CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mbhcsf

HANG TUAH (merged:orcish,tyrone,senyum_77,TimahMulia,redsinner,aji & botet)

[Copy link]
Post time 22-5-2010 10:38 PM | Show all posts
kemungkinan Hang tu gelaran yg diberi oleh Sultan seperti Tun dan Datuk. Kemungkinan juga diberi kepada remaja/bebudak yg berjasa pada kerajaan  pada masa tersebut. Contoh lain ialah Hang Nadim seorang kanak - kanak dalam cerita Singapura di langgar todak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-5-2010 10:58 PM | Show all posts
Contoh lain ialah Hang Nadim seorang kanak - kanak dalam cerita Singapura di langgar todak.

ra5101 Post at 22-5-2010 22:38



   
bab dongeng ni toksa cerita la

spesis todak apa yg segarang camtu

nanti buat sejarah kita lagi tak benar
  
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2010 11:43 PM | Show all posts
sesetengah pendapat mengatakan itu bukan todak tp pasukan tentera yg memanah.
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2010 11:55 PM | Show all posts
sesetengah pendapat mengatakan itu bukan todak tp pasukan tentera yg memanah.
ra5101 Post at 22-5-2010 23:43



   
lagi tak tepat klu camtu

sebab manusia kan ada otak

takan pulak guna batang pokok pisang boleh jadi benteng penghalang

tentera apa pulak yg dungu sampai nampak benteng batang pisang kat depan lagi nak lepas anak panah
  
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2010 11:47 PM | Show all posts
golongn muda memang 'terlampau' cerdik hingga segala cerita sejarah dia kata dongeng...sama golongan wahabi segala hadith yg dhoif tu dibuang..tak boleh pakai...bida'ah...bagai...padahal mereka malas berfikir..sejarah melayu itu umpama  percakapan orang2 dahulu...berkias....seperti kejadian tsunami...jika dicerita 100 tahun akan datang...mungkin ada golongan yg menafikan mana mungkin kapal2 besar boleh naik atas rumah!...semua rumah hanyut atau runtuh kecuali satu masjid saja tinggal....   

p/s: manusia kalau guna hukum akal memang tak percaya apa-apa...
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2010 01:46 AM | Show all posts
asal usul diorang dapat hang kat depan masa diorang gi kedah.. diorang first time gi kedah berkenalan la ngan pakcik kat kedai kopi

Pakcik: baru datang sini ke nak? pakcik sini orang panggey pak mail. hang?
tuah: tuah
jebat: jebat
dan rakan2 lain pun perkenalkan diri masing2..  lepas tu diorang pun dapat idea guna nama hang kat depan.

citer ni rekaan semata2.. harap maap... hehehe
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-5-2010 09:50 AM | Show all posts
Reply 287# moskau12

jadi bila jebat & tuah tanya pakcik tu plak...

tuah&jebat: hang nama apa plak??
pakcik: pgl ja aku pakcik
tuah&jebat: owh.. kalo begitu hang pakcik la ni
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2010 02:51 PM | Show all posts
Reply  moskau12

jadi bila jebat & tuah tanya pakcik tu plak...

tuah&jebat: hang nama apa plak ...
kawaq83 Post at 24-5-2010 09:50



    kira ok lagi tu... jgn jadi nama hang nama apa plak pakcik sudahla
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-6-2010 01:25 PM | Show all posts
menyampuk!! ada yg kata Hang Nadim anak TUAH..sejauh maner kebenarannyer..

ader pula yg mention..Nadim anak luar nikah Hnag Jebat..
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2010 04:02 PM | Show all posts
Pernah terbaca satu artikel mengatakan Hang Tuah sememangnya wujud dan ada diperihalkan dalam catatan di arkib Kepulauan Ryukyu, Jepun. Pernah rombongan dagang Jepun yg melalui Selat Melaka memohon bantuan Sultan Melaka melindungi mereka daripada serangan lanun. Sultan menghantar Laksamana Hang Tuah utk membantu. Laksamana Hang Tuah dihadiahkan seekor kuda dan busur / panah.
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2010 02:11 PM | Show all posts
kenapa Hang Tuah sebut 'Tak Melayu Hilang Di Dunia'..mesti ada sebab..
curios..mesti ada sesuatu tentang mim..Melayu
TimahMulia Post at 17-2-2010 13:02


Kalau mengikut ceriteranya, Hang Tuah sebut ungkapan tu sebelum serangan Portugis pada 1511.

Kalau mengikut ceritera lagi, Hang Tuah telah terkena bedilan meriam Portugis dan terpelanting sejauh tujuh hasta tapi tidak atau hanya mengalami sedikit kecederaan. Hang Tuah pada masa tu telah tua.

Anyway, kalau baca Hikayat Hang Tuah memang ada banyak unsur mistik...tapi dah nama pun hikayat kan. Ada diceritakan tentang perjalanan Hang tuah ke Siam, ke China dan kegagalan Hang Tuah dalam misinya berjumpa pemerintahan empayar Turki.
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2010 04:41 PM | Show all posts
hang tuah wujud cuma cerita nya telah di ubah2 begitu juga nama nya.
5 hang ni ada lah cerita rakyat..dorang mungkin inspirasi dri watak sebenar ( yg cerita nya lebih realistik) tp telah di tambah2 utk dongeng rakyat.
begitu juga nama nya telah diubah utk menjadi lebih mesra kepada rakyat.
mcm abdullah ahmad badawi org panggil dia pak lah...klu dlm beratus tahun akan dtg,mngkin org hnya ingt dia sbg pak lah je ( klu semua rekod sejarah sudah hilang) dan watak nya sudah diubah2 ikut zaman.
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2010 04:43 PM | Show all posts
org cina hnya nk merendahkan org melayu jd mereka akan cari mane2 loop hole hahah lawak betul lanun2 cina. bnda kecik pun nk putar2 kan
nama hang tuah pun boleh di cina kan...
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2010 05:18 PM | Show all posts
maharaja pertama china tu Shi Huang Tih tu nama betul dia Sheikh Awang Teh...keturunan arab dr t.melayu....
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2010 12:28 PM | Show all posts
Post Last Edit by sayapghaib at 9-6-2010 12:47
bab dongeng ni toksa cerita la

spesis todak apa yg segarang camtu

nanti buat sejar ...
hima_wari Post at 22-5-2010 22:58



    Tak pernah tengok ikan todak ker.Yang masuk berita dulu kat Kelantan pemancing yg mati kena todak?.Ikan todak ni terdiri dari beberapa spesis.Ikan ni tertarik pada cahaya dan selalu melompat ke arah cahaya lampu bot.Mungkin todak sekarang tak segarang dulu.Lagipun kuasa Tuhan.Kalau dia berkehendak,maka jadilah sesuatu peristiwa itu.Macam kisah nyamuk memerangi Namrud yg zalim dalam kisah Nabi Ibrahim,kalau nak berfikir cara logik,adakah Namrud tak tahu cara nak halau nyamuk tu?.Jangan berfikir semua benda dapat difikir dengan akal logik.Ikan todak melompat ke darat ialah perkara biasa.Kalau terlalu banyak yg melompat ke pantai(mungkin terlau banyak masa tu),pasti akan mendatangkan masalah dan boleh menyebabkan kemalangan terhadap manusia yg menghampiri pantai.
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2010 12:37 PM | Show all posts
menyampuk!! ada yg kata Hang Nadim anak TUAH..sejauh maner kebenarannyer..

ader pula yg mention ...
skymania Post at 3-6-2010 13:25



    Nadim ni Laksamana kepada Sultan Mahmud Marhum Kampar(ex Sultan Melaka).Semasa Portugis menyerang Melaka Nadim ni masih bebudak manakala Nadim dalam filem Singapura di langgar todak pula hanyalah nama yg diberi oleh pengarah filem kepada watak budak cerdik dalam filem tu.Mungkin nama budak tu yg sebenar bukanlah Nadim.Sejarah Laksamana Hang Nadim agak jelas kerana beliaulah yg terlibat mempertahankan Bintan yg menjadi pusat pentadbiran Sultan Mahmud ketika diserang oleh angkatan laut Portugis.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-6-2010 02:28 AM | Show all posts
Tak pernah tengok ikan todak ker.Yang masuk berita dulu kat Kelantan pemancing yg mati ken ...
sayapghaib Post at 9-6-2010 12:28



   

tapi yg hima baca masa kecil tu

cakap todak dlm cite Singapura tu boleh makan manusia

sampai kejar ke pantai menyerang rumah org kampung

bila todak tu lapar jer

terus datang ke pantai 'cari makan'

hima tengok discovery channel

para penyeram ke dlm laut menghampiri todak

todak tu pun tak serang

Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2010 10:05 AM | Show all posts
benda - benda mistik ni memang wujud. Tak mustahil kalau serangan todak terjadi. Ini kerana zaman dulu ilmu-ilmu hitam dan meminta bantuan makhluk halus atau jin adalah perkara biasa. Mungkin ada yang menggunakan ilmu hitam untuk menyuruh todak menyerang. Isk.. teriangat pulak filem Queen Of Langkasuka.
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2010 07:52 PM | Show all posts
salam..
sory mncelah.pnh dlu sye brtnya kt sorg guru psl hang tuah.pas2 guru ni mnyampai smula kt sye pe yg guru die smpaikan kt die sblm ni.sbab guru sye pn pnh tnye kt guru die soaln yg sme...heheheh
.."selagi apa-apa ilmu bela diri yang diakukan sebagai warisan asli dari mereka itu tidak melanggar syariat dan aqidah..pelajarilah akan ia..
..apa pun jenis bela diri luaran..samada dari negara luar atau dalam malaysia pun..asalkan ianya tidak membawa kepada perkara2 khurafat dan menjauhkan diri dari tuhan..tuntutilah..
..dan jangan kerana sikap yang biasa leka dan khusyuk untuk mempelajari sesuatu yang baik..membuat kita alpa pada suruhan tuhan..sehingga solat dan ibadah menjadi tertangguh..maka sikap itu harus diperbaiki dahulu melebihi dari tuntutan mendalami ilmu"..

pas2 guru ni ckp lg.......

.."siapa pun Hang Tuah dan saudara2 mereka..dan apa pun bangsa mereka..atas ilmu dan pengetahuan yang ada..diketahui umum mereka itu beragama Islam..maka doalah kebaikan untuk mereka..kerana mendoakan kebaikan untuk orang yang telah meninggal dunia..lebih2 lagi untuk kedua ibu bapa..sangat2 digalakkan"..
.."dan setelah meninggal dunia kelak..kita tidak akan ditanya siapakah mereka semua ini..hatta siapa pemimpin negara ketika waktu kita menghembuskan nafas juga tidak ditanya..
..hanya akan ditanya tentang amalan kita, ilmu yang kita baktikan, anak didik kita dan perkara atas ketauhidan kita pada Yang Esa"..
.."jadi untuk apa tuan (ditujukan kepada saya dan rakan yang berada dihadapan beliau ketika itu) amat ingin mengetahui siapa Hang Tuah..atas kebaikan apa berkenaan Islam yang tuan2 ketahui ada padanya..amalan zikirnya?..solatnya?..tingkah lakunya?..kitab2 yang pernah dihasilkannya?..cuma apa yang tuan2 ketahui..hanya melalui karangan2 sejarah dan tiada sebarang bukti yang zahir berkenaan baktinya"..
.."berdoalah untuk nya jika betul beliau wujud dan Islam..dan pertanyaan saudara (ditujukan kepada saya pulak tuh!!) dan pertikaian berkenaan bangsa beliau dan siapa dan apa asal usul beliau..tidak membawa sebarang makna atas diri kita pada Allah di hari akhir kita kelak"..

e2 la yg guru sye smpaikn..
wallahualam
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2010 11:58 AM | Show all posts
pada pendapat aku la...(sekadar pendapat jer...), hang2 lima bersaudara ni bkn la nma betul dorang...2 cuma nama timangan jek..mn tau kot2 dorang asal kedah... pas2 sbb dorang asal kedah, penduduk pun gelarkan dorang ni hang..(dongeng dari aku semata2)

1 lg, kalo nk kate hang tuah ni pempuan, mn bleh...kalo die pempuan, xkn dituduh curang dengan gundik sultan lak ...kalo pn ms bendahara nk bunuh die baru sedar die pempuan, xkn la bendahara xgitau sultan, perbetulkan balik ape yg sultan salah phm terhadap hang tuah..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-1-2025 12:55 PM GMT+8 , Processed in 0.293268 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list