|
KUSINERO CINTA [MUSTIKA HD] ISNIN-RABU, 10 P.M. [AA, JR, TZ]
[Copy link]
|
|
jingga007 posted on 29-4-2014 02:58 PM
kusinero cinta akn ditygkan pd 26/5 dkt astro bella/mustika hd kaka
ok...TQ info |
|
|
|
|
|
|
|
jingga007 posted on 29-4-2014 02:58 PM
kusinero cinta akn ditygkan pd 26/5 dkt astro bella/mustika hd kaka
so skrg blm ada cite yg ganti bkatc lg la?
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 1-5-2014 03:19 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Kusinero Cinta: Gabung lokasi tiga negara
Oleh Ramlah Zainal
Bukan saja dikenali sebagai bandar raya paling unggul untuk dihuni, Melbourne yang juga bandar raya kedua terbesar di Australia turut dikenali sebagai pusat kebudayaan, fesyen dan syurga beli-belah yang menjadi tumpuan pelancong dari seluruh dunia.
Keunikan bandar kosmopolitan yang terletak di Wilayah Victoria inilah yang menjadi tarikan utama dalam drama bersiri sebanyak 60 episod, Kusinero Cinta terbitan Global Station Sdn Bhd (Global Station) dengan kerjasama Tourism Australia dan Tourism Victoria.
Bagi meninjau tempat menarik di sekitar Melbourne, rombongan produksi membabitkan pengarah, pelakon dan kru drama Kusinero Cinta serta wakil media tempatan diterbangkan dengan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) untuk menjalani penggambaran di Melbourne pada 12 hingga 23 April lalu.
Rombongan produksi dan kru dari Malaysia diketuai Penerbit Eksekutif, Global Station, Zetty Alia Ramly; pengarahnya Feroz Kader dan pelakon utamanya iaitu Aaron Aziz, Tiz Zaqyah, Shakilla Khoriri dan aktor terkenal Filipina, Jericho Rosales.
AARON, Tiz Zaqyah dan Jericho bergambar berlatarkan keindahan ladang epal di Rayners Stone Fruit Orchard.
Antara tempat menarik yang diteroka sepanjang penggambaran di sekitar Melbourne ialah Yarra Valley, Yarra Valley Chocolaterie & Ice Creamery, Rayners Stone Fruit Orchard, Royal Botanical Garden, Alexandra Gardens, RMIT University.
Selain itu, St Kilda Beach, Marina Dorcklands, Queen Victoria Markets, Federation Square, Flinders Street Station, Princess Bridge, Royal Exhibition Building, Lygon Street dan kafe Itali terkenal Brunetti Cakes di Lygon Street.
Menurut Zetty Alia, apa yang menarik drama Kusinero Cinta menggabungkan lokasi penggambaran di tiga negara iaitu Malaysia, Australia dan Filipina.
“Ia membabitkan babak sebanyak 30 peratus di tempat tumpuan pelancong sekitar Melbourne, Filipina (30 peratus) dan baki penggambaran 40 peratus pula di Malaysia.
“Penggambaran membabitkan tempoh selama 110 hari bermula di Kuala Lumpur pada 23 Disember tahun lalu dan Filipina pula pada 2 hingga 11 Februari tahun ini. Menyusul selepas itu, ia membabitkan penggambaran selama dua minggu di Melbourne dan diakhiri di lokasi di Kuala Lumpur pada 27 April lalu,” katanya.
Zety berkata, walaupun berdepan cuaca sejuk kira-kira 11 darjah Celsius, penggambaran membabitkan Jericho berjalan lancar.
“Semua pelakon dan kru termasuk Jericho cukup profesional dan memberi komitmen terbaik sepanjang penggambaran sama ada di Kuala Lumpur, Melbourne dan Filipina.
“Walaupun dia aktor terkenal, Jericho tidak berlagak ‘raja’ di lokasi penggambaran sebaliknya cukup mesra dan merendah diri dengan barisan pelakon dan kru tempatan,” katanya.
Ditanya apakah maksud di sebalik judul drama itu, kata Zetty Adila, Kusinero bermaksud ‘chef lelaki’ dalam bahasa Tagalog.
“Judulnya saja sudah unik dan mempunyai tarikan pada penonton. Drama ini menceritakan mengenai dua sahabat, Fredo Rivera dari Cebu, Filipina dan Syed Izmir dari Malaysia yang berbeza latar belakang dan negara.
“Mereka mengejar impian kulinari masing-masing dengan kehadiran seorang wanita yang mereka cintai. Siapakah di antara mereka yang akan mengecapi kebahagiaan?
“Selaku penerbit eksekutif, pihak kami yakin naskhah ini memiliki kekuatan tersendiri untuk menarik penonton. Selain kekuatan dari segi jalan ceritanya, ia dimantapkan lagi dengan barisan pelakon utamanya iaitu Aaron, Jericho dan Tiz Zaqyah yang memiliki ramai pengikut masing-masing,” katanya.
Feroz sahut cabaran
Bukan mudah untuk menjayakan penggambaran drama di luar negara. Apatah lagi jika ia membabitkan pelakon terkenal bertaraf antarabangsa seperti Jericho. Namun, pengarah drama Kusinero Cinta, Feroz Kader, 37, yang sudah sedekad menduduki kerusi pengarah bersedia menyahut cabaran berkenaan.
“Paling mencabar ialah ketika penggambaran di Filipina kerana Jericho mempunyai ramai peminat fanatik di sana. Setiap kali ada babak membabitkan Jericho, pihak kami terpaksa menyediakan beberapa pengawal peribadi kerana aktor itu akan diserbu peminatnya.
“Penggambaran di Melbourne pula agak mencabar kerana keadaan cuaca yang tidak menentu seperti hujan dan cuaca sejuk terutama ketika penggambaran pada waktu malam.
“Bila menjalani penggambaran di tempat orang, kita juga kena ikut cara mereka bekerja untuk memastikan penggambaran drama berjalan lancar.
“Namun, sesi penggambaran di Melbourne juga berjalan lancar kerana pihak produksi, Global Station juga menyediakan pengurus lokasi dari Tourism Australia iaitu Nelson Khoury yang membantu kelancaran sepanjang sesi penggambaran membabitkan pelbagai tempat menarik di sana.
“Selain itu, produksi juga sangat menjaga kebajikan barisan pelakon dan kru sepanjang penggambaran di luar negara,” katanya. Mengulas lanjut mengenai drama itu, pengarah yang cukup dikenali menerusi drama popular Adam dan Hawa dan Suria Di Cordoba ini mengakui dia tidak berfikir panjang bila ditawarkan pihak Global Station untuk mengarahkan drama berkenaan.
“Secara peribadi, saya tertarik dengan naskhah Kusinero Cinta kerana ia memiliki kelainan untuk menarik penonton. Selain selesa bekerja dengan produksi Global Station, saya juga tidak ada masalah bekerja dengan barisan pelakon utama drama ini seperti Aaron, Tiz dan Jericho yang cukup profesional sepanjang penggambaran.
“Saya sudah banyak kali bekerjasama dengan Aaron, tapi kali pertama dengan Jericho. Bagi saya, Aaron dan Jericho, dua pelakon hebat yang patut menjadi contoh pada pelakon lain kerana memiliki disiplin yang sangat bagus dan merendah diri,” katanya.
Sinopsis
Fredo Rivera adalah seorang anak muda yang berasal dari Cebu, Filipina yang mengejar impian untuk menjadi chef yang berjaya.
Edrinna Mahadzir pula gadis yang datang ke Manila bersama ibunya, Datin Raudhah untuk melawat kafe milik mereka yang beroperasi di sana.
Namun, takdir menemukan Fredo dan Edrinna di kafe berkenaan. Pada mulanya hubungan mereka kurang baik kerana kehadiran Hafizul Fitri yang meminati Edrinna.
Pada suatu hari, Edrinna hilang di Manila dan Fredo yang berjaya menyelamatkannya. Justeru, hubungan mereka juga semakin akrab semula,
Fredo yang tidak ada tempat tinggal dan pekerjaan juga diambil bekerja oleh Chef Rio yang memiliki restoran yang terkenal di Manila. Bermula sebagai pencuci pinggan, Fredo akhirnya berjaya menjadi pembantu chef kepada Chef Rio. Di La Secret, Fredo bertemu dengan Justina, anak perempuan Chef Rio yang turut bekerja di situ.
Sementara itu, Syed Izmir pula sangat meminati bidang masakan, tetapi terpaksa menyambung pengajian dalam jurusan perniagaan kerana memenuhi hasrat bapanya yang kaya.
Dalam perjalanan ke Manila kerana urusan perniagaan bapanya, Syed Izmir bertemu dengan Edrinna. Pada masa sama, dia juga bertemu dengan Fredo dan berkawan baik dengannya. Mereka juga bertemu kembali ketika menyambung pengajian di Melbourne.
(Penulis membuat liputan penggambaran drama bersiri Kusinero Cinta di Melbourne, Australia, baru-baru ini)
Credit to http://www.hmetro.com.my/articles/KusineroCinta_Gabunglokasitiganegara/Article?hm |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
hijau88 posted on 1-5-2014 03:19 PM
Kusinero Cinta: Gabung lokasi tiga negara
Oleh Ramlah Zainal
waahhh menarikk.....
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 3-5-2014 07:22 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Apsl ost cerita ni mcm besa jek? Takdir cinta tajuknya, awe rafael. Baru dgr sket kat insta. Hrp lepas dgr full, sebenarnya best. Hiks. |
|
|
|
|
|
|
|
hijau88 posted on 3-5-2014 07:22 AM
Apsl ost cerita ni mcm besa jek? Takdir cinta tajuknya, awe rafael. Baru dgr sket kat insta. Hrp lep ...
ye ke???? tak dgr lagi....
tu laa harap ost lagu2 best laaa
kan 3 negara kan gabung
|
|
|
|
|
|
|
|
hijau88 posted on 6-5-2014 08:07 PM
AHHHAA best best.......
|
|
|
|
|
|
|
|
eira_gurl posted on 30-4-2014 12:28 PM
so skrg blm ada cite yg ganti bkatc lg la?
belum lagi uolsss...
|
|
|
|
|
|
|
|
AA nmpk lakon gaya am citer adam hawa laaa |
|
|
|
|
|
|
|
hijau88 posted on 6-5-2014 08:07 PM
Aaron nmpk da x sesuai nk pegang watak hero.. |
|
|
|
|
|
|
|
lg seminggu kan..
yeah! |
|
|
|
|
|
|
|
awal2 epi x dpt tengok..aihh jenuh nk kena marathon nt..
x sabar nk tengok tiz n echo.. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 19-5-2014 07:35 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Me too. Download je la nmpknya. Minggu depan dah start bz sket la. |
|
|
|
|
|
|
|
lisa pun sama.....nmpk gaya mmg tgk versi download je |
|
|
|
|
|
|
|
petang tadi telah berlangsung PC Kusinero Cinta. |
|
|
|
|
|
|
|
Kusinero Cinta, Gabungan Hebat Aaron Aziz, Jericho Rosales & Tiz Zaqyah
Bermula dengan drama bersiri ‘Adam dan Hawa’, disusuli dengan ‘Sehangat Asmara’, ‘Dahlia’, ‘Jodoh Itu Milik Kita’ sehinggalah ‘Bukan Kerna Aku Tak Cinta’, kini Astro dengan berbesar hati memperkenalkan sebuah lagi drama hebat berjudul’ Kusinero Cinta’ yang bakal ditayangkan secara eksklusif di saluran Mustika HD.
Filem dibawah arahan Feroz Kadir ini telah menggabungkan tiga pelakon popular daripada tiga buah negara iaitu Jericho Rosales, Tiz Zaqyah dan Aaron Aziz.
Menurut Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Encik Khairul Anwar Salleh, demi memenuhi jangkaan pelanggan, ‘Kusinero Cinta’ hadir dengan sebuah pekej karya hebat yang bakal mencetuskan fenomena tersendiri.
“Menjelang 21 Mei ini genaplah dua tahun usia saluran Mustika HD dan prestasi saluran ini dilihat semakin kukuh dan kekal dalam menyiarkan kandungan-kandungan premium berdefinasi tinggi.
“Menyedari hakikat bahawa jangkaan para pelanggan terutamanya peminat drama bersiri, kami telah mengambil langkah berani dengan menggabungkan tiga pelakon terbaik daripada tiga buah negara iaitu Jericho, Tiz Zaqyah dan Aaron.
“’Kusinero Cinta’ juga mempunyai jalan cerita dan skrip yang menyakinkan termasuklah pengarah tersohor serta diterbitkan oleh sebuah produksi yang berpengalaman,” katanya ketika ditemui pada sidang media ‘Kusinero Cinta’ bertempat di Hotel Royale Chulan pada pagi Isnin.
Di samping itu, Encik Khairul juga mengucapkan terima kasih terhadap sokongan padu yang diberikan oleh pelbagai pihak seperti Maggi selaku penaja utama, Snow Brand Milk Co.LTD, Tourism dan Tourism Victoria.
Menariknya lagi, selain Malaysia penggambaran drama bersiri ini telah dijalankan di Melbourne dan juga Filipina.
Drama bersiri 60 episod terbitan Global Station Sdn Bhd ini turut dibintangi oleh Miera Liyana, Datuk Jalaluddin Hassan, Ziela Jalil, Nabila Daly dan Arash Mohamad.
Selain itu, lagu tema drama ini yang berjudul ‘Takdir Cinta’ hasil ciptaan Adi Sixthsense dinyanyikan oleh Awi Rafael.
Drama ini mengisahkan tentang perjalanan hidup dua orang sahabat baik, Fredo (Jericho Rosales) dan Izmir (Aaron Aziz) yang mengejar cita-cita untuk menjadi chef terkenal.
Dengan bantuan rakan akrab mereka, seorang gadis cantik bernama Edrinna (Tiz Zaqyah) telah jatuh cinta dengan salah seorang daripada mereka.
Istimewa untuk para pelanggan, Mustika HD juga turut menyiarkan sedutan ‘Di Sebalik Tabir Kusinero Cinta’ 19 Mei (hari ini) jam 10.00 malam. Manakala ‘Di Sebalik Tabir Pembikinan Muzik Video’ lagu ‘Takdir Cinta’ pula disiarkan pada Selasa, 20 Mei 2014, jam 10.00 malam.
‘Kusinero Cinta’ bakal ditayangkan pada setiap Isnin hingga Rabu, jam 10.00 malam bermula 26 Mei 2014 secara eksklusif hanya di Mustika HD (saluran 134) tayangan serentak di Astro Bella (saluran 133) dan dua episode di Astro Prima (saluran 105). |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Istimewa untuk para pelanggan, Mustika HD juga turut menyiarkan sedutan ‘Di Sebalik Tabir Kusinero Cinta’ 19 Mei (hari ini) jam 10.00 malam. Manakala ‘Di Sebalik Tabir Pembikinan Muzik Video’ lagu ‘Takdir Cinta’ pula disiarkan pada Selasa, 20 Mei 2014, jam 10.00 malam. |
|
|
|
|
|
|
|
WAHH tgk pelancaran pun mcm best gila....
sambutan ala2 film lak |
|
|
|
|
|
|
| |
|