|
Reply #261 Syd's post
OIC..no komen. ![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Aspirasi: Elakkan `double standard' dalam isu baju seksi
Oleh Ramli MS
"ASSALAMUALAIKUM. Minggu ini saya ingin bercakap mengenai isu pakaian seksi artis yang sering dipandang serong oleh masyarakat. Tapi, saya seorang yang neutral. Keterlaluan artis berpakaian seksi di Malaysia bagi saya, tidak ada. Lazimnya produser TV akan memantau pakaian artis kita yang dikatakan seksi.
Kalau anda mengatakan pakaian tidak cocok, buta warna, kadang-kadang memang ada. Tapi, kalau yang menjolok mata, saya tidak kira yang itu keterlaluan. Terus terang saya katakan, Jaclyn Victor memakai pakaian di bawah paras bahu atau konsep berkemban.
Saya melihat secara positif. Perempuan mana tidak mahu kelihatan anggun, elegan? Sekiranya perempuan itu mempunyai bentuk tubuh yang hampir sempurna dengan bahu yang lebar, ketinggian yang melebihi 176 sentimeter, kaki yang panjang, dia mesti ingin kelihatan cantik apabila berpakaian.
Kalau pelakon itu membawakan watak sebagai penari atau pelayan dalam drama atau filem, takkan penampilannya harus bertudung atau mengenakan baju kurung?
Berbalik kepada cerita Jaclyn. Kalau kita melihat zaman dulu-dulu, siapa yang tak pernah berkemban. Siti Tanjung Perak pun berkemban di sebabkan wataknya sebagai seorang ibu yang kuat berleter. Tapi, itu hanyalah di dalam filem.
Kalau orang Inggeris berkemban atau memakai bikini, kenapa tidak dipersoalkan? Sekiranya penyanyi seperti Waheeda berkemban, mungkin anda cakap dia buang tabiat! Kita tidak boleh melihat semua artis secara total. Kalau individu seperti Jaclyn, dia bangsa bukan Melayu di dalam sebuah negara demokrasi.
Bangsa yang lain pun ada budaya mereka sendiri. Kita tak boleh memaksa artis seperti Jaclyn, memakai pakaian yang lebih sopan. Saya tak rasa Jaclyn seorang yang keterlaluan apabila berpakaian ataupun hipokrit. Bagi saya, apabila Jaclyn berpakaian berkonsepkan berkemban, dia tampak elegan.
Berdirinya Jaclyn di atas pentas, orang memandang dan mendengar nyanyiannya. Saya melihat, penampilan Jaclyn tidak ada yang over! Jadi, kita sebagai orang Melayu yang kaya dengan budaya sopan, apabila Jaclyn berkemban, anda berasakan tidak sopan.
Tapi, apabila kita beralih siaran TV, melihat JLO atau Angelina Jolie, wah seksinya! Kenapa terjadi begitu? Adakah kita merungut, artis berkenaan tidak sopan? Tapi, apabila Jaclyn, apa ni, pakai an menjolok mata! Ini yang kita namakan double standard.
Sedangkan seseorang yang tinggi kedudukannya dalam komuniti masyarakat Melayu, pun pernah didapati bersalah. Jadi, di sini saya tidak menggalakkan artis-artis berpakaian yang keterlaluan. Kalau anda pergi ke cabang lain, misalnya modelling, anda melihat lagi banyak pakaian yang menjolok mata!
Bagi saya, satu saja. Sekiranya anda mempunyai tubuh badan yang hampir sempurna, memperagakan pakaian yang menampakkan anda elegan, saya rasa tak keterlaluan. Lainlah kalau anda mengenakan pakaian yang mengghairahkan. Pakaian seperti itu memang tidak boleh, ia keterlaluan. Ia melanggar batas berbudaya kita.
Jadi, berpada-padalah. Semestinya saya perlu membela artis sebab saya juga orang seni. Cuma kadang-kadang itu, anda tidak boleh melihat perkara berkenaan secara total. Saya tidak memberi kebebasan untuk berpakaian agak seksi, Kalau bentuk badan anda cantik, apa salahnya anda berpakaian elegen?
Artis seperti Nasha Aziz, Nur Fazura atau Maya Karin, nama-nama seperti itu, anda boleh bayangkan, sekali sekali mereka memperagakan pakaian yang elegan untuk membawa diri mereka sebagai seorang artis. Tapi, jangan pakaian yang keterlaluan, mengghairahkan atau menjolok mata.
Baiklah, hingga kita bertemu lagi, wassalam." |
|
|
|
|
|
|
|
yeaaah... suka.suka.
jaclyn terbela. |
|
|
|
|
|
|
|
Aspirasi: Ikon Malaysia pertandingan demokrasi sihat
Oleh Ramli MS
[email protected]
Jadi, isu siapa yang patut jadi ikon, walaupun dia sudah lama menyanyi, ataupun dia budak baru menyanyi, tidak seharusnya timbul di sini
揂SSALAMUALAIKUM. Sebelum saya bercakap mengenai aspirasi saya minggu ini, saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada Editor Bintang Popular, Roslen Fadzil yang akan berhijrah ke tempat lain mulai Ogos depan. Saya dimaklumkan Bintang Popular minggu ini adalah yang terakhir mendapat sentuhan daripadanya. Saya mendoakan Roslen agar dia terus sukses di tempat baru, insya-Allah.
Terima kasih juga di atas kerjasamanya selama ini, lebih-lebih lagi sumbangannya kepada dunia penulisan berteraskan hiburan.
Baiklah, hari ini saya ingin bercakap mengenai program hiburan baru di Astro Ria iaitu Ikon Malaysia. Saya sengaja tidak mahu menulis pada awal kemunculan Ikon Malaysia di kaca TV tapi, menjelangnya peringkat akhir rancangan berkenaan, barulah saya mahu menulis mengenainya.
Banyak kontroversi yang saya baca di dalam akhbar, selain daripada percakapan dari telinga ke telinga. Di sini saya ingin mengulas sedikit mengenai Ikon Malaysia. Program Ikon Malaysia ini hanya sekadar nama, dipakai, dipinjam.
Kalau ia dilihat dari segi ertinya ikon, memang ia sesuatu yang besar, itu tidak dapat dinafikan. Jika tersalah tafsir, orang ramai termasuk orang seni sendiri, mempunyai hak tersendiri untuk mengklasifikasikan tafsiran ikon itu.
Bagi saya, perkataan Ikon Malaysia hanya dipinjam untuk menjayakan program terbaru ini. Di sini, saya ucapkan syabas kepada semua peserta yang begitu berani memasuki pertandingan ini. Bagi saya, semangat yang seperti ini seharusnya dicontohi.
Kalau anda berasakan diri anda dieksploitasi menerusi program ini, saya rasa anda salah. Anda sebenarnya tidak melihat kepada isu yang positif dari segi persembahan secara live. Anda boleh mengulangi setiap patah nyanyian anda 100 kali di dalam studio, tapi tidak di dalam persembahan live!
Semuanya diukur. Kebolehan nyanyian dan kreativiti anda sebagai penyanyi yang membuat persembahan secara live. Juri juga sudah mendengar anda menyanyi di dalam album dan ada juga yang pernah bekerjasama dengan penyanyi berkenaan.
Jadi, persembahan anda itu memang diambil kira semasa persembahan live. Sebab itulah saya kagum dengan peserta yang mengambil bahagian walaupun ada sesetengah peserta itu tahu yang dirinya tidak akan sampai ke peringkat seterusnya, tapi dia tetap mencuba kerana sikap berani yang ada dalam diri mereka.
Di situ anda boleh tahu, standard anda di mana. Bagi saya, Ikon Malaysia adalah satu pertandingan demokrasi yang sihat. Jadi, isu siapa yang patut jadi ikon, walaupun dia sudah lama menyanyi, ataupun dia budak baru menyanyi, tidak timbul di sini.
Bagi saya, budak baru kalau dia bekerja keras, lagi 10 tahun, namanya akan jadi besar. Siapasiapa pun kalau bekerja keras, namanya akan jadi besar! Jadi, kita tidak boleh memandang rendah keupayaan orang-orang baru yang nak masuk dunia seni ataupun yang menyertai Ikon Malaysia.
Bagi saya, suatu hari nama mereka akan jadi besar seperti mana kita dulu-dulu memasuki industri ini. Justeru, keberanian peserta yang menyertai Ikon Malaysia, memang saya kagum walaupun bakat mereka masih mentah.
Saya berani cakap, kalau kita ada orang-orang yang sebegini berani, industri kita lagi lima atau 10 tahun nanti, akan jadi lebih besar. Saya juga mengucapkan tahniah kepada Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) dan Astro kerana menganjurkan pertandingan seumpama ini yang bagi saya memberi manfaat kepada artis untuk mendapat perhatian di rantau Asia.
Bagi saya, kalau ikon yang sebenarnya hendak dipilih, memang seseorang itu akan diselidik, di x-ray hingga ke urat saraf mereka, barulah diiktiraf dirinya layak bergelar ikon, tapi tidak untuk program Ikon Malaysia. Dah saya katakan tadi, perkataan ikon hanya dipinjam untuk program ini sematamata.
Jadi, bagi saya, saya ketepikan program yang dipinjam, soalnya sebagai juri mereka harus memilih seseorang yang boleh membawa nama Malaysia di atas bahu mereka. Apabila bertanding di peringkat Asia nanti, mereka akan bertemu dengan peserta dari Indonesia dan Filipina.
Bagi saya, positifnya Ikon Malaysia apabila anda bekerja keras sehingga anda dapat imbuhan daripada program ini iaitu negara seperti Indonesia dan Filipina mengenali bakat anda sebagai penyanyi. Kalau untuk anda melepasi tahap mewakili Malaysia, bukanlah sewenang-wenangnya anda boleh melepasi tahap itu walaupun anda seorang penyanyi yang sudah lama menyanyi. Semuanya dinilai dari segi kreativiti yang segar.
Saya ucapkan syabas kepada finalis Ikon Malaysia seperti Jaclyn Victor, Dayang Nurfaizah, Flopp Poppy dan OAG yang antara mereka akan bertanding mewakili Ikon Malaysia di peringkat Asia. Bekerjalah dengan lebih keras bersama idea yang baru.
Apabila salah seorang daripada mereka sudah dinobatkan sebagai Ikon Malaysia, pastinya standard mereka melebihi tahap yang ada.
Kesimpulannya, saya sendiri pernah melalui perkara seumpama ini di zaman permulaan kerjaya seni saya apabila seseorang itu tidak mahu bekerja dengan saya dengan alasan saya pemuzik baru. Saya mengatakan kepada dia, suatu hari nanti, saya akan terbitkan album untuk dirinya dan ia akhirnya terjadi!
Samalah seperti sekarang, selepas 32 tahun, kita sememangnya tidak boleh memandang rendah kepada artis baru yang baru hendak memulakan kerjaya mereka, suatu hari, mereka akan jadi lebih besar daripada kita. Jadi, beringat-ingatlah sedikit.
Kalau kita rasa kita bagus dalam apa saja bidang, ada orang lebih bagus daripada kita. Kalau orang itu ingat dia lebih bagus daripada semua orang, hanya satu saja yang mengetahui segala-galanya, zat yang di atas (Allah).
Wassalam. |
|
|
|
|
|
|
|
[quote]Originally posted by Syd at 17-7-2007 09:43 AM ![](http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif)
Aspirasi: Ikon Malaysia pertandingan demokrasi sihat
Oleh Ramli MS
[email protected]
Kalau kita rasa kita bagus dalam apa saja bidang, ada orang lebih bagus daripada kita. Kalau orang itu ingat dia lebih bagus daripada semua orang, hanya satu saja yang mengetahui segala-galanya, zat yang di atas (Allah). [/quote]
suke dan setuju ngan frasa ni |
|
|
|
|
|
|
|
Aspirasi: Definisi menyanyi jerit-jerit memang tidak ada
Oleh Ramli MS
Pengadun bunyi memainkan peranan besar dan penting untuk pantau frekuensi bagi menentukan tahap suara penyanyi
揂SSALAMUALAIKUM. Jerit, jerit, jerit! Penyanyi menjerit! Satu ungkapan yang diklasifikasikan oleh kebanyakan pendengar sebagai membingitkan suasana. Dulu, ketika zaman analog, saya tak dengar cerita seumpama ini. Tiada juga pertanyaan yang diajukan mengenai perkara yang sama kepada saya.
Minggu ini saya ingin menerangkan kenapa penyanyi itu apabila menyanyi, anda katakan dia sedang menjerit. Bagi saya, semua penyanyi tidak menjerit. Pernahkah anda merungut apabila mendengar seseorang penyanyi itu menjerit-jerit di dalam album? Saya tak rasa anda akan beranggapan begitu.
Cuma, apabila anda melihat, mendengar penyanyi itu menyanyi secara live, baru anda mengatakan dia menyanyi terjerit-jerit! Di sini ada dua sebab kenapa anda mengatakan penyanyi itu menjerit. Pertama, tahukah anda, sesiapa saja apabila empunya diri menyanyi pada notasi tinggi seperti aras nota E, beliau perlu mengerahkan semua tenaga untuk mencapai tahap notasi itu.
Sekiranya tidak ada tenaga, akan kedengaran notasi itu tidak sampai. Jadi, beliau perlu mengerahkan seluruh tenaga dan pernafasan untuk sampai ke tahap notasi E. Apabila anda mendengar beliau menyanyi secara live di notasi E, ada satu alat yang anda perlu tahu iaitu compressor yang dikendalikan oleh pengadun bunyi.
Compressor diletakkan di tempat pengadun bunyi atau jurutera bunyi dalaman. Pengadun bunyi perlu memproses ketika latihan. Kalau si penyanyi menyanyi pada nada yang tinggi, pengadun bunyi perlu memproses suara penyanyi itu supaya tidak sampai ke distort dan memadatkan tahap kekuatan suara penyanyi itu supaya kita tidak sakit telinga.
Nyanyiannya pula dibantu equaliser yang memantau mana-mana frekuensi yang menyakitkan telinga. Di sini anda harus faham, apabila penyanyi menyanyi pada tahap yang begitu tinggi sehingga melepasi notasi E, mereka perlu bantuan compressor.
Kalau anda melihat Jaclyn Victor misalnya, kenapa dia meletakkan mikrofon di kawasan dahinya apabila dia menyanyi? Beliau adalah penyanyi yang pernah menyanyi di kelab malam. Di kelab tidak ada compressor. Jadi, dia harus menjauhkan mikrofon dari mulutnya supaya tahap yang diterima akan mengecilkan distort.
Pengadun bunyi juga bertanggungjawab memantau frekuensi yang menyakitkan telinga di dalam dewan mahupun di kaca TV. Kalau anda duduk di hadapan pembesar suara pada satu konsert, cuping telinga anda tidak sakit apabila adanya pengadun bunyi yang mahir.
![](http://www.bharian.com.my/Entertainment/BintangPopular/BipopImages/Variasi/30farah.jpg)
Jadi, saya harap anda jangan lagi melabel penyanyi itu menjerit ketika menyanyi. Notasi E adalah satu ketinggian nota yang biasa bagi penyanyi yang mempunyai range yang tinggi. Bagi saya, Farah Akademi Fantasia 2 (AF2) pernah menyanyi di notasi G, empat notasi lebih tinggi.
Liza Aziz pula pernah menyanyi pada tahap A flat, lebih tinggi. Jadi, bukan masalah jerit itu anda mengklasifikasikan penyanyi itu menyanyi menjerit-jerit. Sebenarnya ia adalah satu teknik apabila terdapat notasi yang begitu tinggi, penyanyi itu memerlukan seluruh tenaganya untuk menyanyi sampai ke tahap itu.
Lainlah kalau anda mendengar nyanyian era 50-an, 60-an, dan 70-an, penyanyi itu tidak menjerit, saya tahu. Tapi, anda harus faham, mereka menyanyi pada nada yang rendah. Zaman berubah, muzik juga berubah. Bagi saya, kalau seseorang penyanyi itu menyanyi mencapai notasi E, seharusnya anda faham.
Menyanyi pada nada yang begitu tinggi menggunakan suara alto, tidak menggunakan falsetto headtone, siapa-siapa pun boleh menyanyi melepasi tahap itu, tapi apabila seseorang itu menyanyi menggunakan alto tone, beliau perlu mengerahkan seluruh tenaganya untuk sampai ke nada yang tinggi itu.
Ia adalah satu anugerah Tuhan apabila tidak semua penyanyi dapat mencecah ke notasi E. Ada juga penyanyi yang tidak sampai ke nada tinggi, sekalipun hanya notasi C. Jadi, definisi menyanyi jerit-jerit memang tidak ada. Anda perlu tahu, pengadun bunyi juga memainkan peranan yang besar dan sangat penting.
Baiklah, setakat ini saja dulu, insya-Allah kita bertemu lagi minggu depan, wassalam. |
|
|
|
|
|
|
|
terima kasih la Ramli MS sebab clearify kan benda nih.. pening paler bila orang ramai suka labelkan seorang penyanyi tu sebegai menjerit.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #268 ss_arjuna's post
itula.. aku pon tak paham.. knape org taley bezakan antara menjerit dgn belting |
|
|
|
|
|
|
|
menjerit tu camneh...
arrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr |
|
|
|
|
|
|
|
Yeahhhhh...lepas ni boleh nyanyi jerit-jerit :pompom:
Eh... abih tu Syafinaz selalu cakap "jangan jerit" tu...apa pulak ?
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply #271 houdini's post
maksudnye penyanyi tu mmg menjerit ![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #272 jac_diehard_fan's post
Penat je Ramli MS explain pasal tak wujud term nyanyi menjerit
|
|
|
|
|
|
|
|
tp bila farah nynyi nmpk seksa sgt. mcm nk muntahkan sume dlm tekak. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #273 houdini's post
|
|
|
|
|
|
|
Reply #274 micha's post
farah pnye jeritan ade vibrato cam zz tu yg kedengaran camtu kot :re: |
|
|
|
|
|
|
|
Aspirasi: 'Jangan ego kerana zaman sentiasa berubah'
Oleh Ramli MS
[email protected]
Kemasukan artis luar ke pasaran tempatan wajar jadi iktibar
揂SSALAMUALAIKUM. Memang berat hati saya nak menulis isu ini, khuatir disalahertikan. Saya pernah menulis isu seumpama ini sedikit masa dulu, tapi dalam konteks yang tidak terang-terangan, sekadar kiasan. Tapi sekarang isu ini semakin memuncak diperkatakan.
Terus terang saya kata, isu ini agak sensitif untuk diperkatakan. Namun, apabila Berita Minggu meminta saya mengupas isu ini, saya terpaksa juga bercakap mengenainya. Jadi, hari ini saya nak bercakap mengenai artis luar yang mudah diberi peluang muncul di arena muzik tempatan sehingga timbul cakap-cakap yang mengatakan artis sendiri dianaktirikan.
Dalam konteks ini, kita tidak boleh menyalahkan karya luar masuk terlalu bebas ke negara kita. Bagi saya, kuasa pembeli dan kuasa pendengar adalah mutlak. Kita tidak boleh mempertikaikannya. Kalau dilihat daripada proses pembikinan album untuk artis tempatan, kuasa mutlak terletak di tangan syarikat rakaman untuk sebarang kelulusan penerbitan.
Selepas itu, ada satu lagi kuasa mutlak yang datangnya dari stesen radio dan penyampainya. Akhirnya kuasa pembeli iaitu peminat atau orang ramai untuk menerima karya berkenaan mahupun sebaliknya. Itu dalam konteks penghasilan album atau karya tempatan.
Bagi memperkatakan kemasukan karya luar ke negara kita, bagi saya, syarikat rakaman juga yang bertanggungjawab memasukkannya, diikuti dengan stesen radio dan apabila orang ramai mendengar karya berkenaan, mereka suka lalu membeli produk itu. Mereka tak suka karya itu, mereka tak beli.
Begitu juga dengan konsert artis luar. Modal promoter membiayai konsert berkenaan, kalau untung, untunglah, rugi nak buat macam mana.
Berbalik kepada kisah kenapa artis luar disanjung berbanding artis tempatan. Kalau kita lihat zaman dulu, 20 tahun lalu, kita ada zaman Search, Wings, Francissca Peters dan ramai lagi yang seangkatan. Kalau dilihat zaman Search, dibanding artis 60-an, sudah ketinggalan zaman. Zaman berubah.
Apabila kita lihat zaman 90-an, kita ada macam-macam artis, KRU, Indigo dan sebagainya. Apabila dilihat pada zaman sekarang, zaman mereka sudah berlalu. Sama halnya dengan kemasukan artis luar. Dulu orang meminati Tina Tunner, Lionel Richie, selepas itu zaman mereka dah berlalu.
Kini masuk pula zaman Britney Spears, Celine Dion, tapi apabila nama itu jika dibandingkan hari ini, zaman mereka sudah berlalu. Sekarang ni kita ada Linkin Park, Avril Lavigne, itu yang dari Barat. Kalau dari Indonesia, zaman Hetty Koes Endang, Titiek Puspa, Slank, mendiang Broery Marantika, sudah tidak ada lagi.
Sekarang ni zaman Ungu, Peterpan, Radja, Letto dan Samsons. Jadi, kita perlu faham, zaman berubah, cita rasa turut berubah. Pendengar di negara kita mempunyai kuasa yang mutlak. Sememangnya kita kekurangan artis, tapi bagi saya, untuk stesen radio, pembeli menerima karya luar, tidak harus dilihat secara negatif.
Bagi stesen radio pula, mereka mempunyai proses perniagaan yang perlu ditanggung untuk rating apabila pendengar suka kepada stesen berkenaan kerana memutarkan lagu mengikut cita rasa mereka. Soal perniagaan radio ini saya tak nak ambil tahu, itu urusan mereka.
Tapi, jangan salahkan stesen radio apabila menyiarkan lagu atau karya luar. Kalau lagu tempatan kita sedap didengar, lagu kita fresh, mempunyai kreativiti yang tinggi, saya yakin, stesen radio akan memutarkan karya kita. Saya tak percaya stesen radio anak tirikan karya tempatan, termasuk promoter.
Lihat saja Mawi. Siapa nak merungut pasal Mawi? Mawi hari-hari ada show. Dia artis tempatan. Tapi, kenapa dia diterima? Sebabnya, zaman sekarang zaman Mawi. Mungkin 10 tahun akan datang, tiba giliran orang lain dan Mawi tak boleh merungut, melainkan jika Mawi mempertahankan popularitinya untuk 10 tahun akan datang.
Jadi, kemasukan artis luar sebenarnya kita perlu pelajari, apa kelebihan mereka diterima di sini. Bagi saya, best man wins! Tidak ada istilah dianaktirikan. Sebagai anak seni, memang susah untuk kita mempertahankan populariti. Bukan kata artis, ini termasuklah karyawan seni seperti komposer.
Lihat saja dulu, kita ada kemasyhuran zaman Manan Ngah, A Ali, Shaari Amri, Fauzi Marzuki dan ramai lagi. Sekarang ni penciptaan dan penghasilan lagu dikuasai Audi Mok, Ajai, Aidit Alfian, ini zaman mereka. Dah saya katakan tadi, zaman berubah. Jadi kita juga perlu mengikuti peredaran zaman.
Namun, saya tidak kata, kita perlu pelajari atau mengikut muzik Indonesia. Saya hanya mempersoalkan, kenapa muzik dari Indonesia mudah diterima? Jadi, dari situ, jangan ego kepada diri sendiri. Mempelajari sesuatu yang baru adalah penyambung kehidupan untuk hari esok.
Dalam konteks mempelajari, kita mengetahui apa yang kita tidak tahu. Saya sendiri pun, hari-hari saya perlu belajar perkara yang baru dalam kehidupan. Tak kiralah muzik, kehidupan harian dan sebagainya. Buanglah ego diri kita untuk mempertingkatkan lagi kualiti hidup.
Kita perlu faham, selain diri kita, banyak pihak yang terbabit untuk penghasilan satu-satu lagu itu termasuk syarikat rakaman, stesen radio, pendengar dan pembeli. Jadi, kita perlu faham, kita perlu hiburkan mereka sebab merekalah yang membeli.
Apabila mereka tak mahu beli sesuatu karya itu, adalah yang tak kena dalam muzik kita. Samalah halnya jika anda buka gerai nasi lemak, tak laku, anda kena fahamlah. Orang lain buat nasi lemak, laku. Padahal menggunakan bahan atau inti pati yang sama seperti nasi, ikan bilis dan ayam. Kelebihannya cuma garam dan gula, pedas dan tak pedas.
Bagi saya, soal kementerian yang terbabit, hal politik, saya tak mahu cakap. Mereka lebih tahu apa yang mereka buat. Namun, perlindungan seharusnya ada untuk kita. Bab memberi kebebasan kepada artis luar, pihak yang berkenaan, lebih mengetahui.
Jadi, belajarlah sesuatu dari mereka yang terdahulu atau fahami maksud best man wins! Yang terbaik itu adalah pemenang.
Setakat ini saja untuk minggu ini, wassalam. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #3 summer_snow's post
kata2 dia memang betul gak, tapi diri dia pun tak betull , contoh: pakai subang, keluar statment artis2 seksi atk apa? ahaks! ![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Aspirasi: Orang baru contohi disiplin, semangat kental artis lama
Bersama Ramli MS
![](http://www.bharian.com.my/Entertainment/BintangPopular/BipopImages/Variasi/13lama.jpg)
DARI (kiri): Azean Irdawaty, M Nasir
dan Sharifah Aini.
Kagum melihat kecekalan Azean Irdawaty yang hadir FFM20 walaupun hidap barah
揂SSALAMUALAIKUM. Terdetik hati saya ingin menulis topik minggu ini apabila saya melihat azam dan kecekalan insan seni yang mahu terus berjuang. Itulah orang seni yang tulen yang tidak pernah mahu mengalah walaupun keringat untuk memperoleh imbuhan tidak seberapa berbanding artis zaman sekarang.
Artis dulu lebih mengutamakan disiplin dalam kerjaya mereka. Saya memberi contoh ketika saya berada di Festival Filem Malaysia ke-20 (FFM20) di Pulau Pinang minggu lalu apabila Azean Irdawaty dinobatkan sebagai Pelakon Pembantu Wanita Terbaik. Dia begitu cekal, sekalipun tidak sihat selepas menjalani rawatan kimoterapi, dia tetap hadir di FFM20 walaupun perlu berkerusi roda.
Tahniah saya ucapkan kepadanya di atas trofi yang dimenanginya. Semangat beliau sungguh kuat. Memang kita tak boleh membandingkan keadaan pelakon di Hollywood dan Malaysia. Kalau artis Hollywood lebih berumur, lebih mahal harganya dan lebih eksklusif. Nama-nama seperti Robert De Niro, Al Pacino dan Clint Eastwood begitu gah sehingga hari ini.
Kalau di Malaysia, saya melihat kita masih ada pelakon yang gah seperti Datuk Rahim Razali dan Azean Irdawaty. Mereka masih aktif dalam dunia lakonan. Itulah semangat yang orang baru harus melihatnya sebagai rujukan.
Itu dalam bidang lakonan, kalau nyanyian pula, saya melihat M Nasir masih lagi bertahan sehingga hari ini. Karyanya masih segar. Rujukan yang seperti inilah yang sepatutnya kita melihat dan mencontohinya kalau ingin memanjangkan lagi hayat kerjaya kita. Kita ada juga artis seperti Datuk Sharifah Aini, dalam diam-diam, tapi masih aktif selepas berpuluh tahun menyanyi.
Dalam usianya seperti hari ini, Sharifah Aini terus diberi peluang menjayakan persembahan Muzika Arabia pada 16 hingga 18
Ogos ini di Istana Budaya, Kuala Lumpur. Saya ucapkan tahniah kepada insan seni yang masih bertahan sehingga kini. Mereka terus ditempatkan di barisan paling depan dalam dunia seni. Mereka masih diterima peminat.
Semangat yang seperti inilah yang seharusnya ada untuk generasi yang akan datang. Bagi saya, jangka hayat yang memanjangkan kerjaya insan seni seperti mereka, kita seharusnya mempunyai semangat yang kental, diikuti kerja keras dan selalu memperbaharui apa kelemahan kita dan memperbanyakkan kreativiti yang segar. Disiplin yang tinggi seharusnya kita jadikan contoh.
Tak dinafikan, jumlah artis Barat yang jangka hayat kerjaya seninya bertahan lama, lebih jauh jumlahnya berbanding negara kita. Perkara itu berlaku kerana beberapa aspek. Mereka diawasi sekumpulan orang yang betul-betul mahir dalam bidang berkenaan. Kalau bidang pakaian, seni suara, pengurusan waktu dan macam-macam lagi, semuanya dijaga terlalu rapi.
Tapi, artis kita zaman dulu yang bertahan hingga hari ini, mereka tidak ada kemudahan yang saya nyatakan tadi. Mereka tidak pernah ada pengurus, yang ada cuma diri sendiri. Berbekalkan disiplin diri. Tapi, apabila diminta datang jam 8 malam untuk rakaman, jam 7 malam sudah bersedia. Jadi, pucuk pangkal adalah diri sendiri.
Cuma kesenangan artis zaman sekarang, terlalu mewah dengan benda-benda yang menampakkan gah diri mereka. Tapi, saya tidak mengatakan artis sekarang naik lemak. Bagi saya, artis sekarang lebih bertuah berbanding artis dulu dari segi bayaran, layanan, kemudahan dan sebagainya, mereka mendapat satu pertolongan yang tidak diperoleh artis terdahulu.
Jadi, saya perhatikan, artis zaman dulu lebih cekal, kuat dan kental semangat mereka. Apabila saya melihat Azean berjalan menerima trofi di pentas FFM20, semangatnya begitu cekal. Mungkin semangatnya yang kalau dilihat dengan mata kasar, kita sekadar boleh cakap, kasihan. Tapi, jika dilihat puluhan tahun dulu, seperti mula-mula dia memulakan kariernya sehingga hari ini, kita dapat rasakan semangat Azean begitu kuat untuk dirinya. Semangat artis lama memang begitu, mereka cekal.
Jadikan insan seni yang berjaya dalam karier mereka untuk jangka hayat yang lama sebagai rujukan kepada artis zaman sekarang. Rujukan untuk kita lebih maju ke hadapan. Jangan mensia-siakan peluang yang hadir sekali dalam hidup dengan perkara yang buang masa saja. Hargailah masa untuk masa depan yang lebih gemilang, disusuli kerja keras anda.
Setakat ini saja untuk minggu ini, Insya-Allah kita bertemu lagi minggu depan, wassalam. |
|
|
|
|
|
|
|
Aspirasi: 慣uai padi antara nampak, esok jangan rindu-rinduan... |
|
|
|
|
|
|
| |
|