CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: siva_nes1

Gangguan akibat amalan atau peninggalan nenek moyang mertua

[Copy link]
Post time 15-8-2012 04:42 PM | Show all posts
tak selesai lagi nampaknya masalah TT kita ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-8-2012 10:19 PM | Show all posts
hest posted on 15-8-2012 04:40 PM
saya.. wallahualam.. ada yang kata datang menumpang.. suka sebab masa ni saya ada masalah period berpanjangan 1 tahun tak berhenti... mungkin jugalah agaknya... dah diri pun sentiasa kotor.. dia pun jadi sukalah agaknya.. saya jadi pemalas.. rumah, bilik dapur.. jujur. macam tongkang pecah.. bersawang.. sampah..habuk baju2 semua saya biarkan.. saya memang jadi pemalas sangat.. solat pun jadi endah tak endah.. saya sentiasa lesu.. tak bermaya.. jalan dan bercakap pun macam orang tak de tenaga.. saya jadi sangat penakut.. tidur tak pernah tutup lampu..saya tak bukak langsir..tak keluar malam..mimpi.. tak usah cerita lah.. semua pelik2 belaka.. kotor2 belaka.. yang saya notis sangat.. saya ni dalam kereta suka bukak lagu2 yang berdentam dentum... ada sekali tu saya terdengar bacaan alquran dalam kereta.. kepala saya terus rasa pening.. sakiiiit sangat..

Subhanaallah..... kesiannya. Saya amat simpati dengan dugaan yang dilalui oleh hest. Saya tidak dapat membayangkan betapa tertekannya hest ketika menghadapi dugaan ini. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Saya hanya dapat mendoakan agar hest dapat menemui kesembuhan dan ketenteraman dalam masa yang terdekat ini. Jangan biarkan masaalah hest in terus berpanjangan kerana jika tidak berubat berkemungkinan ia akan lebih memudaratkan lagi kepada diri hest.

Berikanlah kesempatan kepada mak dan ayah untuk mencari kesembuhan kepada keadaan yang dihadapi oleh hest sekarang. Mereka mahu hest sembuh kerana sayangkan hest sedangkan yang menumpang itu hanya mahu menganiayai hest. Penumpang itu mungkin sudah selesa dengan keadaan hest yang tidak begitu sihat dan inilah yang dikehendakinya. Mungkin sebab inilah hati hest sentiasa terhalang untuk pergi berubat. Hest sendiri sedar akan keadaan ini tapi ada yang menghalang.

Bila hest menceritakan tentang penumpang itu membuat hest membenci mak teringat pula kepada isteri saya. Agaknya begitulah perasaan isteri saya pada suaminya ini ..... tak mahu bercakap dengan saya, bila cakap rasa nak marah je sentiasa dengan saya dll. Bab rasa sedih ada juga apabila isteri kembali pulih kepada dirinya yang sebenar setelah perawat berjaya mengubatinya. Tetapi keadaan ini tidak kekal lama kerana isteri dipengaruhi balik oeh benda itu untuk membenci saya.

(Siva_Nes .......... Silently In Vulnerable Ambivalence_Never Ending Story)

Last edited by siva_nes1 on 16-8-2012 07:07 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-8-2012 10:31 PM | Show all posts
nizana posted on 15-8-2012 04:42 PM
tak selesai lagi nampaknya masalah TT kita ni


Belum lagi nizana.... huhu. . Tetapi alhamdulillah buat masa ini sdr rdzaccess sedang membantu saya dalam masalah ini. Perlu persiapan yang rapi dan lengkap bagi menghadapi sihir yang ada pada isteri. Moga nizana dapat doakan kejayaan kepada apa yang sedang diusahakan ya. Last edited by siva_nes1 on 15-8-2012 10:33 PM

Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2012 12:02 AM | Show all posts
Ya Allah,... hamba bersujud di hadapanMu dengan kehinaan dan banyak dosa,…. yang tidak memiliki daya dan upaya melainkan hanya kuasa dan pertolonganMu.
Hamba mengadukan  keadaan seorang hambaMu yang sedang dalam keadaan derita dan Engkau Maha Mengetahuinya …ya Allah…RahmatMu Maha Luas bagi siapa saja yang Engkau Kehendaki bahkan walaupun ia adalah seorang yang telah berbuat dosa, maka ya Allah…berilah keampunanMu kepada saudaraku itu dan maafkanlah ia dan mudahkanlah ia dalam menemui akan kasihnya yang hilang…
Amin ya Rabbal ‘alamiin…
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2012 12:23 AM | Show all posts
hest posted on 15-8-2012 04:40 PM
saya.. wallahualam.. ada yang kata datang menumpang.. suka sebab masa ni saya ada masalah period b ...

Ini dinamakan dengan sihir istihadah atau sihir pendarahan yang biasanya terjadi pada seseorang wanita.
( pelaku menunjukkan tapak tangan yang telah di bacakan mentera sihir dengan cara spontan ~ apa pun cara yang boleh si mangsa melihatnya secara sedar atau tidak , sebab melihat tapak tangan seseorang tu kan biasa...ini salah satu di antara teknik dan strategi penyihir nya)

Sebelum dilakukan perawatan pesakit harus berwudhu dan ayat ruqyah biasa boleh lah di lakukan.
Kemudian dibuat pembatal sihir.
Kemudian dibuatkan air ruqyah dan mandian air ruqyah...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-8-2012 06:29 AM | Show all posts
rdzaccess posted on 16-8-2012 12:02 AM
Ya Allah,... hamba bersujud di hadapanMu dengan kehinaan dan banyak dosa,…. yang tidak memiliki daya dan upaya melainkan hanya kuasa dan pertolonganMu. Hamba mengadukan  keadaan seorang hambaMu yang sedang dalam keadaan derita dan Engkau Maha Mengetahuinya …ya Allah…RahmatMu Maha Luas bagi siapa saja yang Engkau Kehendaki bahkan walaupun ia adalah seorang yang telah berbuat dosa, maka ya Allah…berilah keampunanMu kepada saudaraku itu dan maafkanlah ia dan mudahkanlah ia dalam menemui akan kasihnya yang hilang…

Amin ya Rabbal ‘alamiin…

Amin ya Rabbal ‘alamiin… Last edited by siva_nes1 on 16-8-2012 06:33 AM

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-8-2012 09:00 AM | Show all posts
siva_nes1 posted on 15-8-2012 10:19 PM
Subhanaallah..... kesiannya. Saya amat simpati dengan dugaan yang dilalui oleh hest. Saya tidak da ...

sebenarnya.. masa nilah baru hest paham.. maksud fikiran kita dikawal 'dia', maksud dengan bisikan2 jahat.. maksud dengan perkataan 'tak sedar diri ' ..hest tak pernah plak kerasukan.. tak pernah plak ternampak apa2 kat keliling hest.. tapi hest tahu ada aura lain dekat dengan hest.. hest tahu. masa ni lah hest selalu jadi murung.. sedih.. rasa diri sangat tak berguna.. selalu menangis kadang kala tak de sebab.. kadangkala sebab rasa dirini losser sangat... waktu2 macam ni lah hest mula berfikir pasal bunuh diri.. mati tu penyelesai segala... DAN lepas hest kena macam ni lah, hest mula faham... macam mana orang kena isim fikir.. macam mana orang bunuh diri boleh terjadi.. kalau iman tak kuat..tak mustahil boleh terjerumus.. tapi hest bukan nak kata iman hest kuat.. kata sorang ustaz.. hest beruntung.. sebab hest dijaga dan di kelilingi dengan doa mak ayah.. along hest pun selalu kirimkan alfatehah dan 3 qul pada hest.. selain diri hest yang tak kuat ni, doa2 dan kiriman2 mereka nilah yang buat hest jadi kuat untuk melawan..

alhamdulilah.. hest telifon sendiri perawat.. masa ni jujur.. tangan hest menggigil... masa perawat bagi salam hest diam je.. kali ke dua dia bagi salam baru hest jawab.. itu pun cakap terketar-ketar.. alhamdulillah semua dah di rancang... bila hari berubat berlangsung, perawat cuba baca ayat ruqyah dan azan.. selepas selesai.. dia ada cakap. sekali imbas yang dia nampak berdiri sebelah saya masa tu perempuan berbaju putih. dan diceritakan macam mana benda tu boleh ada dengan saya...dan suruh saya cari sendiri siapa.. sebab dia tak nak cakap.. cuma dia bagi soalan yang boleh kita jangka siapa.  wallahua'lam... di beri air minum dan air mandian. alhamdulillah..

selepas sebulan... saya rasa sedikit tenang.. keuzuran macam ok.. kering 4-5 hari.. tak macam selalu hari2 .. masa ni lah saya berani balik kampung.. masa ni mak ada cakap nak bawa berubat.. tapi saya cakap.. tak payah dah buat sendiri.. lepastu mak saya ceritakanlah apa ustaz di kedah tu cakap.. saya gelakkan saje.. sebab cerita dia sama dengan perawat yang saya berubat. dan saya fikir abang saya curi2 sampaikan.. tapi mak tetap berkeras kata.. dia tanya ustaz kat kedah. along tak cakap apa2.. saya sinis jela sebab memang fikir mak nak cover kot.. takut saya marah along sebab bagi tahu..

bila balik kl, tanya dengan along.. dia cakap tak bagi tahu, tanya kakak ipar dia pun kata tak bagi tahu.. saya senyum je..sebab saya fikir mungkin akk ipar dgn abang saya tak nak mengaku.. sekali datang kawan baik saya ke rumah.. dalam kami cerita2 saya pun cerita sesi rawatan.. baru kawan saya bukak cerita.. sambil minta maaf.. dia cakap memang dia yang suruh ustaz tu scan lepas kakak saya macam merayu suruh pujuk saya dan risau sangat. dan cerita tu memang sama.. jadi saya baru tahu mak saya tak tipu.. abang dan kakak ipar saya tak tipu.. yang jadi punca nak berubat dengan ustaz kedah tu sebab mak ayah kena turun kedah bawak saya.. atau ustaz turun kl dan mak ayah saya mesti ada. dalam 2,2 keadaan mak ayah tak dapat penuhi cuma minta izin perawat untuk merawat di melaka sahaja. ustaz tu izinkan dan suruh ayah berubatkan cepat2 sebab takut benda tu terus nak bermastautin dekat saya...

tapi lepas dah tahu saya dah berubat dan beransur ok.. mak ayah pun senang.. tapi bendanya terjadi balik selang sebulan.. kali ni saya selalu demam.. sebenarnya bukan demam.. tapi kena seram sejuk... selalu termenung.. khayal.. tak banyak bercakap.. masa ni lah ayah panggil pakcik yang selang 2 rumah je dari rumah mak ayah hest.. hest tahu pakcik ni perawat.. masa ayah panggil mengadap pakcik tu.. hest terus rasa marah sangat.. masa duduk dekat dengan pakcik tu.. rasa bulu roma di pipi meremang.. badan jadi macam meluap2 marah dari dalam... walau pun bila pakcik tu tanya2 hest ley jawab baik2 tak menengking.. tapi hest rasa macam nak maki je.. ( masa ni hest baru perasan dan tahu.. apa rasa bila ada 2 jiwa berlainan.. satu tu nak baik-baik.. satu tu nak jahat-jahat) hest ley cakap kat pakcik tu.. saya sihat je pakcik.." ustaz sebelum ni dah buang dah semua.. ni demam biasa je.. ayah ni je risau sangat" pakcik tu pun pandai lak trick dia.. " kalau macam tu tak pelah.. datang le lepas maghrib umah pakcik.. bawak buah nona..orang demam bagus makan nona.." dalam pakcik tu duk borak2 cakap2 dengan ayah.. hest terus masuk bilik pakai tudung terus keluar lalu depan2 antara ayah dengan pakcik.. ayah terus marah.. yelah diorang tak abes bincang lagik hest nak keluar..
bila ayah tanya
"nak pegi mana ni?"
hest cakaP "keluar"
ayah balas "bawak lah mak"
hest jawab " bialah.. orang nak kuar sorang2.. kang orang balik la ambik mak..!"

terus hest jalan tak toleh.. masa keluar ni.. tangan hest menggigil.. hest menangis. terus telifon kawan baik hest.. cerita dengn dia apa jadi.. dan apa hest dah buat kat ayah.. hest tak nak buat macam tu.. tapi masa tu macam tak boleh kawal.. kawan hest pujuk cepat2 balik rumah semua...

malam tu mula lah sesi rawatan dengn pakcik tu.. dia suruh melunjur ke kiblat.. ruang hest duduk ni ada aircond.. masa pakcik letak tangan kat ubun kepala.. subhanallah... masa ni dah sayuuu giller.. hest nanges tapi tak lah meraung..pastu kat ubun tu. hest rasa macam pakcik tu tekan kepala hest dengan jarum je rasa.. sakitnya halus tapi sakiiiiiiiitt... berpeluh2 dalam aircond ni... tapi berpeluh.. 4-5 kali pakcik tu buat.. sambil dia buat ala2 gaya orang menarik dan membuang sesuatu... selesai.. dia bagi air ruqyah suruh minum dan bawak mandi sikit..  


((erk.. panjang bebeno la plak .. dah macam hestnye thread .. sorry..)) kalau nak delete je post ni pun tak pe..
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2012 09:01 AM | Show all posts
rdzaccess posted on 16-8-2012 12:23 AM
Ini dinamakan dengan sihir istihadah atau sihir pendarahan yang biasanya terjadi pada seseorang wa ...

tak pasti lah rd.. tapi cara merawat tu sama lah pada 2,2 perawat yang merawat saya tu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2012 09:14 AM | Show all posts
hest posted on 16-8-2012 09:00 AM
sebenarnya.. masa nilah baru hest paham.. maksud fikiran kita dikawal 'dia', maksud dengan bisikan ...

Hest sambung ler lg..nak tahu gak apa yg jd..
kebanyakan org yg dihuni badan dia ni
lebih kurang sama jer simpton nyer sbnr nya ek..
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2012 09:27 AM | Show all posts
@rdzaccess , teman udah reply msg mike..minta dibalas segera..teman ni udah terkinje-kinje nak balik raya ni.. takut udah tak buke porem ni nti kang..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-8-2012 09:49 AM | Show all posts
hest posted on 16-8-2012 09:00 AM
sebenarnya.. masa nilah baru hest paham.. maksud fikiran kita dikawal 'dia', maksud dengan bisikan jahat.. maksud dengan perkataan 'tak sedar diri ' ..hest tak pernah plak kerasukan.. tak pernah plak ternampak apa2 kat keliling hest.. tapi hest tahu ada aura lain dekat dengan hest.. hest tahu. masa ni lah hest selalu jadi murung.. sedih.. rasa diri sangat tak berguna.. selalu menangis kadang kala tak de sebab.. kadangkala sebab rasa dirini losser sangat... waktu2 macam ni lah hest mula berfikir pasal bunuh diri.. mati tu penyelesai segala... DAN lepas hest kena macam ni lah, hest mula faham... macam mana orang kena isim fikir.. macam mana orang bunuh diri boleh terjadi.. kalau iman tak kuat..tak mustahil boleh terjerumus.. tapi hest bukan nak kata iman hest kuat.. kata sorang ustaz.. hest beruntung.. sebab hest dijaga dan di kelilingi dengan doa mak ayah.. along hest pun selalu kirimkan alfatehah dan 3 qul pada hest.. selain diri hest yang tak kuat ni, doa2 dan kiriman2 mereka nilah yang buat hest jadi kuat untuk melawan..

Takpe ..... sambung le lagi cite hest ni. Betoi gak apa yg Alia tu kata. Nak tau ape kesudahannye. Harap dah sembuh la. Sila bagi laluan..! aweks turbo nak sambung cite... vrrooommmm~

Last edited by siva_nes1 on 16-8-2012 10:48 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-8-2012 10:04 AM | Show all posts
Adiya posted on 16-8-2012 09:27 AM
@rdzaccess , teman udah reply msg mike..minta dibalas segera..teman ni udah terkinje-kinje nak balik raya ni.. takut udah tak buke porem ni nti kang..

Mike ni oghang Peghok ye.... Selamat hari raya teman ucapkan pada mike.

Last edited by siva_nes1 on 16-8-2012 10:11 AM

Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2012 10:20 AM | Show all posts
siva_nes1 posted on 16-8-2012 10:04 AM
Mike ni oghang Peghok ye....  Selamat hari raya teman ucapkan pada mike.

org perak le.. ape ke lagi kalu udah cakap rope ini..

Selamat hari raya jugak utk TT.. sebo yer... kalau udah rezeki mike tu, selesai jugak masalah ni nti..

Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2012 10:47 AM | Show all posts
siva_nes1 posted on 16-8-2012 09:49 AM
Takpe ..... sambung le lagi cite hest ni. Betoi gak apa yg Alia tu kata. Nak tau ape kesudahannye. ...

hahaaha.. sabar jerk la..... ok2..

lepas abes sesi berubat ni.. masa ni datng sekali mak dengan kawan baik.. bila hest pusing balik ngadap diorang.. terkejut diorang tengok berpeluh beriya.. sebab duk dalam ekon.. kan sejuk je kan...tapi hest berpeluh.. pakcik tu pun tanya la hest

" macam mana rasa tadi?"
"sakit pakcik.. pakcik cucuk jarum ke kat kepala orang?"
"mana ada jarum.. itu masa tu pakcik tarik 'dia' dari ubun kau..tu yang rasa sakit.. kalau kau sakit sangat ..makna tu bangsa degil..kau ni dia baru lagi jadi tak liat sangat nak tarik dia... kau menagis kenapa? sakit?"
"tak lah pakcik.. tetiba je sayu.."
"memanglah.. dia dah tahu dia nak kena buang dari badan kau.. sedih la dia..."
"ooo..pakcik.. macam mana pakcik tahu dia ada dengan orang? pakcik nampak ke petang tadi?"
" eh, tak lah sampai nampak..tapi kita boleh rasa..kau pun pakcik tengok semacam je.. kau marah2 tu pakcik dah tahu dia yang marah..sebab dia tahu kita nak buang dia"
"tapi tulah pak cik.. ayah tak paham.. dia ingat orang saje je perangai macam tu.. "
"tak pelah insyaAllah semua ok...masalah uzur kau macam mana? dah ok?"
"alhamdulillah pakcik.. dari merawat dengan ustaz pertama haritu, alhamdulillah waktunya dah betul dah tak hari2"
"alhamdulillah..kalau kena dia jadi pelik gitu..ubat moden pun tak ley bantu...cepat2 ubat cara islam ni..sebab kadang2 benda2 macam memang saje sekat salur2 dalam badan kita.. boleh buat penyakit.. tukadang2 ley jadi cancer ke batu karang ke.. bagai2 la.."
"oo.. orang ada dengar gak macam tu pakcik..cuma mana lah orang tahu.. ingat masalah orang sendiri"
"tak pelah.. esok kau datang lagi bawak kelapa muda..kita buat lagi tengok macam mana esok... kau pun, dah nak balik kl baru nak merawat..nanti senang2 balik lagi kampung kita buat lagi tengok macam mana.."
"insyaAllah pakcik.."

jadi esok hest datang.. dengan cara yang sama.. cuma.. kurang lah sakitnya.. dan selang 2 minggu hest balik semula ke kampung dan pakcik tu ada tanya hest ada sakit kepala lagi ke? hest kata ada.. dia try buat lagi.. dia cakap ada lagi yang duk kat kepala ni.. nanti kita usaha lagi.. tapi memang betul pun hest selalu sakit kepala.. and lepas dari tu.. hest tak gi mengulang.. bukan apa.. sebab jarang balik dan kadang2 pakcik tu ada dah tetamunya...

pada masalah keuzuran tu, alhamdulillah semuanya dah kembali normal.. cuma skang.. hest kena bangkit.. recover dalaman yang kosong dan sunyi.. ada kawan sorang yang boleh scan dia cakap yang tinggal tu saka.. memang hest tahu ada belah ayah saka.. tapi nak ikut dia bukan dengan hest.. perawat pertama pun kata macam tu.. mungkin dia ziarah waris.. tapi kawan hest kata.. mungkin juga sebab antara cucu2 arwah wan hanya hest saja cucu perempuan yang boleh mengurut sebab tu dia duk dengan hest sekejap.. wallahualam.. kata kawan hest lah.. tapi pernah je sekali dalam bulan ramadhan ni lepas sahur ayah suruh urut tangan dia yang sakit tak ley genggam lepas ngurut tu anak buah umo setahun lebih masuk bilik ayah.. ayah duk kat kerusi malas.. hest kat katil.. ayah suruh anak buah naik atas katil tido dengan hest.. tapi dia tak nak.. terus nanges.. ayah tutup lampu.. terus dia cakap" antu....antu..." hahahaha terus ayah hest ambik dia baru dia diam... kawn hest kata.. mungkin sebab hest baru lepas ngurut.. saka tu kalau datang time hest ngurut2 ni je.. tu yang anak buah langsung tak nak dekat.. tapi anak buah ni memang jenis pantang sikit benda2 halus.. masa hest sebelum berubat.. memang dia langsung tak nak hest.. dan kadang2 bila pandang hest dia tutup muka dengan lampin yang selalu dia pegang .. huhu tak tahu lah.. wallahu'alam... semua kuasa Allah...
Last edited by hest on 16-8-2012 10:49 AM

Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2012 10:52 AM | Show all posts
alia_elina posted on 16-8-2012 09:14 AM
Hest sambung ler lg..nak tahu gak apa yg jd..
kebanyakan org yg dihuni badan dia ni
lebih kurang ...

dah sambungng dah abes pun
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2012 10:55 AM | Show all posts
@siva_nes1 mahap yerk niat nak bagi tahu macam mana rasa bila terkena je... hest pun bukan lah hardcore kena.. terkejut gak boleh kena.. sebab hest ni masa zaman hostel antara orang yang kuat semangat dan selalu tolong yang hesteria.. last2 hest lak kena.. hehehe.. memang kena moral support la.. kalau yang hardcore tu.. macam mana la diorang rasa.. huhuhu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-8-2012 11:24 AM | Show all posts
hest posted on 16-8-2012 10:47 AM
hahaaha.. sabar jerk la..... ok2..
Lepas abes sesi berubat ni.. masa ni datng sekali mak dengan kawan baik.. bila hest pusing balik ngadap diorang.. terkejut diorang tengok berpeluh beriya.. sebab duk dalam ekon.. kan sejuk je kan...tapi hest berpeluh.. pakcik tu pun tanya la hest  

Alhamdulillah.... senang hati sgt2 bila tahu hest ni dah sembuh dari gangguan benda tu. Dah tak uzur cam dulu. Mak, ayah dan along pun mesti lega dan suka hest dah balik normal macam dulu2. Terima kasih berbanyak ye hest krn sudi kongsi pengalaman. Dapat gak paham sikap isteri sekarang bila dah baca cite hest ni. Dulu isteri ni syang sgt gan saya tapi skg sya ni cam org luar yg dibencinya. Boleh berubah gan ketara sdgkan dulu sya ni lah yang disayanginya Perkataan 'I luv u' tu slalu je kluar dr bibirnya dan tak segan peluk mesra gan sya depan sedare mara dan kawan2. Kiranya kami ni dulu diorang kata 'loving couple' la. Tapi skang isteri langsung tak pedulikn sya......

Last edited by siva_nes1 on 16-8-2012 12:54 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-8-2012 11:34 AM | Show all posts
hest posted on 16-8-2012 10:55 AM
@siva_nes1 mahap yerk niat nak bagi tahu macam mana rasa bila terkena je... hest pun bukan lah hardcore kena.. terkejut gak boleh kena.. sebab hest ni masa zaman hostel antara orang yang kuat semangat dan selalu tolong yang hesteria.. last2 hest lak kena.. hehehe.. memang kena moral support la.. kalau yang hardcore tu.. macam mana la diorang rasa.. huhuhu

Tak perlu mintak mahap la hest. Sy yg patut ucap terima kasih pada hest kerana sudi cite camna rase bile terkena. Sekurang-kurang dapat gak sya paham sikap isteri skg. Mmg brutal dia amat kat sya ni skg baik dr segi pertuturan maupun perbuatan. Sakit hati dibuatnya......

(Siva_Nes .......... Silently In Vulnerable Ambivalence_Never Ending Story)

Last edited by siva_nes1 on 16-8-2012 11:40 AM

Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2012 11:36 AM | Show all posts
siva_nes1 posted on 16-8-2012 11:24 AM
Alhamdulillah.... senang hati sgt2 bila tahu hest ni dah sembuh dari gangguan benda tu. Dah tak uz ...

sabar.. itu bukan kehendak dia... benda tu yang hasut jadi macam tu.. kalau la lagi bendanya tu jantan.. lagi lah dia memang suka hasut suh benci @siva_nes1  sebab dia sayang kat isteri kamu.. macam osmet (housemate) hest...

dia sebaya dengan hest.. yang kesiannya dia.. benda ni dah lama dengan dia... hampir 10 tahun juga lepas sekolah dulu, benda ni suka dia.. tiap kali dia bercinta.. mesti kesudahannya tak jadi apa.. sebab dia marah2 laki tu.. walhal dia tak nak pun macam tu.. yang latest.. dia ritu dah bertunang dah.. tunang dia tahu masalah dia ni.. malah tolong bawak ke darul syifa' bagai.. kalau kena marah selalu  bersabar je... tapi tak tahu lah.. mungkin fedup kot.. kalau hari2 gaduh.. tapi kawan hest tu yang sibuk2 suruh putus tunang dan pulang semua barang... kawan hest kata dia tiba2 jadi benci sangat tak suka.. panas je pandang muka tunang dia.. sampai skang.. dia tak de sape2 cuma bekas keluarga tunang dia tu harap dia balik semula.. sebab family budak laki tu tahu.. bukan kehendak kawan hest ni.. dan putus tu bukan dari hati dia.. huhu.. wallahu'alam
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2012 11:39 AM | Show all posts
siva_nes1 posted on 16-8-2012 11:34 AM
Tak perlu mintak mahap la hest. Sy yg patut ucap erima kasih pada hest kerana sudi cite camna ra ...

itulah yang hest kata.. ini hest yang kena orang kata ringan lah juga ni.. datang pun dari mana... ini kan pula yang dari keturunan.. dan hardcore.. kena la bersabar
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 08:19 AM GMT+8 , Processed in 0.272781 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list