hatinya itu.
“Kimi. Aku yakin dia. Aku kenal benar tulisannya ,” kata Sarah kepada Aliah.
“Sarah...kau nak jumpa dia lagi ker? ,” tanya Aliah.
“Liah..aku ingat apa yang aku cakap tadi..Cuma aku nak jumpa dia untuk ucap selamat tinggal, itu saje ,” kata Sarah meyakinkan Aliah tentang niatnya itu.
“Tapi,aku musykil naper die bg kertas renyuk ni kat kau, asal tak telefon je jumpa ,” ragu Aliah.
“Tak pelah Liah..aku nak pi dulu .“ Sarah menjinjing beg tangannya lalu melangkah keluar dari bilik. Aliah macam mengesyaki sesuatu.
Tingkat tiga, bilik bernombor 302 merupakan tempat penginapan Hakimi sepanjang percutiannya di Miami. Hakimi sedang memegang bingkai gambar dengan wajah yang sugul. Di dalamnya berisi kepingan gambar ceria dua beradik kembar. Abangnya memeluk adiknya dengan erat dengan berlatarkan pohon jambu dan sedikit semak-samun di belakangnya.
“Abang,Kimi tak dapat cari lagi perempuan yang membuatkan abang derita...Perempuan yang meninggalkan abang bersendirian menempuh ajal..Perempuan yang tidak mengenal jasa abang menyelamatnya dari cengkaman maut...Kimi berasa salah kerana belum tunai janji Kimi pada emak ,” bisik hatinya.
“Cuma Kimi nak bagitahu abang..Kimi sudah dapat cinta baru..gadis Melayu yang Kimi jumpa semalam...gadis ni sangat special sampai Kimi boleh terlupa tujuan Kimi ke mari." Hakimi mengusap rambutnya.
" Kalau abang masih hidup, Kimi nak perkenalkan Sarah ini kepada abang,” kata Hakimi lagi dengan nada yang gembira. Dia mengesat kaca gambar itu dengan senyuman yang terukir di bibirnya.
Lamunan Hakimi terhenti sebentar apabila Iphonenya berdering. Dia segera mencapainya.
“Hakimi,ni Liah ,” kata pemanggil tersebut.
“Aliah..kenapa?Sarah macam mana? Dia tidur lagi ker? ,” soal Hakimi kegirangan.
Aliah terkejut dan menurunkan telefon bimbit dari cuping telinganya.
“Hello,Liah..Liah ,” kata Hakimi setelah lama menunggu jawapan dari Aliah.
“Kimi,Liah rasa tak sedap hati .” Liah menggigit jari telunjuknya.
“Kenapa Liah? Apa jadi dengan Sarah ? ,” kata Hakimi dengan nada yang kerisauan.
“Tadi ada orang guna nama Kimi panggil Sarah jumpanya. Sekarang Liah tak tau kat mana Sarah sebab Liah tidak baca mesej tu. Liah rasa tak sedap hatilah. Tadi Liah cuba contact Sarah, tapi tak dapat ,” kata Liah.
“Hello,Hakimi .” Panggilan Aliah tidak berjawab kerana Hakimi sudah meninggalkan biliknya sesaat yang lalu. Bilik dibiarkan terbuka. Nampaknya Hakimi bergegas keluar dengan keadaan tergesa-gesa sampai terlupa membawa iphonenya. |