CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Anak_Nogori

[Jenayah] Kita Tunggu Mereka Beratur Minta Maaf Pada PM

[Copy link]
 Author| Post time 22-7-2015 08:53 AM | Show all posts
SAH TONY PUAKA TERKENCING DALAM SELUAR!!!
POSTED BY SEMUT HITAM ON 8:00 PG WITH NO COMMENTS SO FAR

Lim Kit Siang barangkali tidak menyangka sama sekali yang Tony Pua tidaklah sehebat dan secerdik mana. Malah mungkin tidak menyangka langsung bahawa siasatan Polis Thailand akan turut menjerat Tony Pua.

Bahkan tindakan tersebut sekaligus mampu untuk mengheret Tony Pua ke tali gantung atau penjara seumur hidup sekiranya didapati bersalah sewaktu dibicarakan di mahkamah nanti.

Setakat ini, hanya Lim Kit Siang sahaja yang dilihat cuba untuk mempertahankan Tony Pua seboleh-bolehnya. Lim Guan Eng langsung tidak berani kerana barangkali kebimbangan dia juga terlibat.

Lim Kit Siang kalau kita lihat, begitu aktif mempertahankan Tony Pua yang telah dikenalpasti terbabit dengan Xavier Andre Justo dan Clare Rewcastle Brown Sarawak Report.

Sehingga setakat ini juga, Lim Kit Siang mahupun Tony Pua sendiri gagal membuat sebarang penafian berhubung pembabitan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu dalam konspirasi dan kerja jahat Xavier Andre Justo.

Cubaan Tony Pua untuk menyaman sesiapa sahaja yang cuba mengaitkannya dengan pendedahan Lester Melanyi, bekas editor Sarawak Report pula dilihat sebagai usaha terdesak yang menunjukkan ketakutannya.

Kerana itulah, Abdul Rahman Dahlan, Ahli Parlimen Kota Belud mencela Lim Kit Siang dan Tony Pua yang disifatkannya cuba menyalahkan UMNO dan Barisan Nasional, tetapi langsung tidak berani bercakap tentang kaitan Tony Pua dengan Xavier Justo.

Sesuatu yang amat pasti ialah, Lim Kit Siang jelas sangat terkejut dengan pendedahan yang dibuat oleh Polis Thailand selain gesaan agar Polis Singapura melakukan siasatan bagi penggubahan wang haram dan pembelian data - data yang telah curi.

Berikutan pendedahan tersebut, Tony Pua mendakwa yang tidak pernah mengenali Xavier Justo. Sabtu lepas, dia mencabar ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional agar menamakannya secara rasmi yang telah mengadakan pertemuan dan kolobarasi dengan Xavier Justo dan Claire Brown.

Terbaru, Tony Pua turut dilihat terdesak mengancam untuk menyaman sesiapa sahaja yang mengulang kembali pendedahan yang dibuat oleh Lester Melanyi yang mengaitkan Tony Pua dan Rafizi Ramli dalam pemalsuan data serta perancangan jenayah ke atas negara ini.

Mengapa agaknya, Tony Pua dan Lim Kit Siang tidak mampu lagi menunggu keputusan siasatan Polis Diraja Thailand dan Polis Singapura berhubung pembabitan Tony Pua dalam usaha menggulingkan kerajaan dan penderhakaan ke atas DYMM Yang Di-Pertuan Agong?

Dalam perkembangan terbaru, HO KAY TAT, salah seorang yang bersama-sama Tony Pua bertemu dengan Xavier Justo, yang juga merupakan Penerbit dan CEO Kumpulan The Edge Media Corp, telah mengakui yang mereka telah bertemu Justo dan membeli beberapa dokumen daripada lelaki Swiss itu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-7-2015 12:52 AM | Show all posts
Jangan biar konspirasi jatuhkan kerajaan jadi budaya - Abu Zahar
22 Julai 2015 8:38 PM
  5  0 Google +0

Jangan biar konspirasi jatuhkan kerajaan jadi budaya - Abu Zahar

KUALA LUMPUR 22 JULAI 2015 - Yang Di-Pertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Datuk Ujang dan Yang Di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia beramah mesra dengan ahli-ahli Parlimen sewaktu rumah terbuka Aidilfitri 2015 Parlimen Malaysia di Kuala Lumpur disini hari ini. - UTUSAN/DJOHAN SHAHRIN SHAH

KUALA LUMPUR 22 Julai - Konspirasi menjatuhkan kerajaan merupakan kesalahan yang serius dan mana-mana pihak termasuk anggota Parlimen yang terbukti terlibat perlu dikenakan tindakan supaya ia tidak menular menjadi satu budaya.

Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang berkata, perbuatan menghasut dan menyebarkan fitnah bagi menjatuhkan nama baik negara adalah tidak wajar dan tidak berdemokratik.

"Buat masa sekarang tidak ada tindakan undang-undang spesifik tetapi sekiranya perbuatan ini diteruskan oleh mana-mana pihak termasuk anggota Parlimen, saya mencadangkan Parlimen mewujudkan satu undang-undang untuk membanteras perkara ini.

"Anggota Parlimen dipilih oleh rakyat, ikrar lafaz setia dah dibuat dan secara moralnya mereka mesti akur kepada lafaz setia yang dilakukan. Saya tidak mahu membuat spekulasi, tapi andainya berlaku perkara itu amat serius bagi saya," katanya pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen di sini hari ini.

Abu Zahar diminta mengulas dakwaan mengenai cubaan untuk menjatuhkan kerajaan dengan cara menggugat kestabilan dalam negara dan keselamatan nasional. - BERNAMA

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/ ... thash.wBqEXMuH.dpuf
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-7-2015 12:54 AM | Show all posts
PENGARAH URUSAN SYARIKAT DITAHAN UNTUK KES SIASATAN 1MDB!!!



Seorang pengarah urusan syarikat bergelar 'Datuk', direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes siasatan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Perintah reman terhadap lelaki berusia 54 tahun itu dikeluarkan Majistret Lau Eric di Mahkamah Majistret Putrajaya di sini, hari ini.

Lelaki berkenaan disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Semalam, Mahkamah Majistret Putrajaya turut mengeluarkan perintah reman empat hari kepada seorang pengarah sebuah syarikat swasta bagi membantu siasatan kes 1MDB.

Suspek berumur 39 tahun itu, ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kelmarin oleh Pasukan Petugas Khas yang ditubuhkan untuk menyiasat 1MDB.

Sebelum ini, Peguam Negara, Abdul Tan Sri Abdul Gani Patail; Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz; Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamed mengumumkan pembentukan Pasukan Petugas Khas itu untuk menyiasat isu berhubung 1MDB. - (SUMBER)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-7-2015 12:57 AM | Show all posts
BINI TONY PUA ADA RM3 JUTA DALAM AKAUN BANK PERIBADI... DAN TONY PUA DIKENAKAN LARANGAN KELUAR NEGARA!!!



Satu lagi pendedahan yang pasti akan mengundang reaksi negatif daripada Tony Pua yang sebelum ini sangat sibuk dengan pendedahan sana sini membabitkan orang lain tetapi dia sendiri tidak telus!

Tan Chee Chong, bekas pembantu peribadi seorang Ahli Parlimen DAP hari ini mendakwa isteri Tony Pua memiliki wang bernilai RM3 juta di dalam sebuah akaun peribadi di seberang laut.

Tony Tan Chee Chong turut menggesa Tony Pua untuk menjawab tuduhan tersebut dalam tempoh seminggu sebelum dia mendedahkannya kepada awam dengan bukti-bukti yang ada di tangannya.

"Kami tahu caranya, kami mempunyai bukti tetapi kami mahu dia sendiri yang bercakap tentangnya," katanya dalam satu sidang media di Petaling Jaya.



Tan berkata, Ahli Parlimen Petaling Jaya itu sentiasa mengutuk kerajaan kerana tidak telus dengan akaun-akaun mereka. Justeru, dia meminta agar Tony Pua mengisytiharkan aset-aset serta menjelaskan tentang kekayaan isterinya.

"Saya menerima maklumat daripada tiga orang ahli DAP yang isteri Pua mempunyai banyak aset di luar negara. Saya sekadar meminta dia bekerjasama dengan kami berhubung perkara ini dan memberikan respons berhubung dakwaan ini."

Tan yang suatu ketika merupakan pembantu peribadi Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok, berkata, dia tidak berminat membuat tuduhan melulu.

Dalam reaksi balasnya, Tony Pua berkata, dia tidak sabar-sabar menantikan bukti-bukti tersebut didedahkan.

"Saya juga berminat untuk melihat dokumen yang menunjukkan isteri saya memiliki RM3 juta dalam akaun sebarang laut," katanya. - RAKYAT POST.

Dalam perkembangan terbaru, Tony Pua dikatakan telah dikenakan larangan keluar negara. Tony Pua telah memanggil satu sidang media berdasarkan butiran yang diterima ini:




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-7-2015 12:58 AM | Show all posts
Pendedahan Melanyi: Polis tidak tolak kemungkinan tahan pihak terlibat
22 Julai 2015 8:35 PM
  42  1 Google +0

Pendedahan Melanyi: Polis tidak tolak kemungkinan tahan pihak terlibat



SHAH ALAM 22 Julai - Polis tidak menolak kemungkinan menahan beberapa individu yang didakwa bekas Pengarang Sarawak Tribune, Lester Melanyi terlibat dalam komplot untuk menjatuhkan kerajaan secara tidak demokratik.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu dan meminta semua pihak memberi ruang kepada pihaknya menjalankan siasatan dengan penuh berhati-hati.

"Ini satu perkara yang amat serius seperti saya sebut sebelum ini. Pendedahan ini mengejutkan dan amat serius dan kita perlu jalankan siasatan dengan terperinci serta berhati-hati kerana ada kemungkinan orang yang terlibat itu akan ditahan untuk siasatan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan polis bantuan koperasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) Berhad di i-City di sini hari ini.

Sebelum ini, terdapat dakwaan mengenai cubaan untuk menjatuhkan kerajaan dengan cara mewujudkan keadaan tidak stabil dalam negara dan menjejaskan keselamatan nasional.

Laporan berkenaan menyebut bahawa pemimpin pembangkang telah mengadakan pertemuan dengan bekas Eksekutif PetroSaudi International Ltd Xavier Andre Justo untuk membeli maklumat daripadanya bagi memburuk-burukkan kerajaan Malaysia.- BERNAMA

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/ ... thash.uusvuKZD.dpuf
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-7-2015 01:01 AM | Show all posts
1MDB: Polis Singapura bekukan dua akaun bank
22 Julai 2015 11:49 AM
  195  0 Google +1
SINGAPURA 22 Julai - Polis Singapura hari ini membekukan dua akaun bank sebagai sebahagian daripada siasatan berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB). - BERNAMA
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/ ... thash.cmUp5SsP.dpuf
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 23-7-2015 01:03 AM | Show all posts
Wednesday, July 22, 2015
LIM KIT SIANG SEMAKIN RESAH, RAFIZI RAMLI, TONY PUA DAN TONG KOII ONG BAKAL DIPENJARA 20 TAHUN!!!



Perkembangan terbaru menunjukkan Lim Kit Siang adalah orang yang paling sibuk mempersoalkan undang-undang negara. Ini adalah kerana Tony Pua, Rafizi Ramli dan pemilik The Edge Media Group Tong Koii Ong bakal dikenakan tuduhan di bawah akta jenayah yang akan menyebabkan mereka dipenjarkaan selama 20 tahun sekiranya didapati bersalah.

Lim Kit Siang yang merupakan Ahli Parlimen Gelang Patah dan merupakan Ahli Parlimen paling Jurrasic dalam sejarah parlimen Malaysia mengesahkan ketiga-tiga mereka sedang disiasat di bawah Seksyen 124 Kanun Keseksaan.

Menyifatkan situasi tersebut sebagai 'GILA', Lim Kit Siang menyatakan tindakan pihak berkuasa merupakan satu pencabulan sistem demokrasi berparlimen. Kerajaan menurutnya sedang dilanda kegilaan yang teramat sangat.

Ketika Lim Kit Siang mahu dan mendesak agar Perdana Menteri dan kerajaan dikenakan tindakan ekoran penggunaan data-data curi yang telah dipinda, sebarang tindakan ke atas Ahli-Ahli Parlimen DAP dan PKR yang terlibat dalam kes tersebut pula dianggap sebagai gila.

DAP hanya mahu tindakan ke atas Kerajaan dan Najib Abdul Razak tetapi menganggap konco-konconya sebagai 'above the law' DAN BEBAS BERBUAT APA-APA SAHAJA.

Paling menarik ialah apabila Lim Kit Siang melabelkan orang seperti Tony Pua dan Rafizi Ramli sebagai 'PATRIOT'. (BACA DI SINI)

"Mengapa anda mahu menjadikan seorang patriot kepada penjenayah?"

Kesalahan yang dilakukan diklasifisikasikan sebagai 'aktiviti-aktiviti yang menjejaskan demokrasi berparlimen' yang baru diperkenalkan dalam Seksyen 124B sehingga 124N Akta 2012 Kanun Keseksaan (pindaan) yang diluluskan oleh Parlimen pada tahun 2012, dipersembahkan kepada DYMM Yang Di-Pertuan Agong pada 18 Jun 2012 dan telah diwartakan pada 22 Jun 2012.

The main provisions are:

Section 124B: “Whoever, by any means, directly or indirectly, commits an activity detrimental to parliamentary democracy shall be punished with imprisonment for a term which may extend to twenty years.”

Section 124C: “Whoever attempts to commit an activity detrimental to parliamentary democracy or does any act preparatory thereto shall be punished with imprisonment for a term which may extend to fifteen years.”

Section 124D (1): “Whoever, by any means, directly or indirectly, prints, publicises, sells, issues, circulates or reproduces any document or publication detrimental to parliamentary democracy shall be punished with imprisonment for a term which may extend to fifteen years.”

Section 124E (1): “Any person who, without lawful excuse, has in his possession any document or publication detrimental to parliamentary democracy or any extract therefrom, shall be punished with imprisonment for a term which may extend to ten years.”
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-7-2015 01:07 AM | Show all posts
Wednesday, July 22, 2015
RAFIZI RAMLI PULA KETAKUTAN DAN SAHKAN, DIA JUGA DIHALANG DARIPADA LARI MENINGGALKAN MALAYSIA!!!



Rafizi 'Sotong' Ramli mengesahkan yang dia juga telah dikenakan tahanan daripada keluar negara.

Menurut Rafizi, dia telah diberitahu yang Tony Pua telah dikenakan larangan daripada meninggalkan negara ini ekoran pembabitannya dalam provokasi 1MDB. Justeru dia telah membuat pemeriksaan sendiri menerusi laman sesawang Jabatan Imigresen dan mendapati dia juga berstatus sama seperti Tony Pua.

"Oleh kerana itu, saya syak, saya juga telah disenaraihitamkan dan tidak dibenarkan meninggalkan Malaysia," katanya dalam satu kenyataan.

Tony Pua, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, telah ditahan oleh pegawai-pegawai Imigresen di KLIA2 ketika dia mahu menaiki penerbangan ke Indonesia.

Tony Pua menyatakan pegawai-pegawai imigresen yang menahannya mendapat 'arahan dari atasan'. Manakala Ketua Polis Negara pula menyatakan, halangan Tony Pua untuk meninggalkan negara ini bukan di bawah bidang kuasa PDRM, sebaliknya Jabatan Imigresen.

Tony Pua dan Rafizi Ramli disabitkan oleh Lester Melanyi, bekas wartawan Sarawak Tribune dengan tuduhan memalsukan dokumen membabitkan 1MDB dalam usaha pembangkang menjatuhkan Najib Abdul Razak dengan tuduhan rasuah dan penyelewengan berbilion-bilion ringgit.

Lester membuat pendedahan itu menerusi pengakuan bervideo.

Tony Pua menafikan sebarang salah lakunya.

Rafizi Ramli pula seperti biasa, menyalahkan pihak lain terutama sekali UMNO dan Barisan Nasional dengan pengakuan Lester Melanyi itu. Menurutnya, pengakuan tersebut adalah konspirasi jahat untuk menutup mulutnya dan Tony Pua selain laman sesawang Sarawak Report dan akhbar The Edge daripada terus memainkan isu 1MDB.

Rafizi Ramli juga menjangkakan dia dan Tony Pua akan diberkas serta ditahan polis kerana disyaki memalsukan dan menggunakan dokumen yang telah dipinda untuk menfitnah dalam tempoh yang terdekat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-7-2015 01:08 AM | Show all posts
Wednesday, July 22, 2015
TONG KOOI ONG DAN HO KAY TAT YANG MERUPAKAN PEMILIK DAN PENERBIT THE EDGE PULA KENA SEKATAN DAN SIASATAN DI BAWAH SEKSYEN 124 KANUN KESEKSAAN!!!



Selain Rafizi dan Tony Pua, Tong Kooi Ong (disahkan) dan penerbit The Edge, Ho Kay Tat (belum disahkan lagi tetapi besar kemungkinan) telah dikenakan sekatan dan tidak dibenarkan meninggalkan Malaysia.

Selain Rafizi Ramli dan Tony Pua, Tong Kooi Ong dan Ho Kay Tat menjadikan empat daripada 10 orang yang disebut oleh Polis Thailand telah dikenalpasti.

Polis akan menyiasat mereka di bawah Seksyen 124 Kanun Keseksaan kerana cuba menggulingkan kerajaan sedia ada dan merampas kuasa dengan cara tidak sah.

Kesemua mereka ini telah dinamakan oleh Lester Melyani selain Polis Thailand selepas Xavier Justo ditangkap. Justo ditangkap oleh Polis Thailand pada 22 Jun.

Polis Thailand juga turut mendedahkan Justo menafikan sebarang pindaan pada dokumen-dokumen yang telah dijual kepada pihak tertentu di Eropah.

"Dia tidak membuat sebarang pindaan pada dokumen-dokumen tersebut dan telah menghantar dokumen-dokumen asal (kepada pembeli) termasuklah salinan digital," kata jurucakap Polis Thailand, Jeneral Prawut Thavornsiri.

Polis Thailand percaya, berdasarkan maklumat yang diberikan oleh Justo, kesemua e-mel tersebut telah dipinda sebelum ianya diterbitkan dan disiarkan.

Rafizi Ramli dan Tony Pua telah menafikan tuduhan-tuduhan tersebut, manakala The Edge turut mendakwa mereka tidak didorong oleh agenda politik tetapi sekadar mahu mencari kebenaran.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-7-2015 01:15 AM | Show all posts
THAT STILL DOES NOT PUT THE EDGE IN THE CLEAR
July 22, 2015



Are we really trying to seek the truth or are we trying to delay getting to the truth? While The Edge attempts to present itself as doing things in good faith, this action demonstrates mala fide rather than bona fide. And why is The Edge suddenly trying to play ‘good citizen’ when it has thus far been motivated by sheer politics and nothing but politics?

NO HOLDS BARRED

Raja Petra Kamarudin

In explaining its actions, The Edge said, “We could do one of two things. Drop the matter like a hot potato and walk away, or get hold of everything so that the truth can be uncovered. We decided we had to pursue the truth.”

The Sabah State Assembly Speaker, Salleh Said Keruak, responded to that by saying, “There is actually a third alternative. And that is to report the matter to the authorities and hand over the evidence. That, The Edge did not do. And by not reporting what they viewed as a crime means The Edge itself had committed a crime. So under these circumstances you cannot claim to be a whistleblower and demand protection that a whistleblower would get.”

Why did The Edge not report this matter and hand over the evidence to PDRM or MACC? Why go public with it without doing the legal thing, which is to report a crime, as the law requires? Now it appears like The Edge is merely embarking on damage control by trying to justify its actions and by giving excuses for its mistake. This is locking the barn door after the horse has bolted.

Ho Kay Tat has not explained an even more crucial thing. And this is who ordered him to hand the evidence to the Special Task Force? And why only on the second day did he hand a set to the police? Are the two sets identical or duplicates or are they different? Who then is going to conduct the forensic test to determine the authenticity of the evidence?

Instead of clearing up the confusion, even more confusion is being created. And this does not serve, as The Edge explained it, the pursuit of the truth. Too much time is being wasted on this matter, and which is taking the country nowhere, whereas there are even more pressing issues that need the government’s attention.

Are we really trying to seek the truth or are we trying to delay getting to the truth? While The Edge attempts to present itself as doing things in good faith, this action demonstrates mala fide rather than bona fide. And why is The Edge suddenly trying to play ‘good citizen’ when it has thus far been motivated by sheer politics and nothing but politics?

******************************************

The Edge had reported extensively on 1Malaysia Development Berhad (1MDB) in 2013 and 2014 as it emerged that the government-owned entity had run into financial difficulties.

Information was, however, scarce and limited because its annual audited financial reports were consistently late.

Our journalists have met various contacts and pored through whatever available information they could get hold of in search of the truth.

Early this year, we were told someone was willing to share information that will shed light on 1MDB’s joint venture with PetroSaudi International. We were not told who he was before we met him.

This person, whom we shall not name, showed us thousands and thousands of emails and document attachments.

We read scores of them and were convinced of their authenticity because of the sheer volume and the email trails.

We subsequently had an IT forensic expert confirm that there was no reason to worry that they were fakes.

What we read shocked us. What was supposed to be a joint venture that will bring economic benefits to the country was nothing more than a scheme to scam billions of ringgit from Malaysia by a small group of Malaysians and their foreign partners.

At that point, we could do one of two things:

1) Drop the matter like a hot potato and walk away, or

2) Get hold of everything so that the truth can be uncovered.

We decided we had to pursue the truth.

As Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Musa Hitam and Tengku Razaleigh Hamzah said recently, those who have information that can lead to the truth must speak out and not look the other way. Not reporting a wrong doing is a crime.

Even Prime Minister Datuk Seri Najib Razak and Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin have said they want to get to the truth.

As a media group, we believe we have a public duty to do, no matter how difficult and dangerous it may be for us.

Meeting contacts to gather information is what media professionals do all the time in pursuit of a story. There is nothing wrong or sinister.

We were not involved in any theft, we did not pay anyone, and we did not tamper any of the emails and documents we were given.

In fact, we have secured the data so that no one can tamper with them. This can be independently verified by the authorities.

Some of the information have been used in articles we have published in the last few months. Some were just too sensitive to be used. None of the articles have been challenged by anyone named in these stories.

Indeed, we believe our articles have been of help to the various government agencies looking at 1MDB.

There is no political agenda or conspiracy in what we have done. In fact, we have engaged with various politicians and government officials who have sought our help to get a better understanding of what had happened and the situation 1MDB is in today.

The easiest thing we could have done after coming across what we found, was to walk away. Why look for trouble? But we could not do that.

We chose to take the difficult path, one that we knew will be fraught with risks to ourselves personally and to our organisation, which now faces the possibility of action by the Home Ministry.

On Monday, we handed documents, printed emails and a hard disc to Bank Negara. Today, the same set was given to the Commercial Crime Investigation Department (CCID) of the Police. I also gave a statement to CCID.

We are comforted that the various investigators, the Auditor-General, the Public Accounts Committee, Bank Negara, the police, the Malaysian Anti-Corruption Commission and the Attorney-General have given their commitment to uncover the truth without fear or favour.

It is, indeed, their responsibility and their duty to the people of Malaysia to do just that. Just as it was our duty to pursue the story.

Ho Kay Tat

Publisher & Group CEO
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-7-2015 01:30 AM | Show all posts
Thailand akan hanya soal siasat Justo
22 Julai 2015
Share on facebookShare on twitterShare on google_plusone_shareMore Sharing Services
0

Isu 1MDB: Bekas pekerja PetroSaudi ditahan polis
Justo ditahan polis Thailand.
BANGKOK - THAILAND. Polis Thai tidak akan memanggil mana-mana orang lain berhubung kes warga Swiss Xavier Andre Justo yang dituduh mengugut bekas majikannya PetroSaudi International.

"Aktiviti itu tidak berlaku di Thailand. Ia mengenai penjelasan berhubung kaitan kes ini tetapi kesalahan itu tidak langsung berlaku di Thailand," jurucakap polis Thai Lt-Jen Polis Prawuth Thavornsiri memberitahu pemberita di sini hari ini.  

Beliau ditanya mengenai pendedahan minggu lepas bahawa Justo telah menemui sekurang-kurangnya 10 orang di Singapura dan tempat-tempat lain, dan sama ada orang-orang ini akan dipanggil untuk disoal siasat.

Justo dikatakan telah berjumpa mereka membincang dan merundingkan harga untuk menyerahkan salinan-salinan dokumen mengenai urusniaga Petro Saudi International dengan 1Malaysia Development Bhd.

Hanya Justo, yang mengaku telah mengugut PetroSaudi International, telah disoal siasat dalam kes ini.  

Prawuth berkata polis Thai kini di peringkat akhir mengumpul bukti kes tetapi belum ada tarikh ditetapkan untuk mengenakan tuduhan terhadap Justo.  

"Saya kira tidak lebih dari sebulan, tetapi tidak ingin mendesak pegawai-pegawai penyiasat. Jika saya kata dalam tempoh 10 hari, mereka (pegawai penyiasat) mungkin merasa tertekan," katanya.  

Polis Thai masih mempunyai 54 hari untuk mendakwa Justo, yang hingga hari ini sudah 30 hari ditahan polis.   

Prawuth berkata Justo telah memilih sendiri peguamnya tetapi tidak tahu yang mewakilinya (Justo).  

Beliau berkata salinan semua bukti dalam bentuk dokumen termasuk komunikasi e-mel berkaitan kes itu telah dibuat demi "keselamatan Justo".

Ditanya apa beliau maksudkan berkata demikian, Prawuth menjelaskan salinan (bahan bukti) adalah perlu oleh kerana hanya Justo tahu mengenai bukti kes, dan jika sesuatu berlaku pada dirinya, tanpa salinan itu, ini mungkin menguntungkan orang lain.

Beliau berkata Justo berkeadaan baik dan kelihatan tidak tertekan.   

"Saya membuat pemeriksaan dengan pegawai-pegawai penjara kerana kami bimbang tentang kebajikannya dan beliau saksi penting dalam kes ini," kata beliau.

Prawuth berkata polis Thai masih belum menyerahkan sebarang salinan dokumen berkaitan kes itu kepada polis Malaysia, dan beliau tidak tahu bila ini akan dilakukan.

"Ini dalam proses diselaraskan," kata beliau.

Ditanya mengenai permintaan polis Malaysia untuk menyoal siasat Justo, Prawuth berkata mereka telah menghubungi kerajaan Thai menerusi Kementerian Luar tentang perkara ini.  

"Bagaimanapun, Polis Thai belum diberitahu," katanya. - Bernama
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-7-2015 11:34 AM | Show all posts
Ada rancangan burukkan kerajaan, kata Melanyi
22 Julai 2015
Share on facebookShare on twitterShare on google_plusone_shareMore Sharing Services
2
Lester Melanyi
Bekas pengarang Sarawak Tribune Lester Melanyi ketika wawancara eksklusif Bernama sebaik tiba dari Kuching di KLIA2 hari ini. - Foto Bernama
SEPANG - Bekas Pengarang Sarawak Tribune, Lester Melanyi mendakwa pengasas portal berita Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown dan pihak pembangkang merancang untuk memburuk-burukkan kerajaan sejak beberapa tahun dahulu.
   
Beliau juga berkata akan mendedahkan lagi nama ahli politik pembangkang yang terlibat dalam video yang akan dikeluarkan tidak lama lagi.
   
Dalam satu temu bual dengan Bernama di sini, Melanyi mendakwa Rewcastle-Brown memberitahunya rancangan berkenaan selepas pertemuan wanita itu dengan beberapa ahli politik pembangkang di Singapura pada 2012.
   
"Saya selalu diberitahu Claire (mengenai perkara yang dibincangkan).  Secara  umumnya mereka berbincang cara bagaimana untuk memburukkan kerajaan dan mengubah suai dokumen.
   
Rancangan ini tidak dibuat semalam.  Ia telah dirancang dengan baik sejak beberapa tahun.  Sejak awal 2012, atau lebih awal," katanya sambil menambah isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB) adalah salah satu isu yang menjadi sasaran mereka.
   
Melanyi muncul di dalam video klip di laman YouTube yang mendakwa Rewcastle-Brown dan beberapa ahli politik pembangkang memalsukan dokumen berkaitan 1MDB.
   
Beliau berkata video yang akan muncul adalah lebih menggemparkan dan lebih ramai personaliti yang terlibat akan dinamakan.
   
"Ia akan lebih menggemparkan.  Keraguan akan dilenyapkan," katanya.     

Klip video itu sebenarnya adalah daripada satu video asal yang diasingkan kepada beberapa bahagian.            
   
Bahagian pertama telah dikeluarkan pada 15 Julai, dan yang kedua Isnin lepas.
   
Bahagian ketiga dijangka dikeluarkan hujung minggu ini, kata Melanyi.
   
Ditanya mengapa baharu sekarang beliau mendedahkan plot itu, Melanyi berkata  beliau tidak mempunyai cukup maklumat pada 2012.
   
Semalam Bernama melaporkan pegawai polis dari Bukit Aman telah merakamkan percakapan Melanyi mengenai kandungan video itu pada 17 dan 18 Julai lepas di Kuching.
   
Melanyi berkata beliau memberitahu polis perkara sama seperti yang beliau katakan di dalam video itu. - Bernama
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2015 11:37 AM | Show all posts
Anak_Nogori replied at 23-7-2015 11:34 AM
Ada rancangan burukkan kerajaan, kata Melanyi
22 Julai 2015
Share on facebookShare on twitterShare ...

Berapa rega confession Melanyi ni agaknya, RM20K sehari...????
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2015 11:38 AM | Show all posts
Najib.... duit RM26 ribu billion tu masuk ker tak dalam akaun kamu.... tu jer saya nak tau
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2015 11:43 AM | Show all posts
scorpionkiki replied at 23-7-2015 11:38 AM
Najib.... duit RM26 ribu billion tu masuk ker tak dalam akaun kamu.... tu jer saya nak tau

dah jd 26 ribu bilion eh, hutang 1mdb pun x sampai 50 bilion,



Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2015 11:45 AM | Show all posts
nak konspirasi sgt kan, ambik la konspirasi ni,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-7-2015 11:47 AM | Show all posts
badaksumbu replied at 23-7-2015 11:43 AM
dah jd 26 ribu bilion eh, hutang 1mdb pun x sampai 50 bilion,

Kannnnn...tu yg buat saya gelak depan komputer ni...mengelupor tak tentu arah plak saya tengok depa..
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2015 11:53 AM | Show all posts
badaksumbu replied at 23-7-2015 11:43 AM
dah jd 26 ribu bilion eh, hutang 1mdb pun x sampai 50 bilion,

Kira  cash dan unitlah yer.... tp i tak sebut dlm parlimen mcm najib
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2015 11:54 AM | Show all posts
Anak_Nogori replied at 23-7-2015 11:47 AM
Kannnnn...tu yg buat saya gelak depan komputer ni...mengelupor tak tentu arah plak saya tengok dep ...

Yg nampak AN yg menggelupor.... tak caya tanya SR kat sini
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2015 11:58 AM | Show all posts
NAT_11 replied at 21-7-2015 09:43 AM
Lester Melanyi ni, kaki putar alam.
Dia dah putar alam kat Sarawak Report, Free Saraw ...

Janji ayat menyokong....di alu alukan ni bukan fitnah katanyer  lol.......... yang tak sokong semua fitnah katanyer...... standard ler tu.

Sardin jer gomen sekarang buat statement semua orang fitnah...satu dunia baca pun tak rasa apa apa..lol... kalau gi melancung nak ngaku orang malaysia pun cam segan gek dgn pemimpin yg ada skrg hehehe........... masa Pak lah masih nak ngaku gak lah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54264 Replies : 2
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 54157 Replies : 11
Nek Ta tak bayar hutang MARA hampir RM1 juta!
PrickfordNek Ta tak bayar hutang MARA hampir RM1
Views : 27063 Replies : 495
Notis bankrap ke atas Kiah Pekasam, anak oleh MARA {EDISI DUNIA TIPU-TIPU}
maklukpenggodaNotis bankrap ke atas Kiah Pekasam, anak
Views : 6692 Replies : 14
Jenazah bayi didakwa ditahan selama dua minggu dan diletakkan dalam peti sejuk kerana bapa tidak mampu membayar bil hospital swasta rm3600.Ibunya tak boleh discaj selagi bil tak dijelaskan
YgBenarJenazah bayi didakwa ditahan selama dua
Views : 45778 Replies : 589
Air Selangor tambah baik aplikasi, laman web jadi lebih mesra pengguna
ultra78Air Selangor tambah baik aplikasi, laman
Views : 48066 Replies : 2
Kes Batu Puteh: Wan Azizah, Mat Sabu dan Anthony Loke sangkal tuduhan Tun M
AbahmungKes Batu Puteh: Wan Azizah, Mat Sabu dan
Views : 20057 Replies : 12
Cikgu Azmi kata 70,000 kanak-kanak Rohingya tidak sekolah akan bawa “social backlash" yang membebankan negara
YgBenarCikgu Azmi kata 70,000 kanak-kanak Rohin
Views : 36716 Replies : 36
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 277470 Replies : 8102
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 97214 Replies : 996

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 01:42 AM GMT+8 , Processed in 0.210564 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list