CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: along3746

Bantuan RM500: Rayuan permohonan BR1M dilanjut akhir bulan ini

  [Copy link]
 Author| Post time 17-1-2012 01:33 PM | Show all posts
BR1M ikhlas, bukan umpan PRU-13


Oleh MOHAMAD FIKRI ROSLY
pengarang@utusan.com.my



Teng Boon Soon (dua dari kiri) menyampaikan boucar kepada salah seorang penduduk sambil diperhatikan oleh Abdul Halim Suleiman (kanan) pada Program Penyerahan Boucar Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di Taman Daya, Johor Bahru, semalam.

--------------------------------------------------------------------------------


JOHOR BAHRU 15 Jan. - Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) adalah bantuan ikhlas kerajaan dalam membantu mengurangkan beban hidup rakyat.

Oleh itu ia bukanlah bukan 'umpan memancing' untuk mendapatkan undi dalam Pilihan Raya Umum ke-13 seperti yang didakwa sesetengah pihak.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Puteri Wangsa, Datuk Abdul Halim Suleiman berkata, ia diumumkan dalam Belanjawan 2012 yang dibentangkan September lalu bagi membantu isi rumah berpendapatan kurang RM3,000 sebulan itu adalah komitmen kerajaan dalam melaksanakan janji.

"Jelas bantuan yang diberikan ini membuktikan kerajaan bukan sekadar menabur kata saja, tetapi sejak dulu lagi rakyat boleh melihat pelaksanaan yang dilakukan. Bantuan ini untuk seluruh rakyat Malaysia yang layak, tidak kira kecenderungan politik menyokong parti pemerintah atau pembangkang.

"Saya harap pembangkang jangan asyik menentang segala apa yang diusahakan kerajaan kerana penyokong mereka turut dibantu tidak kira apa jua keadaan," katanya ketika ditemui selepas Program Penyerahan Baucar BR1M di Pejabat ADUN Puteri Wangsa, Taman Daya di sini hari ini.

Turut hadir Ahli Parlimen Tebrau, Teng Boon Soon yang turut sama menyampaikan baucar kepada beberapa penerima di situ.

Seramai 2,102 penduduk yang layak, menerima fasa pertama BR1M bagi kawasan Parlimen ini dengan 1,602 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa, 451 penerima kaum Cina di Dewan Komuniti Pandan dan baki 59 lagi di Kampung Pasir Putih bagi DUN Tiram.

Kata Abdul Halim lagi, turut menafikan kemungkinan negara menjadi muflis menjelang 2019 kerana selain BR1M membuktikan kedudukan kewangan kerajaan yang kukuh sehingga mampu membantu rakyat dalam pelbagai bentuk bantuan.

Bagi pekerja swasta Mohd. Salleh M. Zin, 46, peningkatan harga barang dan belanja seharian memaksanya melakukan kerja sambilan demi memastikan isteri dan tujuh anaknya mendapat keperluan secukupnya yang mana BR1M yang diterimanya sangat membantu.

"Sebelum datang ke sini pun saya terpaksa membuat kerja sambilan pada sebelah pagi. Terima kasih kerajaan kerana mengurangkan beban rakyat berpendapatan rendah," katanya yang tinggal di Estet Ulu Tiram dekat sini.

Surirumah, Salibiah Baba, 29, meluahkan perasaan gembira yang tidak dapat digambarkan kerana bantuan yang diterima dapat meringankan beban suami yang bekerja kilang untuk kelangsungan hidup bersama anak yang sedang membesar.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2012 01:35 PM | Show all posts
mana nak dpt borang nie? aku nak isi utk kenalan aku laa....... pls PM me ok......!
Acong Post at 14-1-2012 00:32



    boleh download sendiri kat http://www.treasury.gov.my/pdf/br1m/Borang_BR1M.pdf
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-1-2012 01:36 PM | Show all posts
14,000 terima BR1M fasa pertama


Ahmad Bashah Md. Hanipah menyampaikan wang bantuan BR1M kepada salah seorang penduduk di Alor Setar, semalam.

--------------------------------------------------------------------------------


Oleh mohd. shariza abdullahutusankedah@utusan.com.my

ALOR SETAR 16 Jan. - Kira-kira 14,000 penerima di seluruh negeri hari ini menerima bantuan RM500 seorang menerusi program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), membabitkan keseluruhan perbelanjaan sebanyak RM7 juta.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, bantuan fasa pertama itu melibatkan penerima dari enam Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Merbau Pulas seramai 3,003 orang, Kulim (2,591), Belantek (2,535), Guar Chempedak (2,379), Bukit Kayu Hitam (2,037) dan Bakar Bata (1,023).

Beliau berkata, para penerima merupakan sebahagian daripada 400,000 borang permohonan yang diterima sebelum layak mendapatkan BR1M iaitu kepada golongan berpendapatan isi rumah kurang RM3,000 sebulan, warga emas, orang kurang upaya dan ibu atau bapa tunggal dengan tanggungan.

"Pengagihan bantuan pada hari ini dapat disampaikan secara serentak di kesemua DUN tersebut hasil kerjasama agensi yang terlibat termasuk Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan pihak bank," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan BRIM peringkat Parlimen Alor Setar di Dewan Serbaguna Bandar Mu'adzam Shah, Anak Bukit di sini hari ini.

Ahmad Bashah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Bakar Bata berkata, urusan pengagihan BR1M di negeri ini dipermudahkan dengan penerima boleh menunaikan baucar bayaran bantuan itu di tempat penyerahan apabila pihak bank turut menempatkan kakitangan mereka di situ.

Pendekatan itu, kata beliau, bagi membolehkan penerima menyelesaikan urusan penerimaan bantuan itu pada hari yang sama tanpa perlu ke bank selepas diserahkan baucar bayaran BR1M.

"Jadi apabila pemberian dapat diselesaikan pada hari penyerahan baucar, maka mereka tidak perlu bersusah payah lagi ke bank.

"Bagi permohonan ditolak atas sebab-sebab tertentu, mereka boleh membuat rayuan semula," katanya.

Menurut beliau, pemberian bantuan itu membuktikan keikhlasan kerajaan untuk meringankan beban rakyat dan bukannya kerana mahu meraih sokongan pada pilihan raya umum nanti seperti yang dimanipulasi oleh sesetengah pihak.

Katanya, bantuan berkenaan merupakan usaha prihatin kerajaan demi meringankan beban kos sara hidup rakyat menerusi pelbagai bantuan yang disediakan.
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2012 01:37 PM | Show all posts
heran gak aku yb yg serahkan boucer ni...errr semua duit ni yb2 ni ke disumbangkan utk br1m ni??
sepaileman Post at 15-1-2012 20:22



    alah... duit tu duit rakyat gak.. korang byr cukai, korang dpt balik ler..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-1-2012 01:37 PM | Show all posts
571 terima BR1M P. Berangan

TASEK GELUGOR 16 Jan. - Seramai 571 penduduk pelbagai kaum menerima baucar Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) RM500 di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Berangan di sini semalam.

Majlis penyerahan baucar bagi kumpulan pertama itu disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Berangan, Shabudin Yahya di Pusat Komersial Tasek Gelugor di sini.

Shabudin dalam ucapannya berkata, kerajaan begitu ikhlas dan sanggup menyediakan peruntukan kewangan terbesar bagi membantu rakyat.

"Kerajaan tidak pernah berdiam diri untuk membawa pembangunan bagi kesejahteraan rakyat di negara ini dan kenikmatan yang diperoleh selama ini wajar dipertahankan," katanya di sini.

Menurut beliau, bantuan ini diharap dapat digunakan penerima dengan sebaiknya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-1-2012 01:40 PM | Show all posts
Parlimen Pokok Sena mula agih BR1M

17/01/2012
12:58pm


ALOR SETAR 17 Jan. - Parlimen Pokok Sena hari ini memulakan pengagihan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dengan 854 penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Derga menjadi kumpulan penerima pertama.

Penyelaras Parlimen Pokok Sena yang juga Ketua UMNO Bahagian, Datuk Ahmad Lebai Sudin yang menyampaikan sendiri bantuan itu berkata, agihan seterusnya ialah untuk penerima di DUN Bukit Lada.

Untuk DUN Bukit Lada agihan BR1M dijadual pada 25 Januari diikuti DUN Bukit Pinang pada keesokannya, kata Ahmad ketika ditemui pemberita selepas itu.

Beliau berkata, bantuan sebanyak RM500 untuk golongan berpendapatan rendah itu adalah antara pelbagai bukti bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) mengotakan janji.

"Malaysia bukanlah negara yang terlalu kaya sebagaimana negara-negara maju tetapi kerajaan BN masih mampu melaksanakan banyak program kebajikan untuk rakyat,” katanya. — BERNAMA
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 17-1-2012 01:41 PM | Show all posts
TPM nafi BR1M bermotif politik pilihan raya

17/01/2012
1:11pm


SEMPORNA 17 Jan. - Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan dakwaan kononnya program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bermotifkan politik bertujuan meraih sokongan rakyat menjelang pilihan raya akan datang.

Timbalan Perdana Menteri berkata, program itu diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi meringankan beban rakyat yang terhimpit dengan kenaikan kos sara hidup disebabkan kenaikan harga barangan sekarang ini.

"Niat kita baik, tidak ada muslihat. Program yang kita janjikan ini adalah praktikal,” katanya ketika berucap pada Program Pemimpin Bersama Rakyat dan Perasmian Sentuhan Rakyat di Padang Pekan Semporna di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Muhyiddin berkata, program bantuan rakyat berkenaan merupakan tindakan susulan daripada maklumat balas rakyat yang diterima Perdana Menteri ketika melakukan program turun padang yang mendapati satu daripada masalah yang ditimbulkan rakyat ialah kenaikan harga barang dan kos sara hidup.

Katanya, sebagai kerajaan yang prihatin dengan masalah rakyat, Perdana Menteri memperkenalkan pelbagai program bantuan sentuhan rakyat termasuk BR1M.

Selain bantuan RM500 kepada keluarga berpendapatan kurang daripada RM3,000 kerajaan turut memberi bantuan RM100 kepada pelajar sekolah dan baucer pembelian buku bernilai RM200 kepada pelajar institusi pengajian tinggi.

"Nampaknya yang mendapat manfaat BR1M ini ramai iaitu membabitkan empat juta isi rumah dengan perbelanjaan sekitar RM2 bilion. Bila pembangkang melihat rakyat yang menerima faedah bantuan ini, mereka sudah mula risau dengan kita.

"Pembangkang nampaknya cuma memperdayakan rakyat dengan menjanjikan bintang dan bulan termasuklah menghapuskan pinjaman PTPTN, menghapuskan bayaran tol.

Ini semuanya tidak praktikal kerana kalau kita hapuskan PTPTN bagaimana kita nak beri peluang kepada pelajar untuk dapat ilmu.

"Begitu juga dengan tol. Syarikat membelanjakan berbilion ringgit untuk membina kemudahan (jalan raya) untuk rakyat. Kalau tidak ada tol, kerajaan terpaksa bayar ganti rugi, tak praktikal.

"Berbeza dengan janji Barisan Nasional iaitu BR1M. Kita sudah agih bantuan kepada rakyat,” katanya.

Muhyiddin berkata, Perdana Menteri turut memperkenalkan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) termasuk dalam soal keselamatan, soal pendidikan, soal membanteras rasuah dan penambahbaikan sistem pengangkutan awam di negara ini.

Katanya, Malaysia adalah antara negara paling selamat di dunia sejak negara mencapai kemerdekaan lebih 50 tahun lalu, dengan negara sentiasa aman.

"Begitu juga dengan soal membanteras jenayah. NKRA kita telah mencapai sasaran untuk kurangkan kadar jenayah sehingga 26 peratus,” katanya.

Muhyiddin berkata kerajaan memberi penekanan soal pendidikan dengan peruntukan yang tertinggi iaitu 26 peratus daripada peruntukan negara dan berbilion ringgit pula dibelanjakan untuk membina kemudahan infrastruktur termasuk di Sabah dan Sarawak bagi memastikan pembangunan luar bandar tercapai demi membela rakyat.

Beliau juga melahirkan keyakinan bahawa Semporna akan terus menjadi kubu kuat BN dan berharap rakyat Sabah keseluruhannya akan terus memberi sokongan kepada BN pada pilihan raya akan datang. — BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2012 01:48 PM | Show all posts
ayah chek leh dpt bila ntah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2012 02:15 PM | Show all posts
baucher tu depa akan cash kan kah?
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2012 02:17 PM | Show all posts
terima kasih dato seri...pembangkang kuat,kebajikan rakyat lebih terjamin!
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2012 02:46 PM | Show all posts
nak wat semakan pemohon berjaya dpat ke tak kat mn erk .. selain tel hotline number ... kot ad link dia ka .. hotline asik buzy je
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2012 04:45 PM | Show all posts
mana nak dapat boucer tu ekk?
kat tmpt aku ni ...xtau pun bila nak diagihkan?
ada sesapa yg tau dak?
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2012 04:57 PM | Show all posts
GEMBIRA...Penduduk Gugusan Lepar Hilir menunjukkan baucer Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bern ...
along3746 Post at 16-1-2012 20:16



   main bagi gitu jah ke..

ingatkan baucher tu dah siap2 tulis nama n i/c sipenerima..
kalau cam gini sesiapa pun leh tulis nama kat baucher tu nak claim la kan
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2012 05:07 PM | Show all posts
x blh check online ka status
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2012 05:14 PM | Show all posts
bestttnyerr dptt duit
Wlupn aku xdpt tp aku sgt bersyukur
diats pmberian kpd yg lyak...{:4_189:}.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-1-2012 05:21 PM | Show all posts
baucher ni mcm bagi kat geng2 dia jer..
guna duit kerajaan atau duit parti ni??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-1-2012 05:23 PM | Show all posts

TERIMA KASIH...Naning Ramain, 89, yang digendong oleh anaknya, Takbiro Naning dari Pulau Larapan, Semporna, Sabah pulang bersama baucar Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) bernilai RM500 yang disampaikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Majlis Bersama Rakyat di Padang Semporna, hari ini. - Foto BERNAMA
Jan 17, 2012 4:47 pm
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-1-2012 07:57 PM | Show all posts
[size=1em]17 JAN. 2012: Warga emas, Romli Mustafa, Wan Daud Mohd Nor dan Nasir Rejab berkongsi kegembiraan selepas menerima wang RM500 di bawah program Bantuan Rakyat 1Malaysia bagi kawasan DUN Kota Siputih, di Kodiang, Kedah. - Utusan/KAMAL BASIR
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-1-2012 07:58 PM | Show all posts
[size=1em]17 JAN. 2012: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (dua kiri) dibantu Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (kiri) menyampaikan replika Bantuan Rakyat 1Malaysia kepada penerimanya, Naning Ramain di Semporna, Sabah. - Utusan/AZRUL EDHAM MOHD AMINUDDIN
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2012 08:04 PM | Show all posts
nak wat semakan pemohon berjaya dpat ke tak kat mn erk .. selain tel hotline number ... kot ad link  ...
basiron Post at 17-1-2012 14:46



    kalau rajin pegi la pej lhdn terdekat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 295176 Replies : 7335
Kru Kabin Malaysia Airlines Diiktiraf Antara 10 Yang Terbaik Di Dunia.No 1 Singapore Airlines
YgBenarKru Kabin Malaysia Airlines Diiktiraf An
Views : 8508 Replies : 5
Okiee Gaiss; Team TheNoor sudah kasi kenyataan; mereka takde kaitan ngan post iklan lucah2 itu. Yang melucah tu NILOFAGROUP. Rupanya ada beza ya. Yang penting bukan salah LOFA!
esteryenOkiee Gaiss; Team TheNoor sudah kasi ken
Views : 17795 Replies : 148
Hefny dj sinar nikah
fair_izaHefny dj sinar nikah
Views : 10187 Replies : 83
My Sweet Mobster (2024) – JTBC
heythere123My Sweet Mobster (2024) – JTBC
Views : 9315 Replies : 22
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 78827 Replies : 3284
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 13329 Replies : 104
Bob Marley, One Love (2024)
maklukpenggodaBob Marley, One Love (2024)
Views : 6194 Replies : 2
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 106877 Replies : 2928
Busana Konsert Lizah Di Temasek
KurexBusana Konsert Lizah Di Temasek
Views : 12651 Replies : 167

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-7-2024 01:00 PM GMT+8 , Processed in 0.162711 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list