CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mattzzx

[Pulau Pinang] 'Rumah Sembang Pasemboq Utara V144'

 Close [Copy link]
Post time 11-5-2022 03:19 PM | Show all posts
mattzzx replied at 11-5-2022 02:20 PM
a'a roti kosong cicah air teh

kenyang tak smpai tengahari
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2022 03:25 PM From the mobile phone | Show all posts
amiraira replied at 11-5-2022 08:25 AM
zura bfast apa je pagi ni?

mira makan left over smlm je

Sebelum ramadhan I dah potong rambut pendek. Selama ni berambut panjang bertahun tahun.
Rasa ringan kepala, hari2 pun pun cuci rambut, cepat kering
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2022 03:26 PM From the mobile phone | Show all posts
sfhzuraz replied at 11-5-2022 02:06 PM
ghalib snaplah pic  byk2.

Insyaa allah. Nanti I hantar sini
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-5-2022 03:44 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-5-2022 03:45 PM | Show all posts
matt kayuh terus kayuh





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-5-2022 03:50 PM | Show all posts
tari replied at 11-5-2022 03:19 PM
kenyang tak smpai tengahari

itu lah
kol 12 pun dah mula rasa lapar
matt keluar makan nasi ayam tadi


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-5-2022 03:53 PM | Show all posts
mattzzx replied at 11-5-2022 03:50 PM
itu lah
kol 12 pun dah mula rasa lapar
matt keluar makan nasi ayam tadi

sebln bape kali mkn nasi ayam
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-5-2022 04:16 PM | Show all posts
tari replied at 11-5-2022 03:53 PM
sebln bape kali mkn nasi ayam

tak tentu
ikut selera lah...


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-5-2022 04:59 PM | Show all posts

Ramalan cuaca buruk di 7 negeri petang ini

  

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan keadaan cuaca buruk melibatkan negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Sabah pada petang ini.

MetMalaysia menerusi satu kenyataan di Facebook memaklumkan ramalan tersebut berkuat kuasa sehingga pukul 7 petang hari ini.

Katanya, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Kedah melibatkan kawasan Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.

Selain itu, di Pulau Pinang dijangka berlaku sekitar Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan.

“Di Perak pula, antara kawasan yang terkesan adalah Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta dan Kampar.

“Bagi negeri Kelantan, hujan lebat dilaporkan berlaku di Jeli, Machang, Pasir Puteh, Kuala Krai dan Gua Musang serta Besut, Terengganu,” katanya di sini hari ini.

Semantara itu, cuaca buruk yang sama dijangka berlaku di Tanah Tinggi Cameron, Pahang dan juga beberapa daerah di Sabah temasuklah Pedalaman (Beaufort dan Tambunan) dan Pantai Barat (Papar, Penampang dan Tuaran) petang ini. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2022/05 ... egeri-petang-ini-2/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-5-2022 05:02 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-5-2022 05:08 PM | Show all posts
ghalibboy replied at 11-5-2022 03:25 PM
Sebelum ramadhan I dah potong rambut pendek. Selama ni berambut panjang bertahun tahun.
Rasa ring ...

betul lah
biasa berambut panjang, selepas potong pendek akan rasa ringan dan senang nak diuruskan...


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-5-2022 05:15 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-5-2022 05:15 PM | Show all posts
Edited by mattzzx at 12-5-2022 02:33 PM

page baru lagi
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2022 05:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Bahaya jika Isteri terlepas pandang 7 perkara ini tentang hak dirinya sendiri.

1. Tempat tinggal asing & selesa

Seorang wanita yang dah bernikah, wajib untuk suami sediakan rumah berasingan daripada keluarganya atau keluarga lelaki itu sendiri. Elakkan untuk duduk 1 rumah dengan ibu ayah. Baik ibu ayah suami, atau ibu ayah sendiri.

Kewajipan suami menjaga ibu bapa nya tidak bermaksud suami perlu duduk 1 rumah dengan ibu bapa. Sediakan rumah khusus untuk isteri.

Tak kisah jika rumah itu sewa ataupun beli, yang penting selesa dan bukan isteri itu yang bayar. Kalau suami yang tinggal di rumah isterinya, suami itu wajib bayar sejumlah wang yang dipersetujui kepada isterinya untuk rumah kelamin tersebut.

2. Belanja utiliti rumah

Bila dah sediakan rumah, jangan lupa pula, bil elektrik dan bil air juga perlu suami tanggung. Ini benda asas di dalam rumah. Kalau tak ada elektrik dan air, apa guna rumah kalau macam tu.

Ini juga sebahagian daripada nafkah tempat tinggal yang isteri berhak dapat daripada seorang suami. Bukan menjadi kewajipan isteri untuk bayar utiliti. Melainkan, bil internet ke bil telefon rumah ke atau bil astro ke, ini bukan keperluan.

3. Makan dan minum

Seorang suami wajib sediakan barang-barang keperluan dapur khasnya. Bahkan, dalam Islam, suami juga sebenarnya yang wajib sediakan makan dan minum. Maksudnya suami yang patut masak, bukannya isteri.

Kalau isteri yang buat, itu dikira sebagai Ihsan atau sedekah daripada isteri. Kalau suami itu tak pandai masak, boleh la isteri itu nak masakkan. Cuma, jangan ingat bila kahwin sahaja, lelaki buat isteri ini macam orang gaji. Masak, basuh baju, cuci rumah semua dia yang buat.

4. Pakaian itu bukan baju semata-mata

Banyak orang fikir, takkan setiap bulan nak beli baju pada isteri. Kalau ikutkan, pakaian sememangnya nafkah wajib setiap bulan, tapi bukan baju atau kain semata-mata.

Tuala wanita, peralatan mandi, peralatan solek, dan macam-macam lagi perkara yang berkaitan dengan keperluan wanita, adalah tanggungjawab wajib seorang suami. Sesetengah orang dia hanya beli baju raya sahaja setahun sekali, tetapi pakaian bulanan langsung diabaikan.

5. Tak boleh dipukul

Haram seorang suami memukul isterinya walaupun niat suami itu untuk mengajar. Tidak ada perkara tersebut dalam Islam. Sekalipun isteri tersebut mungkin tidak hormati suami, tapi bukan cara mengajar isteri tersebut dengan tumbuk, tampar, tarik rambut, tendang dan macam-macam lagi.

Mendidik isteri dalam Islam dimulakan dengan nasihat secara baik, kemudian pisahkan tempat tidur dan kemudian memukul dengan pukulan yang tidak menyakitkan menggunakan hujung kain lembut sahaja. Jika berlaku pukulan, isteri tersebut boleh buat laporan polis atas keganasan rumahtangga.

6. Dilayan dengan cara baik

Suami wajib bercakap dengan percakapan yang baik. Perbuatan seperti memaki hamun, mencarut, bercakap kasar adalah satu bentuk layanan yang tidak baik.

Meskipun hendak bersama dengan isteri, ia tidak boleh datang dalam bentuk paksaan. Apatah lagi apabila isteri berada dalam keadaan haid atau suami nak meliwat isteri sendiri melalui dubur. Haram perbuatan yang melayani isteri seperti itu dalam Islam.

7. Giliran bermalam yang adil

Bagi wanita yang bermadu, hak mereka dalam perkahwinan adalah mendapat giliran bermalam yang adil. Seorang suami yang berpoligami, tidak boleh melebih-lebih isteri yang disukai dan mengenepikan hak isteri yang kurang disukai.

Walaupun mungkin ada isteri yang telah putus haid, tapi dia masih berhak untuk mendapat giliran bermalam. Bukan suami hanya balik waktu siang atau balik sekali sekala sahaja.

❤️ Ajarkan juga ilmu ini kepada kawan perempuan atau ahli keluarga anda yang tersayang kerana seorang wanita yang sedang berkahwin atau baru berkahwin perlu tahu hak dirinya sebagai isteri. Kerana kekuatan seorang wanita terletak kepada ilmunya.

Kredit: Fahmi Ramli

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2022 05:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila hati isteri sudah tawar
????

Payah sebenarnya isteri nak tawar hati tiba-tiba dalam hubungan, melainkan golongan suami selalu ulang-ulang benda yang dia tak suka dan sampai satu tahap dia dah penat nak hadap!

Sudah ditegur dan nasihat tapi tiada perubahan, peluang yang diberi dipandang remeh tak dipeduli.

Akhirnya jadilah masalah rumah tangga seperti yang Puan Intan Dzulkefli kongsikan ini.

Tetiba Isteri Tawar Hati?
“Saya nak bercerai dengan suami. Saya rasa tak bahagia. Saya rasa give up nak masuk syurga Allah sebagai seorang isteri. Susah sangat…”

Jika isteri asyik minta cerai & suami asyik marah-marah, marah anak, bentak isteri.. itulah tandanya sesuatu keberkahan di dalam rumahtangga kita telah hilang.

Bila Isteri Dah Berubah
Jangan main-main apabila isteri telah tawar hati. Dia yang dulu mungkin sangat suka tersenyum dan tergelak berubah menjadi seperti tidak pandai mengukir senyum. Dia yang dulu suka bercakap mungkin semakin lama semakin hilang butir bicara. Dia sudah tidak kisah apa yang hendak si suami lakukan, bicarakan. Kalau dulu pandangannya lekat sentiasa di wajah suami, kini memandang muka suami pun sudah tidak sudi.

Semuanya kerana dia sudah tawar hati, pelbagai hal yang terpendam akhirnya menyebabkan hatinya semakin menjauh.

Untuk para suami, sekiranya isteri berubah sikap jauh berbeza dari sifatnya semasa baru menikah denganmu, telitilah perkara ini,

1) Semaklah bagaimana hubunganmu dengan Ilahi. Bagaimana layanan isteri kepada kita seakan cerminan bagaimana layanan kita dengan Allah. Solat jaga atau tidak? Konsisten solat berjemaah atau tidak?

Jika kita sebagai hamba pun tak taat kepada Allah, bagaimana isteri nak taat kepada kita? Respect is earned, not given.

2) Kamu ambil berat atau tidak soal ibadah wajib isteri? Makan pakainya? Ada tanya isteri dah solat ke belum? Ada tanya isteri dah makan ke belum? Ada beri ruang untuk isteri solat, mengaji & makan dengan tenang tanpa perlu anak-anak mencelah sama? Atau langsung tak pernah beri ruang untuk isteri ber-Me Time?

3) Apabila isteri minta jagakan anak, bagaimana reaksimu? Marah? Membentak? Merungut?

Sebenarnya jika isteri dah mula mahu marah-marahkan anak-anak, peranan suami ialah untuk ambil tugas melayan anak-anak, biarkan isteri cool down. Bukannya si suami pergi menambah marahkan anak-anak pula. Itu hanya menambahkan stress si ibu.

Ketahuilah tiada ibu yang suka marah kepada anak-anak melainkan sebenarnya dia telah terlalu ‘tepu’.

4) Apabila isteri berkongsi cerita, dengarlah. Apabila isteri meluah perasaan, dengarlah. Bukan sekadar duduk di sisi tetapi tangan sibuk main fon, tidak mendengar dengan telinga & hati sekali. Akhirnya isteri hilang ‘rasa’ untuk meluahkan apa terbuku di hati lalu menjadi barah yang bakal merosakkan tautan hati sesebuah perkahwinan.

5) Apabila kita diminta untuk berubah, meninggalkan sesuatu perkara buruk yang menjejaskan kredibiliti kita sebagai suami di sisi isteri, berusahalah untuk berubah. Sekiranya isteri tidak suka kita asyik main game hingga terabai rumahtangga, ubahlah. Sekiranya isteri tak suka kita merokok, cubalah untuk berhenti. Sekiranya isteri tak suka kita terlalu melayan komen-komen kaum wanita di media sosial, respect permintaannya & berubahlah!

Apabila kita belum berubah tetapi isteri tidak lagi menegur untuk kita berubah, itu bukanlah tanda dia sudah menerima, melainkan sebenarnya dia sudah tawar hati & jauh hati!

Dua Belah Pihak Kena Berkorban
Rumahtangga adalah mujahadah. Kita tidak boleh expect hanya sebelah pihak sahaja yang berusaha keras untuk menjayakannya. Ia perlu pengorbanan & kerjasama kedua belah pihak.

Sekiranya perkahwinan itu adalah kenderaan, ia tidak cukup hanya bermodalkan cinta (petrol) untuk memastikan ia terus berjalan, melainkan perlu diservis enjin & sebagainya (toleransi, muafakat, hormat menghormati).

Usah Pendam, Luah Apa Yang Dirasa
Perbaikilah apa yang perlu di dalam diri & keluarga agar rumahtangga akan terus kukuh. Jangan pendam masalah hingga akhirnya apabila ditanya apa masalah, diri sendiri pun sudah tidak tahu bagaimana hendak menjelaskan.

“Tak tahulah. Yang saya tahu, saya dah tak boleh nak hidup dengan awak, nak pandang muka awak pun saya dah menyampah,”

Masalah rumahtangga ibarat anai-anai. Kita tak nampak ia memusnahkan di sebalik dinding, nampak seperti rumah masih kukuh, alih-alih rupanya semakin rapuh, tahu-tahu sudah runtuh!

Hargai sebuah hubungan perkahwinan kerana taat kita pada Allah, akan taat isteri kepada kita, kita patuh apa yang Allah suruh, anak2 akan akan ikut patuh pada kita, semua atas diri kita.. Kita buat kita dapat.
Kita abai kita menyesal.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2022 05:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Kita tak perlu ubah dunia tapi kita ubah diri saja. Mulakan dengan diri sendiri dulu. Belajar untuk memperbaiki diri sendiri.

Sebab kita hanya boleh kawal diri kita. Kita tak boleh kawal orang lain. Kita boleh memberi nasihat dan teguran tapi yang memberi hidayah adalah Allah yang Maha Kuasa.

Jangan sesekali membandingkan kelebihan yang ada pada diri kita dan beranggapan diri lebih elok daripada yang lain. Tak perlulah menilai kekurangan orang-orang disekeliling sedangkan diri kita pun lemah tanpa bantuan Allah. Biarlah kita sibuk perbaiki diri sendiri sehingga kita tak nampak keburukan orang lain.

Kalau kita boleh bercakap tentang keburukan orang lain, bermaksud kita ada sifat keburukan yang dikatakan itu. Sebab hanya orang yang ada sifat begitu saja yang boleh berkata begitu.

Kita kelihatan baik sebab Allah izinkan. Kita hebat sebab Allah izinkan, Kita kelihatan sempurna sebab Allah tutup aib kita. Semua yang berlaku dengan keizinanNya.

Kawan-kawan,

Bismillah. Kita sama-sama mulakan terus untuk perbaiki diri. Mulakan dengan niat, tekad bersungguh-sungguh untuk berubah dan perbaiki diri sendiri.

Sibukkan diri kita dengan perbaiki diri sendiri. Kat mana lagi yang kurang. Kat mana lagi yang tak kena yang perlu diperbaiki. Lihat kekurangan diri melebihi daripada menilai kelemahan orang lain.

Mulakan sekarang dan jangan ditangguh-tangguh. Kerana bimbang, kalau-kalau tiada masa untuk kita. Terus berusaha untuk perbaiki diri.

Hidup untuk Allah redha menuju akhirat.
Insya Allah.

Love,
Fadzilah Yahaya
CnP

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2022 06:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Hari Perlawanan 1 | Rabu, 11 Mei 2022

Futsal Lelaki • Sukan SEA 2021

⚽ MALAYSIA ???????? ????️ ???????? THAILAND
???? 2.00 petang ini
???? Stadium Tertutup Ha Nam, Vietnam
???? Siaran langsung di Astro Arena Saluran 801

#FAM #HarimauMalaya #Vietnam2021
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2022 07:27 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2022 08:37 PM From the mobile phone | Show all posts
sfhzuraz replied at 11-5-2022 02:10 PM
ada 1 kg tu penuh warna warni. kg ex mod cari. selalu dia tepek kt fb dia.

Wah, so colourful
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2022 09:47 PM | Show all posts
mattzzx replied at 11-5-2022 10:46 AM
alang2 dah beli tu pakai saje masa mandi kat rumah tu
maknya duk tgk2 sambil berangan mandi manda  ...

pasal ramai sgt budak2 muda mandi

mak2 nk mandi pn malu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 09:16 AM GMT+8 , Processed in 0.200300 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list