CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: amazed

pelajar form 4 RMC mati kena buli dgn senior; update 1 expelled, 4 digantung!!

  [Copy link]
 Author| Post time 25-6-2010 11:32 PM | Show all posts
Friday June 25, 2010

Five students nabbed in military college bullying case

By EMBUN MAJID

KUALA LUMPUR: Five students of the Royal Military College have been detained over the death of a Form Four student allegedly due to bullying.

Kuala Lumpur Deputy OCPD Datuk Abdul Samah Mat said the Form 5 students were picked up by a team of provost marshals and handed over to the police in Cheras at 6.30pm Thursday.

Speaking to reporters after attending the KL police contingent's monthly gathering here Friday Abdul Samah said police did not rule out that bullying was the cause of the death of Mohammad Naim Mustaqim, 16.

"We are now waiting for the post-mortem report from the Universiti Kebangsaan Malaysia Medical Centre," he said, according to Bernama.

A Ministry of Defence statement said that an incident resulting in the death of the student occurred between 11.30pm on Wednesday and 1.20am Thursday.

Meanwhile, The Star's EMBUN MAJID reported from Baling, Kedah, that Mohammad Naim’s parents plan to sue the college for negligence.

His father, Mohamad Sobri Mohamad Sofian, 41, said that he felt that the incident that led to the death of his son could have been avoided if the wardens or teachers at the college had taken heed of the bullying going on at the college. “Isn’t there a warden at the college who monitors any form of bullying at the dormitory?” he asked when met at Kampung Baru, Mukim Siong here Friday.

Mohamad Sobri said that he would wait for the police investigation into the case before taking the legal step.

It was reported that Mohammad Naim Mustaqim was rushed to the camps infirmary for emergency treatment after he collapsed at about 12.15am on Thursday.

He was pronounced dead about an hour later by medical officers on duty.

Sources said a senior student forced Mohammad Naim to do push ups while kicking his stomach and stepping on him at about 10.45pm.

The victim could not cope with the physical abuse and was bleeding through the nose, said sources.

City CID chief Senior Asst Comm Datuk Ku Chin Wah was quoted as saying that the victim was said to have difficulty standing up and walking after doing the push- ups.

He fell and hit his head on the floor and lost consciousness, he said, adding that the case was investigated as murder.

Mohammad Naim's body was buried at Kampung Baru Muslim Cemetery at about 9pm on Thursday.

Meanwhile Mohammad Naim's mother Fauziah Abdul Wahab, 45, said the last time she saw her son was before the school holiday.

“He arrived home in his green army uniform which I had never had the chance to see since he enrolled at the school.

“He looked very handsome and that image will always be with me,” she said.

She said that Mohamad Naim also spent about RM100 from his allowance to buy a cake for an early Mothers’ Day celebration with her, something he had never did before.

Fauziah said that her son enrolled at the college after scoring 5As during his Penilaian Menengah Rendah examination last year that he took when studying at SMK Clifford in Kuala Kangsar, Perak.

“My son is a very good boy who had set a good example to his two younger brothers aged 14 and 11.

“I just hope that whoever responsible for his death would be penalised,” she said
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-6-2010 11:35 PM | Show all posts
Reply 280# otai_g

Aku lebih suka menunggu hasil siasatan rasmi..pasal media2 kat malaya mmg failed dlm memberi maklumat yg tepat..sehingga kini,wartawan2 media malaya byk yg tak tahu membezakan antara mana keta kebal,mana keta perisai..semua main balun je....so setakat terjatuh kepala atas simen ketika pumping,sukar nak diterima..

mungkin doktor setanmerah dapat ulas...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-6-2010 11:43 PM | Show all posts
RMC student laid to rest
2010/06/25


BALING: A Form Four student of the Royal Military College in Sungai Besi, who allegedly died of bullying early today, was buried at the Kampung Baru Muslim cemetery in Siong here at 9.15pm tonight.

The body of Mohammad Naim Mustaqim Mohamad Sobri, 16, arrived from Penang at his family home in Kampung Baru at 8.15pm.

A funeral prayer was conducted at the house before the decease was buried.


The victim's mother, Fauziah Abd Wahab, 45, collapsed several times as the body of the oldest of her three children arrived in a hearse.

Meanwhile, Mohammad Naim's uncle, Fadzil Ismail, 41, said the family left the matter with the police to investigate the death of his nephew.

Fadzil said the family had yet to be told of what had actually happened to Mohammad Naim.


"We do not want to make any assumption, we leave it to the police to get to the bottom of the incident," he said. - Bernama
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2010 11:57 PM | Show all posts
mmg bengap la sekolah yg 'menghalalkan' ragging ni..
nak latih manusia jadi pembunuh plak..
anak ...
bungarose Post at 25-6-2010 23:06


rasenya skolah x salah.....students yg x dengar kate
susah la nak handle manusia nih

anyway, mmg kesian la ngan budak tu.....nak komen lebih2, satgi tersalah info plak.....

anak buah aku sorang skolah sini.....relax je aku tgk dia....dh la mamat tu kering.....sekeping!!! so far idup lagi......sonok aku tgk dia, sbb pangai dia still cam budak2.....
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2010 12:04 AM | Show all posts
Reply 284# iza_yuss

Dia hidup lagi pasal dia ikut rules of survival kot..... mana2 tempat,kalau baru masuk,masih peringkat freshie,junior..jgn le tunjuk pandai sangat..or tunjuk hero...kan tak pasal senior meluat..kena hempuk....







..ni apasal x mo tido lagi...peraturan hostel.budak2 kena tido awai....
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2010 01:11 AM | Show all posts
Reply 285# razhar

senior pondan jer suka sepak teranjang org...jenis teloq tarak, nak kena paksa validation dari org lain...bapok punya budak askar
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-6-2010 01:28 AM | Show all posts
Reply 265# mbhcsf


   archery dengan swimming ada..water polo pun ada..cuma berkuda je tak ada lagi
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2010 01:34 AM | Show all posts
haiii kes bunuh lagi, ayng aku heran, polis mesia ni wat keje ke idok, tak tertangkap juge pembunuh2 tu, last2 bila dah tak takut polis banyak ler kes bunuh kekdahnye... takut ah mesia sekarang!:@
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-6-2010 01:58 AM | Show all posts
oh you have an apple of your eyes luckyyou at least ada buddy...it must be nice i guess to go home and seeing that apple breathing and smiling , chuckling etc etc , kan?

it must be.lucky you....
mbhcsf Post at 25-6-2010 18:04


yes..i'm very lucky Da......and i'd die if something happen to him....
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2010 03:17 AM | Show all posts
smoga si  pembunuh tu gelap masa depan nyer..melainkan da insap..
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2010 07:19 AM | Show all posts
sedih baca dengar anak orang susag pulak tu. ya Allah tempatkan lah arwah di syurgamu. AlFatihah
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2010 08:14 AM | Show all posts
nak harap polis ke? haha.. sudahnya terperuk lah kes anak rakyat marhaen ni~
So sekarang Pemuda PAS ke Pemuda UMNO ke Pemuda Keadilan ke.. siapa nak tunjuk hero meh assemble satu team untuk bantu family ni dapat keadilan. Ade ke? Ade??
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2010 08:48 AM | Show all posts
apa yg hebat sngt ngan tittle senior...seme nyer celaker jeh...

aku arap senior celaker neh..dpt hukuman sewajarnyer!! bunuh anak orng..mmg chaker..
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2010 08:52 AM | Show all posts
apa yg hebat sngt ngan tittle senior...seme nyer celaker jeh...

aku arap senior celaker neh..dp ...
skymania Post at 26-6-2010 08:48



   ape ni apgi2 dah marah.pi sarapan nasik lemak sama teh tarik,baru la x marah2.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-6-2010 09:21 AM | Show all posts
Zahid anggap 'ragging' perbuatan jahiliah


2010/06/26


KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan kematian Mohammad Naim Mustaqim Mohamad Sobri, 16, yang dikaitkan dengan kejadian dera dan buli adalah satu tindakan jahiliah.

Katanya, kejadian ‘ragging’ pelajar junior tidak seharusnya berlaku di mana-mana sekolah, khususnya di sekolah tentera dan pelakunya mesti dikenakan hukuman berat.

“Kementerian memandang serius perbuatan zaman jahiliah ini. Tindakan tegas akan dikenakan terhadap pelajar terbabit selepas siasatan siap sepenuhnya dan mereka akan dihadapkan ke mahkamah tentera selain mengikut undang-undang sivil.

“Berulang kali saya tegaskan supaya jangan jadikan buli sebagai satu budaya kerana ia adalah perkara yang tidak sihat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Koperasi Perladangan Kawasan Bagan Datoh di sini, semalam.

Zahid turut menafikan dakwaan pihaknya lambat bertindak dalam menangani kejadian itu, sebaliknya beliau berkata kementerian menubuhkan lembaga siasatan sejurus dimaklumkan mengenainya.

“Kejadian itu berlaku tengah malam semalam (kelmarin) dan kita menjalankan siasatan serta mengambil tindakan secepat mungkin termasuk menghulurkan bantuan penerbangan ehsan membawa jenazah pulang ke kampung halamannya,” katanya.

Dalam kejadian jam 2 pagi kelmarin, Muhammad Naim pengsan selepas dikatakan dibuli oleh sekumpulan lima pelajar senior di bilik asramanya dan meninggal dunia sebaik tiba di Pusat Perubatan Angkatan Tentera Malaysia (PPATM) Kem Perdana Sungai Besi sebelum mayatnya dipindahkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) untuk bedah siasat.

Jenazah Allahyarham kemudian diterbangkan ke kampungnya di Baling, Kedah dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Siong
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-6-2010 09:25 AM | Show all posts
Hukuman agresif guru galak kejadian buli


2010/06/26


KUALA LUMPUR: Tindakan guru menggunakan hukuman agresif terhadap pelajar yang melakukan kesalahan didapati menjadi ikutan golongan muda itu membuli rakan di sekolah dengan perbuatan ganas seumpamanya.

Bercakap ketika dihubungi di sini, semalam, Profesor Adjung di Fakulti Sains Tingkah Laku, Kolej Universiti HELP, Prof Datin Dr Noran Fauziah Yaakub, berkata biarpun hasil kajian terbaru itu diperoleh daripada penyelidikan di luar negara, tetapi ia tidak mustahil faktor berkenaan turut menyumbang kepada gejala buli oleh pelajar di sekolah negara ini.

Bekas Dekan Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan berpengalaman luas melakukan kajian intensif tingkah laku buli di kalangan pelajar berkata, tindakan guru sedemikian memberi persepsi atau tafsiran salah oleh pelajar bahawa seseorang yang berkuasa atau lebih tua boleh bertindak agresif terhadap yang lebih muda atau lemah.

Beliau mengulas kejadian seorang pelajar Tingkatan Empat Maktab Tentera Diraja (MTD), Mohammad Naim Mustaqim Mohd Sobri, 16, mati di Pusat Perubatan Angkatan Tentera (PPAT) Kem Sungai Besi di sini, awal pagi kelmarin, dipercayai akibat dibuli dan didera sekumpulan pelajar senior di asrama maktab itu.

Sementara itu, Pengarah Pusat Kokurikulum Universiti Putra Malaysia, Prof Madya Dr Mohammad Shatar Sabran, berkata lambakan permainan aksi ganas melalui teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) ketika ini mempengaruhi psikologi serta tingkah laku pelajar.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong, pula berkata Kementerian Pelajaran sedia berkongsi pandangan serta pengalaman menangani masalah buli di sekolah berasrama penuh (SBP) sekiranya diminta oleh agensi yang menguruskan MTD.

“Kementerian juga sentiasa mengingatkan mana-mana pelajar yang menjadi mangsa buli supaya berani tampil untuk melaporkannya dan jangan membiarkan perbuatan itu berlarutan,” katanya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-6-2010 09:31 AM | Show all posts
cikgu ganas ke sekarang? budak2 tak makan ajar sampai cikgu pun nak ditampar diterajang..

the thing is sekarang mmg budak2 dah tak diajar budaya hormat menghormati~~
mak bapak dah terlalu sibuk sampai abaikan anak..
semua nak lepas tangan dekat cikgu~

kalau tak ada masa nak perhatikan perkembangan anak atau pantau pergaulan anak2, tolong jangan tanya kenapa anak jadi macam HELL~
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2010 09:42 AM | Show all posts
'Saya lihat ada kesan lebam pada mata kanan'
Oleh Nahar Tajri
[email protected]
2010/06/26


Mohd Sobri Mohd Sofian (kiri) dan Fauziah Abdul Wahab.Bapa pelajar MTD mati kesal dilarang periksa tubuh anak

BALING: Keluarga Mohammad Naim Mustaqim Mohd Sobri, 16, pelajar Tingkatan Empat Maktab Tentera Diraja (MTD) yang mati akibat didera pelajar senior di asramanya, kelmarin, mendakwa ada kesan lebam pada mata kanan pelajar itu. Bapa mangsa, Mohd Sobri Mohd Sofian, 41, berkata mereka melihat kesan lebam itu sebelum upacara pengebumiannya, malam kelmarin. Bagaimanapun, Mohd Sobri berkata, beliau tidak dibenarkan untuk memeriksa keseluruhan tubuh anaknya kerana dihalang pegawai tentera dan MTD yang hadir bersama jenazah anaknya.

“Mereka kata ikut prosedur tak boleh sebab anak saya sudah dikapankan. Mereka hanya benarkan bahagian muka saja dibuka untuk kami menatap wajah arwah buat kali terakhir.

“Saya tidak membantah tapi saya dapati ada kesan lebam di bahagian mata kanan anak saya ketika saya mengucupnya buat kali terakhir,” katanya ketika ditemui di rumah ibunya di Kampung Lalang, Siong di sini, petang semalam.

Mohd Sobri yang menetap di Kampung Sungai Siput, Sungai Lasah, Perak, mahu pihak berkuasa menjalankan siasatan kematian anaknya secara telus sehingga kejadian sebenar yang menimpa anaknya terbongkar dan pesalahnya dihukum.
Katanya, dia dan keluarga menerima kejadian itu sebagai takdir, namun mahukan pembelaan terhadap kematian anaknya, selain menjadi teladan supaya nasib sama tidak menimpa orang lain.

“Naim adalah anak harapan saya untuk membantu keluarga kami pada masa depan, namun hari ini (semalam) harapan itu hancur berkecai. Sukar bagi saya menerima kejadian itu yang menyebabkan saya kehilangan Naim buat selama-lamanya.

“Saya sentiasa impikan satu hari nanti Naim akan pulang ke rumah dengan pakaian seragam tentera dan membantu kami serta adik-adiknya yang lain untuk berjaya sepertinya,” katanya.

Mohd Sobri turut membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Baling mengenai kejadian itu pada jam 6.20 petang semalam.

Ibu mangsa, Fauziah Abdul Wahab, 45, berkata kali terakhir dia berjumpa dengan Naim adalah ketika anaknya pulang ke rumah untuk cuti sekolah seminggu lalu.

"Naim tidak pernah mengadu apa-apa yang tidak baik dilakukan ke atasnya sebelum ini. Dia juga tidak menunjukkan tanda-tanda yang dia tidak gembira di sekolahnya.

“Memang kami sekeluarga amat rapat, malah Naim juga amat rapat dengan opahnya.

“Sebagai ibu saya percaya Naim tidak pandai cari masalah dengan orang lain malah dia juga amat disenangi rakan di kampung,” katanya

"""""""""""""""""""""""""""""'
Sedihnyer "berat mata memandang, berat lg bahu memikul".. al-fatihah
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2010 10:15 AM | Show all posts
Reply 294# shazuyi.


Awal nya adik sya bgn tido...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-6-2010 10:18 AM | Show all posts
1 digantung sekolah, 4 kena tindakan

Oleh Shanty Nur Shaffizan Shafee dan Muhammad Apendy Issahak

2010/06/26


KUALA LUMPUR: Seorang pelajar senior Maktab Tentera Diraja (MTD), Sungai Besi di sini, digantung sekolah serta-merta manakala empat rakannya disyaki terbabit membuli seorang pelajar junior sehingga mati Rabu lalu dikenakan tindakan tegas.

Malah, semua mereka kini sudah direman beberapa hari mulai semalam bagi membantu siasatan kes berkenaan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


Mereka juga bakal dikenakan tindakan di Mahkamah Tentera kerana semua mereka adalah pelajar kolej ketenteraan.


Kelima-lima pelajar berusia 17 tahun itu ditahan sepasukan anggota Provost Marshal dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras kira-kira jam 6.30 petang kelmarin.


Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, menyifatkan tindakan membuli hingga menyebabkan kematian, Mohamad Naim Mustaqim Mohamad Sobri, 16, sebagai perbuatan jahiliah.


“Kami mengambil tindakan serta-merta dengan menggantung seorang pelajar MTD dipercayai dilihat menendang mangsa, manakala empat lagi akan dikenakan tindakan keras.


“Selain itu, mereka juga akan dikenakan tindakan di mahkamah ketenteraan kerana mereka adalah putera (pelajar kolej ketenteraan),” katanya ketika menghadiri mesyuarat Agung Koperasi Perladangan Kawasan Bagan Datoh, semalam.


Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Abdul Samah Mat berkata, penahanan semua pelajar terbabit dilakukan bagi menyiasat sama ada mereka terbabit dalam kes membuli mangsa hingga menyebabkan kematian.


“Polis tidak menolak kemungkinan punca kematian mangsa disebabkan kejadian buli atau dera.


“Kalau dilihat luaran anggota badan mangsa tidak terdapat sebarang luka, bagaimanapun kami akan tunggu keputusan bedah siasat daripada Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk tindakan susulan,” katanya selepas perhimpunan bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini, semalam.


Abdul Samah berkata, setakat ini, pihaknya tidak menerima sebarang laporan polis daripada keluarga pelajar berkenaan berhubung kejadian itu.

“Kes kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian dan kejadian ini yang pertama berlaku dalam tahun ini, namun tidak dinafikan terdapat laporan mengenai pergaduhan membabitkan penuntut institut pengajian tinggi di ibu negara sebelum ini,” katanya.


Semalam kami melaporkan seorang pelajar MTD Sungai Besi, meninggal dunia dipercayai dibuli sekumpulan pelajar senior selepas kepalanya terhantuk pada lantai sejurus ditendang pelajar senior sehingga tidak sedarkan diri.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-9-2024 10:37 PM GMT+8 , Processed in 0.150355 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list