|
anything to share,your thoughts,feelings anything under the sun....
[Copy link]
|
|
In front of the person you love your heart beats faster
But in front of the person you like you get happy.
In front of the person you love winter seems like spring
But in front of the person you like winter is just beautiful winter.
If you look into the eyes of the one you love you blush
But if you look into the eyes of the one you like you smile.
In front of the person you love you can't say everything on your mind
But in front of the person you like you can.
In front of the person you love you tend to get shy
But in front of the person you like you can show your own self.
The person you love comes into your mind every 2 minutes
You can't look straight into the eyes of the one you love
But you can always smile into the eyes of the one you like.
When the one you love is crying you cry with them
But when the one you like is crying you end up comforting.
The feeling of love starts from the eye,
And the feeling of like starts from the ear.
So, if you stop liking a person you used to like,
All you need to do is cover your ears.
Then, like turns into love feeling.
But if you try to close your eyes
Love turns into a drop of tear and remains in your heart forever
after. |
|
|
|
|
|
|
|
Pelajar yang tertipu
Sekumpulan pelajar perubatan berkumpul untuk melihat seorang pensyarah melakukan pemeriksaan ke atas satu mayat.. mereka berkumpul mengelilingi tempat mayat itu diletakkan..
"Dalam bidang perubatan, ada 2 kualiti yang sgt penting untuk menjadi seorang doktor", kata pensyarah itu.
"ertama.., kamu semua tidak boleh jijik melihat mayat", katanya...sebagai contoh, pensyarah itu mencucuk satu jarinya ke dalam mulut mayat, menariknya semula dan menjilat jarinya itu.
"Sekarang, cuba kamu buat", kata pensyarah itu.
Selepas beberapa ketika, barulah mereka mengikut apa yang mereka lihat. Seorang demi seorang memasukkan jari ke mulut mayat dan menjilatnya. Apabila semua pelajar selesai, pensyarah itu memandang ke arah mereka dan berkata....
"Kualiti kedua yang sangat2 penting adalah pemerhatian yang tajam. Seperti tadi....saya memasukkan jari hantu tetapi menjilat jari telunjuk.....
SEKARANG.....TUMPUKAN PERHATIAN....PAHAM!!!!!lollol |
|
|
|
|
|
|
|
Chot baru lepas tangkap gambar di kedai yang berhampiran dengan
rumahnya. Sekarang, dia cuma perlu menaiki bas untuk ke Jabatan
Imigresen supaya
Dia dapat membuat pasport baru untuk dirinya.
Setelah hampir sejam menunggu di perhentian bas, bas pun tiba. Chot naik
dan disebabkan bas itu penuh sesak, Chot mengambil keputusan untuk
berdiri sahaja sambil tangannya memegang gambar yang baru diambilnya di kedai
tadi. Tiba-tiba, bas itu brek mengejut. Chot terlepas gambarnya itu lalu jatuh
ke bawah tempat duduk penumpang.
Chot tunduk dan mencari gambarnya itu tadi. Bila dia nampak gambar tadi
berada di bawah tempat duduk seorang penumpang, Chot berkata, "Kak...
boleh tolong angkat sikit kain yang akak pakai tu tak? Saya nak ambik
gambar...!!" :bgrin::bgrin: |
|
|
|
|
|
|
|
Kura-Kura Dan Rakan
Kisah Benar : Kura-kura dan rakan kura-kuranyer...
Pada suatu hari, ada 3 ekor kekura (kura kura) nak gi
bekelah bersama sama.
Kekura pertama membawa makanan, Kekura kedua membawa
minuman,sedangkan kekura ketiga tidak membawa apa-apa pun selamber jek lenggang perut. Didalam perjalanan tiba-tiba ujan pun turun dengan lebatnya deras, sehingga mereka tak boleh meneruskan perjalanan.
Kemudian timbul perbualan di antara mereka.....
Kekura I : "Ermmm..... salah sekor dari kita mesti balik untuk amik payung.
Siapa yang nak pegi ni?" Kekura II dan I saling pandang memandang, dan sepakat menuding Kekura III.
Kekura III : "Tak nak ahhh. Aku jalan lambat dan nanti aku nak sampai sini lagilah terlambat. Sure nkorang akan bedal makanan ni semua."
Kekura I & II : "Taklah. Kita orang tunggu sampai engko datang."
Kekura III : "Betul Kalau aku lambat 1 jam?"
Kekura I & II : "Kita orang akan tetap tunggu."
Kekura III : "Kalau 3 jam ??"
Kekura I & II "Kita orang akan tetap tunggu."
Kekura III : "Kalau 1 hari ?? "
Kekura I & II : "Kita orang akan tetap tunggu."
Kekura III : "3 hari "
Kekura I & II :"Kita orang akan tetap tunggu."
Kekura III : "4 hari "
Kekura I & II : "Kita orang akan tetap tunggu."
Kekura III : "1 minggu? "
Kura I & II : ""Kita orang akan tetap tunggu."
Kekura III : "2 minggu?"
Kekura I & II : ""Kita orang akan tetap tunggu!!!!!!! Enko pegi jek lah"
Dengan berat hati, akhirnya Kekura III pun berangkat. Kekura I & II menunggu dengan setia.
Sehari, dua hari dan seminggu telah berlalu. Kekura III tak jugak balik balik.
Setelah dua minggu berlalu, Kekura I & II sudah tidak dapat menahan lapar.
Kekura I : "Aku dah tidak tahan lapar ni . Kita makan,jek lah "
Kekura II : "Aku pun dah nak pengsan nih. Jom ahh kiter perabih makanan nih."
Tiba-tiba Kekura III muncul dari semak-semak dan berseru
"Hoii!!!!!!!!!!!!!!!
Nasib baik aku belom pegi lagi... kalau tak sure engkorang abiskan makanan ni kan kan?!!" |
|
|
|
|
|
|
|
KEMIK
Chot baru habis main bolasepak dan berjalan menuju ke kereta. Tiba
di keretanya, Chot mendapati ada kesan kemik di sebelah pintu pemandu
keretanya seperti terkena bolasepak.
Keesokkan harinya, Chot membawa kereta itu ke woksyop. Mekanik di
woksyop tu yang sememangnya tahu akan ke bendulan Chot, cuba nak
mempermainkan Chot. Dia memberitahu, sekiranya Chot meniup melalui
lubang ekzos keretanya itu... pintu yang kemik itu akan kembung
kembali dan keretanya akan kelihatan seperti sediakala.
Maka, Chot pun pulang ke rumah dan mula meniup melalui lubang ekzos
keretanya itu. Tiada apa-apa yang berlaku. Chot meniup dengan lebih
kuat lagi namun tetap juga tiada apa-apa yang berlaku.
Teman serumahnya, Chet... keluar dan bertanya, "Apa hang buat tu?"
Chot menjelaskan kepada Chet bagaimana mekanik di woksyop tadi telah
mengarahkannya untuk meniup melalui ekzos kereta supaya kemikan di
pintu keretanya akan kembung semula.
Chet menggeleng-gelengkan kepala, ketawa berdekah-dekah sambil
berkata,
"HELOOOO!!! Awat la hang ni mangkuk sangat? Hang kena tutup
semua cermin tingkap kereta ni dulu baru tiup!"
lol:lol |
|
|
|
|
|
|
|
Seorang lelaki rabun dekat pergi ke pameran lukisan. Isterinya ikut sama. Mereka meneliti potret2 itu dengan khusyuk hinggalah si suami tiba2 menjerit...
"Cheh! Inilah lukisan terburuk pernah aku tenagok!" ucap lelaki itu sambil menuding lukisan di hadapannya.
"oi cik abang...itu kan muka awak kat dalam cermin! Tulah, lain kali nak pergi mana2 jangan lupa bawak cermin mata!" balas isterinya sambil menarik telinga si suami. |
|
|
|
|
|
|
|
Surprise
Seorang amoi sedang berada di sebuah kedai kelengkapan binatang.
Amoi : "Aku ingin membeli baju panas untuk anjingku."
Peniaga: "Oh, ada... . boleh saya tahu saiz apa?"
Amoi : "Emm.. tak pasti plak...."
Peniaga: "Okeylah, kalau macan tu.. apa kata u bawa anjing tu kesini?"
Amoi : Ehhh, mana boleh! Saya sengaja tak bawa anjing saya, sebab nak buat suprise." |
|
|
|
|
|
|
|
Terlepas.....
Seorang wanita tua menaiki sebuah bas untuk pulang kerumahnya..
Kerana bas itu sudah penuh.. wanita tua itu terpaksa berdiri..
tiba-tiba ada seorang pemuda bangun dan berkata...
"Silakan duduk makcik..."
"Oh, tidak perlu.. adik duduk la!" Kata wanita tua itu sambil tangannya menekan
bahu pemuda tadi supaya duduk semula..
Pemuda itu duduk semula... Tapi beberapa minit kemudian..
pemudu itu berdiri dan berkata lagi...
"Makcik duduk la..." kata pemuda dengan sopan...
"Tak payah susah-susah... Terima kasih saje. adik duduk sajalah!" Kata Wanita tua
itu sambil menolak bahu pemuda supaya kembali duduk.....
Selang beberapa minit kemudian.. pemuda itu berdiri dan berkata lagi...
"Tak pe la.. makcik duduk la..." kata pemuda masih bersopan santun..
Namun wanita tua itu tetap mengalah dan berkata..
"Adik tak payah risaukan makcik.. Adik duduk ajalah. lagipun makcik
dah nak turun sekejap lagi..!" jawab wanita tua itu sambil menekan bahu pemuda itu supaya kembali duduk..
Sambil melutut pemuda itu memandang wanita tua dan berkata...
"Tolong la Makcik.. saya ni mahu turun dari tadi tapi tak boleh!?
Sekarang rumah saya dah terlepas jauh!" |
|
|
|
|
|
|
|
3 sekawan KURA,ULAT dan KATAK.
3 sekawan iaitu KURA,ULAT dan KATAK.
Pada suatu hari,KURA membuat satu parti secara kecil-kecilan.Dia mengajak ULAT dan KATAK datang ke rumahnya untuk menyambut HARI MERDEKA di rumahnya.Maka,datanglah ULAT dan KATAK berpesta habis-habisan di rumah KURA.Satu jam kemudian,KURA bertanya kepada KATAK.
KURA: "Hei,katak!Aku rasa ada sesuatu je yang takde lah."
KATAK: "...patutlah,rokok dah habis lah!"
KURA: "Betul lah,apa kata kau pergi kejap beli rokok kat kedai depan tu."
KATAK: "Ala... kaki aku sakit lah,dari tadi asyik melompat je.Kau suruh ulat lah pergi beli."
KURA: "Bagus jugak idea kau tu."
ULAT: "Aku malas lah nak pergi beli."
KURA: "Ala...kau tolong lah pergi beli kejap.Kau pun nak hisap rokok jugak kan.Aku dengan katak dah bersetuju nak suruh kau pergi beli.Boleh lah..."
ULAT: "Ok lah,aku pergi beli sekarang."
10 minit...30 minit...1 jam...berlalu,ULAT masih belum pulang lagi dari kedai.KURA dan KATAK berasa bimbang terhadap apa yang terjadi kepada ULAT.KURA dan KATAK kemudian keluar pergi mencari ULAT yang belum pulang lagi.Setibanya di pintu keluar,ULAT sudah pun berada di depan pintu.KURA pun berkata..
KURA: "Hah,itu pun kau.Mana kau pergi dari tadi lagi belum balik?"
KATAK: "Hei,kau tau tak,kau buatkan kita berasa risau je.....Mulut aku dah naik kering ni."
KURA: "Rokok yang aku suruh beli tu mana?"
ULAT: "Hek'eleh....Aku gerak pun belum lagi,tau!"
KATAK: "Habis,dari tadi sampai 1 jam kau buat apa?"
ULAT: "Kau nampak ni,dari tadi lagi aku BELUM HABIS lagi PAKAI KASUT !!!"
lollol |
|
|
|
|
|
|
|
JIRAN MISKIN
Dengan tergopoh-gopoh Neva yang masih kecil itu masuk ke rumah.
"Ayah....Ibu ...!!" teriaknya.
"Jiran kita itu pasti orang miskin ....."
Si Ayah dan si Ibu sangat terkejut mendengar katanya itu kerana sesungguhnya daerah empat tinggal mereka adalah daerah orang yang berada.
"Mengapa kamu mengatakan begitu, sayang?"
"Sebab, mereka sudah kecoh hanya kerana anaknya menelan duit syiling lima puluh sen." |
|
|
|
|
|
|
|
Cinderella
Pader satu hari ader seorang budak pompan bernamer Cinderella. Dia tinggal dgn emak tiri dia dan tiga orang kakak dia punyer laki...eh salah...kakak tiri dia. Saban hari saban waktu dia kener buli dgn kakak kakak tiri dan emak tiri dia. Hari hari dia diperintah oleh manusia manusia yg tak berhati perut nie.
"Cinderella! Amekkan kan aku air cola!"
"Cinderella! Gosokkan baju aku!!!"
"Cinderella! Pi kasi makan kuder aku!"
"Cinderella! Pi gali perigi!"
Pader satu hari, ader satu majlis tari menari pat istana yg dianjurkan oleh Kelab Joget Lambak. Putera raja di negara itu hendak memilih jodoh untuk dijadikan isteri, so dijemputlah sumer anak anak gadis di negara itu untuk menghadiri temasya tari menari.
Tiga tiga kakak tiri dia bukan main excited sekali...mak dia pun samer. So diorang pun preparelah untuk majlis tersebut dgn harapan mereka akan dipilih untuk menjadi isteri putera raja. Mak dia tak masok share pasal mak dia muker pecah, so dia hanyer bleh kasi sokongan moral je kat tiga tiga anak dia nie. Cinderella pun excited jugak, tapi dia tidak dibenarkan pergi unless dia dah habiskan kerja kerja rumah yg ditugaskan kepadernyer. Keraner terlalu sangat ingin pergi ke majlis itu, Cinderella berupaya menyiapkan sumer kerja kerja rumahnyer.
"Ok Emak, sumer sudah habis, Cinderella boleh pergi ke party tu next week ye?" katernyer dgn nada yg cukup gembira.
Mak tiri dia nie sememangnyer tak mahu dia pergi,hati dia busok keraner dia tahu Cinderella memang jembu. So di perintahkannyer lagik untuk terus bekerja.
"Oh kao dah habis ye? Ok sekarang kao cat rumah nie, lepas tu kao pasang cornice letak downlight siket, pastu buat kabinet, pastu buat wiring, kalao dah siap baru kao bleh pergi" perintah mak tiri dia.
Cinderella kecewa, dia tahu there's no way dia bleh buat sumer kerjer kerjer tu by next week, dia boring, duduk termenung sambil terisak isak menangis. Tetiber Fairy Godmother dia turun dari kayangan.
"Aper pasal kao bersedih Cindy?" tanyer fairy godmother
"Sedih ah...takleh pergi party unless sumer kerja kerja nie siap" jawab Cinderella.
"Lerr buat lah kerjer tu...maner tahu kalao sempat"
"Maner bleh sempat....nak jalan pi shopping bebarang lagik, abih nak buat lagik...jalan nak shopping bebarang je dah makan maser dua tiga hari" balas Cinderella.
"Oh pasal tu? don't u worry...i can help u on that" balas fairy godmother
"Camner?" tanyer Cinderella
Si fairy godmother pun amek sekeping buku yg dah lusuh, dia amek tongkat hikmatnyer dan transform tu buku ke satu buku baru yg sangat tebal. Di campakkannyer kepader Cinderella.
"Nak save time? Nah amek nie...Yellow Pages...let ur finger do the walking" |
|
|
|
|
|
|
|
4 orang bakal ayah sedang menunggu di bilik menunggu di hospital sementara isteri masing-masing sedang berjuang untuk melahirkan anak.
Kemudian keluar jururawat dan memberitahu kepada ayah pertama,
"Tahniah, kamu sekarang telah menjadi ayah kepada kembar dua!".
"Mungkin satu kebetulan" kata ayah pertama. " Saya bekerja di Menara Berkembar Petronas"
Kemudian keluar pula jururawat lain dan memberitahu kepada ayah kedua,
"Tahniah! awak mendapat anak kembar tiga!"
"Wooow!, mungkin satu kebetulan" jawab ayah kedua."Saya kerja di 3M Corporation"
Keluar pula jururawat lain dan memberitahu ayah ke ketiga,"Congratulation! isteri you dapat kembar empat," "Alhamdulillah! Mungkin juga satu kebetulan". Saya kerja di Four Season Hotel!"
Pada masa ini ayah yang ke empat kelihatan amat tidak menentu dan gelisah. Kesemua ayah-ayah yang menunggu pun bertanya, "Kenapa risau sangat??" Jawab ayah keempat,"Saya bekerja di Seven-Eleven!"" |
|
|
|
|
|
|
|
Erin (bukan nama sebenar) adalah seorang executive disebuah syarikat pembekal barangan automotif di Shah Alam. Baru bekerja tak sampai setaun tapi popularitinya cukup hebat, cam super star kat kilangnyer tuh...bukan sebab dia cantik...bukan sebab body baeekkk...tapi sebab dia sorng yg cukup ceria...disenangi oleh sume orang...Erin nih kejenyer byk tershitt ngan aktiviti luar...jumpa org sana...jumpa org sini (kononnyer ler)...so mmg jarang la ade kat opis....kalau tgk punch card byk kosong dari berisi...tapi org tak cakap apa...sbb dia kan byk keje luar...mmg
'nature' keje dia cam tuh..Satu ari tengah sedap si Erin mentekedarah kat luar (time keje)...dia rasa gatal2 kat lengan...garu...pas tu gatal kat paha lak...garu lagi...sudah nyer satu badan naik gatal2. Mulanyer dia ingatkan elergik ngan makanan tapi sampai 3-4 hari gatalnyer tuh makin menjadi-jadi..beberapa bahagian
badan kulitnyer dah menebal...semacam kurap dah rupenyer... si Erin mula menggelabah...dgn bantuan beberapa member, si Erin di bawa berjumpa dgn
sorang pawang kat ulu puchong...time tuh separuh kaki die dah tumbuh sisik...Sepanjang perjalanan ke rumah pawang tu si Erin menangis tak henti2...sampai kat umah pawang Erin dah tah bleh berjalan...sampai ke
dada dah bersisik...tinggal buah dada jer yg masih slamat...Tanpa berlengah pawang terus menggelupur membaca mentera...cuba nak selamatkan Erin yg kononnyer terkena badi ular...makin kuat pawang
menggelupur makin cepat bahagian badan erin bertukar jadik bersisik cam ular..sudahnyer sisik sume dah merayap sampai ke muka..Seluruh tubuh Erin
makin pedih...rasa gatal yg teramat sangat terasa bagaikan tak dpt dibendung...Erin menjerit sekuat hati...pawang kat sebelah dah pengsan...cuma bayangan ular yg memenuhi ruang bilik tersebut...asap
berkepul-kepul kluar dari ubun2 kepala Erin...Tiba -tiba satu imej manusia terhasil drp kepulan asap yg kluar dari kepala Erin tuh..
"ehh...MD?...tolong la saya MD...saya janji tamo 'ngulor' dah...pas nih saya buat keje bebetul...kalau MD nak sumpah jadik ular pon sumpah la org yg tengah baca nih...dia pon ngulor jugak tuh"... |
|
|
|
|
|
|
|
Isnin bin Selasa
Assalamualaikum..
Seperti yang kau tau nama aku Isnin bin Selasa....adapun aku dilahirkan pada hari Khamis,sampai ke hari nie aku tak tau apesal tok aku bagi aku nama tue..
maybe hari isnin nie hari dier berkenal dgn bakal bini dier merangkap nenek aku kot... mana lah aku tau kisah cintan cintun diorang nie... takde kuasa aku nak tau...baik aku cerita pasal aku..tak gitu...
Dan untuk pengetahuan kau...seperti yg kau lihat...dan sememangnya dinafikan lagi...aku dilahirkan sehensem-hensem umat...kerana itulah jugak...berebut awek merayu-rayu nak aku jadik pakwe diorang....siap ada listing lagik... Tapi ada satu bende yang sedih....setiap kali awek yg kuar dgn aku mesti break selepas aku ajak diorang naik keta aku...aku pun tak tau apsal..
Intan,awek cun yang aku jumpe masa aku nak beli ikan todak kat pasar borong simpang, taiping perak.dier nie lain sket sebab aku dah janji dgn diri aku...
dier le awek aku yg paling last .... muktamad dah nie...surat - menyurat takkan dilayan.....kalo intan tinggalkan aku....cam awek awek aku yg dulu.. sumpah aku tak nak kahwin... bende yang aku nyampah tue jadik jugak.. setiap kali keluar dating kat taman tasik taiping .... intan akan bersungut dan bersesunggut kalau aku bawak motor kriss aku yang dah tak rupa macam kriss dan jugak tak bershape macam keris... macam macam dier komplen ... dier tau aku keje sebagai driver... takkan takde kete... bawaklah kereta awak tue..takkan nak terperap kat rumah je...tak syok la naik moto.. rambut berserabut lar..muka cair lar...kain terselak lar..malu nanti orang tengok lar..tak buleh nak seksi lar... But aku tak sanggup kerana aku tau kalau aku bawak dier naik kete aku...sure itulah kali last aku akan jumpa intan.... intan sure akan mintak break or maybe menghaibkan diri terus... berdesing telinga aku ...aku cakap kat dier...baiklah....esok aku akan datang naik kete besar....
jauh lagi besar dari kete mesedis.... Seperti yang ku jangka..itulah kali terakhir aku berdating dgn intan...intan terus mengahaibkan diri.....aku dah agak dah mesti terjadi punyer....... Cuma je satu yang aku nak bagi nasihat kat korang korang semua ..
especially depa yang pernah jadi awek aku...or bakal awek aku....jgn korang pandang hina kat orang yang keje cam aku nie....satu hari nanti...ndak tak ndak korang kena naik jugak kereta aku nie.....
Yang Benar
Pemandu Kereta Jenazah
Persatuan Khairat Kematian Kuala Sepetang Taiping Perak. |
|
|
|
|
|
|
|
Suami & Isteri
"Pada suatu pagi, bertanya si isteri pada si suami,
isteri: "Abang tengok jiran kita yg baru pindah tu?"
Suami :"Kenapa?"
Isteri:"Tiap pagi sebelum pergi kerja, suami dia akan cium
isterinya dan bila pulang kerja, dia akan berikan isterinya sekuntum
bunga mawar, loving betullah mereka. Kenapa abang tak buat
macam tu?"
Suami : "Nak mampus... mana abang kenal isteri dia?"
Isteri: ?????? Bengang!!!! |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|