CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: din_hbl

Weight Loss Challenge 2.0; Closed

  [Copy link]
Post time 6-12-2011 08:25 AM | Show all posts
En Din...

Suami saya ada belikan penimbang baru untuk saya...

Dan penimbang tu membuatkan saya sangat20x tension...

Sebab KG saya berbeza dengan penimbang lama....huhuhu...

Kalau 100@200g xper lah jugak..nie 1kg...

Tak tau nak bagi 58.8 or 59.8KG....

Putus harapan untuk berdiet pun ada nie...penat jer diet tp berat still sama...

Senaman ::: Saya baru start minggu nie....

Makanan ::: Amik b/fast jer...lunch x keluar...Dinner kdng2 jer terbabas..huhu....

Air memang amik lebih 1liter....

Apa yang en din syor kan tempoh hari semua saya buat...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2011 08:29 AM | Show all posts
Senaman sebelum nie saya hanya berskipping jer...
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2011 08:30 AM | Show all posts
uodate..berat sama laaaaaaaaaaaaaa 57 kg
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-12-2011 09:05 AM | Show all posts
Reply 241# g-force

gforce.. si suami dah belikan penimbang 'honda', ganti penimbang 'kancil' u, u tensen2 la plak.. takmo tensen2.. patutnya sayang kat che abang tu sbb nk bg support.. kat WLC ni ada somi yg tak support tau, (ada kan?)..
ni perkara mudah je sebenor2nye hehe.. just tukar je berat mula bulan ni dgn berat penimbang baru.. settle..
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2011 09:12 AM | Show all posts
Mr. DIn.. minggu ni mieciput tak boleh nk update berat la.. dok outstation ni.. tak der penimbang pulak tu.. next week mieciput update boleh tak?
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2011 09:38 AM | Show all posts
Reply 244# din_hbl


    ok en din....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-12-2011 09:38 AM | Show all posts
mr Din...

syik timbang tadi..

oleh kerana kaki syik masih lagi bengkak mcm gajah...

syik tak leh byk gerak serta sakit..hohoho...

maka berat naik dgn jayanya 82.2kg...ekeke

nak turun punya la susah..nak naik bukan main senang..hehe
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2011 09:51 AM | Show all posts
Reply 241# g-force


   gforce.... gunakanlah penimbang y mudah serta tepat...pastu stick dgn penimbang y sama..

macam syik nie awal2 dulu guna penimbang manual... mr din pun rekod berat awal syik...

the next week, syik guna penimbang digital pulak... memang terkejut gak la..beza bukan skit..2kg lak tu...

rasa sakit hati gak la, tak sangka syik nie lagi berat rupanya.....

tapi syik teruskan update berat syik guna penimbang digital tu kt mr din..disebabkan itu, kalau gforce tgk nama syik memang kt belah bawah..kerana mr Din bandingkan guna berat mula ikut penimbang manual...

tapi bak kata mr Din, berat ni ibarat rekod y harus dipecahkan....

so syik stick dgn penimbang digital kerana lebih mudah utk syik.. y pasti syik dh mula rasa suar makin longgar...
bukankah itu tandanya badan kita dh kurang lemak...hehehe..

gforce gunakan penimbang y mana gforce rasa lebih selesa.....

penimbang nie ada masanya ibarat kawan baik..tp ada masanya jadi musuh...hehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2011 10:17 AM | Show all posts
Betul tu syik...

Hari nie penimbang sangat3x jahat...hihi...

InsyaAllah, saya akan lebih berusaha untuk turunkan lagi berat saya nie...

Kalau bab seluar nie, ok lah sbb ada yang dah longgar,

Bab baju sakit hati, yelah buncit...huhu...

Disebabkan tension, pagi nie lewat pegi kerja, duk termenung dalam bilik mandi..sib baik sempat punch..huhu...

B/fast pun belum lagi nie...tak ada mud...minum air suam jer...

Hb ajak keluar lunch nanti tp masalahnya saya masih x ada mud...xada selera langsung nie..
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2011 10:43 AM | Show all posts
check-in: 50.4 kg
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-12-2011 10:56 AM | Show all posts
Reply 245# mieciput

worait mieciput ^^v
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-12-2011 11:08 AM | Show all posts
syik, i rasa i tak mo la include u dalam sesi kali ni.. nnt u tgk bacaan berat makin naik u akan rasa down.. so better u rehat cukup2 n join semula bila dah ok nnt, amacam?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-12-2011 11:11 AM | Show all posts
share ni dari blog saya..
Bina & Kekalkan Momentum Penurunan Berat



Momentum ialah satu keadaan yang sangat berkuasa di dunia ini. Momentum ialah kuasa yg didapati daripada sesuatu yg bergerak. Untuk menyalakan unggun api yang besar, kita perlu menyalakan mancis yg kecil. Kemudian kita nyalakan bahan bakar macam daun kering, kita letak kayu kecil, dan akhirnya kita letak kayu besar untuk besarkan api. Menurunkan berat badan juga macam nyalakan unggun api. Jika seseorang itu bersemangat, disiplin, memang aktif, penurunan berat badannya akan cepat. Tapi jika seseorang itu sebaliknya, keadaan dia umpama ingin menghidupkan api dgn mancis lama, kayu lembap, bila api menyala ada angin tiup dan sebagainya. Keadaan begitu akan membuatkan unggun api susah nak menyala. Sama juga dengan keadaan mereka yg sudah gemuk berpuluh tahun tak akan berubah kurus dalam sebulan dua. Di sinilah penting untuk kita membina momentum dan mengekalkannya untuk membantu kita berjaya menurunkan berat badan.

Fahami 'kenapa' anda. Kita selalu terlalu fokus dgn bagaimana - nak makan macamana, nak senam macamana, kena pantang tak.. Tapi jika tau apa yg buat kita nak turunkan berat badan, ia akan jadi punca motivasi yg kuat. Anda nak jadi role model untuk anak-anak anda? Anda tak larat jadi gemuk sebab susah nak beli baju? Tak tahan disindir kawan? Ingin jadi cantik untuk suami? Tulis apakah 'kenapa' anda dan tampal pada dinding dan lihat hari-hari untuk sumber motivasi.

Jangan terlalu tergesa-gesa. Jadi realistik dgn gol anda. Kesilapan orang selalu set gol terlalu tinggi macam nak turun 10kg dalam sebulan, tapi bila hanya turun 1-2kg, terus give up, walhal itu penurunan yang bagus. Ia memerlukan sekurang-kurangnya 3 bulan untuk ubah ke gaya hidup baru dan 6 bulan untuk ia kekal menjadi tabiat. Bila sudah ada tabiat sihat, kehidupan juga akan berubah.

Jangan kecewa jika gagal, belajar dari kegagalan. Jika anda dah mula rutin sihat tapi masih tak dapat keputusan yg diingini, ini tak bermakna kita tak boleh mencuba lagi. Bayi kalau nak bermula berjalan akan jatuh banyak kali dahulu, ini kan kita orang dewasa yg ingin mengubah tabiat hidup dari tabiat lama ke baru.

Pecahkan menjadi langkah yg kecil. Mula-mula nak diet rasa macam banyak sangat nak dibuat, jaga makanlah, jaga minumlah, kena senamlah, nak jaga tidurlah.. Tak perlu untuk buat SEMUA tu, cuba buat sedikit demi sedikit. Dah biasakan satu dua rutin sihat untuk seminggu, tambah lagi rutin lain untuk minggu seterusnya.

Jangan lakukan berseorangan. Berjemaah lagi afdal dari buat sorang-sorang. Kajian sains juga mendapati sistem sokongan adalah penting dalam kejayaan menurunkan berat badan. Coaching, diet group, kelab sihat, bengkel kesihatan, kelas senaman dan banyak lagi memang dapat membantu kita menurunkan berat badan DAN kekal berat ideal.

Belajar tentang pemakanan sihat. Beli majalah kesihatan, buku mengenai nutrisi dan cari maklumat di internet. Belajar tentang label makanan, sesetengah produk yg dicop 'tiada trans fat', 'rendah gula', 'rendah kalori' dll tak semestinya lebih sihat dari produk biasa. Ilmu pengetahuan amat membantu untuk kita membuat pilihan bijak.

Buang rasa bersalah. Tiba-tiba ada kawan bawa kek ke opis. Ada pulak saudara datang berkunjung. Hati tu dah kecewa alamak fail la diet aku. JANGAN rasa begitu,itu cara yang salah tu. Enjoy je kek tu, layan je saudara tu. Kemudian sambung semula rutin sihat seperti biasa atau boleh buat ekstra senaman untuk menaikkan kembali semangat.

Semak perkembangan diri. Bila anda sudah mula mendapat keputusan penurunan yang banyak, badan anda akan mula 'adjust'. Ini kerana tubuh kita ialah mesin yg hebat, ia dapat menyesuaikan diri dengan rutin kita. Ketika ini penurunan berat akan maintain dan ini dinamakan 'plateau'. Bila ini terjadi jangan kecewa. Tanya diri sendiri "Apa yg boleh aku ubah? Apa yg aku boleh tingkatkat?" Bila kita tingkatkan usaha dan cabaran, penurunan berat akan bermula semula.

Bertanggungjawab atas keputusan sendiri. Kebanyakan orang gagal untuk menurunkan berat badan kerana pandang rendah atas niat/azam/keputusan diri sendiri. Bila tak capai target penurunan, buat alasan kepada diri sendiri "ala aku tak bagus, nak buat macamana.." Kemudian kembali kepada rutin diri yg lama. Bila minggu seterusnya berat makin naik, terus give up. Bila tak dapat capai target, tanya diri sendiri apa yg patut dilakukan? Kemudian tetapkan apakah 'denda' yg anda lakukan jika target tak dicapai. Antara cara yg memastikan komitmen kita ialah dengan memberitahu kawan berapa berat nak turun atau membayar denda kepada suami jika target berat tak tercapai.

Ubah tanggapan anda terhadap makanan. Orang selalu beranggapan makan untuk kenyang. Sebenarnya kita makan untuk memberi tenaga dan membantu tubuh bekerja dengan sempurna. Elakkan juga makan untuk hilangkan stress atau mengelakkan kebosanan. Jangan makan ikut mata, nampak apa yang sedap terus 'belasah'. Inilah pentingnya ilmu pengetahuan kerana kita akan tahu pilihan apa yg lebih baik untuk kesihatan dan kesejahteraan tubuh kita.
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2011 02:28 PM | Show all posts
berat naik 65.9kg.
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2011 02:43 PM | Show all posts
syik, i rasa i tak mo la include u dalam sesi kali ni.. nnt u tgk bacaan berat makin naik u akan ras ...
din_hbl Post at 6-12-2011 11:08



   kalau next week kaki syik dah ok, boleh tak masukkan nama syik?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-12-2011 03:18 PM | Show all posts
Reply 255# Syik_Gojet

ha mcm tu ok la.. sbbnye mcm saya cite dlm momentum losing weight tula, u tgh takde momentum, pastu u langsung takleh gerak untuk senaman.. nanti 2 kali frust jadinya..

so minggu depan la yek u update berat..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2011 04:43 PM | Show all posts
wokeh....

wpun sakit syik tak boleh berputus asa.... syik redo berat naik... syik tak boleh mkn terlalu jaga mkn skrg nie sebab ubat y syik mkn skrg nie kesannya kuat pd perut..kalau tak syik leh kena gastrik.. disebabkan itu syik mkn ubat itu bersama ubat gastrik utk elakkan gastrik..

apa blog mr din? nak baca..hehe
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2011 05:28 PM | Show all posts
salam semua....

update berat--->52.5kg
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2011 10:26 PM | Show all posts
Check-in

Baru je timbang berat td -- 84.7 kg
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2011 10:37 PM | Show all posts
Pas mkn naik dkt2 1kg -- pas buang trn lbh krg 1kg gak... Lam 1 hari timbang 2@ 3 kali, leh berubah2 -- pas mnm air naik la 200 -400 gram
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2025 02:56 PM GMT+8 , Processed in 0.057000 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list