|
x sure TZ ada tercalon atau x utk pelakon harapan. sepatutnya mmg ada.
apa2 pun kita doakan yg terbaik utk team NKTM. |
|
|
|
|
|
|
|
bukan ke yg tersenarai kat atas hanyalah anugerah utama...pelakon harapan tu bukan anugerah utama,even presentation award pelakon harapan pun,bukan malam kemuncak,tp sebelom tu.... |
|
|
|
|
|
|
|
bila FFM24 ni? kat mana? hehehe kaunter pertanyaan pulak! |
|
|
|
|
|
|
|
kalau tak salah aku FFM 20.11.2011 kat astro.. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Yen_Aireena at 8-11-2011 22:25
'Hikayat Merong Mahawangsa' Dominasi Pencalonan FFM-24
Oleh MOHD AL QAYUM AZIZI
KUALA LUMPUR: Filem Hikayat Merong Mahawangsa terbitan KRU Studios mendominasi senarai pencalonan akhir Festival Filem Malaysia ke-24 (FFM24) apabila menerima 12 pencalonan daripada 23 kategori yang dipertandingkan pada tahun ini.
Pencalonan itu menyamai jumlah pencalonan yang diterima oleh filem Magika yang juga terbitan KRU Studios pada FFM23 tahun lalu.
Filem epik arahan Yusry Abdul Halim itu menerima pencalonan dalam beberapa kategori utama termasuk Pengarah Terbaik, Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik, Penataan Seni Terbaik, Sinematografi Terbaik, Lakon Layar Terbaik, Penyunting Terbaik dan Skor Muzik Asal Terbaik.
Dalam pada itu, filem Nur Kasih The Movie arahan Kabir Bhatia menerima 11 pencalonan dan diikuti rapat oleh filem KL Gangster (9), Khurafat dan Cun (8).
Manakala filem Senjakala, Dalam Botol, Hantu Kak Limah Balik Rumah, Kongsi dan Libas masing-masing menerima empat pencalonan.
Selain itu, filem Flat 3A, Janin dan Sekali Lagi mendapat tiga pencalonan.
Sementara itu, filem Al-Hijab, Sumpahan Puaka, Mantra, Bini-Biniku Gangster, Hantu Boceng, Karak, Aku Bukan Bodoh dan Klip3GP masing-masing menerima dua pencalonan.
Bertemakan 'Gemilang Filem Malaysia' penyertaan FFM24 tahun ini menyaksikan penyertaan terbanyak dalam sejarah industri perfileman tanah air apabila sejumlah 41 buah filem cereka dipertandingkan berbanding 29 filem pada tahun sebelumnya.
Daripada jumlah tersebut, 13 buah filem terbitan syarikat produksi Metrowealth International Group (MIG) terpilih dalam saringan awal tersebut diikuti Grand Brilliance Sdn Bhd (7) dan Tayangan Unggul (5).
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Penyertaan dan Penjurian FFM24, Nancy Foo, pemilihan calon akhir FFM24 telah dibuat oleh sejumlah 14 orang juri profesional mengikut prosedur ditetapkan dan telah menandatangani surat akuan sumpah sebelum memulakan penjurian supaya ia telus dan adil.
"Format pemilihan adalah seperti yang telah digariskan oleh pihak Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) dan tiada apa yang berubah," ujarnya pada sidang media di sini, Selasa.
Nancy juga berkata, senarai finalis Filem Terbaik yang tidak diumumkan pada majlis sidang media itu dan hanya akan diumumkan pada malam anugerah nanti.
Pada malam anugerah kelak, tiga Anugerah Perdana Khas turut disampaikan iaitu Filem Pilhan Penonton ASTRO, Pencapaian Gemilang dan Pencapaian Sepanjang Hayat.
Malam kemuncak FFM24 akan berlangsung pada 20 November ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) bakal menampilkan persembahan lagu-lagu tema daripada filem dipertandingkan.FFM24 akan disiarkan secara langsung di Astro Prima (saluran 105). |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
tq orang_kampong & Yen_Aireena !
hopefully ada lah sangkut kat RITZ |
|
|
|
|
|
|
|
yup, x tercalon...
mmg dari awal xde nama dia... |
|
|
|
|
|
|
|
wah ada award lagi nmpknya boleh tgk couple tiz-remy lagi |
|
|
|
|
|
|
|
sebenarnye, dapat jadik finalist pon kira dh okey.. kan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Yen_Aireena at 9-11-2011 09:36
FFM24: Pertarungan Epik Merong Mahawangsa Dan Nur Kasih
9 Nov 2011, 09:08am
Senarai lima calon akhir Festival Filem Malaysia ke 24 (FFM24) yang diumumkan semalam menyaksikan persaingan sengit di antara filem Hikayat Merong Mahawangsa (HMM) dan Nur Kasih The Movie (NKTM). Filem terbitan KRU Studios ini mendapat 12 pencalonan, sementara NKTM mengikuti rapat dengan 11 pencalonan.
Filem yang menampilkan Stephen Rahman Huges sebagai teraju utama itu menerima sembilan pencalonan untuk Anugerah Gemilang Perdana yang terdiri daripada Skor Muzik Asal Terbaik, Kostum Terbaik, Penyunting Terbaik, Penata Bunyi Terbaik, Lakon Layar Terbaik, Pengarah Terbaik, Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik, Penataan Seni Terbaik, dan Sinematografi Terbaik. Tiga lagi pencalonan diperolehi untuk Anugerah Gemilang Cipta iaitu Poster Terbaik, Kesan Visual Terbaik dan Lagu Tema Asal Terbaik.
Sementara NKTM mendapat lapan pencalonan untuk Anugerah Gemilang Perdana dan tiga pencalonan untuk Anugerah Gemilang Cipta. Antara pencalonan yang diraih ialah Pelakon Lelaki Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik, Sinematografi Terbaik, Lakon Layar Terbaik, Cerita Asal Terbaik, Penata Bunyi Terbaik danSkor Muzik Terbaik.
Tiga lagi filem yang menyerlah ialah buah tangan daripada Syamsul Yusof, KL Gangster dan Khurafat serta Cun! arahan Osman Ali. KL Gangster mendapat sembilan pencalonan, manakala Khurafat dan Cun! masing-masing mendapat lapan pencalonan.
Memandangkan tiada pengumuman dibuat untuk kategori Filem Terbaik, ramai yang mula berteka-teki naskhah milik siapa yang akan dijulang pada malam kemuncak nanti. Berdasarkan pencalonan, HMM dan NKTM mempunyai peluang 50-50 untuk memenangi kategori ini. Memang kedua-dua filem ini tidak meraih kutipan sehebat Khurafat mahupun Hantu Kak Limah Balik Rumah, tetapi masing-masing ada kelebihan tersendiri.
Seperti yang dijelaskan di atas, HMM mendapat sembilan pencalonan untuk anugerah utama berbanding NKTM hanya lapan kategori. Kekuatan HMM terletak kepada pencalonan Pengarah Terbaik dan Penyunting Terbaik di mana kedua-dua kategori ini tidak diperolehi oleh filem arahan Khabir Bhatia ini. Namun, NKTM boleh berbangga apabila hero dan heroinnya dicalonkan untuk Pelakon Lelaki dan Wanita Terbaik. Malah, Mira Mustaffa turut tercalon dalam kategori Lakon Layar Terbaik.
FFM24 menyaksikan sebanyak 33 anugerah dipertandingkan termasuk Anugerah Khas Juri (empat anugerah) dan tiga Anugerah Perdana Khas yang baru diperkenalkan tahun ini iaitu Filem Cereka Bukan Bahasa Melayu, Pencapaian Sepanjang Hayat dan Pilihan Penonton Astro.
Setiap pemenang kategori utama akan membawa pulang trofi serta wang tunai bernilai RM10,000 hingga RM25,000 untuk anugerah tertinggi FFM seperti kategori Filem Terbaik. Dalam usaha mencari kelainan, pihak penaja iaitu Amee Philips Exclusive Jewellery akan menghasilkan barangan kemas istimewa bernilai RM30,000 hingga RM50,000 kepada pemenang-pemenang kategori Pelakon Wanita Terbaik dan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik.
Bertemakan 'Gemilang Filem Malaysia' penyertaan FFM24 tahun ini turut mencipta rekod baru dalam sejarah industri perfileman tempatan apabila sejumlah 41 buah filem dipertandingkan berbanding 29 filem pada tahun lepas.
Kemuncak FFM24 akan berlangsung pada 19 November depan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan akan disiarkan secara langsung di saluran Astro Prima.
kredit: gua.com.my |
|
|
|
|
|
|
|
Senarai Penuh Top 5 Festival Filem Malaysia 24 (FFM24)
9 Nov 2011, 12:21am | sultanmuzaffar
Berikut merupakan senarai penuh finalis Festival Filem Malaysia ke 24 yang bakal berlangsung pada 20 November ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. Berdasarkan jumlah bilangan pencalonan, filem epik mega terbitan KRU Studio iaitu Hikayat Merong Mahawangsa mendahului persaingan dengan 12 pencalonan diikuti rapat filem terbitan Primeworks Studio Nur Kasih The Movie dengan 11 pencalonan. Mengekori rapat adalah dua filem arahan pengarah muda Syamsul Yusof iaitu K.L. Gangster dengan 9 pencalonan dan Khurafat dengan 8 pencalonan.
Malangnya filem yang dianggap terbaik dan menerima ulasan positif pengkritik filem tempatan pada tahun ini iaitu ... Dalam Botol arahan Khir Rahman hanya mendapat 4 pencalonan sahaja iaitu Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Fauziah Ahmad Daud), Pelakon Harapan Lelaki (Arja Lee), Pengarah Harapan (Khir Rahman) dan Poster Terbaik.
Pengarah Terbaik
Osman Ali – Cun!
Mamat Khalid – Hantu Kak Limah Balik Rumah
Yusry Abdul Halim – Merong Mahawangsa
Syamsul Yusof – KL Gangster
Ahmad Idham – Senjakala
Pelakon Lelaki Terbaik
Syamsul Yusof – K.L. Gangster
Awie – Hantu Kak Limah Balik Rumah
Shaheizy Sam – Kongsi
Remy Ishak – Nur Kasih
Zahiril Adzim – Senjakala
Pelakon Wanita Terbaik
Maya Karin – Cun!
Siti Shahriza (Eja) – Janin
Tiz Zaqyah – Nur Kasih
Lisa Surihani – Sekali Lagi
Liyana Jasmay – Senjakala
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik
Hasnol Rahmat – Mantra
Soffi Jikan – KL Gangster
Khir Rahman – Merong Mahawangsa
Syed Asri (Shy8) – Hantu Kak Limah Balik Rumah
Salehuddin Abu Bakar – Hantu Bonceng
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik
Intan Ladyana – Bini-Biniku Gangster
Faezah Elai – Cun!
Fauziah Datuk Ahmad Daud – ... Dalam Botol
Sherry Merlis – Janin
Sabrina Ali – Khurafat
Lakon Layar Terbaik
Yusry Abd Halim – Merong Mahawangsa
Syamsul Yusof – KL Gangster
Syamsul Yusof – Khurafat
Farid Kamil – Kongsi
Mira Mustaffa – Nur Kasih The Movie
Cerita Asal Terbaik
Mamat Khalid – Hantu Kak Limah Balik Rumah
Syamsul Yusof – Khurafat
Syamsul Yusof – K.L. Gangster
Martias Ali – Libas
Mira Mustaffa – Nur Kasih The Movie
Penyunting Terbaik
Wan Mohd Hafiz – Hikayat Merong Mahawangsa
Syamsul Yusof – Khurafat
Syamsul Yusof – K.L. Gangster
Brian Ng – Kongsi
Ahmad Mustadha – Senjakala
Sinematografi Terbaik
Daven Raghavan – Cun!
Mohd Noor Mohd Kassim – Hikayat Merong Mahawangsa
Azami Alias / Omar Ismail – Khurafat
Mihd Shaufe Abd Wahib – Libas
Norhanisham Muhamad – Nur Kasih The Movie
Penataan Seni Terbaik
Anuar Paharudin – Mantra
Anuar Paharudin – Flat 3A
Anuar Paharudin – Merong Mahawangsa
Faizal Yusof – KL Gangster
Irwan – Cun!
Penataan Bunyi Terbaik
Brian Ng – Flat 3A
Sazali – Hikayat Merong Mahawangsa
Hisyam – Khurafat
Hisyam – K.L. Gangster
Dustin – Nur Kasih The Movie
Kostum Terbaik
Hantu Kak Limah Balik Rumah
K.L. Gangster
Kongsi
Hikayat Merong Mahawangsa
Lagu Tema Terbaik
Edry Abdul Halim – Sedetik Lebih (Hikayat Merong Mahawangsa)
One Nation Emcee – Klip 3GP
Yasin – Nur Kasih The Movie
Azry dan Ari – Sekali Lagi
Syamsir – Sini Ada Hantu
Pengarah Harapan
M. Suurya - Sumpahan Puaka
S.Baldev Singh - Rasuk
Jeffrey Chiang - Dilarang Masuk
Khir Rahman - Dalam Botol
Jurey Latiff Rosli - Libas
Pelakon Harapan Lelaki Terbaik
Aeril Zafrel – Aku Tak Bodoh
Zalif Sidek – Bini-Biniku Gangster
Arja Lee – ... Dalam Botol
Adey Syafrien – Flat 3A
Pelakon Harapan Wanita Terbaik
Nadiya Nisaa – Cun!
Shera Aiyob – Karak
Syamira Azmil – Karipap-Karipap Cinta
Shamimie Amalina Nor Norhisaham – Klip 3GP
Sara Ali – Nur Kasih The Movie
Pelakon Kanak-Kanak Terbaik
Wan Nor Aizat – Aku Bukan Tomboy
Irzan Shah – Cun!
Erynne Erynna – Damping Malam
Ilyas Suhaimi – Nur Kasih The Movie
Mia Sara Nasuha – Sekali Lagi
kredit: gua.com.my |
|
|
|
|
|
|
|
congrats... dah tercalon utk top 5 pun kira ok la... cuma, apsl TZ tak masuk top 5 pelakon harapan? hairan. bfore ni fazura, ls ngan elaine ok je termasuk. mmm. |
|
|
|
|
|
|
|
tu la... berlaku kekeliruan di situ... ermm... |
|
|
|
|
|
|
|
dah mmg primeworks tak calon kan TZ kot...dorang hantar nama sara ali...... |
|
|
|
|
|
|
|
pssssssst... takleh skodeng instagram TZ lagi eh kalu bkn instagram user? ngehngeh. |
|
|
|
|
|
|
|
aku rasa tahap TZ bkn kat pelakon harapan, tp layak utk bertanding pelakon filem wanita terbaik trus. ayat utk sedapkan hati.
cuma, kalu kat harapan, mcm ada harapn utk menang la. apa2pun doakan yg terbaik utk TZ. |
|
|
|
|
|
|
|
pssssssst... takleh skodeng instagram TZ lagi eh kalu bkn instagram user? ngehngeh.
hijau88 Post at 9-11-2011 18:29
kan? |
|
|
|
|
|
|
|
FFM24: Pertarungan Epik Merong Mahawangsa Dan Nur Kasih
Senarai lima calon akhir Festival Filem Malaysia ke 24 (FFM24) yang diumumkan semalam menyaksikan persaingan sengit di antara filem Hikayat Merong Mahawangsa (HMM) dan Nur Kasih The Movie (NKTM). Filem terbitan KRU Studios ini mendapat 12 pencalonan, sementara NKTM mengikuti rapat dengan 11 pencalonan.
Filem yang menampilkan Stephen Rahman Huges sebagai teraju utama itu menerima sembilan pencalonan untuk Anugerah Gemilang Perdana yang terdiri daripada Skor Muzik Asal Terbaik, Kostum Terbaik, Penyunting Terbaik, Penata Bunyi Terbaik, Lakon Layar Terbaik, Pengarah Terbaik, Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik, Penataan Seni Terbaik, dan Sinematografi Terbaik. Tiga lagi pencalonan diperolehi untuk Anugerah Gemilang Cipta iaitu Poster Terbaik, Kesan Visual Terbaik dan Lagu Tema Asal Terbaik.
Sementara NKTM mendapat lapan pencalonan untuk Anugerah Gemilang Perdana dan tiga pencalonan untuk Anugerah Gemilang Cipta. Antara pencalonan yang diraih ialah Pelakon Lelaki Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik, Sinematografi Terbaik, Lakon Layar Terbaik, Cerita Asal Terbaik, Penata Bunyi Terbaik danSkor Muzik Terbaik.
Tiga lagi filem yang menyerlah ialah buah tangan daripada Syamsul Yusof, KL Gangster dan Khurafat serta Cun! arahan Osman Ali. KL Gangster mendapat sembilan pencalonan, manakala Khurafat dan Cun! masing-masing mendapat lapan pencalonan.
Memandangkan tiada pengumuman dibuat untuk kategori Filem Terbaik, ramai yang mula berteka-teki naskhah milik siapa yang akan dijulang pada malam kemuncak nanti. Berdasarkan pencalonan, HMM dan NKTM mempunyai peluang 50-50 untuk memenangi kategori ini. Memang kedua-dua filem ini tidak meraih kutipan sehebat Khurafat mahupun Hantu Kak Limah Balik Rumah, tetapi masing-masing ada kelebihan tersendiri.
Seperti yang dijelaskan di atas, HMM mendapat sembilan pencalonan untuk anugerah utama berbanding NKTM hanya lapan kategori. Kekuatan HMM terletak kepada pencalonan Pengarah Terbaik dan Penyunting Terbaik di mana kedua-dua kategori ini tidak diperolehi oleh filem arahan Khabir Bhatia ini. Namun, NKTM boleh berbangga apabila hero dan heroinnya dicalonkan untuk Pelakon Lelaki dan Wanita Terbaik. Malah, Mira Mustaffa turut tercalon dalam kategori Lakon Layar Terbaik.
FFM24 menyaksikan sebanyak 33 anugerah dipertandingkan termasuk Anugerah Khas Juri (empat anugerah) dan tiga Anugerah Perdana Khas yang baru diperkenalkan tahun ini iaitu Filem Cereka Bukan Bahasa Melayu, Pencapaian Sepanjang Hayat dan Pilihan Penonton Astro.
Setiap pemenang kategori utama akan membawa pulang trofi serta wang tunai bernilai RM10,000 hingga RM25,000 untuk anugerah tertinggi FFM seperti kategori Filem Terbaik. Dalam usaha mencari kelainan, pihak penaja iaitu Amee Philips Exclusive Jewellery akan menghasilkan barangan kemas istimewa bernilai RM30,000 hingga RM50,000 kepada pemenang-pemenang kategori Pelakon Wanita Terbaik dan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik.
Bertemakan 'Gemilang Filem Malaysia' penyertaan FFM24 tahun ini turut mencipta rekod baru dalam sejarah industri perfileman tempatan apabila sejumlah 41 buah filem dipertandingkan berbanding 29 filem pada tahun lepas.
Kemuncak FFM24 akan berlangsung pada 19 November depan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan akan disiarkan secara langsung di saluran Astro Prima.
sumber: gua.com.my
pssttttttttt...yg mana satu betul ni?19 nov ke 20 nov FFM ni? |
|
|
|
|
|
|
| |
|