Mawi, Nabil sama 'gila'
14-04-2008 11:55:39 AM
oleh WAHIDA ASRANI
MEMANG tidak kering gusi melihat telatah dua juara yang lahir daripada program realiti berbeza ini tatkala mereka menghiburkan tetamu yang hadir di Minggu Setiausaha anjuran Restoran Seri Melayu, baru-baru ini.
Mawi dan Nabil, walaupun kedua-duanya mempunyai karektor yang berbeza, tetapi gandingan juara Akademi Fantasi musim ketiga (AF3) dan juara Raja Lawak musim kedua ini memang cukup serasi!
Sungguh terhibur menyaksikan keletah spontan Mawi dan lawak selamba Nabil yang 'mengenakan' beberapa tetamu pada acara tersebut menerusi game yang dicipta oleh dua jejaka ini sendiri.
Aksi Mawi dan Nabil 'mengenakan' penonton yang hadir (Foto The Star oleh Norafifi Ehsan)
Meskipun pertama kali menjayakan acara Minggu Setiausaha, ternyataNabil bijak menggunakan kebolehannya berlawak secara spontan dansekaligus berjaya membuatkan kira-kira 500 penonton tidak lekang dengangelak tawa.
Ada saja modal lawak yang 'direka' oleh jejakaberusia 25 tahun ini secara spontan, ditambah pula dengan aksi Mawiyang kini semakin terserlah dengan sifat kelakarnya, kombinasi merekaberdua ini memang dilihat 'menjadi'.
Nabil membuka tirai acaraMinggu Setiausaha itu dengan 'stand up comedy'nya menceritakanpandangannya sebagai Mat Despatch terhadap karier setiausaha dan bosselain turut mengajak beberapa penonton ke atas pentas bagi menjayakansegmen game 'menari'.
Hampir setengah jam menghiburkan tetamu dengan telatah lucunya, Mawi pula menyusul dengan menyampaikan lagu Ya Salam.
Masihmenebal lagi nampaknya aura penyanyi ini kerana kemunculan Mawi dipentas berjaya mendapat sorakan gemuruh daripada penonton.
'Lakonan' dua juara program realiti ini memang cukup berkesan
Namun, segmen interaktif bersama penonton yang dicetus oleh Mawi danNabil selepas itu memang cukup menarik! Apatah lagi melihat kedua-duajejaka ini 'mendera' lapan orang penonton di pentas memang sungguhmencuit hati.
Mereka perlu berlakon atau mencipta skrip sendiriberdasarkan situasi yang dicipta oleh dua selebriti ini. Ada yangdiberikan peranan sebagai pasangan kekasih, perompak dan polis sertatidak ketinggalan aksi ala Hindustan.
Cukup riuh suasana didalam dewan tersebut dengan aksi spontan semua peserta! Tambahan puladengan 'lakonan' Mawi dan Nabil untuk beberapa adegan, memang ternyatatelah menggamatkan keadaan ketika itu.
Tahniah untuk Nabil yangpenulis rasakan semakin menyerlah bakatnya sebagai pelawak! Ketepikansoal pengalaman, kerana ada ketikanya penulis lihat Nabil sebenarnyalebih 'menyerlah' di pentas berbanding Mawi.
Bukan setakatsebagai pelawak, tetapi jika Nabil diberi peluang yang lebih banyakkelak, dia juga mempunyai potensi untuk bergelar penghibur yangdisegani satu hari nanti.
Selain Mawi dan Nabil, acara tersebut turut dimeriahkan dengankemunculan Heliza yang menyampaikan dua buah lagu dan sebuah lagu duetbersama Mawi, Doa Dalam Lagu. Agak 'tenggelam' sebenarnyakehadiran Heliza di acara tersebut, mungkin kerana majlis tersebutlebih 'dibayangi' dua jejaka itu.
Walaubagaimanapun, persembahanHeliza secara solo tidak menghampakan. Bekas finalis AF5 itu ternyatamempunyai mutu vokal yang hebat, selain kemampuannya berinteraksidengan baik bersama penonton.
Mawi sekali lagi mengambilalih pentas menghiburkan penonton dengan beberapa buah lagu popularnya seperti Kian dan Cinta Zulaikha.
Segmensolo Mawi kali ini nampaknya 'biasa-biasa' saja, malah penonton jugadilihat kurang teruja dengan lagu-lagu dendangan penyanyiini berbanding segmennya bersama Nabil sebelum itu. Atau mungkin jugapenonton sudah 'kenyang' disaji dengan lawak jenaka Nabil sebelumitu yang secara peribadi penulis lihat menjadi 'menu utama' pada acaraini!
Secara keseluruhan, acara Minggu Setiausaha ini memangberjaya menampilkan kelainan tersendiri dan apa yang pasti, si RajaLawak itu nampaknya 'menang' perhatian daripada tetamu yang hadir!
kredit : mstar.com.my
[ Last edited by eyllaz at 22-4-2008 04:25 PM ] |