|
Reply #2528 aziefa's post
thanks makcik aziefa
i feel i am ok now...heheh bersemnagat waja..and i have work since last week thursday hehe..how storang am i? heheh
b4 i went to hospital this morning...i message my degree research project supervisor..telling that i am at the hospital
he said" no worries young man, i gonna be alright..."
the virus on attach you when your hormone supressed your tension..so be happy no worries..no sickk..
saya tergelak baca mesej nie..i feel really a big relief...
[ Last edited by HUSSAINTAHIR at 6-6-2008 12:45 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Allah SWT berfirman:
"Dan (ingatlah), ketika Ibrahim meninggikan (membina) dasar-dasar baitullah bersama Ismail (seraya berdoa): 'Ya Tuhan kami terimalah dari kami (amalan kami), sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Ya Tuhan kami, jadikanlah kami berdua orang yang tunduk dan patuh kepada Engkau dan (jadikanlah) di antara anak cucu kami umat yang tunduk patuh kepada Engkau dan tunjukkanlah kepada kami cara-cara dan tempat-tempat ibadah haji kami, dan terimalah taubat kami. Sesungguhnya Engkau璴ah Yang Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang. Ya Tuhan kami, utuslah untuk mereka seorang rasul dari kalangan mereka, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat Engkau, dan mengajarkan kepada mereka al-Kitab (al-Qur'an) dan al-Hikmah (as-Sunnah) serta menyucikan mereka. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. " (QS. al-Baqarah: 127-129) |
|
|
|
|
|
|
|
Akhirnya, doa tersebut terkabul ketika Allah SWT mengutus Muhammad bin Abdillah saw. Doa tersebut terwujud setelah melalui masa demi masa. Selesailah pembangunan Ka'bah dan Nabi Ibrahim menginginkan batu yang istimewa yang akan menjadi tanda khusus di mana tawaf di sekitar Ka'bah akan dimulai darinya. Ismail telah mencurahkan tenaga di atas kemampuan manusia biasa. Beliau bekerja dengan sangat kuat dan komited sebagai wujud ketaatan terhadap perintah ayahnya. Ketika beliau kembali, Nabi Ibrahim telah meletakkan Hajar Aswad di tempatnya. "Siapakah yang mendatangkannya (batu) padamu wahai ayahku?" Nabi Ibrahim berkata: "Jibril as yang mendatangkannya." Selesailah pembangunan Ka'bah dan orang- orang yang mengesakan Allah SWT serta orang-orang Muslim mulai bertawaf di sekitarnya. Nabi Ibrahim berdiri dalam keadaan berdoa kepada Tuhannya sama dengan doa yang dibacanya sebelumnya, yaitu agar Allah SWT menjadikan hati manusia cenderung pada tempat itu:
"Maka jadikanlah hati sebagian manusia cenderung kepada mereka. "(QS. Ibrahim: 37)
Karena pengaruh doa tersebut, kaum Muslim merasakan kecintaan yang dalam untuk mengunjungi Baitul Haram. Setiap orang yang mengunjungi Masjidil Haram dan kembali ke negerinya ia akan merasakan kerinduan pada tempat itu. Semakin jauh ia, semakin meningkat kerinduannya padanya. Kemudian, datanglah musim haji pada setiap tahun, maka hati yang penuh dengan cinta pada Baitullah akan segera melihatnya dan rasa hausnya terhadap sumur zamzam akan segera terpuaskan. Dan yang lebih penting dari semua itu adalah cinta yang dalam terhadap Tuhan, Baitullah dan sumur zamzam yaitu, Tuhan alam semesta. Allah SWT berfirman berkenaan dengan orang-orang yang mendebat Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail:
"Ibrahim bukan seorang Yahudi dan bukan pula seorang Nasrani, akan tetapi dia adalah seorang yang lurus lagi berserah diri (kepada Allah) dan sekali-kali bukanlah dia termasuk golongan orang-orang musyrik. " (QS. Ali 'Imran: 67)
Allah SWT mengabulkan doa Nabi Ibrahim dan beliau yang pertama kali menamakan kita sebagai orang-orang Muslim. Allah SWT berfirman:
"Dan Dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan. (Ikutilah) agama orang tuamu Ibrahim. Dia telah menamai kamu sekalian orang-orang Muslim dan dahulu. " (QS. al-Hajj: 78)
[ Last edited by HUSSAINTAHIR at 6-6-2008 12:54 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2532 HUSSAINTAHIR's post
hussin..tadi akak gi lunch ada sayur peria...
teringat hussin ngan rina....hee..heee ..mana rina ari ni ya ?? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2514 HUSSAINTAHIR's post
Hussain,. pasal panas baran ni ibu juga ada cerita. tapi ibu kadang-kadang terasa malu pulak asyik-asyik ibu ni Ada je nak sampuk cerita. Ada antara kenangan atau cerita-cerita itu tersimpan lama dan tau mau hilang dari kotak ingatan ibu ni dan masih diingati walaupun ada yang dah berlalu puluhan tahun.
Peistiwa mengenai sorang pakcik seorang pensioner dari Pahang yang panas baran ini yang mengerjakan umrah akhir ramadan bersama isterinya. Kadang-kadang kita lihat pakcik ini sangat pengasih orangnya bila dilhat bagaimana beliau melayan isteriinya. Dalam kapal terbang seboleh-bolehnya nak duduk bersebelahan dengan isteri dan dilihat memang loving couple. Beliau juga kurang sihat dan jalan mengunakan tongkat dan tak tinggal ubat-ubatnya. kalau dia marah , dia tak mengira atau ada perasaan malu pada yang lain.
Nak dijadikan cerita, ketika di Jeddah airport ketika urusan penerbangan pulang, entah apa sebabnnya, kalau tak silap pasal bag-bag dan barang-barang yang nak dibawa balik ke Malaysia, semua orang terkejut kerana pakcik ini memarahi dan menengking isterinya dengan kuat sekali. Beliau mengeluarkan kata-kata yang tak sepatutnya hingga mengeluarkan kata menyesal dsb dankatanya dia ingat dia tak balik lagi ke Malaysia dan meninggal di Makkah. Pakcik memarahi isterinya kerana katanya tak menjaga suaminya.
Ibu lalu meluru dan memeluk isteri pakcik dan memujuknya supaya bersabar. manakala suami ibu pula menenangkan suami pakcik tersebut dan membawanya ke satu sudut. ibu mencium dan memeluk isteri pakcik tersebut seerat-eratnya meminta ia bersabar dan jangan menjawab untuk memenangkannya yang sedang menangis.
Kemudian ibu pergi pula kepada pakcik tersebut, minta pakcik bersabar. Ibu pujuknya dengan mengatakan kita dah nak balik malaysia , kami tak mau terjadi sesuatu yang tak elok berlaku antara mereka. Ibu katakan padanya ibu sayangkan pakcik kerana pakcik sebelum itu telah bermurah hati memberi kepada saya sebotol air yang di letakkan di dalam masjidil haram ketika doa panjang yang dibaca oleh imam ketika qiamulail malam 27 Ramadan. Kebetulan air itu telah diberikan kepada ibu ketika di airpot dan beliau menyimpan untuknya sebotol lagi. Ibu katakan saya sayang pakcik macam ayah saya sendiri. Ibu sebutkan perkara itu dengan harapan kata-kata ini akan dapat mengalihkan perasaan marahnya. sebelum itu pakcik itu membebel marahkan isterinya.
Akhirnya suasana kemarahan pakcik itu reda dan kami berbual-bual seperti biasa mengalihkan ke lain-lain topik. selepas itu kami semua pretend seperti tiada apa-apa yang berlaku. Ibu lihat lain-lain jemaah yang bersama-sama kami yang kebanyakannya lebih senior dari kami masing-masing dengan urusan sendiri tak memperdulikan hal pakcik ini.
Dalam hati ibu berkata, sememangnya dari tanahair ibu berjanji dengan diri sendiri ingin menolong atau membantu sesiapa saja mengikut kemampuan dan kudrat ibu ketika di tanah suci. Ibu juga tak sangka, ibu yang dianggap anak oleh pakcik dan makcik ini kerana kebanyakan jemaah kami adalah warga emas secara spontan bertindak meleraikan suasana hangat antara pasangan suami isteri warga emas yang mana suaminya seolah-olah telah hilang kesabarannya di lapangan terbang Jeddah ketika itu.
Astarfirullah Al Azim. Ya.. Allah ampunilah dosa-dosaku di atas tulisanku ini. |
|
|
|
|
|
|
|
Salaam, tumpang lalu...
Ada sesiapa boleh bagi tau YouTube pasal pembesaran Masjidil Haram tu kat page berapa? Dah 100 page ni tak larat nak selak...
syukran... |
|
|
|
|
|
|
|
lemon nak sambung diary lemon ari ni yaa...
tu hari rasa stop kat day 5...
Petang lepas asar afew jemaah lelaki gi naik gua hira utk survey jln..sebab esok sumer akan pergi naik gua hira...
So batch yg pertama ni termasuklah husband lemon....
mereka pergi lepas asar dan turun semula selepas subuh the next day....
Day 6...
Lepas balik dari sembahyang subuh bertembung ngan husband yg baru balik dari gua hira..kesiannya tgk muka dia...kepenatan sgt...tak sempat nak sembang panjang sebab dia letih sgt..
Selepas solat zohor kami semua ada tazkirah ngan ustaz.Tazkirah kali ini hanya berkenaan perjalan jemaah yg pergi ke gua hira semalam.
Kami diberitahu yg program kami utk mendaki gua hira seperti yg terdapat dlm program kami sblm ini akan dibatalkan kerana ustaz lemon berpendapat tidak sesuai utk mendaki terutama bagi kaum perempuan.
Keadaan bukit yg curam selain dari batu2 yg kerap bergolek setiap kali dipijak amat merbahaya utk pendaki yg tiada pengalaman seperti kami ini....
Ustaz sempat menceritakan perjalanan mereka kesana dan tempat duduknya Nabi Muhammad dan batu tempat duduk Malaikat Jibrail sewaktu bertemu Baginda ketika menyampaikan wahyu.
Oleh kerana mereka membawa video cam jadi kami dapat melihat dgn jelas tempat yg dimaksudkan.
Pada sebelah mlmnya pula mereka juga dapat melakukan munajat disana..yg mana saya kira hanya mereka sahaja yg tahu kelebihan yg mereka dapat ....
Oleh kerana program mendaki gua hira telah dibatalkan jadi ustaz telah menukar kepada program lain iaitu lawatan ke Hubaidiyah.
Kami bertolak pada pukul 6ptg menaiki 2 biji van.
Kami sempat menunaikan sembahyang magrib disana dan melihat tapak peninggalan masjid hudaibiyah yg mana disinilah terjadinya perjanjian Hudaibiyah.
Day 7...
Bangun seperti biasa utk solat subuh...
Pada mulanya lemon ingin melakukan tawaf sunat selepas solat subuh tapi oleh kerana hari ini hari Jumaat dan penduduk mekah bercuti...org terlalu ramai diwaktu ini.
Jadi Lemon mengambil keputusan utk menangguhkan dulu niat itu...
Oleh kerana hari ini tidak ada apa2 aktiviti..kami semua hanya pergi kemasjid seperti biasa utk solat sahaja.
Day 8
Selepas zohor kami mempunyai program bersama mutawwif untuk melawat sekitar kawasan masjidil Haram.
Kami bermula di tempat asal telaga zam-zam yg telah ditutup,mimbar masjid dan tempat asal saie...
Seterusnya kami dibawa melawat perkambungan bani Hasyim disekitar masjidil haram dan tapak rumah Saidina Khadijah dan abu jahal
Apa yang begitu menyedihkan lemon ialah tapak rumah saidina khadijah ini telah dijadikan toilet....
Selesai melawat lemon terus pergi kemasjid utk menanti solat asar,magrib dan isya.
Sewaktu menanti solat isyak..lemon dan one of my jemaah sempat gi merayau2 kat hilton...
Selepas isya nanti kami juga mempunyai satu lagi program iaitu makan "Nasi Mandi"
Sebelum itu kami jua mengadakan majlis tahlil untuk kaum keluarga yg telah meninggal dunia. |
|
|
|
|
|
|
|
Nak cerita sikit..Cerita yang dicerita oleh Staff Tabung Haji yang bawa kita..
Kira Mutawiflah...
Dah nak berangkat pulang...
Ada sekumpulan jemaah tu nak buat tawaf wida...
So mana yang sudah buat tawaf wida terus naik Bas yang nak ke Jedah..
Tapi tak boleh bertolak lagi coz ada dua jemaah yang tak habis lagi tawaf wida..
Dok tunggu agak lama juga...barulah nampak 2 jemaah tu..
Mutawif ni tanya ..kenapalah lama sangat buat tawaf wida sedangkan
kumpulan yg lain dah lama selesai...
Dia kata taklah biasalah...
Biasalah lepas tawaf dia saie...
Alamak...
Mutawif tu cakap dia bukan aje buat Tawaf Wida....tapi
Saie Wida sekali...
Inilah akibatnya kurang ilmu n malas bertanya... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2535 sixsix2's post
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2529 Rosputih's post
Kak Ros......
Bab paste gambar ni kena rajin sikit...
Kalau susah sangat ...saya cadangkan masa Kak Ros nak praktikkan kat PC..
cuba online dgn Husain through HP ke...
So any probelm masa tu boleh cakap terus dgn Husain...
Then Husain boleh advise mcm mana nak tackle problem tu...
Saya masa nak belajar tu...sampai sakit n tergeliat jugak tengkuk..
Mata naik berbulu n berair jugak..
Al maklumlah dah lama tak sekolah n tak kerja...
Takut otak dah beku..
he..he.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2540 aziefa's post
kak ros...kalau nak belajar jgn lupa lemon gak...lemon pun tak pandai nak paste gambar....
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2534 Rosputih's post
ibu sememangnya banyak pengalaman..rugi kalau ibu tak curahkan disini...sebab sebaik2 guru adalah pengalaman hidup...
pengalaman inilah yg tidak boleh dibeli kerana harganya sangat tinggi..
ibu mungkin kita semua mempunyai naluri yg sama untuk membantu manusia tetamu ALLAH...kerana kita besyukur kepada tuan tanah barakah ini ALLAH kerana sampaikan kita ke rumahNYA...
salah satu tanda bersyukur adalah bantu membantu sesama manusia..
Sesungguhnya jika kita bersyukur nescaya ALLAH akan tambah nikmatnya |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by aziefa at 6-6-2008 01:54 PM
Kak Ros......
Bab paste gambar ni kena rajin sikit...
Kalau susah sangat ...saya cadangkan masa Kak Ros nak praktikkan kat PC..
cuba online dgn Husain through HP ke...
So any probelm masa tu ...
hehe kalau online ngan makcik Aziefa pun takpe..makcik dah pakar |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by aziefa at 6-6-2008 01:34 PM
Nak cerita sikit..Cerita yang dicerita oleh Staff Tabung Haji yang bawa kita..
Kira Mutawiflah...
Dah nak berangkat pulang...
Ada sekumpulan jemaah tu nak buat tawaf wida...
So mana yang suda ...
mujurlah jemaah tu tak bermiqat di tanaim..lenguh menggu dalam bas hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2539 IDB's post
Nak cerita lagi...
Tapi ini betul betul kena kat saya...
Rakan yang sama rombongan dgn saya....masa tu nak saie...
Masa dekat Bukit Safa tu saya dicuit oleh teman ni...
Dia bertanya dgn saya..."Azie yang dikatakan satu pusingan tu macamana ye???
Adakah dari Bukit Safa ke Marwa atau Bukit Safa ke Marwa n balik semula ke Bukit Safa..
Saya sebenarnya terkejut juga...tapi dgn tenang saya jawab bahawa yang dikatakan
satu pusingan ialah dari Bukit Safa n Marwa.
Terbongkarlah rahsianya..selama ni dia buat satu pusingan ialah dari Safa-Marwa-Safa.
Maknanya dia buat 14 pusingan.....Astaghfirullahalanzim.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2544 HUSSAINTAHIR's post
Tanaim tak per lagi hussin...kalau miqat ke Jikranah....uishhh..maunya terbatal lak tawaf wida' jemaah lain.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2538 aziefa's post
|
|
|
|
|
|
|
memandangkan ramai yg hendak belajar paste gambar dan saya pun kononnya agak free heheh
saya cuba ajarkan disini
1. Gambar yang tuan/puan ada dalam simpanan tuan/puan perlu dimasukkan dalam simpanan online (online storage) contohnya
http://www.flickr.com/
http://www.fotopages.com/
2. saya cuba fokuskan pengunaan flickr, laman web ini perlu di singn up mengunakan email yahoo
3. apabila dan sign up...then login masuk ke flickr tersebut
4.kemudian upload gambar ke dalam flickr..
5. right click mouse pada gambar tersebut maka pilih ikon properties...
6.gambar ini mempunyai url atau addressnya
7.select addressnya http://farm4ll.static.flickr.comjjjl/3082/2553265372_775f4b334b.jpg?v=0?v=0
8.paste kt reply kt thread ini insyaALLAH akan dipaparkan..
selamat mencuba
[ Last edited by HUSSAINTAHIR at 6-6-2008 02:24 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by aziefa at 6-6-2008 02:17 PM
Nak cerita lagi...
Tapi ini betul betul kena kat saya...
Rakan yang sama rombongan dgn saya....masa tu nak saie...
Masa dekat Bukit Safa tu saya dicuit oleh teman ni...
Dia bertanya dgn saya. ...
masih terngia-ngia di telingga kalimah ini
" Dengan nama ALLah yang Maha Pengasih dan Penyayang. Aku mulai dengan apa yang telah dimulai oleh Allah dan RasulNya. Sesungguhnya Safa dan Marwah sebagian dari Syi'ar-Syi'ar (tanda kebesaran) Allah. Maka barang siapa yang beribadah Haji ke baitullah ataupun berumrah, maka tidak ada dosa baginya mengerjakan sa'i antara keduanya. Dan barang siapa yang mengerjakan suatu kebajikan dengan kerelaan hati, maka sesungguhnya Allah Maha Penerima Kebaikan lagi maha Mengetahui" |
|
|
|
|
|
|
| |
|