arini bezday kak isma..hepi bezday kak isma.. ![](static/image/smiley/default/loveliness.gif) |

isma ada official website x slain porem nih ![](static/image/smiley/default/shocked.gif) |

Transformasi berbeza Oleh Zaidi Mohamad
[email protected] Isma dan Tomok mohon ruang dan peluang untuk terus memartabatkan industri seni tanah air
ADAbeberapa persamaan paling jelas mengaitkan dua beradik ini. Selainmeminati bidang nyanyian, mereka mula menyanyi sejak berusia belasantahun. Si adik, Shah Indrawan Ismail atau Tomok, 24, menyertaipertandingan realiti One In A Million musim ketiga (OIAM 3) di 8TV danrezeki berpihak kepada vokalis kumpulan New Boyz itu apabila ditabalkansebagai juara pertama mewakili golongan artis.
Si kakak pula, Ismaliza Ismail, 30, belum sampai sebulanmenamatkan pengajian dan bergelar 'graduan' selepas menyertai AkademiFantasia musim ketujuh (AF7) 17 Mei lalu. Bagaimanapun Isma hanya mampuberpuas hati di posisi kelima program kebanggaan saluran Astro Ria itu.
Tidak seperti Tomok yang menerima ganjaran RM1 juta,ibu kepada lima orang anak itu hanya diberikan trofi dan sebuah singleberjudul Bisikan... Godaan ciptaan suami tercinta yang menggunakan namapena, Aiman dan liriknya hasil nukilan Slen.
Pertemuan dengan Hip baru-baru ini memberi peluang untukmengorek cerita mengenai mereka. Kedua-duanya hadir dengan isyarattransformasi berbeza namun atas paksi yang sama ingin terusmemartabatkan industri seni. Tomok paling ketara transformasinya keranatampil berbeza tanpa tiada lagi imej tangkap 'leleh' lantas sudah mulatahu pasaran muzik mana yang sesuai dengannya.
Tak kurang hebat Isma yang mula mendapat gelaran Hot Mamaselepas 10 minggu berjuang habis-habisan di AF7. Kata Isma, beratbadannya susut daripada 55 kg ke 50 kg sepanjang berada di akademi.Cuma yang tidak sedap didengar, masih ada kelompok suara tertentu yangmelihat isteri kepada Zulkifli Majid, 37, belum cukup hebat kualitivokalnya.
MenurutIsma yang hanya menggenggam trofi dan sebuah single ciptaan suaminyasendiri, apa yang paling penting, dia dapat menimba pengalaman berhargakerana AF7 menjadi landasan terbaik untuknya memulakan langkahmenyusuri liku-liku gerbang hiburan di Malaysia. Biar ada yangberpendapat tidak wajar Isma hanya menerima trofi tanpa hadiahsampingan, dia bangga menjadi calon tunggal mewakili pelajar wanita.
"Saya hanya bersedia menerima apa juga kemungkinan yang akanberlaku. Saya bersyukur dan menerima segala ketentuan ini. Soal hanyamendapat trofi itu sekadar sampingan tapi apa yang paling penting ialahkejayaan menempatkan diri ke peringkat akhir. Perjuangan yang sebenarbermula selepas saya keluar AF7 kerana itulah permulaansegala-galanya," kata Isma yang ditemani suami sewaktu sesi fotografiini dijalankan.
Mula menyanyi seawal usia 18 tahun, Isma kerap memenuhiundangan persembahan membabitkan Kombo Seni Udara, Tentera Udara DirajaMalaysia dan band Dcity Tops IPK Kuala Lumpur. Sebelum menyertaipertandingan AF7, Isma menyanyi selama tiga tahun di Restoran Cerana.AF7 menjadi pertandingan realiti terbesar yang disertainya.
Buat masa ini, Isma belum pasti sama ada mahu kembalimenyanyi di restoran itu kerana kini segala urusan seninya selama enambulan diuruskan Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB). Menurut Isma,dengan kesempatan dan rahmat yang didakap kini, dia tidak mahumempersiakan peluang yang diberikan.
"Kalauboleh saya mahu fokus di dalam bidang seni ini. Biarpun usia sayadilihat agak lambat untuk menerjah persada seni, ia bukan alasan untuksaya mengorak langkah ke depan. Soal usia bersifat subjektif dansemuanya terpulang kepada rezeki yang ditentukan Tuhan. Kita hanyamelakukan yang terbaik dan terus berusaha.
"Paling penting sokongan suami dan keluarga sudah cukupmembuatkan saya bersemangat. Tomok pun ada memberikan kata rangsangandan galakan kepada saya untuk bersedia dalam apa juga kemungkinan yangbakal berlaku di dalam dunia seni. Dengan pengalaman yang dimilikinyaselama 10 tahun semestinya dia lebih banyak berdepan dengan pelbagaipahit manis," katanya yang sebelum ini lebih banyak menyanyi lagutradisional dan balada. Namun, kata Isma, melihat kepada keadaanpasaran album, dia mungkin lebih terarah memilih genre muzik rancak.
Mengalih bicara kepada sisi peribadi, Isma berkahwin dengansuaminya ketika berusia 18 tahun dan dikurniakan lima orang anak iaituMuhd Haiqal Aiman (11), Muhd Haiqal Aydiel (10), Seri Aida Merlisa (8),Seri Ayreen Merlynda (5) dan Seri Adryana Marcella (1).
Kata Isma, dia tidak melihat status berkahwin dan pertambahanusia itu sebagai penghalang untuk menggapai impian. Katanya lagi, belumcuba belum tahu dan tambahnya, dia tidak menggalakkan anaknya untukmengikuti jejak menjadi anak seni sepertinya, suami (pernahmenganggotai kumpulan 2 By 2) dan Tomok.
"Saya tidak pernah membataskan soal kahwin sekali gus akanmenyekat peluang di depan mata. Ia berbalik kepada soal rezeki danusaha kita untuk mencapai apa yang diingini. Sebelum menyertai AF7 punsaya menyanyi di majlis tertutup dan bezanya cuma saya tidak ke depansaja untuk betul-betul serius menjadi penyanyi komersial. Usia jugabersifat subjektif.
"Mengenai anak, mereka sudah biasa 'ditinggalkan' kalau sayaperlu bekerja (menyanyi). Jadi dengan keadaan sekarang pun, merekasudah faham dengan keadaan itu. Kalau saya tiada sekalipun di rumah,pembantu rumah melaksanakan tanggung jawabnya. Malahan, ibu (SitiFatimah Haron) pun sentiasa boleh menjenguk apa yang patut di rumahkerana kami tinggal bersebelahan," katanya yang lebih suka melihatanak-anak memberi tumpuan penuh kepada pelajaran.
Tidak semua berani seperti Isma
TOMOK secara jujur memberitahu dia tidak menjangka kakaknyahanya mampu selesa berada di tempat kelima. Kata Tomok yang agak kecewadengan keputusan itu, dia pada mulanya berharap Isma akan berada dikelompok tiga terbaik. Bagaimanapun, semuanya sudah tertulis dan iaadalah pilihan pengundi.
Tomok memberitahu dia begitu bangga dengan kejayaan yangdipamerkan Isma dan berharap perjalanan seni kakaknya selepas ini akanterus memberi sinar berpanjangan. Jelas Tomok, dengan status yangdimiliki Isma, dia sedar tidak semua mampu mengambil langkah beraniseperti kakaknya itu.
"Ikutkan kakak saya memang sudah ada bakat, cuma peluang barudatang sekarang untuk dia menyerlah. Pengkritik AF7 pun tak menafikandia mempunyai vokal yang baik untuk terus digilap. Saya juga melihattransformasinya di AF7 amat berjaya termasuklah corak persembahan dangayanya. Berat badannya pun kian susut.
"Di dalam pertandingan itu pun, dia berjaya menyahut cabaranmenyanyikan genre lagu lain biarpun sebelum ini, dia lebih selesamenyanyi rentak asli dan pop. Dengan status ibu kepada lima anak, diaboleh berbangga kerana dapat melakukan perubahan tersendiri," katanyadi awal bicara.
Kini, selain sibuk memenuhi undangan fotografi dan membuatpersembahan, Tomok juga sedang mengumpul material untuk album solonyayang berkonsepkan pop rock seperti mana yang diperjuangkannya sewaktuberentap di dalam persaingan OIAM 3. Kata Tomok, dia tidak beranimenjanjikan bila album itu akan muncul, namun apa yang terdaya, diaberharap karya sulung menampilkannya sebagai penyanyi solo itu akankeluar secepat mungkin.
"Selepas menjuarai OIAM 3 pada 1 Mei lalu, saya tidak bolehmenidakkan kenangan sewaktu nama New Boyz pernah meletup suatu ketikadulu kembali bertandang pada ketika ini. Saya bersyukur keranakehadiran dan peluang kedua ini mendapat sambutan yang menggalakkanserta memberangsangkan.
"Saya tidak akan sesekali mempersiakan kesempatan ini. Sayatidak mahu nama Tomok itu sendiri terus dibiarkan berkubur dan kembalidipandang sepi. Gelaran juara juga bukan alasan untuk saya bersikapsambil lewa dan memandang sesuatu perkara itu secara mudah. Nakdiikutkan OIAM dua musim terdahulu, naib juara lebih menyerlahberbanding juara.
"Lalu, saya harus buktikan sokongan dan harapan peminat akanterus berbaloi. Saya kini kembali berada di alam realiti dan kenabekerja keras untuk memastikan hayat saya terus bertahan. Jika di dalamOIAM, saya mendapat publisiti dan sokongan meluas kerana bantuan stesen8TV. Tapi kini, saya perlu bijak mengambil peluang dan perlu bersediaberdepan dengan apa juga kemungkinan," katanya positif.
Profil Isma
- Nama penuh: Ismaliza Ismail
- Nama komersial: Isma
- Tarikh lahir: 21 Mei 1979
- Umur: 30
- Status: Berkahwin
- Pengalaman: Bergelar finalis AF7
- Mula menyanyi secara serius pada usia 18 tahun
Profil Tomok- Nama penuh: Shah Indrawan Ismail
- Umur: 24 tahun
- Tempat lahir: Kuala Lumpur
- Genre muzik: Pop rock & rock
- Kejayaan: memiliki lima album bersama kumpulan New Boyz, album pertama bersama kumpulan itu pada usianya 15 tahun.
- Pernah digosipkan dengan penyanyi dan pelakon Hetty Sarlene,bagaimanapun kini Tomok selesa menjalinkan hubungan dengan seoranggadis biasa.
- Kejayaan: Menjadi juara One In A Million musim ketiga

thanks ain............cantik isma![](static/image/smiley/default/loveliness.gif) |

cantek..isma tak de web rasmi utk isma...jom kita support isma ![](static/image/smiley/default/biggrin.gif) |

salam semua......

to all peminat Isma mari kita bergabung di bawah satu FC....kwn saya Erny dah buatkan blog tok kak Isma dan forum tok isma Fc..kalau sudi jom lah join.....

http://www.ismafc.blogspot.com/

atau

http://ismafans.forumotion.net/

so any activity Kak isma sesiapa yang nak share leh share kat forum atau blog k....

[ Last edited by berehsokmo at 5-6-2009 16:57 ] |

Balas #274 berehsokmo\ catat
tak paham la kamu tulis ape sayang...
byk bende2 yg br br br tu...
tulis betul2 please... ![](static/image/smiley/default/loveliness.gif) |

Tomok taja kakak
Oleh Norhadiani Baharom
[email protected]
Rap | ![](http://www.hmetro.com.my/Tuesday/Rap/20090609085440/mainpix) | TAHUNini boleh dianggap paling gemilang dalam sejarah hidup dua beradik ini,siapa lagi kalau bukan Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail,24, dan Ismaliza Ismail atau Isma, 30. |
Meskipun, misi si kakak untuk bergelar juara Akademi Fantasia 7(AF7)tidak kesampaian walaupun berada di kedudukan teratas selama beberapaminggu sebaik episod AF7 bermula, sekurang-kurangnya kejayaan si adikselaku juara One In A Million (OIAM) musim ketiga sedikit sebanyakdapat mengubat kekecewaan.
Isma sentiasa tak lekang dengan senyuman memulakan bicara, ternyatacukup berbangga dengan pencapaian adik kesayangannya itu yang kinibergelar jutawan segera.
"Saya amat berbangga dengan Tomok. Dia sudah melalui banyak episod dukasepanjang bergelar artis, dihina dan dicaci namun semangatnya tidakpernah luntur memperjuangkan seni. Semuanya kerana minat yang terlalumendalam.
"Setiap hari, dia tidak pernah jemu memperbaiki kekurangan dan sentiasaberusaha demi kemajuan diri serta masa depan kariernya. Kemenangan itu,saya anggap sebagai ganti atas hasil kerja kuatnya selama ini.
"Meskipun saya tidaklah bernasib baik seperti Tomok, saya tetapberbangga dengan pencapaian sepanjang beradadi AF7, apatah lagi menjadisatu-satu peserta wanita layak beraksi diperingkat akhir.
"Bukan mudah untuk bertahan apatah lagi,melangkah ke peringkat akhir.Ditambah pula status saya sebagai ibu beranak lima namun, penontonmengetepikan semua faktor itu dan masih memberikan peluang sertakepercayaan kepada saya membuktikan kemampuan," katanya.
Kekalahan Isma bagi Tomok tidak dapat dinafikan sedikit mengecewakannyaapatah lagi, sepanjang mengikuti perkembangan kakaknya yang sentiasaberada di tangga teratas berbanding peserta lain.
"Agak mengejutkan dalam dua konsert terakhirkedudukan Isma berubahbegitu drastik daripada tangga pertama berada ditangga terakhir.Sedangkan, pada pemerhatian saya, kedua-dua persembahannya pada konsertakhir bagus.
"Pujian ini bukan kerana dia kakak saya, tetapi jika dibandingkan dengan gaya persembahan dan kemampuannya sebelum ini.
"Tapi hendak buat macam mana, segalakeputusan terletak 100peratus di tangan pengundi. Apapun, perkara iniharus berbalik padarezeki," katanya.
Akui anak keempat dari enam bersaudara ini,dia paling rapat dengan Isma yang juga anak kedua dalam keluarga.Pernah sedikit masa lalu,ketika dirinya dilanda kontroversi di rumahIsmalah dia mendapatkan ketenangan.
"Isma seorang kakak yang tenang, baik hati serta pendengar yang baik.Jika tidak emak, kakaklah orang yang paling saya selesa berkongsirahsia.
"Bahkan, sewaktu mengikuti uji bakatOIAM Ismalah yang menghantar saya.Sebenarnya saya ada mengajak diaturut serta dalam uji bakat itu, tetapidia menolak kerana tidakbersedia.
"Jadi saya pesan pada kakak, kalau ada uji bakat AF7nanti, jangan lupapergi kerana tahu sudah lama dia simpan hasrat untuk jadi penyanyi.Tidak sangka dia mendengar saranan saya dan bangga dia berjaya menjadipelajar sehingga mara ke akhir," katanya.
Celah Isma pula, barangkali persamaan minat iaitu menyanyi membuatkanmerekarapat apatah lagi sebelum menjadi artis sering menjayakanpersembahan bersama-sama.
Misalnya, tahun lalu Tomok pernah mengiringi persembahan sewaktu bulan puasa.
"Kalau ikutkan saya rapat dengan semua adik-beradik kerana saya kakaksulung.Mungkin yang membuatkan saya dan Tomok rapat sebab kamiberkongsi minat menyanyi. "Tidak dinafikan adik-beradik lain juga sukamenyanyi, tetapi tidaklah sampai menjadikan nyanyian bidang yang serius.
"Sebaliknya Tomok dan saya serius. Sejak dulu lagi kami seringmenjayakan persembahan berdua termasuk menyertai pertandinganbersama-sama
"Disebabkan itu saya tidak pernah menjadikan status atau usia sayasebagai penghalang. Saya yakin dengan bakat yang ada belum terlambatuntuk mencipta nama.
"Mungkin Tomok terlebih dulu berjaya dalam bidang seni melaluikumpulannya New Boyz, tetapi projek album solo selepas kemenangan diOIAM boleh dianggap 'kelahiran baru Tomok.'
"Apakah peminat dapat menerima perubahan imej dan muzik Tomok, semuanya tergantung pada album itu nanti," katanya.
Mengenai perancangan masa depan, Isma memaklumkan, sudah pasti diaingin memiliki album sendiri bagaimanapun semuanya tergantung padaperancangan Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB).
Sementara itu,Tomok ditanya sama ada dia sudi menggunakan wangkemenangannya untuk menaja pembikinan album kakaknya memandangkankeadaan pasaran dan jualan album yang tidak menentu lima tahunkebelakangan ini, Tomok jelas tidak keberatan.
"Tidak ada masalah untuk membantu selagi bajet yang diperlukan itubersesuaian dengan kemampuan saya. Mungkin untuk pembikinan album penuhmemakan belanja yang tinggi, mungkin sayaboleh bantu kakak terbitkansingle atau album mini terlebih dulu.Selain bercadang merakamkan laguduet dengannya," katanya.
>profil
Nama sebenar: Shah Indrawan Ismail
Umur: 24 tahun
Tempat lahir: Kuala Lumpur
Tarikh lahir: 17/5/1984
Zodiak: Taurus
Profession : Penyanyi, komposer, produser
Status: Bujang
Genre muzik: Pop rock & rock
Kejayaan:Memiliki lima album bersama kumpulan New Boyz, album pertamabersama kumpulan itu pada usia 15 tahun, Juara One In A Million musimketiga
>profil
Nama sebenar: Ismaliza Ismail
Tarikh lahir: 21/5/1979
Umur: 30 tahun
Status: Berkahwin dengan vokalis Zul 2BY2 serta mempunyai lima anak
Pengalaman: Bergelar finalis AF7 |

Post Last Edit by srisaujana at 3-7-2009 00:25
PANCAINDERA AHAD 14 JUN 2009
![](http://i660.photobucket.com/albums/uu325/srisaujana3/IMG_0271.jpg)