CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: along3746

Bantuan RM500: Rayuan permohonan BR1M dilanjut akhir bulan ini

  [Copy link]
 Author| Post time 10-1-2012 08:23 PM | Show all posts
org kelantan tak minat ke bantuan rm500 ni..
atau dah ramai org kaya kat kelantan tu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-1-2012 09:18 PM | Show all posts
diarg terlebih kaya agaknya
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2012 09:36 PM | Show all posts
Bukan terlebih kaya, tapi saya rasa depa tak berani nak pi mintak tandatangan wakil rakyat kerana depa parti berlainan, lagipun lepas diluluskan, baucer akan diageh oleh wakil rakyat dan sudah tentulah wakil rakyat BN....

Perlu diingat, wakil rakyat dikampung2 memang kenal siapa undi siapa...huhuuuu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-1-2012 09:42 PM | Show all posts
Reply 243# smallmama


    mana ada kena minta tandatangan wakil rakyat atau JKKP..
    mesti dia org ni dapat maklumat yang salah drpd JKKP yang hanya nak bagi kat orang2 dia jer..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-1-2012 06:48 PM | Show all posts

PEMBANTU Tadbir Pernaksiran Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Norhaizan Aziz (kanan) menerima borang permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) daripada pemohon yang datang pada saat-saat terakhir setelah pintu besar ditutup tepat jam 5 petang semalam. - Foto Nik Hariff Hassan
Jan 11, 2012 2:38 am
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2012 07:09 PM | Show all posts
Reply  smallmama


    mana ada kena minta tandatangan wakil rakyat atau JKKP..
    mesti dia o ...
along3746 Post at 10-1-2012 21:42


realitinya ya..kena minta tandatangan...dari Ketua CAwangan UMNO...hehe
sumber dr bapak saya sdri...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-1-2012 07:16 PM | Show all posts
Reply  smallmama


    mana ada kena minta tandatangan wakil rakyat atau JKKP..
    mesti dia o ...
along3746 Post at 10-1-2012 21:42


ada..kena minta tandatangan Ketua Cawangan UMNO...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-1-2012 10:21 PM | Show all posts
4,000 Pemohon BR1M Di Bukit Mertajam Terima Bantuan Mulai Selasa Depan

BUKIT MERTAJAM: Kira-kira 4,000 pemohon Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dari Parlimen Bukit Mertajam akan menerima bantuan tersebut bermula Selasa depan.

Penyelaras Barisan Nasional (BN) Bukit Mertajam, Lau Chiek Tuan berkata baucar untuk bantuan akan diberikan selama tiga hari.

Pemohon dari Berapit boleh menndapatkan baucar mereka di SMK Berapit pada hari Selasa, dari Macang Bubok di SMK Taman MACANG pada Rabu, sementara dari Padang Lalang boleh mengambil baucar mereka dari SMJK (C) Jit Sin di Taman Sri Rambai pada hari Khamis.

Beliau berkata baucar akan diedarkan di antara pukul 9 pagi hingga 4 petang pada ketiga-tiga hari tersebut, sambil menambah kira-kira 24 sukarelawan Barisan akan ditempatkan di setiap lokasi bagi membantu proses pembayaran.

"Ini adalah kumpulan penerima pertama setelah kami di parti komponen Barisan Bukit Mertajam membuat pendaftaran terhadap 25,000 pemohon bantuan.

"Kami kagum dengan pembayaran segera oleh Kerajaan Persekutuan yang mana pembayaran pertama ini dianggap angpow bagi mereka yang meraikan Tahun Baru Cina pada 23 dan 24 Januari ini," katanya di pejabat MCA bahagian Bukit Mertajam di sini, Selasa.

Lau berkata pejabat beliau akan menghantar surat jemputan kepada pemohon yang berjaya dan memaklumkan lokasi untuk mereka mendapatkan baucar mereka.

Beliau berkata, jika mereka terlepas mendapatkan baucar pada tarikh yang ditetapkan, mereka kemudian boleh mendapatkannya dari pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di Bandar Perda, Bukit Mertajam.

"Pemohon yang tidak berjaya akan menerima notis pemberitahuan secara langsung daripada LHDN tetapi mereka masih boleh mengemukakan rayuan sebelum 15 Februari.

"Ahli keluarga pemohon yang meninggal dunia selepas mengemukakan permohonan boleh mengeluarkan sijil kematian pemohon untuk mendapatkan baucar," katanya.

Lau mengingatkan pemohon supaya membawa bersama surat dan MyKad mereka ketika hadir mendapatkan baucar yang boleh ditunaikan di mana-mana cawangan bank CIMB, BSN atau Maybank.

Beliau menasihatkan mereka yang tidak mendapat surat supaya bersabar memandangkan pusingan kedua pengagihan dijangka akan dibuat selepas Tahun Baru Cina.

Beliau berkata ramai warga emas telah memohon mendapatkan bantuan, sambil menambah menerima beberapa permohonan walaupun pada saat akhir permohonan ditutup pada hari Selasa.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pejabat Lau di 04-5394003 pada waktu pejabat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-1-2012 06:25 PM | Show all posts
Jangan guna BB1M untuk dapatkan wang segera


2012/01/12

KUCHING: Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Unimas, Prof Mohd Fadzil Abd Rahman Para penuntut Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) diingatkan tidak menggunakan Baucer Buku 1Malaysia (BB1M) mereka sebagai jalan cepat untuk mendapatkan wang.

Beliau berkata, terdapat desas-desus menyatakan pelajar universiti berpakat dengan pekedai buku untuk menukarkan baucer bernilai RM200 itu dengan wang tunai hanya pada nilai antara RM130 dan RM150 setiap satu. "Saya harap tiada pelajar Unimas yang terlibat dalam pakatan seperti ini," katanya pada satu majlis simbolik penyerahan BB1M di universiti itu, yang disempurnakan Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Sarawak, Datuk Fatimah Abdullah. Fatimah dalam ucapannya berkata kerajaan memperuntukkan RM260 juta untuk BB1M bagi manfaat kira-kira 1.3 juta pelajar seluruh negara.

Sementara itu, wakil pelajar Unimas, Wong Yi Han berkata Majlis Pelajar universiti itu bercadang mengadakan satu pesta buku di kampus mereka sebagai satu cara untuk mengelakkan penyelewengan penggunaan baucer berkenaan. - BERNAMA
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-1-2012 06:26 PM | Show all posts
Penerimaan borang BR1M dilanjutkan sehingga 10 Februari


2012/01/12

KUALA LUMPUR: Kerajaan memutuskan untuk melanjutkan tempoh penerimaan borang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) selama sebulan iaitu sehingga 10 Februari depan.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, berkata orang ramai yang lewat menyerahkan borang permohonan BR1M masih boleh menghantar borang permohonan itu ke pejabat cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Malaysia dan agensi kerajaan yang berkaitan, sehingga tarikh berkenaan. Dalam satu kenyataan di sini hari ini, beliau berkata sejumlah 4,123,713 borang BR1M sudah diterima dari seluruh negara sehingga 10 Januari. Daripada jumlah itu, katanya, 3,850,668 borang sudah dimasukkan ke dalam sistem data bagi tujuan pengesahan.

Sehingga 10 Januari, juga, 3,102,054 permohonan sudah diluluskan.

Ahmad Husni berkata, baki permohonan sedang melalui proses pengesahan dan dijangka selesai pada 13 Januari ini.

"Bagi pemohon yang gagal, rayuan semula boleh dibuat," katanya.

Kementerian Kewangan menyediakan format khas untuk rayuan BR1M yang boleh didapati di pejabat cawangan LHDN dan agensi kerajaan yang berkaitan, serta dimuat turun daripada laman web Kementerian Kewangan (www.treasury.gov.my). - BERNAMA
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-1-2012 06:27 PM | Show all posts
Pembayaran BR1M mulai 15 Januari


2012/01/12

KUALA LUMPUR: Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan dilakukan selama dua bulan bermula 15 Januari ini dalam bentuk baucar tunai, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Dalam satu kenyataan hari ini, Ahmad Husni berkata majlis penyerahan baucar kepada pemohon yang berjaya akan diadakan secara berperingkat-peringkat di seluruh negara. "Ini bagi memastikan pembayaran dapat dilaksanakan secara tersusun dan lancar agar tiada keciciran kepada pemohon yang layak menerima bantuan," katanya. Ahmad Husni berkata, semua pemohon BR1M akan dimaklumkan mengenai keputusan permohonan melalui pos.

"Dalam tempoh itu, setiap pemohon yang berjaya akan menerima surat pemakluman masing-masing secara berperingkat-peringkat dengan disertakan tarikh dan tempat majlis penyerahan baucar diadakan," katanya.

Pemohon juga, katanya, boleh menyemak status permohonan mereka dengan menelefon talian hotline 1-800-222-500/1-300-88-3010 mulai 16 Januari ini.

Talian ini beroperasi dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang setiap hari bekerja.

Kerajaan juga akan memudahkan urusan orang ramai di kawasan luar bandar menunaikan baucar BR1M dengan menyediakan kaunter bergerak Bank Simpanan Nasional, CIMB dan Maybank pada majlis penyerahan itu.

Baucar juga boleh ditunaikan di cawangan bank berkenaan di seluruh negara.

Tempoh sah laku baucar adalah sehingga 15 April tahun ini. - BERNAMA
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-1-2012 11:11 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2012 12:32 AM | Show all posts
mana nak dpt borang nie? aku nak isi utk kenalan aku laa....... pls PM me ok......!
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2012 12:39 AM | Show all posts
baucar ni akan muncul tahun ni sahaja....

baucar ini akan muncul sekali lagi 4 tahun akan datang....itu pun kalau BN tak menguasai parlimen 2/3 pada PRU 13 nanti....kalau diorang dpt majoriti lebih 2/3 means takkan ada apa2 baucar la lepas ni..
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2012 12:40 AM | Show all posts
pas isi, borang nie kena hantar kat mana ar???
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2012 12:50 AM | Show all posts
bapak aku dah dapat.confirm
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-1-2012 12:33 PM | Show all posts
Pejabat Pos, bank sesuai agihkan RM500


2012/01/07

GOLONGAN berpendapatan RM3,000 ke bawah yang layak menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tidak sabar menunggu pengumuman lanjut dari kerajaan berkaitan program terbabit yang tarikh tutup borang permohonan semakin hampir. Kebanyakannya yakin akan mendapat BR1M sebanyak RM500 itu dan tidak kurang juga ada yang sudah membuat perancangan untuk membelanjakannya.

Bagaimanapun, langkah persediaan untuk menyalurkan pemberian BR1M dan cara bagaimana menangani seribu permasalahan serta kerenah penerima harus diatur sebaik mungkin bagi mengelakkan kegembiraan yang sepatutnya diterima bertukar menjadi kecaman dan kemarahan rakyat. Diharapkan agensi yang bertanggungjawab melaksanakan misi penyerahan wang BR1M belajar dari pengalaman misi menyampaikan bantuan kerajaan kepada rakyat dalam menangani pelbagai masalah yang akan timbul kelak. Namun, apa yang paling penting ialah cara bagaimana untuk menyampaikan wang RM500 itu kepada rakyat yang layak. Pemilihan tempat untuk menyerahkan baucar atau wang tunai haruslah strategik seperti sekolah ataupun dewan orang ramai yang mudah dan dekat untuk dikunjungi. Kita sedia maklum bahawa majoriti yang layak menerima BR1M ialah warga tua dan kalangan rakyat yang berpendapatan rendah. Oleh kerana pemilihan tempat yang susah diakses dan tiada kemudahan meletak kenderaan, suasana yang sepatutnya ceria akan bertukar menjadi medan maki hamun. Menjadikan bank dan Pejabat Pos sebagai pusat penyerahan wang BR1M mungkin tindakan yang lebih bijak kerana lebih ramai rakyat yang akan dapat wang RM500 mereka dengan lebih cepat tanpa perlu berasak-asak seperti kebiasaannya dan yang lebih penting lagi tiada ruang untuk kerajaan di persalahkan.

Sebenarnya, pada peringkat ini Kerajaan Barisan Nasional tidak ada keperluan lagi untuk mengaut laba politik kerana harus diakui bahawa pemberian istimewa BR1M sudah pun berjaya mencuri hati dan perasaan rakyat.

Yang menafikannya hanyalah pemimpin pembangkang yang berasa kedudukan mereka terancam. Ditambah pelbagai program transformasi ekonomi dan pelbagai bantuan meringankan beban rakyat sebelum ini oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, pemberian istimewa BR1M menyebabkan ‘perasaan’ rakyat terhadap Kerajaan BN kini boleh diklasifikasikan pada tahap ‘sayang sangat’.

NORHISYAM MOHAMAD,
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kuala Kedah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2012 05:59 PM | Show all posts
Senyuman kumpulan pertama dapat BR1M

Oleh Fazli Abdullah dan Farizwan Abdul Ghafar

2012/01/15


ZABARIAH menyerahkan baucar RM500 kepada Lim Guat Ean,97, pada Majlis Pemberian Angpau dan Bantuan Kepada Warga Tua Sempena Tahun Baru Cina 2012 di Kepala Batas, semalam.



KEPALA BATAS: Seramai 67 penerima dari kawasan Parlimen Kepala Batas, semalam muncul sebagai kumpulan pertama rakyat yang menerima RM500 seorang di bawah program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Mereka adalah antara 44,000 pemohon di Pulau Pinang yang akan menerima baucar tunai RM500 setiap seorang secara berperingkat bermula semalam, membabitkan pembiayaan sebanyak RM22 juta.

Penerima menerima baucar berkenaan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bertam, Zabariah Wahab pada Majlis Pemberian Ang Pau dan Bantuan Kepada Warga Emas Sempena Tahun Baru Cina 2012, di sini. Baucar itu boleh ditunaikan di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN), CIMB dan Maybank di seluruh negara.

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, berkata jumlah ketua keluarga yang layak menerima bantuan itu mulai semalam adalah bagi fasa pertama pembayaran dan jumlah berkenaan dijangka bertambah.

Katanya, ketua keluarga berpendapatan kurang RM3,000 sebulan yang belum memohon masih boleh berbuat demikian sehingga 10 Februari berikutan keputusan kerajaan melanjutkan tarikh akhir penyerahan borang.

“Pemohon yang gagal juga boleh membuat rayuan. Pemohon boleh mendapatkan bantuan dan khidmat nasihat petugas di Pusat Khidmat wakil rakyat dan penyelaras Barisan Nasional (BN) serta Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan kampung/Persekutuan," katanya majlis ramah mesra dengan penduduk serta menyampaikan sumbangan khemah kepada surau Simpang Tiga, Kampung Besar, di Tasek Gelugor, di sini.

Nor Mohamed yang juga Ahli Parlimen Tasek Gelugor berkata, pemberian bantuan itu membuktikan keprihatinan kerajaan BN kepada rakyat berpendapatan rendah.

Kelmarin, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, berkata sehingga Selasa lalu, 4.12 juta borang BR1M diterima di seluruh negara dan daripada jumlah itu, 3.1 juta diluluskan.

Mereka akan mula menerima baucer RM500 seorang itu mulai hari ini.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2012 06:07 PM | Show all posts
RM500 untuk sambut raya Cina

Oleh Faridzwan Abdul Ghafar

2012/01/15

Guat Ean tinggal sebatang kara pernah rawat askar Melayu, tentera British

KEPALA BATAS: Bekas jururawat yang pernah merawat askar Melayu dan tentera British ketika Perang Dunia Kedua adalah antara insan paling gembira menyambut Tahun Baru Cina kali ini apabila menerima baucar tunai RM500 menerusi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), semalam.

Lim Guat Ean, 97, bekas kakitangan Hospital Pulau Pinang (HPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Prai (MPSP) menyifatkan baucar tunai itu sebagai pengiktirafan Kerajaan Pusat terhadap sumbangannya sepanjang berkhidmat untuk negara selama 50 tahun. Warga tua itu kini hidup sebatang kara di rumahnya di Bertam di sini, kerana anak lelakinya sudah meninggal dunia, manakala anak perempuannya pula berhijrah dan menetap di Singapura sejak beberapa dekad lalu. Guat Ean berkata, dia akan menggunakan wang sumbangan itu untuk membuat persiapan menyambut Tahun Baru Cina dan menjemput jiran yang selalu mengambil berat ke atas dirinya menghadiri majlis makan besar di rumahnya.

“Saya mempunyai empat cucu yang sekarang tinggal dengan anak perempuan saya di Singapura... tetapi mereka langsung tidak mempedulikan saya dan membiarkan saya bersendirian bertahun-tahun lamanya,” katanya kepada pemberita selepas menerima baucar BR1M di sini, semalam.

Guat Ean adalah antara 67 penerima BR1M bagi Parlimen Kepala Batas yang disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Bertam, Zabariah Wahab pada Majlis Pemberian Ang Pau dan Bantuan Kepada Warga Emas Sempena Tahun Baru Cina 2012 di sini, semalam.

Guat Ean berkata, golongan muda di negara ini perlu bersyukur dan berterima kasih kepada Kerajaan Pusat kerana menjaga kebajikan rakyat terutama yang kurang bernasib baik sepertinya.

“Saya mula bekerja di HPP pada 1938 ketika Malaya masih di bawah pentadbiran British dan melihat sendiri bagaimana susahnya hidup rakyat ketika itu berbanding sekarang... semuanya disediakan kerajaan.

“Pengalaman paling tidak dapat dilupakan ialah merawat askar Melayu yang mempertahankan Malaya dari serangan Jepun," katanya.

Seorang lagi penerima, Fong Hoong Weng, 60, berkata dia mahu menggunakan wang BR1M untuk membeli barangan persiapan menyambut Tahun Baru Cina bersama isteri dan dua anak lelakinya.

“Saya bekerja di kilang plastik di Bertam dengan pendapatan RM500 sebulan. Isteri saya tidak bekerja dan anak pula masih tinggal dengan saya walaupun sudah bekerja.

“Kalau diikutkan, memang tidak cukup untuk menampung semua perbelanjaan tetapi saya tetap berterima kasih kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) dan Kerajaan Pusat kerana prihatin dan duit ini sekurang-kurangnya dapat meringankan beban saya," katanya.

Sementara itu, Zabariah berkata, BR1M adalah bukti kerajaan BN prihatin dengan keperluan rakyat terutama golongan warga emas dan berpendapatan rendah dan BN sentiasa komited mengurangkan beban kumpulan ini.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2012 06:34 PM | Show all posts
BR1M: 14,000 terima RM7j


Oleh HAMDAN TAWADI
[email protected]


BATU PAHAT 14 Jan. - Kira-kira 14,000 penduduk di kawasan Parlimen ini bakal menerima wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dianggarkan keseluruhannya bernilai RM7 juta bermula Isnin ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penggaram, Datuk Koh Chee Chai berkata, bantuan fasa pertama sebanyak RM500 setiap seorang itu akan diberikan dalam bentuk baucar dan pihak yang layak menerima bantuan dimaklumkan menerusi surat.

Beliau memberitahu, seramai 9,728 penduduk di DUN Penggaram layak menerima bantuan itu manakala di DUN Rengit dan Senggarang masing-masing lebih 2,000 penerima.

"Mereka perlu membawa bersama kad pengenalan dan surat pengesahan yang menyatakan layak menerima bantuan itu untuk mengambil baucar bantuan tersebut.

"Penerima sendiri perlu datang untuk menuntut baucar itu tetapi bagi kes tertentu seperti pesakit terlantar dibenarkan menghantar wakil," katanya selepas mesyuarat khas mengenai BR1M di Pejabat Barisan Nasional (BN) Parlimen Batu Pahat, di sini kelmarin.

Chee Chai berkata, baucar bantuan itu boleh diperolehi pada pukul 9 pagi hingga 12 tengah hari dan 2 petang hingga 6 petang di kawasan DUN masing-masing mengikut lokasi dan tarikh yang ditetapkan.

Katanya, bagi DUN Senggarang penerima boleh berbuat demikian Isnin ini di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chong Hwa; DUN Rengit pada Selasa ini (Dewan Sekolah Tinggi Chong Hwa) manakala DUN Penggaram pada 18 hingga 20 Januari ini (Dewan Jubli Intan).

"Bantuan akan disampaikan oleh Ahli Parlimen Batu Pahat, Dr. Mohd. Puad Zarkashi dan penerima boleh memilih untuk menunaikan baucar di situ juga atau di bank.

"Kita akan bekerjasama dengan pihak bank dan polis untuk memastikan keselamatan penduduk dan kelancaran penyerahan BR1M ini," katanya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-10-2024 05:07 AM GMT+8 , Processed in 0.460268 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list