CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

TBB Mawi V.24: Minggu Kursus Nikah Kahwin

 Close [Copy link]
Post time 5-11-2008 12:53 PM | Show all posts
sebenarnya baru dua tiga hari ni kenal si memey

sebelum ni xpernah tau pun sapa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-11-2008 12:56 PM | Show all posts
RAHSIA SUAMI

Mek tidak pernah ambil kisah mengenai satu kotak hitam misteri milik suaminya yang tersorok di bawah katil mereka. Sudah 20 puluh tahun kotak hitam itu disitu satu hari ketika membersihkan bilik, Mek tidak dapat menahan perasaan ingin tahu isi kandungan kotak hitam itu . Mek terperanjat dan hairan apabila dalam kotak hitam itu ada tiga biji telur ayam dan wang tunai RM 3000. Dia cuba menyelesaikan misteri itu dengan bertanya kepada suaminya

"Kenapa abang letak 3 biji telur ayam di bawah katil kita? "

Suaminya terperanjat beruk tetapi masih mampu menjawab " sayang , setiap kali abang curang kepada mu, abang letak satu telur ayam sebagai tanda penyesalan ".

Mek terdiam tetapi mampu mengawal kemarahannya kerana tiga kes curang dalam tempoh 20 tahun mereka bersama masih boleh dimaafkannya. Kemudian mek bertanya lagi : " Tapi abang kenapa ada duit RM 3000 ? "

Dengan suara terketar-keta r suaminya menjawab, "Setiap kali telur itu cukup sedozen abang jual dan duit abang letak dekat situ ".




[ Last edited by  icelemontea at 5-11-2008 01:19 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2008 01:07 PM | Show all posts
aku suka obama menang :pompom: tahniah utk diri sendiri
walaupun siapapun menang.. lebih kurang je impaknya ke atas malaysia n aku
_________________________________________________________________________________________________________________________




Supporters of Democratic presidential candidate Barack Obama cheer as CNN announces his election at Grant Park in Chicago, Illinois. Americans elected Obama as their first black president, handing him an historic victory over Republican John McCain


    Obama elected America's first black president
    Americans elected Democrat Barack Obama as their first black president Tuesday, in a transformational election which will reshape US politics and reposition the United States on the world stage.
    By AFP

    » more
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2008 01:09 PM | Show all posts

Reply #282 icelemontea's post

maknanya dah juta kali curang
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2008 01:10 PM | Show all posts
Originally posted by icelemontea at 5-11-2008 12:56 PM
RAHSIA SUAMI

Mek tidak pernah ambil kisah mengenai satu kotak hitam misteri milik suaminya yang tersorok di bawah katil mereka. Sudah 20 puluh tahun kotak hitam itu disitu satu hari ketika me ...


waduhhh.. rahsia sudah terbongkar

dan terus menerus dibongkar oleh sang suami
apakah motifnya???






kuiz: dgn tunai RM3000... dah berapa kali suami mek (@sue<--> apasal ada dua nama abe ice? ) curang?
sape betul, ganjaran hadiah lumayan akan diberikan
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2008 01:20 PM | Show all posts

Reply #285 niy's post

abe tukar nama dia sbb nama asal lam tu sue....takut cheksu kecik ati pulak.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-11-2008 01:21 PM | Show all posts
Originally posted by wes_12 at 5-11-2008 01:09 PM
maknanya dah juta kali curang


weh... apasal jwpan mendahului soalan?
terror ristnya anak pak karim nih
tahniah wes :pompom:
ini hadiahnya

[img]http://tbn0.google.com/images?q=tbn:RdJOdNbvV4iLwM:[/img]

wehh.. tak sangka kawan aku pakai beg lv
beg lv lah kot dia pakai.. sbb sama mcm pic ni
[img]http://tbn0.google.com/images?q=tbn:u49CTaadVlAIDM:http://www.brand-key.com/upload/big/LV%2520Handbag%2520(120).jpg[/img]

dan aku percayalah kalau dia pakai yg ori
sbb lepas dia berjaya .................... (he he..rahsiolah ) hubby dia hadiahkan sporty merz sebijik kat dia
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2008 01:21 PM | Show all posts
Originally posted by icelemontea at 5-11-2008 01:20 PM
abe tukar nama dia sbb nama asal lam tu sue....takut cheksu kecik ati pulak.


sungguh ka?
ingat abe terkantoi

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-11-2008 01:29 PM | Show all posts

Reply #283 niy's post

yup
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2008 03:28 PM | Show all posts
adoilah...poning palo donga pakyeh-pakyeh kat parliment tu bercakap...:@
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-11-2008 03:38 PM | Show all posts
Norman: "Abby-Memey sama-sama penting dalam hidup saya"

Oleh WAHIDA ASRANI

NORMAN-ABBY BERSEMUKA... Urutan rangkuman enam gambar detik Abby berada di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dan kemudian bertemu dengan suaminya, Norman Hakim di Wangsa Maju, Kuala Lumpur kelmarin. (Ikut jam) Abby menitiskan air mata ketika menemui wartawan, kemudian meninggalkan kawasan mahkamah dengan dokuman, menemui Norman di lokasi penggambaran, menyerahkan dokumen, pasangan Abby-Norman berjalan untuk mengadakan perbincangan 45 minit dan kedua-dua mereka berdepan dengan wartawan.

PETALING JAYA: Meskipun didesak oleh isterinya, Abby Abadi untuk bercerai, aktor Norman Hakim yang cukup sinonim dengan watak Inspektor Haris dalam drama bersiri Gerak Khas, tetap dengan pendiriannya untuk mempertahankan mahligai yang dibina lebih enam tahun lalu.

Bagaimanapun setelah berkali-kali soalan tentang hubungannya bersama pelakon baru Memey diajukan, Norman memberitahu mStar Online hari ini, pelakon muda berusia 20 tahun itu dan Abby, yang juga pelakon dan bekas penyanyi, adalah dua insan yang 'istimewa' baginya.

Minggu lalu, Norman dan Memey ditangkap berkhalwat oleh Jabatan Agama Islam Selangor di pejabat Norman di Ukay Perdana.

Kelmarin pula Abby mengunjungi Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur untuk memfailkan tuntutan bercerai tetapi tidak kesampaian kerana dokumen yang dikemukakan tidak lengkap termasuk tiada butiran lengkap mengenai Norman.
MEMEY SUHAIZA

ABBY TETAP MAHU CERAI - DI SEGMEN BERITA

"Saya tidak mahu menafikan atau pun mengesahkan apa-apa. Cuma apa yang boleh saya katakan di sini, kedua-duanya memainkan peranan penting dalam hidup saya.

"Abby adalah seorang isteri yang sudah banyak berkorban untuk saya... dialah yang sentiasa memberi semangat untuk saya terus bertahan di dalam karier dan kehidupan sayasehingga kini, tetapi saya tidak nafikan pada masa yang sama, Memey pula sentiasa memberi inspirasi di dalam apa yang saya lakukan.

"Saya tidak mahu menidakkan atau mengesahkan apa-apa di sini. Saya takut, jika saya terus menafikan tetapi andai kata Allah sudah tentukan saya bertemu jodoh dengan Memey, masyarakat akan terus berkata saya bersandiwara pula.

"Saya masih menyayangi Abby sepenuh hati saya. Dia adalah ibu dan isteri yang terbaik.

"Tetapi dengan kuasa Allah, andai benarlah Memey ditakdirkan jodoh saya, saya tidak akan menolak untuk jadikan dia isteri kedua saya, tetapi saya tidak akan ceraikan Abby, kerana saya tetap sayangkan dia sampai bila-bila," kata Norman.

Dalam nada tegas, aktor berusia 32 tahun itu berkata, dia akan terus berusaha agar kekeruhan rumahtangganya itu dapat diselesaikan segera, tetapi bukan berakhir dengan jalan perceraian.

"Saya tidak akan serahkan lagi dokumen perceraian yang diberi olehnya tempoh hari.Seboleh mungkin, saya ingin ia berakhir dengan cara yang baik. Saya kenal Abby... dia memang nampak 'keras' di luar, tetapi hatinya cukup lembut.

"Saya tahu dia masih inginkan saya dalam hidupnya, termasuklah demi anak-anak juga. "Saya ada menghantar SMS kepadanya malam tadi dan saya beritahu dia 'hanya maut yang akan pisahkan kita', tetapi tiada respon daripada dia.

"Saya tidak kisah untuk berjumpa dengan pakar kaunseling. Malah, saya harap pihak media juga boleh menjadi platform untuk kami berbaik. Saya tidak mahu lagi masalah rumahtangga saya menjadi satu 'pementasan' pula.

"Insya-Allah, satu masa nanti, saya harap saya dapat membawa Abby dan Memey sekali untuk bersemuka terus dengan wartawan," kata bapa kepada tiga cahayamata iaitu Mohamed Danish Hakim, 5, Marissa Dania Hakim, 3 dan Maria Danisha Hakim, sebulan setengah.

Kata Norman, dia menganggap 'serangan' Abby yang turut disertai pihak media di set lokasi penggambaran drama bersiri Gerak Khas Isnin lalu adalah satu petanda bahawa perceraian yang diminta itu sebenarnya tidak 'direstui' oleh Allah.

"Saya bersyukur sebenarnya dia datang ke sana dengan membawa wartawan dan pada masa yang sama dokumen perceraian pula tidak lengkap.

"Ini sekali gus menunjukkan macam-macam benda yang menghalang kami dari bercerai.

"Saya faham perasaannya. Pada hari itu, bukan sengaja saya ingin pertahankan Memey, tetapi saya mahu semua orang faham, saya ingin jaga hati Abby dan Memey juga kerana saya rasa saya bertanggungjawab atas apa yang terjadi ini. Bukan bermaksud melebihkan mana-mana pihak.

"Saya ingin dia dan saya sendiri sama-sama membaiki kelemahan diri. Saya sedar, saya mungkin bukan suami yang baik dan saya akan berusaha untuk perbaikinya. Saya tidak mahu keadaan bertambah buruk," kata Norman.

Ujarnya lagi, dia memang tidak pulang ke rumah sejak kes khalwat itu untuk mengelak pertengkaran dengan Abby. Namun, jelas Norman, bila keadaan kembali tenang, dia berharap dapat bersemuka dengan Abby secara baik.

"Ketika ini saya tinggal di rumah saudara-mara.. kadang-kadang di Bangsar dan adakalanya di Kuala Lumpur. Buat masa ini, saya mahu keadaan reda dulu dan mungkin selepas itu saya harap kami boleh selesaikan dengan baik.

"Tak guna untuk berdepan sekarang kerana saya yakin pertengkaran pasti akan berlaku," kata Norman.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-11-2008 03:45 PM | Show all posts
Aziz berang bila ditanya 'kontroversi' perkahwinan

SITI AZIRA ABD AZIZ

PETALING JAYA: Siapa sangka kemelut rumahtangga yang dihadapinya sekarang membuat pengarah Aziz M.Osman tidak dapat mengawal emosi ketika ditanya perkembangan terbaru antara beliau dan isteri Nor Radhiah Ramli, yang baru dikahwininya kira-kira tiga bulan.

Meledak api kemarahan pengarah filem dan drama yang pernah mengecapi zaman populariti satu ketika dulu, ketika ditanya siapa peguam yang kendalikan kes untuk mengetahui status perkahwinan beliau dan Radhiah?

Nada suaranya bertukar berang dan terus naik angin ketika diajukan soalan berkaitan rumahtangganya.

"Saya tak nak cerita... boleh tak? Bila benda tu dah selesai baru saya cerita, ok? Saya akan buat sidang media, ok?," jawapan spontan penuh sinis daripada Aziz.

Tambahnya, "Benda ni beri kesan dan saya kesiankan Dhia (nama panggilan Radhiah) tu. Saya tak nak tarik panjang-panjang cerita ini. Yang sudah tu sudahlah. Yang penting kita ikut undang-undang. Tak payah nak korek-korek. Kasihan Dhia tu. Kasihan sangat."

Berikut adalah perbualan verbatim antara penulis dan Aziz.

S: Tetapi ramai yang berpendapat perkahwinan Aziz-Radhiah sah setelah dirujuk kepada tokoh agama, Datuk Dr. Harun Din dan Peguam Syarie, Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain.

Aziz: Biarlah orang nak kata apa. Tak payah nak tarik-tarik panjang sebab orang nak cakap kita tak boleh tutup mulut diorang kan? Saya tak boleh cerita benda ni. Tak payah nak korek-korek. Saya nak cerita benda luar dan dalam kain, nanti....

Perkara ini ada prosedur dia. Apa yang dicerita tu dah sah tetapi ada cerita disebaliknya. Jadi, kita jangan buat andaian berdasarkan apa yang didengar yang dah sah itu.

S: Itu bukan andaian tetapi mereka membuat pengesahan tersebut mengikut hukum agama.

Aziz: Andaian itu dibuat bukan berdasarkan cerita sebenar. Ia dibuat berdasarkan apa yang didengar, ditulis tetapi benda yang di dalamnya belum dikorek-korek. Tak payahlah ....sebab nanti semua yang bagi dakwaan tiba-tiba mendapat malu. Mungkin kita tanya orang-orang yang berkenaan dan orang berkenaan memberikan pendapat mereka. Rupa-rupanya orang berkenaan pun dah terlibat sama. Nanti orang akan pertikaikan kredibiliti orang tertentu. Jadi, lebih baik kita diam-diam. Biar pihak berkenaan sahaja yang buat keputusan.

S: Abang Aziz upah peguam mahkamah mana?

(Meninggi suara dalam nada menengking) Aziz: Saya tak nak cerita lagi benda ni...

S: Kenapa, dah tawar hati ke?

(Nada mengherdik) Aziz: Kan saya dah bagitahu benda ni kena ikut prosedur undang-undang dan saya tak boleh pandai-pandai. Ini bukan soal emosi ke, tawar hati ke, tawar hebeh ke? Bukan soal itu lagi. Ini kena ikut undang-undang.

Saya tak boleh buat kenyataan berdasarkan benda yang masih dalam siasatan.Bila tiba masanya saya akan beritahu sebab benda ini sensitif.
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2008 03:54 PM | Show all posts

Reply #292 Syd's post

bagus pun aziz mengamuk
mana perginya etika kewartawanan
takkan hanya fikir nak cari cerita yg boleh jual aje
tanpa memikirkan kesan buruk kepada yg terlibat

:pompom: bravo aziz :pompom:

kalau dia tak mengamuk.. nanti akan tanya lagi dan lagi dan lagi
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2008 03:58 PM | Show all posts
Originally posted by kak_yang at 5-11-2008 03:28 PM
adoilah...poning palo donga pakyeh-pakyeh kat parliment tu bercakap...:@


hari ini masih pasal belanjawan ke?

kesian kan kita ada pemimpin yg ikhlas mentadbir negara

Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2008 04:00 PM | Show all posts

Reply #292 Syd's post

sorang nak cerai
sorang lagi nak bermadu

apakah pengakhirannya?

cerai .. perkara halal yg paling dibenci Allah
madu .. halal dlm islam tapi paling ditakuti n dibenci perempuan yg terlibat (majoriti.. 99.9%)
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2008 04:06 PM | Show all posts
Originally posted by Syd at 5-11-2008 03:38 PM
"Saya ingin dia dan saya sendiri sama-sama membaiki kelemahan diri. Saya sedar, saya mungkin bukan suami yang baik dan saya akan berusaha untuk perbaikinya. Saya tidak mahu keadaan bertambah buruk," kata Norman.


kengkadang bila dipikirkan tak leh gak nak salahkan dia 100%. dah bohsia gedik tu dtg menyerah diri......buaya mana menolak bangkai. lebih2 lagi bohsia gedik berlambak2 sangat skrg ni...kat dalam forum ni pun byk.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-11-2008 04:10 PM | Show all posts

Reply #296 icelemontea's post

kos pun murah apa

tido kat stor pun dah memadai
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2008 04:18 PM | Show all posts

Reply #296 icelemontea's post

ai tak terasa


harap maklum


Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2008 04:21 PM | Show all posts

Reply #297 Syd's post

Memey pula sentiasa memberi inspirasi di dalam apa yang saya lakukan.

inspirasi boh dalam bilik stor.... ataih meja opis pun jadi, ataih mesin fotostat pun bulih...isy isy isy...udah mcm citer porno omputih.
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2008 04:22 PM | Show all posts
nak tepek pic mawi sat erk






SRBA : awex tolong edit link


[ Last edited by  awex^returns at 5-11-2008 10:18 PM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 05:31 AM GMT+8 , Processed in 0.237783 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list