|
Author |
Post time 10-12-2019 09:36 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Elanarose replied at 10-12-2019 09:28 AM
itu pun betul jgk hehe. Dia sedap2 buat dosa tiba time insofff dpt pulak nikmat ...
kesimpulannya, istidraj bukanlah sesuatu yang teruk pun sebenarnya. dosa memaki tuhan sebab hidup susah lagi besar daripada dosa bersikap riak dan takbur |
|
|
|
|
|
|
|
RED 666 replied at 10-12-2019 09:36 AM
kesimpulannya, istidraj bukanlah sesuatu yang teruk pun sebenarnya. dosa memaki tuhan sebab hidup ...
Assalammu'alaikum n selamat sejahtera.
Kalau dah kena istidraj tu tandanya gone case la, dik red. Allah has forsaken org tu, hati mereka Allah pateri rapi dari kebenaran. Allah akan biarkan mereka melupakanNya dan terus tenggelam dlm kemewahan. Nak ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
Red, kau jagalah hubungan kau dgn Dia yg menciptakan kau. Kau dok diam2 dan fikirlah. Allah bg kau sepsg mata boleh melihat, sepsg telinga boleh mendgr, cukup sifat semua.
Makanan yg nk masuk dlm perut kau tu... kau ada gigi boleh kunyah. Tekak kau boleh lagi rasa nikmat sedapnya air walaupun cuma air kosong, sedapnya nasi panas dgn lauk asam pedas. Kaki kau boleh berjln masuk ke toilet. Ingat semua org kat luar tu sihat mcm kau boleh kentut, boleh kencing berak?
Kau fikirlah udara yg kau sedut tiap hari... dtgnya oksigen dari pokok, pokok buat makanan dgn bantuan air dan matahari. Kau buka paip air kt rumah, kau tgk betul2 air tu. Fikirkan kalau tkde air seminggu, sebulan, setahun. Siapa bg kau semua tu?
Fikirlah red. Siapa bg semua nikmat tu? Byk dah Dia bg. Kau masih kata Dia tk adil? Come on la.
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 10-12-2019 11:14 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by RED 666 at 10-12-2019 11:17 AM
Genkidesuka replied at 10-12-2019 10:16 AM
Assalammu'alaikum n selamat sejahtera.
Kalau dah kena istidraj tu tandanya gone case la, dik re ...
byk je org2 istidraj yg bila umo semakin meningkat timbul keinsafan dalam diri dan mula tumpu hal agama dan buat amal jariah. masa muda2 mereka joli, buat maksiat, menghina memandang rendah sesuka hati mereka begitu saja sepuas hati mereka |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 10-12-2019 11:15 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Genkidesuka replied at 10-12-2019 10:37 AM
Red, kau jagalah hubungan kau dgn Dia yg menciptakan kau. Kau dok diam2 dan fikirlah. Allah bg kau ...
benda2 tu semua keperluan asas yg semua org merasainya dan wajib ada untuk kelangsungan hidup seharian |
|
|
|
|
|
|
|
Kau tak suka ke kalau org mcm tu dah insaf? Dia dah kenal Allah. Dia dah sedar bahawa dia tu seorg hamba. Dia sedar kesenangan tu Allah bg pinjam kat dia je dan kini hartanya digunakan utk kebaikan, tidak mcm dulu. Kan bagus mcm tu.
Kita ni bila nak sedar yg kita ni dahla hamba, pastu byk songel pulak nak mcm2? Tk dpt, tak puas hati. Dpt, lupa diri. Dah bg mcm2 pun byk komplen. Tak reti nak bersyukur, tak pernah rasa cukup. Walhal Allah dah bg formulanya... bersyukur dan rasalah cukup kerana itulah kunci bahagia. Ni tak, hati kita tak boleh tgk org senang. Tak fhm2 rezeki tu Allah bagi pd sesiapa yg Dia nak. Allah pulak dikatakan tak adil. Siapa kita nak persoal Allah?
Jgnlah kita jadi org yg zalim pd diri sendiri. Dahlah miskin kat dunia, kat akhirat pun miskin jugak. Na'uzhubillah min zhalik.
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 10-12-2019 01:57 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by RED 666 at 10-12-2019 02:00 PM
Genkidesuka replied at 10-12-2019 01:53 PM
Kau tak suka ke kalau org mcm tu dah insaf? Dia dah kenal Allah. Dia dah sedar bahawa dia tu se ...
Kira mcm tak adil sebab mereka seolah2 terlepas dari dosa dan dapat cuci dosa mereka begitu saja.
Lainlah kalau sebelum insaf mereka menerima hukuman mereka terlebih dahulu seperti jatuh miskin, kena penyakit kronik, dipenjara dan lelain lagi supaya mereka rasa apa yg mangsa2 mereka rasa selama ni |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Genkidesuka at 10-12-2019 02:12 PM
Kau ni tak fhm erti taubat.
Don't u know that org yg bersungguh2 bertaubat tu akan rasa berdosa, rasa bersalah dan takut? Mereka yakin dgn sebenar2 yakin bahawa Allah Maha Pengampun, tapi mereka akan hanya tahu taubat mereka tu diterima Allah atau tidak bila di akhirat kelak. Can't u see that rasa insaf itself is a punishment?
Adilnya Allah, kalau kita maafkan dosa org kat kita, kita dpt bergunung2 pahala. Takmo jugak ke? Rugilah kalau takmo.
|
|
|
|
|
|
|
|
RED 666 replied at 10-12-2019 09:36 AM
kesimpulannya, istidraj bukanlah sesuatu yang teruk pun sebenarnya. dosa memaki tuhan sebab hidup ...
Betul tu tt. Tak baik salahkan Tuhan. Tapi bagi saya sendiri istidraj tu bahaya besar. Istidraj Tuhan takkan bagi chance u turn sebab Dia dah benci. Nauzubillah. Orang yg sentiasa dapat nikmat dunia mana nak ingat Tuhan. Sampai mati la dia dlm keasyikan. Kalau dia tgh senang tiba2 dia dapat kecelakaan tu tandanya Tuhan masih sayang. |
|
|
|
|
|
|
|
RED 666 replied at 10-12-2019 01:57 PM
Kira mcm tak adil sebab mereka seolah2 terlepas dari dosa dan dapat cuci dosa mereka begitu saja ...
Tt ni marah dengan org rupanya. Ada la balasannya tu. Tt belum nampak je. Ataupun Tuhan nak angkat darjat tt kat akhirat kot. Bagi peluang kat tt supaya maafkan org tu. Itu hak tt le nak buat mana satu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 10-12-2019 02:38 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Elanarose replied at 10-12-2019 02:34 PM
Tt ni marah dengan org rupanya. Ada la balasannya tu. Tt belum nampak je. Ataupun Tuhan nak angkat ...
setakat ni hidup mereka senang lenang je seolah2 tuhan redha dgn perbuatan jahat mereka |
|
|
|
|
|
|
|
Elanarose replied at 10-12-2019 02:23 PM
Betul tu tt. Tak baik salahkan Tuhan. Tapi bagi saya sendiri istidraj tu bahaya besar. Istidraj Tu ...
Terbaik semua posting2 dari Elanarose....tq info tentang istidraj..... |
|
|
|
|
|
|
|
noor2 replied at 10-12-2019 06:16 PM
Terbaik semua posting2 dari Elanarose....tq info tentang istidraj.....
Sama2 moga bermanfaat |
|
|
|
|
|
|
|
Tepat sekali
Allah bagi ujian sbb Allah sayang lagi tu
"And We will surely test you with something of fear and hunger and a loss of wealth and lives and fruits, but give good tidings to the patient,
Who, when disaster strikes them, say, "Indeed we belong to Allah, and indeed to Him we will return."
Those are the ones upon whom are blessings from their Lord and mercy. And it is those who are the [rightly] guided."[Al-Baqarah 155 - 157]
|
|
|
|
|
|
|
|
RED 666 replied at 10-12-2019 09:36 AM
kesimpulannya, istidraj bukanlah sesuatu yang teruk pun sebenarnya. dosa memaki tuhan sebab hidup ...
Ko ada maki tuhan ka Red. .... |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 11-12-2019 05:33 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
noor2 replied at 11-12-2019 12:14 PM
Ko ada maki tuhan ka Red. ....
takdelah smpai mcm tu, marah2 biasa je. biasa dalam filem2 hindustan ada babak maki tuhan ni jika sesuatu yg malang menimpa mereka |
|
|
|
|
|
|
|
kenapa nak bandingkan hidup sendiri dengan orang lain
ALLAH dah bagi banyak nikmat kat TUAN TANAH ni
bole berforum
makan, minum, tido
adakah TT ni OKU atau miskin asnaf sangat, dok pengemis di jalanan, anak anak merempat ke Tuan, malam tak de tempat tinggal..
maaf jika saya ni agak kasar dalam penulisan ini
tapi saya rasa anda ni tak bersyukur
dengan segala nikmat yang Allah dah bagi
TT rasa orang yang digelar ISTIDRAJ tu melanggar perintah ALLAH dan hidup mereka OK kayaraya
TT tak rasa ker mereka tu sebenarnya KESIAN tidk mengenali atau tidak sempat langsung kenal SAng Pencipta
kesian dan malang sapa ditimpa ISTIDRAJ macam FIRAUN
tak pernah sakit, kaya raya sampai mengaku diri sendiri TUHAN
Iblis pun takut nak ngaku diri TUHAN tapi Manusia ada mengaku diri tu TUHAN
kisah Firaun ketika maut , taubatnya tak diterima kerana sudah terlambat
Ini ker yang Tuan Tanah rasa tak adil pada diri sendiri ?
dugaan dan ujian yang diberi oleh ALLAH menandakan ALLAh rindu kepada Tuan TANAh
ALLAH mahu TT bercerita, mengadu kembali kepada fitrahNYA
mungkin TT dah lama hanyut, ukuran kejayaan adakah berdasarkan material?
Kita ni semua akan kembali kepada PENCIPTA suatu hari tak tahu bila tarikh Kematian tu
di saat itu segala material yang ada dah tak bermakna
Satu ISU yang buang masa adalah MANUSIA tak sudah sudah pertikai kerja Allah , marah pada NYA?
yang menentu rezeki, ajal dan jodoh dengan Izin ALLAH
knapa tak REDHA
REDHA,SABAR, SYUKUR kunci kejayaan dalam diri
merungut rungut sampai meninggal dunia takkan ade hasil
hadapi sahaja la dunia ni
dunia ni memang neraka kepada orang beriman
syurga pada orang orang yang jahil dan tak beriman
jangan risau laa pasal rezeki
ko kena risau IMAN kat dalam diri amalan amalan yang nak ditambah
kita semua dah nak dekat zaman akhir
zaman zaman fitnah, dajjal
ko hanya nampak benda tak pasti (ORANG YANG KO TAK PUAS HATI TU)
tapi ko judge, KO BLAME PENCIPTA ko macam macam
|
|
|
|
|
|
|
|
aiva replied at 12-12-2019 12:27 PM
kenapa nak bandingkan hidup sendiri dengan orang lain
ALLAH dah bagi banyak nikmat kat TUAN TANAH ...
Bagusnya ayat2 cik aiva....terutama bab istidraj dan ayat dunia ni syurga bg orang yang x beriman dan neraka bg yang beriman...
Terbaik....
Kaka nak guna posting2 yang informatif dalam ni untuk digunakan kepada anak2 kaka....
Banyak posting terbaik sebenarnya yang mengandungi mesej yang boleh dijadikan panduan kita. ..
Sekarang ni pun kaka selalu berpesan pada anak2 walau kita jatuh macam mana pun dan x dapat capai apa yg kita hajati. ..jgnlah berburuk sangka dengan Allah. ...terima dengan hati terbuka dan berusaha untuk memperbaiki tanpa ada rasa putus asa. ... |
|
|
|
|
|
|
|
tq noor2
kita sama sama ada anak
sama sama kita jaga/pandu anak anak kita
aiva pun sentiasa lihat diri
ada jer orang yang kaya raya beriman, semua kehendak dengan izin dariNYA
tak layak compare dengan orang, berasa terpilih, orang yang sesat tak sampai mana mana
sapalah kita untuk judge manusia
kita tak tahu penghujung orang orang yang jahil ni berbuat jahat selama lamanya
ntah ntah sewaktu nak meninggal dunia ni orang tersebut dapat hidayah dariNYA
taubat dia diterima mati pun dalam khusunol khotimah Alhamdulillah beruntung
sewaktu muda kaya raya senang hidupnya tapi bila sakit jatuh semua ditarik olehNYa
semuanya ini pinjaman semata
apa nak heran sangat orang tu kaya, buat salah pun lepas jer
kerana itu ada rukun Iman
pegangan akidah kena mantap
jangan risau akhirat ada
kita ikut perintah betul semua apa yang dituntut oleh Ilahi
jauhi segala laranganNya
tak usah gusar dengan perkara lain berserah padaNya
ini jer prinsip yang perlu dipegang
anggap sahaja apa yang kita lihat situasi/keadaan di luar sana sebagai panduan/pengajaran
untuk pedoman diri
semua datang dariNYA dan musibah/ujian juga datang dariNYa
adakalanya doa kita, Allah bagi on the sport
adakalanya Allah nak bagi lebih baik
adakalanya Allah nak bagi nikmat di sana iaitu syurga
kerana itu Allah turunkan Al-Quran dalam tu untuk panduan, untuk rezeki, untuk mengubat, niat la penting
selalu la mengaji dapatkan guru yang bertauliah dalam pengajian
Nabi Adam AS yang kena buang syurga mengatakan bahwa DUNIA ini BERBAU BUSUK
menjunjung doniawi memang letih
tempat kita berjuang bertarung diri
sudah Allah jadikan manusia dan jin diciptakan smata mata untuk menyembah diriNYa
Allah tak suruh pun buat ibadah kerja sampai 24 jam
siang malam bekerja sampai dah tak ada ibadah rohani
sampai hubungan dengan Allah crack
hubungan dengan manusia crack
akhirnya yang dikejar tak dapat (dunia & akhirat)
yang dikendong berciciran (akhirat & dunia)
|
|
|
|
|
|
|
|
aiva replied at 12-12-2019 02:44 PM
tq noor2
kita sama sama ada anak
sama sama kita jaga/pandu anak anak kita
Terbaik penerangan ni....
Tt silap dia ingat orang jahat tu boleh pi mekah kononnya dapat cuci dosa. ....kalau mcm tu mudahlah manusia...buat jahat bila ada duit pi mekah terus kembali suci. ..
Lupa kah Tt bahawa dlm islam setiap perbuatan kita akan tetap diadili walaupun sebesar zarah. .... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Cinta & Perhubungan
|