|
Rockensteiners[Faizal Tahir FC]Keahlian dibuka!
[Copy link]
|
|
Penyambung warisan Malaysia
Oleh NOR FADZILAH BAHARUDIN
[email protected]
SUDAH memasuki usia 15 tahun, penganjuran Anugerah Industri Muzik (AIM15) sememangnya sudah dewasa.
Gabungan pelbagai kepakaran daripada segenap aspek dari sudut pandang perniagaan seni sekali gus memperlihatkan AIM boleh dianjur dengan mudah.
Masakan tidak, sesiapa saja yang bergelar karyawan muzik mahu turut serta dalam acara prestij yang mengiktiraf kerja-kerja muzik anak tempatan.
Lalu, penganjuran AIM15 tempoh hari membariskan wajah-wajah yang lazimnya beraksi di pentas (barangkali juga, Malaysia kekurangan penyanyi) acara-acara besar seperti itu.
Formula yang diperkenalkan dalam AIM kali ini menyaksikan elemen perpaduan sebagai teras utama persembahan.
Semua itu diterjemahkan oleh penganjur berpaksikan rasa tanggungjawab terhadap usaha memupuk perpaduan yang berterusan di kalangan rakyat Malaysia.
Dan AIM merupakan platform paling tepat lantaran kolaborasi karyawan muzik tidak hanya terbatas pada satu kelompok kaum sahaja.
Lalu, muncullah Boomerangx dan Karen Kong mewakili kaum masing-masing memberikan persembahan mengikut budaya dan acuan mereka sendiri.
Jarang sekali pendekatan sedemikian diambil oleh AIM kerana lazimnya kita merujuk AIM kepada 慉nugerah Industri Muzik Melayu |
|
|
|
|
|
|
|
Detik manis Faizal Tahir
Oleh Zul Husni Abdul Hamid
Faizal Tahir
| Wira baru dalam industri hiburan genggam empat trofi pada Anugerah Industri Muzik Ke-15
DALAM kekalutan untuk membangunkan semula karier seninya yang pernah terhenti seketika, namun kembali diuji apabila terus dihukum lantaran kesilapan silam ternyata masih ada sinar yang menanti dalam perjalanan seni Faizal Tahir.
Anugerah Industri Muzik (AIM) 15 yang berlabuh di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), malam kelmarin menyaksikan sebutir lagi bintang seni berbakat besar lahir dengan segenap kelebihan untuk muncul sebagai wira baru industri hiburan.
Barangkali kepadanya bukan pengiktirafan yang dikejar, jauh sekali mengharap pujian melambung tinggi namun apa yang lebih utama adalah membawa karyanya ke tahap membanggakan.
Tidak hanya memburu kepuasan sendiri, Faizal membawa aspirasi besar untuk menyumbang sesuatu kepada industri muzik selepas sekian lama dibelenggu pelbagai masalah yang menyempitkan peluang kepada karya tempatan untuk berkembang.
Lupakan saja episod silam yang seboleh mungkin ingin dihapuskan daripada kotak ingatannya kerana AIM15 mengubat segala kedukaan itu.
Pengiktirafan tertinggi hasil kerja kerasnya menghasilkan nuansa baru dalam industri berakhir dengan sesuatu yang cukup manis, hanya bersandar kepada penerbitan sulung, Aku.Muzik.Kamu.
Dilancarkan enam bulan lalu, Aku.Muzik.Kamu meluncur laju untuk menjulang Faizal dengan pengiktirafan tertinggi yang menjadi idaman semua pengkarya muzik.
Meraih Album Terbaik, mengenepikan empat saingannya iaitu Melodi Ahlaan daripada Waheeda, Maulana (Rabbani) Eclecticism (Melissa Indot) dan Hadiah Daripada Hati (Datuk Siti Nurhaliza), Faizal melakar sejarah peribadi yang cukup bermakna terutama untuk dirinya yang masih hijau dalam industri hiburan.
揔ebelakangan ini banyak isu yang timbul apabila dikaitkan dengan Faizal Tahir namun pengiktirafan ini menjadi pemangkin untuk saya terus berkarya dan memberi sumbangan kepada industri muzik, |
|
|
|
|
|
|
|
Siti masih unggul, Faizal cipta sejarah tersendiri
Oleh Norhadiani Baharom dan Mohd Nasif Badruddin
[email protected]
Rap | | TERNYATA Anugerah Industri Muzik ke-15 (AIM15) bukan sekadar memberi kenangan manis buat Faizal Tahir yang menang empat kategori, malah membuktikan betapa orang ramai masih menyayanginya sekalipun dihambat kontroversi. | Naib juara One In A Million (OIAM) musim pertama itu menang besar apabila album sulungnya, Aku.Muzik.Kamu dipilih Album Terbaik sekali gus menjadi artis realiti televisyen pertama merangkul anugerah berkenaan. Faizal juga menang Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Lelaki), Artis Baru Terbaik dan Album Rock Terbaik.
Lebih manis, Faizal yang diberi penghormatan sebagai artis pertama membuka tirai persembahan, mengejutkan penonton apabila 憈erbang |
|
|
|
|
|
|
|
bes tgk die terbang hahahaha |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #264 Ax's post
ax ko ni oghang melaka ke |
|
|
|
|
|
|
|
Rocker rocks AIM awards [table][tr][td]
Faizal Tahir 揻lies |
|
|
|
|
|
|
|
Siaran ulangan AIM15
Rap | MAJLIS kemuncak Anugerah Industri Muzik ke-15 (AIM15) yang disiarkan secara langsung di ntv7 dari Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) 3 Mei lalu, mencatat jumlah penonton yang tinggi. | Malah acara yang memberi pengiktirafan kepada karyawan muzik tanah air dan dikendalikan pengacara Afdlin Shauki dan Adibah Noor itu mendapat pujian ramai serta berjaya mengumpul lebih sejuta penonton.
Berita baik buat mereka yang tidak berpeluang menyaksikan AIM15 itu Sabtu lalu apabila ntv7 berbesar hati menyiarkan ulangannya Ahad ini, jam 9.30 malam.
Faizal Tahir yang menang empat anugerah, membuka tirai persembahan dengan lagu Batu Golek dan La Da Di Dum. Persembahan unik dan penuh bertenaga Faizal mencuri tumpuan pada malam itu dengan gimik terbang ala idolanya, superhero dari Planet Krypton, Superman.
(Metro 9/5/08) |
|
|
|
|
|
|
|
faizal on air now, pengacara Gangstarz, quite good.. |
|
|
|
|
|
|
|
Berita Minggu hari ni ada cerita dan gambar faizal dgn wife dan anak-anak dia, comel-comel.. |
|
|
|
|
|
|
|
SEJAK awal tahun ini, nama Faizal Tahir dipalit kontroversi sehinggalah yang terbaru didakwa Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin sebagai penyanyi yang membawa imej tidak matang dan pengaruh buruk terhadap masyarakat apabila dia berambut panjang, sering meraung serta melompat-lompat ketika mengadakan persembahan, ternyata tidak melunturkan semangatnya. Malah, dia tidak marah apabila kerajaan Perlis melarang beliau muncul dalam persembahan sempena Jom Hoboh TV3 baru-baru ini.
Malah, Faizal sentiasa bersikap terbuka dan sikap penyayang terhadap keluarga, jelas menidakkan personaliti agresifnya ketika beraksi di pentas. Baginya, apa saja kontroversi yang menimpa dirinya, dia sentiasa mencari kedamaian dengan meluangkan lebih banyak masa bersama anak dan isteri.
Buat pertama kali Faizal menyatakan persetujuannya kepada Bintang Popular merakamkan kenangan terindah dia bersantai bersama isteri dan anak-anak ketika berada di rumah, menikmati masa terluang bersama keluarga apabila tidak terbabit dalam sebarang aktiviti seninya sebagai penyanyi dan pengacara.
Dalam kesibukannya mengumpul material untuk dimuatkan menerusi album kedua dan masih dalam pembikinan menyiapkan klip video lagu Sampai Syurga serta Cuba, selain pengacara Gang Starz 2, jadual waktu Faizal tidak menentu untuk membenarkannya meluangkan lebih masa bersama isteri dan anak-anaknya.
"Pihak pengurusan memahami situasi saya sebagai suami dan bapa. Dalam seminggu, saya diberi cuti sekurang-kurangnya sehari atau dua. Masa cuti inilah saya membawa keluarga keluar makan dan membeli-belah. Paling tidak saya akan membawa anak-anak ke taman permainan atau pun ke kolam renang berhampiran kondominium kerana di situ pun mereka sudah terlalu gembira.
"Sekiranya ke pusat beli-belah, anak-anak pasti saya belikan barang permainan sehinggakan di bilik tidur mereka penuh dengan koleksi barang mainan," kata Faizal yang juga duta DC Superheroes.
Sambutan Hari Bapa adalah pada 15 Jun ini dan bagi Faizal dia berpegang kepada satu prinsip, sesibuk mana sekalipun dia melayari kerjaya, ia perlu diseimbangkan bersama keluarga.
"Lebih banyak masa diluangkan bersama keluarga, lebih banyaklah kasih sayang itu. Kasih sayang tidak boleh ditunjukkan dengan harta benda semata-mata. Saya juga sering membawa keluarga bermalam di hotel sekitar Kuala Lumpur, itu pun sudah memadai bercuti bersama mereka," katanya lagi.
Bagaimana pula dengan isteri apabila berdepan dengan cerita kontroversi Faizal?
"Saya bersyukur kerana anak-anak masih kecil dan mereka tidak mengerti apa-apa. Saya juga sangat bertuah kerana mempunyai isteri yang begitu memahami dan sering memberi sokongan apabila saya dilanda dengan pelbagai cerita negatif.
"Berbeza dengan bapa saya, Dr Mohd Tahir Abdul Rahman dan ibu, Muzlipah Aishah, teguran mereka lebih serius. Bagaimanapun saya tahu, mereka yang berada di sekeliling, mahu saya lebih berjaya dan menjadikan kesilapan lalu sebagai pengajaran paling bermakna. Saya reda dengan apa yang berlaku dan menganggap kata-kata yang dilemparkan pihak tertentu sebagai satu cabaran memperbaiki kelemahan," ujar Faizal sambil melayan kerenah si kecil.
APA komen Raihanim mengenai suaminya?
"Faizal adalah seorang yang lembut hati dan penyayang. Jangan samakan karektor Faizal di pentas dan ketika dia bersama keluarga. Mungkin ramai tidak tahu, Faizal tidak boleh tidur tanpa bergurau dengan anak-anaknya dulu. Selewat mana pun dia pulang ke rumah, dia sentiasa mengharapkan anak-anak menyambutnya di depan pintu. Tapi kalau dah balik 3 pagi, anak-anak dah tidur, kecewalah dia," kata Raihanim yang masih mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Perhubungan Awam, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, Selangor.
Bagaimana reaksi Raihanim berdepan dengan kontroversi Faizal?
"Saya tak fikir sangat kerana setiap orang ada perspektif masing-masing. Ada juga rakan di UiTM bergurau dengan isu kontroversi Faizal, tapi saya anggap ia sebagai usikan, tidak ada sindiran yang keterlaluan. Apa saja kritikan yang dilemparkan kepadanya, just let go," kata Raihanim yang agak pendiam.
INFO: Faizal
|
|
|
|
|
|
|
|
assalamualaikum....eyla tulun tempek iklan ni k....
:pompom::pompom::pompom::pompom::pompom::pompom::pompom::pompom::pompom::pompom::pompom::pompom::pompom::pompom::pompom:
mesti Rockensteiners ramai dah tau kan...
:pompom::pompom::pompom:siler la dtg beramai-ramai:pompom::pompom::pompom:
[ Last edited by eyllaz at 22-5-2008 05:01 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Berita Harian 22/5/08
Hampir lemas rakam klip video
Oleh Zul Husni Abdul Hamid
PANIK: Faizal menghadapi saat mendebarkan ketika penggambaran klip video Sampai Syurga di Pusat Akuatik Selangor, Shah Alam.
| Faizal Tahir kongsi saat cemas ketika penggambaran Sampai Syurga
SANGKA krew produksi apa yang mereka saksi sekadar latihan sebagai persediaan penyanyi kontroversi, Faizal Tahir untuk memulakan penggambaran klip video, Sampai Syurga di Pusat Akuatik Selangor, Shah Alam, baru-baru ini.
Tanpa mereka sedari, penyanyi yang baru merangkul empat trofi pada malam Anugerah Industri Muzik (AIM) 15, 3 Mac lalu sebenarnya sedang bergelut dengan detik mendebarkan dalam hidupnya.
Sebenarnya Faizal hampir lemas ketika penggambaran klip video yang diarahkan Douglas Khoo itu menyebabkan proses rakaman yang bermula di situ sejak jam 1 pagi ditangguhkan dua jam.
Menceritakan detik mencemaskan itu, Faizal berkata, pada permulaan apabila dimaklumkan dia perlu melakukan rakaman dalam kolam yang mempunyai kedalaman 12 meter itu dia agak cuak.
"Saya fobia dengan air kerana pernah mempunyai pengalaman lemas sebelum ini. Saya akui agak berdebar untuk memulakan penggambaran ini, apatah lagi tidak sempat membuat sebarang latihan kerana terlalu sibuk.
"Malah ketika sesi perbincangan saya berterus terang mengenai ketakutan saya tetapi untuk mendapat hasil yang terbaik saya cuba juga memberanikan diri.
"Alhamdulillah, walaupun berdepan detik mencemaskan tiada perkara buruk berlaku. Selepas tertangguh dua jam, saya mengumpul semula kekuatan dan atas semangat yang diberikan semua pihak, kami meneruskan penggambaran hingga selesai menjelang jam 8 pagi," katanya.
Berterima kasih kepada krew produksi serta pengawal keselamatan yang begitu mengambil berat mengenai dirinya sepanjang penggambaran klip video itu, Faizal berkata, rakaman itu antara babak mencabar yang terpaksa ditempuhinya.
Dia berusaha keras mengumpul kekuatan untuk melawan ketakutan, malah katanya berterus terang, dia tidak terkejut jika mendapat demam sebaik penggambaran selesai.
Menggunakan 60 peratus babak di dalam air untuk keseluruhan klip video itu, Faizal berkata, rakaman itu menggambarkan simbolik 'penghijrahan' daripada kehidupan di dunia menuju dimensi kehidupan alam berbeza.
"Babak di dalam air ini menceritakan pergelutan seseorang ketika perjalanan menuju ke alam baru. Bagi saya, apa yang cuba digambarkan ini cukup menarik kerana ia membabitkan banyak kesan khas.
"Paling istimewa apabila penonton akan menyaksikan saya seperti bermain piano di dalam air hakikatnya rakaman itu dilakukan di sebuah studio di Damansara," katanya.
Sebelum bersetuju dengan perjalanan cerita klip video itu, Faizal terlebih dulu tampil dengan ideanya yang tersendiri.
Bagaimanapun, idea itu terpaksa disimpan kerana ia membabitkan kos yang agak tinggi selain menggunakan banyak khidmat pelakon tambahan.
"Ia lebih kepada penggunaan kesan khas, malah penggambarannya juga ringkas kerana tidak banyak memfokus kepada saya sebagai penyanyi.
"Tetapi apa yang saya impikan itu tidak menjadi kenyataan, mungkin kerana ia membabitkan kos yang tinggi. Justeru, kami membuka ruang kepada sesiapa yang mempunyai idea dan apa yang dibentangkan Douglas cukup menarik serta tersendiri," kata penyanyi berusia 30 tahun ini.
Sampai Syurga katanya, mengetengahkan lirik yang universal malah ia melambangkan cinta sejati antara manusia dan Maha Pencipta.
"Ia mengenai cinta yang dibawa sehingga mati dan berterusan apabila kita menempuh sebuah lagi kehidupan selepas kematian," katanya.
Naib juara pertandingan realiti, One In A Million yang membolosi puncak populariti dengan pencapaian cemerlang pada malam AIM15 termasuk merangkul trofi Album Terbaik menerusi album, Aku.Muzik.Kamu bersyukur kerana kejayaan itu memberi impak positif kepada kerjaya nyanyiannya.
Selepas melalui episod hitam apabila digantung daripada menyertai program siaran langsung di televisyen selama tiga bulan, AIM15 menjulang semula namanya sebagai bakat baru yang bakal memberikan cabaran dalam industri hiburan.
"Harus saya akui penggantungan selama tiga bulan itu sedikit sebanyak mengganggu penjualan album itu. Malah, beberapa perancangan termasuk siri promosi terpaksa ditangguhkan untuk meredakan keadaan.
"Alhamdulillah, kejayaan dalam AIM15 membuka laluan baru kepada saya malah turut memperkenalkan semula nama Faizal Tahir dan kehadiran album sulung yang sebelum ini agak kurang disedari," katanya.
Kembali sibuk menyusun pelbagai aktiviti seni, Faizal yang turut mengendalikan program realiti, Gang Starz 2 tidak melihat pembabitannya dalam acara itu mengganggu siri promosi album sulungnya.
Bagi Faizal, apa yang diusahakan ketika ini turut mempunyai kaitan dengan muzik. Bahkan, dia melihat Gang Starz 2 sebagai platform terbaik untuk memperkenalkan albumnya kepada orang luar.
"Hubungan saya dengan peserta luar cukup baik, malah turut menghadiahkan album saya kepada mereka. Ia sebagai satu bentuk promosi kerana siapa tahu usaha kecil ini akan menarik perhatian orang luar untuk lebih mengenali Faizal Tahir dan album Aku.Muzik.Kamu," katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Faizal Tahir
Walaupun tidak dapat hadir di temujanji teknikal pra-sidang media rasmi konsert GUAMuzik Supergig, sudah diketahui bahawa Faizal memang 慺an |
|
|
|
|
|
|
|
td kat celebrity chat 8tv baki cakap 8tv bakal pemier mv sampai syurga pada 16 jun nnt... so stay tuned |
|
|
|
|
|
|
|
sedapnya faizal nyanyi live kat Muzik-Muzik .. |
|
|
|
|
|
|
|
Sorakan Emosi EURO Di Sri Pentas
Tarikh: 7 Jun
Masa: 4 petang
Tempat: Sri Pentas, 3 Persiaran Bandar Utama, PJ
Masuk: Percuma
Kata GUA: Peminat bola dialu-alukan bertandang ke Sri Pentas untuk menonton perlawanan pembukaan diantara Switzerland dan Republik Czech, jam 11.30 malam. Tapi jangan tunggu sambil perlawanan nak mula tu baru nak datang. Sebab bermula pukul 4 petang pelbagai aktiviti telah disediakan. Antaranya perlawanan futsal diantara pihak media, mini konsert pada 10.30 malam yang akan membariskan nama-nama popular seperti Faizal Tahir, Meet Uncle Hussain, Fabulous Cats, Pretty Ugly, Misha Omar dan Dina. Selain itu, juga akan diadakan face painting, pendaftaran MyTV3 Tune Card, Playstation2 dan Foosball Challenge dan lucky draw setiap jam untuk tiket-tiket penerbangan Air Asia sehingga separuh masa.
gua.com
|
|
|
|
|
|
|
| |
|