|
[Tempatan]
Najib-Taat atau derhaka titah raja?#74 Gesaan Muhyiddin, #251 Zahid
[Copy link]
|
|
dizek replied at 8-10-2015 02:53 PM
nak salahkan tony pua seratus peratus
pun tak boleh
Masing2 ada agenda...
Yang pegang kuasa pon kenapa nak buat benda macam ni?
Xsepatutnya berlaku..
Cash.... |
|
|
|
|
|
|
|
dah tu nasihatkan lah tuan pondan ko tuh
suh percepatkan siasatan
bknnye melalut konar baring sana sini
tu pon nk kene ajar ke
xhabis2 fitnah
kalo fitnah g la saman fitnah
mana tau dpt 2.6b lg
|
|
|
|
|
|
|
|
dodolgemok replied at 8-10-2015 01:43 PM
Sekarang majlis raja2 suruh siasat tpi puak2 kau pergi sindir keji majlis raja2. Tu kau boleh diam ...
Statement over pemegang mohor besar bff tdm korg msiakini n the gang memamg kasi putar habis
Kita tunggu nanti bila bunyi lain apa korang spin pula |
|
|
|
|
|
|
|
kalau la raja yg bklh libatkan diri dlm pentadbiran gov |
|
|
|
|
|
|
|
Dijangka 2016, isu 1mdb akan dpt diselesaikan....
Kena bersabar...musuh2 1mdb ramai, jadi x heran ada yg
Menyebarkan maklumat palsu , tuduhan palsu utk kepentingan
Politik.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by EJALTI at 8-10-2015 10:58 AM
PM perlu akur titah segera tangani isu 1MDB
NIZAM ZAIN
8 Oktober 2015
http://www.sinarharian.com.my/na ... i-isu-1mdb-1.438183
SHAH ALAM - Pakatan Harapan menjunjung titah Majlis Raja-raja Melayu bahawa kemelut kewangan 1MDB dan risikonya terhadap ekonomi negara perlu ditangani dengan segera.
Pakatan Harapan dalam kenyataan bersama antara Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dan Presiden Amanah, Mohamad Sabu berkata, kerajaan perlu bertindak segera dan akur kepada titah baginda tersebut.
"Pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak tidak lagi boleh melengah-lengahkan keputusan-keputusan yang penting mengenai 1MDB kerana kegawatan yang berlarutan telah dan akan membawa kesan buruk kepada ekonomi negara.
"Kami menyeru supaya semua institusi awam dan agensi penguatkuasaan memainkan peranan dengan sebebas mungkin supaya kemelut 1MDB dapat diselesaikan segera," kata mereka dalam satu kenyataan, hari ini.
Terdahulu Majlis Raja-Raja Melayu pada Selasa menitahkan pentadbiran Najib perlu menyelesaikan secepat mungkin siasatan berkaitan dengan 1MDB dan mengambil tindakan tegas yang sewajarnya terhadap pihak-pihak yang terlibat.
Baginda sekalian juga menegaskan semua pihak bertanggungjawab perlu memberi kerjasama sebenar dan jujur agar usaha serta maksud siasatan tersebut berjaya.
Dalam pada itu, Pakatan Harapan juga menegaskan sebarang cubaan oleh mana-mana pihak untuk campur tangan atau mempengaruhi siasatan oleh pihak berkuasa boleh mengingkari titah baginda sekalian.
Sementara itu, Pakatan Harapan sedang menyiapkan Belanjawan mereka sendiri sebelum kerajaan membentangkan Bajet 2016 di Parlimen pada 23 Oktober ini.
Antara fokus utama Belanjawan Pakatan Harapan ini adalah langkah muktamad masalah 1MDB ini untuk mengelakkan rakyat terus terheret dengan kegawatan ekonomi akibat kemelut kewangan yang dihadapi syarikat pelaburan itu.
Gabungan itu turut menjunjung titah baginda sekalian agar keharmonian kaum dan perpaduan dijaga demi kesejahteraan negara.
"Titah tersebut adalah tepat mengambil kira pelbagai kejadian akhir-akhir ini yang seolah-olah cuba melaga-lagakan satu kaum dengan kaum-kaum yang lain kebelakangan ini.
"Oleh itu kami mengajak semua rakyat Malaysia untuk bersama-sama menghayati titah Majlis Raja-raja Melayu itu agar menghindari perbuatan atau pengucapan yang menyinggung perasaan orang lain terutamanya yang bersabit kaum dan agama," katanya kenyataan itu lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
1MDB kena beri penjelasan berterusan
Wartawan Sinar Harian
8 Oktober 2015
http://www.sinarharian.com.my/na ... berterusan-1.438054
SHAH ALAM - Pihak pengurusan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) perlu beri penjelasan yang berterusan kepada rakyat tentang proses penyelesaian yang sedang dijalankan.
Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, pihak syarikat itu juga perlu mengambil positif saranan Majlis Raja-Raja untuk menyelesaikan masalah syarikat itu dengan segera.
“Saya juga ambil positif saranan yang di buat oleh Majlis Raja-Raja. Malah, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga telah berjanji untuk menyelesaikan masalah ini dalam tempoh enam bulan.
“Masyarakat juga meminta perkara ini diselesaikan dengan segera supaya dapat menjernihkan yang keruh dan boleh selesaikan isu yang dibangkitkan selama ini,” katanya, semalam.
Menurutnya, apa yang perlu dilakukan oleh 1MDB pada ketika ini ialah menerangkan kepada rakyat tentang langkah penyelesaian yang sedang berjalan agar tidak timbul salah faham dalam kalangan rakyat.
“Saya minta perkara ini (langkah penyelesaian) diumumkan dari semasa ke semasa oleh pihak pengurusan 1MDB.
“Rakyat juga ingin tahu apa perkembangan terkini mengenai proses penyelesaian tersebut,” katanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Teguran 1MDB Majlis Raja-raja ada maksud tersirat
MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI
7 Oktober 2015
http://www.sinarharian.com.my/na ... d-tersirat-1.437823
SHAH ALAM - Teguran Majlis Raja-raja Melayu agar pentadbiran Putrajaya memulihkan kembali ekonomi negara berikutan kejatuhan nilai mata wang kerana krisis 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebenarnya mempunyai maksud tersirat.
Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Salahuddin Ayub berkata, maksud tersirat tersebut adalah Majlis Raja-Raja Melayu mahu Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak berundur sebagai Perdana Menteri Malaysia kerana telah gagal menyelesaikan isu 1MDB dengan segera sehingga menjejaskan ekonomi negara.
"Banyak pihak telah menyuarakan kebimbangan isu 1MDB ini termasuk masyarakat kampung, Ahli Umno sendiri dan terkini, Pegawai pegawai Tinggi Kerajaan seperti Tan Sri Datuk Ungku Dr Zeti Akhtar Ungku Abdul Aziz, Gabenor Bank Negara dan bekas Ketua Peguam Negara, Tan Sri Datuk Seri Panglima Abdul Gani Patail amat mencemaskan.
"Amanah merasakan ianya isyarat jelas bahawa Datuk Sri Najib perlu berundur dengan segara kerana beliau masih gagal membuktikan ketelusan dan keyakinan semua pihak termasuk Majlis Raja-Raja Melayu tentang isu 1MDB yang turut dikaitkan dengan peribadi beliau yang sehingga kini tidak ‘dibersihkan’ lagi di Mahkamah," katanya.
Semalam, Raja-raja Melayu dalam satu kenyataan mahu kerajaan menyelesaikan secepat mungkin siasatan berkaitan dengan 1MDB dan mengambil tindakan tegas yang sewajarnya terhadap pihak-pihak yang terlibat. |
|
|
|
|
|
|
|
dizek replied at 8-10-2015 02:45 PM
dipecat sebab terikut rentak
pembangkang
Makin ko jawab makin nampak kebodohan kau la bangsat. Lahanat cam kau mmg selayaknya dimaki keji cerca lah sial. Mohon mampos dalam lubang babi boleh? |
|
|
|
|
|
|
|
TPM: Desakan percepat siasatan tak harus berlaku
Hari ini, 7:21 pm  Hari ini, 7:36 pm
http://www.malaysiakini.com/news/315085
Selepas titah raja-raja berkaitan isu 1MDB, kerajaan berkata desakan untuk mempercepat atau melewatkan sebarang siasatan kepada mana-mana pihak tidak harus berlaku.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi berkata segala titah raja-raja dinilai baik dan kerajaan telah mengambil langkah proaktif menangani isu yang dititah.
“Sememangnya kesejahteraan rakyat dan kedaulatan undang-undang harus diberi keutamaan dalam apa jua keputusan dan kenyataan oleh semua pihak.
“Justeru segala siasatan kepada mana-mana pihak sekalipun harus berpegang kepada prinsip kedaulatan undang-undang, malah desakan untuk mempercepat atau melewatkan sebarang siasatan kepada mana-mana pihak tidak patut berlaku,” katanya.
Pada Selasa, Majlis Raja-Raja Melayu bertitah supaya kerajaan menyelesaikan secepat mungkin siasatan berkaitan 1MDB dan mengambil tindakan tegas terhadap pihak terlibat.
Baginda sekalian juga menegaskan semua pihak perlu bertanggungjawab memberi kerjasama sebenar dan jujur agar usaha serta maksud siasatan tersebut berjaya.
Pelan pengurangan hutang
Dalam kenyataan hari ini, Zahid berkata kerajaan komited mendukung konsep pemisahan kuasa dan oleh itu setiap organ kerajaan perlu dibenarkan berfungsi seperti dijelaskan perlembagaan.
Mengulas siasatan dijalankan, beliau berkata segala maklumat tentang siasatan dilakukan secara adil dan terbuka dan tindakan akan diambil jika ada pihak didapati bersalah.
“Kita sedia maklum bahawa pihak kerajaan sedang dalam proses menjayakan pelan pengurangan hutang bagi syarikat 1MDB.
“Pelan ini disambut baik oleh pelbagai pihak pelabur dari dalam dan luar negara.
"Pihak kerajkaan akan membentangkan pada masa terdekat segala transaksi pengurangan hutang 1MDB melalui pelaburan kepada aset syarikat tersebut,” katanya.
Menegaskan kerajaan mengambil berat dan menghormati titah raja-raja, beliau berkata segala usaha sedang dijalankan bagi memastikan isu ekonomi, ringgit dan keharmonian kaum diselesaikan pada masa terdekat.
“Diharapkan tidak ada pihak yang menangguk di air yang keruh dan mengeluarkan kenyataan seolah-olah kerajaan tidak berbuat sebarang usaha untuk mendepani semua isu yang dipolemikkan,” katanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Raja-raja melayu nanti kena transfer ke putrajaya sebab menyentuh isu 1mdb.
Pak yidin dah kena, pulis dah kena, pac dah kena, sprm dah kena.
|
|
|
|
|
|
|
|
Selepas titah raja-raja berkaitan isu 1MDB, kerajaan berkata desakan untuk mempercepat atau melewatkan sebarang siasatan kepada mana-mana pihak tidak harus berlaku.
Sombong nyerr. |
|
|
|
|
|
|
|
Jowo tak sedar diri uols.... |
|
|
|
|
|
|
|
EJALTI replied at 8-10-2015 08:09 PM
TPM: Desakan percepat siasatan tak harus berlaku
Hari ini, 7:21 pm Hari ini, 7:36 pm ...
Omaigod...yg ni takde ke pejuang ketuatnan meleis nak berdemo depan ruman pak jahid. Ni dikira menderhaka titah raja! Puak2 lahanat ni makin gelojoh menjilat burit najib smpai semua org dilanggar begitu sahaja. Gila betul! |
|
|
|
|
|
|
|
Sungai Besar Umno chief Jamal Md Yunos believes there are hidden hands behind the royal decree urging haste in the 1MDB probe.
He said there was no reason for the issue to be discussed in the Conference of Rulers, as Prime Minister Najib Abdul Razak had promised to solve 1MDB's money woes.
|
|
|
|
|
|
|
|
Deputy Prime Minister Ahmad Zahid Hamidi's remarks on the Conference of Rulers decree on 1MDB yesterday means nothing, said DAP supremo Lim Kit Siang.
Zahid (photo) had said that the 1MDB probe must follow due process and that the government views the sultans' decree positively.
"Such a statement actually says nothing, as it is the classic strategy of adopting a form of language which seems to agree with the concerns expressed by the rulers while continuing with the directions and approaches which had given rise to the rulers’ concerns in the first place," Lim said in a statement today.
He then questioned if Prime Minister Najib Abdul Razak's administration understood the decree, as their actions in the past 24 hours say otherwise.
Lim cited the Attorney-General's Chambers statement yesterday that the special taskforce probing 1MDB had not been disbanded, lawyer Matthias Chang's arrest, and 1MDB's insistence that it has more assets than debts, as points of contention.
"Malaysians, and Malay rulers themselves, need to be convinced that this is so, as the actions and statements of the Umno/BN government in the 48 hours after the Malay rulers’ statement point to the contrary," he said.
Motion to debate decree
To rectify this, the Gelang Patah MP called on Zahid as BN's parliamentary whip to agree to a motion to debate the sultans' decree during the first two days of the coming Dewan Rakyat session.
The Rulers' Conferece on Tuesday decreed that the probe into 1MDB be completed as soon as possible and the wrongdoers, if any, be punished.
They said if the 1MDB issue is not dealt with intelligently, and continues to drag on, it will damage the economy and the people's welfare.
US financial daily The Wall Street Journal has reported that 1MDB funds had made their way into Najib's personal bank accounts.
Najib (photo), however, denied any wrongdoing or that he had used 1MDB funds for personal gain. |
|
|
|
|
|
|
|
Jadi dengan ini wak jahid telah menderhaka kepada raja..begitu kan? Lihat saja kenyataan angkuh dia tu menidakkan titah sultan |
|
|
|
|
|
|
|
edisi macai mudah lupa...sila imbas kembali...
|
|
|
|
|
|
|
|
nirman replied at 9-10-2015 01:53 PM
Sungai Besar Umno chief Jamal Md Yunos believes there are hidden hands behind the royal decree urgin ...
Eh kenyataan jamal bangsat ni xdikira derhaka ke? Boleh pulak ada hidden hands pelbagai, ingat ni teori konspirashit freemason? Mohon @apam @dizek @Skuau turut menderhaka beramai2 demi menyokong pentadbiran sushit najib laknat... |
|
|
|
|
|
|
| |
|