|
Gangguan akibat amalan atau peninggalan nenek moyang mertua
[Copy link]
|
|
siva_nes1 posted on 11-8-2012 06:44 AM
Terima kasih, arel. Boleh juga saya amalkan selain amalan-amalan yang lain. Saya melayu islam. Mun ...
hehe..
yeker.
sory yer..
baca sekali imbas jer..ingt kan non muslim..
|
|
|
|
|
|
|
|
Kesianyer lah.harap tt dpt kembali bersama |
|
|
|
|
|
|
|
Nak tanya betol ke badan ade kesan lebam2 jena gigitan [email protected] umo 10thun tunjuk dn bagitahu...apa pon sian kat tt.. |
|
|
|
|
|
|
|
makadek posted on 11-8-2012 10:23 PM
Kesianyer lah.harap tt dpt kembali bersama
Terima kasih kerana memahami, makadek. Semoga kami dapat bersama seperti dahulu satu hari nanti. Amin |
|
|
|
|
|
|
|
makadek posted on 11-8-2012 10:29 PM
Nak tanya betol ke badan ade kesan lebam2 jena gigitan antu @ pelesit. anak umo 10thun tunjuk dn bagitahu...apa pon sian kat tt..
Memang betul saya sendiri nampak ada kesan lebam-lebam warna 'blue black' pada peha atau lengan isteri masa saya bangun dari tidor pada waktu pagi. Masa itu tak ambil kisah sangat sebab keluarga pun aman. Dalam pada itu juga isteri selalu mimpi macam2 seperti saya tinggalkan dia, kahwin dengan perempuan lain, sudah tak suka dia dll. Bila isteri bangun dari tidur dia sedihlah juga cerita kepada saya apa yang dia mimpi itu.
Tapi saya cuba lapangkan fikiran dia dengan mengatakan itu semua mainan syaitan dan jangan percaya sangat pada apa yang dia mimpi itu. Rupa-rupanya bukan saya yang tinggalkan isteri tapi dia pula buat gitu. Dah terbalik script lak ......huhuhu.
Kesan lebam-lebam pada anak makadek tu kemungkinan terkena atau terlanggar sesuatu yang keras semasa sedang tidor atau waktu bermain pada siang hari hingga meninggalkan kesan kepada tubuhnya. Semoga anak makadek sihat hendaknya.
(Silently In Vulnerable Ambivalence_Never Ending Story)
Last edited by siva_nes1 on 12-8-2012 12:48 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
ada apa2 perkembangan setakat ini? |
|
|
|
|
|
|
|
hest posted on 14-8-2012 02:26 PM
ada apa2 perkembangan setakat ini?
Setakat ini masih tidak ada apa-apa perkembangan. Keadaan isteri masih di tahap yang sama. Saperti apa yang sdr rdzaccess nyatakan dalam postingnya no. 228 dan 229 di atas, ada halangan pendinding kuat hingga pelantun sihir gagal menemui isteri kerana dilencungkan ke arah lain. Isteri tiada mengalami kelemahan atau kesakitan fisikal kerana adanya pendinding kuat ini. Maka Sdr rdzaccess berpendapat sihir pada isteri boleh diperangi secara brutal. Saya sependapat dengannya dalam perkara ini kerana isteri memang dapat bertahan dari segi fisikal walaupun berbagai perawat telah cuba memulihnya dalam tempoh 3 tahun ini. Saya percaya benda yang melindunginya itu juga mempengaruhi perasaan isteri kerana isteri akan bersikap panas baran setiap kali ada perawat yang cuba mengobatinya. |
|
|
|
|
|
|
|
Terima kasih, Acong. TB adalah salah seorang daripada perawat-perawat yang terawal pernah saya jumpa untuk mendapat bantuan. Saya ada menulis sedikit tentang TB dalam posting no. 186 di atas dan juga di http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=redirect&goto=findpost&ptid=659847&pid=49754799&fromuid=1837387. Saya mula berjumpa dengan TB pada bulan November 2009 di rumahnya setelah sepupu saya dan adik lelaki TB menasihati untuk saya mendapat bantuannya.
Lama juga TB cuba menyelesaikan kes isteri saya ini tapi ilmu yang ada pada emak mertua dan makhluk-makhluk halus yang mengawal isteri telah mematahkan kesemua usaha-usahanya. Bukan tidak ada kesan langsung pada isteri waktu TB melakukan rawatan tetapi kesannya hanya sekejap sahaja iaitu dalam 5-10 minit sebelum isteri kembali sedar. Memang nampak perubahan sewaktu ini kerana isteri akan berubah menjadi sedih dan kembali kepada sifat asalnya yang penyayang dalam tempoh pendek ini sebelum ia disedarkan semula oleh makhluk halus yang mendampinginya. Isteri tidak meneruskan keinginannya untuk pulang ke rumah setelah 'dikejutkan'.
Last edited by siva_nes1 on 15-8-2012 03:50 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
siva_nes1 posted on 14-8-2012 10:35 PM
Setakat ini masih tidak ada apa-apa perkembangan. Keadaan isteri masih di tahap yang sama. Saperti ...
mmg itulah perangainya kalau ada yang terkena ni.. even saya kena dulu yang ringan2 pun.. bila dapat tahu mak ayah rancang diam2 nak berubat.. hampir 3 bulan saya tak balik kampung... bila dah termasuk perangkap... meremang je bulu roma.. tahan marah dekat ayah sebab panggil perawat datang rumah
|
|
|
|
|
|
|
|
hest posted on 15-8-2012 09:42 AM
mmg itulah perangainya kalau ada yang terkena ni.. even saya kena dulu yang ringan2 pun.. bila dapat tahu mak ayah rancang diam2 nak berubat.. hampir 3 bulan saya tak balik kampung... bila dah termasuk perangkap... meremang je bulu roma.. tahan marah dekat ayah sebab panggil perwat datang rawat
Hest meremang bulu roma setiap kali mak ayah nak berubat ke? Isteri saya mula tahu apabila terjadi 2 peristiwa di mana makhluk halus hadirkan diri dalam emak mertua dalam bulan Mei pada tahun 2009. Pada masa itu isteri masih tinggal bersama serumah tapi dia sudah hampir 3 bulan tidur di bilik lain. Berkurung dalam bilik semasa saya berada di dalam rumah dan tidak mahu bertemu muka dengan saya. Kalau keluar bilik pun untuk memasak dan semasa saya sudah ke pejabat. Keluar rumah pergi kerja setiap pagi dan ke rumah adik beradik pun dia tidak meminta izin atau memberitahu saya. Memang kuat pengaruh makhluk halus yang mendekati isteri saya itu hingga dia langsung tidak ambil peduli tentang hal saya. Masa benda itu hadirkan diri dalam emak mertua memang semua adik beradik dan anak2 saudara ada bersama kerana baru selesai majlis perkahwinan di rumah kakak isteri.
Bagi adik beradik isteri kejadian ini tidak asing bagi mereka kerana sudah pernah berlaku. Tapi bagi anak2 saudara yang pertama kali menyaksikan kejadian ini memang satu perkara yang menakutkan dan asing pada mereka. Scary kata anak saya bila ia menceritakannya pada saya. Tiada berlaku kejadian ganas semasa makhluk halus in hadirkan diri dalam emak mertua tetapi lebih kepada perlakuannya yang tidak normal. Yang hairannya makhluk halus ini hanya mahu isteri saya menghampirinya dan bukan adik beradik atau anak2 saudara yang lain bila setiap seorang berbuat demikian untuk menenangkan emak mertua. Kehadiran makhluk halus ini pada malam itu seolah untuk memberi tanda yang isteri perlu berwaspada kerana ada usaha untuk memulihnya. Beberapa hari selepas kejadian ini berlaku sekali lagi perkara yang sama.
Lepas kejadian kedua inilah isteri mengambil keputusan untuk keluar dari rumah dan tinggal bersama emak mertua yang ketika itu duduk di rumah anak bongsunya. Bila isteri dapat menyewa di tempat lain emak mertua pun ikut bersama dan sampai sekarang dia tinggal bersama isteri saya. Emak mertua ini tidak ada apa-apa masalah atau pernah bersengketa pun dengan saya. Lagi pun saya ini lebih berdiam daripada banyak bercakap. Memang dulu kami selalu berjumpa dengan emak mertua kerana saya tidak pernah mengabaikan isteri untuk membawa dia berjumpa emak dan adik beradiknya. Tapi sekarang dia pula yang lebih tidak mahu isteri kembali kepada suami.
Bagaimana keadaaan Hest sekarang? Maaf kalau menanya tetapi Hest terkena apa sebenarnya hingga perlu berubat? Kes isteri saya ini berpunca dari makhluk halus yang mendampingi emak mertua kerana mungkin sudah tiba masanya untuk ia berpindah kepada isteri. Antara anak2 perempuan, isteri saya paling rapat dengannya. Ada masanya bila perawat berjaya menembusi pendinding kuat isteri, memang ada nampak perubahan yang baik dalam sikapnya tetapi ini hanya sekejap sahaja.
(Siva_Nes .......... Silently In Vulnerable Ambivalence_Never Ending Story)
Last edited by siva_nes1 on 16-8-2012 07:00 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
lagi beberapa hari nak habis ramadhan...TT selain dari ikhtiar rakan2 perawat yang mungkin ada menolong dalam diam..harp perbanyakkan ibadah nak2 penghujung ramadhan ni..manalah tau..tanpa disangka2 ada rezeki menjelma di hari raya??wallahualam.
p/s: tetap mendoakan bersama-sama yang lain supaya kebahagiaan TT akan kembali |
|
|
|
|
|
|
|
033589 posted on 15-8-2012 02:02 PM
lagi beberapa hari nak habis ramadhan...TT selain dari ikhtiar rakan2 perawat yang mungkin ada menolong dalam diam..harp perbanyakkan ibadah nak2 penghujung ramadhan ni..manalah tau..tanpa disangka2 ada rezeki menjelma di hari raya??wallahualam.
p/s: tetap mendoakan bersama-sama yang lain supaya kebahagiaan TT akan kembali
Amin. Terima kasih atas doanya. Buat masa ini memang ada rakan perawat yang menolong sebagaimana yang dinyatakan dalam posting no. 227, 228 dan 229 (http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=redirect&goto=findpost&ptid=657722&pid=49860159&fromuid=1837387) di atas. Usaha-usaha masih berterusan sejak beberapa minggu yang lalu. Terdapat halangan pendinding kuat yang melindungi isteri. Rakan-rakan forumer lain juga ada memberi pandangan dan nasihat. Dalam pada masa yang sama akan terus memperbanyakkan ibadah, insyaAllah.
Tinggal 3 hari sahaja bulan Ramadan sebelum tibanya Shawal. Tapi tidak dapat merasai suasana hari raya sebagaimana umat Islam lain yang akan menyambutnya tidak berapa lama lagi. Terasa sedih apabila lagu-lagu raya mula berkumandang di radio sejak beberapa hari ini. Seperti 3 kali hari raya yang lalu akan bersendirian di rumah tanpa keluarga pada perayaan yang akan datang. Bila dengar lagu-lagu hari raya terkenang pula masa-masa yang lalu bersama ibu bapa, adik, isteri dan anak-anak ketika menyambut hari raya bersama. Sekarang ibu bapa dan adik sudah tidak ada lagi manakala isteri sudah tidak bersama sejak 3 tahun yang lalu.
(Siva_Nes .......... Silently In Vulnerable Ambivalence_Never Ending Story)
Last edited by siva_nes1 on 16-8-2012 07:01 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
smpai tukar tajuk TT kita ni..saya tumpang simpati..moga TT dpt beraya bsama isteri |
|
|
|
|
|
|
|
semoga TT tabah dengan dugaan yg melanda...saya doakan semoga kelaurga TT kembali bahagia seperti dahulu
Salam lebaran dari saya....Good Luck! |
|
|
|
|
|
|
|
h4ni3 posted on 15-8-2012 04:16 PM
semoga TT tabah dengan dugaan yg melanda...saya doakan semoga kelaurga TT kembali bahagia seperti da ...
Amin. Terima kasih kerana mendoakan untuk keluarga kami. Selamat menyambut hari lebaran, h4ni3. |
|
|
|
|
|
|
|
siva_nes1 posted on 15-8-2012 12:57 PM
Hest meremang bulu roma setiap kali mak ayah nak berubat ke? Isteri saya mula tahu apabila terjadi ...
saya.. wallahualam.. ada yang kata datang menumpang.. suka sebab masa ni saya ada masalah period berpanjangan 1 tahun tak berhenti... mungkin jugalah agaknya... dah diri pun sentiasa kotor.. dia pun jadi sukalah agaknya.. saya jadi pemalas.. rumah, bilik dapur.. jujur. macam tongkang pecah.. bersawang.. sampah..habuk baju2 semua saya biarkan.. saya memang jadi pemalas sangat.. solat pun jadi endah tak endah.. saya sentiasa lesu.. tak bermaya.. jalan dan bercakap pun macam orang tak de tenaga.. saya jadi sangat penakut.. tidur tak pernah tutup lampu..saya tak bukak langsir..tak keluar malam..mimpi.. tak usah cerita lah.. semua pelik2 belaka.. kotor2 belaka.. yang saya notis sangat.. saya ni dalam kereta suka bukak lagu2 yang berdentam dentum... ada sekali tu saya terdengar bacaan alquran dalam kereta.. kepala saya terus rasa pening.. sakiiiit sangat..
walau pun saya kena keuzuran hampir setahun tapi doktor pun pelik.. sebab saya tak kena penyakit kurang darah pun.. dah habes usaha doktor nak kesan penyakit.. last2 bila saya terbaca 1 potong hadis.. masa nak cari penyelesaian.. macam mana saya nak solat.. macam mana saya nak tahu 15 hr bersih saya bermula bila dan 15 hari kotor tu bermula bila.. masa ni saya terbaca rasulallah ada berkata bila seorang perempuan tanya.. kalau selepas seminggu tidak berhenti bagai mana rasulallah.. bila rasulallah menjawab, dia sambung.. sekira selepas 15 hari tak berhenti lagi rasulallah? rasulallah beri jawapan.. sekiranya sebulan pun tidak berhenti ya rasulallah? masa ni rasulallah berkata.. sedarlah wahai kaum wanita.. sekiranya ia berterusan tanpa henti.. itu bermakna syaitan sedang menghentak dinding-dinding rahim mu untuk menggugurkan darah supaya kamu sentiasa was-was dan lengah serta tidak yakin untuk bersolat..." (sikit ebih kuranglah ayatnya macam ni..)
selepas tu baru hest sedar.. perangai pelik dan mimpi2 pelik hest... masa ni memang berlawan dengan diri sendiri la... paling hest kesian dengan mak.. sebab mak orangnya rajin baca quran dan berzikir.. balik kampung pun tak bercakapp dengan mak.. bila cakap rasa nak marah je sentiasa dengan dia.. kadang2 saya tekan2 kan suara tanda tak suka nak cakap dengan dia.. sedih sangat.. sebab bila otw balik ke kll mesti menangis.. sebab hest sebenarnya rinduu sangat dengan mak... tapi benda ni yang buat hest benci mak.. sebab mak panas... waktu ni.. family tak tahu lagi hest ada benda ni.. tapi hest dah tahu.. yang tahu pun along hest kat kl.. hest suruh dia diam supaya family kat kampung tak risau...
rupanya dalam hest cuba lawan diri sendiri.. kakak risik2 dengan kawan baik hest.. dia pun tak tahu sebenarnya,, tapi dia perasan semua perubahan.. dan dia dengan akk berbincang.. tukar2 pendapat pasal hest.. dan akhirnya sampai ke pengetahuan mak ayah.. sebab kawan baik hest tekad minta seorang ustaz di kedah scan dan dia bagi tahu apa keputusan scan tu.. masa nilah diorang mula risau dan cuba nak bawak hest berubat.. tapi hest sinis sangat... dan ambik keputusan untuk tak nak balik kampung.
Last edited by hest on 15-8-2012 04:44 PM
|
|
|
|
|
|
|
| |
|