Edited by dauswq at 2-3-2016 08:28 PM
Rating KeseluruhanDrama: (8.63/10) Cheese in the trap ini bertemakan ‘Romance Drama’ sepanjang 16 episod. Drama ini adaptasi dariwebtoon popular yang juga bertajuk Cheese in the trap. Mengesahkan mengenaihubungan antara seorang gadis yang belajar disebuah university dan seorangpelajar lelaki kaya yang juga belajar diuniversiti yang sama. Mempunyai latarbelakangkeluarga yang berlainan membuatkan gadis tersebut tertanya-tanya kenapa senioryang belajar dikelas yang lain itu meminati dirinya.
Pada episode terawal menceritakankehidupan Hong Seol (Kim Go Eun) seorang anak kepada pemilik sebuah kedai makansecara kecil-kecilan. Kehidupan Hong Seol sepanjang belajar diuniversititersebut yang agak susah, membuatkan Hong Seol membuat beberapa kerja sampinganuntuk meneruskan perbelajarannya. 80% jalan cerita didalam drama iniberlatarbelakangkan suasana disekitar university. Yoo Jung (Park Hae Jin)adalah seorang yang sangat popular diuniversitinya mempunyai keluarga yangkaya, kacak, dan pandai didalam kelasnya tetapi seorang yang sangat misteri.Sikapnya yang sedikit misteri membuatkan Hong Seol menjauhkan dirinya daripadaYoo Jung. Tetapi Yoo Jung tertarik dan jatuh cinta kepada Hong Seol danberusaha untuk rapat dengan Hong Seol.
Saya memberi sokonganyang penuh dan memberi pujian sepanjang permulaan drama ini, dimana setiapscene membuatkan penonton tertanya-tanya apa sambungan ceritanya. Tetapi bermulasehingga episode 4 yang terakhir, agak mengecewakan apabila jalan ceritasedikit meleret dan longgar. Termasuk pengakhiran drama ini ramai penontonkecewa dengan mutu dan jalan cerita drama ini. Mungkin (tak pasti) keranasepanjang pengembaraan drama ini dilakukan bermula dari akhir eps dan berakhirdipermulaannya. Menjadikan keselasian pelakon agak pelik diakhir eps drama ini.Dan ending drama ini sedikitmengecewakan peminat drama ini. Lakonan pelakon tambahan seperti Baek In Ha danBaek In Ho tidak memenuhi jiwa penonton terutamanya Baek In Ha, bagi saya LeeSung Kyung (Beak In Ha) adalah pelakon yang overacting.
2. Keberkesanan Lakonan (9/10) - Markah untuk keseluruhan
Kim Go Eum – Pelakon Utama Perempuan(10/10)
[Best Actress Nomination]
Saya sangat berpuas hati dan memberi markahpenuh kepada lakonannya didalam drama ini. Walaupun pada permulaannya agaktidak dikenali kerana dia tidak pernah tampil sebagai pelakon utama dramapopular sebelum ini. Tetapi cara Kim Go Eum menjiwai watak sangat bagus dansangat meletop. Cara Go Eum sampaikan emosi dia kepadat penonton sangat bagus. Kalaudia menagis, saya pon akan menagis, kalau dia buat aksi comel..pon menjadicomelnya..Setelah melihat keberkesanan lakonan Kim Go Eum membuatkan saya terusmencari lakonannya didalam drama/filem yang lain. Ternyata Kim Go Eum seorangpelakon yang sangat bagus. Dan ini adalah permulaan yang bagus kepadanya. GoodLuck Kim Go Eum!!! (motif? Hahaha)
Meter : Outstanding
Park Hae Jin - Pelakon Utama Lelaki (8/10) Pada pendapat saya lakonan Hae Jin didalamdrama ini boleh diberikan pujian, tetapi kadang-kadang agak pelik apabilamelakonkan watak seorang yang tak ada reaksi. Muka keras jekan.
Meter : Fair
Lee Sung Kyung : Pelakon Tambahan (3/10)
Hahaha..gelak dululah..tak suka deganlakonan Sung Kyung untuk watak annoying macam ni..sangat overacting, belakonmcm buat-buat. Kenapetah memang tak suka dengan dia ni. Kalau watak In Hamemang dorg nak mcm tu, saya akan kasi pujian. Bagus buat orng taksuka..hahaha..emosi tak sampai bile dia buat mata terbeliak tu.
Meter : Kalau Go Eum dapat outstanding diadapat overacting..hahaha.. lakonan sangat worst okey..
3. Aspek teknikal (Lakon layar, teknik pengarahan,sinematografi) (8.5/10)
Montaj, suara latar, pemilihan tempat dan pencerahan agak perfect..tak Nampak cacat-celaor pelik. Cara editing pon boleh kasi pujian nampak lancar.
Saya suka pemilihanmuzik latar setiap babak. Terutama muzik panic tu, rasa berdebar tiap kali kuarbunyi tu..membuatkan penonton rasa tak sabar tunggu scene berikutnya. Dan paling sukalatarbelakang time diorng dating..time dekat tepi tasik kat university tudengan bawah pokok yang dorang berpeluk tu..nampak romantic sangat. 4. Skor muzik (5/5)
Suka semua ost dari drama ni. Tapi bukan evergreenlah. Setiap kali lagu keluar sesuai dengan mood scene tersebut.
5. Kebarangkalian untuktontonan semula (4/5)
Akan tonton semula, tapi eps yang awal je. Time Beak In Ha akan cutkot..hahaha..nampak tak bertapa iolls xsuka dgn In Ha.
|