|
[Dunia]
Tragedi di Mina: Selepas stampede kini khemah jemaah pula yg terbakar #404
[Copy link]
|
|
Mesti yg nie tak ada debit or credit card kan?
|
|
|
|
|
|
|
|
Apabila kita berada dlm lautan manusia yg berbagai bangsa dan melihat mereka berperangai bermacam cara, kita akan belajar dan mengerti bahawa begitulah Allah menjadikan manusia, sama tapi tak serupa. Dgn berbagai tingkah mereka yg kita tak suka, sebenarnya mengajak diri supaya jangan cara mereka kita contohi.
Himpunan di Padang Arafah ialah bayangan di Padang Mahsyar. Di Mina, terlihat betapa ramainya manusia berebut2 untuk mencapai matlamatnya yg satu shnga terjadi tragedi. Untungnya di dunia, kesusahan dan kecelakaan manusia masih lagi tertolong tetapi tidak di Padang Mahsyar nanti. Di sana manusia tak lagi mampu berfikir nak menolong sesama mereka, sifat napsu-napsi menguasai bukan kerana selfish atau pentingkan diri tetapi masing2 pun takut kepada pembalasan yg akan diadili. Adakah ke syurga atau ke neraka, hak Allah jua menentukannya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Apabila kita berada dlm lautan manusia yg berbagai bangsa dan melihat mereka berperangai bermacam cara, kita akan belajar dan mengerti bahawa begitulah Allah menjadikan manusia, sama tapi tak serupa. Dgn berbagai tingkah mereka yg kita tak suka, sebenarnya mengajak diri supaya jangan cara mereka kita contohi.
Himpunan di Padang Arafah ialah bayangan di Padang Mahsyar. Di Mina, terlihat betapa ramainya manusia berebut2 untuk mencapai matlamatnya yg satu shnga terjadi tragedi. Untungnya di dunia, kesusahan dan kecelakaan manusia masih lagi tertolong tetapi tidak di Padang Mahsyar nanti. Di sana manusia tak lagi mampu berfikir nak menolong sesama mereka, sifat napsu-napsi menguasai bukan kerana selfish atau pentingkan diri tetapi masing2 pun takut kepada pembalasan yg akan diadili. Adakah ke syurga atau ke neraka, hak Allah jua menentukannya.
|
|
|
|
|
|
|
|
limesherbet replied at 25-9-2015 01:58 AM
ustaz2 kata ada stengah umat yang memang permanently tuhan tarik hidayah dari dia dan laknat sampa ...
Macamacam ustaz kamu kata namun kata kata dari elohim kamu tak pernah dengar dan peduli pula iya?
So sebenarnya kamu sembah ustaz atau elohim azzawahalla? |
|
|
|
|
|
|
|
Kita tanya kepada Tabung Haji. Benar, dlm satu interview mll rancangan Salam Baitullah, ada seorang makcik tu menzahirkan rasa syukur dpt berhaji kali kedua setelah haji pertama 2 tahun (?) dahulu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Jgnlah kekawan terlalu taksub dgn istilah 'Allah membayar cash'. Di dunia Allah memberi peringatan kepada si pelaku dosa serta perlu diambil iktibar kepada manusia di sekelilingnya. Cashnya akan Allah beri di akhirat nanti.
|
|
|
|
|
|
|
|
Sebenarnya knp berebut?? Sbb masing2 nak capai waktu afdhal.ipar aku ckp kalau mcm malaysia ikut kumpulan,dia org g melontar tu xbhimpit sgt..ada jadual.
Tp ramai juga yg masa pg nak capai waktu afdhal xikut jadual dr tabung haji..antaranya dia lah..dia awal xikut kumpulan.jd apa2 jd tanggung sdiri lah. |
|
|
|
|
|
|
|
Kemalangan yg tak dirancang nak disamakan dgn kes pembunuhan. Itu nampak jelas terlebeh hauk dr segala hauk. Guna akal kat kepala lutut |
|
|
|
|
|
|
|
Debit atau kredit ibadah serta amalan manusia tercatit di dalam buku akaun dan tersimpan dlm arkib Allah swt. Buku ini kelak akan dikembalikan kepada manusia di hari pembalasan bilamana dosa-pahala akan diadili. Wallahu wa'lam.
|
|
|
|
|
|
|
|
Mungkin jika ianya dirancang lebih awal, di ajar cara peraturan dengan betul dan hormat orang sekeliling mungkin kejadian tidak akan berlaku. Dan juga setiap pembunuhan tidak semistinya dirancang.
|
|
|
|
|
|
|
|
xde stempede n mati kat pdg mahsyar la...sbb kita dah dbangkitkan...pk halsendiri utk dihisab...takde nak pk2 psl suami,isteri atau anak2 ke...semua sibuk hitung amal masing2
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mommymonster82 at 25-9-2015 10:05 AM
limesherbet replied at 25-9-2015 01:34 AM
sebab tu la nb muhammad dihantar ke arabian peninsula, sebab org arab prangai teruk
org saudi ...
Mana u tahu asbab tu? Cuba kalu ada nabi diturunkn dari org melayu..mesti bunyi ckp u berbeza pulak kan?
Terimalah hakikat..ada keistimewaan tertentu nabi byk diturunkn dri bangsa bani israel dan Rasulullah saw sbg Rasul yg terakhir Allah pilih arab ..sbbnya yang Allah jer tahu... bukn kerja kita nk cakap tu..tu rahsia Allah...
Boleh jugak kata kn yang melayu ni xdelah hebat mn tak boleh pon nk jd pemimpin dunia? Kan? |
|
|
|
|
|
|
|
Kem Jemaah malaysia terletak di Muassim -Mina . Kem Malaysia di urus dibawah Muasasaah Asia Tenggara. Umumnya disini boleh di lihat Jemaah drp Malaysia , Singapura , indonesia , Thailand , Brunei , Indochina.
Dari kem Jemaah Malaysia Maktab 89,90 dsbnya ... Jemaah boleh menyusur terus ke Terowong sejauh 3 KM sehingga bertemu dengan Jamrah untuk Melontar .
Pada hari pertama di Mina 9 Zulhijjah Jemaah akan hanya melontar Jamrah Kubra sebelum bertahalul dengan bercukur dan melepaskan larangan Ihram kecuali 3 perkara terakhir ( Bab Bab Hubungan Suami Isteri) .
Dari susur keluar Maktab 86/87/90 dsb - Jemaah perlu melalui deretan kedai dan masuk ke laluan utama dalam Arus lautan Manusia ( bayangkan dari susur sebelah kiri -anda tiba tiba masuk ke main Highway). Tidak di ketahui kenapa Arab tidak terfikir untuk memastikan Bottleneck ini tidak sesak dengan Peniaga .
Pada musim Haji Mina di penuhi dengan Jutaan manusia . Selain dari para Jemaah - Pekerja , Pengemis , Peniaga dan Local Arabs juga mengambil kesempatan untuk perform Haji sambil berniaga.
Untuk nota - Kem Jemaah Malaysia juga merupakan jalan untuk menuju ke Muassim -iaitu tempat dimana dilakukan Korban . Korban bagi seluruh Jemaah berpusat di Sini . So you should have some clue now.
Seperti dijelaskan Kem Malaysia terletak di bawah pengurusan Muasassah Asia Tenggara . Maka patutnya orang yang bakal di temui sekitar radius kita dan laluan ke terowong adalah Manusia dari pada rupa bentuk dan paras yg agak agak sama dengan kita.
Disebabkan area kem Malaysia duduknya under Muasassah Asia Tenggara -kita diberi laluan ke jamrah di tingkat 3 dan tidak bercampur dengan Group Africa , Asia Tengah ( India , pakistan , Bangladesh) . Mereka di tingkat dua dan ground floor . Bayangkan kalau kita bercampur mereka.
Namun - disebabkan fofularnya Jenama Asia Tenggara yg dilihat sebagai lemah lembut . Tidak janggal jika kita lihat ada jemaah dari Group Africa dan Asia Tengah ...Naik ke laluan kita untuk memudahkan kerja melontar mereka.
Cuba Imagine dari laluan terbuka dibawah matahari panas 46 darjah Celcius dengan Jutaan manusia anda nak masuk ke dalam Terowong serentak... apa yg berlaku ? ???. Tolak Menolak , gesel mengesel , langkah melangkah ,bahu membahu dsb ...Tolong fahami bukan semua Jemaah Muda Muda Macam Forumer .....
Ada yang berkerusi Roda , Ada yg bertongkat , ada yang berjalan terlalu slow seperti Mak ,Ayah , Atok , Nenek kita yang dah 70 an ....dan sakit lutut
Tak terkecuali yg membawa isteri ..Macam saya ... maka tugas kita ialah untuk melindungi Isteri kita dengan meletakkan mereka di hadapan kita ... sambil nak baca doa , berselawat dan sebagainya...
Melontar itu mudah ...pastikan 7 anak batu masuk ke dalam Jamrah . Tapi perjalanan ke jamrah tidak semudah yg di sangka ...the most challending ialah nak masuk mulut terowong dan bila dah masuk dalam terowong Please keep your momentos....till you reach Jamrah...
Saya tercicir Cermin Mata ...Tak berani nak berhenti ..menunduk dan ambil ...behind kita Jutaan Jemaah sedang mara...Berhenti secara tiba tiba ..apatah menunduk menyebabkan anda bakal dilanggar dari belakang dan mungkin jatuh ..dan terpijak...
Saya kerap melihat jemaah indonesia yg bersepatu tinggi ...tersungkur jatuh dan cepat cepat di selamatkan oleh Kumpulan Jemaah Mereka - untung nya mereka berkumpulan .
Situasi ini typical untuk hari pertama di mina ...dimana para jemaah ...ingin segera melontar ...dan bertahalul supaya boleh segera melepaskan Ihram.
Umumnya Tabung Haji Menasihatkan Jemaah Malaysia Melontar sebelah Malam -iaitu setelah reda dan kebanyakan Jemaah negara lain sudah selesai...
Tapi bukan semua boleh dan nak ikut .... situasinya ..Dari Hotel anda Niat Ihram dan haji - menuju ke arafah - berwukuf di arafah - mabit di Mudzalifah dan Menuju ke Mina ....Ini saja dah dekat 2-3 hari dalam Ihram...ada 13 pantang larang yg WAJIB di patuhi.... hatta ...mengetip kuku atau berwangian mandi dgn sabun...sebab itu mereka ingin cepat cepat "BEBAS" drp larangan ...
Maka itu ramai yg dah ada "IDEA" ketika mereka pernah datang UMRAH & Ziarah memilih untuk pergi Melontar lebih awal dan tidak mengikut nasihat TH .
TH sendiri pun tiada kuasa untuk menghalang kecuali Nasihat . Jemaah seperti ini sangat berisiko untuk terlibat dengan Kejadian tidak diingini.
Izinkan saya menceritakan sedikit mengenai keadaan didalam Terowong Di Mina .
Ada dalam 3 Terowong (kalau x silap )untuk dilalui sebelum sampai ke jamrah . Terowong tersebut adalah sangat luas dan mempunyai Escalator , Blower Fan dan laluan Kecemasan . Namun disebab kan terlalu ramai Jemaah terowong yg besar itu pun menjadi sempit ...
As I say you need to keep the momentos ...sepanjang 3KM ... saya percaya Forumer Boleh ...tapi Mak , Ayah , datuk Nenek yg dah 70's ....selalunya kita kena Potong mereka dan mencilok disana sini...
Untuk yg jenis semput@ asthma ...the moment U masuk terowong dengan jutaan Jemaah ... U will feel something ....rasa macam sesak dada . U need to walk fast until end of terowong pertama ...sebelum rasa terbebas sekejap dan masuk pula ke terowong seterusnya ....
Kawalan Keselamatan daripada Polis Arab ...memang ...macammana nak kata Ya...??? Really Teribble... Imagine dgn Jutaan manusia mereka memantau kita dgn kamera dan kalau ada pun dalam 3-4 orang duduk berkelompok sambil sibuk membelek smart phone mereka ....
The most mereka akan buat ialah berdiri di situ dan gelak ketawa sesama mereka ..( my personel experience)
So ini menjawab kenapa tidak ada kawalan yg berkesan terhadap Flow jemaah yg masuk ke dalam Terowong ...
Di tengah tengah laluan ke terowong anda akan dapati puluhan pengemis africa yg duduk bersama anak anak mereka menadah tangan ...hal ini menambah kesesakan terhadap flow to jamrah...
Kedapatan juga Jemaah drp Negara Asia Tenggara yg suka berjalan secara berkelompok juga menjadi masalah apabila mereka akan melanggar dan merempuh jemaah lain tapi bertimbang rasa...
Tips untuk menangani kumpulan ini ada perlu samada sentiasa berada di depan mereka atau biarkan mereka berlalu dan berada di belakang mereka ...
Kejadian di Mina yg melibatkan kematian > 700 Jemaah pada pendapat saya berasbab dari
1. Tahap Disiplin para Jemaah itu Sendiri
2. Pengurusan Arab Saudi dalam Mengawal Jemaah .
3. Kegagalan untuk patuhi nasihat dan ikut Jadual yg di beri.
Syukur Alhamdulillah Jemaah Malaysia tiada yg terlibat dalam Tragedi Tersebut . Sebab itu penting sangat untuk ikut Nasihat dan panduan TH .
Kita berharap hari hari berikutnya sehingga sempurna 3 hari melontar ketiga tiga Jamrah tiada lagi berita sedih yg kita terima . Aamin ..aamiin..aamiin Ya Robb..
EX Hajj 2014/1435 Maktab 90 KT 56 .
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
alzarafee replied at 25-9-2015 10:07 AM
Kem Jemaah malaysia terletak di Muassim -Mina . Kem Malaysia di urus dibawah Muasasaah Asia Tenggara ...
Tqvm for sharing. |
|
|
|
|
|
|
|
tak perlu jadi setan utk melontar setan kekdahnye
|
|
|
|
|
|
|
|
Thank you for sharing uols
|
|
|
|
|
|
|
|
Umumnya Jemaah malaysia kecil sahaja orang nya .. dan tahap tertib mereka memang dipandang tinggi oleh orang Arab dan jemaah lain.
Jemaah Malaysia kerap berhadapan dengan Masalah ketika Bertawaf , Saie dan Jamrah . Kita selalu menjangkakan jumlah Jemaah terbesar datangnya daripada indonesia . Dan kepercayaan ini tidak semestinya benar .
Jemaah terbesar adalah datangnya daripada 3 Negara utama iaitu India , Pakistan dan bangladesh ....ciri ciri mereka adalah sama dengan bentuk fizikal dan cara berpakaian mereka ...
Dan lebih Typical lagi kebolehan mereka untuk berebut rebut dan menolak orang lain tanpa rasa bersalah ...
mungkin dinegara mereka dah terbiasa dgn jumlah orang yg ramai dan daya survival mereka bergantung kepada bagaimana mereka patut respond kepada situasi.
Malanglah kalau anda ke Mekah dan naik Flight berjenama Pakistan Airlines ..( pengalaman sendiri ) sebab anda akan melalui pemeriksaan Imigresen yg ketat dan kerap dibiarkan menunggu. ( prejudice Imigresen Arab)
Di kaunter Imigresen lagi mereka dah tunjuk sikap tidak sabar . pernah saya terperangkap dalam group ini ( disatu trip yg lain)...sehinggalah allah melorongkan seorang pegawai imigresen arab yg melihat saya yg kelihatan lain dari kumpulan tersebut ...lalu dia hampir kepada saya sambil meminta pasport ... demi mengetahui saya orang malaysia sy di beri laluan kehadapan untuk melepasi imigresen ...tapi itu pun setelah 3.5 jam berdiri ...
satu hari ketika saya sedang melakukan tawaf bersama isteri ...di dataran tawaf dan berkebetulan masuk waktu asar . kami segera mengambil saf untuk tawaf ... guess what happen ... This group of Jemaah drp India ...boleh tolak my wife drp saf dan dia senang senang claim untuk dia ...
their argument ..women solat kat belakang ... Forumers You tel me which belakang ???... is that means keluar drp masjid ... Well ketika U pergi Umrah atau Haji ... berpisah dan terpisah dgn pasangan is not an option.
Ironically .... perempuan mereka iaitu mak , adik dan kakak mereka boleh pulak... di depan Kaabah I ..pegang mamat ni dan bagi tau dia elok elok ...never never try to touch my wife... and I suruh dia pergi belakang ...alhamdulillah ...selesai dgn baik...
sikap tidak berdisiplin dan mementingkan diri inilah sebenarnya penyebab utama ...kepada insiden di mina ... wallah huallam...
|
|
|
|
|
|
|
|
The presence of the convoy of the son of the Saudi King Salman bin Abdulaziz Al Saud in central Mina prompted the stampede that killed hundreds of pilgrims on the outskirts of the holy city of Mecca, a report says.
The Arabic-language daily al-Diyar said in a report on Thursday that the convoy of Prince Mohammad bin Salman Al Saud played a central role in the deadly crush on the third day of the annual Hajj pilgrimage earlier in the day.
The report said that Salman, who had sought to attend the huge gathering of pilgrims in Mina, a large valley about five kilometers (three miles) from Mecca, arrived at the site early on Thursday accompanied by a huge entourage.
The report said 200 army forces and 150 police officers escorted the prince.
The report said the presence of the prince in the middle of the population prompted a change in the direction of the movement of the pilgrims and a stampede.
The Lebanese daily further said that Salman and his entourage swiftly abandoned the scene, adding that the Saudi authorities seek to hush up the entire story and impose a media blackout on Salman’s presence in the area.
However, officials in Saudi Arabia have denied the report, calling it "incorrect." The Saudi health minister has blamed the pilgrims for the tragedy. "If the pilgrims had followed instructions, this type of accident could have been avoided," Khaled al-Falih said.
According to Iran's Hajj and Pilgrimage Organization more than 1,300 people, including 125 Iranians, were killed in the crush. This as Saudi officials put the death toll at 717 and the number of injured at 863.
Saudi emergency personnel stand near bodies of Hajj pilgrims at the site where hundreds were killed and hundreds more were wounded in a stampede in Mina, near the holy city of Mecca on September 24, 2015. (AFP photo)
Leader of the Islamic Revolution Ayatollah Seyyed Ali Khamenei has declared three days of national mourning following the incident while urging the Saudi government to “shoulder its heavy responsibility” in the stampede and “meet its obligations in compliance with the rule of righteousness and fairness.”
Iran's Deputy Foreign Minister for Arab and African Affairs Hossein Amir-Abdollahian said on Thursday that Saudi Arabia should be held accountable over the death of the pilgrims. He said that the fatal crush started after Saudi security forces blocked two streets while the pilgrims were walking towards the final ritual of the Hajj.
"We can by no means remain indifferent towards Saudi Arabia's irresponsible behavior," said Amir-Abdollahian, adding, “The tactlessness on the part of relevant Saudi authorities to provide security for the pilgrims cannot be overlooked.” |
|
|
|
|
|
|
|
"The report said 200 army forces and 150 police officers escorted the prince."...“
The tactlessness on the part of relevant Saudi authorities to provide security for the pilgrims cannot be overlooked.”
Lebih ramai pengiring Putera daripada Personnel yg menjaga kelancaran perjalanan jemaah ke jamrah ...
|
|
|
|
|
|
|
|
KES KORBAN MINA, SALAH ARAB SAUDI?
.
.
Ada beberapa ulasan yang menyalahkan kerajaan Arab Saudi.
Maaf saya ingin berbeza pendirian.
Saya fikir, berdasarkan pengalaman melakukan ibadah haji 2 kali sebelum ini, kerajaan Arab Saudi telah melakukan yang terbaik. Cuma kita perlu faham kesukaran & cabaran mereka :
1. Jemaah terlalu ramai. Ini bukan kes menjaga 30 ribu orang dalam satu stadium, ini perihal jaga hampir 3 juta orang dalam 1 kawasan sesak! Orang terlalu ramai. Siapa yg pernah buat haji tahu apa yg saya maksudkan.
Kita yang jaga anak 5 orang pun pening, pelajar 400 orang pun dah berasap kepala, apatah lagi jemaah 3 juta. Amat sukar untuk mendisiplinkan orang seramai itu KECUALI mereka yg disiplinkan diri sendiri.
2. Its all about tidak ikut peraturan. Bayangkan kita selalu pengawas di sekolah. Kita & cikgu lakukan terbaik utk kawal pelajar asrama agar jangan 'fly', tapi ada yg degil. Fly juga. Akhirnya kemalangan berlaku. Adakah cikgu yg disalahkan dulu atau pelajar yang degil tak mahu ikut peraturan?
Letaklah apa jua sistem & peraturan, letaklah berapa ramai pun pengawal, ia takkan berjalan jika self-disiplin tiada pada jemaah.
Itulah senario yg berlaku di sana. Kerajaan Arab saudi try the best utk arrange 4 juta pergerakan jemaah, tapi ada segelintir yang tak mahu ikut peraturan.
Apa yg ditulis ini bukan agak-agak tapi berdasarkan pengalaman saya sendiri ketika menjadi mutawwif haji utk pekerja Pos Malaysia tahun 2006.
Ketika itu ada beberapa pekerja pos yg berkeras melontar pada waktu afdhal. Saya selaku ketua mutawif melarang sebab tahu keadaannya amat kritikal.
Tapi ada juga yg berkeras dengan hujah dalil hadith bagai dll. Akhirnya saya bawa mereka pada waktu afdhal. Cuma saya pesan, 'Bang, sebelum pi melontar, jom kita tengok 'madness' manusia dulu...nanti abang decidelah nak melontar ke tidak...'
Bila dia tengok manusia menggila menyerbu melontar macam orang main ragbi & then, beberapa ratus manusia meninggal depan mata, dia terus terdiam insaf.
Bila dia tengok ada orang yang badan besar macam 'Arnold susahnakeja' pun longlai teruk kena pijak, jemaah yg kepalanya berdarah kena batu dilontar bukan batu kecil tapi batu-bata yg melayang, jemaah yg masuk berbaju ihram tapi keluar tanpa seurat benang (ihram hilang entah kemana), dia terus setuju ikut kata saya utk melontar waktu lain.
Pengajarannya, its all about disiplin. Ibadah mengajar kita ikut peraturan. Esensi ibadah selain ta'abbudiyah, ia sebenarnya membentuk akhlak. Solat contohnya, kita perlu ikut kata ketua. Tak boleh dahului gerakannya walaunpun sedikit. Kalau tak solat batal.
Juga ketika solat, kita akhiri dgn salam, kita janjikan keselamatan jemaah sebelah. Ritual ini bukan sekadar toleh kiri & kanan. Ia mengajar kita perasaan peduli & prihatin org lain.
Ibadah korban, Nabi Ibrahim ajar kita utk sentiasa fikirkan hak Tuhan & hak orang lain sebelum hak diri sendiri.
Problem 'batal' atau masalah berlaku bila ada jemaah yg tak ikut peraturan. Tak ikut kata ketua & tidak peduli hak org lain.
Mari kita mengambil iktibar dari peristiwa ini. Setiap yg Tuhan datangkan samada nikmat atau malapetaka pasti ada hikmah utk direnungi bagi kita yg masih hidup.
KIta berdoa yg terbaik utk mereka yg telah pergi. Kita juga berdoa agar Tuhan limpahkan hidayah bantu kita menjadi manusia lebih berakhlak & berfikiran positif dari setiap ibadah yg dilakukan.
.
.
Us Mohammad Asraff Ayob |
|
|
|
|
|
|
| |
|