CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Mat Kampong

Dakyah-dakyah kotor SYIAH sebenarnya memburukkan Ahlul Bayt!!

[Copy link]
Post time 3-8-2003 03:26 PM | Show all posts
Originally posted by Laxamana. at 2003-7-22 05:33 PM:
Nahzaluz jawab A dan B sekaligus. ???? Lebih kurang macam tak jawab lagi juga lah sebab ianya bertentangan dengan ASWJ. Kalau exam ni mesti kasi fail... ade ke jawab dua-dua ...



Assalamualaikum kepada semua :bg:

Dah banyak hari tak berforum, rasa rindu juga kepada kekawan semua. Start hari ni insya Allah boleh lepak balik kat sini. Terima kasih atas ucapan tahniah. Sampai sekarang saya belum lagi daftar nama anak lelaki saya tu... :re:

Baiklah, saya sambung dgn posting lax.

====================

Lax,

Nahzaluz jawab A dan B sekaligus. ????  Lebih kurang macam tak jawab lagi juga lah sebab ianya bertentangan dengan ASWJ. Kalau exam ni mesti kasi fail... ade ke jawab dua-dua sekali.  


Bertentangan dgn ASWJ? Bukankah kedua-duanya ada dalam riwayat ASWJ? Macam mana boleh bertentangan? atau anda sebenarnya belum memahami fiqh al-hadis ni mengikut ASWJ sebelum anda bertukar kepada Syiah? Cuba bandingkan lafaz hadis al-Thaqalain riwayat Muslim dan lafaz hadis al-Thaqalain riwayat lain!

Memang kamu bersembunyi dari menjawab nya selama ini, bila dah tak tahan dicabar... muncul juga lah dengan 'jawapan' tak berjawab.


Terima kasih kerana membuat andaian, tetapi maaf kerana andaian anda silap! Kenapa perlu bersembunyi sedangkan tiada apa yang perlu ditakutkan! :bg:

Kawan-kawan ASWJ kamu jawab A semua nya. Kamu Mazhab apa Nahzaluz?


Saya ASWJ.

Adakah jawapan kamu itu pegangan Mazhab Shafie atau ASWJ?


Ada perbezaankah antara mazhab Shafie dan ASWJ? Imam Shafie adalah ulama’ASWJ. Mazhab fekahnya adalah salah satu mazhab fekah ASWJ.  Ulama' ASWJ ada bersepakat dalam sesuatu perkara dan ada berselisih dalam perkara lain. Itu dari sudut fekah. Dari sudut permasalahan asas aqidah pula, mereka bersepakat. Aqidah Imam Abu Hanifah sama dgn aqidah Imam Malik, sama dgn aqidah Imam Shafie, sama dgn aqidah Imam Ahmad bin Hambal. Begitu juga dgn imam-imam mujtahid ASWJ yang lain.
Berbalik kepada soalan anda, cukuplah kalau saya jawab: ia adalah pegangan ASWJ.

Sunnah tu memang pegangan kamu...


Dan anda juga…

tetapi Ithrah Ahlul Bait saya tak nampak pun di mana yang dikatakan kamu terima. Tak ada seorang pun Imam Ahlul Bait yang kamu ikut ijtihad mereka,


Saya ingin ambil kesempatan ini untuk menanyakan anda 3 soalan ttg mazhab AB:

1. Adakah ulama’ yang layak berijtihad di dalam agama Islam kita hanya ulama’ AB sahaja? Kalaulah jawapannya Ya!, anda menisbahkan mazhab anda kepada 12 orang Imam. Ini bermaksud mereka adalah Imam Mujtahid AB yang hanya ijtihad mereka boleh dipakai. Baiklah, di sana ada 12 orang AB yang hidup berlainan zaman. Adakah mazhab AB (fekah dan aqidah) itu mazhab 12 ini atau mazhab Imam Jaafar al-Sadiq sahaja? Adakah mereka semua bersepakat di dalam sesuatu permasalahan? Sekiranya di sana ada percanggahan pendapat antara mereka, mana satukah yang dianggap mazhab AB?  

2. Kalaulah hanya ijtihad ulama’ AB sahaja yang boleh dipakai, adakah saya dikira beramal dgn hadis al-Thaqalain sekiranya saya mengikut mazhab Zaidiyyah? Sekiranya saya dikira beramal dgn hadis tersebut, ia menunjukkan mazhab Zaidiyyah juga betul. Baiklah, Nabi telah mengatakan bahawa umat ini akan berpecah kepada beberapa golongan, yang benar (najiah) hanya satu sahaja, dan anda mendakwa Mazhab AB. Kalau begitu, golongan yang mana satukah yang dianggap firqah najiah, Imamiyyah atau Zaidiyyah, yang kedua-duanya dinisbahkan kepada Imam Mujtahid AB?

Sekiranya dgn mengikut mazhab Zaidiyyah dikira tidak beramal dgn hadis al-Thaqalain, maknanya hadis al-Thaqalain hanya dikhususkan kepada Imamiyyah sahaja. Apakah hikmatnya Nabi s.a.w tidak memperjelaskan dgn sejelas-jelasnya dalam wasiat penting beliau dgn berkata: Aku tinggalkan dua perkara yang kamu tidak sesat selagi kamu berpegang dgnnya, Kitabullah dan ithrahKu ABKu dari keturunan Husain?

3. Salahkah kalau saya mengatakan Imam Shafie adalah Imam Mujtahid keturunan AB Rasulullah s.a.w? dan sekiranya saya bertaklid kepada mazhab Shafie, adakah saya dikira beramal dgn hadis al-Thaqalin?


malah kamu memburuk-burukkan Mazhab Ahlul Bait atas nama Syiah.


Saya tidak memburuk-burukkan Mazhab AB. Yang saya tidak bersetuju dan tolak ialah Syiah yang mendakwa pegangan mereka ini adalah Mazhab AB!

Lax, suatu permintaan. Boleh tak huraikan kepada saya apakah sebenarnya atau hakikatnya Mazhab AB? Maksud saya, apabila anda menyebut Mazhab AB, mazhab yang macam manakah yang anda maksudkan? Siapakah ulama’ mujtahid dalam Mazhab AB, dahulu dan sekarang? Adakah ia mazhab fekah atau mazhab yang dimaksud dalam hadis al-Thaqalain? Apakah kaitannya dgn Syiah? dll point yang berkait. Saya pohon anda jelaskan di sini untuk makluman kita semua.

Sesungguh nya sifat munafik adalah satu sifat tercela...


Betul. Umum mengetahuinya.

jauhi lah diri dari nya. Saya mengingatkan diri saya sendiri dan saudara seagama.


Terima kasih di atas nasihatnya. :bg:

Siapa dia Ahlul Bait Rasulullah s.a.w. mengikut fahaman ASWJ?


Mereka ialah:
1. Kaum kerabat dan keturunan Rasulullah s.a.w yang diharamkan memakan sedekah.
2. Para isteri baginda.



Wallahua’lam.

p.s - Jawapan lengkap saya bersabit isu ini (Kitabullah wa sunnati/kitabullah wa itrati dan Siapakah AB Rasulullah s.a.w) boleh anda baca nanti dalam jawapan saya kepada bill.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Mat Kampong This user has been deleted
 Author| Post time 4-8-2003 01:15 PM | Show all posts

SIAPAKAH 12 KHALIFAH SELEPAS KEWAFATAN RASULULLAH SAW?

Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim: 3393
Hadis Jabir bin Samurah r.a katanya:
Aku bersama ayahku telah masuk menghadap Nabi s.a.w, lalu aku mendengar baginda bersabda: Sesungguhnya permasalahan ini tidak akan selesai dan akan berterusan sehingga ke zaman dua belas orang Khalifah. Menurut katanya lagi, kemudian baginda berbisik-bisik denganku, lalu aku bertanya ayahku: Apakah yang telah diberitahu oleh baginda. Katanya: Baginda telah bersabda bahawa kedua belas orang khalifah tersebut adalah berasal dari kaum Quraisy  

(Sila juga rujuk Kitab Al-Emarah, jil. 2, m.s.1453)
(Sahih Al-Bukhari, sila rujuk Kitab Al-Ahkam, bab al-Estikhlaf, jil. 8, ms. 127)

Hadis diatas adalah hadis sahih dan benar, tetapi bukanlah saperti yang di抍laim
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2003 04:18 PM | Show all posts
Kita mungkin belum pernah dengar ulama' kita melaknat S. Abu Bakar dan S. Umar serta mengkafirkan mereka. Tetapi berikut adalah petikan ucapan seorang ulama' Syiah di Teluk, iaitu Syeikh Yasir al-Habib yang membaca satu riwayat dari Imam Musa al-Kazim, yang dgn jelas melaknat dan mengkafirkan S. Abu Bakar dan S. Umar. Adakah ini mazhab AB atau satu pendapat ulama' dalam mazhab AB yang perlu ditolak atau ia sebenarnya suatu bentuk pembohongan terhadap AB? Sila dengar (walaupun dalam B. Arab tetapi ia agak jelas):

http://www.ansar.org/audio/shatmshaikhain.mp3

Teks ucapan beliau:

عن مولانا الإمام موسى بن جعفر الكاظم عليهم الصلاة والسلام أنه قال : أبو بكر وعمر كافران عليهما لعنة الله والملائكة والناس أجمعين. والله ما دخل قلب أحد منهما شيء من الإيمان. كانا خداعين مرتابين منافقين حتى توفتهما ملائكة العذاب إلى محل الخزي في دار المقام

هذا النص الشريف عن الإمام الكاظم صلوات الله عليه يثبت مجموعة من الحقائق. إحدى أهم هذه الحقائق هي أن أبا بكر وعمر لعنة الله عليهما كانا خداعين، والخداع صيغة مبالغة في الفعل، فعل خادع، بمعنى أنهما كانا مبالغين في الخداع، مهرة الخداع، يعني الخداع بالنسبة إليهم كبير جدا


[ Last edited by nahzaluz on 4-8-2003 at 05:32 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2003 12:57 AM | Show all posts
Assalamualaikum bill dll, :bg:

Saudara Nahzalus
Kerana anda telah bersikap lunak kepada bill dalam perbincangan ini, maka bill juga akan bersikap lunak sesuai dengan perlakuan anda. Namun sekiranya ada terkasar bahasa dalam penyampaian, harap kita masih terus dapat berbincang dengan baik. Semoga Allah mengampuni anda dan saya.


Amin! Semoga Allah merahmati kita semua di forum ini. Mari kita berbincang dgn baik. :bg:   


nahzaluz: Sudah berapa kali saya nyatakan kepada anda, S. Abu Bakar tidak merampas hak Ahlul Bait kerana beliau mendengar Nabi berkata yang baginda tidak diwarisi. Jadi S. Abu Bakar mahu menguruskannya sebagaimana ia diuruskan oleh Rasulullah s.a.w. S. Abu Bakar ialah seorang sahabat yang sangat-sangat mengikut Rasulullah s.a.w!

bill: Al-Quran:Nahzalus, beginilah. Kami mengikuti al-Quran bahawa Ahlul Bait suci malah sesuci-sucinya. Khilaf, kesilapan dan kejahilan termasuk antara ketidak sucian dan kekurangan.  Maka kami mengatakan Ahlul Bait a.s benar dalam tuntutan mereka.


Pegangan anda ialah suci secuci-cucinya (mengikut pentafsiran anda) bermaksud mereka tidak akan berbuat khilaf, tidak melakukan kesilapan dan tidak jahil (tidak tahu). Pegangan saya ialah mereka itu bukan Nabi dan Rasul. Jadi walaupun kita boleh memanggil mereka dgn suci secuci-cucinya, pentafsiran yang saya pegang ialah ada kemungkinan untuk berdosa, ada kemungkinan berlaku khilaf sesama mereka, ada kemungkinan untuk melakukan kesilapan, dan mereka boleh tidak tahu dalam sesuatu perkara. Perkara-perkara itu tidak mustahil berlaku kepada mereka dan juga kepada para Sahabat yang lain termasuk S. Abu Bakar, S. Umar dan S. Uthman. Tiada tanaqud antara suci sesuci-sucinya dgn kemungkinan untuk melakukan dosa kerana di dalam Islam, apabila seseorang melakukan dosa, sekiranya dia bertaubat dan taubatnya diterima Allah, dia akan menjadi suci secuci-cucinya sbb dosa-dosanya telah diampunkan oleh Allah s.w.t.

Hadis:Hadis Tsaqalain jelas menunjukkan Ahlul Bait a.s tidak berpisah dari al-Quran. Jadi hukum pewarisan adalah termasuk dalam al-Quran dan mustahil Rasulullah saaw akan bertentangan dengan al-Quran apabila menyerahkan fadak kepada Sayyidatina Fathimah a.s


Pegangan saya ialah Fadak tidak diserahkan oleh Nabi kepada S. Fatimah sebagai satu pemberian. Ia kekal diuruskan oleh Nabi sehingga baginda wafat. Sebab itu, selepas Nabi wafat, S. Fatimah bertanyakan S. Abu Bakar bahagiannya dari harta peninggalan ayahandanya. Ini jelas disebut dalam hadis Aisyah dalam sahih Bukhari. Sekiranya ia suatu pemberian, tiada gunanya S. Fatimah menuntut haknya dari S. Abu Bakar.

Hukum pewarisan memang terdapat dalam al-Qur抋n tetapi Nabi dikecualikan dari hukum tersebut, sebagaimana hukum berkahwin tidak lebih dari empat. al-Qur抋n membolehkan kahwin lebih dari satu tetapi tidak lebih dari empat, dan umum tahu bahawa Nabi dikecualikan dari hukum tersebut. Ia sama dgn hukum pewarisan dalam al-Qur抋n. Begitu juga dalam bab: Adakah anak kita, sekiranya dia kafir, dia boleh mewarisi harta kita selepas kita meninggal dunia? Atau seorang anak beragama Islam yang ayahnya kafir, boleh tak dia mewarisi harta ayahnya? Tidak boleh bukan? Anda tentu pernah membaca hadis ini "Tidaklah berhak seorang muslim mewarisi orang kafir dan tidak pula orang kafir mewarisi orang muslim [HR Bukhari dan Muslim. Lihat juga al-Sunan al-Kubra oleh al-Baihaqi 6/218, Kitab al-Sunan al-Shaghir, juga oleh al-Baihaqi 1/568, al-Mustadrak oleh al-Hakim 4/345, Sahih Ibn Khuzaimah 2985, Musnad Ahmad 5/202 dan Sharh Ma'ani al-Athar oleh al-Tahawi 3/265]. Jadi mereka juga dikecualikan dari hukum pewarisan umum yang disebut oleh al-Qur抋n.

Perbahasan bab ini ada disebut di dalam bab al-Am dan al-Khas, bukan bab Nasakh dan Mansukh dalam kitab-kitab Ulum al-Qur抋n. Masing-masing boleh rujuk sendiri.


nahzaluz:Saya juga sudah menyatakan bahawa maksum hanya ada pada para Nabi sahaja. Para AB dan sahabat kesemuanya tidak maksum. Ini dasar dalam akidah kita ASWJ. Inilah ia pegangan AB dan para sahabat. Tiada seorangpun dari kalangan mereka yang mendakwa mereka maksum.

bill:saudara Nahzalus, itu adalah pandangan anda dan pandangan mazhab anda. Kebenaran Islam tidak bergantung kepada pendapat anda atau mazhab anda apabila kita berdalil dengan al Quran dan Hadis.


Betul, saya setuju. Apabila ada percanggahan, kita rujuk Allah (al-Qur抋n) dan Rasul (Hadis) sesuai dgn arahan ayat 59 Surah al-Nisa
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2003 01:32 AM | Show all posts
sambungan

3-Bukankah al-Quran suci? Lalu, apakah kembarnya (Ahlul Bait a.s) kotor?


Al-Quran bersumberkan dari Allah. Lalu ia dikembarkan dgn sesuatu yang juga bersumber dari Allah walaupun bentuknya berlainan iaitu Sunnah.  Kedua-duanya adalah benar dan betul. Orang yang mengikut apa yang disuruh oleh al-Quran dan Sunnah dan meninggalkan apa yang dilarang oleh kedua-duanya adalah suci.

nahzaluz: Baiklah, kalaulah AB maksum, adakah keturunan AB sampai saat ini kesemuanya maksum? Adakah kesemua keturunan AB tidak berpisah dgn al-Qur'an?

bill: AB sewaktu hayat Rasulullah saaw adalah Imam Ali, Sayyidatina Fathimah, Imam Hasan dan Husein, (a.s) kemudian 9 orang zuriat dari Imam Husein a.s. Inilah Ahlul Bait a.s yg maksum dan 12 mereka adalah Imam yang mendapat petunjuk.


Saudara bill, itu adalah pandangan anda dan pandangan mazhab anda. Kebenaran Islam tidak bergantung kepada pendapat anda atau mazhab anda apabila kita berdalil dengan al Quran dan Hadis.

nahzaluz: Sudah berapa kali saya katakan kepada anda, ia adalah khilaf ijtihad. Masing-masing ada dalil. S. Fatimah semasa beliau menuntut haknya sebagai anak kepada Rasulullah s.a.w yang telah wafat berdasarkan ayat al-mawarith. Tetapi setelah S. Abu Bakar mengatakan beliau ada mendengar Rasulullah s.a.w bersabda bahawa para Nabi tidak diwarisi, beliau akur. Sbb itulah S. Abu Bakar tidak membahagikan harta peninggalan Nabi hatta kepada al-Abbas dan para isteri baginda. Maknanya, beliau juga ada dalil yang mengkhususkan atau mengeluarkan Nabi dari hukum umum tersebut. Atas sebab itulah, selepas itu S. Fatimah tidak lagi menuntut harta tersebut. Kemudian, 6 bulan selepas itu, beliau kembali ke rahmatullah, dalam keadaan redha kepada S. Abu Bakar.Inilah pegangan saya wahai sahabatku bill!

bill: Nahzalus, khilaf dalam ijitihad sekiranya wujud sekalipun, ianya hanyalah pada pihak Abu Bakar! Bukankah begitu?


Tidak begitu.

Apakah anda akan sanggup mengatakan Sayyidatina Fathimah a.s salah dalam hal ini?


Dari sudut ijtihad, boleh.

Bukankah Allah telah menyucikan beliau, dan apakah kita ragu mengenai kesucian Sayyidatina Fathimah a.s daripada kesalahan?


Walaupun beliau seorang yang suci tetapi kemungkinan untuk melakukan kesalahan tetap ada, begitu juga dgn S. Abu Bakar, S. Umar dan S. Uthman.

Jangan lupa juga, Imam Ali a.s juga bersaksi akan Fadak. Apakah imam Ali a.s juga salah? Apakah kedua2nya menuntut sesuatu yg memang bukan hak milik mereka dan bersikap keras utk mendapatkannya?


Pegangan saya ialah Fadak tidak diberi oleh Rasulullah s.a.w kepada S. Fatimah semasa baginda hidup yang memerlukan S. Ali dan Ummu Aiman untuk menjadi saksi. Ia adalah harta yang ditinggalkan Nabi yang dituntut oleh S. Fatimah atas nama pusaka.

Malah Imam Ali a.s masih lagi menuntut hak fadak walaupun selepas Abu Bakar.


Beliau menuntut hak pengurusan, bukannya hak untuk mendapatkan dan memiliki Fadak. Inilah maksud sebenar kes beliau bersama al-Abbas ketika mereka masuk berjumpa S. Umar dan meminta beliau 杝ebagi Khalifah- menyelesaikan khilaf antara mereka berdua, sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari.

Soalannya, sekiranya ada khilaf, ianya daripada Abu Bakar bukan?


Adakah khilaf itu mesti datang dari orang yang dituntut. Mungkinkah khilaf itu berpunca dari si penuntut?

nahzaluz: Adakah S. Abu Bakar mengambil fadak untuk kegunaannya sendiri?
Adakah S. Abu Bakar tidak memberi satu senpun dari harta lain sebagai ganti kepada Fadak?
Antara sifat perampas ialah membenci orang yang dirampas hartanya itu dan suka melihatnya hidup menderita. Kenapakah S. Abu Bakar mengatakan kepada S. Fatimah: Demi Tuhan yang diriku di dalam tanganNya, kaum kerabat Rasulullah s.a.w lebih suka aku sambung berbanding kaum kerabatku sendiri! Sbb tu saya kata, tidak timbul isu perampasan hak AB!  

bill: Nahzalus, samada Abu Bakar menggunakan Fadak utk keperluan sendiri atau tidak, apabila beliau mengambil sesuatu dengan paksa maka ia adalah merampas!


Kenapa mengambil dgn paksa sdgkan ia bukan hak S. Fatimah? Istilah merampas digunakan kalau S. Abu Bakar ambil hak S. Fatimah. Sekarang ni Fadak dah jadi sedekah. Ia dah jadi hak orang lain, bukan lagi hak S. Fatimah, al-Abbas dan isteri-isteri Nabi untuk difaraidkan antara mereka sebagai harta pusaka Nabi. Jadi tidak timbul istilah merampas!

Apatah lagi sesuatu yang dirampas itu ialah sesuatu yg telah diberikan oleh Rasulullah saaw. Apakah anda meragui Sayyidatina Fathimah a.s mereka2 cerita bahawa ayahndanya telah memberikan Fadak kepadanya?


Mana satu yang anda pegang sebenarnya? Fadak sebagai harta pusaka atau Fadak sebagai pemberian khusus Nabi kepada S. Fatimah seorang, yang diberikannya sebelum baginda wafat? Pegangan saya ialah sebagaimana dalam hadis Imam Bukhari yang pernah anda sebut dahulu, iaitu ia adalah harta pusaka. Maksudnya, S. Fatimah menuntut haknya atas nama harta pusaka Nabi!

Dan bijak pandai Islam telah meneliti akan tuntutan Fadak dan bahaya penyerahannya kepada Sayyidatina Fathimah a.s, dan ianya lebih bersifat politik.


Apa bahayanya kalau diserahkan kepada S. Fatimah kalau beliau memang berhak. Bagi saya, kalau tiada hadis yang menyatakan Nabi tidak diwarisi, S. Abu Bakar akan membahagi-bahagikan harta Nabi termasuk Fadak kepada mereka yang berhak mengikut hukum Faraid, termasuk S. Fatimah!

nahzaluz: Anda tidak tahu apa yang akan saya perkatakan tetapi anda sebenarnya sudah ada maklumat ttg jawapan ulama' ASWJ sebab sebagai pencari kebenaran, ada pasti telah membacanya dari kitab karangan ASWJ!

bill: ini mengenai Tragedi Khamis. Apapun jua yang datanganya dari anda, selagi ia bersifat perbincangan, maka bill akan menghormatinya. Silalah anda kemukakannya, dan kita berbincanglah dengan baik dan hati terbuka.


Harapnya begitulah. Tapi lain kalilah saya postkan. :bg:
  
nahzaluz: Saya seboleh-bolehnya mahu beradab dalam menjawab soalan anda ini wahai sahabatku Bill. Jawapan saya ialah semasa beliau memohon beliau tidak salah kerana beliau ada dalil. Dilihat kepada ijtihad siapakah yang lebih benar, ASWJ berpendapat ijtihad S. Abu Bakar lebih benar. Beliau dapat 2 pahala, S. Fatimah 1 pahala. Wallahu a'lam.

bill: Nahzalus, sayyidatina Fathimah a.s tidak menuntut sesuatu yg tidak pasti, atau hak rakyat dan kerajaan Islam. Imam Ali a.s menguatkannya, ummu Aiman juga. Sedangkan kedua mereka ialah Ahlul Bait a.s yg Rasulullah saaw memerintahkan kita ikut. Jadi dalam hal ini, mengapa kita meninggalkan mereka dan mengatakan mereka tersalah dan dapat satu pahala ijtihad? Sekiranya mereka khilaf mengapa Rasulullah saaw menyuruh kita ikut mereka? Jadi siapa yg khilaf? Pasti ada seorang sahaja bukan?


Sekiranya S. Abu Bakar juga khilaf, kenapa Nabi menyuruh kita mengikut khalifah al-Rasyidin selepasnya, termasuk S. Abu Bakar?

mengenai Jabir, anda mengatakan tidak bersalah. Jadi soalannya kembali semula, iaitu mengapa Abu Bakar menerima kesaksian perseorangan Jabir tetapi menolak kesaksian Sayyidatina Fathimah a.s, dan Imam Ali a.s?


Bagi saya tidak timbul penyaksian S. Ali dan S. Ummu Aiman kerana S. Fatimah menuntuk haknya dari Fadak atas nama harta pusaka yang tidak memerlukan sebarang penyaksian.

Dalam kes Jabir, ia adalah harta dari Bahrain yang menjadi milik Baitul Mal. Ia terserah kepada Khalifah untuk membahagi-bahagikannya mengikut ijtihad dan keperluan. Atas sebab itulah kesaksian Jabir diterima oleh S. Abu Bakar kerana beliau mahu melaksanakan janji yang Nabi buat walaupun Nabi dah tak ada. Kes ini sama seperti S. Umar yang memberikan gelang Kisra Parsi kepada Suraqah bin Malik setelah Islam berjaya menjatuhkan Kerajaan Parsi demi untuk melaksanakan janji Nabi kepada Suraqah.

Baki lagi ialah komen anda dari sudut penyaksian dalam kes baju besi S. Ali. Adakah Shuraih al-Qadhi bersalah kerana tidak menerima S. Hasan dan S. Husain (dua orang Imam yang suci sesuci-sucinya mengikut mazhab anda) sebagai saksi bagi pihak ayahandanya? Adakah Shuraih menganggap bahawa mereka berdua cuba berbohong, sbb itulah penyaksian mereka ditolak? Sekiranya Shuraih salah, kenapa S. Ali menerima penghakiman Shuraih?

Sekiranya anda mahu mendesak saya supaya berpegang dgn riwayat yang mengatakan Fadak adalah pemberian Nabi kepada S. Fatimah, dan S. Abu Bakar menolak penyaksian S. Ali dan S. Ummu Aiman, kemudian anda bertanyakan saya kenapa S. Abu Bakar menolak, jawapan saya sama dgn jawapan anda kepada soalan saya diatas, kenapakah Shuraih al-Qadhi menolak penyaksian S. Hasan dan S. Husain? Adakah kerana mereka berdua 杙ada pandangan Shuraih- berbohong, atau di sana ada sebab lain?
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2003 01:37 AM | Show all posts
sambungan

nahzaluz: Bill, saya ingin bertanya kepada anda. Riwayat mana satukah sebenarnya yang anda pegang. Kalau tidak salah saya, anda pernah berhujah dgn saya menggunakan hadis Bukhari yang mengatakan S. Fatimah menuntut Fadak dari S. Abu Bakar atas nama harta pusaka. Kemudian anda menyoal saya ttg kesaksian S. Ali dan S. Ummu Aiman ttg Fadak dalam riwayat yang mengatakan Rasulullah s.a.w telah memberikan Fadak kepada S. Fatimah sebelum kewafatan baginda. Mana satukah pegangan anda sebenarnya?Btw, satu point yang saya nampak dalam kenyataan anda di atas (yang saya gariskan). Kalaulah AB dan sahabat yang pada mulanya menentang itu kemudian mengiktiraf pelantikan S. Abu Bakar selepas itu, dan S. Abu Bakar kembali ke rahmatullah dalam keadaan mereka semua redha beliau sebagai pengganti Rasulullah s.a.w, kenapa anda tidak boleh terima? Anda mahu mengambil kes pertama dan meninggalkan kes terakhir?  

bill: nahzalus, bill selamanya tidak akan mempertikaikan kebenaran Sayyidatina Fathimah. Mengenai samada ia harta pusaka atau milik Sayyidatina Fathimah a.s, maka sebenarnya ianya tidak penting lagi kerana pokok pangkalnya ialah Fadak (apapun statusnya) telah dirampas oleh Abu Bakar.


Kalau ia betul pemberian Nabi, memang ia dirampas. Tetapi ia adalah harta pusaka, dan Nabi bersabda baginda tidak diwarisi. Jadi ia bukan lagi hak S. Fatimah. Jadi, tidak timbul istilah rampas!

Namun beginilah, fadak telah diberikan kepada Sayyidatina Fathimah a.s semasa hidup lagi (seperti yg telah dikatakan oleh ulamak ASWJ sendiri), tetapi statusnya timbul semula selepas pemilihan Abu Bakar dan apa juga bentuk tuntutannya, tidak merubah bahawa fadak dirampas. Itulah isunya sekarang.


Maafkan saya. Saya tak berapa jelas di sini. Seingat saya, (mungkin saya silap) anda hanya menyebut sumber Ihya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Mat Kampong This user has been deleted
 Author| Post time 7-8-2003 08:54 AM | Show all posts
Originally posted by nahzaluz at 7-808-2003 03:37:
sambungan



Kalau ia betul pemberian Nabi, memang ia dirampas. Tetapi ia adalah harta pusaka, dan Nabi bersabda baginda tidak diwarisi. Jadi ia bukan lagi hak S. Fatimah. Jadi, ti ...


Salam Nahzaluz,

Syabas diatas penjelasan yang berilmiah.. kita perlu rasional TETAPI kalau dah taksub... semuanya akan buntu dan akal fikiran tidak dapat berfungsi secara normal.. kerana 'satu batu keras' sudah ada kat situ.. mesti takleh terima punya!!!

Renungilah HADIS-HADIS dari KITAB IMARAH (KEPIMPINAN) ini;
Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim: 3416
Hadis Ibnu Abbas r.a katanya:
Telah turun ayat 59 dari Surah An-Nissa
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2003 07:18 PM | Show all posts
MK: Anda munkin terbayang siapakah keduabelas khalifah terhadap umay Islam. Mereka adalah:

Irfani:inilah punca kesesatan dan penyelewengan dari anda,anda dengan mengikut nafsu dan pendapat sendiri menetapkan suatu hukum yang tidak benar.Saya kira itu adalah pendapat peribadi anda dan jelas banyak lagi pendapat-pendapat peribadi yang akan timbul.Namun,apakah anda fikir agama Allah SWT itu ditaati dengan mengikut hawa nafsu anda.Nescaya para pengikut anda akan sesat disebabkan bidaah tanpa hujah dari Allah SWT dalam pendapat anda itu.

Lihatlah,anda dengan tiada hujah begitu mudah menisbahkan seseorang yang Allah SWT wajib taati dengan perkiraan anda yang amat terbatas.Tidakkah anda takut dipertanggung jawabkan oleh Allah SWT diatas penentangan anda terhadap hamba-hamba pilihan-Nya?

mengapakah anda tidak bertanya kepada Ahlul Zikr yang telah dikurniakan oleh Allah SWT dengan Ilmu Al-Quran?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-8-2003 07:57 PM | Show all posts
Nahzalulz:Kita mungkin belum pernah dengar ulama' kita melaknat S. Abu Bakar dan S. Umar serta mengkafirkan mereka.

Irfani:Kami membenci mereka kerana Rasulullah saaw membenci mereka,lihat tragedi khamis.Kami membenci mereka disebabkan perbuatan mereka.

Nahzlulz: Pegangan anda ialah suci secuci-cucinya (mengikut pentafsiran anda) bermaksud mereka tidak akan berbuat khilaf, tidak melakukan kesilapan dan tidak jahil (tidak tahu). Pegangan saya ialah mereka itu bukan Nabi dan Rasul. Jadi walaupun kita boleh memanggil mereka dgn suci secuci-cucinya, pentafsiran yang saya pegang ialah ada kemungkinan untuk berdosa, ada kemungkinan berlaku khilaf sesama mereka, ada kemungkinan untuk melakukan kesilapan, dan mereka boleh tidak tahu dalam sesuatu perkara.

Irfani:Ini adalah pandangan anda sendiri,sedangkan hujah maksum itu bagi kami adalah dari hadis-hadis Rasulullah dan Ahlul Bayt(ahlul zikr) dan terdapat dalam riwayat ASWJ.Oleh itu kami meminta anda membuktikan bahwa pandangan Rasulullah saaw dan Ahlul zikr itu bercanggah dengan pandangan Al-Quran!tantu anda tidak akan menemui penentangan.kerana ia adalah kebenaran.

Nahzalulz:Sekiranya selepas Nabi terakhir s.a.w masih ada lagi orang yang maksum, maka kata-katanya juga wajib diimani, dipercayai, dituruti dan ditaati. Bagi saya orang yang beriktikad begitu, dia seolah-olah memberikan makna kenabian kepada orang yang maksum itu, walaupun dia tidak menamakannya sebagai Nabi.

Irfani:Benar mereka tidak digelar Nabi,tetapi Allah SWT memanggil mereka sebagai Ulul amri.

Nhzalulz:Allah tidak menyuruh kita check atau berhukum ketika timbul khilaf atau percanggahan pendapat kecuali kepada Allah (al-Qur抋n) dan Rasulullah s.a.w (Hadis). Kalaulah di sana ada orang lain yang juga bersifat maksum selain Nabi, nescaya Allah akan menyuruh kita merujuk kepada mereka. Ini menunjukkan bahawa hanya Nabi yang bersifat ma抯um.

Irfani:Nabi juga yang menyebut mengikut Imam Ali as dan Ahlul Bait yang lain,dan mengikut ahlul Bait adalah termasuk dari perintah Allah SWT dan Rasul-Nya.

Nahzalulz:Lagipun ayat al-Tathir itu menyatakan Allah mahu menyucikan, bukannya telah menyucikan. Kalau AB melakukan apa yang Allah suruh dan meninggalkan apa yang Allah larang yang disebut sebelum dan selepas ayat al-Tathir, maka sucilah mereka dari dosa. Kalau mereka buat, mereka akan berdosa. Apa hikmatnya kalaulah mereka telah disucikan dari dosa, kesilapan, kesalahan, kejahilan dsbnya tetapi dipesan supaya buat yang ni dan tinggal yang tu di permulaan dan akhir ayat? Apa hikmahnya?

Irfani:'Suci-sesucinya' adalah kelebihan yang khusus kepada Ahlul Bait as sebagai ikutan(hadis Thaqalain-Kitabullah dan Ithrati) dan bukan kepada isteri-isteri Nabi,sedangkan yang anda maksudkan sebagai perintah suruhan dan larangan itu adalah termasuk kepada isteri-isteri Nabi.Lihat dhamir 'kum' didlam ayat tersebut yang khusus kepada ahlul bait Raslullah saaw iaitu Ali,Fatimah,Hassan,Hussein dan sembilan orang wasi dari sulbi Imam Hussein(AS).Dan ia adalah pilihan Allah SWT dan bukan atas pandangan dan pendapat anda bagi menentukan siapakah Ahlul Bayt as.ia ada dalam hadis dan bukan rekaan atau bidaah.Seangkan orang yang mengikut pendapat sendiri dalam hukum Allah SWT adalah orang yang tidak didasari oleh cahaya petunjuk.

Mengapakah anda tidak berfikir bahawa pada mulanya awal ayat tersebut iamengisahkan tentang aisyah dan kesalahanya keluar rumah dan memerangi saidina Ali as dan pada ayat tathir:33 Allah SWT meyebut tentang kebenaran Imam Ali as sebagai penghulu Ahlul BAyt as yang disucikan sesuci-sucinya.

Nahzalulz:Satu lagi, Syiah juga ada meriwayatkan para Imam mereka berdoa supaya Allah mengampunkan dosa mereka. Kenapakah mereka berdoa sedemikian?

Irfani:Ini adalah pandangan yang tidak memahami kedudukan istighfar bagi orang yang tinggi makamnya,Rasulullah saaw juga bertaubat kepada Allah siang dan malam,malah melebihi dari orang biasa.Tetapi bagi mengandalkan taubat mereka seperti kita,adalah satu kejahilan.

[ Last edited by irfani on 12-8-2003 at 08:20 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2003 11:21 PM | Show all posts
Nahzalulz:Al-Quran bersumberkan dari Allah. Lalu ia dikembarkan dgn sesuatu yang juga bersumber dari Allah walaupun bentuknya berlainan iaitu Sunnah.  Kedua-duanya adalah benar dan betul. Orang yang mengikut apa yang disuruh oleh al-Quran dan Sunnah dan meninggalkan apa yang dilarang oleh kedua-duanya adalah suci.

Irfani:Kitab Shahih Bukhari tidak suci,namun Ahlul Bayt as adlah suci-sesucinya.Ia adalah Tali Allah kepada manusia.Malah terdapat hadis-hadis yang dipersoalakan didalamnya seperti hadis-hadis yang berbau israliyyat,dan ramai yan sesat disebabkan berpegang kepada hadis-hadis yang palsu.Namun Ahlul Bayt as adalah kesinambungan pengajaran Nabi Saaw kepada umat.Dan menaatinya menjadi perintah Allah SWT dan Rasul-Nya.

bill: AB sewaktu hayat Rasulullah saaw adalah Imam Ali, Sayyidatina Fathimah, Imam Hasan dan Husein, (a.s) kemudian 9 orang zuriat dari Imam Husein a.s. Inilah Ahlul Bait a.s yg maksum dan 12 mereka adalah Imam yang mendapat petunjuk.

Nahzalulz:Saudara bill, itu adalah pandangan anda dan pandangan mazhab anda. Kebenaran Islam tidak bergantung kepada pendapat anda atau mazhab anda apabila kita berdalil dengan al Quran dan Hadis.

Irfani:Tidak,itu apa yang kami ambil dari Al-Quran dan hadis,sedangkan andalah yang mengandalkan kepada penafsiran sendiri menisbahkan Ahlul Bayt mengikut selera anda tanpa merujuk kepada Ahli Zikr.

Bill:Apakah anda akan sanggup mengatakan Sayyidatina Fathimah a.s salah dalam hal ini?  

Nahzalulz: Dari sudut ijtihad, boleh.

Irfani:Anda telah mengingkari maqam Ahli Zikr,yang Allah wajibkan kita bertanya kepada mereka.:" Maka tanyalah kepada Ahlul Zikr (Ahlul Bayt AS) jika kamu tidak mengetahui." [Surah al-Anbiya:7]
Sesungguhnya Allah telah menurunkan zikran rasulan, (peringatan,perutusan) yang membaca kepadanya ayat-ayat Allah yang menerangkan (bermacam-macam hukum)."[Surah al-Talaq:10-11]
al-Zikr adalah Rasulullah SAWA dan kami(Ahlul Bayt as) adalah ahlinya (keluarganya)."
-Maka Jadilah Ahli Zikr itu,Ahlul Bayt as.

Nahzalulz: Walaupun beliau seorang yang suci tetapi kemungkinan untuk melakukan kesalahan tetap ada, begitu juga dgn S. Abu Bakar, S. Umar dan S. Uthman.

Irfani:Mereka bukanlah Itrah At-Tahirah dan mereka bukanlah Ahli Zikr iaitu Ahlul Bayt as.Sedangkan orang yang mereka tentang itu adalah Ahlul Bayt as.Sahabat termasuk dalam umat dan tidak sekali-kali mereka Ahlul Bayt as yang disucikan.

Nahzalulz: Pegangan saya ialah Fadak tidak diberi oleh Rasulullah s.a.w kepada S. Fatimah semasa baginda hidup yang memerlukan S. Ali dan Ummu Aiman untuk menjadi saksi. Ia adalah harta yang ditinggalkan Nabi yang dituntut oleh S. Fatimah atas nama pusaka.

Irfani:Itu apa yang anda pegang,dan anda sentiasa membangkangi apa yang dikatakan oleh Ahlul Bayt as(Ahli Zikr).Terserahlah pada anda untuk membuat pernilaian.Hujah telah terang.

Nahzalulz: Kenapa mengambil dgn paksa sdgkan ia bukan hak S. Fatimah? Istilah merampas digunakan kalau S. Abu Bakar ambil hak S. Fatimah. Sekarang ni Fadak dah jadi sedekah. Ia dah jadi hak orang lain, bukan lagi hak S. Fatimah, al-Abbas dan isteri-isteri Nabi untuk difaraidkan antara mereka sebagai harta pusaka Nabi. Jadi tidak timbul istilah merampas!

Irfani:Sungguh hina keyataan anda ini...
Sampai disini...anda tidak mengenal Ahlul Bayt?!!celakalah anda!apakah anda fikir Fatimah as begitu hina ingin memakan sesuatu bukan haknya!!!!!apakah anda tidak faham-faham dengan kedudukan mereka as sehingga meluat kami mendengar perkataan anda ini,seolah-olah anda tidak mampu berfikir dengan waras.
Tidak cukupkah Allah menyuruh orang-orang mu'min berselawat kepadanya disamping ayahnya,Rasulullah saaw!?apakah tidak cukup Allah telah menyucikanya!?apakah tidak cukup beliau as penghulu wanita alam semesta!?tidak cukupkah beliau as isteri makhluk Allah yang termulia!?Tidak cukupkah beliau as ibu penghulu pemuda syurga!? tidak cukupkah beliau as adalah penggati kepada ibunya pada kedudukan disamping Rasulullah saaw!? Tidak cukupkah beliau puteri tersayang Rasulullah saaw yan kelebihanya tidak mampu diunkapkan disini?
lalu dengan jijiknya anda menuduh insan yang terpuji dunia akhirat ini dengan tuduhan yang zalim!?saya harap anda dapat mengkaji ayat ini.

Maka tanyalah kepada Ahlul Zikr (Ahlul Bayt AS) jika kamu tidak mengetahui." [Surah al-Anbiya:7]

Bukankah Fatimah as termasuk dalam Ahli Zikr!?lalu mengapakah anda begitu memihak kepada lawanya jika anda seorang yang beriman!?

[ Last edited by irfani on 12-8-2003 at 11:23 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2003 10:49 AM | Show all posts
Terima kasih Irfani kerana memberi respon. Marilah kita berbincang dgn baik. :bg:

=========

Nahzaluz:Kita mungkin belum pernah dengar ulama' kita melaknat S. Abu Bakar dan S. Umar serta mengkafirkan mereka.

Irfani:Kami membenci mereka kerana Rasulullah saaw membenci mereka,lihat tragedi khamis.Kami membenci mereka disebabkan perbuatan mereka.


Rasulullah membenci mereka berdua? Subhanallah! Tak apalah, itu pegangan anda. Tetapi pegangan saya adalah sebaliknya. Cuba lihat hadis dalam sahih Bukhari ini:
Diriwayatkan dari ‘Amru bin al-‘As: Aku bertanya Rasulullah s.a.w, siapakah orang yang paling dicintai. Rasulullah s.a.w menjawab: Aisyah. Aku bertanya: Siapakah pula dari orang lelaki? Baginda s.a.w menjawab: Ayahnya (iaitu Abu Bakar r.anhu). Aku bertanya lagi. Baginda s.a.w menjawab: Umar bin al-Khattab. Selepas itu Rasulullah s.a.w membilang nama beberapa orang sahabat yang lain.
Pegangan saya ialah Rasulullah s.a.w wafat dalam keadaan redha kepada mereka semua, para AB dan para Sahabat r.anhum ajma’in.

Nahzaluz: Pegangan anda ialah suci secuci-cucinya (mengikut pentafsiran anda) bermaksud mereka tidak akan berbuat khilaf, tidak melakukan kesilapan dan tidak jahil (tidak tahu). Pegangan saya ialah mereka itu bukan Nabi dan Rasul. Jadi walaupun kita boleh memanggil mereka dgn suci secuci-cucinya, pentafsiran yang saya pegang ialah ada kemungkinan untuk berdosa, ada kemungkinan berlaku khilaf sesama mereka, ada kemungkinan untuk melakukan kesilapan, dan mereka boleh tidak tahu dalam sesuatu perkara.

Irfanini adalah pandangan anda sendiri,sedangkan hujah maksum itu bagi kami adalah dari hadis-hadis Rasulullah dan Ahlul Bayt(ahlul zikr) dan terdapat dalam riwayat ASWJ.Oleh itu kami meminta anda membuktikan bahwa pandangan Rasulullah saaw dan Ahlul zikr itu bercanggah dengan pandangan Al-Quran!tentu anda tidak akan menemui penentangan.kerana ia adalah kebenaran.


Tolong sebutkan kepada saya ayat-ayat dan hadis-hadis yang dikatakan terdapat dalam riwayat ASWJ itu. Boleh kita bincang bersama. :bg:

Nahzaluz:Sekiranya selepas Nabi terakhir s.a.w masih ada lagi orang yang maksum, maka kata-katanya juga wajib diimani, dipercayai, dituruti dan ditaati. Bagi saya orang yang beriktikad begitu, dia seolah-olah memberikan makna kenabian kepada orang yang maksum itu, walaupun dia tidak menamakannya sebagai Nabi.

Irfani:Benar mereka tidak digelar Nabi,tetapi Allah SWT memanggil mereka sebagai Ulul amri.


Itu pegangan anda. Tetapi pegangan saya ialah Ulul Amri adalah mana-mana pemerintah, sepanjang zaman hingga hari Qiamat. Ayat mana yang Allah panggil AB sebagai Ulul Amri?

Nahzaluz:Allah tidak menyuruh kita check atau berhukum ketika timbul khilaf atau percanggahan pendapat kecuali kepada Allah (al-Qur’an) dan Rasulullah s.a.w (Hadis). Kalaulah di sana ada orang lain yang juga bersifat maksum selain Nabi, nescaya Allah akan menyuruh kita merujuk kepada mereka. Ini menunjukkan bahawa hanya Nabi yang bersifat ma’sum.

Irfani:Nabi juga yang menyebut mengikut Imam Ali as dan Ahlul Bait yang lain,dan mengikut ahlul Bait adalah termasuk dari perintah Allah SWT dan Rasul-Nya.


Nabi juga ada menyuruh mengikut S. Abu Bakar dan S. Umar, dan mengikut mereka berdua adalah termasuk dalam perintah Allah dan RasulNya. Jadi, macam mana? :re:

Nahzaluzagipun ayat al-Tathir itu menyatakan Allah mahu menyucikan, bukannya telah menyucikan. Kalau AB melakukan apa yang Allah suruh dan meninggalkan apa yang Allah larang yang disebut sebelum dan selepas ayat al-Tathir, maka sucilah mereka dari dosa. Kalau mereka buat, mereka akan berdosa. Apa hikmatnya kalaulah mereka telah disucikan dari dosa, kesilapan, kesalahan, kejahilan dsbnya tetapi dipesan supaya buat yang ni dan tinggal yang tu di permulaan dan akhir ayat? Apa hikmahnya?

Irfani:'Suci-sesucinya' adalah kelebihan yang khusus kepada Ahlul Bait as sebagai ikutan(hadis Thaqalain-Kitabullah dan Ithrati) dan bukan kepada isteri-isteri Nabi,sedangkan yang anda maksudkan sebagai perintah suruhan dan larangan itu adalah termasuk kepada isteri-isteri Nabi.Lihat dhamir 'kum' didlam ayat tersebut yang khusus kepada ahlul bait Raslullah saaw iaitu Ali,Fatimah,Hassan,Hussein dan sembilan orang wasi dari sulbi Imam Hussein(AS).Dan ia adalah pilihan Allah SWT dan bukan atas pandangan dan pendapat anda bagi menentukan siapakah Ahlul Bayt as.ia ada dalam hadis dan bukan rekaan atau bidaah.Seangkan orang yang mengikut pendapat sendiri dalam hukum Allah SWT adalah orang yang tidak didasari oleh cahaya petunjuk.


Saya agak pelik bila fikirkan hal ini: Perintah dan larangan itu ditujukan kepada para isteri Nabi. Bila masuk bab ‘suci-sesucinya’, ia khusus untuk AB. Lepas tu, perintah dan larangan tu balik semula kepada para isteri Nabi. Pelik bin ajaib bila saya fikirkan hal ini. Kenapa dikeluarkan Ummahatul mukminin dari AB sedangkan ia jelas disebut dalam hal ini?

Bagi saya dhamir ‘kum’ di situ adalah untuk para isteri Nabi. Hujahnya saya ambil dari al-Qur’an juga. Mari Irfani kita tengok kisah Nabi Ibrahim, isterinya dan para Malaikat yang Allah rakamkan dalam ayat 69-73 surah Hud:

69] Dan sesungguhnya telah datang Malaikat utusan-utusan kami kepada Nabi Ibrahim, dengan membawa berita yang menggembirakan. Lalu mereka memberi salam dengan berkata: Salam sejahtera kepadamu (wahai Ibrahim). Nabi Ibrahim menjawab: Salam sejahtera kepada kamu. Maka tidak berapa lama selepas itu, dia membawa jamuan untuk mereka seekor anak lembu yang dipanggang.
[70] Maka apabila dia melihat tangan mereka tidak menyentuh hidangan itu, dia merasa pelik akan hal mereka serta merasa takut dari keadaan mereka. (Melihat kecemasannya) mereka berkata: Janganlah engkau takut wahai Ibrahim, sebenarnya kami ini diutus kepada kaum Lut (untuk membinasakan mereka).
[71] Dan isterinya pada ketika itu berdiri (mendengar), lalu dia ketawa (kerana hilang perasaan takutnya). Maka Kami pun memberikan berita yang menggembirakan kepadanya (melalui malaikat itu), bahawa dia akan mendapat seorang anak: Ishak, dan sesudah Ishak, (dia pula akan mendapat seorang cucu): Yaakub.
[72] Isterinya berkata: Sungguh ajaib keadaanku! Adakah aku akan melahirkan anak padahal aku sudah tua dan suamiku ini juga sudah tua? Sesungguhnya kejadian ini suatu perkara yang menghairankan.
73] قالوا أتعجبين من أمر الله رحمة الله وبركاته عليكم أهل البيت إنه حميد مجيد
Malaikat-malaikat itu berkata: Patutkah engkau merasa hairan tentang perkara yang telah ditetapkan oleh Allah? Memanglah rahmat Allah dan berkatNya melimpah-limpah kepada kamu, wahai ahli rumah ini. Sesungguhnya Allah Maha Terpuji, lagi Maha Melimpah kebaikan dan kemurahanNya.


1. kata kerja تعجبين    adalah untuk seorang perempuan (anti). Siapakah dia dalam ayat ini? Tentu isteri Nabi Ibrahim bukan?
2. Kemudian al-Qur’an menggunakan dhamir (gantinama) ‘kum’. Adakah apabila digunakan ‘kum’ maka terkeluarlah isteri Nabi Ibrahim dari rahmat dan berkat Allah, dan yang tinggal ialah Nabi Ibrahim, Ishak dan Yakub yang akan dilahirkan kemudian?

Jadi, pegangan saya ialah isteri termasuk dalam AB yang disebutkan dalam al-Qur’an. Adakah saya mengikut al-Qur’an dalam hal ini? Adakah saya telah didasari oleh cahaya petunjuk?

Irfani: Mengapakah anda tidak berfikir bahawa pada mulanya awal ayat tersebut iamengisahkan tentang aisyah dan kesalahanya keluar rumah dan memerangi saidina Ali as dan pada ayat tathir:33 Allah SWT meyebut tentang kebenaran Imam Ali as sebagai penghulu Ahlul BAyt as yang disucikan sesuci-sucinya.


Ini sebab nuzul ke apa? Atau ini andaian dan pendapat anda? Kalau ia pendapat anda, boleh tak saya kelaskan ia dalam bab ini: Sedangkan orang yang mengikut pendapat sendiri dalam hukum Allah SWT adalah orang yang tidak didasari oleh cahaya petunjuk.

Nahzalluz:Satu lagi, Syiah juga ada meriwayatkan para Imam mereka berdoa supaya Allah mengampunkan dosa mereka. Kenapakah mereka berdoa sedemikian?

Irfanini adalah pandangan yang tidak memahami kedudukan istighfar bagi orang yang tinggi makamnya,Rasulullah saaw juga bertaubat kepada Allah siang dan malam,malah melebihi dari orang biasa.Tetapi bagi mengandalkan taubat mereka seperti kita,adalah satu kejahilan.


Kalau Nabi tu saya boleh terima sebab baginda Nabi. Nabi pernah ditanya kenapa beristighfar sedangkan baginda suci dari dosa. Baginda menjawab: Tidak bolehkah aku menjadi seorang hamba yang bersyukur? Lagipun beliau adalah ikutan kepada umatnya. Tetapi kalau AB ni, saya kurang jelas sbbnya. Boleh tak anda huraikan serba sedikit ttg point ni kerana anda memahami kedudukan istighfar bagi orang yang tinggi makamnya.


bersambung
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2003 02:29 PM | Show all posts
Nahzaluz:Al-Quran bersumberkan dari Allah. Lalu ia dikembarkan dgn sesuatu yang juga bersumber dari Allah walaupun bentuknya berlainan iaitu Sunnah.  Kedua-duanya adalah benar dan betul. Orang yang mengikut apa yang disuruh oleh al-Quran dan Sunnah dan meninggalkan apa yang dilarang oleh kedua-duanya adalah suci.

Irfani:Kitab Shahih Bukhari tidak suci,namun Ahlul Bayt as adlah suci-sesucinya.Ia adalah Tali Allah kepada manusia.Malah terdapat hadis-hadis yang dipersoalakan didalamnya seperti hadis-hadis yang berbau israliyyat,dan ramai yan sesat disebabkan berpegang kepada hadis-hadis yang palsu.Namun Ahlul Bayt as adalah kesinambungan pengajaran Nabi Saaw kepada umat.Dan menaatinya menjadi perintah Allah SWT dan Rasul-Nya.


Kitab Sahih Bukhari memang bukan himpunan kata-kata beliau. Ia himpunan kata-kata Nabi. Kata-kata Nabi tak suci ke?
Atau anda mungkin maksudkan sanadnya. Baiklah. Hadis dalam al-Kafi juga diriwayatkan oleh al-Kulaini dgn sanad bukan AB yang tidak suci. Macam mana?
Atau maksud anda para sahabat yang tidak suci, maka hadis melalui jalan merekapun tidak suci? Atau macam mana?

bill: AB sewaktu hayat Rasulullah saaw adalah Imam Ali, Sayyidatina Fathimah, Imam Hasan dan Husein, (a.s) kemudian 9 orang zuriat dari Imam Husein a.s. Inilah Ahlul Bait a.s yg maksum dan 12 mereka adalah Imam yang mendapat petunjuk.

Nahzaluz:Saudara bill, itu adalah pandangan anda dan pandangan mazhab anda. Kebenaran Islam tidak bergantung kepada pendapat anda atau mazhab anda apabila kita berdalil dengan al Quran dan Hadis.

Irfani:Tidak,itu apa yang kami ambil dari Al-Quran dan hadis,sedangkan andalah yang mengandalkan kepada penafsiran sendiri menisbahkan Ahlul Bayt mengikut selera anda tanpa merujuk kepada Ahli Zikr.


Tolong sebut ayat mana hadis apa!

Bill:Apakah anda akan sanggup mengatakan Sayyidatina Fathimah a.s salah dalam hal ini?  

Nahzalulz: Dari sudut ijtihad, boleh.

Irfani:Anda telah mengingkari maqam Ahli Zikr,yang Allah wajibkan kita bertanya kepada mereka.:" Maka tanyalah kepada Ahlul Zikr (Ahlul Bayt AS) jika kamu tidak mengetahui." [Surah al-Anbiya:7]
Sesungguhnya Allah telah menurunkan zikran rasulan, (peringatan,perutusan) yang membaca kepadanya ayat-ayat Allah yang menerangkan (bermacam-macam hukum)."[Surah al-Talaq:10-11]
al-Zikr adalah Rasulullah SAWA dan kami(Ahlul Bayt as) adalah ahlinya (keluarganya)."
-Maka Jadilah Ahli Zikr itu,Ahlul Bayt as.


Menarik sekali. Mari kita tengok sekali lagi ayat yang anda sebut itu dan kesimpulan yang anda buat.

Hujah anda:

1.Surah al-Anbiya’ ayat 7:
[7] Dan Kami tidak mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad) melainkan orang-orang lelaki yang Kami wahyukan kepada mereka (bukan malaikat); maka bertanyalah kamu kepada Ahluzzikri أهل الذكر  jika kamu tidak mengetahui.

2. Surah al-Talaq ayat 10-11
[10] Allah menyediakan bagi mereka azab seksa yang seberat-beratnya. Maka bertakwalah kepada Allah wahai orang-orang yang berakal sempurna dari kalangan orang yang beriman. Sesungguhnya Allah telah menurunkan kepada kamu peringatan ذكرا ;
[11] (Dengan mengutuskan) seorang Rasul (Nabi Muhammad s.a.w) yang membacakan kepada kamu ayat-ayat Allah yang menerangkan kebenaran, supaya Allah mengeluarkan orang-orang (yang sedia diketahuiNya akan) beriman dan beramal soleh dari gelap-gelita (kesesatan) kepada cahaya (hidayat petunjuk) dan (ingatlah), sesiapa yang beriman kepada Allah dan beramal soleh, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, kekallah mereka di dalamnya selama-lamanya. Sesungguhnya Allah (dengan yang demikian) telah mengurniakan kepadanya sebaik-baik pemberian.


Dalam ayat 7 Surah al-Anbiya’ Allah menyebut Ahluzzikri. Kemudian dalam ayat 10 Surah al-Talaq, Allah menyebut zikran yang ditafsirkan dgn Rasulan (Nabi Muhammad s.a.w) dalam ayat 11. Maka kesimpulan anda ialah: Ahluzzikri adalah Ahlurrasul yang bermaksud AB Rasulullah s.a.w. Maksudnya, sekiranya kita tidak mengetahui, maka hendaklah kita bertanya kepada AB Rasulullah s.a.w kerana merekalah Ahluzzikri yang disebut dalam al-Qur’an. Betul ke begini maksud anda?

Hujah saya:

1. Ayat 7 Surah al-Anbiya’:

a. Saya terjemahkan apa yang ditulis oleh al-Qurtubi di dalam tafsirnya.
       
Maksud Ahluzzikri ialah Ahlul Taurat dan Injil yang telah beriman dgn Nabi Muhammad s.a.w. Demikian kata Sufyan. Al-Qur’an menamakan mereka Ahluzzikri kerana mereka menyebut cerita Nabi-Nabi terdahulu yang tidak diketahui oleh orang Arab. Kaum kuffar Mekah selalu merujuk kepada Ahlul Kitab bersabit dgn perkara yang melibatkan Nabi Muhammad s.a.w.
Ibnu Zaid berkata: Yang dimaksudkan dgn al-zikr ialah al-Qur’an. Jadi maksud ayat ialah tanyalah orang-orang mukmin yang tahu dari kalangan ahlul Qur’an.
Jabir al-Ju’fi berkata: Apabila turun ayat ini, Ali r.anhu berkata: Kamilah Ahluzzikri.
Sesungguhnya telah sabit secara mutawatir bahawa kesemua Rasul adalah dari kalangan manusia. Maka makna ayat ialah jangan kamu memulakan dgn terus mengingkarinya dan dgn berkata: sepatutnya Rasul itu dari kalangan Malaikat. Tetapi berdebatlah dgn orang-orang mukmin supaya dapat mereka mengemukakan hujah kepada kamu bahawa Rasul boleh terdiri dari kalangan manusia. Malaikat tidak dinamakan lelaki. Ini kerana perkataan lelaki digunakan untuk sesuatu yang ada lawannya; sebagaimana engkau berkata:  lelaki dan perempuan…


b. Tafsir Ibnu Kathir:

Allah s.w.t berfirman-sebagai jawapan kepada orang yang mengingkari Rasul dari kalangan manusia-: Dan Kami tidak mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad) melainkan orang-orang lelaki yang Kami wahyukan kepada mereka (bukan malaikat), iaitu kesemua para Rasul yang terdahulu. Mereka kesemuanya adalah lelaki-lelaki dari kalangan manusia. Tiada seorangpun di kalangan mereka dari jenis Malaikat …. Kerana itulah Allah berfirman: maka bertanyalah kamu kepada Ahluzzikri أهل الذكر  jika kamu tidak mengetahui, iaitu bertanyalah kamu kepada ahlul Ilmi dari kalangan umat terdahulu seperti Yahudi, Nasrani dan kaum-kaum lain: Adakah Rasul-Rasul yang datang kepada mereka itu manusia atau Malaikat? Sesungguhnya mereka semua adalah manusia, dan itulah ia antara kesempurnaan nikmat Allah ke atas makhluknya ketika mana Dia mengutuskan Rasul dari kalangan mereka sendiri ...

2. Ayat 10-11 Surah al-Talaq:

a. Tafsir al-Qurtubi:

-ayat 10:
Maksudnya: Wahai orang-orang yang berakal sempurna yang beriman kepada Allah, bertakwalah kepada Allah yang telah menurunkan ke atas kamu al-Qur’an. Maksudnya takutilah Dia, beramallah dgn mentaatiNya dan berhentilah dari melakukan maksiat kepadaNya.


-ayat 11:
al-Zajjaj berkata: Menurunkan al-Zikr adalah dalil kepada perutusan Rasul. Jadi maksudnya ialah Dia telah menurunkan kepada kamu al-Qur’an dan mengutuskan seorang Rasul.
Ada pendapat yang mengatakan: Makna ayat ialah sesungguhnya Allah telah menurunkan kepada kamu tuanpunya zikr, seorang Rasul. Maka perkataan ‘Rasulan’ di sini ialah sifat kepada perkataan ‘Zikran’, yang tidak disebut perkataan 'Tuanpunya'.
Ada yang berpendapat: Perkataan ‘Rasulan’ adalah ganti kepada perkataan ‘Zikran’ dgn makna Risalah ..


b. Tafsir Ibnu Kathir:

-ayat 10:
Sesunggunya Allah telah menurunkan kepada kamu Zikr, yakni al-Qur’an, sebagaimana firmanNya:
إنا نحن نزلنا الذكر وإنا له لحافظون
Sesungguhnya Kami telah menurunkan al-Zikr (al-Qur’an) dan Kami akan menjaganya.

-ayat 11:
Sebahagian ulama’ menyatakan bahawa perkataan ‘Rasulan’ adalah pengganti yang membawa maksud dialah yang menyampaikan al-Zikr.
Ibn Jarir berkata: Yang betul ialah ‘Rasulan’ adalah terjemahan atau pentafsiran kepada ‘Zikran’ kerana Allah berfirman selepas itu: membacakan kepada kamu ayat-ayat Allah yang menerangkan kebenaran...


Kesimpulan saya ialah 'Ahluzzikri' adalah Ahlul Ilmi, bukan AB Rasulullah s.a.w kerana al-zikr di situ bukannya Rasulullah s.a.w. Manakalan 'Zikran' dalam ayat 10 Surah al-Talaq ialah al-Qur'an kerana penggunaan perkataan أنزل yang bererti menurunkan. Adapun perkataan 'Rasulan' dalam ayat 11 membawa maksud pengutusan seorang Rasul, iaitu Nabi Muhammad s.a.w. yang berkait dgn penurunan al-Qur'an dari Allah. Kedua-duanya datang dari Allah dan mereka tidak berpisah. Allah menurunkan al-Qur'an kepada kita melalui perutusan Nabi Muhammad s.a.w.

bersambung
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2003 04:23 PM | Show all posts
Nahzaluz: Walaupun beliau seorang yang suci tetapi kemungkinan untuk melakukan kesalahan tetap ada, begitu juga dgn S. Abu Bakar, S. Umar dan S. Uthman.

Irfani:Mereka bukanlah Itrah At-Tahirah dan mereka bukanlah Ahli Zikr iaitu Ahlul Bayt as.Sedangkan orang yang mereka tentang itu adalah Ahlul Bayt as.Sahabat termasuk dalam umat dan tidak sekali-kali mereka Ahlul Bayt as yang disucikan.


Mereka tentang? mmm :re: Tolonglah Rafi, tolong buang dari diri anda pegangan tidak sihat ni. Para Sahabat dan AB tiada apa-apa...mereka tidak bersengketa, mereka tak menentang satu sama lain. Subhanallah! Anda dulu molek sangat iktikadnya. Kesemua mereka anda sayang. Kenapa lah anda pindah ke mazhab yang kata orang yang tolong Nabi perjuang Islam semasa Nabi hidup tak boleh pakai? Abu Bakar dan Umar tak boleh pakai! Mazhab lagu nipun anda boleh ikut? :stp:


Nahzalulz: Pegangan saya ialah Fadak tidak diberi oleh Rasulullah s.a.w kepada S. Fatimah semasa baginda hidup yang memerlukan S. Ali dan Ummu Aiman untuk menjadi saksi. Ia adalah harta yang ditinggalkan Nabi yang dituntut oleh S. Fatimah atas nama pusaka.

Irfanitu apa yang anda pegang,dan anda sentiasa membangkangi apa yang dikatakan oleh Ahlul Bayt as(Ahli Zikr).Terserahlah pada anda untuk membuat pernilaian.Hujah telah terang.


Membangkang apa yang dikatakan oleh AB? Saya membangkang apa yang dikatakan puak Syiah seperti anda, bukan AB! nf: Saya membangkang anda berdasarkan ayat 7 & 8 Surah Aal-'Imran:

[7] Dialah yang menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci Al-Quran. Sebahagian besar dari Al-Quran itu ialah ayat-ayat "Muhkamaat" (yang tetap, tegas dan nyata maknanya serta jelas maksudnya); ayat-ayat Muhkamaat itu ialah ibu (atau pokok) isi Al-Quran dan yang lain lagi ialah ayat-ayat "Mutasyaabihaat" (yang samar-samar, tidak terang maksudnya). Oleh sebab itu (timbullah faham yang berlainan menurut kandungan hati masing-masing) adapun orang-orang yang ada dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar dari Al-Quran untuk mencari fitnah dan mencari-cari Takwilnya (memutarkan maksudnya menurut yang disukainya). Padahal tidak ada yang mengetahui Takwilnya (tafsir maksudnya yang sebenar) melainkan Allah dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu agama, berkata: Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang berfikiran.

[8] (Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya
.

Nahzalulz: Kenapa mengambil dgn paksa sdgkan ia bukan hak S. Fatimah? Istilah merampas digunakan kalau S. Abu Bakar ambil hak S. Fatimah. Sekarang ni Fadak dah jadi sedekah. Ia dah jadi hak orang lain, bukan lagi hak S. Fatimah, al-Abbas dan isteri-isteri Nabi untuk difaraidkan antara mereka sebagai harta pusaka Nabi. Jadi tidak timbul istilah merampas!

Irfani:Sungguh hina keyataan anda ini...
Sampai disini...anda tidak mengenal Ahlul Bayt?!!celakalah anda!apakah anda fikir Fatimah as begitu hina ingin memakan sesuatu bukan haknya!!!!!apakah anda tidak faham-faham dengan kedudukan mereka as sehingga meluat kami mendengar perkataan anda ini,seolah-olah anda tidak mampu berfikir dengan waras.


Hina? Tidak kenal AB?:re:  Celaka?  Meluat?:nana: Sesungguhnya kelakuan Syiahlah sebenarnya yang menghina AB Rasulullah, bahkan menghina Rasulullah s.a.w.

Tidak cukupkah Allah menyuruh orang-orang mu'min berselawat kepadanya disamping ayahnya,Rasulullah saaw!?apakah tidak cukup Allah telah menyucikanya!?apakah tidak cukup beliau as penghulu wanita alam semesta!?tidak cukupkah beliau as isteri makhluk Allah yang termulia!?Tidak cukupkah beliau as ibu penghulu pemuda syurga!? tidak cukupkah beliau as adalah penggati kepada ibunya pada kedudukan disamping Rasulullah saaw!? Tidak cukupkah beliau puteri tersayang Rasulullah saaw yan kelebihanya tidak mampu diunkapkan disini?


Semua yang anda sebut itu diiktiraf oleh ASWJ. Dgn sebab kedudukan-kedudukan yang anda sebut itulah yang menyebabkan ASWJ memandang tinggi S. Fatimah dan meletakkannya di tempat yang selayaknya untuk beliau. :bg:

lalu dengan jijiknya anda menuduh insan yang terpuji dunia akhirat ini dengan tuduhan yang zalim!?


Tuduhan yang zalim? Zalim kat mana nyer! Apabila saya kata salah dari sudut ijtihad maka dikira tuduhan yang zalim? Dikira suatu penghinaan? S. Fatimah ada dalil, S. Abu Bakarpun ada dalil. Masing-masing berhujah dgn dalil. Kita kena ikut dalil ke ikut orang? :bg:
[Hai, tak tahulah saya Rafi nak kata apa kat anda yang tak faham ni! Semoga Allah memberi hidayatNya kepada anda].

saya harap anda dapat mengkaji ayat ini "Maka tanyalah kepada Ahlul Zikr (Ahlul Bayt AS) jika kamu tidak mengetahui." [Surah al-Anbiya:7]

Bukankah Fatimah as termasuk dalam Ahli Zikr!? lalu mengapakah anda begitu memihak kepada lawanya jika anda seorang yang beriman!?


Kaji doh! Cuma nak tanya satu je. Zaman sekarang ni siapakah AB yang boleh anda tanya? Cuba sebut sorang je, saya nak tahu. Anda tak tahu something ttg subjek Kejuruteraan yang anda belajar kat Fakulti anda, siapa Ahluzzikri (AB) yang anda nak tanya? :stp:

Jadi maksud anda, oleh kerana saya tidak memihak kepada S. Abu Bakar maka saya tidak termasuk dalam golongan orang yang beriman? Gitu ke anda nak kata?

Wassalam.

[ Last edited by nahzaluz on 13-8-2003 at 04:30 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2003 05:12 PM | Show all posts
Beberapa maklumat ttg para Sahabat dan S. Muawiyah bin Abu Sufyan r.anhum.

1. Imam Bukhari (Kitab al-Manaqib, bab Sabda Nabi s.a.w: Lau kuntu muttakhizan khalilan) meriwayatkan dari Abu Sa’id al-Khudri r.anhu dan Imam Muslim (Kitab Fadail al-Sahabah, bab Pengharaman mencaci para Sahabat r.anhum) dari Abu Hurairah r.anhu bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda: Janganlah kamu mencaci para Sahabatku. Demi Tuhan yang diriku berada di tanganNya, kalaulah salah seorang daripada kamu membelanjakan emas seperti bukit Uhud sekalipun, ia tidak dapat menandingi pemberian penuh atau sebahagian tapak tangan salah seorang daripada mereka.

2. Imam Ibn Majah meriwayatkan di dalam Sunannya (Muqaddimah, bab Kelebihan Ahlu Badr) daripada Abdullah bin Umar r.anhu: Janganlah kamu mencaci para Sahabat Muhammad s.a.w. Sesungguhnya kedudukan mereka sekejap –yakni bersama baginda- lebih baik dari amalan salah seorang daripada kamu sepanjang umurnya.

3. Diriwayatkan juga (lihat Syarh al-Aqidah al-Tahawiyyah m.s 468) dari Jabir r.ahu bahawa S. Aisyah r.anha pernah diberitahu: Ada segolongan manusia yang mencaci para Sahabat Rasulullah s.a.w termasuk Abu Bakar dan Umar. Beliau berkata: Kenapa perlu kamu hairan! Amalan mereka (para Sahabat) telah terputus tetapi Allah suka supaya pahala untuk mereka tidak terputus.

4. Imam Abu Zur’ah telah berkata: Apabila kamu melihat seseorang memperlekeh-lekehkan salah seorang daripada Sahabat Rasulullah, maka ketahuilah bahawa dia sebenarnya seorang zindiq! (lihat al-Kifayah oleh al-Khatib al-Baghdadi m.s 97)

5. Imam al-Tahawi telah berkata: Kami (ASWJ) mengasihi para Sahabat Rasulullah s.a.w. Kami tidak berlebih-lebih dalam mencintai setiap daripada mereka dan kami juga tidak berlepas tangan dari mereka. Kami membenci orang yang membenci mereka dan menyebut mereka bukan dgn haq. Kami tidak menyebut mereka kecuali dgn kebaikan. Mengasihi mereka adalah agama, iman dan ihsan manakala membenci mereka adalah kekufuran, kemunafikan dan melampaui batas (lihat Syarh al-Aqidah al-Tahawiyyah m.s 468).

S. Muawiyah bin Abu Sufyan r.anhu.

Berikut adalah pegangan ASWJ yang melibatkan keperibadian seorang Sahabat yang penuh kontrovesi, iaitu S. Muawiyah bin Abu Sufyan, Khalifah Bani Umayyah yang pertama dan ayah kepada Khalifah Yazid yang di zamannya terbunuh cucunda kesayangan Rasulullah s.a.w, S. Husain bin S. Ali r.anhuma di Karbala’, Iraq. S.Muawiyah merupakan salah seorang daripada para Sahabat Rasulullah s.a.w yang utama. Pada diri beliau berhimpun kemulian suhbah (menjadi Sahabat Rasulullah), kemulian nasab keturunan, kemulian persemendaan dgn Rasulullah, kemulian ilmu dan kemulian mentadbir.

1. Nasab penuh beliau ialah Abu Abdurrahman Muawiyah bin Abu Sufyan Sakhr bin Harb bin Umayyah bin Abd Shams bin Abd Manaf bin Qusaiy al-Qurashi al-Umawi. Digelar Bapa Saudara para Mukminin, pernah bertugas sebagai pencatat wahyu. Ibu beliau bernama Hindun binti ‘Utbah bin Rabi’ah bin Abd Shams.

2. Rasulullah s.a.w pernah berdoa untuk beliau: Wahai Tuhanku, jadilah dia seorang yang memberi petunjuk dan diberi petunjuk, dan berilah hidayat dgnnya (Musnad Imam Ahmad 4/216)

3. Beliau merupakan salah seorang yang ditugaskan untuk mencatat wahyu. Imam Muslim (Kitab Kelebihan para Sahabat, bab Antara kelebihan Abu Sufyan bin Harb r.anhu) meriwayatkan bahawa Ibn Abbas r.anhu berkata: Abu Sufyan berkata kepada Rasulullah s.a.w: Wahai Nabi Allah, aku ada tiga perkara yang aku mahu kamu berikan kepadaku. Nabi berkata: Ya, silakan. Abu Sufyan berkata: Aku ada seorang anak perempuan yang paling baik dan cantik, iaitu Ummu Habibah. Aku kahwinkannya dgn mu. Nabi berkata: Ya. Abu Sufyan berkata lagi: ...dan Muawiyah, kamu jadikanlah dia penulis wahyumu. Nabi berkata: Ya. Abu Sufyan berkata lagi: ...dan kamu izinkan aku mengetuai pasukan untuk memerangi golongan kafir sebagaimana aku dulu mengetuai pasukan untuk memerangi golongan muslimin. Nabi berkata: Ya.

4. Pada zaman S. Muawiyah menjadi Khalifah, Qubrus dibuka dan Constantinople diserang. Imam Muslim (Kitab al-Imarah, bab kelebihan berperang di lautan) meriwayatkan dari Anas bin Malik r.anhu bahawa Rasulullah s.a.w pernah menemui Ummu Haram binti Milhan. Baginda dijamu makanan. Ummu Haram adalah isteri kepada Ubadah bin As-Somit. Suatu hari Rasulullah s.a.w menemuinya (Ummu Haram) lalu menjamu baginda makan. Kemudian beliau duduk sambil menundukkan kepala. Sementara itu Rasulullah s.a.w tertidur, kemudian baginda terjaga sambil tersenyum. Beliau (Ummu Haram) bertanya: Apakah yang membuatkan engkau tersenyum, wahai Rasulullah? Rasulullah s.a.w menjawab dengan bersabda: Beberapa orang daripada umatku menawarkan diri untuk berperang di jalan Allah. Mereka menaiki kapal di tengah lautan menuju kepada raja-raja yang zalim. Ummu Haram berkata: Wahai Rasulullah, doakanlah kepada Allah semoga Dia (Allah) menjadikan aku dari kalangan mereka. Baginda pun berdoa untuk mereka. Setelah itu baginda merebahkan kepala lalu tidur. Kemudian baginda bangkit sambil tersenyum. Ummu Haram bertanya: Apakah yang membuatkan engkau tersenyum, wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Beberapa orang dari ummatku menawarkan diri untuk berperang di jalan Allah seperti yang pertama tadi. Ummu Haram berkata: Wahai Rasulullah, doakanlah kepada Allah semoga aku termasuk dari kalangan mereka. Baginda lalu bersabda: Kamu adalah termasuk yang pertama daripada mereka. Ummu Haram binti Milhan turut mengharungi lautan sewaktu pemerintahan Muawiah. Sekembali dari laut, beliau terjatuh dari tunggangan lalu meninggal dunia.

5. Imam al-Zahabi berkata: Sa’id bin Abdurrahman berkata: Apabila Uthman dibunuh berlaku khilaf, dan kaum muslimin pada masa itu tidak keluar berperang sehinggalah pada zaman Muawiyah. Mereka memerangi musuh beberapa kali. Kemudian diteruskan oleh anak beliau, iaitu Yazid bersama-sama dgn beberapa orang Sahabat, di darat dan di laut sehingga melangkaui Teluk. Mereka memerangi Constantinople di pintu kota, kemudian ia ditutup (Siyar ‘a’lam al-Nubala’ 3/15).

6. Penyaksian Ibnu Abbas r.anhu:
Imam Bukhari (Kitab al-Manaqib, bab Zikr Muawiyah r.anhu) meriwayatkan bahawa S. Ibnu Abbas pernah ditanya: Apa pendapatmu ttg Amirulmukminin Muawiyah kerana dia tidak berwitir melainkan dgn satu rakaat? Ibnu Abbas menjawab: Dia betul. Sesungguhnya dia seorang faqih.

Wassalam, semoga bermanfaat.
Reply

Use magic Report

UdiNo This user has been deleted
Post time 13-8-2003 11:48 PM | Show all posts

Meniti Kebenaran Part 1

Assalamualaikum,

Buat Mat Kampung, Terong Pipit dan teman-teman yang lain.

Saya di antara penggemar dalam soal perbincangan dakwah Islam dan saya rasa terpanggil untuk membuka laman web ini atas ajakan kawan-kawan yang berpendapat ianya banyak memberi iktibar dan ilmu yang bermanfaat. Alhamdulillah masih ada lagi mereka yang berkeinginan dalam menyebarkan dakwah islam.

Meskipun begitu, apa yang dapat saya simpulkan dari pengamatan saya, saya dapati hanya MK dan TP sahaja yang banyak memberi komen dan mengutarakan hujjah-hujjah dalam menentang ajaran Syiah Imamiyah.

Apakah MK dan TP benar-benar mengkaji dan meneliti setiap hujjah-hujjah dan dalil-dalil yang menyokong fahaman Syiah Imamiyah? Sedangkan pedoman ada menyatakan bahawa "Janganlah kamu benarkan atau menyalahkan apa yang kamu tidak tahu" .

Bukankah Allah menyarankan agar kita menyiasat dengan teliti dengan menggunakan akal berpandukan nas dari al-Quran dan as-Sunnah selari dengan firman-Nya di dalam surah az-Zumar: 18

"Berilah khabar gembira (wahai Muhammad) kepada hamba-hamba Ku yang mereka mendengar dengan teliti akan kata-kata (khabar) lalu mengikut yang 'Ahsan', mereka itu menerima petunjuk Allah dan merekalah pakar berfikir"

Ahsan bermakna AL-HAQ iaitu betul dan tepat bukan yang terbaik. Ini adalah kerana al-Haq hanyalah satu dan jika ada terbaik mesti ada yang baik. Jadi tidak mungkin ajaran Islam yang benar-benar Haq, tetapi masih ada saingan agama yang lain yang dikatakan yang baik di antara yang baik.

Selain itu juga, khabar yang Allah s.w.t sebut dengan 'al-Qaul'' bergandingan dengan kalimah awal iaitu Yastami`` bukan Yasma`.

Ini jelas membuktikan Yastami` membawa maksud dengar dan kaji dengan teliti setiap sesuatu hujjah dan dalil, supaya kita dapat membezakan mana yang benar atau sebaliknya.  Inilah hikmah Allah menggunapakai kalimah Yastami` dari kalimah Yasma` kerana Yasma` hanya membawa makna dengar sahaja. Sila ambil perhatian!

Apa yang dimaksudkan dengannya adalah supaya membuat kajian dengan teliti, jangan hanya mengikuti tanpa perbahasan dan tanpa keyakinan (taqlid buta) dan ini adalah saranan bahkan perintah dari Allah s.w.t menerusi firman-Nya di dalam surah al-Isra`: 36

"Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya, sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati semuanya itu akan dipertanggungjawabkan"

Disamping itu juga, dalam soal mencari al-Haq, Allah s.w.t telah memerintahkan kita agar berlawan hujjah dan dalil-dalil lawan dengan jalan berdialog dengan cara yang paling lembut dan amanah. Firman Allah didalam surah an-Nahl: 125 yang bermaksud:

"Serulah (wahai Muhammad) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan nasihat-nasihat yang baik. Juga berdialoglah dengan mereka dengan cara yang paling baik"

Apakah MK dan TP pernah berdialog dan berlawan hujjah dengan orang-orang Syiah Imamiyah sendiri tanpa dipagari rasa fanatik dan kemazhaban? Tetapi apa yang saya perhatikan menerusi hujjah-hujjah MK dan TP dalam menentang Syiah Imamiyah, anda hanya semata-mata menggunakan zahir kata dari makna kitab-kitab Syiah Imamiyah. Saya rasakan bahawa anda hanya menggunapakai kitab-kitab Syiah Imamiyah tetapi tidak pernah meminta penjelasan dari orang-orang Syiah Imamiyah sendiri berkenaan maksud bagi setiap baris kata-kata samada hadits ataupun riwayat-riwayat mereka.

Apakah anda tidak pernah terfikir, apakah orang-orang Syiah Imamiyah itu mahu sengaja sesat dan akhirnya mereka dicampak kedalam Jahannam? Bukankah mereka juga berhujjah dengan al-Quran dan hadits Nabi? Jadi apakah yang mereka harapkan, kalau bukan keredhaan Allah dan syurga-Nya?!

Apa yang saya dapati dari hasil dialog saya dengan orang-orang Syiah Imamiyah, mereka berhujjah dengan al-Quran dan diperkuatkan dengan hadits-hadits Nabi dan para imam-imam Ahlul Bait Nabi. Inilah pengalaman saya selaku pelajar Universiti al-Azhar selama 4 tahun disana. Selama 6 tahun saya berdialog dengan golongan Syiah Imamiyah dan membuat perbahasan dan kajian demi kajian semata-mata mencari yang manakah satu al-Haq.

Pernahkah MK dan TP membuat perbahasan dan kajian yang teliti mengenai setiap hujjah-hujah Syiah Imamiyah. Pernahkah anda tertanya mengapakah Syiah Imamiyah berpegang teguh kepada Ahlul Bait Nabi tetapi Bukan para sahabat Nabi. Pernahkah?!

Sudah tentu mereka ada sebab yang boleh dijadikan pegangan mereka khususnya dalam soal aqidah. Inilah segala punca yang harus kita pelajari dan perbahaskan secara mendalam dan amanah.

Banyak diantara perbentangan yang MK dan TP huraikan, kesemuanya tentang ranting (furu`) agama. Mengapa anda tidak perbahaskan masalah pokok (Usul ) aqidah Syiah Imamiyah? Sepatutnya persoalan aqidahlah yang harus dititik beratkan kerana ianya punca tumbuhnya ranting.

Disini ingin sekali saya membuat perbentangan yang luas agar anda dan mereka yang ingin tahu sebenar-benarnya mengenai ajaran Syiah Imamiyah jadikan bahan fikir dan timbangan. Sesudah itu kalian buatlah pilihan utuk menghukumnya.

Janganlah kita tergolong didalam kumpulan yang tidak mahu mendengar dan berfikir dalam soal mencari kebenaran seperti firman Allah didalam surah al-Mulk: 10 yang bermaksud:

"Dan mereka berkata: Kalaulah dahulu (semasa didunia) kami mendengar atau menggunakan akal, nescaya tidaklah kami berada didalam sebagai penghuni-penghuni neraka Sa`iir"

Menerusi ayat ini Allah s.w.t memuji hamba-hamba-Nya yang sering menggunakan telinga untuk mendengar apa jua yang dinamakan ilmu dan seruan-seruan kepada ilmu dan amal soleh. Firman Allah juga didalam surah az-Zumar: 17-18:

"Berilah khabar gembira (wahai Muhammad) kepada hamba-hamba Ku yang mereka mendengar dengan teliti akan kata-kata (khabar) lalu mengikut yang 'Ahsan', mereka itu menerima petunjuk Allah dan merekalah pakar berfikir"

Ayat tersebut juga menyampaikan laknat dan memandang hina dan buruk mereka yang tidak menggunakan akal untuk dimanfaatkan kearah mencari kebenaran. Firman Allah didalam surah al-A`araf: 179 yang bermaksud:

"dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahannam kebanyakan dari Jin dan manusia. Mereka mempunyai Hati tetapi tidak dipergunakannya (untuk memahami ayat-ayat Allah), dan mereka mempunyai Mata tetapi tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai Telinga tetapi tidak dipergunakannya untuk mempedengarkan ayat-ayat Allah. Mereka itulah bagaikan Binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai"

Dari itu, saya meminta agar MK, TP dan teman-teman yang lain Berikan Tumpuan dalam menimbang hujjah-hujjah di antara golongan Ahlus Sunnah dan Syiah Imamiyah. Huraikan segala kefanatikan dan dari kemazhaban kerana persoalan sekarang adalah mencarai kebenaran Islam iaitu AL-HAQ. Janganlah kita terperosok dalam Penjara Taqlid Buta (ikut tanpa berfikir) yang boleh membunuh minda dan jiwa.
Reply

Use magic Report

UdiNo This user has been deleted
Post time 14-8-2003 12:00 AM | Show all posts

Meniti Kebenaran -part2

Apakah anda yang berpegang kepada ajaran Ahlus Sunnah cukup YAKIN bahawa anda benar-benar berada dalam kebenaran? Adakah keyakinan itu Sudah Diuji atau Teruji dengan al-Quran dan as-Sunnah serta hujjah-hujjah yang Menyeluruh?

Adakah anda di antara mereka yang berhujjah bahawa Mazhab Ahlus Sunnah itu adalah mazhab Majoriti umat Islam, jadi merekalah yang paling benar?! Sementara Syiah Imamiyah hanyalah sekelompok kecil. Mereka hanyalah berada di Iran dan tersebar serba sedikit di negara-negara lain!!.

Sekiranya inilah hujjah anda maka saya katakan bahawa Tidak Semestinya kumpulan yang paling ramai itu benar itulah yang benar! Kerana apa?, kerana menurut al-Quran membuktikan bahawa MAJORITI tidak menjamin kebenaran. Perhatikan dengan saksama firman-firman Allah sebagai berikut:

1- Surah al-An`aam: 116

Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang yang ada dimuka bumi, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti prasangkaan belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah)

2- Surah al-An`aam: 119

dan sesungguhnya kebanyakan (dari manusia) benar-benar hendak menyesatkan orang lain dengan hawa nafsu mereka tanpa pengetahuan. Sesungguhnya Tuhan-mu, Dia-lah yang mengetahui orang-orang yang melampaui batas

3- Surah Yunus: 36:

Dan kebanyakan mereka tidak mengikuti kecuali persangkaan sahaja. Sesungguhnya peransangkaan itu tidak sedikitpun berguna untuk mencapai kebenaran. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan

Ini adalah penting kerana ketulenan Islam bukan terletak pada Majoriti pegangan sesebuah mazhab. Terlalu banyak mazhab yang bercanggahan pendapat dan pandangan dalam menilai dan mengemukakan sesebuah hukum. Dari itu, ketepikan soal mazhab dan berikan tumpuan dalam soal mencari apakah itu Islam yang sebenar.




Pokok Pertama:
Soal pegangan AQIDAH

Secara keseluruhan, golongan Ahlus Sunnah berpegang kepada al-Quran, hadits Nabi dan para sahabat Rasulullah s.a.a.w. Mereka berlandaskan kepada hadits Nabi yang berbunyi:

"Sesungguhnya aku meninggalkan buat kalian 2 perkara yangmana kiranya kalian berpegang padanya kalian tidakkan sesat buat selama-lamanya: Iaitu Kitab Allah dan Sunnahku"

Persoalan: Adakah ada kesesuaian dalam gandingan kedua perkara tersebut? Akan saya perbentangkan mengenainya.

Sementara Syiah Imamiyah berpegang kepada al-Quran dan Ahlul Bait Nabi s.a.a.w tanpa memasukkan para sahabat Nabi.

"Wahai manusia! Sesungguhnya aku telah meninggalkan bagi kalian sesuatu yang selagi kalian berpegang teguh padanya kalian tidak akan sesat buat selama-lamanya: Kitab Allah dan `Itrahku Ahlu Baitku"

Persoalan: Atas dasar apakah Syiah Imamiyah mempertahankan perkara tersebut? Mesti ada sebab..?!

Perbandingan 2 hadits
Kitab Allah Dan Sunnahku dan Kitab Allah Dan Itrah Ahlul Baitku

Saya ulangi. Rasulullah s.a.a.w pernah bersabda:

"Aku telah meninggalkan pada kalian dua perkara (yang dengan keduanya) kalian tidak akan sekali-kali sesat selagi kalian berpegang teguh pada keduanya: Kitab Allah dan Sunnahku"  (1)


Sabda baginda s.a.a.w lagi:

"Sesungguhnya Aku telah meninggalkan buat kalian yang mana selagi kalian berlindung (berpegang) kepadanya maka kalian tidak akan sesat buat selama-lamanya: Kitab Allah dan Sunnah (Hadith) Nabi-Nya"  (2)

Apa yang jelas menerusi kedua hadith tersebut bermaksud bahawa kita tidak akan sesat buat selama-lamanya jika kita berpegang kepada al-Quran dan as-Sunnah Rasulullah s.a.a.w. Inilah pegangan Ahlus Sunnah.

Kajian

Penelitian dan perbahasan telah dilakukan menerusi kitab-kitab sirah (sejarah hidup Nabi) dan sejarah (tarikh) Ahlus Sunnah ada berbagai-bagai. Jumhur ulama telah menyimpulkan sebagai berikut:

1- Sunnah Nabi s.a.a.w tidak direkodkan. Tiada sebarang usaha yang dilakukan oleh khalifah Abu Bakar atau Umar mahupun Utsman bagi mengumpulkan dan membukukan hadith-hadith Nabi. Ia hanya dilakukan oleh beberapa orang peribadi seperti Abdullah bin `Amru al-`Ash yang dinamakan as-Sadiqah Jabir bin Abdillah dan Ali bin Abi Thalib. (3)

2- Zaman khalifah Umar, beliau secara terang-terang menghalang penulisan as-Sunnah hingga mengeluarkan arahan menangkap dan memenjarakan sesiapa sahaja yang meriwayatkan as-Sunnah. Bahkan Abu Hurairah sendiri mengakui bahawa sekiranya beliau meriwayatkan sebarang hadits pada zaman hidupnya Umar maka beliau akan dipukul dengan tongkatnya. (4)

3- Selama hampir satu abad iaitu seratus tahun hadith tidak ditulis mahupun dibukukan secara rasmi oleh pihak pemerintah hinggalah di zaman pemerintahan Umar Abdul Aziz (rahimahullah) dan ketika itu kebanyakan para sahabat yang bersama Nabi yang pernah mendengar ucapan yang keluar dari mulut suci baginda telah meninggal dunia dan berpindah ke negara lain.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


UdiNo This user has been deleted
Post time 14-8-2003 12:07 AM | Show all posts
4- Hadith 'Kitab Allah dan Sunnah' ini Tidak Terdapat di dalam kitab Sunan Sittah (Kitab hadith enam) yang dipegang teguh oleh golongan Ahlus Sunnah iaitu Shahih Bukhari, Shahih Muslim, Sunan an-Nasaie, Sunan Ibnu Majah, Sunan Abu Daud dan Shahih at-Tarmidzi. Sila rujuk!

Persoalan: Mengapakah di zaman para sahabat, as-Sunnah tidak ditulis sedangkan ketika itu al-Quran telah lengkap ditulis dan disusun didalam sebuah buku?.

Tetapi alasan yang sering kita dengar ketiga-tiga para khalifah takut as-Sunnah akan bercampur-aduk dengan al-Quran…?!
Benarkah ini satu hujjah yang kukuh?. Apakah al-Quran dan as-Sunnah itu seperti garam dan gula, yangmana bila keduanya bercampur kita tak dapat membezakan antara keduanya? Kiranya begitu, bukankah baik kalau dikhaskan garam didalam bekasnya manakala gula didalam bekasnya yang khas supaya tidak TERcampur. Jadi mengapakah para khalifah tersebut tidak mengambil inisiatif begitu dalam memisahkan antara keduanya? Bukankah baik kalau dibukukan hadits-hadits Nabi didalam sebuah buku yang khas sepertimana al-Quran dibukukan? Apatah lagi diwaktu itu para sahabat Nabi masih banyak lagi yang hidup dan zaman hidup mereka dengan Nabi juga masih belum jauh berpisah. Bukankah ianya satu peluang keemasan?!

Disini kita dapat merasakan bahawa as-Sunnah bagaikan tidak terpelihara kalau dibandingkan dengan al-Quran.
Reply

Use magic Report

UdiNo This user has been deleted
Post time 14-8-2003 12:11 AM | Show all posts

Meniti Kebenaran -Part 3

Kesimpulannya adalah amat sukar diterima akal bahawa kedua-dua hadith wasiat Nabi tersebut "Aku tinggalkan al-Quran dan as-Sunnah agar kalian tidak akan sesat" merupakan benar-benar dari mulut Nabi, kerana as-Sunnah tidak lagi dapat menyelesaikan masalah umat hingga ke hari ini. Tambahan pula puluhan ribuan hadith telah dipalsukan. Masakan tidak, hadits tidak dibukukan buat rujukan orang-orang yang tidak dapat bertemu Nabi. Bahkan sahabat yang mendengar hadits atau as-Sunnah dari Nabi juga banyak yang pindah-randah dan meninggal dunia.Bahkan juga para ulama hadith sendiri berselisihan pendapat dalam menentukan dan melakukan penapisan bagi membuat kepastian kesahihan, kedhaifan atau kepalsuan sesebuah hadith. Hal ini juga membuktikan bahawa mereka akan menshahihkan atau medhaifkan jalur hadits (sanad) dari orang yang mereka redhai sahaja. Kalau tidak masakan wujud sesebuah hadits yang shahih disisi ulama lain manakala bagi yang lain pula dhaif walaupun ianya bersanad (jalur rantai riwayat) yang sama. Begitu juga riwayat hidup periwayat sesebuah hadith ada ulama yang kata shahih dan ada yang lain pula kata tak shahih sampai menolak seluruh riwayat mereka. Kenapa soal ini terjadi? Apakah mereka menapis sesebuah hadits dan riwayat seseorang mengikut hawa nafsu mereka atau atas dasar kroni?. Bayangkanlah hingga 1 abad lamanya barulah hadits dibukukan secara RASMI, apakah hadits yang sampai itu benar-benar tulen dan benar-benar tidak terputus jalur rantainya?! (5)
Disamping keraguan ini saya mendapati ada sebuah hadith yang diriwayatkan dari jalur Ahlus Sunnah sendiri iaitu baginda Rasulullah s.a.a.w telah bersabda:

" Sesungguhnya aku telah tinggalkan disisi kalian 'ats-Tsaqalain' (sesuatu yang amat berharga): Kitab Allah dan Ahlu Baitku. Sesungguhnya keduanya tidak akan berpisah sampai sama-sama mengunjungiku di al-Haudh (telaga syurga) (6)

Nabi s.a.a.w bersabda lagi:

"Wahai manusia! Sesungguhnya aku telah meninggalkan bagi kalian sesuatu yang selagi kalian berpegang teguh padanya kalian tidak akan sesat buat selama-lamanya: Kitab Allah dan `Itrahku Ahlu Baitku" (7)
Reply

Use magic Report

UdiNo This user has been deleted
Post time 14-8-2003 12:14 AM | Show all posts

Meniti Kebenaran -part 4

Baginda s.a.a.w bersabda lagi:

"Aku telah tinggalkan kepada kalian sesuatu yang jika kalian berpegang teguh kepadanya kalian tidak akan sesat buat selama-lamanya sesudah kewafatanku: Kitab Allah tali penghubung yang terentang dari langit kebumi. `Itrahku Ahlu Baitku. Kedua-duanya tidak akan berpisah sampai bertemu denganku di al-Haudh. Hati-hatilah dengan perlakuanmu atas kedua-duanya sepeninggalanku kelak" (8)Hadith ats-Tsaqalain cukup shahih dan kuat bahkan sampai ketahap hadith yang Mutawatir yang dikeluarkan oleh para ulama hadith dari kedua-dua golongan Ahlus Sunnah dan Syiah. Mereka telah meriwayatkannya di dalam kitab-kitab Musnad, Sunan dan Shahih dari berbagai jalur yang melebihi 30 orang sahabat..

Berikut dirakamkan daftar ringkas periwayat-periwayat hadith tersebut (Kitab Allah dan Ahlu Bait ) dari para ulama Ahlus Sunnah:

1- Muslim. Shahihul Muslim. Bab: Keutamaan Ali bin Abi Thalib. Juz 7 hal 125.
2- At-Tarmidzi. Shahihul Tarmidzi: Juz 5 hal 328.
3- Imam an-Nasaie. Khashaish Imam Ali bin Abi Thalib: hal 2
4- Ahmad Ibnu Hanbal. Musnad: Juz 3 hal 17
5- Al-Hakim. Mustadrak: Juz 3 hal 109
6- Al-Hindi. Kanzul Ummal: Juz 1 hal 154
7- Ibnu Saad. At-Thabaqat al-Kubra: Juz 2 hal 194
8- Ibnul Atsir. Jami` al-Usul: Juz 1 hal 187
9- As-Suyuti. Al-Jami` as-Saghir: Juz 1 hal 353
10- Al-Haithami. Majma` az-Zawaid: Juz 9 hal 163
11- An-Nabhani. Al-Fathul Kabir: Juz 1 hal 451
12- Ibnu Atsir. Usdul Ghabah…: Juz 2 hal 12
13- Ibnu `Asakir. Tarikh Ibnu `Asakir: Juz 5 hal 436
14- Ibnu Katsir. Tarikh al-Quranul Karim: Juz 4 hal 113
15- At-Tajul Jami` Lil Usul: Juz 3 hal 308
Reply

Use magic Report

UdiNo This user has been deleted
Post time 14-8-2003 12:20 AM | Show all posts

Meniti Kebenaran -part5

Ulasan

Pertama- Ahlu Bait merupakan sekumpulan manusia yang jelas kebenaran dan kesucian mereka (Maksum) berdasarkan ayat-ayat al-Quran seperti ayat Tathhir didalam surah al-Ahzab: 33.yang bermaksud:

"Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu hai Ahlul Bait dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya"

Masalah berbangkit: Siapakah sebenar-benarnya yang dinamakan Ahlul Bait Nabi?! Akan saya jawab perkara ini dengan cara pembentangan ilmiyah.Kedua- Ahlu Bait merupakan sekelompok manusia yang dijamin oleh Allah dan Rasul untuk dicintai dan dicontohi. Firman Allah didalam surah asy-Syura:3 (ayat al-Mawaddah):

"Katakanlah (wahai Muhammad): Aku tidak diperintahkan meminta upah dari kalian ( upah bagi kerja-kerja dakwah) kecuali berbuat kebajikan cinta mahabbah kepada keluarga"

Berkenaan ayat ini ada dijelaskan didalam sebuah hadith shahih yang diriwayatkan daripada Ibnu Abbas telah berkata:

"Setelah turun ayat ini "Katakanlah (wahai Muhammad): Aku tidak diperintahkan meminta upah dari kalian (upah bagi kerja-kerja dakwah) kecuali berbuat kebajikan cinta mahabbah kepada keluarga", orang ramai bertanya: ' Wahai Rasulullah, siapakah mereka yang wajib keatas kami mencintainya ?,baginda menjawab: 'Ali, Fatimah, kedua anak dari keduanya (Hasan dan Hussein) dan anak-anak (keturunan) dari mereka" (9)

Ketiga- Hadith 'Berpegang dengan Kitab Allah dan Ahlu Bait Nabi' ini pula terdapat didalam kitab-kitab hadith yang muktabar disisi Ahlus Sunnah seperti Muslim, Tarmidzi dan Nasaie, tetapi yang menghairankan mengapakah hadith Berpegang dengan Kitab Allah dan Sunnah Nabi' lebih diutamakan meskipun ianya bukan bersumber dari kitab yang diakui shahih oleh golongan Ahlus Sunnah?!. Sila ambil perhatian yang penuh dalam permasalahan ini

Keempat- Mereka adalah ahli keluarga yang disucikan (al-Muthahharun) yang lebih banyak mengerti tentang Sunnah Nabi s.a.a.w, malah lebih berhak untuk menerangkan sunnah dan mentafsirkannya.Apakah benar mereka ini orang-orang suci (maksum)?

Kita merujuk ayat al-Quran dari surah al-Waqi`ah: 75-80 yang bermaksud:

"…Sesungguhnya al-Quran ini adalah bacaan yang sangat mulia, pada kitab yang terpelihara (Luh Mahfuz), tidak menyentuhnya kecuali HAMBA-HAMBA YANG DISUCIKAN, diturunkan dari Tuhan semesta alam"
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-1-2025 01:49 PM GMT+8 , Processed in 0.073424 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list