CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: tora bora

Kenapa Padri ni masuk Islam ?

 Close [Copy link]
 Author| Post time 31-12-2010 12:34 AM | Show all posts
Dan saya amat mengimani ayat dari bible berikut :

Lihat dalam Yohanes 20:17

Maka Yesus pun bersabda kepadanya, "Janganlah engkau menyentuh Aku, karena belum Aku naik kepada Bapa, tetapi pergilah engkau kepada segala saudara-Ku, dan katakanlah pada mereka itu, Aku naik kepada Bapa-Ku dan Bapamu, dan kepada Tuhan-Ku dan Tuhanmu."

Ini adalah pengakuan Jesus bahawa dirinya sendiri juga mempunyai Tuhan. Lihat ucapan beliau "kepada Tuhan-Ku" itu yang menjelaskan bahawa Jesus sendiri sebenarnya mempunyai Tuhan. Siapakah "Tuhan-Ku" yang dimaksudkan oleh beliau itu? Yes, Bapa. Justeru itu menjelaskan bahawa Jesus sendiri mengakui bahawa Bapa itu adalah Tuhannya. Itu menjelaskan bahawa beliau bukanlah Tuhan seperti yang didakwa oleh kelompok kristian.

Jika Jesus itu adalah Tuhan, maka pastinya Tuhan tidak akan mempunyai Tuhan yang lain.

Bukti simple daripada bible bahawa Jesus itu sebenarnya bukanlah Tuhan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-12-2010 12:40 AM | Show all posts
Menyembah sultan maksudnya awak menyembah sultan tu macam awak sembah Tuhan? Kalau tak boleh then kenapa masih wujud adat2 berbentuk begitu serta masih wujud sultan di negara Malaysia?


Saya mohonlah, kalo nak berhujah tu, jangan main hentam saja, gunalah ayat-ayat kitab saya dan kitab anda, atau sumber rujukan dari kajian yang betul... Ini 'sembah sultan' pula nak disandarkan... apa kita peduli dgn sultan tu... itu tradisi Hindu... Dlm kitab kami, adalah haram mengagungkan manusia... kalo nak berhujah gunalah dalil ayat, bukannya ' tradisi hindu-melayu'...
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2010 12:33 PM | Show all posts
Setiap hujah perlu ada 'dalil' dari kitab suci anda, dan fakta... hujah dan fakta, bukannya main tulis sebarangan sahaja..

Berikut adalah dalil dan fakta saya sertakan jawapan bagi tulisan anda diatas :

Anda mengatakan ianya hukum dlm old testament, bukankah anda mengimani juga old testament ini ?

Lupakah anda Jesus mengatakan, dia datang bukan utk mengubah Old Testament ?

Rujuk, Matius 5:17-20,

Yesus dengan tegas menyatakan bahwa dirinya tidak pernah sedikitpun menghapuskan hukum yang telah ditetapkan di dalam Taurat (Perjanjian Lama). Di lain ayat juga dinyatakan dengan jelas bahwa pengikut Yesus yang setia tetap menjaga diri dari makanan haram dan najis (Kisah Para Rasul 10:14).


Hi abang, awak tak dapat baca kah apa yang sky tuliskan tentang Jesus tak membasuh tangan sebelum makan dengan orang Pharisees yang mengikut adat membasuh tangan sebelum makan? Adakah Jesus melanggar hukum Torah? Umat Christian memang mengikuti perbuatan Jesus (Luke 11:38). Takkan awak tak boleh cari kisah ni dalam NT? Halnya juga dengan taking the pork. Ia dah jadi kebiasaan dalam kalangan Jews untuk tak ambil pork. Kalau kebiasaan, ia adalah adat. Bukan jadi hukum agama lagi.

Sacrifice of Christ dah membebaskan umat Christian daripada kebiasaan orang Jew yang normal. Perkara-perkara tu dah tak penting, yang penting hanya sunnah Christ. BTW, Sky tak ambil pork! Sky dah beritahu bukan semua orang Christian ambil pork, my family is Nasrani bukan muallaf Christian, we don't take pork walaupun benda tu tak penting.
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2010 12:40 PM | Show all posts
“Sesungguhnya pada diri Rasulullah ada suri teladan yang baik bagimu yang mengharap rahmat Allah dan kedatangan hari kiamat dan banyak menyebut Allah.” [Al Ahzab:21]

Nabi Muhammad hanyalah manusia biasa, yang boleh sakit, lapar, dahaga, dll mcm manusia biasa, namun dia adalah seorang yang dipelihara oleh Allah dari melakukan dosa.
Kenapa Allah pilih seorang manusia menjadi contoh ?... sebab kita adalah manusia.. manusia hanya boleh mencontohi manusia.. kita tidak layak mencontohi Tuhan, sebab Tuhan adalah Tuhan, tidak sama dgn manusia...

Tapi saya heran dgn Sky ni.. apa salah saya ? Saya cuma mengamalkan sebahagian drp 'ayat-ayat' dalam Bible kamu..


Hurmm, awak ingat kami cakap pasal Jesus physically ke? We are talking about His soul within Jesus. Ada berapa banyak roh dalam satu jasad? Boleh awak beritahu sky? Even kalau jasad seseorang itu diserapi oleh makluk halus pun, rohnya masih ada di situ. Dan entiti luaran itu bukan entiti jasad tersebut. Dalam hal ini, entiti dalam jasad Jesus adalah entiti yang equal dengan Father.

Again, kami tak kisah awak nak pilih manusia biasa ke God ke jadi contoh awak. That is in your religion. Kami bukan penganut agama awak. Bila awak nak berhujah dengan orang non-Muslim. Awak tak sepatutnya assume mereka sebagai penganut agama awak.

Tak layak mencontohi Tuhan? Beritahu sky sifat Maha Pengasih, Maha Pemurah, Maha Penyayang. Itu semua tak boleh dicontohi manusia kah? Apa sifat Tuhan yang tak boleh dicontohi manusia? Boleh beritahu sky? Sky tahu benda ni. Awak jangan bagitahu sky awak tak tahu pula. I dwell among Muslims, even untuk upacara keagamaan awak orang pun Sky ikut kawan-kawan pergi cuma tak sertai sahaja. I know you well!

Lagi satu, awak tak takut kena hand-cuff dengan JAIS ke kalau mengakui awak ikut Bible? Sky ingat awak tak percaya Bible sebab sudah diselewengkan oleh para Hawari (Apostles) dan pengikut Jesus. Bukan ke awak dah Quran yang serba lengkap tu?
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2010 01:08 PM | Show all posts
Berikut adalah kepercayaan saya terhadap Kitab Bible ini :

Maksudnya: Nabi Isa a.s. berkata: "Tetapi kamu (orang Yahudi) cuba untuk membunuh saya, seorang manusia yang telah memberitahu kamu tentang kebenaran…" [John: 8:40]

Maksudnya: "Tuhan itu bukan manusia, yang mana dia boleh menipu. Tuhan juga bukan seorang anak daripada manusia, sehingga dia perlu bertaubat." [Numbers 23:19]

( Ini adalah ayat yang menafikan ketuhanan Jesus, dia adalah manusia ... Ini saya percaya)..

Maka marilah sama-sama percaya kpd ayat-ayat ini...


Itu kepercayaan awak dan tafsiran awak. Awak seorang Christian yang valid? Kami ada exegesis Bible. Exegesis means what? It is a tafsir yang diterjemahkan para mufassirin agama Masihi. Awak ingat dalam Islam saja ada pentafsiran al-Quran? Lagi satu Sky nak tanya, awak boleh bezakan terjemahan dan tafsiran tak? Kalau boleh senang lah cerita. Kalau tak boleh memang susah lah bercakap dengan awak semua.

Ayat John tu baguslah awak letakkan citation bilangan ayat nya. Jesus memang hendak dibunuh oleh kaum-Nya. Ayat John 8:40 awak tu menurut Byzantine Bible berbunyi "nun de zeteite me apokteinai anthroupon os tein laleika en eikousa para tou thieou touto avraam ouk epoiesen." Anthropon tu memang bermaksud orang.

Tapi kata "orang" tu digunakan oleh Jesus untuk diri-Nya. Bersepadanan jugak dengan panggilan-Nya kepada Setan yang menjadi penyembelih manusia, ini ada dalam John 8:44. Ia memberitahu sikap belas kasihan yang ada pada manusia adalah milik-Nya. Sebutan tentang Patriarch Abraham pula bermakna "penuh kasih sayang." Kan nama Abraham tu means Father yang Penyayang. Penyayang is sifat Tuhan. Awak kata manusia tak boleh ambil sifat Tuhan.

Maksudnya: "Tuhan itu bukan manusia, yang mana dia boleh menipu. Tuhan juga bukan seorang anak daripada manusia, sehingga dia perlu bertaubat." [Numbers 23:19]

( Ini adalah ayat yang menafikan ketuhanan Jesus, dia adalah manusia ... Ini saya percaya)..


Apa yang awak merepek ni? Main tangkap muat aja. Sejak bila pulak Jesus seorang penipu? Memang la Tuhan bukan Anak. Tapi Anak adalah dari Tuhan and equal to Him. Awak percaya pula pada kata2 dalam kitab yang diputarbelit oleh orang Yahudi dan Nasara? Awak ni pelik lah. Mempunyai masalah identiti keagamaan atau sebenarnya awak ingin masuk Christianity? Sky tak galakkan orang Melayu masuk Christianity ye. Nanti awak akan menghadapi masalah dengan mahkamah Syariah. Lagipun awak main hentam aja, ada baca exegesis belum for Numbers 23:19? Sebab Nuzul Ayat tu?
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2010 01:16 PM | Show all posts
Saya mohonlah, kalo nak berhujah tu, jangan main hentam saja, gunalah ayat-ayat kitab saya dan kitab anda, atau sumber rujukan dari kajian yang betul... Ini 'sembah sultan' pula nak disandarkan... apa kita peduli dgn sultan tu... itu tradisi Hindu... Dlm kitab kami, adalah haram mengagungkan manusia... kalo nak berhujah gunalah dalil ayat, bukannya ' tradisi hindu-melayu'...


Awak main hentam sahaja tafsirkan kitab suci agama lain sesuka hati tak apa pulak? Sedangkan awak bukan seorang Church Goer mahupun seorang ahli agama Masihi. Saya takkan guna ayat kitab orang lain untuk memutar belit. Why sembah sultan tak ada ke dalam sistem kultus Dewaraja orang Melayu? Kan agama Hindu pun ada kitab suci Veda dan Puranas (gospels). Zakir Naik suka sangat kaitkan Hinduism dengan Islam. Semua pun seboleh2nya nak ditangkap untuk menampakkan nabi manusia biasa awak tu superior dari orang lain.

Jadi haramlah bagi awak mengangungkan sultan2 awak. Jadi kenapa paksa orang non-Muslim (Melayu) suruh menyembah kepada sultan2 dengan retorik kedaulatan Sultan Melayu lah macam2? Dalam Christianity kami haram menyembah kepada sultan manusia biasa. Kami bukan Melayu (Islam).
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 1-1-2011 10:50 PM | Show all posts
Sky dah marah, saya cuma memetik 'ayat suci anda' tapi masalahnya anda semua saya lihat cuba mentafsir dgn akal sendiri dan jauh dari fakta yang disampaikan oleh Jesus...

Kamu pula bimbang saya ditangkap JAIS.. he he...

Pada pandngan Islam, kitab kamu ni dah bercampur aduk antara yang benar-benar orang dengar dan lihat dari perbuatan Jesus dan ayat-ayat yang bukannya asal dari kehidupan Jesus.. Seperti yang kita semua sedia maklum, kitab kamu yng ada ditangan kamu skrng adalah kitab yang 'tidak pernah' disentuh atau dibaca oleh Jesus, malah Jesus pun tidak tahu kewujudan 4 kitab dan risalah yang lain itu, sebab kitab ini hanya muncul selepas ratusan tahun kematiannya..

Kenapa saya mengimani sebahagian ayat-ayat dlm Bible ?

Sebabnya, bagi kami Jesus adalah utusan tuhan dan prinsip ajarannya adalah tauhid, iaitu mengajak manusia menyembah Allah yang satu dan mengesakanNya..
Ini adalah intipati ajaran tauhid semua para utusan Tuhan, spt David, Solomon, Moses dll..

Sebab itu jika kita teliti, banyak ayat dlm Old dan New Testament ini, ajaran-ajaran yng mengajak kepada bertuhankan Allah yang satu dan bukannya Jesus.. tetapi oleh kerana 'penyelewengan' maka ajaran ini sudah lari 'alignment'nya...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-1-2011 10:53 PM | Show all posts
Mengenai Jesus tidak cuci tangan tu, memang saya dah baca, tetapi ia tidaklah ada kaitan jelas dengan pengharaman babi. Malah cubaan utk mensabitkannya adalah satu cubaan yang longgar dari sudut faktanya.. apa yang jelas babi itu diharamkan, tetapi biasalah 'penyelewengan' telah berlaku...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-1-2011 10:56 PM | Show all posts
Jadi haramlah bagi awak mengangungkan sultan2 awak. Jadi kenapa paksa orang non-Muslim (Melayu) suruh menyembah kepada sultan2 dengan retorik kedaulatan Sultan Melayu lah macam2? Dalam Christianity kami haram menyembah kepada sultan manusia biasa. Kami bukan Melayu (Islam).


Kamu masih gagal memahami apa yang saya sampaikan. Sedangkan Nabi pun kami tak sembah, inikan pula Sultan.. Bila pula saya paksa kamu sembah sultan ? Mengigau dah kamu ni.. he he...
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2011 12:39 PM | Show all posts
Kamu masih gagal memahami apa yang saya sampaikan. Sedangkan Nabi pun kami tak sembah, inikan pula Sultan.. Bila pula saya paksa kamu sembah sultan ? Mengigau dah kamu ni.. he he...


Awak bukan Melayu ke? Sultan bukan ke wakil Allah di atas muka bumi. For us Jesus is wakil Allah di atas muka bumi. Rupa Tuhan terjelma dengan Jesus. As for Muslim ahlussunnah waljamaah, awak jangan pulak nak samakan dengan agama yang lain. Sky tahu benda tu. God has no space, has no boundary, has no image in human mind tapi ajaran-Nya masih sampai dengan melalui His Theophany, Emmanuel. Awak boleh luangkan masa sedikit tak menyelidiki ilmu ketuhanan Kristianiti dan aliran-aliran filsafat dalam Kristianiti berbanding dengan awak semua sibuk menyerang akidah Trinity atau menyerang penghormatan kami sebagai pengikut Christ kepada Jesus Christ? Tiap2 kali awak orang Islam cakap, Muhammad ajarkan itu dan ajarkan ini, awak semua ada sebut tak itu kata2 Tuhan atau kata2 Muhammad? Awak boleh tangkap apa sky cakapkan ini? It means awak semua pon bertuhankan Muhammad? Kata2 Muhammad sama dengan kata2 Tuhan? Sebelum awak buat kesimpulan cuba awak decipher dulu statement2 dalam bentuk persoalan ini, ok?
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2011 01:23 PM | Show all posts

Mengenai Jesus tidak cuci tangan tu, memang saya dahbaca, tetapi ia tidaklah ada kaitan jelas denga ...
tora bora Post at1-1-2011 22:53
file:///C:/DOCUME%7E1/tanim/LOCALS%7E1/Temp/msohtmlclip1/01/clip_image001.gif


Yes memang betul, pengharaman babi memang ada dalam Old Testament, Leviticus 11:1-47. So? Awak cuba nak suruh kami menyelinap masuk kembali kepada Judaisme? What kind of Christian are you? Awak ni orang Kristian jenis apa? Sama lah macam awak orang Islam, awak nak ikut hukum Taurat 100% ke dengan datangnya nabi "manusia biasa" awak tu? Kalau ikut Torah, then sky tanya awak, kenapa awak tak observe peraturan dalam Sabbath menurut sistem dan institusi syariah ulamak dan rabbai Yahudi? Rosch Hashanah? Atau awak tertakluk kepada JAIS kalau tinggal di Selangor?


Awak boleh tak lainkali catatkan apa lagi yang tak boleh dimakan kalau menurut ayat dari surah 11 Leviticus tu? Awak makan daging unta tak? Dalam Quran ada sebut pengharaman daging unta? Kalau makan daging unta, awak dah makan benda yang haram lah menurut Torah. Awak nak mengikut Torah jangan ambil separuh2 ya. Ambil semua sekali sebab Tuhan awak suruh Muhammad jangan batalkan perjanjian yang dahulu Ada dua kriteria yang diambil kira menurut ayat tersebut untuk daging yang halal. Pertamanya, tapak kaki atau kuku mestilah terbelah sempurna. Keduanya, mestilah mengunyah hasil mamahan. Awak pasti kefahaman Torah awak mencukupi atau awak baca blog orang sahaja? Atau awak cuma tanya kepada ustaz sekolah rendah atau sekolah menengah yang tak pernah berkawan dengan Yahudi dan Nasara?


Berikut ni adalah dari Septuagint berbahasa Greek yang sky susah payahnya terjemahkan untuk awak sebab awak membuktikan awak tak membaca pun sampai habis Torah. Awak semua mengecewakan sky dan sky tak perduli pun awak semua nak panggil kami ahlil kitab ke tidak sebab we anathemize you for the insult to Jesus Christ dan tuduhan melulu.


1 Allah berkata kepada Musa, dan Harun 2 Serulah kepada seluruh Israel: "bagi semua haiwan yang melata di darat, inilah dia yang boleh kamu makan 3 Bolehlah kamu makan sebarang haiwan yang bertapak terbelah terbahagi sempurna dan mengunyah mamahan 4 Ada antaranya yang hanya mengunyah mamahan atau bertapak kaki terbelah, tapi tak bolehlah pulak kamu makan. Unta, walaupun mengunyah mamahan tetapi tidak mempunyai tapak kaki terbelah, maka haramlah bagi kamu 5 Arnab, walaupun ia mengunyah dan memamah, tidak mempunyai tapak kaki terbelah, haramlah bagi kamu 6 Dan babi, walaupun bertapak kaki terbelah, tetapi tidak mengunyah mamahan maka haramlah 7 Haramlah kamu makan semua daging-daging ini, haram jugalah kamu sentuh bangkai haiwan-haiwan ini 8


Ini barulah hukum bagi haiwan melata di darat, belum masuk lagi kepada haiwan dalam lautan dan alur-alur sungai. Serta serangga-serangga. Tak apa sky boleh tolong awak terjemahkan ke bahasa Malaysia. Kalau baca KJV mungkin bahasanya terlalu arkaik, kalau nak baca in Greek awak pula tak faham Greek. Apatah lagi Latin. Bible bahasa Indonesia mungkin penggunaan kata yang tak sepadan dengan bahasa Malaysia Lepas ni awak pilih lah nak ikut syariat Muhammad ke syariat Moses. Kami ikut Jesus Christ, hehehe.





Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2011 02:58 PM | Show all posts


Haram makan haiwan lautan yang tak ada sisik dan sirip


9 Dari semua haiwan dalam lautan dan alur-alur sungai, halal lah bagi kamu makan yang ada sirip dan bersisik tinggal dalam air di lautan dan alur-alur 10 yang tak ada sisik dan sirip, sama ada segerombolan atau yang di celah-celah haiwan air lain maka bencilah kamu akan ia 11 Semenjak kamu membencinya, maka jangalah kamu makan daging dan mesti dibenci bangkainya oleh kamu 12 Sebarang haiwan air yang tiada sirip dan sisik maka bencilah ia 12


Haram makan burung-burung berikut


13 Ini burung-burung yang harus dibenci dan jangan makan sebab haram adalah burung helang, burung hering, dan burung garuda 14 Burung layang-layang merah dan sebarang burung layang-layang hitam 15 Sebarang burung gagak 16 Burung hantu bertanduk, burung hantu yang berbunyi, burung camar, dan sebarang jenis helang 17 Burung hantu kecil, burung kosa, burung hantu besar 18 Burung hantu putih, burung hantu padang pasir, burung pemakan ikan 19 Burung bangau, sebarang burung pucung, burung belatuk gajah, dan kelawar 20


20 "Semua serangga terbang yang melata dengan empat kaki bencilah ia akan kamu 21 Antaranya, serangga yang bersayap dan melata dengan empat kaki boleh pula kamu makan; yang kakinya berjalin untuk melompat di atas tanah 22 Dari jenis ini halal lah kamu makan belalang kunyit, cengkerik, belalang pelesit atau belalang 23 Tapi antara semua serangga terbang yang melata dengan empat kaki lain-lain dari itu bencilah ia 24 "Dengan memakannya kamu jadi kotor, sesiapa yang sentuh bangkai serangga-serangga ini pun akan jadi kotor sehingga petangnya 25 Sesiapa yang memungut satu dari bangkai serangga-serangga ini kenalah membasuh bajunya dan akan jadi kotor sehingga petang 26


Ringkasan ulangan dari hukum Torah di atas dalam Leviticus semula


26 "Setiap haiwan yang bertapak kaki tak sempurna pisahannya atau yang tak mengunyah mamahannya haramlah bagi kamu; sesiapa menyentuh bangkainya akan jadi kotor 27 Setiap haiwan yang melata di darat dengan empat kaki, yang berjalan di atas cakarannya adalah haram kepada kamu; siapa yang menyentuhnya maka kotorlah dia sampai petang 28 Semua ini haram bagi kamu 29


Jenis amphibian yang haram


29 Dari semua haiwan yang melata di atas tanah yang haram kepada kamu adalah memerang, tikus, sebarang jenis cicak besar 30 Cicak gecko, biawak, cicak dinding, mengkarung, dan sesumpah 31 Semua yang melata di atas tanah ini haram bagi kamu. Siapa sentuhnya apabila sudah mati dia akan terkotor sampai petang 32 Apabila salah seekor haiwan-haiwan ini mati dan jatuh atas sesuatu, benda itu akan jadi haram disentuh, sama ada buatan kayu, pakaian, belulang yang disamak atau kain guni. Rendamlah ia dalam air sebab ia sudah kotor sampai petang, lepas itu baru dikira bersih 33


Cara menyucikan benda-benda tercemar bangkai


Kalau salah seekornya jatuh dalam periuk tanah, segala yang ada dalamnya jadi kotor, pecahkanlah periuk itu 34 Sebarang makanan yang boleh dimakan tetapi ada air padanya datang dari periuk itu haramlah ia, sebarang cecair diminum darinya pun haram 35 Sebarang bangkai haiwan-haiwan ini jatuh padanya haiwan ini maka ia jadi tak suci lagi; ketuhar atau bekas memasak pun mesti dipecahkan saja. Sebab sudah tak suci, dan kamu anggaplah ia tak suci lagi 36 Pancuran air atau pengangkut air beraliran tetaplah suci tetapi jika ia terkena bangkai-bangkai haiwan haram ni akan jadi haramlah ia 37 Jika bangkai haiwan-haiwan ini jatuh di atas sebarang biji benih yang hendak ditanam, maka ia tetap suci 38 Tetapi jika biji benih basah dan bangkai terkena maka haramlah ia 39 Jika haiwan yang dihalalkan makan mati tanpa disembelih, sesiapa yang sentuh bangkainya tak sucilah ia sampai petang 40 Sesiapa termakan bangkai itu barang sedikit kenalah ia cuci pakaiannya, sebab ia akan tak suci sampai petang. Sesiapa yang terpungut bangkai itu kenalah mencuci pakaiannya sebab ia sudah tak suci sampai ke petang 41  

Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2011 03:04 PM | Show all posts
Ada Christians yang nak mengamalkan hukum Torah balik no problem. That is their preference. Macam The Seventh Day Adventist Church, mereka tak makan babi dan juga tak makan haiwan air yang tidak bersisik seperti sotong atau jenis siput.

As for sky, although I am a Roman Catholic I tak makan babi. I tak pernah makan haiwan laut yang tak bersisik seperti sotong because I tak suka sotong. That is not because I ikut sebarang kitab suci. Mostly I am a veggie. I makan sayuran lebih banyak dari daging untuk tujuan kesihatan.

So, orang Melayu makan bangau tak? Atau makan siput, sotong, kerang, udang? Sebab benda-benda ini haram menurut Leviticus kerana tak ada sisik dan tak bersirip
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2011 03:10 PM | Show all posts
Dalam Leviticus juga menyebut Tuhan menyuruh manusia jadi suci kerana Allah itu suci. Tapi awak kata manusia jangan menyerupai Tuhan. Dari segi rupa kah atau dari sifat yang tak boleh sama? Kalau ada sifat yang tak boleh sama, boleh beritahu sky apakah sifat2 yang tak boleh sama dengan manusia? Dah dapat belum sifat2 tu?
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2011 04:25 PM | Show all posts
Kamu pula bimbang saya ditangkap JAIS.. he he...


Bimbang tandanya Sky ambik berat kat abang
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-1-2011 10:33 PM | Show all posts
Terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih kpd Sky... makanya sekarang banyak persamaan kita, antaranya :

1. Kita mengaku panggilan anak kpd Jesus hanya perumpamaan sahaja.
2. Kita semua bolehlah dianggap / diumpama sbg anak tuhan juga sama spt Jesus dan yang lainnya.
3. Kita sama-sama tak makan babi..

Syukurlah, kita makin hampir kpd cahaya kebenaran..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-1-2011 10:37 PM | Show all posts
Banyak sifat Tuhan yang manusia tak boleh menyamainya, antaranya :

1. Tuhan bersifat kekal selamanya, tetapi kita 'mati' bila sampai ajalnya.
2. Tuhan maha pengampun atas kesalahan kita yang besar, tetapi ramai manusia yang tak dapat mengampunkan orng lain, kalau boleh disaman dan dibunuhnya orang itu, spt Amerika mengebom Afghanistan dan Iraq hanya semata-mata marahkan si "Osama"..
3. Tuhan penyayang yang tidak sama dgn manusia, contohnya kalau manusia sayang kpd seseorang, kalau boleh kita mahu hidup selamanya dan tak mahu orang yng kita sayang itu mati,... Tetapi tuhan ada perhitungannya tersendiri..

Banyaakkk lagi, kalau mau...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-1-2011 07:40 PM | Show all posts
tora-tora telah mendapat hidayah... jom la masuk kristian


Sebenarnya banyak suruhan Jesus yang saya telah ikuti, tapi yang saya bimbang nanti ialah, diakhirat nanti Putput tidak akan diakui oleh Jesus sebagai pengikutnya, sebab Jesus ajar sembah Allah, bukan sembah Jesus...  Semoga Putput dan Sky mendapat hidayah spt saya..
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2011 03:07 PM | Show all posts
Sebenarnya banyak suruhan Jesus yang saya telah ikuti, tapi yang saya bimbang nanti ialah, diakhirat nanti Putput tidak akan diakui oleh Jesus sebagai pengikutnya, sebab Jesus ajar sembah Allah, bukan sembah Jesus...  Semoga Putput dan Sky mendapat hidayah spt saya..


Yesus adalah pengajar Firman Tuhan yg benar. Dan ajaran yg benar ini termaktub dlm alkitab dan tidak dlm buku yg lain. Ini kerana Tuhan tidak janjikan buku lain melainkan Taurat dan Injil yg saudara sendiri pun percaya ada. Maka, persoalannya di sini, mana mereka tu? Atau Tuhan Semesta Alam yg dikatakan begitu besar kuasaNya tak terdaya menjaga dua buku ini dan terpaksa membuat buku yg baru??

Fikirkan tu...

Sekian.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-1-2011 10:28 PM | Show all posts
Maka, persoalannya di sini, mana mereka tu? Atau Tuhan Semesta Alam yg dikatakan begitu besar kuasaNya tak terdaya menjaga dua buku ini dan terpaksa membuat buku yg baru??


Mudah saja bagi Allah utk melakukan apa saja yang Dia mahu, seperti mana Dia mencipta Adam tanpa ibu dan ayah, seperti Yesus tanpa ayah dan begitu juga dunia ini, sangat mudah dicipta dan dijaga oleh Allah.

Persoalannya, kenapa ? Ia mudah difahami, jika kita lihat kenapa para sahabat Nabi ada yang dibunuh dan diseksa semasa memperjuangkan agama Islam, tetapi mereka tidak pernah bertanya,.. dimanakah Allah semasa mereka diseksa, sebabnya mereka memahami, nilai syurga itu amat tinggi harganya dan hanya layak utk mereka yang berjuang demi kebenaran...

Begitu jua, dgn buku ini... Taurat telah dirubah ajarannya, maka utk memperbetulkannya semula, Allah mengutus Jesus utk mengajak semula mereka kembali kepada ajaran yang 'original'.... begitu juga, ajaran Jesus pun mereka selewengkan malah mereka 'bunuh'... maka sepeninggalan Jesus.. ajaran Jesus mereka 'ubah'... Allah tidaklah menjaganya spt mana yang kamu maksudkan, tetapi Allah menjaga ajarannya yang 'original' dgn mengutus utusannya pada sepanjang zaman... maka utk mengajak semula ke pangkal jalan, maka Allah sekali lagi mengutus utusan, iaitu utusan terakhir, Nabi Muhammad dgn kitab 'terkini' yang terjaga ajarannya kerana Allah mengurniakan 'pemerintahan' yang kukuh dan kuat kepada Nabi Muhammad dan seterusnya para penggantinya...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-1-2025 05:06 PM GMT+8 , Processed in 0.049218 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list