|
Civic.. umah atas bukit ke.. saujana mata memandang le.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by maizana at 13-11-2006 09:21 AM
Pagi Sabtu yang lepas... I dah tengok sample rumput yang myfriend bawakan tu... namapk macam philipine grass lagi cantik kan?... Tanya anak I.. pun dia kata philiphine grass tu cantik.. tanya my fr ...
yup.. saya pun penah dpt advise pasal philiphine grass ni.. byklipan nanti bwh tu.. tak tau tul ke tak ? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by dealova77 at 30-11-2006 10:32 AM
Civic.. umah atas bukit ke.. saujana mata memandang le..
Kawasan sg merab ni kebanyakannya atas bukit.. taman depan rumah saya tu pun atas bukit.. |
|
|
|
|
|
|
|
Penyediaan tapak penting untuk penanaman rumput
Dalam keluaran lalu kita membincangkan mengenai pemilihan jenis rumput dan kali ini, kita akan berbincang mengenai cara untuk menanam.
Ada beberapa kaedah penanaman rumput. Walau apa cara sekalipun ketika memilih kawasan, yang lebih diutamakan ialah penyediaan tapak.
8 langkah penyediaan tapak tanaman
1 - Ujian tanah (soil test) boleh dibuat di makmal swasta, makmal sains tanah Universiti Putra Malaysia (UPM) atau bertanyalah kepada pegawai Jabatan Pertanian yang berdekatan. Jika kawasan tanaman kecil, saya syorkan gunakan tanah bakar atau tanah hitam terutama kalau tanah yang kita ada hanyalah tanah kuning yang kontraktor tinggalkan di hadapan rumah, atau tanah yang mempunyai sejarah tanam apa pun tidak menjadi.
Jika kita boleh menggantikan tanah yang sedia ada dengan tanah lebih baik, maka ujian tanah tidak perlu.
Tujuan utama ujian tanah untuk mengetahui unsur apa yang kurang bagi tanah itu dan kesesuaian tanah untuk sebarang jenis tanaman. Keperluan unsur (atau nutrien) daripada satu tanaman ke tanaman lain berbeza, maka tanah yang tidak sihat untuk sesuatu jenis pokok mungkin sesuai untuk rumput. Paling sedikit pun kita perlu tahu sama ada kawasan itu terlalu berasid atau beralkali untuk rumput dan perlu dilakukan pengubahsuaian.
Biasanya, tanah di kawasan rumah di Malaysia adalah berasid. Ini bermakna ia perlu dineutralkan dengan alkali. Gunakan kapur pertanian sebanyak 5-10kg/100m persegi. Bagaimanapun, cara paling senang ialah dengan menggunakan top soil yang dibeli daripada nursery atau satu cara lagi ialah dengan menggunakan pasir. Lazimnya pasir hampir neutral. Taburkan selapis setebal enam inci sebaik saja sebelum rumput ditanam pada langkah ke tujuh nanti. Kita biarkan tanah yang tidak sesuai tadi ditimbus oleh tanah yang lebih sesuai.
2 - Kawalan rumpai - Paling senang ialah dengan pembajakan tanah. Satu kaedah lagi ialah meracun. Saya biasa mencadangkan sebarang jenis racun serapan seperti Round-up yang akan meresap ke semua bahagian tanaman. Biarkan seminggu dua, selepas itu baru bajak. Untuk kawasan kecil seperti halaman rumah boleh gunakan cangkul dan membalik-balikkan tanah serta pecahkan ketul-ketul besar. Biarkan akar rumpai kering dijemur matahari.
3 - Pembersihan kawasan - Buang batu besar, tunggul, bangkai dan lain-lain.
4 - Pengairan dan saliran - Untuk halaman besar, taman rekreasi, padang bola atau golf, masalah besar ialah air. Air masuk dan air keluar. Kita ingin mengelakkan pada musim kering, rumput kita kuning atau mati kekeri-ngan. Pada masa yang sama juga kita juga tidak mahu air bertakung merata tempat pada musim hujan. Pada keba-nyakan masa kita boleh pasang sistem sprinkler untuk pengairan dan rangkaian longkang bawah tanah (sub-soil) untuk saliran.
5 - Baja - Ini boleh dibuat mengikut keputusan ujian tanah (soil test) pada langkah pertama tadi. Kita akan menggunakan baja yang boleh menambah nutrien yang kurang dalam tanah. Masa inilah juga untuk kita membetulkan pH tanah. Biasanya - gunakan kapur lime. Jika kita tidak dapat membuat ujian tanah; dan menggunakan pasir pada permukaan atas, campurkan baja yang tinggi kandungan fosforusnya (lihat kandungan 慞 |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Cara menanam rumput hiasan
DALAM isu minggu lalu kita membincangkan mengenai penyediaan tapak dan pada minggu ini, kita akan memberi tumpuan kepada penanaman rumput hiasan.
Rumput boleh ditanam dengan empat kaedah asas:
a) Menggunakan biji benih spesies bermudagrass yang boleh dibeli pada kebanyakan pasar raya atau nurseri.
b) Sod iaitu kepingan rumput bersama-sama selapis tanah. Biasanya dijual mengikut kaki persegi tetapi ada juga dijual dalam bentuk gulungan seperti permaidani.
c) Sprig. Cara ini dengan mengambil cebisan rumput dan mencucuk akar ke dalam tanah pada jarak dua hingga empat inci antara satu sama lain.
d) Stolon. Ia termasuk rhizome atau batang rumput yang mempunyai nod untuk tumbuh pucuk dan akan menjadi tumbuhan baru.
Cara paling murah untuk menanam (tidak termasuk penyediaan tapak) rumput di Malaysia ialah dengan cara stolon. Harus diingat, stolon atau sprig harus ditanam segera selepas dituai. Kadar penumbuhan bahan vegetatif ini turun mendadak jika semakin lama ditinggalkan dan terdedah kepada cuaca.
Bagi cara paling mahal dan cepat ialah menanam dengan menggunakan sod. Lebih rapat jarak antara sod, lebih cepat kita peroleh halaman atau padang idaman. Kebaikan menggunakan cara sod ialah rumput lebih tahan jika kita lambat menyiramnya dan apabila hujan lebat tidak mudah dihanyutkan air.
Penggunaan biji benih pula, seelok-eloknya biji benih itu disemai dalam kotak semaian sebelum dipindahkan ke tapak selepas dua atau tiga bulan. Jika ingin menanam terus ke dalam tapak, tanam dan tekan biji benih itu ke dalam tanah. Jika tidak, ia mungkin kering atau menjadi makanan burung dan serangga.
Langkah-langkah penanaman:
Taburkan sprig atau stolon pada tempat yang disediakan. Jika menggunakan kaedah sod, susun sod seperti menyusun batu-bata. Pastikan tempat sambungan antara barisan sod tidak bertemu dengan barisan bawah atau atasnya. Untuk menjimatkan kos, susun sod agak jauh antara satu sama lain. Lebih jauh jaraknya, lebih lambat ia bertemu.
Taburkan selapis nipis pasir di atas sprig, stolon atau sod tadi bertujuan supaya rumput tadi tidak terdedah kepada matahari secara langsung dan tidak hanyut apabila disiram.
Pastikan bahan tanaman seperti sprig atau stolon tenggelam atau rapat dan padat di tanah. Jika kawasan luas, boleh menggunakan kenderaan tidak terlalu berat atau penggelek.
Sentiasa menyiram stolon atau sprig dengan air. Ia hanya sebahagian daripada rumput dan mempunyai sedikit saja bekalan air dan akan cepat kering. Walaupun begitu, jangan siram terlalu banyak, tetapi ia mesti disiram selalu.
Pada peringkat awal, rumput yang ditanam tidak mempunyai makanan simpanan dan kurang akar untuk mencari makanan. Oleh itu, ia perlu dibaja sedikit tetapi kerap. Jenis banja yang disyorkan ialah baja organik atau baja tepung daripada jenis CIRP. Ketulan baja kimia biasa boleh membakar rumput jika tidak disiram dengan betul.
Jika mahu, gunakan baja kimia jenis 15-15-15 atau DAP (Diammonium Phosphate) yang boleh didapati daripada nurseri atau pasar raya. Pastikan siram selepas baja. Jika ragu-ragu, rendam baja dalam air dan siram menggunakan air itu. Selepas itu, bilas dengan menyiram menggunakan air biasa.
Potong sebaik saja rumput itu cukup tinggi. Ia boleh mengambil masa sebulan selepas ditanam iaitu pada ketinggian lebih kurang 10 milimeter. Jika kerap dipotong, ia lebih rapat tumbuh antara satu sama lain.
Merumpai. Perlu kerap membuang rumput liar dari peringkat awal penanaman. Jangan guna racun hingga tahun kedua. Potong rumput sekerap yang mungkin. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
cantik lah kak zana, nampak rata je.
rumput tu, kak zana siram pagi n petang ke ? |
|
|
|
|
|
|
|
Rumput mutiara
Maaf lily terpaksa buka topik berasingan..nak join kat topik rumput tu dah panjang sgt.
okeh..kami tanam sebelah kiri rumah dgn rumput mutiara dan belah kanan dgn rumput carpet.
yg rumput kapet tu xde masalah mmg kiut.
tp yg sebelah rumput mutiara tu memula mmg cun menghijau dgn daun yang kasar sbb dia duduk kat sides yang terlindung..no direct sunlight.
Tp tak lama lepas tu..bila musim tengkujuh mula meghampiri..hujan makin kerap..rumput tu mula jd maroon kecoklatan n nampak batang2 menjalar nya. Memang tak cantik lah nampak. Macaman nak buat ye? Orang kata rumput mutiara ni penjagaan nya sulit sikit. Ada tips tak? |
|
|
|
|
|
|
|
Lily, macamana rupa rumput mutiara tu. First time dengar |
|
|
|
|
|
|
|
ha'ah lah kak iman..ifa pun baru nie dengar.... |
|
|
|
|
|
|
|
KEUNIKAN RUMPUT MUTIARA More Info
-Tumbuh pada kadar yang cepat seperti permaidani dengan radius pertumbuhan yang luas tidak seperti rumput biasa.
-Kos penyelenggaran yang rendah kerana Rumput Mutiara tumbuh dengan cepat secara mendatar.
-Tahap ketahanan yang tinggi dengan kerap penggunaan.
-Tidak akan menyebabkan kegatalan,menjimatkan wang dan masa untuk kualiti yang sedemikian.
-Menyegar dan menghijaukan alam sekitar dengan penanaman RUMPUT MUTIARA |
|
|
|
|
|
|
|
The Best Price Offered:
Per 2 Sq. Feet- RM20
Per Next Additional 2 Sq.Feet - RM18
Transportation: Subjected by distance or locality
Planting: Additional Price & Negotiable
Maintainance for 1/2/3(months) or more: Price are Negotiable
Tawaran Harga Istimewa:
Setiap 2 kaki Persegi - RM20
Tambahan 2 kaki persegi - RM18
Pengangkutan: Tertakluk kepada jarak kawasan
Penanaman: Harga Boleh dirunding
Sahizat Enterprise
32 Jalan Jaya 3, Bandar Tun Razak
Kuala Lumpur Wilayah Persekutuan 56000
MALAYSIA
Tel: 03-79674299 (Office)
p/s: cuba lily call org nie. Ifa jumpe maklumat ni masa cari di inet. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by razifah at 26-12-2006 01:14 PM
The Best Price Offered:
Per 2 Sq. Feet- RM20
Per Next Additional 2 Sq.Feet - RM18
Transportation: Subjected by distance or locality
Planting: Additional Price & Negotiable
Maintainan ...
psssttt....awat mahai sangat?? Razifah
Deme beli kat Sg Buluh...RM3.50 jer purata.
Kalau beli banyak.......lagi tulun itu halaga.!! : |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by niceghost2005 at 26-12-2006 01:16 PM
psssttt....awat mahai sangat?? Razifah
Deme beli kat Sg Buluh...RM3.50 jer purata.
Kalau beli banyak.......lagi tulun itu halaga.!! :
huhuhuhu....ifa tak tahulah mr nice...ghuper rumput nie pun tak pasti... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by razifah at 26-12-2006 01:19 PM
huhuhuhu....ifa tak tahulah mr nice...ghuper rumput nie pun tak pasti...
Oic....sebab jiran teman ada beli dulu dulu.
Dan teman ada tanya kenkawan kontraktor.
Deme charge Rm3.00 to Rm3.50 kalau siap tanam sekali. |
|
|
|
|
|
|
|
rumput carpet mahal lagi ka, apesal tak tanam dua2 belah rumah dgn rumput mutiara? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by almari_buruk at 26-12-2006 02:12 PM
rumput carpet mahal lagi ka, apesal tak tanam dua2 belah rumah dgn rumput mutiara?
Kalau kat Sg Buloh.. rumput mutiara lagi murah dari rumput carpet.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by CivicSI at 26-12-2006 04:09 PM
Kalau kat Sg Buloh.. rumput mutiara lagi murah dari rumput carpet..
hA'AH DAH SAMPAI oghang yg beli rumput kat Sg Buluh |
|
|
|
|
|
|
|
Mana agaknya tuan rumah menghilang... |
|
|
|
|
|
|
| |
|