PERTAMA sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim yang mengeluarkan arahan supaya semua stesen radio diwajibkan memainkan lagu baru.
Ini dapat membantu industri muzik tanah air disamping dapat mengurangkan lambakan lagu-lagu dari seberang selain dapat membuka mata dan menghayati lagu ciptaan tempatan yang ternyata lebih berkualiti dan sedap didengar.
Kalau ada yang tak puas hati dengan arahan tersebut, saya tak tahu nak cakap apa. Mungkin saya kurang arif dengan dunia muzik tapi saya masih lagi belum buta hati!
Cuma saya mahu lagu Indera yang dinyanyikan oleh Nubhan dan Stacy diputarkan kembali. Lagu itu sedap dan sayang jika stesen-stesen radio tidak mahu memutarkannya kembali. Harap lepas ini saya boleh dengar lagu itu kembali.