|
Jamal bersumpah tak merisik Nas Adila - PAGE 11
[Copy link]
|
|
mmg ko x hadap datin tu
tapi ko hadap duit dia yg berjuta tu kan  |
|
|
|
|
|
|
|
Quote "Apapun, saya rasa abang Jamal lebih matang berbanding dengan bekas kekasih saya yang lain." Unquote
Bukan lgi lebih matang tapi sah2 dah tua pun..... |
|
|
|
|
|
|
|
kalau dah angau, harus cepat2 nikah
semoga ada jodoh.. serasi bersama.. |
|
|
|
|
|
|
|
Jamal ni dah pernah kawin ke blm? |
|
|
|
|
|
|
|
siti_kus posted on 8-11-2013 10:28 PM 
Jamal ni dah pernah kawin ke blm?
Die da kawen byk kali.. 3kali rsenye..
|
|
|
|
|
|
|
|
Berjuta ke duit jamal?
Datuk aziz sattar datuk jugak. Duduk flat kat bukit amtarabangsa sana tu. Tak hisap dadah pun. Ni datuk hisap shisha power pun pompuan ni hadap? |
|
|
|
|
|
|
|
Habis la ko... kawen ngan mat pet |
|
|
|
|
|
|
|
Takyah lah dik nonnnnn...nanti pas kawin ko suruh dia hisap dada....dia bantai 24/7 hisap dadahhhh......ko suruh cucuk dengan benda lain....dia duk leka cucuk cucuk dengan jarum lain... |
|
|
|
|
|
|
|
Si Basariah yg duit berkepuk tu dulu dah habis beribu hantar si jamal ni pi buat treatment itu ini.....pun tak berubah jugakkkkk!....agikan engko yang cuma ada CINTA... |
|
|
|
|
|
|
|
Macam jaman dedolu jer...x tau pihak lelaki nak masuk merisik..
Aku terbayang nas adila tersenyum malu2 celah langsir bila rombongan lelaki merisik nanti...
Kiki..cam dara pingitan... |
|
|
|
|
|
|
|
makan peyepak jamal je la pasni..sb gian. nas adila ni artis sendu jah |
|
|
|
|
|
|
|
fkr 99 x kwin gan D jamal nie...die kn spesis D hattan Dato Amy search suka tukar2  |
|
|
|
|
|
|
|
semoga berporak peranda la..hihih..LOL
|
|
|
|
|
|
|
|
Rasanya yg plg betul2 jaga Jamal Basariah sahaja.. Pompuan yg hanya nakkan Jamal kerana popular dan cinta rasanya takkan kemana.. Dapat anak jerlah |
|
|
|
|
|
|
|
Masalah rumahtangga yang dihadapi Jamal Abdillah menerusi perkahwin terdahulunya bersama Nor Aina Yusuf serta yang sedang dilaluinya dengan Fatimatu Zahra Samad sekarang ini ternyata tidak jauh bezanya.
Sekaligus membuatkan ramai yang bertanggapan bahawa penghibur sepanjang zaman ini masih lagi dibelenggu dengan masalah dadah serta gemar menggunakan kekerasan terhadap kedua-dua wanita yang merupakan ibu kepada dua cahayamata lelakinya iaitu Osama Yamani, 7, daripada Nor Aina dan Ahmad Zaki Yamani, 1 tahun 8 bulan menerusi Fatimatu.
Sungguhpun begitu, apakah benar dakwaan yang mengatakan Jamal sebagai seorang yang suami yang tidak bertanggungjawab serta tidak punya rasa kemanusiaan sebagai mana yang dilabel segelintir pihak?
Dalam pertemuan bersama bekas isteri pertamanya dulu iaitu Basariah Abdul Latiff atau lebih mesra dengan gelaran Dee berkata, Jamal sepanjang yang dikenalinya adalah seorang lelaki yang cukup baik serta penyayang.
"Malah, dia juga seorang lelaki yang cukup bertanggungjawab, pandai menghormati orang, tidak pandai bercakap hal orang, caring serta romantik. Sayangnya dia sering disalah-ertikan.
"Mungkin sebab dia selalu tampilkan dirinya sebagai seorang yang dingin serta tidak mudah didekati, jadi ramai yang salah faham terhadap dia. Tapi ada sebab dia jadi begitu. Dia selalu rasa rendah diri.
"Maklumlah sebab semua orang tahu dia selama ini berhadapan dengan masalah dadah. Jadi, setiap kali berhadapan masyarakat, dia selalu tidak pasti tentang penerimaan orang terhadap dirinya. Sama ada orang itu suka atau sebaliknya atau berpura-pura dengannya.
"Tapi, percayalah kalau anda berusaha mengenalinya dia sedalam-dalamnya, Jamal Abdillah adalah seorang insan yang gemar berlawak, suka bercerita dan banyak bercakap. Itulah sebenar-sebenarnya Jamal yang ramai orang tidak tahu," katanya kepada murai.com.my.
Dee Jelas Isu Perceraian
Dee yang kini memegang jawatan sebagai Pengarah Kumpulan Perhubungan Korporat & Komunikasi di syarikat UEM World berkata, sepanjang berkahwin dengan Jamal juga, dia tidak pernah berhadapan dengan sebarang masalah bersama penyanyi kacak yang memiliki suara emas itu.
"Kami berkahwin selama 8 tahun. Lamakan? Dalam tempoh itu, Jamal tidak pernah pula mengunakan sebarang kekerasan terhadap saya. Sebaliknya, keadaan rumahtangga kami berada dalam cukup harmoni sekali.
"Mungkin kerana saya ini seorang yang cukup memahami diri dan keadaannya. Tapi, saya rasa bagi sesiapun yang hendak mengahwini Jamal, dia haruslah memahami bahawa Jamal mempunyai masalah.
"Sebagai seorang yang mempunyai masalah, sudah tentulah kita perlu berikan sepenuh tumpuan dan perhatian terhadap dia termasuklah memberikan sokongan dan kekuatan dari sudut semangat, emosi, mental serta spiritual.
"Bukannya kita yang perlu minta perhatian dan tumpuan daripada dia. Kalau ada sesiapa yang mempunyai keinginan sebegitu, tolong jangan letakkan harapan untuk berkahwin dengan Jamal dan kalau berkahwin setakat untuk glamor saja, lupakanlah," katanya lagi.
Sekalipun mengharungi rumahtangga yang harmoni bersama Jamal, namun Dee turut menjelaskan mengapa perkahwinnya bersama Jamal hanya mampu bertahan selama 8 tahun saja.
"Masa itukan Jamal ada terbabit dengan satu kes khalwat. Jadi pada masa itu saya rasa biarlah saya lepaskan dia. Apa yang berlaku sudah pun berlaku dan saya tidak mahu toleh ke belakang lagi.
"Memang dia ada minta saya untuk kembali pada dia. Tapi saya tetap dengan keputusan saya untuk memilih jalan saya sendiri," katanya lagi.
Dee bagaimanapun tidak pasti sama ada penolakannya untuk kembali hidup bersama Jamal membuatkan penyanyi lagi Kekasih Awal & Akhir itu kecewa.
"Tapi, hubungan saya dengan dia masih lagi baik sampai sekarang. Begitu juga dengan keluarga dia. Malah, kalau ada masalah sampai sekarang dia masih lagi hubungi saya dan berbincang dengan saya.
"pendek kata dia sudah jadi macam saudara saya sendiri. Saya juga gembira dengan perkembangan barunya sekarang ini. Sejak menetap di Rumah Pengasih, keadaannya nampaknya semakin bertambah baik," katanya yang ditemui di majlis pelancaran pementasan Puteri Gunung Ledang The Musical Musim 3 di Restoran Borneo Rainforest di Sunway Pyramid.
ko dengarrrrrrrr tu nas adila...komen jandanya yg pernah duk sebumbung tido sebantal dgn jamal abdillah selama 8 tahun nih?
JAMAL ABDILLAH LELAKI BERMASALAH
ko yg kena jaga dia ko yg kena bagi perhatian kat dia...bukan dia yg jaga ko bagi perhatian kat ko
takat ko kawin dgn dia takat nak glamer2 nak mengikis2...lupakan saja
kalu tak...merasalah makan sepak terajang |
|
|
|
|
|
|
|
Dengar cter abam jamal nie boleh tahan merenyam gak..YEKE??? Aish, abam jamal sibuk nak kawen je..
Si pompuannya plak da canang yg lelaki men sorok2x.
Mana satu yg btul nie.. |
|
|
|
|
|
|
|
Jamal ni paling best kawin dgn Dee la kot....x yah ssh payah cari show...dee lehh support sume.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|