CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Mat Kampong

Dakyah-dakyah kotor SYIAH sebenarnya memburukkan Ahlul Bayt!!

[Copy link]
UdiNo This user has been deleted
Post time 14-8-2003 12:24 AM | Show all posts

Meniti Kebenaran -part6

Ulasan

Pertama - Berikan perhatian kepada ayat yang berbunyi 'Tidak menyentuh (menafsir dan memahami dengan benar) ia (iaitu al-Quran) kecuali hamba-hamba yang DISUCIKAN' .

Kedua - Kata 'Tidak' jelas menunjukkan penafian, manakala perkataan 'Menyentuhnya' bererti menangkap dengan akal atau memahaminya dan bukan bermaksud sentuhan tangan. Ini adalah jelas kerana Allah s.w.t menggunakan kalimat 'Massa' bukan 'Lamasa' yang jelas berbeza maksud dalam erti kata sebenar. Sepertimana firman Allah s.w.t yang menggunakan kata 'Massa' bagi menjelaskan keadaan sentuhan syaitan yang membawa maksud diserap syaitan di dalam surah al-Baqarah: 275 yang bermaksud: Orang-orang yang makan riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang diserap syaitan lantaran tekanan penyakit gila"

Ketiga - Perkataan 'Massa – Yamussu – Massan' beerti sampai akalnya untuk mentakwilkan al-Quran dan individu-individu tersebut hanyalah orang-orang yang disucikan. Ini adalah jelas kerana Allah s.w.t menggunapakai 'isim maf`ul'' pada kalimah 'al-Muthahharun' yang jelas membawa maksud orang-orang yang KENA SUCi. Sila ambil perhatian!

Keempat - Apabila diperhatikan maksud penjelasan tersebut, maka jelaslah mereka yang disucikan tidak lain dan tidak bukan hanyalah Ahlu Bait (Ahli keluarga yang suci) Rasulullah s.a.a.w Itulah yang dimaksudkan 'al-Qurba' menerusi surah asy-Syura ayat 22 dan juga surah al-Ahzab ayat 33 berikut yang berbunyi:
"Sesungguhnya Allah hendak menghilangkan kenistaan (kekotoran jiwa) kamu hai Ahlu Bait dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya (mensucikan)"

Selain itu juga, apa yang sangat dapat dipastikan menerusi penelitian ayat ini juga para Ahlul Bait Nabi s.a.a.w adalah suci dari segala perbuatan yang tidak baik dan keji secara terang-terangan atau tersembunyi, sejak dari usia dini hingga wafat samada disengajakan atau tidak, bahkan mereka juga wajib terpelihara dari sifat lalai, salah dan lupa        .Perhatikan pendapat para ulama berikut mengenainya:

1- Ibnul Arabi menerusi kitabnya al-Futuhatul Makiyyah Bab:29 yang membicarakan keagungan Nabi s.a.a.w ia memberi ulasan bahawa baginda dan Ahlul Baitnya telah disucikan dengan sesuci-sucinya dan telah dibersihkan dari ar-Rijs iaitu semua perkara yang dapat mencemarkan kemuliaan mereka. Ar-Rijs menurut bahasa arab adalah kotor.
2- Ibnu Jarir at-Thabari didalam kitabnya Tafsir at-Thabari mengatakan bahawa sesungguhnya Allah berkehendak untuk menghilangkan as-Suk (kenistaan) dan al-Fahsya`(kekejian) dari mereka dan mensucikan mereka dari kotoran yang timbul akibat maksiat dengan sesuci-sucinya.

3- Ibnu Hajar al-Haitami dalam bukunya As-Sawa`iqul Muhriqah ia menjelaskan bahawa ayat tersebut adalah sumber keutamaan Ahlul Bait Nabi sebab ia memuat beberapa keindahan, keutamaan mereka dan perhatian dari Allah atas mereka. Ayat tersebut diawali dengan kata innama (hanya semata-mata) yang berfungsi sebagai pembatas kehendak Allah untuk menghilangkan ar-Rijs – yang beerti dosa atau ragu terhadap apa yang seharusnya diyakini – hanya dari mereka saja dan mensucikan mereka sesuci-sucinya dari semua akhlak dan tingkah laku yang tercela.(10)

4- Jalaluddin as-Suyuthi dalam bukunya Al-Iklil Fi Istimbatil Tanzil mengatakan bahawa berdalilkan ayat inilah mereka yang berpendapat bahawa ijma Ahlul Bait adalah hujjah sebab kesalahan itu adalah ar-Rijs yang tidak mungkin ada pada mereka. (11)

Berdasarkan hujjah-hujjah ulama diatas maka kita dapat mengetahui bahawa kemaksuman Ahlul Bait yang diyakini oleh penganut Syiah Imamiyah juga diakui oleh tokoh-tokoh ulama Ahlus Sunnah kerana kenyataan-kenyataan mereka jelas mengacu pada erti tersebut.

Kemaksuman Ahlul Bait itu harus kita fahami pada beberapa segi:

1- Maksum dari kesalahan dalam menyampaikan ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.a.w.
2- Maksum dari menerjang larangan dan maksiat serta semua yang tidak dibenarkan dalam ajaran Islam.

Dengan kata lain mereka maksum dari kesalahan dan dosa. Oleh kerana itu orang yang menelusuri jejak Ahlul Bait dan mengikuti ajaran yang mereka bawa pasti akan selamat dari kesesatan, ketidakpastian arah dalam melangkah menuju al-Haq (kebenaran) dan akan selalu mesra aman pada hari dimana manusia ketakutan iaitu kiamat sebagaimana janji Rasulullah s.a.a.w dalam hadits ats-Tsaqalain yang shahih dan masyhur itu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


UdiNo This user has been deleted
Post time 14-8-2003 12:30 AM | Show all posts

Meniti Kebenaran -7

Perkara ini adalah jelas kerana mereka adalah penerus kepada dakwah Islam iaitu risalah suci yang dibawa oleh Nabi s.a.a.w  sebagaimana Empunya Islam iaitu Allah yang Maha Suci, mengutus malaikat Jibril yang suci untuk dikirimkan kepada Rasulullah s.a.a.w yang juga suci untuk menyebarkan agama yang Haq lagi suci, maka penerus dakwah Islam itu juga wajib suci bagi menjamin ketulenan dan kesejatian Aqidah Islam agar tidak tercemar dengan kefahaman manusia yang penuh dengan was-was syaitan dan kemunafikan. Atas dasar itulah wajib penerus dakwah Islam itu bertali arus dalam kesucian dan berada dibawah pemeliharaan Allah s.w.t dalam segala hal.Selain itu juga, bukan satu perkara yang remeh apabila sesuatu perkara itu digandingkan bersama dalam memberi penekanan tentang pripentingnya perkara tersebut. Sebagaimana wasiat Nabi yang menganjurkan bahkan mewajibkan agar berpegang teguh kepada al-Quran yang suci dan terpelihara, tidak terdapat sebarang kebatilan padanya bahkan barangsiapa yang meraguinya akan termasuk dalam golongan kafir, lalu dalam masa yang sama baginda menggandingkan bersama al-Quran itu perlu kepada Ahlul Baitnya kerana hanya semata-mata merekalah yang lebih layak memahami al-Quran dan diikuti.

Sekiranya Ahlul Bait itu tidak suci dan hanya cukup dengan bertaqwa maka ini akan membawa kerosakan bahkan berlaku kesalahan dalam memahami dan menyebarkan kesucian Islam. Perhatikan ayat berikut yang difirmankan oleh Allah di dalam surah al-`Aaraf: 201
"Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa bila mereka ditimpa was-was dari syaitan, mereka ingat pada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat kesalahan-kesalahannya"

Ayat ini jelas membuktikan bahawa mereka yang bertaqwa juga masih mampu diganggu dan diragukan oleh Syaitan durjana lalu membuat kesalahan. Jadi bagaimanakah kita umat Islam mahu mengikut seseorang jika dia sendiri tidak suci dan boleh membuat silap, apatah lagi dalam soal keagamaan khususnya aqidah kepada Allah. Disini maka jelaslah para Ahlul Bait itu suci agar terjamin kebenaran dan kesucian Islam.

Berdasarkan perkara itulah maka Rasulullah s.a.a.w bersabda:

"Sesungguhnya perumpaan Ahli Baitku ditengah-tengah kalian laksana bahtera Nuh, siapa menaikinya selamat dan siapa yang meninggalkannya tenggelam  (12)

Maka disini jelaslah bahawa hadith yang mengatakan agar berpegang kepada al-Quran dan Ahlul Bait adalah lebih tepat berlandaskan nas dan penelitian diatas tadi.
Alasan menolak hadith "Berpegang kepada al-Quran dan Sunnah"
       
Pertama - Sunnah yang bermaksud perkataan, perbuatan, pengakuan atau tindakan Nabi s.a.a.w telah dilarang penulisan dan pembukuannya kerana kononnya takut bercampur dengan al-Quran. Al-Quran adalah Kalamullah, menafsirkan al-Quran beerti menerangkan Sunnah. Jadi apakah Sunnah cukup hanya dengan dihafal oleh sahabat-sahabat tetapi setelah baginda Rasulullah wafat maka apakah yang akan terjadi kepada pada orang-orang kemudian? Dan apakah pula sumber rujukan mereka?. Tambahan pula hadith Nabi yang berangka ratusan ribu, sementara para sahabat telah berpindah-randah dan bertebaran ke seluruh pelusuk negara, apakah mungkin SELURUH Sunnah Nabi itu di HAFAL oleh orang perseorangan?


Semasa baginda Rasulullah s.a.a.w mengajar (menyebarkan Sunnah) bukan semua para sahabat datang menghadirkan diri, dan yang paling pasti hanya keluarga terdekat baginda yang sering ada mendengar, dan menerima ajaran baginda. Maka adalah logik sekiranya Ahlul Bait baginda yang menerangkan Sunnah kerana jelas imam Ali mempunyai catitan peribadi sendiri. Ramai para sahabat tidak dibenarkan menulisnya kerana ditakuti tidak adil, kurang faham bahkan bukan merupakan orang yang disucikan.

Kedua - Rasulullah ada menyuruh Ali untuk menulis surat untuk dikirimkan kepada raja-raja sebagai menyampaikan seruan Islam dan ini beerti imam Ali dibenarkan menulis Sunnah. Dikatakan juga ada sahabat lain disuruh menulis Sunnah tetapi diawasi. Dukacitanya ketika Rasulullah menyuruh Ali atau orang lain menulis Sunnah didalam peristiwa 'Hari Khamis', ketika itu Rasulullah sedang dalam keadaan gering, tiba-tiba ia dilarang oleh Umar lalu suasana di rumah baginda menjadi medan bertekak dan marah kepada Umar malah hampir bergaduh. Lalu Umar berkata 'Cukuplah bagi kami Kitab Allah' bahkan ada yang sanggup mengatakan bahawa Nabi telah nyanyuk! Kata-kata ini bermakna dengan Quran sahaja sudah cukup dan tak perlu lagi menulis wasiat?! Lalu majlis bersurai dengan penuh kehampaan dan setelah itu Rasulullah berbisik-bisik sesuatu kepada Ali kemudian baginda wafat dipangkuan Ali.(13)

Bukankah hadith Bukhari dan Muslim adalah yang paling shahih selepas al-Quran disisi Ahlus Sunnah. Maka dari itu berikanlah penelitian sejauh mana kebenaran kata-kata saya ini.

Ketiga - Rasulullah s.a.a.w berwasiat supaya mengikut al-Quran dan Sunnahnya, riwayat lain pula menambah Sunnah Khulafa`ar-Rasyidin. Kini menjadi tiga cabang wasiat. Khulafa ar-Rasyidin dimaksudkan ialah Sunnah AbuBakar, Umar dan Utsman sementara imam Ali disenaraikan sebagai Khulafa ar-Rasyidin keempat oleh imam Abu Hanifah. Siapakah gerangan sebenar orang-orang dimaksudkan Khulafa ar-Rasyidin itu?Keempat - Bagaimanakah mungkin Rasulullah meninggalkan Sunnahnya kepada Khulafa ar-Rasyidin Abu Bakar dan Umar sedangkan mereka sendiri tidak memahami Sunnah yang betul dalam memahami al-Quran dan perintah Nabi. Bukankah pernah dilaporkan bahawa Abu Bakar ketika dia ditanya tentang firman Allah didalam surang `Abasa: 31 yang bermaksud:

"…dan buah-buahan serta rumput-rumputan.."

Abu Bakar menjawab: " Langit mana yang menaungiku dan bumi mana yang mengangkatku, kalau aku mengatakan apa yang aku tidak aku ketahui dalam kitab Allah!" (14) Jika mahu saya huraikan tentang ketidaktahuan Abu Bakar, Umar, Utsman serta sahabat lain tentang kefahaman al-Quran dan Sunnah Nabi terlalu banyak yang boleh disebutkan seperti persoalan bahagian harta pusaka yang dituntut oleh seorang nenek kepada Abu Bakar dan beliau tidak tahu mengenainya hinggalah Mughirah bin Syukbah memberitahunya bahawa Nabi memberi bahagian nenek itu sebanyak 1 / 6. (15)  

Bahkan yang paling tidak dapat dibayangkan iaitu Abu Bakar pernah membakar 500 buah hadith simpanannya. (16)

Sementara khalifah Umar pula bagaikan tidak percaya kepada Abu Musa al-Asy`ari bila beliau mengkhabarkan padanya tentang tetamu apabila datang memberi salam kepada tuan rumah sebanyak 3 kali tetapi tidak dijawab, maka pulanglah. Hinggakan beliau diberi ancaman pukul sekiranya tidak dapat menghadirkan saksi bagi riwayat hadits Abu Musa. (17)  

Mengapa dan kenapa beliau tidak percayakan sahabat Nabi sendiri? Mesti ada sebab!

Seperti juga yang sebuah hadits diriwayatkan dari Qurzah bin Ka`ab bahawa beliau dilarang oleh Umar dari meriwayatkan sebarang hadits. (18)

Begitu juga yang beliau lakukan kepada Abu Hurairah sepertimana pengakuan Abu Hurairah sendiri bahawa sekiranya beliau meriwayatkan sebarang hadits pada zaman hidupnya Umar maka beliau akan dipukul dengan tongkatnya. (19)

Manakala khalifah Utsman pula pernah memberi amaran kepada orang ramai dengan berkata: Jangan sekali-kali seorangpun (dari kalian)  meriwayatkan sebuah hadits pun dari Rasulullah yang aku tak pernah dengar pada zaman Abu Bakar dan Umar! (20)
Reply

Use magic Report

UdiNo This user has been deleted
Post time 14-8-2003 12:34 AM | Show all posts

Meniti Kebenaran-part8

Disini adalah jelas bukan semua orang memahami Sunnah, tetapi yang lebih mengetahui adalah insan yang disabdakan Nabi pada hari Arafat ketika haji Wada`yang berbunyi:

"Ali adalah sebahagian dari aku dan aku adalah sebahagian dari Ali. Tidak sepatutnya menyampaikan (atas namaku) kecuali aku sendiri atau Ali " (21)

Sabda baginda lagi yang bermakna:

"Wahai Ali, tidaklah dihalalkan bagi orang junub untuk tinggal di Mesjid selain aku dan engkau"  (22)

Sabdanya lagi yang berbunyi:"Ali adalah pintu ilmuku, dan dia menjelaskan bagi umatku sepeninggalanku tentang apa yang aku tuliskan kerananya. Mencintainya merupakan tanda keimanan dan membencinya merupakan tanda kemunafikan"  (23)

Persoalannya sekarang umat sekarang tidak membenci Ali dan memeranginya – tidak seperti umat dahulu - . Tetapi adakah kita merujuk khusus dari orang suci ini tentang cara solat, puasa, zakat, khumus, haji – Muamalat, munakahat, dan jenayat serta lain lagi? Nabi Muhammad s.a.a.w bersabda lagi:

"Sesungguhnya Allah telah berpesan kepadaku bahawa Ali (pembawa) panji kebenaran. Imam para waliku (imam kepada pengikut Muhammad) dan cahaya yang mentaatiku. Dan itulah ikrar yang aku tetapkan keatas kaum muttaqin (yang bertaqwa)"  (24)
Menerusi hadith-hadith tersebut dapat difahami bahawa imam Ali merupakan batang tubuh Rasulullah cuma beliau bukanlah seorang Nabi.

Tetapi apakah bukti yang paling kukuh bahawa imam Ali itu bagaikan batang tubuh Nabi sendiri?

Perhatikan firman Allah didalam surah ali-Imran: 61 yang bermaksud:

"Siapa yang membantahmu tentang kisah sesudah datang ilmu (yang meyakinkan kamu) maka katakanlah (kepadanya): Marilah kita memanggil anak-anak kami dan anak-anak kamu, perempuan-perempuan kami dan perempuan-perempuan kamu, diri kami dan diri kamu, kemudian marilah kita bermubahalah kepada Allah dan kita meminta laknat Allah ditimpakan kepada orang-orang yang dusta"
Sebab turunnya ayat ini adalah dimana terdapat golongan Nasrani yang tidak bersetuju terhadap ajaran Muhammad s.a.a.w yang mendakwa bahawa Isa a.s adalah seperti kejadian Adam a.s iaitu dari tanah, sebaliknya mereka mengatakan Isa itu putra Allah. Maka dengan alasan tersebut serombongan Nasrani dari Najran tiba seramai 60 orang berkuda lengkap dengan pakaian kebesaran negara mereka datang menemui Rasulullah s.a.a.w semata-mata untuk mempelawa baginda membuktikan kebenaran Islam lalu turunlah ayat tersebut.  

Berdasarkan perintah Allah tersebut maka Rasulullah s.a.a.w terus mengajak mereka bermubahalah. Siap dengan berserban hitam baginda mengkelek Husein dan mentontoni Hasan, sementara Fatimah berjalan dibelakang manakala Ali berjalan dibelakang Fatimah lalu baginda bersabda: "Jika aku berdoa didalam upacara Mubahalah ini, kamu semua tolong mengaminkannya". Tetapi belum sempat Nabi berdoa, golongan Nasrani Najran memohon perdamaian dengan sanggup membayar wang perlindungan dan duduk dibawah naungan kerajaan Islam. Abu Haritsah bin al-Qamah selaku ketua pendita mereka berkata: "Jika terjadinya bencana akibat Mubahalah nescaya agama Nasrani pasti akan terus terkubur!" (25)

Berdasarkan tafsiran ayat dengan sokongan sebab turun ayat ini, jelas membuktikan bahawa Rasulullah s.a.a.w menampilkan Ahlul Baitnya yang diketengahkan sendiri oleh Allah s.w.t. Tafsiran adalah seperti berikut:

1- 'Abna ana' bermaksud Anak-anak kami ditonjolkan Hasan dan Husein.
2- 'Nisa ana' bermaksud Perempuan-permpuan kami ditonjolkan Fatimah az-Zahra`
3- Anfusana' bermaksud Diri diri kami ditonjolkan Ali bin Abi Thalib.
Berdasarkan tafsiran ini jelas memaparkan bahawa Ali adalah diri Rasulullah juga. Sudah jelaskah keterangan ini?!

Maksud yang tersirat boleh kita fahami al-Quran hanya dapat difahami oleh Rasulullah dan Ali sahaja. Sepeninggalan Rasulullah, Ali bertindak sebagai pengganti Rasulullah dalam memberi penerangan tentang maksud isi al-Quran kepada umat. Mengajar segala perintah dan larangan-Nya. Ali juga bertindak selaku penterjemah kepada Sunnah Rasulullah kerana bukan sebarangan orang yang boleh menghuraikan al-Quran.

Jika pengajaran Sunnah diterima bukan bersumber dari orang maksumin (orang-orang yang disucikan) pasti ajaran islam itu tidak terjamin ketulenannya atau kesamaran kebenarannya. Tidak hairanlah timbul berbagai aliran dan mazhab untuk menerangkan Islam. Akhirnya Islam jadi berbagai-bagai.
Rasulullah dan Ali merupakan al-Quran berjalan sementara Ahlul Baitnya yang suci merupakan penterjemah kepada Sunnah. Mereka mengajar dan menjadi contoh samada dalam bidang ibadah, muamalat, munakahat, jenayat, akhlak dan lain-lain. Mengikuti mereka merupakan mengikuti Sunnah Rasulullah.

Saya rasakan anda yang dapat berfikir dengan waras boleh menerima hujjah-hujjah yang telah saya kemukakan dalam soal pegangan Aqidah Syiah Imamiyah terhadap Ahlul Bait Nabi sepeninggalan baginda s.a.a.w. Ianya sangat jelas bahkan bagaikan terang lagi bersuluh kerana ia adalah saranan dan perintah Nabi agar berpegang kepada mereka disamping al-Quran, agar umat Muhammad TIDAK AKAN SESAT buat SELAMA-LAMANYA. Manakala seluruh hujjah-hujjah Syiah Imamiyah bukan bersumberkan kepada kitab-kitab mereka sahaja bahkan seluruh kitab-kitab muktabar yang dipegang teguh oleh golongan Ahlus Sunnah sebagaibahan rujukan yang mendukung Aqidah mereka.

Fikirkan Dengan Sebaiknya! Dan Rujuklah Kitab-Kitab Anda!

Inilah sedikit daripada penjelasan Syiah Imamiyah tentang Pokok Aqidah Pegangan mereka. Mereka berpegang kepada Ahlul Bait Nabi atas dasar kesucian mereka dari melakukan ,dosa, kesalahan dan kesilapan dalam MENYAMPAIKAN risalah yang dibawa oleh baginda Rasulullah s.a.a.w. Atas dasar itulah baginda memerintah agar berpegang teguh kepada Al-Quran Dan Ahlul Baitnya kerana keduanya menjamin seseorang itu agar Tidak Akan Sesat Suat Selama-Lamanya.
Kini, saya mahu menjelaskan pula tentang masalah pokok yang kedua iaitu siapakah mereka yang digelar Ahlul Bait Nabi. Sila ikuti huraian saya mengenainya,

Pokok Kedua
"Siapakah Sebenarnya Ahlul Bait Nabi s.a.a.w?"

Kini kita perbincangkan masalah bagi persoalan tentang manusia yang diwajibkan Nabi mengikut mereka sesudah kewafatan baginda iaitu Ahlul Bait. Segalanya berdasarkan kepada firman Allah s.w.t menerusi surah al-Ahzab: 33 yang bermaksud:

Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu hai Ahlul Bait dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya"

Sebelum saya membuktikan bahawa ayat ini turun untuk menjelaskan keutamaan Ahlul Bait dan mengungkap beberapa kandungannya. Sebaiknya saya bawakan atau sebutkan beberapa pendapat para ulama Ahlus Sunnahmengenai perkara ini. Mereka berselisihan pendapat siapakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan kata Ahlul Bait dalam ayat ini.
Reply

Use magic Report

UdiNo This user has been deleted
Post time 14-8-2003 12:41 AM | Show all posts

Meniti Kebenaran -9

Pendapat Pertama: Ahlul Bait adalah isteri-isteri Rasulullah s.a.a.w

Pendapat yang mengatakan bahawa Ahlul Bait itu adalah isteri-isteri Nabi s.a.a.w adalah Ikrimah al-Barbari al-Khoriji (26), Muqatil, Atho`, Urwah bin Zubair (27), An-Nasyasyibi dan Ehsan Ilahi Zohir. Mereka semua hanya bersandarkan kepada dalil dengan Siyaqul Ayat (konteks ayat).

Ulasan

Pendapat ini tidak didukung oleh dalil-dalil yang kuat. Ianya jelas lemah dengan alasan berikutertama - Banyak hadits shahih yang mengatakan bahawa ayat tersebut turun khusus untuk Ahlul Bait bukan untuk yang lainnya. Akan saya sebutkan riwayat-riwayatnya.

Kedua - Seandainya ayat tersebut turun untuk isteri-isteri Nabi, maka tentulah dhamir (kata ganti) yang dipakai adalah kata ganti khusus bagi wanita (dhamir muannats) "Kunna". Akan tetapi pada ayat tersebut menggunakan kata ganti "Kum" yang menunjukkan kepada kata ganti untuk lelaki (dhamir muzakkar).

Al-Kalbi didalam buku tafsirnya 'At-Thasil' membantah pendapat yang mengatakan bahawa Ahlul Bait itu adalah isteri-isteri Nabi dengan alasan bahawa kata ganti orang kedua memakai dhamir muzakkar. Seandainya yang dimaksudkan adalah isteri-isteri Nabi, maka sudah tentu dhamir yang dipakai adalah 'Kunna' bukan 'Kum'. Selain itu telah diriwayatkan bahawa Nabi bersabda:

"Ayat ini turun untuk 5 orang iaitu: Aku (Nabi), Ali, Fatimah, Hasan dan Hussein"

Sayyid Alwi bin Thohir al-Haddad berkata:

"Jika ayat itu turun untuk isteri-isteri Nabi, maka tentunya pembicaraan akan tetap tertuju kepada mereka sebagaimana dalam ayat-ayat sebelumnya. Akan tetapi, penggunaan dhamir muzakkar menunjukkan bahawa pembicaraan (khitob) bukan tertuju pada mereka. Adapun perletakan ayat ini ditengah ayat-ayat yang membicarakan isteri-isteri Nabi s.a.a.w adalah menunjukkan adanya hikmah pada perintah-perintah yang diwajibkan ke atas isteri-isteri Nabi tersebut. Dan ini cukup sebagai alasan peletakannya, bahkan sekaligus menggugurkan alasan mereka yang menjadikan Siyaqul Ayat (konteks ayat) sebagai dalil bahawa ayat ini untuk isteri-isteri Nabi " (28)

Sementara al-Alamah Sayyid Muhammad Hussein at-Thaba` Thabaie dalam tafsirnya 'al-Mizan' berkata:

"Jika ada yang berkata pendapat (yang berhujjah bahawa ayat ini turun khusus untuk Ahlul Bait) terbantah dengan al-Quran sendiri dengan alasan ayat ini mencakupi isteri-isteri Nabi disebabkan ia terletak bersama ayat-ayat yang membicarakan mereka, maka kami akan berkata, perkara itu mungkin boleh dibenarkan sekiranya ayat itu sememangnya dalam rangkaian ayat-ayat isteri Nabi. Akan tetapi, terdapat riwayat-riwayat yang cukup banyak telah membuktikan bahawa ayat 33 itu turun sendirian (tidak bersama ayat-ayat berkaitan isteri-isteri Nabi tersebut). Bahkan tidak ada satu riwayat pun yang mengatakan bahawa ayat itu turun bersamaan bergandingan) dalam rangkaian ayat isteri-isteri Nabi, juga tidak ada seorangpun meskipun dari orang yang berpendapat bahawa ayat itu khusus untuk isteri-isteri Nabi menyebutkan ayat tersebut menurut kronologis turunnya termasuk dalam bahagian ayat-ayat isteri-isteri Nabi dan bergandingan dengannya. Ia diletakkan bersama ayat itu dengan petunujk Nabi atau oleh para sahabat ketika menyusun ayat-ayat al-Quran sepeninggalan Nabi s.a.a.w"

"Dan yang mengukuhkan pendapat ini ialah jika ayat Thathir ini diletakkan (atau dialihkan) dari kedudukannya, nescaya ayat setelahnya (Waqarni Fi Buyutikunna) masih tetap bersambung dan sesuai dengan ayat-ayat sebelumnya. Kedudukan ayat Thathir terhadap ayat 'Waqarni fi BuyutiKunna' seperti kedudukan ayat 'Alyauma Yaiesal Lazina Kafaru min…' terhadap ayat yang menyebutkan jenis makanan yangdiharamkannya pada surah al-Maidah " (29)

Manakala Sayyid al-Amir Muhammad al-Khadhimi al-Qazwini pula berkata:

"Riwayat tentang turunnya ayat ini untuk isteri-isteri Nabi bukanlah satu hujjah bahkan tiada satu riwayat pun yang dapat dijadikan dalil bagi mendukung apa yang mereka akui. Ini adalah kerana, riwayat-riwayat tersebut adalah lemah, sementara riwayat yang mengatakan bahawa turunnya ayat itu untuk 5 orang berstatus shahih. Bahkan ada yang mencapai keperingkat teratas dalam keshahihannya menurut pandangan para ulama hadits dari kalangan Ahlus Sunnah ".

"Riwayat yang (lemah sudah tentu bahkan) tidak mungkin dapat bertahan jika dihadapkan dengan yang shahih, sebab riwayat yang lemah tersebut (dhaif) tidak dipakai. Selain itu juga, jalur (sanad) seluruh riwayat tersebut hanyalah berakhir kepada Ibnu Abbas daripada Ikrimah, yang mana individu kedua (Ikrimah) ini identiti (peribadi) keburukannya sudah anda ketahui. Ia amat benci dan anti terhadap Ahlul Bait (Nashibi) bahkan terkenal sebagai pembohong kelas berat menurut Ahlus Sunnah yang berkecimpung dalam penelitian sejarah periwayat hadits (Ilmu ar-Rijal). Oleh kerana itu, riwayat yanh maugufah (yang disandarkan kepada para sahabat) tidak bernilai jika dibandingkan dengan riwayat yang marfu`ah (yang disandarkan kepada Nabi), apalagi jalur periwayatinya adalah orang-orang yang pembohong dan tertuduh tidak baik! " (30)

Ketiga - Seandainya ayat Thathir itu untuk isteri-isteri Nabi, maka tentulah ianya akan bertentangan dengan firman Allah didalam surah al-Ahzab: 30

"Hai ister-isteri Nabi, siapa-siapa diantara kalian yang mengerjakan perbuatan keji yang nyata, nescaya akan dilipat gandakan siksaan kepada mereka dua kali lipat. Dan adalah yang demikian itu mudah bagi Allah"Ayat ini menjelaskan bahawa satu keharusan ister-isteri Nabi ini melakukan dosa dan melampaui segala larangan Allah. Perkara ini sangat-sangat bertentangan dengan penyucian yang terkandung dalam ayat Thathir.

Keempat - Seandainya ayat Thathir itu untuk isteri-isteri Nabi, maka ia akan bertentangan dengan ayat lain menerusi surah at-Tahrim: 5

"Jika Nabi menceraikan kalian, boleh jadi Tuhannya akan memberi ganti kepadanya dengan isteri-isteri yang lebih baik daripada kalian, yang patuh, yang beriman, yang taat, yang bertaubat, yang mengerjakan ibadat, yang berpuasa, yang janda dan yang perawan"

Ayat ini memberi pengertian bahawa Allah telah memberi izin / membolehkan Nabi s.a.a.w untuk menceraikan isteri-isterinya, dan penceraian itu tidak mungkin terjadi kecuali disebabkan mereka telah menyakiti hati dan mengganggu Nabi dengan gangguan yang luarbiasa, kerana tidak mungkin Nabi akan menceraikan mereka tanpa sebab dan alasan. Gangguan serta perlakuan isteri yang kurang baik terhadap Nabi s.a.a.w itu tidak sesuai dengan kesucian yang dimiliki oleh Ahlul Bait.

Kelima - Riwayat Muslim berikut juga membantah pendapat pertama ini.

Pendapat Kedua: Ahlul Bait adalah mereka yang diharamkan menerima zakat

Mereka yang dimaksudkan dalam pendapat ini adalah bani Hasyim. Orang yang berpendapat demikian berlandaskan sebuah riwayat yang dikeluarkankan oleh Muslim dalam kitab shahihnya dari sahabat Zaid bin Arqam, ia ditanya: Siapa Ahlul Bait Nabi itu, isteri-isteri beliau?, Ia menjawab: "Bukan, demi Allah bukankerana seseorang wanita yang bersama suaminya pada satu-satu masa tertentu ia boleh diceraikan dan kemudian pulang ke rumah orang tua dan kaumnyaAhlul Bait Nabi adalah mereka yang haram menerima sedekah (zakat) sepenggalan baginda " (31)

Ulasan

Pendapat ini juga lemah dan tertolak dengan alasan:

Pertama - Apa yang jelas menerusi pemahaman dari sudut konteks hadits dan jawapan tersebut ialah bahawa Zaid bin Arqam tidak bermaksud untuk menjelaskan maksud kata Ahlul Bait yang termuat dalam ayat Thathir.

Kedua - Jika riwayat yang memuatkan penjelasan Zaid bin Arqam dan upayanya untuk menjelaskan maksud kata Ahlul Bait itu shahih, maka itu boleh dianggap hanya sekadar ijtihad dan fahaman peribadinya. Oleh sebab itu, pendapat tersebut tidak dapat dijadikan sandaran untuk membantah penjelasan dan penafsiran Nabi yang termuat didalam banyak riwayat yang shahih.

As-Sayyid Alwi bin Thohir al-Haddad mengatakan:

"Sesungguhnya telah terdapat hadits shahih yang mengatakan bahawa ayat itu tertuju kepada Ahlul Bait dan hanya untuk mereka sahajalah yang dimaksudkan didalam ayat tersebut. Menerima penjelasan dan penafsiran Nabi itu wajib bagi seseorang Muslim, manakala penjelasan dan pendapat lain yang bertentangan dengan penjelasan dan keterangan Nabi tidak sesuai untuk dinilai dan dihormati"

Kata beliau lagi:"Tinggalkan seluruh pendapat kecuali ucapan Muhammad,Ketika matahari terbit, lenyaplah kilauan bintang " (32)

Pendapat Ketiga: Ahlul Bait adalah isteri-isteri Nabi dan keluarganya

Sebahagian para ulama seperti Ibnu Katsir, Ibnu Hajar al-Haitami, al-Qurthubi, al-Baidhawi, Syeikh Abu Yusuf an-Nabhani dan lain-lain menganggap bahawa ayat Thathir turun untuk isteri-isteri Nabi dan Ahlul Baitnya. Pendapat ini cuba menggabungkan diantara riwayat shahih dan Siyaqul Ayat (konteks ayat).

Mereka yang berpendapat begini beranggapan bahawa ayat tersebut turun untuk isteri-isteri Nabi dengan alasan mereka (isteri-isteri Nabi) tinggal di rumah-rumah Nabi, manakala digandingkan dengan Ahlul Bait iaitu Ali, Fatimah, Hasan dan Husein kerana mereka adalah penyambung keturunan Nabi s.a.a.w dan mereka adalah sebagai penyebab turunnya ayat Thathir tersebut.
Reply

Use magic Report

UdiNo This user has been deleted
Post time 14-8-2003 12:49 AM | Show all posts

Meniti Kebenaran -part10

Syeikh Yusuf an-Nabhani mengatakan bahawa menurut pendapat jumhur ulama, yang dimaksudkan dengan kata Ahlul Bait dalam ayat tersebut adalah mencakupi 2 kelompok iaitu isteri-isteri Nabi dan juga keluarganya (Ahlul Bait) bagi mengamalkan dan menyatukan seluruh dalil.

Manakala Al-Maqrizi menyatakan bahawa dalil jumhur adalah kata 'Kum' dan 'Minkum'. Seandainya ayat tersebut dimaksudkan hanya untuk isteri-isteri Nabi, maka tentulah digunakan kata 'Kunna' dan 'Minkunna'.

Sementara Ibnu Athiyah pula berpendapat bahawa isteri-isteri Nabi tidak mungkin terkeluar dari kata 'Ahlul Bait'.Ulasan

Pendapat-pendapat diatas tertolak dengan alasan-alasan berikut:
Pertama - Berhujjah dengan Siyaqul Ayat sudah jelas tertolak sebagaimana alasan dan hujjah yang saya kemukan dalam membidas pendapat yang pertama. (Sila Rujuk)

Kedua - Tidak ada riwayat dari Nabi yang menunjukkan bahawa isteri-isteri baginda tergolong dalam kata AhlulBait yang disucikan dari segala dosa melainkan dua riwayat berikut:

a-        Riwayat imam Ahmad bin Hanbal daripada Ummu Salamah (isteri Nabi) yang berbunyi:
"…kemudian aku (Ummu Salamah) berkata: Wahai Rasulullah, bukankah aku juga Ahlimu (keluargamu) mu? Nabi menjawab: Ya, dan masuklah kedalam selimut ini. Lalu aku masuk setelah baginda SELESAI membacakan doa untuk sepupunya (juga menantunya iaitu Ali), kedua cucunya (Hasan dan Husein) dan puterinya (Fatimah) "

b-        Riwayat Ibnu Abi Syaibah dan Ibnu `Asakir yang bersumber daripada Watsilah yangmana didalam riwayat keduanya terdapat kata-kata sebagai berikut:

"Ya Rasulullah, aku juga sebahagian dari ahlimu?, baginda menjawab: Ya, kamu termasuk keluargaku (ahl)"
Menerusi kedua-dua riwayat (a & b) tersebut, perlu kita ketahui bahawa:

1-        Kedua-dua riwayat tersebut tidak mungkin dapat menggoyah kedudukan riwayat-riwayat yang lain yang mengatakan bahawa ister-isteri Nabi tidak termasuk Ahlul Bait. Riwayat-riwayat itu adalah lebih kuat sanadnya dan lebih banyak jumlahnya bahkan kandungannya lebih masyhur.
2- Secara keseluruhan riwayat yang bersumber daripada Ummu Salamah selain riwayat diatas, Nabi s.a.a.w melarang beliau untuk masuk kedalam selimut bersama Ahlul Baitnya.

Didalam riwayat tersebut ada disabdakan oleh baginda kepadanya (Ummu Salamah) yang berbunyi:

"Tetaplah pada tempatmu, engkau berada di tempat kebaikan"

Juga sabda baginda: " Engkau mengarah kepada kebaikan " Lalu Ummu Salamah berkata: " Maka Nabi menarik kain itu dari tanganku (ketika aku berusaha untuk masuk kedalam selimut). Dan baginda bersabda: " Engkau termasuk isteri-isteri Nabi "
Kenyataan-kenyataan diatas tersebut jelas membantah bahkan membidas hujjah yang menggolongkan Ummu Salamah kedalam lingkungan Ahlul Bait yang dimaksudkan oleh ayat Thathir yang turun dirumahnya (1), apalagi isteri-isteri Nabi yang lain. Selain itu, apakah nilai sebuah riwayat dhaif yang syadz (teksnya menyimpang) dibandingkan dengan riwayat-riwayat yang shahih?

Didalam riwayat imam Ahmad diatas, Ummu Salamah berkata: " Bukankah aku keluargamu? " Lalu Nabi menjawab:" Ya " Meskipun begitu, bukankah Ummu Salamah juga mengatakan bahawa beliau masuk kedalam selimut  setelah baginda SELESAI mendoakan untuk sepupunya (juga menantunya iaitu Ali), kedua cucunya (Hasan dan Husein) dan puterinya (Fatimah)?.

Kenyataan ini juga jelas membuktikan bahawa Ummu Salamah bukan dari golongan Ahlul Bait Nabi s.a.a.w, begitu juga Watsilah dengan alasan keizinan Nabi dan juga ucapan baginda kepada mereka adalah SELEPAS baginda selesai berdoa.

2-        Didalam hadits riwayat Muslim dari Zaid bin Arqam dinyatakan bahawa isteri-isteri Nabi bukanlah Ahlul Bait Nabi s.a.a.w (Sila rujuk diatas)
3-        As-Sayyid al-Alamah Abu Bakar Ibnu Syihabuddin al-Alawi membantah pendapat diatas dengan mengatakan bahawa pendapat tersebut tidak sesuai dengan riwayat-riwayat shahih.

Lebih lanjut lagi beliau mengatakan bahawa seandainya isteri-isteri Nabi selain Ali, Fatimah dan kedua putranya juga dikira sebagai Ahlul Bait, sementara pada saat ayat itu turun mereka itu ada bersama baginda, maka Nabi pasti akan mengatakan bahawa: " Mereka adalah sebahagian  dari Ahlu Baitku " (Ha Ula Min Ahli Baiti). Akan tetapi, kenyataan baginda hanya membatasi pengertian Ahlul Bait hanya pada Ali, Fatimah, Hasan dan Husein. Bahkan pembatasan ini sudah tentu dilaksana berdasarkan wahyu dari Allah.Pendapat yang diakui oleh banyak ulama dan tokoh-tokoh penting Islam serta didukung oleh dalil-dalil yang kuat mengatakan bahawa yang dimaksudkan dengan Ahlul Bait Nabi dalam ayat tersebut adalah imam Ali, Fatimah, Hasan dan Husein.

Yang menafsirkan bahawa Ahlul Bait adalah hanyalah Ali, Fatimah, Hasan dan Husein (tidak termasuk isteri-isteri Nabi) adalah Nabi s.a.a.w sendiri. Menerima penafsiran Nabi selaku penerima dan penjelas erti wahyu adalah suatu kemestian yang tidak boleh disangkal.(33)

Pendapat Keempat: Sebahagian Ulama Ahlus Sunnah lebih condong untuk meluaskan dan melebarkan sayap bagi pengertian Ahlul Bait. Mereka berhujjah dengan mengatakan bahawa didalam masalah diharamkan zakat bagi Ahlul Bait, mereka adalah bani Hasyim dan bani Abdul Muthalib, tetapi dalam hal doa Rasulullah s.a.a.w kata 'Ahlul Bait' yang dimaksudkan adalah untuk semua mukmin yang bertaqwa.(34)

Ulasan

Pertama - Pendapat ini hanyalah bersandarkan kepada sebuah riwayat yang lemah yang berbunyi:

"Keluargaku (Aali) adalah setiap mukmin yang bertaqwa"

Riwayat yang dinyatakan oleh golongan ini sangat lemah dan tidak sesuai dijadikan sandaran dan hujjah bagi menyokong sesebuah pendapat. Ibnu hajar al-haitami mengatakan bahawa riwayat: "Keluargaku (Aali) adalah setiap mukmin yang bertaqwa " adalah lemah sekali.(35)
Kedua - Pendapat diatas amat lemah sekali. Ia tidak lebih dari sekadar usaha menjauhkan umat dari panutannya. Bahkan ia merupakan salah satu contoh penyelewengan al-Quran yang jelas dilakukan oleh umat Islam sendiri. Penyelewengan dan pemalsuan dari segi erti dan kandungannya serta memutarbelitkan dari maksud sebenar, sebagaimana yang dinyatakan oleh Nabi dan para imam suci Ahlul Bait Nabi s.a.a.w.(36)

Itulah beberapa pendapat ulama Ahlus Sunnah Wal Jamaah yang menonjol dalam menafsirkan maksud dari kata Ahlul Bait. Selain pendapat diatas, masih banyak lagi pendapat-pendapat lain yang sengaja tidak saya sebutkan dalam rislaj kecil ini. Pendapat-pendapat tersebut disamping tidak mempunyai dalil-dalil yang kuat, juga kurang banyak dikenali.Pendapat Yang Haq
Ahlul Bait adalah Nabi Muhammad, Ali bin Abi Thalib, Fatimah az-Zahra`, Hasan dan Husein
Setelah kita membahas dan membidas pendapat-pendapat diatas tadi, maka kita telah dapat mengetahui bahawa seluruh pendapat tersebut adalah lemah kerana tidak ada dalil-dalil yang handal dan tahan diuji untuk menguatkan pendapat itu.

Oleh yang demikian, disini saya ingin membahas dan membentangkan pendapat yang dipilih banyak dari kalangan ulama tafsir dan hadits. Ini adalah kerana dalil-dalil bagi menyokong pendapat ini cukup kuat dan banyak. Sebahagian besar hadits yang mendukung pendapat tersebut adalah shahih dan dapat dijadikan sandaran bagi menyokong kekuatan sebuah pendapat.

Selain itu juga, hadits-hadits tersebut telah diriwayatkan oleh lebih kurang 24 orang sahabat. Diantaranya adalah seperti imam Ali bin Abi Thalib, imam Hasan bin Ali, imam Husein, Abdullah bin Ja`afar, Ibnu Abbas, Aisyah, Ummu SalamahAnas, Sa`ad bin Abi Waqqas, Abi al-Hamzah dan Mughaffal. Hadits ini sudah biasa dianggap atau digolongkan mutawatir secara ma`nan (kandungan).

Pendapat tersebut adalah sebagai berikut:

Yang dimaksudkan Ahlul Bait Nabi s.a.a.w yang termuat didalam surah al-Ahzab: 33 tersebut adalah Nabi Muhammad s.a.a.w, Ali bin Abi Thalib, Fatimah az-Zahra`bt. Muhammad Rasulullah, Hasan bin Ali dan Husein bin Ali.

Sebagaimana yang telah saya nyatakan tadi bahawa pendapat ini diperkuatkan oleh banyak hadits dan kenyataan tegas dari Nabi sendiri.

Imam Jalaluddin as-Suyuthi pengarang kitab ad-Durrul Mantsur membawakan hadits tersebut sebanyak 20 riwayat. Hal ini juga dilakukan oleh at-Thabari – Penulis tafsir Ahlus Sunnah yang pertama – dan Ibnu Katsir. Kedua-dua ulama tersebut mencatat dalam karya tafsir besar masing-masing tidak kurang dari 15 riwayat dari jalur (sanad) yang berbeza-beza. Seluruh riwayat tersebut menjelaskan bahawa yang dimaksudkan dengan kata 'Ahlul Bait' adalah orang yang telah disebut diatas iaitu Nabi, Ali, Fatimah, Hasan dan Husein. Bukan isteri-isteri Nabi dan bukan orang lain.

Ayat Thathir Hanya Untuk 5 Orang

Perbahasan berikut akan mengetengahkan beberapa riwayat berhubung ayat at-Thathir. Selain riwayat-riwayat tersebut, kami akan sebutkan juga riwayat lain yang termuat didalam karya-karya berharga ulama-ulama Islam. Adapun riwayat-riwayat tersebut adalah:
1-        Imam Ibnu Jarir at-Thabari meriwayatkan sebuah hadits yang dikutip dari seorang sahabat bernama Abu Sa`id al-Khudri. Didalam riwayat tersebut dia mengatakan bahawa Nabi s.a.a.w bersabda:'Ayat ini turun untuk 5 orang iaitu: Aku (Nabi), Ali, Fatimah, Hasan dan Husein (37
Reply

Use magic Report

UdiNo This user has been deleted
Post time 14-8-2003 12:59 AM | Show all posts

Meniti Kebenaran -part11

2-        Imam Muslim dalam kitab shahihnya meriwayatkan sebuah riwayat dari Aisyah. Ia menyatakan bahawa pada suatu pagi, Nabi keluar dengan menggunakan selimut yang dibuat dari wool berwarna hitam. Setelah Hasan datang, Nabi memasukkan Hassan kedalam selimut, datang Husein dimasukkan kedalam selimut, kemudian datang Fatimah lalu baginda memasukkannya kedalam selimut. Akhirnya Ali pula datang dan baginda memasukkannya kedalam selimut sambil membaca ayat (at-Thathir). (38)
3-        Ibnu Hajar al-Haitami menshahihkan riwayat yang menyatakan bahawa Nabi s.a.a.w menyerkup selimut kepada mereka dan bersabda:

" Ya Allah, mereka adalah Ahlul Baitku dan orang-orang khususku. Hilangkanlah dari mereka noda dan sucikanlah mereka sesuci-sucinya"Lalu Ummu Salamah berkata: "Dan aku bersama mereka?! Nabi menjawab: "Kamu berada didalam kebaikan"

Manakala sebuah riwayat dinyatakan setelah Nabi s.a.a.w membaca doa diatas baginda menyebut:

"Aku memerangi terhadap orang yang memerangi mereka, berdamai kepada orang yang berdamai dengan mereka dan memusuhi keatas orang memusuhi mereka"

Sementara riwayat lain disebutkan bahawa Nabi menutupi atas mereka  dengan
selimut dan meletakkan tangan baginda keatas sambil berdoa:

"Ya Allah, mereka adalah keluaga Muhammad. Maka jadikanlah selawat dan keberkatan-Mu keatas mereka. Sesungguhnya Engkau Maha terpuji lagi Maha agung" (39)

1-        Syeikh Yusuf an-Nabhani berkata:

"Hadith itu diriwayatkan dari beberapa jalur hadith yang shahih bahawa Nabi s.a.a.w datang bersama Ali dan Fatimah, lalu mendudukannya dihadapan baginda serta mendudukkan Hasan dan Husein dipangkuannya, kemudian menyerkup mereka dengan selimut dan membacakan ayat Thathir"

Beliau menyambung lagi dengan berkata: "Didalam sebuah riwayat ada disebutkan bahawa Nabi mengatakan:Ya Allah, mereka adalah Ahlul Baitku, maka hilangkanlah noda dari mereka dan sucikanlah mereka sesuci-sucinya" Ummu Salamah berkata: Lalu aku buka selimut itu untuk masuk bersama mereka, tetapi baginda menarik kain dari tanganku, maka aku berkata: "Aku ingin ikut bersamamu wahai Rasulullah". Baginda menjawab:"Kamu termasuk isteri-isteri Nabi berada dalam kebaikan" (40)

2-        Ibnu Katsir didalam tafsirnya telah menyebut tidak kurang dari 15 hadits yang dinyatakan dapat dijadikan dalil bahawa Ali, Fatimah, Hasan dan Husein adalah yang dimaksudkan oleh ayat Thathir. Berikut saya bawakan beberapa riwayat darinya:

a-        Ibnu Abi Hatim meriwayatkan sebuah hadits dari al-`Awam bin Kausyaf dari pakciknya ia berkata:

"Aku bersama ayahku masuk kedalam rumah Aisyah, lalu aku bertanya kepadanya tentang Ali a.s Ia menjawab: "Kamu bertanya kepadaku tentang seorang yang paling dicintai oleh Rasulullah s.a.a.w dan anaknya (Fatimah)orang yang paling baginda cintai, dibawah (tanggungan)nya? Aku benar-benar melihat Rasulullah memanggil Ali, Fatimah, Hasan dan Husein, lalu menyerkup mereka dengan kain, kemudian baginda berkata: "Mereka adalah Ahlul Baitku, maka hilangkanlah noda dari mereka dan sucikanlah mereka sesuci-sucinya" Ia (Aisyah) berkata: "Wahai Rasulullah, aku termasuk Ahlul Baitmu? Baginda menjawab: "Ketepilah, kamu berada diatas kebaikan"

b-        Imam Ahmad dari Ummu Salamah ia berkata:

" Pada suatu hari ketika Rasulullah s.a.a.w berada di rumahku. Pembantu rumah tanggaku berkata: Sesungguhnya Fatimah dan Ali berada didepan pintu. Ummu Salamah berkata: maka Nabi s.a.a.w berkata kepadaku: Bangun dan jauhlah dirimu dari Ahlul Baitku!. Ummu salamah berkata: maka aku pun berdiri dan beredar ke salah satu sudut di rumah, lalu masuklah Ali, Fatimah dan bersama mereka Hasan dan Husein yang saat itu masih kanak-kanak. Kemudian baginda mengambil dan mendudukkannya dipangkuan lalu menciumnya, dan merangkul Ali dengan salah satu tangannya dan Fatimah dengan tangan satunya. Baginda mencium Fatimah dan Ali seterusnya menutupi mereka dengan kain warna hitam kemudian bersabda: Ya Allah, mudah-mudahan aku dan Ahlul Baitku ke syurga-Mu bukan ke neraka-Mu"

c-        Imam Ahmad juga meriwayatkan dari Syaddad bin Ammar ia berkata:

" Aku masuk (untuk menemui) Watsilah bin Asyqa`dan ketika itu disisinya ada sekelompok orang. Mereka menyebut-nyebut tentang Ali lalu mereka mencela dan menghinanya, maka aku pun turut sama mencela Ali. Setelah mereka pergi, Watsilah berkata kepadaku: Mengapa kamu mencela orang itu (Ali)? Aku menjawab: Mereka mencelanya maka akupun turut serta mencelanya. Lantas Watsilah berkata: Mahukah kamu aku beritahu apa yang pernah aku lihat Nabi s.a.a.w telah lakukan? Aku menjawab: Tentu!, Watsilah berkata: Aku datang menemui Fatimah dan menanyakannya tentang Ali, beliau menjawab: Ia (Ali) pergi menemui Rasulullah. Maka akupun duduk dan menunggunya hingga datanglah Rasulullah bersama Ali, Hasan dan Husein yang keduanya dipimpim oleh Nabi dan terus masuk ke dalam rumah. Kemudian Rasulullah mendekatkan Ali dan Fatimah serta mendudukkannya dihadapan baginda dan mendudukkan Hasan dan Husein dipangkuannya lalu menyelimutkan jubah baginda diatas kepala mereka sambil membaca ayat Tathhir (al-Ahzab: 33) lalu bersabda: Ya Allah, mereka adalah Ahlul Baitku, dan Ahlul Baitku lebih berhak"


d-        Ibnu Jarir dari Ummu Salamah berkata:

"Sesungguhnya ayat ini (al-Ahzab: 33) turun dirumahku. Ia berkata: dan aku ketika itu berada dipintu rumah, lalu aku berkata bukankah aku termasuk keluargamu? Baginda menjawab: Kamu mengarah kepada kebaikan, kamu termasuk isteri-isteri Nabi. Selanjutnya ia berkata: dan yang berada dirumah ketika itu adalah Ali, Fatimah, Hasan dan Husein"

Apa yang dilakukan Nabi s.a.a.w setelah turunnya ayat Tathhir?

Telah disebutkan didalam riwayat-riwayat yang shahih bahawa Nabi s.a.a.w setelah turunnya ayat Tathhir, baginda sering mendatangi rumah Fatimah. Setiap kali baginda datang, baginda mengajak untuk solat. Ada yang menyatakan bahawa hal ini dilakukan oleh Nabi selama 6 bulan, dan ada juga yang mengatakan selama 8 bulan, ada juga yang mengatakan selama 9 bulan dan adapula yang mengaksikannya selama 17 bulan. Hal itu bukanlah satu pertentangan dalam riwayat, sebab masing-masing memberitakan apa yang ia saksikan.

Setiap kali Nabi datang baginda akan mengucapkan: Selamat sejahtera wahaiAhlul bait, mari salat semoga Allah merahmati kalian. Sesungguhnya Allah berkehwendak untuk menghilangkan noda dari kalian dan mensucikan sesuci-sucinya"

Abul Hasan bin Abu Bakar al-Haitsami menerusi kitabnya Majma`az-Zawaid ada meriwayatkan sebuah kenyataan dari sahabat Abu Barzah alAslami ia berkata: Aku solat bersama Rasulullah selama 17 bulan, setiap kali baginda keluar dari rumah, baginda selalu mendatangi rumah Fatimah dan mengatakan: Rahmat Allah atas kalian, sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kalian wahai Ahlul Bait dan mensucikanmu sesuci-sucinya" (41)

As-Suyuthi dalam ad-Durul Mantsur menyatakan bahawa Ibnu Jarir dan Ibnu Mardawaih meriwayatkan sebuah hadith dari Abul Hamro` ia berkata: Aku ingat sesuatu kejadian yang dilakukan oleh Nabi selama 8 bulan, setiap kali baginda keluar untuk solat subuh datang lebih dahulu ke pintu rumah Ali lalu meletakkan tangan pada pintu itu dan berkata: Mari solat, mari solat"Seterusnya as-Suyuthi mengatakan bahawa Ibnu Mardawaih meriwayatkan dari Ibnu Abbas ia berkata: Selama 9 bulan aku menyaksikan Nabi s.a.a.w mendatangi pintu rumah Ali 5 kali dalam sehari sambil bersabda:

"Selamat sejahtera wahai Ahlul bait, mari salat semoga Allah merahmati kalian. Sesungguhnya Allah berkehendak untuk menghilangkan noda dari kalian dan mensucikan sesuci-sucinya. Solat…semoga kalian dirahmati Allah "

Suyuthi juga menyebutkan bahawa at-Thabrani meriwayatkan dari Abul Hamro` ia berkata: Aku melijhat Nabi mendatangi rumah Fatimah selama 6 bulan dan mengucapkan…(ayat Tathhir) (42)

Syeikh Yusuf an-Nabhani mengatakan bahawa ada beberapa riwayat dari berbagai jalur samada bersanad Hasan mahupun Shahih Dari Anas bin Malik menyatakan bahawa setelah turunnya ayat tersebut, jika Nabi berangkat untuk solat subuh pasti baginda akan melewati depan rumah Fatimah dan mengatakan: Mari solat wahai Ahlul Bait! (43)

Abu Said al-Khudri menyatakan bahawa setelah ayat itu turun, Nabi s.a.a.w selama 40 hari setiap pagi (subuh) mendatangi rumah Fatimah dan mengatakan:

"Selamat sejahtera wahai Ahlul Bait, mari salat semoga Allah merahmati kalian. Sesungguhnya Allah berkehendak untuk menghilangkan noda dari kalian dan mensucikan sesuci-sucinya"

Riwayat tersebut juga diriwayatkan oleh Ibnu Abbas selama 7 bulan dan dalam riwayat lain selama 8 bulan.
Hal itu menurut kata Syeikh Yusuf an-Nabhani merupakan satu kenyataan tegas dari Nabi bahawa yang dimaksudkan Ahlul Bait dalam ayat itu adalah 5 orang tersebut. (44)

Atas dasar apakah Nabi terus-terusan membuktikan dan memperkukuhkan dalam menunjukkan maksud Ahlul Baitnya?

Tindakan tersebut dilakukan oleh Nabi agar orang-orang yang didalam hatinya terdapat kecenderungan untuk sesat dan berpenyakit hati (hasad) tidak dapat jalan untuk menyalah tafsirkan maksud kandungan ayat tersebut dan tidak lagi memiliki bukti untuk mendukung penyimpangannya.

Inilah sebahagian kecil dari bukti dan hujjah-hujjah Syiah Imamiyah dalam menyokong aqidah dan pegangan mereka. Mereka menggunakan hujjah-hujjah mereka menerusi kitab Ahlus Sunnah sendiri dan bukan hanya dari kitab-kitab mereka.

Jadi apakah anda masih lagi mahu mengatakan orang-orang Syiah Imamiyah sesat bahkan kafir dengan aqidah mereka?
Reply

Use magic Report

Follow Us
UdiNo This user has been deleted
Post time 14-8-2003 01:10 AM | Show all posts

Meniti Kebenaran -part12

Sebagai tambahan disini juga, orang-orang Syiah Imamiyah tidak menolak sesebuah hadits (as-Sunnah) meskipun ianya diriwayatkan oleh para ulama Ahlus Sunnah tetapi dengan syarat hadits-hadits tersebut tidak bercanggahan dengan isi kandungan al-Quran juga akal yang waras serta diperkukuhkan dengan fakta sejarah Islam.

Selain itu juga, orang-orang Syiah Imamiyah sangat-sangat menitik beratkan dalam penerimaan hadits kerana diantaranya ditakuti ada bau-bau dan pengaruh Yahudi dan Nasrani didalamnya. Ini jelas terbukti menerusi kajian dan perbahasan saya mengenainya. Disini saya membuat pembentangan mengenainya.

Pengaruh Kepercayaan Yahudi dan Kristian ke atas umat Islam.Kepercayaan Kristian dan Yahudi telah meresap kedalam masyarakat Islam melalui dua cara:

1-        Melalui usaha-usaha pihak Kristian dan Yahudi.
2-  Melalui sebahagian daripada umat Islam sendiri.

Kajian

Pertama : Melalui usaha-usaha pihak Kristian (Nasrani) dan Yahudi.

Meresapnya pengaruh kepercayaan Kristian dan Yahudi dikalangan umat Islam melalui usaha yang dilakukan oleh orang-orang Kristian dan Yahudi
Kita telah sedia tahu bahawa pada ketika khalifah tidak membenarkan penyebaran hadith-hadith Nabi s.a.a.w, sebaliknya mereka dengan senang hati membenarkan golongan rahib-rahib Kristian dan Yahudi yang telah memeluk Islam menyebarkan cerita-cerita dari sumber mereka dikalangan umat Islam. Sebagai contoh, Tamim al-Dari seorang rahib Kristian sebelum memeluk Islam telah diterima olah khalifah Umar untuk membaca khutbah pada hari jumaat di masjid Nabi s.a.a.w. Bahkan pada zaman khalifah Utsman, dia telah dilantik membaca khutbah dua kali seminggu. (45)

Demikian juga Ka'ab al-Ahbar (nama asalnya Mati') sangat terkenal sebagai Rabbi Yahudi sebelum memeluk Islam. Kemudian ia dikenali sebagai Ka'ab al-Habr atau Ka'ab al-Ahbar kerana "Habr" dalam bahasa Arab bermaksud orang yang terpelajar dan benar. Pada zaman khalifah Umar, Ka'ab al-Ahbar telah bertugas menjadi penasihat Umar dan khalifah Utsman. Umat Islam telah banyak merujuk kepadanya dalam soal-soal asas dan tafsir al-Quran. Ka'ab telah berusaha bersungguh-sungguh menyebarkan kepercayaan Israilliyat dari kitab Taurat yang telah diselewengkan, dan juga dari sumber-sumber Yahudi yang lain kepada umat Islam. Dikalangan umat Islam yang mengikut mazhab Ahlul Bait as telah menyedari hal tersebut, sebagaimana yang dicatat oleh al-Thabari (46)  seperti berikut:

Ibnu Abbas diriwayatkan berkata: Ka'ab berkata:

"Pada hari akhirat nanti, matahari dan bulan akan dibawa he hadapan seperti dua ekor lembu dan dihumban ke dalam neraka."

Mendengar perkara ini, Ibnu Abbas naik marah dan berkata tiga kali:

"Ka'ab pembohong! Ka'ab pembohong! Ka'ab pembohong! Itu adalah cerita Yahudi, dan Ka'ab mahu menyerapkan ke dalam ajaran Islam. Maha Suci Allah s.w.t daripada perkara itu. Dia tidak akan menghukum sesiapa yang taat kepada-Nya"

"Dan Dia telah menundukkan bagi kamu matahari dan bulan yang terus menerus beredar (dalam orbitnya) dan telah menundukkan bagimu malam dan siang." (Ibrahim: 33)

Ibnu Abbas berkata:

"Perkataan 'Daibain' dalam ayat ini jelas menunjukkan ketaatan kepada Allah s.w.t

Kemudian beliau meneruskan kata-katanya:
"Bagaimanakah Dia (Allah) menghukum dua makhluk langit ini yang telah dipuji-Nya kerana ketaatan keduanya itu? Allah melaknat rahib Yahudi ini dan ajarannya! Sesuatu yang hina menyandarkan sifat buruk itu kepada Allah, dan meletakkan kesalahan kepada dua makhluk yang taat itu!"

Lalu Ibnu Abbas mengulangi tiga kali:

"Inna-lllahi-wa-inna-ilaihi-raji'un."

Seterusnya Ibnu Abbas meriwayatkan sebuah hadith yang sebenarnya tentang matahari dan bulan dari Rasulullah s.a.a.w:

"Allah mencipta dua sumber cahaya: 1-dinamakan matahari seperti bumi, di antara ufuk terbit dan terbenam. Dan diperintahkannya supaya sejajar dengan masa. 2-dan Dia namakan bulan dan menciptanya lebih kecil daripada matahari. Kedua-duanya kelihatan kecil kerana kedudukan yang tinggi di langit dan jarak yang jauh dari bumi." (47) Kajian Tentang Dua Riwayat

Daripada dua riwayat tersebut iaitu satu daripada Ka'ab dan satu lagi daripada Ibnu Abbas maka dapat kita membuat kesimpulan bahawa:

Pertama - Ibnu Abbas menolak riwayat Ka'ab dan memetik ayat Qur'an:

"Dan Dia telah menundukkan bagi kamu matahari dan bulan yang terus menerus beredar (dalam orbitnya) dan telah menundukkan bagimu malam dan siang" bahawa kedua-duanya taat kepada Allah dan Dia tidak menghukum mereka yang taat kepadaNya"

Kedua - Dalam keterangan lanjutnya, Ibnu Abbas menolak kias Ka'ab iaitu Ibnu Abbas menyatakan bahwa matahari dan bulan adalah dua objek besar seperti bumi, dan dia memetik hadith Nabi s.a.a.w:

"Dan kedua-duanya itu kelihatan kecil kerana kedudukan mereka yang tinggi di langit dan jarak yang jauh dari bumi."

Jelasnya ini adalah hujah yang terbaik yang dinyatakan oleh Ibnu Abbas. Namun pada zaman ini, kita mampu menggambarkan lebih lanjut daripada hadith Nabi s.a.a.w itu

Keterangan tentang ufuk terbit dan terbenam bagi matahari dalam hubungannya dengan bumi memberi satu petunjuk tentang putaran dan peredaran objek langit tersebut. Ia juga menunjukkan bahawa objek-objek tersebut berbentuk bulatan dan mempunyai ufuk terbit dan terbenam. Hal ini tidak mungkin jika ia objek rata. Selain itu juga, ia juga satu bukti daripada cara Ibnu Abbas memeriksa riwayat dari Ka'ab bahawa ia tidak terpengaruh dan menerima autoriti Ka'ab sebagai periwayat hadith.

Kesimpulannya semua hadith yang seumpama itu yang diambil daripada kepercayaan Yahudi dan disandarkan dengan sengaja kepada Ibnu Abbas seperti mana yang diriwayatkan daripada Ka'ab tersebut adalah tidak berasas sama sekali dan palsu.

Sudah menjadi satu kaedah untuk mengaitkan hadith-hadith palsu kepada Ibnu Abbas, yang kemudian menjadi sumbangan besar kepada propaganda ajaran Yahudi dan Kristian.

Ibnu Abbas telah dapat menggambarkan satu kesimpulan daripada hadith Nabi s.a.a.w. Kita juga mampu menambahkan kesimpulan berdasarkan kajian kita pada hari ini berpandukan ajaran sains. Tidak mustahil pada zaman akan datang, apabila sains telah membuat kajian lanjut, para ahli ilmuan akan dapat membuat rumusan yang lain daripada hadith-hadith Nabi s.a.a.w Tetapi riwayat Ka'ab sememangnya cerita tidak berasas daripada sumber Yahudi dan kemudian berkembang menjadi semakin tidak bermakna pada zaman moden ini.

Malang sekali, dalam riwayat Ka'ab tentang matahari dan bulan yang muncul pada hari Pembalasan nanti seperti lembu jantan, masuk ke dalam sumber-sumber Islam dari sahabat seperti Abu Hurairah dan lain-lainya. Ini telah berlaku walaupun ia telah ditolak dengan keras oleh Ibnu Abbas.

Perhatikan riwayat berikut:

Pertama - Didalam Tafsir Ibnu Katsir dan Kanzul Ummal, telah diriwayatkan daripada Abu Hurairah:

"Pada hari Pembalasan nanti, matahari dan bulan akan berada di neraka dalam bentuk dua ekor lembu jantan."

Seseorang bertanya:"Tetapi dosa apakah yang telah mereka lakukan? Abu Hurairah menjawab: "Aku hanya menyampaikan kepada kamu apa yang dikatakan oleh Rasulullah s.a.a.w dan kalian bertanya kepada aku tentang dosa mereka?"

Kedua - Dalam riwayat lain daripada Anas, Ibnu Kathir memetik:

"Matahari dan bulan akan berada di neraka dalam bentuk dua ekor lembu jantan yang kebingungan."

Kajian Ke atas 2 Riwayat Di atas
Hadith-hadith daripada Abu Hurairah dan Anas adalah sama yang asalnya diriwayatkan oleh Ka'ab al-Ahbar. Mereka telah mengaitkannya secara palsu kepada Nabi s.a.a.w

Jika kita mengkaji daripada ayat al-Quran dan daripada hadith-hadith yang shahih daripada Nabi s.a.a.w, kita akan dapati bahawa riwayat daripada Ka'ab itu adalah khayalan daripada imiginasinya berasaskan dongeng Yahudi.

Berasaskan daripada hadith shahih daripada Nabi s.a.a.w dan disokong pula oleh Ibnu Abbas yang mengutuk riwayat tersebut kerana ia jelas sisipan Yahudi, maka tidak diragukan lagi bahawa sumber riwayat tersebut ialah diri Ka'ab al-Ahbar sendiri dan bukan daripada sahabat-sahabat Nabi s.a.a.w.Bahaya ini telah dikesan oleh sahabat-sahabat Nabi s.a.a.w. Ibnu Abbas adalah diantara sahabat yang mula-mula sekali menentang sisipan cerita Yahudi ini, dan Imam Ali a.s turut memberi amaran kepada khalifah Umar tentang perkara tersebut.
Reply

Use magic Report

UdiNo This user has been deleted
Post time 14-8-2003 01:18 AM | Show all posts

Meniti Kebenaran -part13

Oleh kerana Ka'ab bukan termasuk daripada salah seorang sahabat Nabi s.a.a.w, beliau tidak dapat mengaitkan terus riwayat tersebut kepada Nabi s.a.a.w. Maka cara yang paling mudah baginya ialah dengan mencipta jalan dengan mengaitkannya dengan salah seorang sahabat Nabi s.a.a.w seperti Abu Hurairah dan lain-lain lagi.

Walaubagaimanapun riwayat daripada Anas telah dikelaskan sebagai dhaif, manakala riwayat daripada Abu Hurairah pada tajuk yang sama dianggap shahih, ini menguatkan lagi pemalsuan Ka'ab. Kemudian dengan masa berlalu, ditambah pula dengan pertolongan sesetengah ilmuan yang mempunyai kepentingan, riwayat hadith seperti itu diterima tanpa dipertikaikan lagi. Melalui tulisan oleh pemeluk Islam dari kalangan Kristian dan Yahudi yang berniat jahat, sahabat-sahabat dan dari kalangan tabi'in, riwayat-riwayat tersebut akhirnya diterima oleh masyarakat seterusnya. Sila buat kajian mengenainya!!

Kedua - Penyebaran Kepercayaan Kristian dan Yahudi di Kalangan Umat Islam Melalui Usaha Mereka Sendiri.

Bagi menjelaskan perkara ini, saya\ berikan contoh latarbelakang dua orang sahabat Nabi s.a.a.w dan juga memetik daripada sebuah Tafsir al-Qur'an:

(a)        Abu Hurairah, salah seorang sahabat Nabi s.a.a.w

Sejarah telah merekodkan bahawa tiga nama yang berbeza tentang sahabat Nabi s.a.a.w ini. Namun begitu beliau terkenal dengan panggilan Kunyahnya - Abu Hurairah. Beliau dari keturunan kabilah Dus yang berasal dari Yaman. Abu Hurairah menetap di Yaman selama 30 tahun, dan tiba di Madinah selepas Perang Khaybar. Menurut Bukhari, Ibn Sa'd dan lain-lain, beliau hanya bersama Nabi s.a.a.w pada tiga tahun terakhir. Namun berasaskan fakta sejarah, beliau telah pergi ke Bahrain dengan pasukan tentera yang diketuai oleh Ala' Hadhrami pada tahun 8 Hijrah, maka ini bermakna jangka masa ia hidup bersama Nabi s.a.a.w tidaklah lama. Di Madinah beliau sering tinggal bersama-sama orang miskin di Suffah di Masjid Nabawi.

Apabila Muawiyah mengirimkan pasukan tenteranya yang diketuai Busr yang bertanggungjawab ke atas pembunuhan orang-orang Islam seramai 30,000 orang di antara Syria dan Yaman, Abu Hurairah telah dilantik menjadi gabenor Madinah dengan restu daripada Busr (48). Beliau menikmati kedudukan tersebut untuk beberapa lama pada zaman Muawiyah berkuasa.(49) Pada ketika inilah beliau berpeluang menyebarkan hadith-hadithnya. Abu Hurairah bukanlah dari kalangan sahabat yang fasih membaca dan menulis. Bukhari meriwayatkan Abu Hurairah berkata:"Abdullah bin Amru al-`Aas tahu membaca dan menulis tetapi aku tidak." Diantara orang-orang yang beliau banyak mendapat manfa'at ialah Ka'b al-Ahbar yang memberikan kenyataan berikut:"Di antara orang-orang yang tidak pernah membaca Taurat tetapi amat fasih tentangnya, ternyata Abu Hurairahlah yang terbaik." (50)

Ini menunjukkan bahawa selain daripada rabbi Yahudi yang membaca Taurat, Abu Hurairahlah yang terkemuka melebihi yang lain dalam pengetahuannya tentang kitab Taurat.

Amat menarik, Ibn Kathir dalam catatannya menjelaskan:

"Abu Hurairah telah memalsukan hadith, mencampurkan apa yang telah ia dengar daripada Ka'b dan apa yang ia dengar daripada Nabi s.a.a.w tidak membezakan antara keduanya."

Beliau menambah lagi:
"Sahabat-sahabat kita telah mengabaikan riwayat-riwayat daripada Abu Hurairah."

Beliau juga menyatakan:

"Mereka tidak akan menerima setiap riwayat yang dilaporkan oleh Abu Hurairah."(51)

Perkara yang paling menyakitkan tentang Abu Hurairah ialah beliau meriwayatkan dua hadith Nabi s.a.a.w yang saling bertentangan:

1-        Bukhari meriwayatkan dalam Kitab al-Tib daripada Abu Hurairah

Nabi s.a.a.w bersabda:
Penyakit tidak akan berjangkit atau merebak."

Kemudian seorang Arab berdiri dan bertanya:"Wahai Rasulullah, kami mempunyai unta yang cantik di padang pasir. Tetapi salah seekor daripadanya mengidap sakit kudis dan yang lain turut berjangkit." Nabi s.a.a.w kemudian menyoal Arab tersebut dengan bersabda:

"Bagaimanakah unta yang pertama itu kena jangkitan?"

2-        Selepas meriwayatkan hadith ini, Bukhari meriwayatkan hadith yang lain:

Abu Hurairah berkata:"Nabi s.a.a.w memerintahkan orang yang sakit (kena jangkitan) tidak menziarahi orang yang sihat. "Abu Salmah, sepupu Abu Hurairah bertanya kepadanya:"Wahai Abu Hurairah, tidakkah anda telah meriwayatkan bahawa Nabi s.a.a.w tidak percaya kepada merebaknya penyakit kerana jangkitan?"

Dalam jawapannya, Abu Hurairah menghuraikan dalam bahasa orang Habshah! Kemudian sepupu Abu Hurairah berdiri untuk mempertahankan Abu Hurairah dengan berkata:

"Aku tidak pernah mendapati Abu Hurairah lupa kecuali dapat hal ini."

Agak ganjil, Abu Salmah cuba mencari justifikasi tentang kontradiksi hadith Abu Hurairah tersebut. Walau bagaimanapun, satu ungkapan yang masyhur menyebutkan:"Apabila seseorang itu menyukai Abu Hurairah, maka ia akan cenderung menjadi lupa."

Pengakuan Abu Hurairah

Amat aneh sekali apabila Abu Hurairah sendiri membuat pengakuan bahawa beliau telah meriwayatkan sebilangan hadith daripada Nabi s.a.a.w tanpa mendengar sendiri daripada Nabi s.a.a.w Imam Ahmad bin Hanbal meriwayatkan satu peristiwa dalam Musnadnya:

"……….dan Abu Hurairah meriwayatkan sebuah hadith dan orang yang mendengarnya bertanya kepada beliau:"Adakah ini daripada Nabi s.a.a.w atau daripada kantung kamu sendiri?"

Abu Hurairah berkata:

"Ini adalah daripada kantungku (Ciptaanku) sendiri."
Bukhari meriwayatkan peristiwa tersebut seperti berikut:

"Abu Hurairah ditanya: "Adakah kamu mendengar sendiri daripada Nabi s.a.a.w?" Dia berkata: "Tidak, ini daripada kantungku sendiri."

Dalam riwayat yang lain daripada Ahmad Hanbal, kami dapati bahawa Abu Hurairah meriwayatkan sebuah hadith seolah-olah beliau sendiri mendengar daripada Nabi s.a.a.w tetapi pada akhirnya beliau mengaku bahawa itu adalah dari kantungnya sendiri.(b)        Abdullah bin Amru al-`Aas. Tokoh Terkemuka Periwayat Hadith Israiliyyat

Abdullah bin Amru al-`Aas (meninggal pada tahun 65 Hijrah) dianggap sebagai salah seorang sahabat Nabi s.a.a.w dan disebabkan beliau mewarisi harta yang banyak dalam bentuk emas dari Mesir daripada bapanya (Amu al-`Aas), beliau dikenali sebagai salah seorang putera hartawan di kalangan sahabat-sahabat. Beliau memahami bahasa Suryani (Syriac) iaitu bahasa asal Kitab Taurat.

Dalam Peperangan Yarmuk, beliau mengetuai bala tentera bapanya sebagai pemegang panji-panji dan dia telah memenuhkan belakang dua ekor unta dengan buku-buku Yahudi dan Kristian (kitab-kitab tersebut diambil sebagai harta rampasan perang).(52)

Zahabi berkata: "Abdullah telah meriwayatkan daripada ahli kitab. Beliau telah mempelajari buku-buku tersebut dan menunjukkan minat yang mendalam terhadapnya."(53)

Ibnu Hajar dalam syarahnya tentang Sahih Bukhari berkata: "Abdullah, dalam penaklukan Damsyik, telah memenuhkan belakang unta dengan buku-buku Yahudi dan Kristian sebagai rampasan perang. Beliau membacanya dengan sungguh-sungguh dan meriwayatkan hadith-hadith berasaskan daripada kitab tersebut. Lantaran itu tokoh-tokoh terkemuka daripada kalangan Tabi'in mengelakkan diri daripada mengambil hadith-hadith yang diriwayatkan olehnya."

Dalam Musnad Ahmad bin Hanbal kami dapati bahawa seorang lelaki datang menemui Abdullah dan berkata: "beritahukan kepadaku apa yang telah engkau dengar daripada Nabi s.a.a.w dan jangan riwayatkan kepadaku cerita-cerita daripada Taurat dan Injil."

Dalam riwayat yang lain, kami dapati bahawa Abdullah diberikan amaran:
"Beritahukan kepadaku apa yang engkau dengar daripada Nabi s.a.a.w dan jangan riwayatkan daripada apa yang kamu dapati dari timbunan (kitab yang kamu isikan) di belakang unta di Yarmuk."
Para ahli hadith telah mengkelaskan riwayat-riwayat tersebut sebagai "Israiliyyat" kerana ia berasal-usul daripada kitab Taurat atau sumber-sumber Yahudi.

Dalam hadith-hadith yang diriwayatkan oleh mazhab selain daripada Ahlul Bait a.s, terdapat banyak riwayat hadith yang menyebutkan Allah s.w.t mempunyai tubuh (bentuk). Riwayat-riwayat ini jelas menunjukkan ia datang daripada sumber Yahudi dan kami banyak menemuinya daripada riwayat Ka'ab al-Ahbar atau Abu Hurairah. Kami akan membincangkan perkara itu pada bab yang akan datang dengan lebih terperinci.

(c)        Maqatil b. Sulayman Balkhi

Beliau berasal dari Balkh. Beliau telah dibebaskan daripada kabilah Azd dan kemudian mengambil nama Kunyah Abul Hassan. Ketika menetap di Basra dan Baghdad, beliau telah meriwayatkan beberapa hadith daripada Nabi s.a.a.w dan terkenal sebagai salah seorang tokoh terkemuka dalam bidang al-Qur'an di kalangan bukan Mazhab Ahlul Bait a.s
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


UdiNo This user has been deleted
Post time 14-8-2003 01:38 AM | Show all posts

Meniti Kebenaran -part14

Di antara kitab-kitab hasil karya beliau ialah:

1- Tafsir al-Kabir - salinan kitab tulisan tangan ada di Mesir.
2- Nawadir Tafsir.
3- Al-Ayat al-Mutasyabihat.
4- Al-Nasikh wal-Mansukh.
5- Al-Qira'at.
6- Al-Ashbah wal-Nazair fil Qur'an al-Karim.
7- Al-Jawabat fil-Qur'an.

Ibn Khaldun dalam biografinya tentang Maqatil, meriwayatkan daripada Ibn Hibban bahawa: "Beliau sering menerima huraian tentang al-Qur'an daripada Yahudi dan Kristian yang menafsirkanya mengikut kitab-kitab mereka." Dan Ibn Khaldun menyatakan lagi: "Maqatil adalah di antara yang menyatakan sifat-sifat manusia kepada Zat Allah dan ia juga sering berbohong ketika meriwayatkan hadith-hadith."(54)

Khateeb Baghdadi dalam Tarikh Baghdad berkata: "Pada suatu hari, Muhammad bin Said Kalbi (wafat 156H) ketika dalam perjalanannya telah terserempak Maqatil dan mendengar beliau meriwayatkan hadith yang sanadnya sampai kepada al-Kalbi sendiri. Maka dia berkata: "Wahai Maqatil! Aku adalah Muhammad bin Said Kalbi, dan aku tidak pernah meriwayatkan hadith-hadith seperti mana yang engkau sebutkan itu!" Maqatil menjawab: "Kami menghiaskan hadith-hadith kami dengan nama-nama periwayat hadith yang masyhur."

Maqatil bermaksud, beliau mengambil nama-nama tokoh hadith yang masyhur kepada hadith ciptaannya sendiri supaya ia diterima kesahihannya.Muhamad bin Said Kalbi juga dilaporkan berkata: "Maqatil telah dengan sengaja menyandarkan sanad hadith kepada saya secara palsu sedangkan saya tidak pernah menyebutkannya, dan beliau telah memasukkannya ke dalam Tafsirnya."

Khateeb Baghdadi dalam perbahasannya tentang Maqatil telah meriwayatkan satu peristiwa yang dilaporkan oleh dua orang: "Kami bertanya kepada Maqatil tentang sanad sesuatu hadith, dan dia berkata: "Aku mendengarnya daripada Dhahhak."

Selepas beberapa hari berlalu, apabila kami bertanya kepadanya tentang sanad hadith yang sama beliau berkata: "Aku mendengarnya daripada Ata."

Pada peristiwa yang lain, beliau mengaitkan sanad hadith itu kepada Isa.

Selepas menyebutkan peristiwa ini, Khateeb Baghdadi melaporkan bahawa seseorang telah bertanya kepada Maqatil sama ada beliau pernah menemui Dhahhak yang didakwanya sumber hadith tersebut. Maqatil menjawab: "Benar!, ada pintu tertutup di antara aku dan dia!" Baghdadi menerangkan bahawa maksud "pintu tertutup," yang dinyatakan oleh Maqatil itu adalah pintu kota Madinah tempat Dhahhak tinggal, dan Maqatil tidak pernah sampai ke sana.

Ibn Khallikan berkata: "Dhahhak bin Mazahim yang dinyatakan oleh Maqatil dalam riwayat-riwayatnya telah meninggal dunia empat tahun sebelum Maqatil dilahirkan, dan telah dimakamkan di perkuburan Madinah!"

Kemudian beliau menambah: "Maqatil meriwayatkan daripada Mujahid sedangkan beliau tidak pernah menemuinya!"

Khateeb Baghdadi telah merakamkan satu anekdot tentang Maqatil. Beliau menulis: Seseorang telah datang bertanya Maqatil: "Sahabatku ingin tahu warna bulu anjing Ashab al-Kahfi tetapi aku tidak ada jawapannya."
Maqatil lantas berkata: "Beritahu kepadanya anjing itu mempunyai warna berbintik-bintik. Pasti tidak ada orang yang akan mempertikaikannya!"

Beliau kemudian melaporkan daripada khalifah Mansur dan Mahdi Bani Abbasiyyah bahawa Maqatil pada suatu hari telah menawarkan kepada mereka untuk mencipta beberapa hadith yang memuji-muji lelehur mereka. Namun kedua-dua mereka itu menolaknya.(55)

Setelah meneliti secara ringkas beberapa buah kitab yang menggambarkan kehidupan Maqatil, kami dapati begitu banyak contoh-contoh pemalsuan dan penipuan. Maka kesimpulannya dapat kita buat terhadap Maqatil ialah dia seorang tokoh yang percaya kepada Zat Allah s.w.t mempunyai bentuk tubuh manusia. Beliau mempelajari tafsir al-Qur'an daripada guru-guru Yahudi dan Kristian dan meriwayatkan kepercayaan mereka dalam Tafsirnya. Namun demikian amat menakjubkan ulama daripada kalangan mazhab bukan Ahlul Bait a.s telah menunjukkan sanjungan yang tinggi kepada Tafsirnya.

Ibn Khaldun berkata: "Dalam disiplin ilmu Tafsir, semua orang tunduk kepada Maqatil bin Sulayman!"

Contoh-contoh kisah-kisah yang ditulis oleh Maqatil dalam dokongannya kepada khalifah:

Khateeb Baghdadi dalam Tarikh Baghdad, melaporkan melalui sanad perawi yang sambung-menyambung: Maqatil berkata: "Dhahhak telah meriwayatkan kepadaku daripada Ibn Abbas bahawa Nabi s.a.a.w telah dinasihatkan oleh salah seorang sahabatnya untuk melantik seorang khalifah supaya ia diketahui umum, dan orang ramai akan merujuk urusan mereka kepadanya,"Kami tidak tahu apa yang akan berlaku selepas kamu wafat,"kata mereka.Nabi s.a.a.w menjawab: "Jika aku melantik seorang yang akan memimpin kalian untuk taat kepada Allah, dan kalian engkar kepadanya, maka kalian telah engkar perintahku dan perintah Allah. Sebaliknya jika orang yang dilantik itu memerintahkan kalian untuk melakukan dosa-dosa dan kalian taat kepadanya, maka kalian akan menuding kepadanya sebagai pemimpin Pada Hari Pembalasan. Tidak, aku tidak akan melakukan perkara itu - Aku akan menyerahkan perkara itu kepada Allah!"

Penilaian Tentang Hadith Di atas

Hadith di atas telah dicipta oleh Maqatil untuk meyokong khalifah-khalifah yang mendakwa bahawa Nabi s.a.a.w tidak melantik penggantinya, sebaliknya umah Islam mempunyai hak untuk melantik khalifah.
Amat menarik sekali Khateeb telah memetik hadith tersebut dalam biografi Maqatil untuk membuktikan beliau tidak boleh dipercayai dan penipu. Khateeb berhujah bahawa Maqatil dengan beraninya telah mendakwa meriwayatkan hadith daripada Dhahhak walaupun beliau tidak pernah bertemu dengannya. Dhahhak tinggal di Madinah, sedangkan Maqatil tidak pernah berpergian dari Khurasan ke Madinah. Pada kenyataannya Dhahhak telah meninggal dunia empat tahun sebelum Maqatil dilahirkan!

Selepas contoh di atas yang menunjukkan penyerapan pengaruh Yahudi dan Kristian ke dalam aqidah Muslim, kami rasa amatlah secocok mengambil dua contoh kisah daripada kitab Taurat. Kisah-kisah ini akan dapat memperjelaskan lagi kepada kita untuk menilai aqidah yang bertentangan dengan Ahlul Bait a.s khususnya yang berkait dengan Sifat-sifat Allah Yang Maha Suci.
Penciptaan Adam:

Dalam Genesis, Bab I, ayat 27, digambarkan seperti berikut:
"27 Maka Allah menciptakan manusia itu menurut gambar-Nya, menurut gambar Allah diciptakan-Nya dia; laki-laki dan perempuan diciptakan-Nya mereka"

Kisah ini berlanjutan menceritakan bahawa Nabi Adam as dan Hawwa di tempatkan di taman Eden. Kemudian Allah telah 'menyesatkan' mereka:
"Tetapi pohon ilmu yang mengandungi kebaikan dan kejahatan, janganlah kalian memakannya; kerana pada hari kalian memakannya, kalian akan mati."  

1. Adapun ular ialah yang paling cerdik dari segala binatang di darat yang dijadikan oleh TUHAN Allah. Ular itu berkata kepada perempuan itu: "Tentulah Allah berfirman: Semua pohon dalam taman ini jangan kamu makan buahnya,bukan?"

2 Lalu sahut perempuan itu kepada ular itu: "Buah pohon-pohonan dalam taman ini boleh kami makan,
3- tetapi -tentang buah pohon yang ada di tengah-tengah taman,
Allah berfirman: Jangan kamu makan ataupun raba buah itu,
nanti kamu mati."

4 Tetapi ular itu berkata kepada perempuan itu: "Sekali-kali
kamu tidak akan mati,

5 tetapi Allah mengetahui, bahwa pada waktu kamu
memakannya matamu akan terbuka, dan kamu akan menjadi
seperti Allah, tahu tentang yang baik dan yang jahat."

6 Perempuan itu melihat, bahwa buah pohon itu baik untuk
dimakan dan sedap kelihatannya, lagipula pohon itu menarik
hati karena memberi pengertian. Lalu ia mengambil dari
buahnya dan dimakannya dan diberikannya juga kepada
suaminya yang bersama-sama dengan dia, dan suaminya pun
memakannya.

7 Maka terbukalah mata mereka berdua dan mereka tahu,
bahwa mereka telanjang; lalu mereka menyemat daun pohon
ara dan membuat cawat.

8 Ketika mereka mendengar bunyi langkah TUHAN Allah, yang
berjalan-jalan dalam taman itu pada waktu hari sejuk,
bersembunyilah manusia dan isterinya itu terhadap TUHAN
Allah di antara pohon-pohonan dalam taman.

9 Tetapi TUHAN Allah memanggil manusia itu dan berfirman kepadanya: "Di manakah engkau?"
10 la menjawab: "Ketika aku mendengar, bahwa Engkau ada dalam taman ini, aku menjadi takut, karena aku telanjang; sebab itu aku bersembunyi."

11 firman-Nya: "Siapakah yang memberitahukan kepadamu, bahwa engkau telanjang? Apakah engkau makan dari buah pohon, yang Ku-larang engkau makan itu?"

12 Manusia itu menjawab: "Perempuan yang Kau-tempatkan di sisiku, dialah yang memberi dari buah pohon itu kepadaku, maka kumakan."

13 Kemudian berfirmanlah TUHAN Allah kepada perempuan itu: "Apakah yang telah kauperbuat ini?" Jawab perempuan itu: "Ular itu yang memperdayakan aku, maka kumakan."

14 Lalu berfirmanlah TUHAN Allah kepada ular itu: "Karena engkau berbuat demikian, terkutuklah engkau di antara segala ternak dan di antara segala
Reply

Use magic Report

UdiNo This user has been deleted
Post time 14-8-2003 01:51 AM | Show all posts

Meniti Kebenaran -part15

binatang hutan; dengan perutmulah engkau akan menjalar dan debu tanahlah akan kaumakan seumur hidupmu.

15 Aku akan mengadakan permusuhan antara engkau dan perempuan ini, antara keturunanmu dan keturunannya; keturunannya akan meremukkan kepalamu, dan engkau akan meremukkan tumitnya."

16 Firman-Nya kepada perempuan itu: "Susah payahmu waktu mengandung akan Kubuat sangat banyak; dengan kesakitan engkau akan melahirkan anakmu; namun engkau akan berahi kepada suamimu dan ia akan berkuasa atasmu."17 Lalu firman-Nya kepada manusia itu: "Karena engkau mendengarkan perkataan isterimu dan memakan dari buah pohon, yang telah Ku-perintahkan kepadamu: Jangan makan dari padanya, maka terkutuklah tanah karena engkau; dengan bersusah payah engkau akan mencari rezekimu dari tanah seumur hidupmu:

18 semak duri dan rumput duri yang akan dihasilkannya bagimu,
dan tumbuh-tumbuhan di padang akan menjadi makananmu;

19 dengan berpeluh engkau akan mencari makananmu, sampai
engkau kembali lagi menjadi tanah, karena dari situlah engkau
diambil; sebab engkau debu dan engkau akan kembali menjadi
debu."

20 Manusia itu memberi nama Hawa kepada isterinya, sebab
dialah yang menjadi ibu semua yang hidup.

21 Dan TUHAN Allah membuat pakaian dari kulit binatang untuk
manusia dan untuk isterinya itu, lalu mengenakannya kepada
mereka.

22 Berfirmanlah TUHAN Allah: "Sesungguhnya manusia itu telah
menjadi seperti salah satu dari Kita, tahu tentang yang baik dan
yang jahat; maka sekarang jangan sampai ia mengulurkan
tangannya dan mengambil pula dari buah pohon kehidupan itu
dan memakannya, sehingga ia hidup untuk selama-lamanya."23 Lalu TUHAN Allah mengusir dia dari taman Eden supaya ia
mengusahakan tanah dari mana ia diambil.

24 la menghalau manusia itu dan di sebelah timur taman Eden
ditempatkan-Nyalah beberapa kerub dengan pedang yang
bernyala-nyala dan menyambar-nyambar, untuk menjaga jalan
ke pohon kehidupan."(56)
Ya'qub Bergusti Dengan Tuhan:
Pada suatu malam, Ya'qub bergusti dengan Tuhan sehingga terbit fajar, tetapi Tuhan tidak dapat mengalahkannya!

Yakub Bergusti dengan Allah (32:22-32)

22 Pada malam itu Yakub bangun dan ia membawa kedua
isterinya, kedua budaknya perempuan dan kesebelas anaknya,
dan menyeberang di tempat penyeberangan sungai Yabok.

23 Sesudah ia menyeberangkan mereka, ia menyeberangkan juga
segala miliknya.

24 Lalu tinggallah Yakub seorang diri. Dan seorang laki-laki
bergulat dengan dia sampai fajar menyingsing.

25 Ketika orang itu melihat, bahwa ia tidak dapat
mengalahkannya, ia memukul sendi pangkal paha Yakub,
sehingga sendi pangkal paha itu, terpelecok, ketika ia bergulat
dengan orang itu.

26 Lalu kata orang itu: "Biarkanlah aku pergi, karena fajar telah
menyingsing." Sahut Yakub: "Aku tidak akan membiarkan
engkau pergi, jika engkau tidak memberkati aku."

27 Bertanyalah orang itu kepadanya: "Siapakah namamu?"
Sahutnya: "Yakub."
28 Lalu kata orang itu: "Namamu tidak akan disebutkan lagi
Yakub, tetapi Israel, sebab engkau telah bergumul melawan
Allah dan manusia, dan engkau menang."

29 Bertanyalah Yakub: "Katakanlah juga namamu." Tetapi
sahutnya: "Mengapa engkau menanyakan namaku?" Lalu
diberkatinyalah Yakub di situ.

30 Yakub menamai tempat itu Peniel, sebab katanya: "Aku telah
melihat Allah berhadapan muka, tetapi nyawaku tertolong!

31 Lalu tampaklah kepadanya matahari terbit, ketika ia telah
melewati Peniel; dan Yakub pincang karena pangkal pahanya."(57)
Pengertian bagi kisah-kisah ini

Terbukti bahwa Tuhan bagi golongan Yahudi adalah bersifat main-main dan cetek. Dia (Tuhan) menipu dan seperti manusia, dia menipu dan berbohong!

Dia berbohong kepada Nabi Adam a.s apabila dia memberi amaran kepadanya supaya tidak memakan buah dari pohon larangan yang boleh menyebabkan kematiannya; dan seekor ular telah membuka rahsia pembohongan Tuhan itu kepada Nabi Adam a.s, dan memujuknya supaya makan buah daripada pohon larangan itu. Kemudian Nabi Adam a.s menjadi seperti Tuhan yang mengetahui kebaikan dan kejahatan, kemudian apabila dia menyedari bahawa dia berada dalam keadaan telanjang, maka dia bersembunyi dari Tuhan!

Kisah-kisah ini adalah sesuatu yang tidak berasas di dalam kitab Taurat (yang telahdiselewengkan itu).

Yahudi

Mereka bertanggungjawab melakukan penyelewengan dan sisipan kepada Taurat dan penyelewengan itu digambarkan dalam pandangan mereka tentang kehidupan dan budaya mereka. Mereka mendidik anak-anak mereka menggunakan cara-cara penipuan, pembohongan dan helah yang sama. Mereka beranggapan diri mereka anak-anak Bani Israel pernah menang gusti dengan Allah sebagai yang termaktub dalam ajaran Taurat yang turut mempengaruhi orang-orang Kristian mempercayai bahawa Tuhan umpama bapa yang mempunyai anak. Lebih penting lagi, mereka mendakwa diri mereka sebagai bangsa pilihan, maka mempunyai lesen untuk mencapai matlamat mereka dengan apa juga cara termasuklah penipuan, dan pembunuhan. Seterusnya  disebabkan mereka percayai bahawa Nabi-nabi yang mengganas seperti yang dicatatkan dalam Bible: "Semua makhluk yang ada di dalamnya dibunuhnya dengan mata pedang, sambil menumpas orang-orang itu. Tidak ada yang tinggal hidup dari semua yang bernafas dan Hazor dibakarnya."(58)

Kristian

Justeru, satu rumusan dapat dibuat bahawa kepercayaaan anthromorphisme (banyak tuhan) sebagaimana dalam ajaran Taurat mempengaruhi penganut Kristian bahawa Tuhan-Tuhan umpama bapa yang mempunyai anak. Di Eropah, di mana agama Kristian dianuti oleh majoriti masyarakat dan kitab Perjanjian Lama (Old Testament) dipakai sebagai kitab pertama dalam Bible, kelahiran dan penyebaran fahaman materialisme turut disebabkan oleh cerita-cerita yang tidak dapat diterima oleh golongan intelektual.
Umat Islam

Di kalangan umat Islam terdapat dua mazhab pemikiran yang besar. Satu mazhab bergantung kepada Ahlul Bait AS dan mereka juga dinamakan Syiah Imamiyah dan yang satu lagi bercanggah dengan mereka. Mazhab tersebut bolehlah disebutkan sebagai Ahlu Sunnah Wal Jamaah dan mereka mempunyai aqidah tentang zat Allah dalam bentuk fizikal, seperti bentuk manusia. Ketara sekali idea ini diperolehi daripada ajaran Yahudi dan kami akan membahaskannya dalam bab-bab yang akan datang. Insya Allah.

Kini kita telahpun saya bentangkan serba sedikit sebab-sebab dan hujjah-hujjah serta alasan-alasan Syiah Imamiyah berpegang kepada Ahlul Bait Nabi dalam memahami al-Quran dan as-Sunnah Rasulullah s.a.a.w. Disamping itu juga mereka sangat menitik berat dalam penerimaan sesebuah hadits sekiranya ia bukan diriwayatkan dari orang-orang suci tersebut disamping membuat perbandingan kepadanya dengan al-Quran, akal dan fakta-fakta sejarah Islam.

Ini adalah kerana Syiah Imamiyah tidak pernah membuat dakwaan bahawa kitab-kitab hadits mereka seperti al-Kafi, Biharul Anwar dan lain-lain lagi seluruh isinya adalah Shahih, melainkan setelah diuji dengan kebenaran al-Quran, akal dan fakta-fakta sejarah. Tidak seperti Ahlus Sunnah yang berani bertekad bahawa kitab Shahih Bukhari dan Muslim adalah Kitab yang PALING SHAHIH SELEPAS AL-QURAN.

Memang tidak dinafikan mereka juga tergolong dari ulama hadits yang muktabar tetapi mereka bukan maksum dan terpelihara dari kesalahan dan kelalaian juga kesilapan yang tidak disengajakan. Kiranya anda membuka satu persatu lembaran setiap hadits-hadits yang terkandung dalam Shahih Bukhari dan Muslim, PASTI anda akan terkejut dengan banyak hadits yang bertentang dengan al-Quran dan akal. Selain keaiban yang sangat memalukan.

Akan saya buktikan dakwaan-dakwaan saya ini di bahagian yang lain. Insya Allah.

Kini saya mahu menghuraikan pula tentang persoalan:  kenapa Syiah Imamiyah mempertikaikan kejujuran, amanah dan keadilan MAJORITI para sahabat Nabi s.a.a.w? Tentu ada sebab-musababnya!
Reply

Use magic Report

UdiNo This user has been deleted
Post time 14-8-2003 03:40 AM | Show all posts

MK

Reply

Use magic Report

UdiNo This user has been deleted
Post time 14-8-2003 03:47 AM | Show all posts

Meniti Kebenaran -part16

Pokok Ketiga
Adakah Para Sahabat Nabi SELURUHNYA Benar?

Kita sekarang berada dihadapan permasalahan yang besar dimana sejarah berdiri dihadapannya didalam keadaan terbelenggu. Kebenarannya tersembunyi disebalik dakwaan-dakwaan yang Palsu. Perkataan-perkataan yang kosong menutupi jalan-jalan yang membawanya kepada kebenaran. Disekitarnya pula diukir dengan berbagai-bagai permasalahan dan kesamaran. Ianya Tidak Dikaji secara Ilmiyah supaya pokok persoalan menjadi terang dan kebenaran itu akan lahir dengan sewajarnya.

Sebahagian ahli sejarah mencela Syiah Imamiyah dan mengaitkan perkara-perkara tertentu kepada merteka Tanpa Penelitian. Mereka menulis tanpa sebarang ikatan dan syarat. Menuduh Syiah Imamiyah tanpa perasaan keagamaan atau pendinding sentimen. Tuduhan yang terpenting adalah mengenai persoalan bahawa golongan Syiah Imamiyah mengkafirkan kebanyakan para sahabat yang mewajibkan hukuman Kafir keatas mereka.

Tetapi pernahkah golongan Ahlus Sunnah meneliti setiap baris hujjah-hujjah Syiah Imamiyah mengenainya?. Apakah mereka membuat dakwaan tanpa-bukti-bukti yang kukuh atau sekadar hanya dakwaan palsu-palsu sahaja?!

Akan saya buktikan hujjah-hujjah mereka bagi membuktikan bahawa benar KEBANYAKAN para sahabat Nabi adalah Munafik, Fasiq bahkan Kafir. Meskipun begitu Syiah Imamiyah tidak menafikan bahawa Memang ada segelintir sahabat yang benar-benar Ikhlas dalam persahabaannya dengan Nabi demi mengangungkan kemuliaan Islam diseluruh alam.

Akan saya buktikan!!

Persoalan Sahabat

Pokok permasalahan terbahagi kepada 3 bahagian:

1-        Sahabat SEMUANYA adil, amanah dan benar tanpa terkecuali. Mereka juga adalah para Mujtahid (tempat sumber rujukan utama Islam). Ini adalah pendapat Jumhur Ahlus Sunnah Wal Jamaah.
2-        Sahabat seperti orang lain, ada yang adil, amanah dan benar, begitu juga ada yang Fasiq kerana mereka Dinilai berdasarkan perbuatan mereka. Oleh itu yang baik diberi ganjaran kerana kebaikannya dan juga sebaliknya. Ini adalah pendapat Syiah Imamiyah.
3-        Semua sahabat adalah kafir. Ini adalah dakwaan Khawarij yang telah terkeluar dari pada Islam.
Adapun pendapat ketiga adalah Terbatal secara Ijma` (sepakatan Sunnah dan Syiah) kerana ianya hanya diucapkan oleh musuh-musuh Islam.

Sementara pendapat yang pertama seakan-akan mendakwa kesucian atau kemaksuman terhadap sahabat atau jatuhnya taklif daripada mereka. Ini adalah perkara yang tidak diakui oleh Islam dan tidak termasuk dalam ajaran-ajarannya dan inilah apa yang dipegang teguh oleh Ahlus Sunnah. Akan saya kemukakan Hujjah-Hujjah mengenainya.

Manakala pendapat kedua ialah pendapat yang dipegang oleh Syiah Imamiyah iaitu menilai kedudukan para sahabat berdasarkan amalan dan darjat keimanan mereka.

Secara terperinci, Syiah Imamiyah mengkategorikan sahabat kepada 3 bahagian:

Pertama – Golongan sahabat yang baik yang telah mengenal Allah dan Rasul-Nya dengan pengetahuan yang sempurna. Mereka pernah membait (sumpah janji setia) dan bersedia berkorban untuknya. Menemaninya dengan jujur dalam ucapan dan bersikap penuh ikhlas  dalam tindakan. Mereka tidak berpaling dari jalan Rasul sepeninggalan baginda, bahkan tetap setia dengan janji-janjinya. Mereka telah memperolehi pujian dari Allah dalam sejumlah ayat-ayat-Nya. Rasul juga memujinya didalam banyak bahagian sabda-sabdanya. Mereka disebut oleh golongan Syiah dengan penuh hormat dan takzim. Apabila nama mereka disebut, maka ia disebut dengan mengucapkan kalimah "Radhiyallahu 'Anhum".

Kedua – Kelompok sahabat yang memeluk Islam dan ikut Rasulullah kerana suatu tujuan, menginginkan sesuatu atau takut pada sesuatu. Mereka meminta jasa dari Rasulullah atas keislaman mereka. Kadang-kadang mereka mengganggu Nabi dan tidak patuh pada perintah atau larangannya. Bahkan mengutamakan pendapat sendiri dihadapan nas-nas yang jelas, sehingga Allah menurunkan untuk mereka ayat yang mencela atau kadang-kadang yang mengancam mereka. Dalam banyak ayat. Allah telah mempermalukan mereka dan Rasul juga telah memperingatkan mereka dalam banyak sabdanya. Kepada sahabat jenis ini golongan Syaih Imamiyah memang tidak menghormati mereka apalagi mentaqdiskan mereka.

Ketiga – Kelompok munafik yang menemani Rasul kerana ingin memperdayakannya. Mereka menampakkan diri  sebagai Muslim sementara hati mereka menyimpan kekufuran. Mereka mendekatkan diri kepada Islam agar dapat memperdayakan kaum muslimin. Allah telah menurunkan satu surah penuh yang membuka pekong-pekong mereka. Disebutkan juga didalam ayat-ayat lain tentang mereka dan mengancam mereka dengan siksa api neraka yang sangat pedih. Rasul juga menyebut dan mengancam mereka. Sebahagiansahabat telah diberitahu nama-nama mereka dan tanda-tandanya. Golongan Syiah Imamiyah melaknat dan menjauhkan diri dari mereka.

Inilah pembahagian kategori sahabat disisi Syiah Imamiyah. Tetapi sebelum saya mengemukakan hujjah-hujjah mereka bagi menyokong dakwaan-dakwaan tersebut, ingin saya bawakan definisi Sahabat yang dipegang teguh oleh Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Mereka sedikitpun tidak membuat perbezaan diantara para sahabat kerana mereka hanya bergantung kepada takrif yang dikemukan oleh Imam Bukhari (59)  iaitu:

"Sesiapa yang bersahabat dengan Nabi s.a.a.w atau melihatnya daripada orang-orang Islam, maka ia tergolong daripada sahabat-sahabat Nabi"

Begitu juga imam Ibnu Hajar al-`Asqalani juga menyatakan bahawa:
"Sahabat adalah sesiapa yang pernah berjumpa Nabi lalu beriman dengannya dan mati dalam Islam. Termasuk juga dalam maksud takrif ini iaitu sesiapa yang lama bersama Nabi atau sebentar, meriwayatkan daripadanya atau tidak, berperang bersamanya atau tidak, melihat baginda walaupun sekejap walaupun tidak duduk bersamanya dan sesiapa yang tidak dapat memandang baginda kerana buta." (60)

Ibnu Hajar juga menyatakan bahawa: Sahabat juga adalah sesiapa yang telah murtad lalu kembali kepada Islam sebelum ia meninggal dunia. Samada ia pernah bersama Nabi semula ataupun tidak. Ini adalah yang paling shahih dan Muktamad. (61) Seperti al-Asy`ats bin Qais yang telah murtad kemudian kembali kepada Islam pada zaman pemerintahan Abu Bakar.

Menerusi takrif dan definisi Sahabat menurut pandangan Ahlus Sunnah selain kedua imam ini seperti al-Zain al-Iraqi, Ibnu al-Hajib, `Umru bin Yahya dan banyak lagi jelas menegaskan bahwa sesiapa sahaja yang mendengar daripada Nabi atau melihatnya daripada orang Islam, secara MUTLAK mereka semuanya adalah sahabat dan mereka adalah adil bahkan mereka juga adalah para Mujtahid.

Inilah titik perbezaan pendapat mengenai Sahabat disisi Syiah Imamiyah dan Ahlus Sunnah. Tetapi Syiah Imamiyah tidak menetapkan keadilan kepada sahabat melainkan kepada mereka yang benar-benar berhak untuknya.

Meskipun begitu, secara amanah kerana Allah saya katakan bahawa Ahlus Sunnah ada hujjah-hujjah dalam menyokong pendapat mereka. Sila ikuti hujjah-hujjah mereka yang paling masyhur seperti berikutertama- Hujjah dari al-Quran

1- Surah at-Taubah: 100 yang bermaksudan orang-orang yang terdahulu dari kalangan orang-orang Muhajirin dan Ansar dan orang-orang yang mengikuti jejak langkah mereka dengan kebaikan. Allah redha akan mereka dan mereka pula redha akan Allah, serta Dia menyediakan untuk mereka syurga-syurga yang mengalir dibawahnya beberapa sungai. Mereka kekal didalamnya selam-lamanya. Itulah kemenangan yang besar"

Ulasan: Secara keseluruhan jika dipandang ayat ini memang seakan-akan membuktikan keadilan dan kebenaran para sahabat keseluruhannya. Tetapi sayangnya mereka tidak menghabiskan ayat tersebut iaitu ayat yang 101 yang berbunyi:

"Dan diantara orang-orang disekeliling kamu dari orang-orang arab ada yang bersifat Munafik! Dan demikian juga sebahagian dari penduduk Madinah, mereka keras dengan sifat Munafik. Engkau tidak mengetahuinya bahkan Kami-lah yang mengetahui mereka. Kami akan azab mereka berulang-ulang kemudian mereka dikwembalikan kepada azab yang besar"

Jelas bukti wujudnya sahabat yang MUNAFIK kerana tiada lain tinggal di Madinah melainkan ada ramai sahabat disana.

2- Firman Allah didalam surah al-Fath: 29 yang bermaksud

Nabi Muhammad ialah pesuruh Allah, dan orang-orang yang bersama dengannya (iaitu para sahabatnya) bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir dan sebaliknya bersikap kasih sayang  serta belas kasihan sesama sendiri. Engkau melihat mereka tetap beribadat ruku` dan sujud dengan mengharapkan limpah kurnia pahala dari Tuhan mereka serta mengharapakan keredhaan-Nya. Tanda yang menunjukkan mereka (sebagai orang-orang yang soleh) terdapat pada muka mereka dari kesan sujud…"

Ulasan: Inilah 2 sifat sahabat yang Allah sebutkan didalam quran sucinya. Tetapi apakah benar ramai dari mereka yang benar-benar menepati kedua sifat tersebut iaitu berkeras kepada orantg-orang kafir dan berkasih sayang diantara mereka?. Kalau benar ada jawapannya, maka kenapakah boleh terjadinya peperangan saudara didalam Islam seperti peperangan Siffin yang berlaku diantara Muawiyah dan imam Ali. Begitu juga peperangan antara Aisyah dan imam Ali didalam peperangan Jamal?.

Kiranya ada yang berhujjah bahawa terjadinya peperangan itu atas dasar fitnah yang berlaku yang tidak dapat dielakkan, maka persoalannya kenapakah tidak boleh membuat perdamaian supaya jangan timbul peperangan sesama IslamTambahan pula Ali bin Abi Thalib ketika itu adalah Amirul Mukmminin iaitu sebagai khalifah yang wajib ditaati. Bukankah itu adalah perintah Allah didalam surah al-Maidah: 59 yang bermaksud:"Taatilah Allah dan taatilah Rasul dan Ulil Amri (pemimpin) dari kalangan kamu"
Reply

Use magic Report

UdiNo This user has been deleted
Post time 14-8-2003 03:57 AM | Show all posts

Meniti Kebenaran -part17

Jadi dimanakah kasih sayang antara mereka yang dipuji Allah kepada mereka?.

Didalam sebuah hadits Shahih juga meriwayatkan perintah Muawiyah kepada orang ramai mengutuk Ali bin Abi Thalib hinggalah sampai berita kepada bahawa Saad bin Abi Waqqash tidak mahu melaksanakannya, lalu beliau ditanya Muawiyah: Apakah yang menyebabkan anda tidak mahu mengutuk Ali bin Abi Thalib?! Beliau menjawab: Bila aku teringatkan 3 perkara yang Nabi sabdakannya untuk aku jadi salah satu daripadanya adalah lebih aku harapkan daripada seluruh nikmat (dunia), aku tidak sanggup mengutuknya.

Pertama – Aku tidak sanggup mengutuknya kerana aku teringat  ketika wahyu turun kepada Rasul lalu baginda mencapai tangan Ali dan 2 anaknya (Hasan dan Husein) dan Fatimah, lalu baginda memasukkan mereka dibawah bajunya lalu bersabda:"Ya Tuhan, mereka inilah keluargaku dan Ahlul baitku"

Kedua – Aku tidak mengutuknya kerana aku teringat ketika baginda gantikan tempat baginda (tinggalkan sementara) ketika peperangan, lalu Ali berkata: Ya Rasulullah, Anda meninggalkan aku bersama anak-anak kecil dan golongan wanita? Baginda menjawab:
"Apakah engkau tidak redha kedudukanmu disisku seperti kedudukan Harun disisi Musa? Melainkan tiada Nabi sesudahku"

Ketiga – Aku tak sampai hati mahu mengutuknya kerana aku teringat ketika (hari keberangkatan) menuju ke medan peperangan Khaibar, baginda bersabda: Akan aku serahkan panji ini kepada seorang lelaki yang mencintai Allah dan Rasul-Nya, dan Allah dan Rasul-Nya juga mencintainya, serta kemenangan akan berada hadapannya. Lantas kami tertunggu-tunggu siapakah gerangan yang dimaksudkan Nabi itu. Lalu baginda bersabda: Dimanakah Ali? Mereka menjawab: Dia sakit mata. Baginda lantas meminta diantara mereka memanggilnya. Setelah beliau datang, Rasulullah meludah dimatanya (lalu sembuh) kemudian memberi panji tersebut kepadanya, lalu kemenangan terjadi ditangannya. (62)

Bukankah Muawiyah juga sahabat tetapi kenapakah dia perintahkan orang ramai mengutuk Ali? Bukankah itu salah satu bukti kebencian dan bukan kasih sayang?.

Rasulullah pernah bersabda yang diriwayatkan dari Abu Abdullah al-Jadali: Barangsipa yang mengutuk Ali maka sesungguhnya ia telah mengutukku. (63)

Dan ini juga membuktikan sifat kemunafikan seperti sabda baginda:
Tidak mencintaiku melainkan ia seorang mukmin dan tidak membenciku melainkan ia seorang munafik. (64)

Rasulullah memberikan penjelasan yang lagi terang darinya dengan sabdanya:

Wahai Ali, tidak mencintaimu melainkan ia seorang mukmin dan tiada yang membencimu melainkan ia seorang Munafik. (65)

Jadi dimanakah kasih sayang antara para sahabat?!Apakah pula hukuman bagi mereka yang bersifat munafik?

Perhatikan firman Allah didalam surah an-Nisa: 137 yang bermaksud:

"Berilah khabar gembira kepada orang-orang munafik bahawa bagi mereka adalah azab yang amat pedih"

Bukti-bukti lain akan saya bawakan sebentar lagi. Sila ikuti perbahasan saya seterusnya.

Buka minda dan kewarasan anda dalam menilai kebenarannya!
.
Kedua – Hujjah dari as-Sunnah

Hadits yang sering digunakan oleh golongan Ahlus Sunnah adalah hadits dari Abu Said al-Khudri bahawa Rasulullah pernah bersabda:

"Jangan kalian mengutuk sahabat-sahabatku. Demi yang jiwaku ada didalam kekuasaan-Nya, sekiranya ada diantara kalian yang berinfaq (sedekah) setinggi gunung Uhud emas sekalipun, maka takkan sampai darjat mereka yang bersedekah segenggam dari mereka walau sebahagiannya" (65)

Kiranya inilah hujjah Ahlus Sunnah maka ini jelas membuktikan secara tidak langsung mereka menguatkan hujjah Syiah Imamiyah yang mengatakan dalam golongan sahabat sendiri ada permusuhan dan tidak puas hati hingga saling kutuk mengutuk. Bukankah sabda baginda ini ditujukan perrtama-pertama sekali kepada sahabatnya?! Tambahan pula sahabat sendiri iaitu Abu said al-Khudri yang meriwayatkan dan mengisytiharkan sabda Nabi tersebut.

Fikirkan dengan sebaik-baiknya!

Bukti Syiah Imamiyah membuat penafian keadilan para sahabat
Pertama – Hujjah al-Quran

1- Ayat Inqilab:Firman Allah didalam surah al-Imran: 133 yang bermaksud:

Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul. Sungguh telah berlaku sebelumnya beberapa orang Rasul. Apakah jika dia wafat atau dibunuh  kamu berbalik kebelakang ( murtad)? Barangsiapa yang berbalik kebelakang maka ia tidak dapat mendatangkan mudharat kepada Allah sedikitpun, dan Allah akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur"

Ayat ini jelas menunjukkan bahawa sahabat akan berbalik kebelakang segera setelah wafatnya Nabi s.a.a.w dan hanya sedikt sahaja yang masih tetap konsisten seperti yang tersirat didalam kandungan ayat tersebut.

Buktinya, Perhatikan kalimat 'Orang-orang bersyukur' yang menunjukkan masih ada orang-orang yang tetap dan tidak berbalik kebelakang. Kelompok orang-orang yang bersyukur ini tidak banyak berdasarkan firman Allah:

"Dan sememangnya sedikitpun sekali diantara hamba-hamba-Ku yang bersyukur"

Disamping itu juga, maksud ayat Inqilab ini adalah para sahabat yang hidup dizaman Nabi dan yang berada di Madinah itu sendiri. Ayat ini menunjukkan wujudnya sejumlah sahabat yang berbalik segera setelah kewafatan Rasulullah s.a.a.w Hadits-hadits baginda juga menerangkan tentang perkara ini tanpa keraguan seditpun. Akan kita perbincangkan hal tersebut dalam perbahasannya yang tersendiri Insya Allah.

2- Ayat Jihad:Firman Allah didalam surah at-Taubah: 38-39 yang bermaksud

"Hai orang-orang yang beriman, apakah sebabnya apabila dikatakan kepada kamu: Berangkatlah (untuk berperang) dijalan Allah, kamu berasa berat dan ingin tinggal ditempatmu?. Apakah kamu puas dengan kehidupan didunia sebagai ganti kehidupan di akhirat? Padahal kenikmatan kehidupan dibunia ini (dibandingkan dengan kehidupan) akhirat hanyalah sedikit. Jika kamu tidak berangkat untuk berperang, nescaya Allah menyiksa kamu dengan siksa yang pedih dan digantinya (kamu) dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan dapat memberi kemudharatan kepada-Nya sedikitpu8n. Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu"

Ayat ini jelas membuktikan bahawa ada segelintir sahabat merasa berat untuk pergi berjihad dijalan Allah s.w.t Mereka lebih memilih untuk hidup didunia walaupun mereka thu nikmatnya hanya sementara sahaja. Sikap mereka seperti ini dicela oleh Allah dan diancam dengan azab yang pedih. Bahkan Allah mengganti mereka dengan orang-orang yang  mukmin lain yang jujur.
Ancaman penggantian ini tersurat dalam berbagai ayat al-Quran. Hal ini menunjukkan bahawa mereka seringkali bersikap berat hati ketika diseru berjihad dijalan Allah. Sepertimana firman Allah: "Dan jika kamu berpaling, nescaya Dia akan mengganti kamu dengan kaum yang lain dan mereka tidak akan seperti kamu ini" (Muhammad: 38)

3- Ayat Khusyu`:Firman Allah s.w.t didalam surah Al-Hadid: 16 yang bermaksud:

"Belum datang waktunya bagi orang-orang yang beriman untuk menundukkan hati mereka ingat pada Allah dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka). Dan janganlah mereka menjadi seperti orang-orang yang sebelumnya yang telah diturunkan al-Kitab kepadanya, kemudian berlalulah masa yang panjang atas mereka lalu hati mereka menjadi keras. Dan kebanyakan diantara mereka adalah orang-orang yang fasiq"
Saya rasakan ayat ini jelas tanpa perlu dihuraikan.

4- Surah al-Jumu`ah: 11 yang bermaksud:

"Dan apabila mereka mengetahui kedatangan barang-barang dagangan (yang baru tiba) atau (mendengar) sesuatu hiburan, mereka bersurai lalu pergi kepadanya dengan meninggalkan engkau berdiri (diatas mimbar berkhutbah)…"

Sebab turun ayat ini ada diriwayatkan dari Jabir bin Abdullah katanya: Ketika Nabi sedang berkhutbah pada hari jumaat, lalu tiba satu rombongan dagangan ke Madinah, maka para sahabat baginda berangkat pergi kepadanya tanpa memperdulikan baginda yang sedang berkhutbah dan yang tinggal hanyalah 12 orang.(66)
Saya rasa ayat ini juga tak perlu dihuraikan. Fikirkanlah tentangnya!

Kedua – Hujjah dari as-Sunnah

1- Seorang lelaki menulis untuk Nabi s.a.a.w Dia telah membaca surah al-Baqarah dan surah ali-Imran: Nabi s.a.a.w menyuruh dia menulis "Ghafuran Rahiman" tetapi dia menulis "Aliman Hakiman". Maka Nabi berkata kepadanya: Tulislah (apa yang disuruh)! Lelaki itu menjawab: aku akan tulis apa yang aku mahu. Nabi menyuruh dia menulis "Aliman Hakiman" maka dia menulis "Sami`an Bashiran"  Dan dia berkata: Aku lebih mengetahui daripada kalian tentang Muhammad. Nabi bersabda: Bumi tidak akan menerimanya!. Anas berkata: Abu Thalhah memberitahuku bahawa dia telah pergi ke tempat lelaki itu ditanam dan didapatimya tidak diterima oleh bumi. Lalu Abu Thalhah bertanya: Bagaimana keadaan lelaki itu? Mereka menjawab: Kami telah mengebumikannya beberapa kali tetapi bumi tidak menerimanya.
Ibnu Katsir mengulas: hadits ini Shahih berdasarkan syarat Bukhari dan Muslim tetapi keduanya tidak mencatatkannya didalam shahih-shahih mereka.(67)

2- Al-Walid bin Uqbah bin Abi Mu`ith telah digelar Allah sebagai orang fasiq ketika mana dia telah diutus oleh Nabi untuk memungut zakat daripada bani Mustaliq. Dia lalu pulang dan memberitahu Nabi bahawa bani Mustaliq telah keluar untuk memeranginya. Lalu nabi bersiap sedia dengan tentera untuk memerangi mereka (68) . Maka Allah berfirman: (Al-Hujurat: 6)

"Hai orang-orang beriman, jika datang kepadamu orang fasiq membawa suatu berita , maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan satu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu"
Reply

Use magic Report

UdiNo This user has been deleted
Post time 14-8-2003 04:07 AM | Show all posts

Meniti Kebenaran -part18

3- Al-Jad bin Qais daripada bani Salimah telah diturunkan ayat mengenainya(69)  didalam surah at-Taubah: 49 yang bermaksud:
       
"Diantara mereka ada yang berkata:" Berilah saya keizinan (tidak pergi berperang) dan janganlah kamu menjadikan saya terjerumus kedalam fitnah. Ketahuilah bahawa mereka telah terjerumus kedalam fitnah. Dan sesungguhnya Jahannam itu benar-benar meliputi orang-orang kafir"

4- Tsa`labah bin Hatib bin Umar bin Umayyah salah seorang sahabat yang pernah menyertai peperangan Badar dan Uhud. Dia tidak mahu mengeluarkan zakat hartanya, lalu Allah berfirman:

"Dan diantara mereka ada yang telah berikrar kepada Allah: Sesungguhnya jika Allah memberi sebahagian kurnia-Nya kepada kami, pastilah kami akan bersedekah dan pastilah kami termasuk orang yang soleh"

Tsa`labah adalah sahabat yang sentiasa mengerjakan solat. Dia asalnya seorang yang miskin. Dia meminta kepada Nabi memohon kepada Allah untuknya. Dia berkata:  Pohonkan kepada Allah untukku supaya Dia mengurniakan harta yang banyak. Lalu Rasul bersabda: Wahai Tsa`labah, harta sedikit yang kamu bersyukur lebih baik dari harta yang banyak. Maka ia berkata: Demi Yang mengutusmu dengan kebenaran sebagai seorang Nabi supaya kamu menyeru Allah supaya Dia mengerniakan rezeki yang banyak. Demi Allah aku akn memberi hak kepada orangnya. Lalu Rasulullah bersabdaWahai Tuhanku, kurniakanlah Tsa`labah harta. Maka hartanya bertambah, tetapi dia tetap tidak mahu membayar zakat. Dan dia termasuk orang yang berdusta dan Pembohong. (70)

5- Dzu Tsudayyah adalah seorang sahabat yang disegani kerana kuat beribadat, tetapi Nabi mengarahkan supaya dia dibunuh. Nabi bersabda: Dia adalah seorang lelaki dimukanya terdapat tompok daripada syaitan. Lalu baginda mengutus Abu Bakar membunuhnya, lantas dia (Abu Bakar) melihatnya sedang solat maka dia kembali tidak membunuhnya. Kemudian Nabi mengutus pula Umar untuk membunuhnya tetapi dia tidak mermbunuhnya dan baginda mengutus pula Ali tetapi beliau tidak mendapatinya (Dzu Thadyah telah pergi).(71)

6- Qazman bin Harts telah ikut serta berperang didalam peperangan Uhud bersama Nabi s.a.a.w Para sahabat yang lain memujinya dengan berkata: Tidak seorangpun  daripada kami diberi pahala seperti yang diberikan kepadanya. Nabi menjawab: Sesungguhnya dia daripada ahli neraka!. Ketika dia terluka dalam peperangan dan terjatuh, seorang berkata kepadanya: Tahniah buat anda
kerana ke Syurga. Dia menjawab: Syurga daripada kutu. Demi Tuhan Kami tberperang melainkan untuk mendapat ganjaran duniawi. (72)

7- Al-Hakam bin Abil`Ash bin Umayyah bin Abd Syams diusir dan dilaknat oleh baginda Rasulullah dari Madinah. Dia adalah bapa kepada Marwan dan bapa saudara Utsman bin Affan.Al-Faqihi telah meriwayatkan dengan sanad daripada az-Zuhri dan `Atha`al-Khurasani bahawa para sahabat menziarahi Nabi ketika itu baginda melaknat al-Hakam. Mereka bertanya : Wahai Rasulullah, kenapa dengannya? Baginda menjawab: Dia memasuki rumahku melalui dinding yang pecah sedangkan aku bersama isteriku didalamnya.

Nabi s.a.a.w berjalan didepan al-Hakam lalu dia mencuitkan Nabi dengan anak jarinya (mempersendakan baginda). Maka Nabi berpaling dan melihatnya dan bersabda: Wahai Tuhanku, jadikannya seorang yang tak berguna!. Kemudian al-Hakam segera lari ke tempatnya yang dinamakan Khait al-Bathil (benang palsu) Rasulullah berkata: Celakalah umatku daripada keturunan lelaki ini!. (73)

Inilah sebahagian bukti dan hujjah Syiah Imamiyah menolak keadilan majoriti para sahabat. Masih banyak lagi bukti mengenai kesesatan, penyelewengan dan kekafiran para sahabat. Dan kini anda ikuti huraian berkaitan KEKAFIRAN majoriti  para sahabat menerusi perbahasan berikut. Tiada bahan rujukan yang saya pergunakan melainkan dari kitab-kitab Ahlus Sunnah Waljamaah.

Perhatikan secara teliti hujjah-hujjah mereka sebelum anda mengeluarkan sebarang hukuman terhadap Syiah Imamiyah!

Kekafiran Majoriti Para Sahabat

Kajian mengenai para sahabat yang telah menjadi kafir-murtad selepas kewafatan Nabi s.a.a.w amat mencemaskan. Tetapi ianya suatu hakikat yang tidak dapat dinafikan oleh sesiapapun kerana ia telah dicatat oleh 2 imam besar yang digelar Amirul Mukminin oleh ulama hadits iaitu Bukhari dan Muslim. Didalam kedua kitab shahih mereka iaitu kitab yang paling shahih selepas alQuran (Shahih Bukhari dan Shahih Muslim) disisi Ahlus Sunnah, terdapat sejumlah riwayat hadits yang banyak menjelaskan tajuk perbahasan kita ini.

Sekiranya Bukhari dan Muslim telah mencatat kekafiran Majoriti para sahabat selepas kewafatan  Nabi s.a.a.w didalam shahih-shahih mereka, kenapa kita menolaknya dan melemparkan kemarahan kepada orang lain pula?. Dan jika mereka berdua berbohong, merekalah yang berdosa dan dipertanggung jawabkan  dihadapan Allah s.w.t. Dan jika kita Ahlus Sunnah Nabi, nescaya kita menerimanya. Jika tidak, kitalah Ahli anti Sunnah Nabi s.a.a.w

Berikut dikemukakan 5 hadits daripada Shahih Bukhari yang telah ditahqiq oleh Muhammad Ali Qutb, Cetakan Maktabah al-`Asriyah, Beirut: Juz 4 Hal 2056-2059, Bab: Fil Haudh. Juga 6 hadits dari kitab Shahih Muslim, Cetakan Darul Fikir, Beirut: Juz 7 Hal 65-67 Kitab: al-Fadhail, Bab: Itsbath Haudhi Nabi s.a.a.w.Berikut dikemukakan 5 hadits daripada Shahih Bukhari yang telah ditahqiq oleh Muhammad Ali Qutb, Cetakan Maktabah al-`Asriyah, Beirut: Juz 4 Hal 2056-2059, Bab: Fil Haudh. Juga 6 hadits dari kitab Shahih Muslim, Cetakan Darul Fikir, Beirut: Juz 7 Hal 65-67 Kitab: al-Fadhail, Bab: Itsbath Haudhi Nabi. Semuanya yang berkaitan dengan topik kajian.

Terjemahan hadits-hadits dari Shahih Bukhari

1- Daripada Abdullah bahawa Nabi s.a.a.w bersabda: Aku akan mendahului kamu di Haudh dan sebahagian daripada kamu akan dibawa dihadapanku. Kemudian mereka akan dipisahkan jauh daripadaku. Aku akan bersabda: Wahai Tuhanku, mereka adalah para sahabatku (Ashabi). Maka dijawab: Sesungguhnya kamu tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh mereka selepas kamu meninggalkan mereka (Innaka La Tadri Ma Ahdatsu Ba`daka).

2- Daripada Anas bin Malik daripada Nabi s.a.a.w bersabda: Sebahagian daripada sahabatku akan datang kepadaku di Haudh (sungai/kolam susu) sehingga aku mengenali mereka, lantas mereka dibawa jauh daripadaku. Kemudian aku akan bersabda: Para sahabatku (Ashabi)! Maka dia (Malaikat) berkata: Anda tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh mereka selepas anda meninggalkan mereka (Innaka La Tadri Ma Ahdatsu Ba`daka).

3- Daripada Abu Hazim daripada Sahl bin Sa`ad daripada Nabi s.a.a.w bersabda: Aku akan mendahului kamu di Haudh. Dan siapa yang akan melaluinya akan meminumnya. Dan siapa yang meminumnya tidak akan dahaga selama-lamanya. Akan datang kepadaku beberapa orang yang aku kenali, dan mereka juga mengenaliku. Kemudian dihalang diantara aku dan mereka. Abu Hazim berkata: Nu`man bin Abi`Iyasy berkata selepas mendengar kata-kataku (tadi) lalu dia berkata: Asdakah anda benar telah mendengar sedemikian daripada Sahl? Aku menjawab: Ya. Aku naik saksi bahawa aku telah mendengarnya Abu said al-Khudri berkata perkara yang sama, malah dia menambah: Nabi s.a.a.w bersabda: Aku akan bersabda: mereka itu adalah daripada sahabatku (Ashabi), maka dijawab: Sesungguhnya anda tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh mereka selepas anda meninggalkan mereka. Aku akan bersabda: jauh! Jauh! (daripada rahmat Allah) / ke Neraka mereka telah mengubah/menukarkan (hukum Allah dan Sunnahku) selepasku (Suhqan Suhqan Li Man Ghayyara Ba`di).
Reply

Use magic Report

UdiNo This user has been deleted
Post time 14-8-2003 04:13 AM | Show all posts

Meniti Kebenaran -part19

4- Daripada Ibnu Musayyab bahawa Nabi s.a.a.w bersabda: Sebahagian daripada para sahabatku akan mendatangiku di Haudh, dan mereka akan dipisahkan dari Haudh. Maka aku berkata: Tuhanku, Mereka adalah para sahabatku (Ashabi), maka akan dijawab: Sesungguhnya anda tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh mereka selepas anda meninggalkan mereka. Sesungguhnya mereka telah menjadi kafir-murtad ke belakang selepas anda meninggalkan mereka (Innahum Irtaddu Ba`daka `Ala Adbarika I-Qahqariyy).

5- Daripada Abu Hurairah bahawa Nabi s.a.a.w telah bersabda: Manakala aku sedang tidur, tiba-tiba sekumpulan (para sahabatku) datang kepadaku. Apabila aku mengenali mereka, tiba-tiba seorang lelaki (Malaikat)keluar diantara aku dan mereka. Dia berkata kepada mereka: Datang kemari. Aku bertanya kepadanya: Ke mana? Dia menjawab: Ke Neraka, demi Allah. Aku pun bertanya lagi: Apakah kesalahan mereka? Dia menjawab: Mereka telah menjadi kafir-murtad selepas kamu meninggalkan mereka (Innaka La Tadri Ma Ahdatsu Ba`daka `Ala Adbarihimi I-Qahqariyy). Justeru itu aku tidak melihat mereka terselamat melainkan (beberapa orang sahaja) sepertilah unta tersesat /terbiar daripada pengembalaanya (Fala Arahu Yakhlusu Minhum Illa Mitslu Hamali Na`am).


Terjemahan Hadits-Hadits Dari Shahih Muslim

1- Daripada Abu Hazim daripada Sahl bin Sa`ad daripada Nabi s.a.a.w bersabda: Aku akan mendahului kamu di Haudh. Dan siapa yang akan melaluinya akan meminumnya. Dan siapa yang meminumnya tidak akan dahaga selama-lamanya. Akan datang kepadaku beberapa orang yang aku kenali, dan mereka juga mengenaliku. Kemudian dihalang diantara aku dan mereka. Abu Hazim berkata: Nu`man bin Abi`Iyasy berkata selepas mendengar kata-kataku (tadi) lalu dia berkata: Asdakah anda benar telah mendengar sedemikian daripada Sahl? Aku menjawab: Ya. Aku naik saksi bahawa aku telah mendengarnya Abu said al-Khudri berkata perkara yang sama, malah dia menambah: Nabi s.a.a.w bersabda: Aku akan bersabda: mereka itu adalah daripada sahabatku (Ashabi), maka dijawab: Sesungguhnya anda tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh mereka selepas anda meninggalkan mereka. Aku akan bersabda: jauh! Jauh! (daripada rahmat Allah) / ke Neraka mereka telah mengubah/menukarkan (hukum Allah dan Sunnahku) selepasku (Suhqan Suhqan Li Man Ghayyara Ba`di).

2- Daripada Asma` binti Abu Bakar berkata Rasulullah s.a.a.w: Sesungguhnya aku akan berada di Haudh hingga aku melihat mereka yang datang kepadaku dikalangan kamu (Man Yaridu `Alayya Minkum). Dan mereka akan ditarik dengan pantas (daripadaku), maka aku akan bersabda: Wahai Tuhanku, mereka itu daripada (para sahabat)ku dan daripada umatku. Dijawab: Tidakkah anda menyedari apa yang dilakukan oleh mereka selepas anda meninggalkan mereka (Amma Sya`arta Ma`Amilu Ba`daka?) Demi Allah mereka sentiasa mengundur kebelakang (kembali kepada kekafiran) selepas anda meninggalkan mereka (Wallahi! Mabarihu Ba`daka Yarji`un `Ala A`aqabihim). Dia berkata Ibnu Mulaikah berkata: Wahai Tuhanku, sesungguhnya kami meminta perlindungan daripada-Mu supaya kami tidak mengundur ke belakang (kembali kepada kekafiran) atau kami difitnahkan tentang agama kami.

3- Daripada Aisyah berkata: Aku telah mendengar Rasulullah bersabda ketika baginda berada dikalangan para sahabatnya (Ashabihi): Aku akan menunggu mereka dari kalangan kamu yang akan datang kepadaku. Demi Allah mereka akan ditarik dengan pantas dariku. Maka aku akan bersabda: Wahai Tuhanku, mereka adalah daripadaku (para sahabatku) dan daripada umatku. Dijawab: Sesungguhnya kamu tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh mereka (Innaka La Tadri Ma `Amilu  Ba`daka). Mereka sentiasa  mengundur kebelakang (kembali kepada kekafiran) (Mazalu Yarji`una `Ala `Aaqabihim)4- Daripada Abdullah bin Rafi` daripada Rasulullah s.a.a.w bersabda: Sesungguhnya aku akan mendahului kamu di Haudh. Tidak seorang dari kalangan kamu  (para sahabatku)  akan datang kepadaku sehingga dia akan dihalau/diusir daripadaku. Aku akan bersabda: Apakah salahnya? Dijawab: Sesungguhnya anda tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh mereka  selepas anda meninggalkan mereka. Maka aku bersabda: Jauh! (daripada rahmat Allah).

5-  Daripada Abdillah, Rasulullah bersabda: Aku akan mendahului kamu di Haudh. Dan aku akan bertelagah dengan mereka (Aqwaman). Kemudian aku aakn menguasai mereka. Maka aku bersabda: Wahai Tuhanku, mereka adalah para sahabatku! mereka itu adalah para sahabatku! (Ya Rab! Ashabi, Ashabi) Lantas dijawab: Sesungguhnya anda tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh mereka selepas anda meninggalkan mereka (Innaka La Tadri Ma Ahdatsu Ba`daka).

6- Daripada Anas bin Malik bahawa Nabi bersabda: Akan datang kepadaku di Haudh beberapa lelaki (Rijalun) daripada mereka yang telah bersahabat denganku (Minman Sahabani) sehingga aku melihat mereka diangkat kepadaku. Kemudian mereka dipisahkan daripadaku. Maka aku bersabda: Wahai Tuhanku, Mereka adalah para sahabatku, mereka adalah para sahabatku (Usaihabi). Akan dijawab kepadaku: Sesungguhnya anda tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh mereka selepasa anda meninggalkan mereka.

Huraian:
Kalimat-kalimat penting didalam hadits-hadits tersebut

Daripada hadits-hadits diatas kita dapati Bukhari telah menyebut perkataan:
1-        Ashabi (para sahabatku) secara literal sebanyak 4 kali.
2-        Innaka La Tadri / La Ilmika Ma Ahdatsu Ba`daka (sesungguhnya anda tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh mereka selepas anda meninggalkan mereka) sebanyak 3 kali. Perkataan Ahdatsu bererti mereka telah melakukan Bid`ah-bid`ah/ inovasi yang menyalahi al-Quran dan Sunnah Nabi s.a.a.w.
3-        Innahum Irtaddu (sesungguhnya mereka telah menjadi kafir-murtad) sebanyak 4 kali.
4-        Suhqan-Suhqan Li man Ghayyara Ba`di (Jauh!Jauh! (daripada rahmat Allah)/ ke Nerakalah mereka yang telah mengubah / menukarkan hukum Tuhanku dan Sunnahku selepasku) 1 kali. Perkataan Ghayyara bererti mengubah / menukarkan hukum Allah dan Sunnah nabi-Nya.
5-        Fala Arahu Yakhlusu Minhum Mitslu Hamalin Na`am (aku tidak fikir mereka terselamat melainkan (beberapa orang sahaja) sepertilah unta yang tersesat / terbiar dari pengembalanya) 1 kali.
Sementara Muslim pula telah menyerbut perkataan:

1-        Ashabi (para sahabatku) secara literal 1 kali.
2-        Ashabihi (opara dsahanbatnya) 1 kali.]
3-        Sahabani (bersahabat denganku) 1 kali.
4-        Usaihabi (para sahabatku) 2 kali.
5-        Innaka La Tadri Ma Ahdatsu Ba`daka (sesungguhnya anda tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh mereka selepas anda meninggalkan mereka) 3 kali.
6-        Innaka La Tadri / Sya`arta Ma `Amilu Ba`daka (sesungguhnya anda tidak mengetahui / menyedari apa yang dilakukan  oleh mereka selepas anda meninggalkan mereka) 3 kali. Perkataan Ma `Amilu (apa yang dilakukan oleh mereka) adalah amalan-amalan yang menyalahi hukum Allah dan Sunnah Nabi-Nya.
7-        Ma Barihu / Ma Zalu Yarji`un `Ala A`aqabihim (mereka sentiasa kembali kerpada kekafiran) 2 kali.8-        Suhqan-Suhqan Li Man Baddala Ba`di (Jauh! Jauh! (daripada rahmat Allah) / ke Nerakalah mereka yang telah mengubah / menukarkan / mengganti hukum Tuhanku dan Sunnahku selepasku) 1 kali. Perkataan Baddala beerti mengganti / mengubah / menukar hukum Allah dan Sunnah Nabi-Nya.
Reply

Use magic Report

UdiNo This user has been deleted
Post time 14-8-2003 04:20 AM | Show all posts

Meniti Kebenaran-part20

Ini bererti sebab-sebab mereka menjadi kafir-murtad menurut Bukhari dan Muslim adalah kerana mereka:

1-        Ahdatsu = Irtaddu / yarji`un `Ala A`aqabihim
2-        `Amilu = Irtaddu / Yarji`un `Ala A`aqabihim
3-        Ghayyaru = Irtaddu / Yarji`un `Ala A`aqabihim
4-        Baddalu = Irtaddu / Yarji`un `Ala A`aqabihimUlasan: Secara Ilmiyah dan amanah, huraian tentang topik perbincangan telah dibuat. Maka dapatlah disimpulkan bahawa sebab utama yang membawa mereka menjadi kafir-murtad (Irtaddu ?/ La Yazalun Yarji`un `Ala A`aqabihim) didalam hadits-hadits tersebut adalah kerana mereka telah mengubah sebahagian besar hukum Allah dan sunnah Nabi-Nya (Baddalu Wa Ghayyaru) dengan melakukan berbagai bid`ah (Ahdatsu) dan amalan-amalan (`Amilu) yang menyalahi  al-Quran dan Sunnah Nabi. Perkara yang sama juga akan berlaku jika kita melakukan perbuatan yang sama. Menurut Bukhari dan Muslim hanya SEBILANGAN KECIL daripada mereka sahaja yang terselamat seperti bilangan unta yang tersesat / terbiar (Mitslu Hamalin Na`am). Oleh itu, konsep keadilan semua para sahabat yang diciptakan oleh Abul Hasan al-Asya`ri (74)  dan dijadikan aqidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah adalah bertentangan dengan hadits-hadits tersebut.Selain dari itu juga, hadits-hadits tersebut adalah bertepatan dengan firman Allah berikut:
1-        Saba`: 131 yang bermaksud: Dan SEDIKIT daripada hamba-hamba-Ku  yang bersyukur.
2-        Yusuf: 103 yang bermaksud: Dan kebanyakan manusia bukanlah orang-orang yang beriman, meskipun engkau harapkan.
3-        Sad: 24 yang berbunyi: Melainkan orang-orang yang beriman, dan beramal soleh. Tetapi sedikit  (bilangan) mereka.
4-        Hud: 40 yang berbunyi: Dan tiadalah beriman kepadanya melainkan sedikit sahaja.

Ayat-ayat ini jelas membuktikan bahawa terlalu kecil bilangan orang-orang Mukminin. Atas dasar itulah, maka tidak hairan jika ada dikalangan para sahabat ada yang telah mengubah Sunnah Nabi, tidak meredhai keputusan Nabi. Malah mereka menuduh baginda melakukan sesuatu kerana kepentingan diri sendiri dan bukan kerana Allah (75) dan banyak lagi.

Tetapi persoalannya sekarang siapakah sahabat yang benar-benar jelas menyeleweng, mengubah dan menolak hukum-hukum Allah dan bersikap menentang Sunnah Nabi-Nya?

Percaya atau tidak jika saya katakan bahawa sahabat-sahabat besar yang diagung-agungkan oleh golongan Ahlus Sunnah iaitu khalifah Abu Bakar, Umar dan Utsman juga TERMASUK dalam golongan yang menyeleweng, mengubah, menolak dan menentang hukum-hukum Allah dan Sunnah Nabi-Nya?!

Pasti! akan saya buktikannya dibahagian lain perbahasan kita. Insya Allah saya akan menyambung artikel ini dengan disertai hujjah-hujjah yang kuat bahkan kukuh bersumberkan dari al-Quran dan Sunnah Nabi-Nya Muhammad s.a.a.w.

Harapan saya agar anda bersikap terbuka dan mahu menerima kebenaran kiranya ia sudah jelas terhurai. Apa yang mampu saya katakan ialah sepertimana yang difirmankan Allah didalam surah al-Kahfi: 29 yang bermaksud:

"Dan katakanlah kebenaran (al-Haq) dari Tuhan-mu. Dan barangsiapa yang mahu beriman, maka hendaklah ia beriman. Dan sesiapa yang mahu kufur ingkar, maka biarlah ia mengingkarinya…"

Dan juga jika sudah datang suatu kebenaran maka janganlah anda bersikap ragu-ragu dan was-was. Firman Allah didalam surah al-Baqarah: 147 yang berbunyi:
Kebenaran itu adalah datang dari Tuhan-Mu. Oleh itu janganlah sekali-kali kamu termasuk dalam golongan yang ragu-ragu"

Tunggu sambungan perbahasan kita di waktu yang bakal Allah tentukan.

Perbahasan yang bakal dihuraikan:

1-        Masalah hadits-hadits Nabi, yang bertentangan dengan al-Quran dan akal.
2-        Benarkah Abu Bakar, Umar dan Utsman menyimpang dari jalan Allah dan Rasul-Nya?
3-        Khalifah dan al-Imamah. Siapakah yang lebih layak untuk jabatan tersebut?4-        Huraian serba sedikit masalah furu`(ranting) agama seperti kes FADAK, sikap toleransi dan berdiam diri imam Ali terhadap Abu Bakar dan Umar.
5-        Mazhab Ahlus Sunnah, Bilakah ia muncul?
6-        Dan banyak lagi.

Rintihan Si Jahil
Fakulti Usuluddin Dan Dakwah
Universiti Al-Azhar Asy-Syarif
Cawangan Mansurah, Mesir

Kitab-Kitab Rujukan
1- Sila rujuk Jami`u Bayanil ilm: Juz 2 hal 180

2- HR al-Hakim dalam Mustadrak yang bersumber dari Ibnu Abbas

3- Silarujuk: Jami` Bayani Ilm: Juz1 hal 76

4- Sila rujuk Jami` Bayanil Ilmu: Juz 2 hal 120 juga rujuk As-Sunnah Wamakanatuha Fi Tasyri` Islami: hal 71 oleh Dr. Mustafa as-Siba`ie.

5- Sila rujuk kitab-kitab Rijal Hadits dan kitab-kitab al-Jarhu Wat Ta`dil. Anda akan dapat banyak perselisihan dalam menentukan kesahihan dan kedhaifan bagi seseorang periwayat hadits.  

6- Sila rujuk Mustadrak al-Hakim: juz iii hal 48. Keterangan hadith ini isnadnya shahih menurut syarat yang ditetapkan oleh Bukhari dan Muslim tetapi kedua-duanya tidak meriwayatkannya  

7- Hadith ini diriwayatkan oleh Tarmidzi di dalam sunannya.

8- Sila rujuk Mustadrak al-Hakim:juz 3 hal 148 hadith bil: 3786-3789 dan imam mengulas bahawa hadith al-Quran dan Ahlu Baitku itu isnadnya Hasan Shahih. Juga an-Nasaie dari Jabir dan keduanya telah dikutip oleh al-Muttaqi al-Hindi kitab Kanzul Ummal Juz 1 hal 44 Bab berpegang teguh pada al-Quran dan Sunnan.

9- Sila rujuk hadith tersebut dalam Shahih Bukhari, Musnad Ahmad, al-Baghawi dan ia disebutkan oleh al-Haitsami didalam kitab Majma` az-Zawaid hadith ke-9 hal 168. Juga rujuk kitab Ihya`ul Mayyit Bi Fadhail Alil Bait oleh imam as-Suyuthi dan beliau mengutip hadith tersebut dari Ibnu Munzir, Ibnu Abi Hatim, Ibnu Mardawih menerusi kitab-kitab tafsir mereka, juga dari at-Thabrani didalam al-Mu`jam al-Kabir. Pastikan anda merujuknya!

10- As-Sawaiqul Muhriqah: Hal 144-145

11- Al-Iklil: Hal 178

12- Mustadrak al-Hakim: Juz 2 hal 343, Kanzul Ummal: Juz 5 hal 95, as-Sawa`iq  : hal 184.

13- Kisah ini ditulis didalam Shahih Bukhari : Bab sakitnya Nabi dan wafatnya. Juz 2 hal 118 dan Shahih Muslim: Kitab wasiat Juz 5 hal 76

14- Sila rujuk dalam Fathul Bari: Juz 13 hal 230.      

15: Sila rujuk Tazkiratul Huffaz oleh Az-Zahabi: Jil 1 Hal 5-8.
16- Sila rujuk Tazkiratul Huffaz oleh Az-Zahabi: Jil 1 Hal 5-

17- Sila rujuk Shahih Bukhari: Bab memberi salam dan meminta izin.

18- Sila rujuk Tazkiratul Huffaz: Juz 1 hal 10-15, Kanzul Ummal: Juz 5 hal 237, Jami Bayanil Ilm: Juz 2 hal 120 dan Jami` Sunan oleh Ibnu Katsir: Musnad as-Siddiq.  

19- Sila rujuk Sunan Ibnu Majah: Bab Keutamaan para sahabat. Jil 1 hal 92. Shahih Tarmidzi dan Nasaie juga Musnad Ahmad jil iv hal 163  

20- Musnad Ahmad: Jil 1 hal 363 Sila rujuk Sunan Ibnu Majah: Bab Keutamaan para sahabat. Jil 1 hal 92. Shahih Tarmidzi dan Nasaie juga Musnad Ahmad jil iv hal 163.
21- Sawaiqul Muhriqah: hadith ke 13 antara 40 hadith yang dikutipnya pada bab 9.

22- HR ad-Dailami dari Abu Dzar.

23- Sila rujuk Kanzul Ummal: Jil VI hal 156  

24- HR Abu Nu`aim dalam Hilyatul Awliya` dari Abu Barzah al-Aslami dan Anas bin Malik.25- Untuk mengetahui lanjutan kisah dan sebab turun ayat ini sila rujuk: Asbabun Nuzul oleh al-Wahidi, Tafsir al-Kabir oleh ar-Razi, al-Iqbal, Mafatih al-Ghaib: Jil 11 hal 488, tafsir Dar al-Quthni dan Ibnu Hajar dalam as-Sawa`iq al-Muhriqah. Kesemua kitab-kitab Sunni ini dengan gembeleng memaparkan kisah tersebut.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


UdiNo This user has been deleted
Post time 14-8-2003 04:26 AM | Show all posts

Meniti Kebenaran -part21

26- Salah seorang tokoh Khawarij yang anti Ahlul Bait dan banyak memalsukan hadits dan beraqidah sesat. Ia bekas budak Ibnu Abbas yang sering menyandarkan pendapat sesatnya pada Ibnu Abbas: Hadiyus Sari Fi Muqaddimati Fathul Bari.

27- Salah seorang tabiin yang terkenal sangat membenci Ahlul Bait (Nashibi).

28- Al-Qaulul Fasl: Juz 2 hal 298.

29- Sila rujuk Ma`a An-Nasyasyibi Fi Islami: Hal 45

30- Sila rujuk Tafsir al-Mizan: Juz 16 hal 311.

31- Shahih Muslim: Bab Fadhail Ali a.s32- Al-Qaulul Fasl: Juz 11 hal 298.

33-Rasyfatusy Syadi: Hal 13-14.  

34- Fathul Mubin: Hal 28 dan As-Sawaiqul Muhriqah: Hal 146.  

35- As-Sawaiqul Muhriqah: Hal 146.  

36- Diriwayatkan didalam kitab Al-Kafi dari imam al-Baqir a.s, beliau menulis surat kepada Sa`ad al-Khair: "…Dan dari sika-sikap mereka dalam mengabaikan al-Quran, mereka menegakkan huruf-hurufnya (membaca dan menghafalnya), akan tetapi mereka memutarbelitkan kandungannya, dengan demikian mereka hanya meriwayatkan al-Quran dan tidak memeliharanya. Orang-orang jahil terhairan-hairan oleh hafalan mereka sedang para ulama merasa sedih kerana mereka tidak memelihara al-Quran". Al-Kafi: Bab Shalat: Hal 273 dan Tafsir alBayan oleh imam al-Khu`ie: Hal 216.

37- Sila rujuk juga as-Sawaiqul Muhriqhah oleh Ibnu Hajar: Hal 143 dan Asy-Syarafum Muubad oleh Syeikh Yusuf an-Nakhani: Hal 7

38- Riwayat ini juga dikeluarkan oleh ulama hadits lain antaranya:
a-        Mustadrak al-hakim oleh imam Hakim an-Naisaburi: Juz 3 hal 147 dan beliau mengulas hadits riwayatnya tersebut adalah hadits shahih menurut syarat Bukhari dan Muslim.
b-        Sunan al-Baihaqi : Juz 2 hal 149.
c-        Tafsir at-Thabari oleh imam Ibnu Jarir at-Thabari: Juz 22 hal 5 dari Aisyah.
d-        Ad-Durul Mantsur oleh imam as-Suyuthi: Juz 6 hal 605 dan beliau mengulas bahawa hadits tersebut diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah, imam Ahmad bin Hanbal dan Ibnu Hatim.
e-        Tafsir al-Kasysyaf oleh imam az-Zamakhsyari: Juz 1 hal 434.
f-        Tafsir al-Kabir oleh imam Fakhrul Razi: Juz hal 270 dan beliau mengatakan bahawa sesungguhnya riwayat ini telah disepakati keshahihannya oleh kalangan ahli tafsir fadhail al-Khamsa.

39- As-Sawai`qul Muhriqah oleh Ibnu Hajar al-Haitami: hal 143-144

40- Asy-Syaraful Muabbad : Hal 7, Musnad imam Ahmad: Juz iv hal 107, Tafsir at-Thabari: Juz xxii hal 6 dan Mustadrak al-Hakim: Juz 11 hal 416 juga beliau mengulas bahawa hadits ini adalah shahih menurut syarat Bukhari dan Muslim.

41- Majma` az-Zawaid: Juz 9 hal 169 dan Hadith al-Kisa` fi Kutub Madarasah al-Khulafa`: hal 12
42- Ad-Durul Mantsur: Juz 6 hal 607

43- Asy-Syaraful Muabbad: Hal 7: Hadis riwayat imam Ahmad dan Tirmidzi, Tafsir Ibnu Katsir: Juz 3 hal 483 dan Ad-Durul Mantsur: Juz 6 hal 605

44- Asy-Syaraful Muabbad: hal 7-8

45- Lihat al-Bidayah Wan Nihayah: Hal 4-17

46- Al-Tabari (Edisi Eropah): Jil I/ 62-63

47- Al-Gharaat oleh Thaqafi dan juga Syarh Nahjul Balaghah oleh Ibn Abil Hadid.

48- Lihat al-Gharaat oleh Thaqafi dan juga Syarh Nahjul Balaghah oleh Ibn Abil Hadid

49- Lihat Musnad Ahmad bin Hanbal.

50-Tazkhiratul Huffaz oleh Zahabi

51- Tarikh Ibn Kathir - 8/109

52- Usud al-Ghabah -3/234 dan Fathul Bari -1/166

53- Musnad Ahmad Hanbal -2/195,202,,203.

54- Lihat Wafayat al-`Aayan

55- Lihat Tarikh Baghdad

56- Petikan daripada Genesis 3.
57- Genesis: 33.  

58-  Yoshua 11: 1

59-Shahih Bukhari: Jil v hal 1

60- Al-Isabah: Jil 1 hal 6

61-Al-Isabah: Jil 1 hal 7

62-Sila rujuk As-Sunnah oleh Ibnu Abi `Asim: Bil. hadits: 890 dan 1373, Mustadrak al-Hakim: Bil hadits: 108-109 dan beliau menghatakan hadits Shahih menurut riwayat Bukhari dan Muslim dan az-Zahabi mengulas bahkan Shahih menurut syarat Muslim. Dan Khasaish Ali bin Abi Thalib oleh an-Nasaie: Hal 59.

63-Sila rujuk Musnad Ahmad: Bil hadits: 323, dan dalam al-Fadhail: Bil. Hadits: 1011, Mustadrak al-Hakim: 121, al-Ajiri dalam Asy-Syariah: 223-224 dan 1593, Ibnu al-Muayyad al-khurasani dalam Faraid as-Simthin: 301 dan Abu Jaafar at-Thusi dalam Al-Amali: Hal 52-53.

64-Sila rujuk Shahih Muslim: 78, Ibnu Abi Syaibah: 12, 56 dan 12113, Abdullah bin Ahmad dalam al-Fadhail: 1107, Ibnu Majah: 113, Ibnu Abi `Asim: 2, 888 dan 1360, Ibnu Mandih didalam al-Iman: 261, Ibnu Muaayad al-Khurasani didalam al-Faraid: 132, Ibnu Hibban: 15, 367 dan 6934 dan al-Ajiri dalam asy-Syariah: 3, 222 dan 1589

65- Shahih Bukhari: bab 5, Shahih Muslim: bil: 221 dan 222 Abu Daud didalam as-Sunnah: bab 10, at-Tirmidzi dalam al-Manaqib: bab 57 dan Musnad Ahmad: Jil 3 hal; 11.

66- Sila rujuk Tafsir Ibnu Katsir: Jil 4 hal 330-331

67- Sila rujuk al-Bidayah Wannihayah: Jil vi hal 170

68- Sila rujuk Tafsir Ibnu Katsir: Jil 4 hal 187

69- Sila rujuk Tafsir Ibnu Katsir: Jil 2 hal 330

70- Sila rujuk al-Isti`ab: Jil 1 hal 201 dan Asbabun Nuzul al-Wahidi: hal 25  

71- Sila rujuk al-Isabah: Jil 1 hal 429
72- Sila rujuk Al-Isabah: Jil 3 hal 23573- Sila rujuk Al-Isabah: Jil 1 hal 346

74- Al-Ibanah: Hal 12.

75- Sila rujuk Shahih Bukhari: Juz 4 hal 1924-1925 Bab: al-sabr `Ala adha.dan Kitab al-adab Man lam Yuwajih al-Nas bil `Itab.
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2003 01:03 PM | Show all posts
Assalamualaikum, :bg:

Suatu pembentangan yang menarik dari Udino. Menarik sebab jelas dan menyebut rujukan-rujukannya di nota kaki. Cuma kalau boleh saya bertanya, adakah ia tulisan hasil kajian UdiNo sendiri atau dipetik dari risalah yang diterbitkan oleh orang lain?

Posting ini sungguh panjang, mungkin yang terpanjang di forum ini. Untuk memberi respon keseluruhannya akan mengambil masa yang agak panjang. Tetapi apabila membaca posting anda ini yang ilmiyyah, disertakan pula rujukan-rujukannya, dan ditambah dgn kata-kata anda:
"Apa yang saya dapati dari hasil dialog saya dengan orang-orang Syiah Imamiyah, mereka berhujjah dengan al-Quran dan diperkuatkan dengan hadits-hadits Nabi dan para imam-imam Ahlul Bait Nabi. Inilah pengalaman saya selaku pelajar Universiti al-Azhar selama 4 tahun disana. Selama 6 tahun saya berdialog dengan golongan Syiah Imamiyah dan membuat perbahasan dan kajian demi kajian semata-mata mencari yang manakah satu al-Haq.",
saya merasakan satu kerugian kalau perbincangan ini tidak dilanjutkan. Selepas membacanya, timbul beberapa perkara yang mungkin boleh kita bincang bersama.

Saya dah banyak bulan dok kat sini. UdiNo baru daftar semalam. Harapnya bolehlah stay lama sikit untuk kita terus berbincang, dgn harapan semua orang yang mengikutinya akan mendapat manfaat, Insya Allah. UdiNo dah banyak tahun berdialog, tentu sangat banyak maklumat-maklumat atau hujah-hujah kedua-dua belah pihak yang UdiNo tahu. Mungkin kita di sini boleh berkongsi sama pengalaman dan maklumat tersebut.

Wassalam. :bg:
Reply

Use magic Report

Mat Kampong This user has been deleted
 Author| Post time 14-8-2003 03:41 PM | Show all posts
Originally posted by UdiNo at 13-8-2003 11:48 PM:
Assalamualaikum,

Buat Mat Kampung, Terong Pipit dan teman-teman yang lain.

Saya di antara penggemar dalam soal perbincangan dakwah Islam dan saya rasa terpanggil untuk membuka laman web ini  ...


Wa'alaikumsalam UdiNo,

Terimakasih kerana mempostingkan 'karangan anda'(?) disini yang dituju khas untuk MK, Terong Pipit dan teman-teman yang lain.

MK dah baca semua posting anda... tapi sayang.. semuanya sama saja saperti ulasan yang diberi olih Bill, Lax, irfani dan yang sewaktu dengannya..

Bagi MK, adalah lebih 'jantanman' jika UdiNO mengaku dengan tegas bahawa anda memang dari golongan Syiah Imamah.. tak payah berdrama swasta kata belajar 4 tahun diAzhar dan berhujjah sampai 6 tahun baru nak masuk Syiah Imamah... MK respect your decision.. anda adalah anda dan kepercayaan anda adalah hak anda.. tiada paksaan.. begitu juga MK.. MK memahami Al-Quran dengan tafsiran yang kami faham dan kami tidak pernah membenci Ahlul Bait sebab bagi kami para Sahabat dan Ahlul Bait hidup didalam satu jema'ah yang aman damai dan masing-masing menghormati diantara satu sama lain. Wallahu'alam.

Wassalam

Untuk renungan anda;
Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim: 1761
Hadis Jabir bin Abdullah r.a katanya:
Seorang lelaki telah datang menemui Rasulullah s.a.w di Ja'ranah setelah kembali dari Peperangan Hunain. Pada pakaian Bilal terdapat perak dan Rasulullah s.a.w mengambil darinya untuk dibahagikan kepada orang ramai. Lelaki yang datang itu berkata: Wahai Muhammad! Kamu hendaklah berlaku adil. Rasulullah s.a.w bersabda: Celakalah kamu! Siapa lagi yang lebih berlaku adil? Jika aku tidak adil. Pasti kamu yang rugi, jika aku tidak berlaku adil. Umar bin Al-Khattab r.a berkata: Biarkan aku membunuh si munafik ini, wahai Rasulullah! Rasulullah s.a.w bersabda: Aku berlindung dengan Allah dari kata-kata manusia bahawa aku membunuh sahabatku sendiri. Sesungguhnya orang ini dan teman-temannya membaca Al-Quran tetapi tidak melampaui kerongkong mereka iaitu tidak mengambil faedah dari apa yang mereka baca bahkan mereka hanya sekadar membacanya sahaja. Mereka menyudahi bacaan Al-Quran sebagaimana anak panah menembusi binatang buruan.
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2003 08:26 PM | Show all posts
Nahzalulz:Kesimpulan saya ialah 'Ahluzzikri' adalah Ahlul Ilmi, bukan AB Rasulullah s.a.w kerana al-zikr di situ bukannya Rasulullah s.a.w. Manakalan 'Zikran' dalam ayat 10 Nahzalulz:Surah al-Talaq ialah al-Qur'an kerana penggunaan perkataan أنزل yang bererti menurunkan. Adapun perkataan 'Rasulan' dalam ayat 11 membawa maksud pengutusan seorang Rasul, iaitu Nabi Muhammad s.a.w. yang berkait dgn penurunan al-Qur'an dari Allah. Kedua-duanya datang dari Allah dan mereka tidak berpisah. Allah menurunkan al-Qur'an kepada kita melalui perutusan Nabi Muhammad s.a.w.

Irfani:saya ambilkan cebisan hujah dari dialog Imam Ali ar-Ridha dengan ulama Ahli sunnah mengenai Ahli Zikr.

Kesembilan:" Kamilah Ahlul Zikr, yang dimaksudkan Allah di dalam kitabNya:" Maka tanyalah kepada Ahlul Zikr (Ahlul Bayt AS) jika kamu tidak mengetahui." [Surah al-Anbiya:7]
Ulama berkata:" Apa yang dimaksudkan dengan Ahlul Zikr ialah Yahudi dan Nasara."
Abul Hasan AS menjawab:" Maha Suci Allah! Adakah harus sedemikian itu? Jikalau begitu halnya Dia menyeru kita kepada agama mereka (Yahudi dan Nasara)! Ini bermakna agama mereka lebih baik daripada agama Islam."
Al-Makmun berkata:" Adakah kamu sekelian mempunyai penerangan yang lebih jelas untuk menolak pendapat mereka (ulama) wahai Abul Hasan?"
Abul Hasan AS menjawab:" Ya al-Zikr ialah Rasulullah dan kami adalah keluarganya (Ahlul Baytnya). Ianya diterangkan di dalam kitabNya:" Maka bertaqwalah kepada Allah hai orang-orang yang mempunyai akal (iaitu) orang-orang yang beriman. Sesungguhnya Allah telah menurunkan zikran rasulan, (peringatan,perutusan) yang membaca kepadanya ayat-ayat Allah yang menerangkan (bermacam-macam hukum)."[Surah al-Talaq:10-11] al-Zikr adalah Rasulullah SAWA dan kami adalah ahlinya (keluarganya)."
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-1-2025 01:29 PM GMT+8 , Processed in 0.231558 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list