Changa posted on 20-12-2012 10:02 AM
oh mcm di kota baharu ada konsep sebegini, malam satu tempat itu akan banyak kedai2 jual makanan e ...
Djeema El Fna pagi2 ada hive of activities lain seperti snake chamers, juggelers, henna painting, pertujukan kera, penjual CD/DVD cetak rompak, freshly squeezed orange, musical performance dan macam2 lagilah. Definately not a parking lot by day.
Sebelum para forumers di bosankan dengan gambar demi gambar Morocco, saya beri itinerary saya hari tu di sana.
Apa2 pun, mari jenguk dulu di mana negara Morocco, agar kita tidak keliru dengan Monaco, tempat lumba F1 dekat Italy.
Requirement ke Morocco:
1. Visa. Dapatkan borang visa sini. Heran kenapa negara non Islam tak perlu visa.
2. 2 passport size photos (white background)
3. Original passport & photocopy
4. 1 photocopy of IC
5. Letter from Company confirming employement & trip.
6. Visa fee +/- RM100
Day 1/8 (Jumaat/Sabtu : KL - Abu Dhabi(UAE) - Casablanca)
Berlepas KLIA Jumaat 8:25 malam dengan Etihad ke Casablanca dengan pesawat B777. Penerbangan selama 7 jam 10 minit tiba di Abu Dhabi 11:35 malam waktu tempatan dan transit selama 2 jam 45 minit. Tukar pesawat A330 ke Casablanca tiba 7:20 pagi hari Sabtu, selapas penerbangan 9 jam. (Pergi 9 jam, balik 7 jam ... ni pun heran jugalah).
Wakil ground tour Morocco menunggu saya & isteri di Mohammed V airpot dan kami ditemukan dengan satu lagi pasangan dari Malaysia dan satu dari Australia yang juga sampai dengan pesawat yang sama. Kami di iringi wakil ground ke hotel. Pasangan Australia menginap di hotel lain kerana memilih hotel 5 bintang. Tiba hotel 9:30 pagi & since Day 1 tiada apa2 program kami merayau kawasan berhampiran hotel. Lunch di KFC. Makan malan & seterusnya, hingga hari kami pulang, dii sediakan (full board). Hotel : Idou Anfa.
Day 2/8 (Ahad : Casablanca - Rabat)
Jam 9.30 pagi, bas mengambil kami & kami bertemu pula group dari Brazil seramai 4 orang & 2 dari US yang menginap di hotel yang sama. Mereka ni flight berlainan. Setrusnya, di hotel 5 star ambil pula 2 orang yg dari Australia ari tu, 2 dari Belgium & 3 lagi dari Brazil. Jadi hanya 17 orang dalam bas besar. Pilihlah mana nak duduk.
Tempat di lawati :
Casablanca - Central Market, Habbaous Quarter, Mohamed V & United Nations Square, Masjid Hassan II, Ain Diab.
Rabat - King's Palace, Mohamed V Mausoleum, Kasbah of Udayas, Muara Sg Bou Regreg.
Kerana hotel kami di Rabat sedang renovate, kami di tempatkan di La Tour Hassan ... 5* This hotel is beautiful, marvelous, superb.
Besuk flight ke Casablanca kan? Selamat bercuti. Post lah gambar2 kat sahara desert nnt.
Di Naif Souq, Dubai .... bila tengok jubah, banyak2 mengucap nye. Minyak kapak, terpulang lah .... nak bawa ke tak.