1. adalia
a. Bila kali terakhir anda mengemas rumah dan menyiram pokok bunga di laman?
b. Pernah tak lewat ke pejabat dan terserempak dengan bos? Jika Ya, apa alasan yang diberikan?
2. carly_lah
a. Pernah tak carly turut menangis bila tengok anak carly menangis?
b. Tolong share jenama henpon yang pernah carly miliki?
3.ungu_merah
a. Pernah tak terasa bosan dan mati kutu bila berada di pejabat? Mengapa?
b. Apakah aset yang paling disayangi dan dibeli dengan titik peluh sendiri?
4.ain0345
a. Sila berikan definisi sahabat sejati dari pandangan Ain.
b. Berkawan biar seribu, berkasih biarlah satu. Komen sket.
5.moyas
a. Apakah perkara paling pelik yang Moy pernah lakukan?
b. Jika diminta untuk menyanyi atau menari, yang mana Moy akan pilih dan mengapa?
6.bini_cantik
a. Bila suami memuji kecantikan anda, apakah reaksi dan ucapan balas yang anda berikan?
7.aikee04
a. Apakah impian atau cita-cita Ai yang masih belum tercapai?
b. Bagaimanakah biasanya Ai menguruskan bonus tahunan?
8.kiesh
a. Siapakah artis lelaki yang senantiasa mendapat perhatian anda?
9.satusembilan
a. Apakah cabaran paling getir ketika menyertai pertandingan mencipta banner?
10.syaiful
a. Kenapa kaum lelaki sukar untuk dipisahkan dengan rokok?
11.mrs_dee
a. Sila kongsikan 3 sikap positif yang anda miliki?
12.anggun_flora
a. Pada pendapat, negeri manakah yang paling miskin dan mengapa?
13. bulanpurple
a. Sekiranya diberi pilihan antara masjid atau rumah, yang manakah menjadi pilihan untuk melangsungkan akad nikah?
b. Wajar atau tidak, pengantin menyenaraikan hadiah yang diinginkan dan mencetaknya di kad jemputan?
14.mertua
a.Adakah anda berkebolehan menjahit? Jika Ya, pernahkah menjahit pakaian untuk ahli keluarga?
b. Adakah anda peminat biduanita Sharifah Aini? Jika Ya, apakah judul lagu beliau yang anda suka dengar?
15.fatehana
a. Sekiranya anak Ana merajuk, bagaimanakah Ana pujuk?
b. Antara buah-buahan tempatan yang ada dipasaran, yang manakah menjadi kegemaran Ana?
16.zadzamusa
a. Bolehkah Zad memasak Patin Masak Tempoyak, jika ya sila kongsikan resipi tersebut.
b. Apakah jenama pencuci muka yang Zad gunakan dan dah berapa lama Zad menggunakan jenama ini?
17.rafflesia76
a. Ceritakan pengalaman indah sepanjang menjadi warga di syarikat anda sedang berkhidmat sekarang?
18.ciksurie
a. Apakah perbezaan paling ketara di antara novel cinta Melayu dan Inggeris?
b. Berapa biji bantalkah yang perlu ada di sisi anda sebelum anda melelapkan mata setiap malam?
19. lavender_aqua
a. Pernahkah anda memelihara ikan di dalam akuarium?
b. Jika Ya, apakah jenis ikan yang anda pelihara?
20. jazaa
a. Di mana letaknya keistimewaan Mee Bandung Muar?
21. cleef
a. Ceritakan kisah anda dan kucing yang mencuit hati?
b. Pernah tak ditegur kerana berat badan semakin naik dan apakah reaksi anda?
22. Yna_shynee
a. Sekiranya anda dikejar anjing sewaktu berjogging, di manakah hala tuju anda untuk menyelamatkan diri dan kenapa ke tempat itu?
23. midory
a. Berapa lamakah anda mampu bergayut di telefon dan dengan siapa?
b. Berikan 3 jenis makanan tradisional negeri Melaka yang menjadi pilihan anda?
24. chit_ana
a. Antara Banglo dan Kondominium, yang mana menjadi pilihan anda? Kenapa?
25.wwwanurrr
a. Kenapakah anda begitu meminati Aaron Aziz?
b. Siapakah insan yang paling dekat dihati anda selain suami & ahli keluarga?
26. selerakampung
a. Adakah anda berselera kampung seperti mana yang tertera pada ID?
27. sfhzuraz
a. Ruangan manakah yang menjadi tumpuan bila anda membaca suratkhabar?
b. Sayangkan anak, tangan-tangankan. Adakah anda bersetuju dengan pepatah ini?
Hang Post at 5-3-2012 15:17 